Anda di halaman 1dari 39

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF3203
PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

SOALAN TUGASAN

Berdasarkan sukatan pelajaran bagi satu mata pelajaran yang anda ajar di sekolah, anda
dikehendaki menyediakan dan mentadbirkan satu kertas ujian bagi satu kelas pelajar dan
seterusnya menulis satu laporan mengenai pencapaian pelajar dan kesesuaian item-item
ujian.
Ujian yang anda bina harus mengandungi item-item beraneka pilihan (Bahagian A) dan item-
item subjektif berjawapan pendek (Bahagian B) dan tempoh ujian tersebut ialah 45 minit.

Nama
FIDELIA MUSEH
Nombor Matrik
780912125042001
NRIC
780912125042
Nombor Telefon
0198521341
Alamat E-mail
fidelia78@oum.edu.my
Nama E-Tutor:
EN.BASKARAN KANNAN
Pusat Pembelajaran:
OUM KENINGAU,SABAH
SEMESTER
1
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

JANUARI 2014
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN
MUKASURAT

1.0 Pengenalan 1

1.1 Konsep Pengujian 1

1.2 Konsep Pengukuran 2

1.3 Konsep Penilaian 2

1.4 Ujian Sebagai Pengukur Prestasi Murid 3

2.0 Jadual Penentu Ujian Dan Pentadbiran Ujian 3

3.0 Analisis Pencapaian Murid 7

4.0 Indeks Kesukaran Item

5.0 Indeks Diskriminasi Item 11


6.0 Penutup
15

Rujukan
Lampiran 1 : Set Soalan Ujian
Lampiran 2 : Skema Pemarkahan
Lampiran 3 : Skrip Jawapan Murid Berpencapaian Tinggi
Lampiran 4 : Skrip Jawapan Murid Berpencapaian Sederhana
Lampiran 5 : Skrip Jawapan Murid Berpencapaian Rendah

2
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

1.0 PENGENALAN

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah satu bahagian dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Ketiga-tiga konsep ini, walaupun mempunyai tafsiran yang berbeza dari
segi pengertian, tujuan dan ciri-ciri, memangnya ada kaitan yang rapat dengan proses
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Malah, ketiga-tiga perkara ini saling membantu
dalam pencapaian matlamat yang sama dalam proses pendidikan dan memainkan peranan
penting dalam kurikulum pendidikan serta sebahagian dari kurikulum itu sendiri. Ianya
dilakukan untuk menilai samada sesuatu objektif yang ditetapkan itu tercapai atau tidak.
Dalam pengajaran dan pembelajaran, ketiga-tiga aspek ini dilakukan bagi mengetahui sama
ada guru ‘mengajar’ dan pelajar ‘belajar’. Oleh itu pemahaman terhadap konsep pengujian,
pengukuran dan penilaian sangat penting bagi seseorang guru untuk memastikan pengajaran
dan penilaiannya bermutu dan adil.Dalam bidang pendidikan, kita seringkali berhadapan
dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua
keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu
membuat pertimbangan atau keputusan berhubung dengan pelajar dalam bilik darjah tentang
pengajaran dan pembelajaran  yang berlangsung sama ada telah mencapai objektif yang telah
ditetapkan atau memerlukan tindakan pengulangan semula dan sebagainya.

1.1 Konsep Pengujian

Menurut  Cronbach (1970), “Ujian adalah satu prosedur yang sistematik untuk


memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan
bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Pengujian dalam bilik darjah
merupakan proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set
instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau
perubahan seseorang individu atau pelajar. Dalam erti kata lain, pengujian ini merupakan alat
pengukuran yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pelajar-pelajar
daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor ataupun efektif. Dalam konteks pembelajaran
dalam bilik darjah, pengujian digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang
mempunyai kaitan dengan aktiviti pembelajaran para pelajar.Kepentingan pengujian adalah
untuk mengukur perubahan tingkah laku  pelajar dikukuhkan lagi oleh Milagros (1981)
seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991)  yang menegaskan bahawa ”Ujian
adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan  yang diperlihatkan oleh murid  di
dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan
dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”.
3
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

Hasil daripada  jawapan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran  yang disebut


sebagai  markah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan
berapa baguskah prestasi murid yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan
peringkat persediaan, diikuti  pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir
dengan  pemeriksaan skrip jawapan. Melalui proses pengujian inilah seseorang guru
dapat  mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya  telah menguasai sebanyak mana kemahiran
yang telah dipelajari.

1.2 Konsep Pengukuran

            Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran


membawa definisi sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik
(melalui angka) tentang sebanyak mana individu iaitu pelajar mempunyai sesuatu ciri yang
diukur dengan menggunakan alat tertentu. Oleh yang demikian pengukuran ialah proses
menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu.

1.3 Konsep Penilaian

Penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberikan


maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan
selanjutnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah suatu sistem atau proses yang
meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan
yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan
cara yang lebih berkesan.
Banyak definisi telah diberikan kepada istilah “penilaian”. Antaranya ialah Gay (1985)
berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan
menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah
tercapai”. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang
tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran
yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat
kuantitatif.

4
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

1.4 Ujian Sebagai Pengukur Prestasi Murid


Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid,
peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali. Guru juga perlu
merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran,
menganalisis maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti
melaksanakan aktiviti pengukuhan, pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara
salah satu kaedah atau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara
sistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau
psikologi. Ujian juga adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam
sesuatu peperiksaan yang dijalankan.

Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat
pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik
pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/soalan tersebut.
Dengan adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak
akan dapat membantu kita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan
yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita.

Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah
dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk
digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi
kesukarannya, yakni sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu
kumpulan pelajar. Selepas membuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis
ujian bagi menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis –
analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks
Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian. Analisis -
analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu
tujuan tertentu.

2.0 JADUAL PENENTU UJIAN DAN PENTADBIRAN UJIAN

Menurut Kubiszyn dan Borich ( 2003 ), Jadual Penentu Ujian ( JPU ) adalah carta dua
– hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini
menyenaraikan objektif – objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan

5
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

konsep – konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Antara ciri – ciri yang terdapat pada
Jadual Penentu Ujian ialah ia mengandungi kandungan sukatan pelajaran, jenis item yang
digunakan, kemahiran dan aras soalan mengikut aras taksonomi bloom, nombor soalan serta
jumlah keseluruhan soalan. JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas
ujian dan pembina item/soalan ujian. Antara kepentingan JPU ialah, kertas ujian dapat digubal
secara teratur dan bersistematik, untuk menjamin kesahan dari segi persampelan sukatan
pelajaran, memberi keseimbangan terhadap taburan soalan mengikut tajuk yang telah
ditetapkan dan perlaksanaan ujian adalah meliputi keseluruhan sukatan pelajaran yang telah
dipelajari. Di samping itu juga, aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun,
walaupun item dibina oleh pembina soalan yang berbeza.

Jadual 1 menunjukkan Jadual Penentu Ujian bagi Set Soalan Penilaian Matematik
Tahun 6 yang meliputi 4 topik dalam sukatan pelajaran Matematik Tahun 6.Lajur kedua
menunjukkan kemahiran utama yang terdapat dalam topik yang akan diuji sementara lajur
ketiga pula merupakan aras kesukaran item Bahagian A dan B mengikut nombor soalan yang
akan dibina.Lajur terakhir dalam JPU adalah pemberatan soalan iaitu bilangan peratusan
soalan yang akan dibina dalam topik tertentu.Pemberatan soalan dikira berdasarkan wajaran
item dalam setiap topik yang akan diuji iaitu :

Jumlah item yang akan dibina = Bilangan Subtopik dalam satu tajuk

Bilangan Subtopik semua tajuk yang diuji

Berdasarkan objektif pembelajaran bagi sekolah rendah,aras taksonominya belum mencapai


aras yang ketiga iaitu analisis,sintesis dan penilaian.Untuk Matematik sekolah rendah,aras
pembelajaran setakat aras 1 dan 11 sahaja iaitu pengetahuan ( Aras 1 ) dan kefahaman dan
aplikasi ( Aras 11 ).Berdasarkan Jadual Penentu Ujian yang telah dibina dalam Jadual
1,sejumlah 20 soalan merangkumi 10 soalan objektif dan 10 soalan subjektif telah dibuat
( Lampiran 1 ) seterusnya ditadbir kepada 20 orang murid dengan masa menjawab 45 minit
sahaja.Pemeriksaan skrip jawapan murid dibuat berdasarkan skema jawapan yang telah
disediakan seperti dalam Lampiran 2. Huraian yang seterusnya adalah analisis hasil ujian
yang telah dijalankan.

6
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

Jadual 1 : JADUAL PENENTU UJIAN ( JPU )


OBJEKTIF PENGAJARAN MENGIKUT
ARAS KESUKARAN BLOOM
SUKATAN PEMBERATAN
BAHAGIAN A BAHAGIAN B
PELAJARAN KEMAHIRAN I II I II Bilangan Peratusan
( TAJUK ) Soalan Soalan
M P S M P S M P S M P S
Menama dan Menentukan nilai tempat 1 1 2 10 %
Membundar dan Cerakinan nombor 2 2 2 10 %
Operasi Bergabung 3 1 5%
Nombor Penyelesaian Masalah 4 9 2 10 %
Tambah dan Tolak pecahan 5 6 5 3 15 %
Darab dan Bahagi Pecahan 9 7 7 3 15 %
Operasi bergabung melibatkan Pecahan 6 1 5%
Pecahan Penyelesaian Masalah melibatkan Pecahan 10 1 5%
Perpuluhan Operasi bergabung melibatkan perpuluhan 8 3 8 3 15 %
Peratus Mencari nilai peratus 10 4 2 10 %
Jumlah Soalan 20 100 %
* Aras kesukaran bagi sekolah rendah belum mencapai tahap analisis,sintesis dan penilaian
I : Pengetahuan M : Mudah
II : Pemahaman dan Aplikasi P : Pertengahan
S : Sukar

7
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

JADUAL 2 : ANALISIS PENCAPAIAN MURID

No.Item
Bil. BAHAGIAN A BAHAGIAN B
Jumlah
Nama Pelajar
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Jumlah 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Jumlah
1 Mohd.Haiqel Zizie 1 1 1 0 1 1 0 1 0 1 7 1 1 0 1 1 2 2 2 0 3 13 20
2 Sukardin Salleh 1 1 1 0 1 1 1 1 0 1 8 1 0 1 1 0 2 2 2 1 2 12 20
3 Jeovey Jerome 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 9 1 1 0 1 0 2 2 1 1 1 10 19
4 Fazry Frank 1 1 1 1 1 1 0 1 0 0 7 1 1 1 1 1 2 2 2 0 1 12 19
5 Benny Oxylly 1 1 1 0 1 1 1 0 0 1 7 1 0 0 1 1 1 2 2 2 2 12 19
6 Jedeny Jupry 0 1 1 0 1 1 0 1 1 1 7 1 1 1 0 0 1 1 2 1 1 9 16
7 Jaclyn Junsin 1 0 1 1 1 1 1 0 0 0 6 0 1 1 0 1 1 1 2 2 1 10 16
8 Nathania AK Adrian 1 0 1 0 1 1 0 1 0 0 5 1 1 0 1 0 1 2 1 1 1 9 14
9 Nurul Natasha Amin 0 1 0 1 1 0 1 0 0 1 5 1 0 0 1 1 1 2 2 0 0 8 13
10 Mimar Sinar 1 0 1 0 1 0 0 1 0 1 5 1 1 0 1 0 1 0 2 0 1 7 12
11 Stephanie Sani 1 0 1 0 1 1 1 0 0 0 5 0 0 1 0 0 1 2 2 1 0 7 12
12 Clarabell Daniel 1 0 1 1 0 0 0 0 0 0 3 1 0 0 1 0 1 2 2 0 2 9 12
13 Jellysia Jude 1 0 0 0 1 0 0 0 0 1 3 0 1 1 1 1 1 2 2 0 0 9 12
14 Elzy Wilvinda Welly 0 1 0 1 1 1 1 0 0 0 5 1 1 0 0 0 0 2 2 0 0 6 11
15 Danielle Lupang 1 0 0 1 1 1 0 0 0 0 4 1 0 0 1 0 1 2 2 0 0 7 11
16 Chrislee Bern 1 0 1 0 1 1 0 0 0 0 4 1 0 1 0 1 2 0 2 0 0 7 11
17 Franeilia Maximus 1 1 0 0 0 0 0 0 0 0 2 1 0 1 0 1 1 1 2 1 1 9 11
18 Mohd.Nazwie Azwan 1 0 1 0 1 1 0 0 0 1 5 0 1 1 1 1 1 0 0 0 0 5 10
19 Junverah Karim 1 0 0 1 1 0 0 0 0 0 3 1 0 0 1 1 1 0 2 0 0 6 9
20 Brendda Bel Junlee 0 1 0 0 0 0 0 0 1 0 2 1 1 0 0 1 2 0 0 1 1 7 9

8
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

3.0 ANALISIS PENCAPAIAN MURID

Set soalan ini telah ditadbirkan kepada 20 orang murid Tahun 6 di Sekolah
Kebangsaan Kampung Keningau, Sabah. Jadual 2 menunjukkan analisis pencapaian murid
untuk Bahagian A dan B. Analisis markah dihuraikankan dengan lebih terperinci dalam
Jadual 3,4 dan 5 dMelalui jadual pencapaian ini akan dapat membantu mengukur sejauh mana
keberkesanan item soalan ini kepada murid.

Jadual 3 : Analisis Markah Soalan Aneka Pilihan ( Bahagian A )

x
( Markah Penuh = 10 X 40 )
Markah Kekerapan
36 1
32 1
28 4
24 1
20 6
16 2
12 3
8 2
Jumlah 20

x : Jumlah markah betul

Berdasarkan analisis perolehan markah dalam Jadual 3,daripada sejumlah 20 orang


pelajar dari kelas Tahun 6, hanya seorang pelajar sahaja yang mendapat markah tertinggi iaitu
Joevey Jerome yang berjaya menjawab 9 daripada 10 soalan dengan tepat dengan perolehan
markah sebanyak 36/40 dan diikuti dengan Sukardin Salleh yang berjaya menjawab dengan
betul sebanyak 8 soalan dengan perolehan markah sebanyak 32/40. Seramai 4 orang pelajar
telah mendapat 7 jawapan betul ( 28/40 ), seorang mendapat 6 jawapan betul (24/40 ),6 orang
mendapat 5 jawapan betul ( 20/40 ),2 orang mendapat 4 jawapan betul ( 16/40 ),3 orang
menjawab 3 soalan dengan betul ( 12/40 ) dan 2 orang menjawab 2 sahaja soalan dengan
betul ( 8/40 ). Berdasarkan pencapaian yang diperolehi melalui jadual 3, hanya 65% daripada
pelajar kelas ini mampu menjawab setengah daripada soalan yang telah diberikan dengan
tepat . Manakala 35% pelajar lagi gagal menjawab soalan yang diberikan dengan jayanya.

Jadual 4 : Analisis Markah Soalan Subjektif ( Bahagian B )

9
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

x
( Markah Penuh = 17 X 60 )
Markah Kekerapan
46 1
42 3
35 2
32 5
28 1
25 5
21 2
18 1
Jumlah 20

x : Jumlah markah betul

Jadual 4 pula menunjukkan analisis pencapaian markah bagi Bahagian B soalan


subjektif.Perolehan markah tertinggi adalah 46/60 diikuti dengan markah pencapaian 42/60
seramai 3 orang,35/60 seramai 2 orang,32/60 seramai 5 orang, seorang mendapat markah
28/60,seramai 5 orang mendapat markah 25/60,2 orang mendapat markah 21/60 dan seorang
murid mendapat markah terendah iaitu 18/60.Daripada analisis ini,hanya 55 % murid dapat
menjawab dengan baik,40% menjawab dengan sederhana dan selebihnya 5% gagal menjawab
kebanyakan soalan dalam Bahagian B.

Jadual 5 :Analisis Keputusan Keseluruhan


(Markah Penuh : A + B = 100 % )
Markah Kekerapan
80 - 100 0
60 – 79 6
40 – 59 11
20 – 39 3
0 - 19 0
Jumlah 20

Jadual 5 menunjukkan pencapaian markah keseluruhan bagi Ujian Penilaian


Matematik Tahun 6 yang telah dijawab dalam tempoh 45 minit.Berdasarkan jadual 5,tidak
ada murid yang mendapat markah cemerlang dalam ujian ini.Seramai 6 orang murid berjaya
mendapat markah pada tahap sederhana,11 orang pada tahap markah lulus dan 3 orang telah
gagal dalam ujian ini.Ini menunjukkan bahawa daripada 20 orang murid yang menduduki
ujian ini,85% calon telah lulus dan 15% lagi gagal.

4.0 INDEKS KESUKARAN ITEM

10
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui Indeks
Kesukaran Item (p).Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama ada
sesuatu item yang telah dibina itu mudah atau sukar untuk dijawab. Bagi ujian yang berbentuk
soalan aneka pilihan, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang
memberi jawpan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut.
Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut :

Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu ingat bahawa
soalan yang terlalu mudah (p>0.85) atau yang terlalu sukar (p<0.15) tidak akan dapat
memberi maklumat psikometrik ( ukuran psikologi ) yang bermakna. Ini adalah disebabkan,
soalan yang terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir kesemua pelajar, sementara soalan
yang terlalu sukar pula tidak akan dapat dijawab oleh semua pelajar. Justeru, soalan – soalan
ini tidak dapat membezakan pelajar yang lebih rendah keupayaannya dengan pelajar yang
tinggi keupayaannya. Antara tujuan indeks kesukaran ini diadakan adalah untuk
mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati ramai pelajar
yang tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan baik, untuk mengenalpasti serta
melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian – bahagian kurikulum, memberi maklumbalas
kepada pelajar bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji dan untuk mengenalpasti soalan yang
bias kepada sesuatu kandungan.Berikut adalah jadual yang menunjukkan Aras Kesukaran dan
Pengkelasan Item.

Nilai (p) Pengkelasan Item


0.00 – 0.20 Terlalu Sukar
0.21 – 0.40 Sukar
0.41 – 0.60 Sederhana Sukar
0.61 – 0.80 Mudah
0.81 – 1.00 Terlalu Mudah
Jadual yang menunjukkan Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item

Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar selepas melaksanakan ujian, jadual
untuk menunjukkan indeks kesukaran item telah diperolehi seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 6.

No.Soalan Nilai (p) / Aras Kesukaran Pengkelasan Item

11
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

1 0.8 Mudah
2 0.45 Sederhana Sukar
3 0.65 Mudah
4 0.40 Sukar
5 0.85 Terlalu Mudah
6 0.65 Mudah
7 0.35 Sukar
8 0.35 Sukar
9 0.15 Terlalu Sukar
10 0.45 Sederhana Sukar
Jadual 6 :Indeks Kesukaran bagi item-item ujian Bahagian A

Berdasarkan Jadual 6, kita dapat melihat soalan 5 mempunyai aras kesukaran 0.85 di
mana pengkelasan item menunjukkan soalan ini terlalu mudah untuk diselesaikan. Jika
menurut ujian rujukan norma, soalan ini adalah tidak sesuai untuk ditadbirkan kerana ia tidak
dapat membezakan di antara pelajar yang pandai dengan yang lemah.
Bagi soalan nombor 1,3 dan 6 pula, aras kesukarannya adalah di antara 0.61 – 0.80
yang menunjukkan soalan ini mudah untuk dijawab dan juga tidak sesuai untuk digunakan
bagi ujian rujukan norma.
Sebanyak 2 soalan sahaja mempunyai aras kesukaran 0.41 - 0.60 iaitu soalan 2 dan
soalan 10 di mana soalan – soalan ini dikategorikan sebagai soalan yang sederhana
sukarnya. Soalan –soalan seperti ini sesuai untuk ditadbirkan di dalam kelas kerana ia dapat
membezakan keupayaan menjawab di antara pelajar yang lemah dengan pelajar yang
bijak.Soalan seperti ini tidaklah terlalu mudah atau terlalu sukar untuk dijawab dan sesuai
untuk menguji pengetahuan mengikut aras kemampuan kumpulan para pelajar yang tertentu.
Soalan yang berada pada aras yang sukar iaitu pada aras 0.21- 0.40 adalah soalan 4,7
dan 8 .Di dapati agak ramai pelajar yang gagal menjawab dengan tepat soalan- soalan ini. Jika
mengikut ujian rujukan norma, soalan – soalan seperti ini juga agak sesuai untuk digunakan
di dalam ujian kerana ia mampu membezakan pelajar yang rendah keupayaan dengan pelajar
yang tinggi keupayaannya. Walaubagaimana pun, soalan – soalan seperti ini, perlu
diperbaiki dan diseimbangkan mengikut aras kemampuan pelajar.
Manakala soalan 9 adalah soalan yang paling banyak gagal dijawab oleh pelajar di
mana hanya 3 orang pelajar sahaja yang berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Oleh yang
demikian, soalan ini dikategorikan sebagai terlalu sukar dan soalan ini tidak sesuai untuk
dikekalkan di dalam ujian ini.

12
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

5.0 INDEKS DISKRIMINASI ITEM

Indeks diskriminasi item ialah indeks yang dapat membezakan/ mendiskriminasikan


antara pelajar yang berkeupayaan rendah dengan pelajar yang berpencapaian tinggi. Indeks
diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan ( RU – RL ) dengan T (L+U). RU
adalah bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar yang berpencapaian
tinggi. RL pula ialah bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar
berkeupayaan rendah.T(L+ U) adalah jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi. Cara
mengira indeks diskriminasi item adalah seperti yang berikut :
Indeks Diskriminasi (d) = (RU – RL)
1
( 2 T) (L+U )

Berikut menunjukkan jadual Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item :


Nilai ( d ) Pengkelasan Item
0.00 – 0.10 Tidak Baik
0.11 – 0.20 Kurang Baik
0.21 – 0.30 Sederhana Baik
0.31 – 0.40 Baik
0.41 – 1.00 Sangat Baik

Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks diskriminasi
hampir kepada 1.00 bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan Norma
( PRN) kerana ia dapat membezakan pelajar yang berpencapaian tinggi dengan pelajar yang
berpencapaian lemah. Bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif menghampiri
0.0, soalan – soalan ini dikatakan tidak sesuai untuk PRN kerana ia tidak berupaya
membezakan pelajar pandai dengan pelajar lemah. Akhirnya, bagi soalan yang mempunyai
indeks diskriminasi negatif yang menghampiri -1.00, dikatakan tidak baik untuk PRN kerana
ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai
pelajar lemah dapat menjawab soalan – soalan ini dengan betul berbanding pelajar
pandai.Antara tujuan indeks diskriminasi ini ialah , untuk mengenalpasti konsep yang perlu
diajar semula, mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian – bahagian
kurikulum yang tertentu, memberi maklumbalas kepada pelajar pandai tentang kelemahan
mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji, mengenalpasti soalan yang bias kepada

13
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

sesuatu kandungan dan mengenalpasti pelajar yang berpencapaian tinggiuntuk melanjutkan


pengajian dalam bidang – bidang tertentu.
Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar selepas melaksanakan
ujian, jadual untuk menunjukkan indeks diskriminasi item telah diperolehi seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 7.

No.Soalan Nilai (d) / Aras Diskriminasi Pengkelasan Item


1 0.2 Kurang Baik
2 0.4 Baik
3 0.6 Sangat Baik
4 0.2 Kurang baik
5 0.4 Baik
6 0.6 Sangat Baik
7 0.6 Sangat Baik
8 0.8 Sangat Baik
9 0.0 Tidak Baik
10 0.6 Sangat baik
Jadual 7 : Indeks Diskriminasi bagi item-item ujian Bahagian A

Soalan/Item 1
Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.2. Seramai 5 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi dan 4 orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat
menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang kurang
baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid
yang pandai dengan murid yang lemah.Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan
soalan yang lebih baik.

Soalan/Item 2
Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.4. Seramai 4 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi dan 2 orang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat
menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik
untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang
pandai dengan murid yang lemah.Soalan ini juga sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.

Soalan/Item 3

14
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.6. Seramai 5 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, 2 orang
murid dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan ini
berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN)
kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam
kelas.Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 4
Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.2. Seramai 2 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi dan 1 orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat
menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang kurang
baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid
yang pandai dengan murid yang lemah.Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan
soalan yang lebih baik.

Soalan/Item 5
Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.4. Seramai 5 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi dan 3 orang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat
menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik
untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang
pandai dengan murid yang lemah.Soalan ini juga sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.

Soalan/Item 6
Indeks diskriminasi item bagi soalan 6 ini ialah 0.6. Seramai 5 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, hanya 2
orang sahaja murid dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini.
Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma
(PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di
dalam kelas.Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 7
Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.6. Seramai 3 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan tiada murid dari
kumpulan murid berpencapaian rendah yang dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada

15
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia
dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam
kelas.Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 8
Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.8. Seramai 4 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi dan tiada seorang pun murid dari kumpulan pencapaian rendah
dapat menjawab soalan ini dengan jayanya. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang
sangat baik untuk PRN kerana ia dapat membezakan di antara murid yang bijak dengan
murid yang lemah di dalam kelas.Soalan 9 ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian
ini.

Soalan/Item 9
Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.00.Bilangan pelajar berpencapaian
tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul adalah sama.Soalan ini
berada dalam pengkelasan item yang tidak baik untuk Penilaian Rujukan Norma kerana
soalan ini tidak dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang
lemah.Oleh itu, soalan ini perlu diganti dengan soalan yang lebih sesuai.

Soalan/Item 10
Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.6. Seramai 4 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, hanya
seorang sahaja murid dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini.
Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma
(PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di
dalam kelas.Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Daripada analisis diskriminasi item yang dibuat,sejumlah 7 daripada 10 soalan sesuai


digunakan dan dikekalkan dalam ujian ini.Item 1,4 dan 9 perlu digantikan dengan soalan yang
lebih sesuai.Kesimpulannya,diskriminasi item yang dibuat membolehkan guru mengenalpasti
kesesuaian dan kualiti item yang mampu menguji kefahaman murid dengan berkesan dan
yang amat penting sekali adalah item yang dibina haruslah dapat membezakan pencapaian
murid berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah.

16
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, guru merupakan orang yang berperanan penting dalam mengesan


perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian para pelajar dalam bilik darjah. Guru
yang menentukan hasil pembelajaran bagi pelajar-pelajarnya serta merancang dan
melaksanakan penilaian dan juga merekod segala maklumat yang diperoleh, dan seterusnya
melaksanakan tindakan  susulan. Melalui aktiviti penilaian ini, guru dapat memastikan
perkembangan potensi individu pelajar secara menyeluruh agar menepati dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan pelajar yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, dan intelektual.Sehubungan itu,dasar penting bagi pencapaian
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian,
pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah.
Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian  dan penilaian amat
penting  malah sama pentingnya  dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar
bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

17
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

RUJUKAN
1. Assoc. Prof.Dr.Rohani Ahmad Tarmizi ( 2009 ) . SBEM3403 Measurement and
Evaluation in Mathematics ( 7th.ed ) . Seri Kembangan , Selangor : Meteor
Doc.Sdn.Bhd.

2. Atan Long ( 1982 ).Psikologi Pendidikan . Kuala lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

3. Azizi Ahmad,Mohd. Isha Awang .( 2013 ).HBEF3203 Pengukuran Dan Penilaian


Dalam Pendidikan ( Edisi Kedua ),Seri Kembangan,Selangor Darul Ehsan,Meteor
Doc.Sdn.Bhd.

4. Cronbach, L.J. (1970). Essential of psychological testing (3rd ed.) New York: Harper


& Row.

5. Dr.Ragbir Kaur A/P Joginder Singh .(2010). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan
Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah Dan Menengah.
Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman sdn.Bhd.

6. Ee Ah Meng ( 1993 ). Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu ( 2nd.ed ) . Kuala


Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
7. Gay, L.R. (1985). Educational And Evaluation And Measurement. Competencies for
analysis and application. 2nd ed. Charles E. Merril.

8. Mok Soon Sang ( 1994 ).Penilaian,Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan .


Subang Jaya,Selangor : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

9. Mok Soon Sang. ( 1996 ). Pengajian Matematik untuk Diploma Perguruan. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
10. Mok Soon Sang .( 2009 ).Ilmu Pendidikan Untuk KPLI.Kuala Lumpur.Kumpulan
Budiman Sdn.Bhd.

11. Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

12. Penilaian kendalian sekolah. (2002). Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian


Pendidikan Malaysia.

13. Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian Dan Pengujian Bahasa  Malaysia:


Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

14. Siti Rahayah Ariffin. ( 2003 ). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan
Penilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

18
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

15. Spesifikasi Kurikulum Matematik Tahun 6


Lampiran 1 : UJIAN PENILAIAN MATEMATIK TAHUN 6
MASA : 45 MINIT
NAMA:____________________________ KELAS: ______________________

Kertas soalan ini mengandungi 20 soalan Bahagian A dan Bahagian B.Jawab semua
soalan.

BAHAGIAN A : SOALAN OBJEKTIF

Arahan : Bulatkan jawapan anda

1. Lima juta tiga ratus sembilan puluh satu sembilan belas, ditulis dalam angka ialah

A 5 391 019 B 5 399 019

C 5 931 019 D 5 931 091

2. Bundarkan 938 572 kepada ratus ribu yang terdekat. Nyatakan jawapan dalam juta.

A 1.0 juta B 0.94 juta

C 0.93 juta D 0.9 juta

3. ( 3 516 + 2 488 ) ¿ ( 32 + 15 ) =

A 282 188 B 282 818

C 282 881 D 382 818

4. Rajah 1 menunjukkan dua keping kad nombor.

351 945 5 820

Rajah 1
Cari hasil darab bagi nilai digit 3 dan nilai digit 2.

19
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

A 6 000 B 60 000

C 600 000 D 6 000 000


3 5 2
5. 4 7 +1 7 +3 7 =

3 3
A 8 7 B 9 7

4 6
C 9 7 D 9 7

5 3 1
6. 9 8 - 4 4 - 2 2 =

1 3
A 2 8 B 2 8

5 3
C 2 8 D 2 4

5 1
7. 2 8 ¿ 2 =

1 1
A 3 4 B 3 2

1 1
C 5 4 D 5 2

8. 304 – X + 18. 671 = 187. 332


Cari nilai X

A 474.05 B 201.672
C 193.6 D 135.339

4 1
9. Sue Ann membeli 5 m kain merah. Dia memotong kain itu kepada 10 m setiap
satu. Berapa kepingkah kain merah yang diperolehnya?

A 4 B 6
C 8 D 10

20
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

10. Antara yang berikut, yang manakah memberikan nilai 200?

A 70% ¿ 300 B 55% ¿ 400


C 50% ¿ 500 D 40% ¿ 500

BAHAGIAN B : SOALAN SUBJEKTIF

Arahan : Tulis jawapan kamu dengan jelas dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan
ini.Tunjukkan langkah-langkah penting.Ini boleh membantu anda mendapatkan markah.

1 Nyatakan nilai tempat bagi digit 5 dalam nombor 3 517 682. [1 markah]

2 Cerakinkan 9 087 596 [1 markah]

3 Bundarkan 9.136 kepada perseratus yang terdekat [1 markah]

4 4 3 [1 markah]
Tukarkan 5 5 kepada peratus.

21
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

5 Rajah 5 menunjukkan satu garis nombor.


[1 markah]

3 1 X 7
8 2 8

Rajah 5

Nyatakan nilai X

6 1 1 2 [2 markah]
2 6 + 2 -1 3 =

7 7 3 [2 markah]
5 4 ¿ 300 =

22
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

8 42 + 18. 65 – 26. 42 + 33.183 = [2 markah]

9 Terdapat 49 344 orang pekerja di syarikat A , B , C. Syarikat A mempunyai


13 560 orang pekerja manakala syarikat C mempunyai 1 000 orang pekerja [3 markah]
kurang daripada syarikat B. Berapa orangkah pekerja yang ada di syarikat C?

10 1 1 [3 markah]
10 Encik Amer membeli 9 2 biji piza. Dia memberi 4 2 biji piza kepada
2
jirannya dan 1 3 biji piza lagi kepada kawannya. Dia menyimpan pizza
yang selebihnya untuk anak-anaknya. Berapakah pecahan pizza yang
disimpan untuk anak-anaknya?

23
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

3 KERTAS SOALAN TAMAT

Lampiran 2 : SKEMA PEMARKAHAN

BAHAGIAN A: OBJEKTIF

BIL. JAWAPAN BIL. JAWAPAN


1. A 6. B
2. D 7. C
3. A 8. D
4. D 9. C
5. B 10. D

BAHAGIAN B: SUBJEKTIF

BIL. JAWAPAN MARKA CATATAN


H
1.
Ratus Ribu
J1
2.
9 087 596 =
J1
9 000 000 + 80 000 + 7 000 + 500 + 90 + 6

3.
9.14
J1

4. 3 28 2
0
5 5 x 100 % = 1 5 x 100 % J1

= 560 %

5
5. J1
X= 8

24
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

1 1 2 13 1 5
2 6 + 2 -1 3 = 6 + 2 - 3

13 3 10 K1
6. = 6 + 6 - 6

6
= 6
J1
=1

3 75
23
K1
5 4 ¿ 300 1= 4 x 300
7.
= 1 725 J1

42.00
+ 18.65
----------------
60.65
K1
- 26.42
8. ----------------
34.230
+ 33.183
---------------- J1
67.413
----------------

Jumlah pekerja syarikat B dan C :

49 344 orang B1
- 13 560 orang
----------------
9. 35 784 orang
----------------

Jumlah pekerja syarikat C : K1


35 784 orang
- 1 000 orang
------------------
34 784 orang
J1
------------------

25
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

34 784 ÷ 2 = 17 392 orang

1 1 2 19 9
B1
9 2 - 4 2 -1 3 = 2 - 2 -
5
3
10 5 K1
= 2 - 3
30 10
10. = 6 - 6
20
= 6
21
= 3 63
1
=3 3 J1

Pecahan pizza yang disimpan oleh En.Amer


1
untuk anak-anaknya ialah 3 3 .

Nota :
B1 : Jawapan bebas
K1 : Kaedah
J1 : Jawapan

26
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

LAMPIRAN 3 : SKRIP JAWAPAN MURID PENCAPAIAN TINGGI

27
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

28
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

29
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

30
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

LAMPIRAN 4 : SKRIP JAWAPAN MURID PENCAPAIAN SEDERHANA

31
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

32
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

33
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

34
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

LAMPIRAN 5 : SKRIP JAWAPAN MURID PENCAPAIAN RENDAH

35
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

36
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

37
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

38
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

39

Anda mungkin juga menyukai