Anda di halaman 1dari 4

Contoh Proposal Kajian Untuk Kajian Enrichment Module (EC)

1. TAJUK KAJIAN

Mengkaji potensi buah timun untuk mengurangkan masalah obesiti

2. PENDAHULUAN

Pengenalan/ Latar belakang masalah

Timun dikatakan mempunyai kelebihan tersendiri yang mampu membantu untuk merawat
beberapa jenis penyakit. Oleh itu, kami mula untuk mencari maklumat tentang kelebihan yang terdapat
dalam timun sehingga dijadikan amalan dalam menu diet sehari-hari terutamanya sterol yang terkandung
di dalam kulit timun dari sudut pandangan kesihatan.
Ada juga dikalangan masyarakat yang menjadikan timun sebagai bahan kosmetik semula jadi.
Timun dikatakan mampu untuk melembutkan dan melicinkan kulit wajah dan tidak akan mendatangkan
apa-apa kesan sampingan memandangkan sifatnya yang semula jadi. oleh itu kami telah memutuskan
untuk mengkaji dengan lebih khusus tentang kelebihan yang dimiliki oleh timun sehingga dijadikan menu
diet sehari-hari terutamanya sterol yang terkandung didalam kulit timun.
Kajian ini kami jalankan selama 3 bulan iaitu bermula pada bulan Ogos dan akan berakhir pada
bulan Oktober. Kami juga akan menjalankan uji kaji terhadap 3 orang pelajar untuk membuktikan
kesahihan kajian kami.

Pernyataan Masalah

Kajian kami ini bermula apabila kami melihat segelintir daripada rakan kami telah mengalami
masalah obesiti walaupun berada di usia yang masih terlalu muda. Masalah obesiti yang dialami
membuatkan mereka mengalami kesukaran untuk beraktiviti seperti rakan sebaya mereka yang lain yang
secara tidak langsung telah menurunkan keyakinan diri mereka secara mendadak. Oleh itu, kami mula
memikirkan penyelesaian untuk membantu mereka.
Lantas, kami menceritakan perihal itu kepada salah seorang bapa saudara kami. Beliau telah
mencadangkan agar rakan kami itu menjadikan timun sebagai menu diet sehari-hari. Dari situ, kami mula
mendapat idea untuk mengkaji tentang kelebihan yang dimiliki oleh timun sehingga dijadikan menu diet
sehari-hari terutamanya sterol yang terkandung di dalam kulit timun.

Objektif Kajian/Penyelidikan

Kajian kami ini dirangkumi oleh beberapa objektif iaitu objektif am dan objektif khas. Objektif
amnya ialah untuk memenuhi keperluan aktiviti Schoolwide Enrichment Module (SEM) yang wajib
dijalankan oleh setiap pelajar tingkatan 4 MRSM Alor Gajah. Manakala dari segi khasnya, kajian kami ini
berobjektifkan ingin mencari kelebihan yang dimiliki oleh timun sehingga dijadikan amalan dalam menu
diet sehari-hari. Selain itu, kami juga ingin mencari sebuah penyelesaian untuk rakan kami yang
mengalami masalah obesiti pada usia yang muda.
Di samping itu, kami juga ingin mencari sudut komersial yang dimiliki oleh timun agar kami
dapat menghasilkan suatu produk yang berasaskan timun sehingga boleh dipasarkan. Kami juga ingin
meneliti dengan lebih lanjut berkenaan sterol yang terkandung didalam kulit timun memandangkan ia
juga dikatakan mampu membantu dalam merawat beberapa jenis penyakit.

1 ©JK EC 2016 MRSM ALOR GAJAH


Contoh Proposal Kajian Untuk Kajian Enrichment Module (EC)

Persoalan Kajian

Kami telah menjalankan kajian ini berdasarkan beberapa persoalan iaitu :


i. Apakah kelebihan yang dimiliki oleh timun sehingga dijadikan sebagai menu diet sehari-hari?
ii. Apakah penyelesaian yang ada untuk membantu remaja yang menghidapi masalah obesiti pada
usia muda?
iii. Apakah sudut komersial yang dimiliki oleh timun?
iv. Apakah cara yang paling sesuai untuk menjadikan timun sebagai produk yang boleh dipasarkan?
v. Medium apakah yang paling sesuai untuk pengguna mendapatkan kelebihan yang dimiliki oleh
timun?
vi. Sejauh mana keberkesanan sterol yang terkandung di dalam kulit timun dalam membantu
masalah obesiti?

Hipotesis Kajian

Di peringkat awal kajian, kami menjangkakan akan menemui kelebihan yang dimiliki oleh timun
sehingga dijadikan amalan menu diet sehari-hari oleh masyarakat. Kami menganggarkan bahawa timun
mempunyai kelebihannya yang tersendiri terutamanya sterol yang mampu merendahkan kadar kolesterol
dalam badan dan vitamin yang mampu melembutkan dan melicinkan kulit wajah.
Di peringkat pertengahan pula, kami dapati timun mempunyai sterol yang boleh membantu dalam
menyelesaikan masalah yang dihidapi oleh rakan kami yang mengalami obesiti. Di peringkat ini juga,
kami mengandaikan yang kami telah menemui medium yang sesuai bagi memudahkan pengguna untuk
mendapatkan sterol yang terdapat di dalam timun dalam kadar yang maksimum untuk setiap
pengambilan.
Di peringkat akhir pula, kami menjangkakan yang kami telah menemui sudut komersial yang
dimiliki oleh timun sehingga kami dapat menghasilkan satu produk yang berasaskan timun. Akhir sekali,
kami telah berjaya menghasilkan satu produk yang boleh mendatangkan keuntungan.

Batasan / Halangan Kajian

Sepanjang kami menjalankan kajian ini, kami terpaksa mengatasi beberapa batasan kajian yang
menyukarkan kajian kami dijalankan. Pasa awal kajian, kami terpaksa mencri maklumat yang banyak
berkenaan timun melalui pembacaan dan cara lain kerana berdasarkan maklumat yang kami perolehi
melalui internet, kami mendapati bahwa terdapat banyak perbezaan maklumat dalam setiap dapatan
maklumat. Oleh itu, kami terpaksa meneliti setiap maklumat yang diperolehi agar kami tidak
menggunakan maklumat yang salah dalam kajian kami.
Selain itu, kami juga mempunyai batasan sewaktu pertengahan kajian kerana kami menghadapi
kesukaran mencari pelajar yang mahu menjadi bahan uji kaji kami. Hal ini kerana, para pelajar takut akan
menghadapi kesan sampingan daripada penggunaan bahan kajian kami. Oleh itu, kami terpaksa membuat
sesuatu bagi mendapatkan keyakinan dan kerjasama daripada mereka bagi mencuba uji kaji kami.
Kami juga agak terbatas dalam menjalankan kajian kerana kami terpaksa menyesuaikan setiap
kajian dan uji kaji kerana kami mempunyai badget yang agak terhad. Oleh itu, kami terpaksa mencari
bantuan kewangan lain dan mencari inisiatif untuk mengurangkan belanja sepanjang kajian kami
jalankan.

2 ©JK EC 2016 MRSM ALOR GAJAH


Contoh Proposal Kajian Untuk Kajian Enrichment Module (EC)

Definisi Istilah/Takrifan

Timun – sejenis tumbuhan yang boleh dimakan.


Sterol – sejenis bahan kimia yang terdapat dalam tumbuhan.
Obesiti – masalah kegemukan

3.TINJAUAN LITERATUR /SOROTAN KAJIAN

Timun merupakan sejenis tumbuhan yang sering dijadikan pembuka selera oleh setiap lapisan masyarakat
sama ada dalam bentuk masakan ataupun dimakan mentah untuk dijadikan ulam-ulaman. timun
mempunyai sterol yang boleh membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihidapi oleh rakan kami
yang mengalami obesiti. Di peringkat ini juga, kami mengandaikan yang kami telah menemui medium
yang sesuai bagi memudahkan pengguna untuk mendapatkan sterol yang terdapat di dalam timun dalam
kadar yang maksimum untuk setiap pengambilan.

4. METODOLOGI/KAEDAH PENYELIDIKAN

Kaedah/ Prosedur

1. Menyediakan peralatan dan bahan seperti timun, bikar, pengisar, dan ketulan ais.
2. Timun dibersihkan terlebih dahulu dan dibuang kotoran yang terdapat pada kulit.
3. Hiriskan timun nipis-nipis agar lebih mudah untuk dikisar.
4. Kisarkan timun bersama sedikit air sehingga lumat.
5. Tuangkan jus yang terhasil kedalam gelas bersama ketulan ais.
6. Jus tersebut harus diambil setiap hari selama tiga bulan berturut-turut.
7. Setiap 6 minggu berat pelajar yang mencuba akan direkodkan untuk melihat hasil tidak balas
bahan kajian tersebut.
8. Jangkaan hasil adalah seperti yang dicatatkan di muka surat sebelumnya.

Sampelan/Populasi

Menggunakan 3 orang pelajar.


Tempat penyelidikan

1. Makmal Sains Biologi MRSM Alor Gajah


2. Makmal Sains, UKM

Instrumentasi/Alatan/Radas & Bahan

1. 2 biji timun
2. Sebotol cuka
3. Air suling
4. Bikar
5. Pengisar

3 ©JK EC 2016 MRSM ALOR GAJAH


Contoh Proposal Kajian Untuk Kajian Enrichment Module (EC)

Jangkamasa (Timeline)/Jadual Masa

Langkah/Proses Perincian Tarikh


1. Perancangan Kajian Menyediakan perancangan projek/kajian 15 September 2013
dan membuat agihan tugas
2. Menjalankan Kajian - Menjalankan eksperimen Sept – Oktober 2013
-Menganalisa dan memproses
dapatan/maklumat
3. Menulis Laporan/Tesis Menyediakan/menyusun rangka laporan November 2013
(membuat pembahagian dalam laporan, rujuk
panduan menulis laporan dalam laman web)

5. JANGKAAN HASIL KAJIAN

Pelajar Berat Berat selepas 6 minggu Berat selepas 12


minggu
Pelajar A
Pelajar B
Pelajar C
Jadual 1.1 : Hasil uji kaji yang dijalankan terhadapat 3 orang pelajar

Berat

Masa

Graf: Jangkaan graf hasil uji kaji terhadap 3 orang pelajar.

6. RUJUKAN
1. En, Johari bin Mohd Nin - seorang pengamal jus timun
2. Jaringan laman web
I. www.yahoo.com
II. www.google.com
III. www.wikipedia.com
3. Artikel di akhbar Kosmo – Rabu,7 November 2007 (Rendah tekanan darah menggunakan timun)
4. Akhbar Metro - Isnin,18 Mei 2009 ( Usah tanggal kulit timun )

4 ©JK EC 2016 MRSM ALOR GAJAH

Anda mungkin juga menyukai