Anda di halaman 1dari 23

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Sejak kebelakangan ini, kepimpinan distributif dilihat menjadi salah satu unsur utama

dalam sesebuah organisasi dan semua pemimpin ingin menjadi pakar dalam bidang

berkenaan supaya dapat mengurus sebuah organisasi dengan berkesan dan mencapai

visi dan misi sekolah. Kepimpinan ini juga dilihat dapat membantu dalam

meningkatkan kualiti kerja guru disamping membantu dalam pengurusan konflik

dalam kalangan guru. Dalam bab ini juga, pengkaji akan membincangkan beberapa

teori yang berkaitan dengan kepimpinan distributif dan teori berkaitan pengurusan

konflik. Selain itu, bab ini juga membincangkan pelbagai jenis artikel jurnal yang

mempunyai kaitan dengan tajuk kajian ini.


2.2 Teori

Dalam pada itu, terdapat dua teori yang akan dibincangkan dalam kajian yang telah

dilaksanakan. Dua teori yang akan dibincangkan dan digunakan secara langsung

dalam kajian ini Model kepimpinan Distributif Kouszes & Posner (1995) dan Gaya

pengurusan Konflik Ting-Toomey.

2.2.1 Model kepimpinan Distributif Kouszes & Posner (1995)

Model Kepimpinan Distributif Kouszes & Posner (1995), kepimpinan distributif

didefinisikan sebagai kepimpinan yang mengamalkan kaedah pengagihan tugas dan

tanggungjawab sebagai kedudukan tidak rasmi dan kepimpinan secara informal.

Kepemimpinan distributif adalah pendekatan konseptual dan analitis untuk

memahami bagaimana kerja kepemimpinan berlaku dalam masyarakat dan dalam

konteks organisasi yang kompleks. Walaupun dikembangkan dan digunakan terutama

dalam penyelidikan pendidikan, sejak itu diterapkan ke domain lain, termasuk

perniagaan dan bahkan pelancongan. Selain daripada memusatkan perhatian kepada

ciri-ciri pemimpin individu atau ciri-ciri keadaan, kepemimpinan terdistribusi

mendahului bagaimana pelaku terlibat dalam tugas-tugas yang "diregangkan" atau

diedarkan di seluruh organisasi.

Dalam model ini, lima dimensi utama telah diketengahkan yang mana ia

berkait dengan kepimpinan berkesan iaitu dimensi mempamerkan model,

menginspirasikan perkongsian visi, mencabar proses, membolehkan orang lain

bertindak dan memberi galakan. Dimensi mempamerkan model merujuk kepada


keperibadian seorang pemimpin yang boleh dijadikan contoh atau teladan oleh setiap

ahli organisasi sekolah dalam sebarang tindakan (Elmore 2005; Kouzes & Posner

2010; Spillane 2006). Keperibadian adalah faktor seorang pemimpin yang hebat

mampu diikuti, dikagumi, dijadikan inspirasi, dan berwibawa di samping kredibiliti

kepimpinannya terbina pada setiap kata-kata dan tindakan yang konsisten. Dimensi

menginspirasikan perkongsian visi didefinisikan sebagai usaha pemimpin

membangunkan visi dan misi serta menyampaikannya kepada ahli organisasi apa

yang perlu dilakukan agar matlamat yang sama dapat dicapai.

Seterusnya dimensi mencabar proses melibatkan semangat pemimpin mencari

ruang dan peluang agar organisasi sekolah dapat memberi komitmen dalam

pembangunan dan perubahan secara kreatif dan inovatif. Membolehkan orang lain

bertindak pula adalah merujuk kepada keyakinan dan kepercayaan seorang pemimpin

kepada ahli organisasi untuk melibatkan diri dalam sebarang tindakan ke arah

mencapai matlamat sama ada dalam perbincangan, membuat keputusan, mahupun

mengambil tindakan. Manakala dimensi memberi galakan merujuk kepada

pengiktirafan, sokongan dan penghargaan pemimpin kepada ahli organisasi dalam

sebarang tindakan, perubahan, pembangunan dan kejayaan ahli (Kouzes & Posner

1995). Kepemimpinan yang diagihkan bukanlah sesuatu yang 'dilakukan' oleh

individu 'kepada' orang lain, atau sekumpulan tindakan individu di mana orang

menyumbang kepada kumpulan atau organisasi. Ia adalah aktiviti kumpulan yang

berfungsi melalui dan dalam hubungan, bukannya tindakan individu. (Bennett et al.

2003, hlm.3.

(1979) mene

rangkan bahawa stres adalah sebarang kuasa yang meletakkan fakto


2.2.2 Gaya pengurusan Konflik Ting-Toomey

Gaya pengurusan konflik Ting-Toomey yang mengkategorikan lima jenis gaya

pengurusan konflik. Teori tersebut membandingkan budaya konteks tinggi dan

budaya konteks rendah, iaitu gaya mengelak, obligasi, kompromi, dominasi dan

integrasi. Gaya mengelak merujuk kepada individu yang membuat keputusan untuk

tidak membincangkan secara terbuka mengenai perbezaan pendapat yang wujud

dalam kumpulannya. Ia bertujuan untuk menghindari pergeseran dan salah faham

dalam perhubungan. Pada asasnya, individu yang berhadapan dengan konflik tersebut

akan bertindak pasif dan cuba mengabaikan perhatian terhadap isu yang timbul

dengan membiarkan sahaja masalah yang berlaku.

Rasionalnya, konflik di sekolah akan mengurangkan masa yang ada untuk

perancangan pembinaan dan menggalakkan inisiatif dan penyelesaian kreatif (Saiti,

2015). Konflik, "jika tidak diuruskan dengan bijak akan menjadi ‘barah’ dan

memecah-belahkan guru kepada situasi berpuak-puak (Lokman et al., 2009: ms. 84).

Konflik memang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan manusia. Konflik boleh

berlaku tanpa mengira masa dan tempat. Konflik yang berlaku dalam organisasi akan

membawa kesan konstruktif (Bolman dan Deal, 2008; Fisher, 2000) atau distruktif

kepada pencapaian sesebuah organisasi (Longaretti dan Wilson, 2006; Balay, 2006).

Walau bagaimanapun, konflik dapat meningkatkan pencapaian organisasi jikalau

diurus dengan baik (Gaffar, 2013; Vey, 2004). Bagaimanapun, Schweiger et al.

(1986) mengakui bahawa fenomena konflik, di satu pihak, konflik boleh

meningkatkan kualiti keputusan; tetapi di pihak yang lain, ia boleh melemahkan

keupayaan kumpulan untuk bekerja bersama-sama pada masa akan datang" (ms. 67).

Ini bermakna, walaupun konflik boleh memberi kesan konstruktif atau destruktif, ia
perlu dianalisis dan diurus dengan berhati-hati. Rasionalnya, jika konflik tidak akan

hilang, soalan itu menjadi bagaimana untuk membuat yang terbaik daripadanya.angan

yang timbul akan mtan yang bera dan ergantung kepada jenipesonalitdigunakan. Sekir

2.3 Kajian dalam dan Luar Negara

Pelbagai kajian telah dilaksanakan bagi mendapatkan kepastian yang jelas mengenai

kepentingan kepimpinan distributif secara amnya dan juga berkaitan dengan

pengurusan konflik guru di sekolah. Selain itu, ada juga kajian yang dilaksanakan

berkaitan kepimpinan distributif dan pengurusan konflik berdasarkan pelbagai industi

lain, selain pendidikan. Berikut merupakan beberapa kajian lepas yang dilaksanakan

oleh pengkaji-pengkaji untuk menentukan Pengaruh gaya kepimpinan distributif guru

besar atau pemimpin dengan pengurusan konflik di sekolah atau tempat kerja.

Kajian utama yang menjadi perintis dalam melaksanakan kajian ini adalah

kajian yang dilaksanakan oleh (Yusof, Don & Ismail, 2016) dengan tajuk kajian

pengaruh kepimpinan distributif terhadap pengurusan konflik dalam kalangan

pemimpin sekolah. Amalan kepimpinan distributif dalam kalangan pemimpin sekolah

adalah elemen penting dalam menjayakan pelaksanaan Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025 ke arah meningkatkan amalan kepimpinan berkesan.

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti perkaitan antara kepimpinan distributif

dengan pengurusan konflik dalam kalangan pemimpin-pemimpin sekolah. Kajian ini

mengguna pakai pendekatan kuantitatif dalam kajian keratan rentas untuk mengumpul

data berkenaan kepimpinan distributif dan pengurusan konflik. Populasi kajian

melibatkan pemimpin-pemimpin di sekolah menengah kebangsaan zon utara,

Semenanjung Malaysia dan persampelan rawak berstrata digunakan untuk memilih

responden kajian. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik Leadership Practices
Inventory (LPI) yang dibina oleh Kouzes dan Posner pada tahun 1995 dan soal selidik

Rahim Organizational Conflict Inventory – II (ROCI-II), yang dibina oleh Rahim

pada tahun 1983. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan

dan positif antara kepimpinan distributif dan pengurusan konflik yang mana

kepimpinan distributif juga didapati memberi pengaruh kepada pengurusan konflik di

sekolah. Justeru, elemen di dalam amalan kepimpinan distributif perlu diterapkan

kepada pemimpin-pemimpin sekolah dalam mempastikan keberkesanan kepimpinan

sekolah dapat dicapai seperti mana yang telah dirangka dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Selain itu, (Yusoff, 2016) pula dengan tajuk kajian kepimpinan distributif

pemimpin sekolah, pengurusan konflik dan persekitaran sekolah berkesan dan sekolah

kurang berkesan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

menekankan amalan kepimpinan distributif dalam kalangan pemimpin sekolah

menjelang tahun 2016. Usaha ini dilakukan ke arah meningkatkan modal sosial dan

modal ekonomi negara melalui peningkatan sekolah berkesan, peningkatan kualiti

modal insan, dan pertumbuhan aset negara bagi mencapai negara maju menjelang

tahun 2020. Namun begitu, isu-isu transformasi pendidikan dan kompleksiti

kepimpinan yang semakin rumit telah menimbulkan konflik berterusan yang turut

menjejaskan kualiti dan prestasi sekolah. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk

mengkaji amalan kepimpinan distributif pemimpin, pengurusan konflik, dan

persekitaran sekolah di dua kategori sekolah yang berbeza iaitu sekolah berkesan dan

sekolah kurang berkesan. Secara khususnya, kajian ini mengkaji hubungan dan

pengaruh amalan kepimpinan distributif pemimpin sekolah terhadap pengurusan

konflik dan persekitaran sekolah di samping mengkaji peranan pengurusan konflik

yang bertindak sebagai mediator dalam perkaitan tersebut. Kaedah tinjauan keratan
rentas diaplikasikan dalam proses pengumpulan data melalui soal selidik Leadership

Performance Inventory (LPI) yang dibentuk oleh Kouzes dan Posner pada tahun

2003, soal selidik Rahim Organizational Conflict Inventory – II (ROCI-II) yang

dibentuk pada tahun 1983, dan Teacher School Environment Questionnaire (TSEQ)

yang dibentuk oleh Lemerle pada tahun 2005. Seramai 460 pemimpin sekolah telah

diambil sebagai responden kajian. Dapatan menunjukkan kepimpinan distributif

terbukti memberi pengaruh ke atas pengurusan konflik di sekolah berkesan dan

sekolah kurang berkesan. Di samping itu, kepimpinan distributif juga mempunyai

hubungan dengan persekitaran sekolah dan turut memberi pengaruh ke atas

persekitaran sekolah di sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan.

Kesimpulannya, dapatan membuktikan pengurusan konflik berperanan sebagai

pembolehubah mediator antara hubungan kepimpinan distributif dengan persekitaran

sekolah yang mana pengurusan konflik bertindak sebagai mediator separa. Kajian ini

berjaya menghubungkan tiga teori utama yang mana amalan pengurusan konflik yang

tinggi membantu meningkatkan kemahiran kepimpinan distributif dan seterusnya

meningkatkan kualiti persekitaran sekolah. Kajian ini juga dapat dimanfaatkan oleh

pemimpin sekolah sebagai panduan dalam menilai kelemahan dan kekuatan aspek

kepimpinan selain menjadi rujukan asas untuk meningkatkan pelbagai pengetahuan,

kemahiran dan ilmu pengurusan kepimpinan seperti perkongsian visi, nilai, tugas dan

tanggungjawab organisasi khususnya, serta penelitian dalam aspek pengurusan

konflik dan persekitaran sekolah amnya.

Selain itu, terdapat satu lagi kajian dengan tajuk amalan kepimpinan distributif

dan hubungannya dengan modal psikologi di sekolah menegah daerah Putrajaya yang

dijalankan oleh (Muda & Hamzah, 2018). Tujuan kajian ini adalah bagi mengenal

pasti hubungan antara amalan kepimpinan distributif pengetua dan modal psikologi
dalam kalangan guru sekolah di daerah Putrajaya. Selain itu, kajian ini juga untuk

mengenalpasti sejauhmana sumbangan kepimpinan distributif terhadap modal

psikologi. Kajian ini berbentuk korelasi dengan menggunakan borang soal selidik

yang dijawab sendiri oleh responden (self-administrated). Populasi bagi kajian ini

ialah guru sekolah menengah di daerah Putrajaya. Seramai 402 orang guru telah

dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Pemilihan sampel ini adalah dibuat secara

rawak mudah dan hanya melibatkan guru-guru yang berkhidmat di 10 buah sekolah

menengah di daerah Putrajaya. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan

distributif adalah tinggi (min=3.89), begitu juga tahap modal psikologi guru juga

adalah tinggi (min=4.01). Dapatan kajian juga menunjukan terdapat hubungan yang

signifikan antara gaya kepimpinan distributif dan modal psikologi guru dimana faktor

budaya sekolah adalah merupakan komponen dalam gaya kepimpinan distributif yang

paling mempengaruhi modal psikologi. Implikasi kajian kepada kesusasteraan

mengenai amalan kepimpinan distributif yang menyumbang kepada pembentukan

modal psikologi guru. Kesimpulan kajian adalah kepimpinan distributif adalah satu

gaya kepimpinan yang berkesan dalam membentuk tingkah laku positif iaitu modal

psikologi. Pengetua yang mengamalkan kepimpinan distributif iaitu perkongsian

tanggungjawab pemimpin dengan pengikut adalah satu amalan yang baik kerana

ianya juga sebagai satu persediaan bakal pengetua pada masa hadapan. Apabila para

guru telah didedahkan dengan tanggungjawab pemimpin, maka mereka akan lebih

bersedia memikul tanggungjawab pengetua pada masa hadapan.

Praktis kepimpinan distributif merupakan keperluan dalam sistem pendidikan,

kerana guru dan pemimpin sekolah dapat mewujudkan kerjasama dan interaksi bagi

meningkatkan pencapaian pelajar. Kajian mengenai kepimpinan distibutif ini masih


lagi di peringkat awal dan perlu diperbanyakkan. Kajian ini dilaksanakan oleh (Jamail

& Don, 2016) dengan tajuk praktis kepimpinan distributif dan komitmen terhadap

organisasi berdasarkan Kohort generasi guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenal

pasti hubungan antara kepimpinan distributif dengan komitmen guru berdasarkan

kohort generasi di sekolah menengah kebangsaan. Kajian ini menggunakan seramai

298 responden yang terdiri daripada guru dan menggunakan pendekatan kuantitatif

berbentuk tinjauan keratan rentas. Kajian ini telah menggunakan kerangka teoritikal

kepimpinan distributif Spillane (2006) yang telah menghubungkan interaksi antara

pemimpin, pengikut dan juga situasi. Kajian ini menggunakan instrumen Distributed

Leadership Survey (DLS) oleh Davis (2009), dan juga instrumen Affective,

Continuance and Normative Commitment Scales (ACNCS) yang telah dibangunkan

oleh Meyer dan Allen (1997). Pemilihan responden adalah berdasarkan kepada

pensampelan rawak berstrata tidak mengikut kadar dan juga persampelan bertujuan.

Sebanyak tiga hipotesis telah dibina dan diuji dengan menggunakan kaedah statistik

ujian korelasi Pearson, ujian-t sampel bebas dan ujian ANOVA menerusi SPSS versi

21. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara

kepimpinan distributif dan komitmen guru terhadap organisasi. Dimensi kepimpinan

pengetua dan dimensi visi sekolah didapati sangat kerap dipraktiskan di dalam kajian

ini. Bagi komitmen terhadap organisasi, didapati dimensi komitmen normatif adalah

yang paling tinggi. Tiada perbezaan yang signifikan dalam kepimpinan distributif

dengan komitmen guru berdasarkan kohort generasi dan juga jantina guru.

Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, adalah dicadangkan agar pemimpin sekolah

dapat menyebarluaskan kepimpinan kepada guru di samping berkongsi visi sekolah

yang jelas dan mudah difahami oleh warga sekolah, tanpa mengira jantina dan kohort

generasi.
Selain itu, (Yusoff, Ismail & Don, 2015) juga melaksanakan satu lagi kajian

iaitu pengaruh kepimpinan distributif terhadap persekitaran sekolah. Amalan

kepimpinan distributif dalam kalangan pemimpin-pemimpin sekolah adalah elemen

penting dalam menjayakanpelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025 ke arah meningkatkan amalan kepimpinan berkesan. Kajian ini dijalankan

bagi mengenalpasti perkaitan antara kepimpinan distributif dengan persekitaran

sekolah di sekolah-sekolah menengah kebangsaan. Kajian ini menggunapakai

pendekatan kuantitatif dalam kajian keratan rentas untuk mengumpul data berkenaan

kepimpinan distributif dan tahap kualiti persekitaran sekolah. Populasi kajian

melibatkan pemimpin-pemimpin di sekolah menengah kebangsaan zon utara,

Semenanjung Malaysia dan persampelan rawak berstrata digunakan untuk memilih

responden kajian. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik Leadership Practices

Inventory (LPI) yang dibina oleh Kouzes dan Posner pada tahun 2003 dan soal selidik

Teacher School Environment Questionnaire (TSEQ) yang diadaptasi oleh Lemerle,

pada tahun 2005. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan

dan positif di antara kepimpinan distributif dan persekitaran sekolah yang

manakepimpinan distributif juga didapati memberi pengaruh kepada persekitaran

sekolah. Justeru elemen-elemen di dalam amalan kepimpinan distributif perlu

diterapkan kepada pemimpinpemimpin sekolah dalam mempastikan keberkesanan

kepimpinan di sekolah dapat dicapai sepertimana yang telah dirangka dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

Amalan kepimpinan distributif dalam kalangan pemimpin sekolah merupakan

elemen penting dalam menjayakan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM 2013-2025) ke arah meningkatkan amalan kepimpinan berkesan.


Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan

distributif penyelia dengan motivasi guru di Sekolah Dalam Hospital (SDH) di

Malaysia. Kajian ini telah dijalankan oleh (Balakrishnan & Wahab, 2015) dengan

menfokuskan amalan kepimpinan distributif penyelia dan ubungannya dengan

motivasi guru di sekolah dalam hospital (SDH) di Malaysia. Kajian kuantitatif ini

menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi dari Distributed Leadership

Readiness Scale (DLRS) dan Questionnaire Measure of Individual Differences In

Achieving Tendency (QMAT). Seramai 76 daripada jumlah populasi 97 orang guru di

SDH seluruh negara telah dipilih sebagai sampel untuk menjalani kajian ini. Analisis

deskriptif dan infrensi telah digunakan untuk menguji persoalan kajian dengan

menggunakan perisian SPSS versi 22.0. Dapatan kajian menunjukkan amalan

kepimpinan distributif penyelia SDH berada pada tahap yang tinggi (min = 4.29, SP =

.574). Tahap motivasi guru pula berada pada tahap yang memuaskan (min = 3.83, SP

= .490). Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat korelasi positif yang

signifikan (r = 0.297), tetapi lemah antara kepimpinan distributif penyelia dengan

tahap motivasi guru di SDH. Justeru, elemen di dalam amalan kepimpinan distributif

perlu diterapkan kepada pemimpin-pemimpin sekolah dalam memastikan

keberkesanan kepimpinan sekolah dapat dicapai selaras dengan aspirasi PPPM 2013–

2025.

Disamping itu, terdapat juga kajian yang dijalankan atas kepimpinan

distributif, keadaan dalam sekolah dan komitmen guru untuk berubah sebagai satu

Analisa partial least squares oleh (Thien & Tan, 2019). Kajian ini bertujuan untuk

mengkaji hubungan antara kepimpinan distributif terhadap komitmen guru untuk

berubah dengan keadaan dalam sekolah sebagai mediator. Kajian ini menggunakan

reka bentuk kajian kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada
357 orang guru-guru sekolah menengah yang dipilih secara rawak daripada 20 buah

sekolah di Daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang,

Malaysia. Pendekatan Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-

SEM) dengan perisian SmartPLS 3.2.7 digunakan untuk penganalisaan data. Dapatan

kajian ini menunjukkan bahawa kepimpinan distributif mempunyai hubungan positif

yang signifikan dengan komitmen guru untuk berubah secara langsung (β=0.472,

p<.05). Keadaan dalam sekolah mempunyai kesan pengantaraan yang signifikan

dalam hubungan antara kepimpinan distributif dan komitmen guru untuk berubah

(β=0.228, p<.05). Dapatan kajian memberi implikasi terhadap pihak pembuat polisi

dan pentadbir sekolah bahawa kepimpinan distributif dan keadaan dalam sekolah

merupakan elemen yang penting untuk meningkatkan komitmen guru untuk berubah

dalam pengajaran abad ke-21.

Pendidikan Teknik dan Vokasional sedang menghadapi perubahan dalam

kebanyakan aspek merangkumi pentadbiran, skop kerja, kurikulum dan sistem

pentaksiran. Perubahan ini diterajui oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kajian ini dijalankan oleh (Rabindarang &

Bing, 2012) iaitu kerangka teoritikal pengaruh kepimpinan distributif terhadap

komitmen organisasi dan tekanan kerja dalam organisasi Teknik dan vokasional.

Pemimpin memainkan peranan utama untuk memastikan kejayaan terhadap

perubahan yang dilaksanakan. Pemimpin akan menjadi penghubung di antara semua

pihak yang berkepentingan dalam organisasi Pendidikan iaitu stakeholder; Bahagian

Pendidikan Teknik dan Vokasional, subordinat; pendidik teknik dan vokasional dan

pelanggan; pelajar dan ibu bapa. Pemimpin perlu mengamalkan gaya kepemimpinan

yang bersesuaian dengan pelaksanaan perubahan. Kepemimpinan distributif adalah

bersesuaian dengan pelaksanaan perubahan dalam organisasi teknik dan vokasional.


Komitmen organisasi dan tekanan kerja merupakan antara kriteria penting yang sering

dikaitkan dengan kejayaan organisasi. Artikel ini membincangkan kerangka teoritikal

pengaruh kepemimpinan distributif terhadap komitmen organisasi dan tekanan kerja

dalam organisasi pendidikan teknik dan vokasional.

Selain itu, (Halim & Ahmad, 2015) menjalankan satu kajian iaitu kepimpinan

distributif, factor kontekstual dan efikasi kendiri guru di Malaysia. Kajian ini

mengkaji hubungan kepemimpinan yang tersebar dengan keberkesanan diri guru dan

peranan faktor kontekstual sebagai orang tengah di Sekolah Kediaman (RS) dan

Sekolah Menengah Kebangsaan (NSS) di Malaysia. Seramai 831 guru yang mewakili

17 sekolah telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan

korelasi positif yang tinggi dan hubungan yang signifikan (r = 0.50) antara

kepemimpinan yang diedarkan dengan efikasi kendiri guru. Analisis tersebut

melaporkan bahawa efikasi kendiri guru agak tinggi di Sekolah Kediaman (min =

4.35) berbanding dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (min = 4.33). Dapatan ini

menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan yang signifikan dalam efikasi kendiri guru

berkenaan dengan jenis sekolah yang sedang mereka ajar. Analisis Structural

Equation Modeling dari model kajian menunjukkan nilai pekali penentuan atau R2

adalah 0.36. Statistik menunjukkan bahawa pemboleh ubah kepemimpinan diedarkan

dan faktor kontekstual menjelaskan 36% varians efikasi kendiri guru. Selebihnya 64%

mungkin berlaku disebabkan oleh pengaruh lain yang tidak berada dalam lingkungan

kajian ini. Hasil kajian menunjukkan beberapa implikasi dan cadangan teori mengenai

peranan dan kesan kepemimpinan yang tersebar terhadap keberkesanan diri guru di

sekolah menengah Malaysia.


Pelan Pembangunan Pendidikan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

dirancang untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan supaya dapat mengikut taraf

pendidikan antarabangsa yang semakin meningkat. Kajian yang berdasarkan

kepimpinan distributif dan komuniti pembelajaran professional (KPP) di sekolah

rendah ini dijalankan oleh (Teng & Hamzah, 2014). Pentadbir menjadi peranan yang

amat penting dalam usaha membantu merealisasikan hasrat PPPM ini. Kertas konsep

ini bertujuan untuk membincangkan kepimpinan distributi guru besar dan amalan

Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) guru di sekolah. Kepimpinan distributif

mementingkan perkongsian tanggungjawab antara pentadbir dengan guru-guru dalam

usaha perkembangan sekolah. Pentadbir sekolah perlu memahami peranan sebagai

pemimpin distributif supaya meningkatkan tahap amalan KPP dalam kalangan guru.

Seterusnya, melihat pula pada pengurusan konflik pula yang dikaitkan dengan

kepimpinan distributif dan lain-lain faktor terdapat pelbagai kajian berdasarkannya.

Satu kajian dijalankan oleh (Mat, 1999) dengan menfokuskan pengurusan konflik di

kalangan pendidik. Konflik merupakan fenomena semulajadi yang dialami oleh setiap

individu yang berinteraksi dan berkomunikasi dengan individu lain. Amalan

komunikasi dalam organisasi pendidikan yang tidak berkesan merupakan satu punca

berlakunya konflik di kalangan pendidik. Kajian ini dijalankan bertujuan melihat

hubungan di antara ciri-ciri demografi dengan gaya pengurusan konflik dan amalan

komunikasi dalam organisasi serta hubungan di antara 4 dimensi amalan komunikasi

dalam organisasi dengan 5 gaya pengurusan konflik. Kajian yang berbentuk

kuantitatif ini dijalankan ke atas guru-guru di 14 buah sekolah menengah di Daerah

Pasir Mas, Kelantan. Seramai 274 orang responden telah dipilih secara rawak dengan

menggunakan Kaedah Proportionate Stratified Random Sampling. Seramai 240 orang

responden yang memberi maklumbalas berdasarkan soal selidik yang berjaya


dipungut juga mewakili 87.59% daripada keseluruhan responden. Soal selidik yang

digunakan mengandungi 58 item, iaitu 5 item ciri-ciri demografi, 25 item gaya

pengurusan konflik yang diadaptasi daripada Thomas-Kilmann Conflict Mode

Instrument (TKCMI) dan 28 item amalan komunikasi dalam organaisasi yang

disesuaikan dengan pendapat Smeltzer. Dua jenis statistik yang digunakan iaitu

statistik deskriptif untuk mendapatkan jumlah skor, min, sisihan piawai dan peratus

dan statistik inferensi untuk pengujian hipotesis iaitu menggunakan ujian-t, ANOVA

(Satu hala) dan Korelasi Pearson. Analisis deskriptif menunjukkan min pengurusan

konflik gaya kolaborasi paling popular dan min gaya persaingan paling kurang.

Dapatan daripada pengujian hipotesis didapati tidak terdapat perbezaan yang

signifikan di antara faktor jantina, umur, status perkahwinan, taraf pendidikan

akademik dan tempoh perkhidmatan dengan gaya pengurusan konflik. Manakala

terdapat perbezaan faktor jantina, umur dan tempoh perkhidmatan dengan amalan

komunikasi dalam organisasi. Hasil analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat

hubungan yang signifikan antara amalan komunikasi dalam organisasi dengan gaya

pengurusan konflik di kalangan pendidik di sekolah menengah di Daerah Pasir Mas.

Seterusnya, kajian ini dijalanakan oleh (Yasin & Mispar, 2014) dengan tajuk

cara pengurusan konflik peserta program khas pensiswazahan guru besar di fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi malaysia. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk

menentukan cara-cara pengurusan konflik Guru Besar yang mengikuti Program Khas

Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia. Seramai 80 orang responden memberikan maklumbalas kepada soal selidik

soalan yang diubahsuai daripada Thomas Killman Conflict Mode Instrument (T-

KCMI). Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrument (keseluruhan)


yang dihasilkan ialah 0.808. Manakala, nilai pekali Alpha Cronbach bagi setiap

dimensi yang dikaji adalah dan 0.732 (gaya kolaborasi), 0.663 (gaya kompromi),

0.735 (gaya akomodasi), 0.768 (gaya bersaing), 0.537 (gaya mengelak). Analisis

statistik dilakukan untuk mendapatkan nilai frekuensi dan min dengan menggunakan

perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 13.0. Dapatan kajian

menunjukkan tahap penggunaan cara pengurusan konflik kolaborasi responden adalah

pada tahap yang paling tinggi dengan nilai min 4.21, diikuti oleh cara kompromi (min

3.95), cara akomodasi (min 3.45), cara bersaing (min 3.10), dan cara mengelak (min

2.84). Adalah diharapkan pengkaji akan datang dapat menjalankan kajian lanjutan

bertujuan memperbaiki soal selidik yang telah bangunkan.

Dalam budaya konteks tinggi, penjagaan ‘air muka’ sangat penting kerana

berkait rapat dengan maruah dan harga diri yang menjadi asas kepada berlakunya

konflik. Konflik berlaku akibat daripada perbezaan matlamat, nilai dan persepsi

individu. Dalam institusi kekeluargaan, konflik tidak dapat dielakkan namun boleh

ditangani dengan menggunakan gaya pengurusan konflik yang sesuai. Kajian ini

dilakukan oleh (Kiram, Ariffin & Zakaria, 2017) yang menfokuskan gaya pengurusan

konflik dan kesannya terhadap institusi kekeluargaan dalam novel saga. Gaya

pengurusan konflik bergantung pada persepsi seseorang itu terhadap konflik yang

wujud dengan melihatnya sebagai sesuatu yang negatif, positif atau peluang untuk

menjadi lebih kreatif. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti gaya pengurusan

konflik dan kesannya terhadap institusi kekeluargaan serta merumuskan gaya

pengurusan konflik yang dapat mengelakkan berlakunya perpecahan dalam keluarga.

Data diambil daripada sembilan peristiwa dalam novel, SAGA karya Abdul Talib

Mohd. Hassan dan dianalisis dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah
analisis kandungan. Kajian ini menggunakan Teori Pengurusan Air Muka Ting-

Toomey dengan menumpukan kepada gaya pengurusan konflik. Terdapat lima gaya

pengurusan konflik, iaitu mengelak, obligasi, kompromi, dominasi dan integrasi.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa konflik berlaku disebabkan perasaan aib dan

malu yang menjejaskan ‘air muka’ individu dan keluarga. Setiap gaya pengurusan

konflik yang dipilih akan memberikan kesan sama ada positif atau negatif terhadap

hubungan kekeluargaan. Kajian juga mendapati, personaliti individu mempengaruhi

gaya pengurusan konflik dan memberi kesan terhadap keharmonian keluarga.

Selain itu, (Ibrahim, Hamzah & Kassim, 2016) telah melaksanakan satu lagi

kajian iaitu tahap pengurusan konflik guru besar-guru besar dan guru-guru di sekolah

rendah. Kajian ini bertujuan untuk meninjau pandangan guru dan pentadbir sekolah

terhadap amalan dalam pengurusan konflik di sekolah rendah. Antara objektif kajian

adalah untuk meninjau pandangan guru-guru dan Guru Besar-Guru Besar terhadap

konsep konflik, faktor-faktor kewujudan konflik, tahap-tahap konflik, kesan konflik

serta gaya danpendekatan yang diamalkan untuk mengurus konflik. Seramai 30 orang

Guru Besar lelaki dan 9 orang Guru Besar wanita yang sedang mengikuti Program

Khas Pensiswazahan Guru Besar di UKM serta 624 orang guru sekolah rendah di

bawah pentadbiran mereka (201 lelaki dan 471 perempuan) dilibatkan dalam kajian

ini. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasikan daripada lima

soal selidik untuk mengukur mod pengurusan konflik iaitu Rahim Organizational

Conflict Inventory II (1995), Blake & Moulton (1964), Hall (1969), Lawrence dan

Lorsch (1967) dan Thomas & Kilmann (1974). Data yang diperoleh telah dianalisis

dengan menggunakan Statistik Deskriptif (Kekerapan, Peratus dan Min) dan Statistik

Inferensi (Regresi Berganda). Kajian mendapati konflik memang wujud antara

pentadbir dan guru, antara guru dan guru, antara pentadbir dengan pentadbir dan
antara guru dengan staf sokongan. Konflik yang kerap berlaku ialah di antara

pentadbir dengan guru dan di antara guru-guru dengan

guru. Guru Besar-Guru Besar dan guru-guru berpendapat bahawa selain daripada

wujud secara semula jadi, konflik boleh juga berpunca daripada percanggahan nilai-

nilai peribadi dan tingkah laku serta emosi. Melalui analisis regresi, dapatan ini

menunjukkan bahawa faktor peribadi menyumbang ke atas terjadinya konflik (42.1%)

manakala 43.3% disumbangkan oleh faktor komunikasi, dan 14.6% lagi oleh faktor-

faktor lain yang tida termasuk di dalam kajian ini. Pada keseluruhannya, tahap konflik

di sekolah-sekolah rendah masih berada di peringkat rendah, tetapi tetap memberi

kesan yang tinggi. Gaya pengurusan konflik yang selalu digunakan oleh Guru Besar-

Guru Besar dan guru-guru ialah bersepadu dan bertolak ansur, manakala pendekatan

pengurusan konflik yang didapati berjaya ialah pertemuan secara bersemuka,

matlamat kongsi bersama, memperbanyakkan sumber, mengenal pasti perbezaan staf

dan mengubah tingkah laku. Justeru, barisan pentadbiran sekolah perlu memahami

punca-punca konflik dan mengambil kira amalan dan pendekatan pengurusan yang

dapat menangani konflik secara lebih berkesan.

Konflik merupakan fenomena semulajadi yang dialami oleh setiap individu

yang berinteraksi dengan individu lain. Setiap orang mempunyai gaya tersendiri

dalam menguruskan konflik mengikut kesesuaian dan keadaan. Maka kajian ini cuba

meneliti gaya penyelesaian konflik yang digunakan oleh guru besar menggunakan

lima kaedah yang dikemukan dalam model Thomas-Kilmann iaitu gaya persaingan,

kolaborasi, mengelak, akomodasi dan tolak ansur. Soal selidik yang digunakan adalah

diadaptasi daripada Model Konflik Thomas – Kilmann. Kajian ini bertajuk gaya

pengurusan konflik guru dalam kalangan guru besar sekolah rendah daerah Johor

Bahru oleh (Kadir, 2008). Populasi kajian adalah 88 orang guru besar sekolah rendah
daerah Johor Bahru yang dipilih sebagai responden. Bagi menilai dapatan kajian ini,

dua jenis statistik yang digunakan iaitu statistic deskriptif mendapatkan jumlah skor,

min dan peratus. Manakala statistik inferensi untuk pengujian hipotesis iaitu

menggunakan Ujian-t dan ANOVA. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa min

pengurusan konflik adalah gaya kolaborasi yang paling digemari dan min gaya

persaingan paling kurang digemari. Data daripada pengujian hipotesis juga mendapati

bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor jantina, umur, taraf

akademik, tempoh perkhidmatan sebagai guru besar dan keterlibatan kursus

pengurusan konflik dengan gaya pengurusan konflik guru besar sekolah rendah

daerah Johor Bahru.

Seterusnya, (Yusoff & Johari, 2014) menjalankan satu kajian iaitu pendekatan

pengurusan konflik dan hubungannya dengan amalan Interest Based Bargaining (IBB)

dengan kajian keatas pemimpin kesatuan sekerja sektor perindustrian di Sabah.

Perundingan kolektif adalah proses menentukan terma dan kondisi pekerjaan di antara

pihak majikan dan wakil kesatuan sekerja bagi membentuk satu perjanjian kolektif.

Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk mencapai satu perjanjian kolektif yang

memuaskan hati pihak yang berunding. Mereka selalu berhadapan dengan situasi

kalah-menang atau perundingan distributif. Oleh itu, Fisher dan Ury (1991) telah

memperkenalkan prinsip Interest Based Bargaining (IBB) sebagai alternatif kepada

perundingan distributif. Berdasarkan ulasan kajian lepas mendapati pendekatan

pengurusan konflik merupakan peramal yang baik kepada bentuk perundingan IBB

dan distributif, di mana perbezaan bentuk pengurusan konflik individu mempengaruhi

cara mereka mengadakan perundingan. Kajian ini dijalankan ke atas kesatuan sekerja

peindustrian di Sabah. Hasil kajian mendapati pendekatan pengurusan konflik dengan

bertolak ansur mempunyai hubungan yang signifikan dengan amalan IBB. Ia juga
menjadi peramal yang baik kepada amalan IBB di kalangan pemimpin kesatuan

sekerja perindustrian di Sabah. Sungguhpun begitu, pendekatan pengurusan konflik

dengan bekerjasama dan penyelesaian masalah tidak mempunyai hubungan yang

signifikan dengan amalan IBB. Dapatan kajian ini berbeza daripada kajian lepas dan

kajian ini turut mengesahkan bahawa teori dual concern tidak boleh dijadikan peramal

tunggal kepada amalan IBB.

Seterusnya, Gaya pengurusan konflik yang berkesan di kalangan pelajar

amatlah penting kerana gaya pengurusan konflik yang tidak sesuai dengan situasi

konflik akan terbawabawa hingga ke alam pekerjaan dan ini akan menjejaskan kualiti

dan produktiviti kerja. Kajian lalu menunjukkan bahawa jantina, personaliti dan

pengalaman lalu seseorang mempengaruhi gaya pengurusan mereka. (Ibrahim, 2006)

telah melaksanakan kajian ini dengan tajuk gaya pengurusan konflik, hubungannya

dengan faktor jantina, kursus diambil semasa ijazah pertama dan personaliti di

kalangan pelajaran satjana pendidikan teknik dan vokasional. Oleh itu, kajian ini

adalah untuk mengkaji perkaitan antara gaya pengurusan konflik dengan faktor

jantina, kursus semasa Ijazah Pertama dan personaliti di kalangan pelajar Sarjana

Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). Kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan

telah digunakan dengan 200 orang pelajar Sarjana PTV di Kolej Universiti Teknologi

Tun Hussein Onn daripada semester satu, dua dan tiga yang dipilih secara rawak. Satu

set soal selidik gaya pengurusan konflik adaptasi daripada Thomas Kilmann Conflict

Mode Instrument (T-KCMI) dan soal selidik personaliti adaptasi Myers Briggs Type

Indicator (MBTI) telah digunakan bagi mendapat data gaya pengurusan konflik dan

personaliti. Data dianalisis dengan menggunakan frekuensi, min dan ujian Khi Kuasa

dua. Secara amnya hasil kajian menunjukkan bahawa semua gaya pengurusan konflik

digunakan oleh pelajar dalam menguruskan konflik. Dapatan pertama menunjukkan


tidak terdapat perbezaan taburan gaya pengurusan konflik antara pelajar lelaki dan

perempuan (p=0.O52). Dapatan kedua menunjukkan tidak terdapat perbezaan taburan

gaya pengurusan konflik antara pelajar berlainan kursus Ijazah Pertama dalam

menguruskan konflik (p=0.69). Akhir sekali, dapatan menunjukkan terdapat

perhubungan yang signifikan antara gaya pengurusankonflik dengan jenis personaliti

responden (p=0.01). Kesimpulannya, pelajar Sarjana PTV mengamalkan semua gaya

pengurusan konflik dan jenis personaliti menentukan pemilihan gaya pengurusan

konflik.

Pengurusan konflik adalah elemen kritikal dan asas kejayaan sesebuah

sekolah. Tanpa kecekapan dan keberkesanan dalam menangani kemelut dan konflik di

sekolah maka adalah sukar untuk mencapai tahap iklim sekolah yang kondusif. Oleh

itu, kajian ini mengkaji secara mendalam gaya dan strategi pengurusan konflik utama

yang diamalkan oleh kebanyakan pentadbir, tahap iklim sekolah serta kesan gaya

danstrategi pendekatan dalam pengurusan konflik yang dikaitkan dengan pencapaian

iklim sekolah menengah. Untuk pengumpulan data, reka bentuk sequational

explanatory melalui soal selidik, temu bual dan pemerhatian digunakan dalam kajian

ini. Kajian oleh (Nuddin, 2017) adalah berasaskan pada strategi pengurusan konflik

pentadbir terhadap iklim sekolah menengah di daerah Bone, Indonesia. Seramai 267

orang pentadbir daripada 28 buah Sekolah Menengah Atas (SMA) Kebangsaan di

Bone, Indonesia dipilih menggunakan pendekatan pensampelan rawak berstrata

berkadaran. Analisis deskriptif merangkumi skor min, kekerapan, peratusan dan

sisihan piawai digunakan untuk menganalisis dapatan kajian. Analisis inferensi

dijalankan menggunakan ujian regresi. Dapatan kualitatif diperolehi daripada

temubual dan pemerhatian ke atas pengetua, pembantu pentadbir dan wali kelas di

empat buah sekolah yang berbeza dengan latar belakang yang berlainan. Hasil
daripada analisis deskriptif menunjukkan bahawa gaya kerjasama dan pendekatan

strategi meleraikan mencatatkan skor min yang tinggi, iaitu 3.81 dan 4.36 ketika

berurusan dengan pihak yang terlibat dalam konflik. Hasil kajian ini membuktikan

bahawa gaya kerjasama dan pendekatan meleraikan adalah strategi yang utama diguna

pakai dalam kalangan pentadbir SMA untuk pengurusan konflik. Di samping itu,

kajian ini juga menunjukkan bahawa iklim sekolah dari perspektif pencapaian

akademik dan disiplin sekolah dengan min skor 3.81 dan 3.73 berada dalam kategori

tinggi untuk mewujudkan iklim sekolah yang kondusif. Aspek iklim sekolah yang lain

seperti pengurusan kepimpinan (min 3.60), hubungan interpersonal (min 3.46),

pengajaran dan pembelajaran (min 3.60), dan kemudahan fizikal (min 3.17) berada

dalam kategori sederhana. Selanjutnya, hasil daripada pengujian hipotesis

menunjukkan bahawa gaya pengurusan konflik dan pendekatan strategi pengurusan

konflik menyumbang sebanyak 69.9% dan 77.8% kepada pencapaian iklim sekolah.

Hasil kajian ini diperkukuhkan lagi dengan analisis data daripada temu bual dan

pemerhatian. Dapat disimpulkan bahawa hasil kajian yang diperolehi boleh

menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan dalam bidang pengurusan

konflik dan sebagai rujukan umum pada masa akan datang. Oleh itu, implikasinya

adalah pentadbirsekolah perlu memahami dan mengamalkan gaya dan pendekatan

strategi pengurusan konflik untuk pencapaian yang lebih cekap dan berkesan di

sekolah. Dengan yang demikian, kajian ini menunjukkan bahawa program pengurusan

konflik perlu dilaksanakan di semua sekolah menengah di Indonesia.

Akhir sekali, (Ju, 2013) menjalankan satu kajian iaitu pengurusan konflik

dalam kalangan guru di empat buah sekolah rendah zon tenang di daerah Segamat,

Johor. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat pengurusan konflik dalam

kalangan guru di daerah Segamat Johor. Kajian ini merupakan satu kajian yang
dijalankan di empat buah sekolah rendah di zon Tenang Segamat, Johor. Subjek

kajian adalah seramai 70 orang yang terdiri daripada guru Melayu dan guru Cina dari

dua buah Sekolah Kebangsaan dan dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan. Soal selidik

yang digunakan mengandungi tiga bahagian iaitu maklumat diri responden, tahap

pengetahuan guru mengenai konflik dan strategi pengurusan konflik. Data analisis

menggunakan Kaedah Statistical Package for the Social Science – Extra (SPSS – X).

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara

tahap pengetahuan guru dengan strategi-strategi pengurusan konflik yang dipilih iaitu

strategi mengelak, kolaborasi, akomodasi, kompromi dan bersaing. Keputusan yang

diperolehi juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara

strategi pengurusan konflik dengan faktor demografi iaitu jantina, bangsa dan tempoh

perkhidmatan sebagai guru. Bagaimanapun, hasil kajian ini menunjukkan bahawa

terdapat perbezaan yang signifikan antara strategi pengurusan konflik dengan jenis

sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan banyak menggunakan strategi kompromi manakala

Sekolah Jenis Kebangsaan banyak menggunakan strategi kolaborasi dalam

menyelesaikan masalah di sekolah.

2.4 Kesimpulan

Melihat pada pelbagai dapatan kajian, boleh dirumuskan bahawa gaya kepimpinan

distributif memang banyak diamalkan oeh pemimpin sekolah iaitu pengetua dan guru

besar dan ianya ada memberikan impak kepada gaya pengurusan konflik guru-guru.

Selain itu, boleh dilihat juga bahawa guru-guru sememangnya mengamalkan pelbagai

jenis gaya pengurusan konflik dan juga mengamalkan kaedah Ting-Toomey dan

menguruskan konflik mereka. Bagi bab seterusnya pula akan dibincangkan secara

lebih lanjut berkaitan rekabentuk yang digunakan dalam kajian ini.

Anda mungkin juga menyukai