Anda di halaman 1dari 4

SOROTAN LITERATUR

PENGENALAN : Tinjauan literature adalah penting kerana ia dapat memberikan idea dan hala tuju mengenai penyelidikan yang akan dilakukan. Umumnya ia ditulis mengikut susunan subtopic tertentu mengikut susunan subtopik tertentu mengikut minat dan kaedah yang dipegang oleh seseorang pengkaji. Dalam tugasan ini, anda akan mendapat serba sedikit maklumat mengenai tujuan sesuatu tinjauan literature yang menrangkumi idea mengenai pembolehubah, pengumpulan maklumat mengenai kerja-kerja penyelidikan yang telah dibuat, mengetahui status kajian itu di luar, memperolehi makna dan hubungan antara pembolehubah, mengenalpasti masalah sebenar dan membina hipotesis kajian. Jelaskan apa itu sorotan literatur? Apa kepentingan sorotan literatur? Beri contoh cara penyediaannya gunakan satu tajuk. Sorotan literatur bermaksud sorotan ringkas terhadap tulisan termasuk buku dan jurnal, ia juga merupakan laporan kajian dalam bidang berkaitan penting bagi mendapat idea, metodologi yang sesuai, atau mengenalpasti kelemahan dan kekuatan penyelidikanpenyelidikan sebelumnya . Literature review atau kajian literatur juga memberi gambaran tahap pengetahuan penyelidik dalam pendidikan yang bakal dilakukannya. Antara langkah yang perlu dilakukan dalam literature review: 1. Membuat penilaian secara kritis terhadap literatur bidang kajian yang hampir sama. Hasil kajian atau penulisan terdahulu menjadi wahana dalam menghasilkan kajian terbaik setelah didapati kelemahan-kelemahan. 2. Memastikan taraf dan bentuk penyelidikan sebelumnya. Kemungkinan penyelidikan sebelumnya hanya bersifat lokaliti tertentu boleh diperluaskan ke dalam wilayah yang lebih besar. Atau berkemungkinan penyelidikan sebelumnya mengabaikan aspek metod tertentu seperti hanya mementingkan pemerhatian hingga mengabaikan metod temubual. 3. Meringkaskan literatur yang direview dan disusun dari lama kepada baru serta dari umum kepada khusus. 4. Berdasarkan kekuatan dan kelemahan kajian terdahulu , pada akhir review , nyatrakan rasional kajian seterusnya patut dilakukan. Aspek ini akan memperlihatkan kekuatan, kepentingan dan kehebatan kajian yang sedang dirancang semestinya dilakukan.

5. Kajian ditulis dalam bentuk pengarang dan tarikh dengan bahasa yang padat dan tepat. 6. Persoalan-persoalan boleh ditimbulkan semasa membuat review literatur bagi menghasilkan sebuah literature review yang baik.

Kepentingan sorotan literatur 1. Menjelaskan latar belakang masalah, di mana dan bila mana kajian perlu bermula dan berakhir 2. Menjelakan teori bidang kajian; Memberi perspektif terhadap kajian Membolehkan penilaian objektif, teratur dan rasional.

3. Mempelajari teknik penyelesaian masalah. 4. Mengelakkan pengulangan kesilapan terdahulu 5. Membantu menganalisis dan mentafsir dapatan: membiasakan diri dengan teori sesuatu disiplin. 6. Menunjukkan kebolehan keupayaan dan pengetahuan penyelidik dalam bidang dikaji.

Contoh cara penyediaan Berhenti mengkaji literatur apabila sudah cukup 1. Susun secara sistematik : Kronologi atau serombong dari kenyataan umum kepada khusus. 2. Pastikan maklumat pengarang, tarikh, tajuk, penerbit , tempat diterbitkan , petikan, muka surat dan sumber dicatatkan dengan jelas. 3. Olah secara kritis dan analitik: Elak secara deskriptif 4. Tumpukan kepada kekuatan dan kelemahan literatur 5. Menghasilkan kerangka teori yang menonjolkan keperluan kajian.

3.2 MISKONSEPSI UKURAN Ada beberapa jenis miskonsepsi yang dapat dikesan berlaku semasa murid menjawab soalan yang bersangkutan dengan pembelajaran ukuran. (a) Ukuran panjang

Jika murid-murid diberikan petak berukuran 1sm2 murid dikehendaki melukis satu garisan, murid-murid tidak mengikut petak yang disediakan dan tidak menggunakan alat pembaris. Mengukur garisan yang diberikan dengan menggunakan pembaris yang disertakan. Murid-murid akan melakukan kesilapan apabila mereka hanya melihat penghujung garisan sahaja tanpa melihat permulaan garisan. Contoh-contoh lain miskonsepsi ukuran panjang ini ialah seperti berikut;

1. Menulis ukuran yang diberikan 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Jawapan salah = 14 cm. Jawapan betul = 11cm.

2. Menulis ukuran pjg benda2 diberikan, dgn memulakan kiraan 1 pg pangkal objek 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Jawapan salah = 4 cm. Jawapan betul = 3 cm (b) Ukuran luas dan isipadu Kurang kefahaman tentang konsep luas dan isipadu. Keliru dengan perkataan lebih besar dan lebih kecil Tidak memahami rajah yang diberikan. Murid-murid hanya membandingkan 2 bentuk apabila ia bercantum.

Murid-murid kurang memahami kehendak soalan

http://khsee2007.blogspot.com/2008/11/ps-4305-213-misconception-in-maths.html http://khsee2007.blogspot.com/2008/11/ps-4305-213-misconception-in-maths.html http://norzira.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai