Anda di halaman 1dari 3

MPPE 1353 – Research Method in Education

DR Aqeel Khan

Problem Formulation

KHATIYAYINI A/P RYOGANATHAN


MPP201004

School of Education

Faculty of Social Science and Humanities

Universiti Teknologi Malaysia


Tajuk: Hubungan Tekanan kerja dan motivasi kerja semasa pengajaran dan pembelajaran
atas talian dalam kalangan guru senior Sekolah Rendah Daerah Kulai

Latar Belakang Kajian – Sejak bermulanya pandemic COVID 19 sejak Januari 2020
semuanya telah berubah dalam sistem pendidikan dengan pengenalan secara drastic
pembelajaran atas talian. Situasi ini secara langsung memerlukan perana guru yang sangat
komited, seperti yang dinyatakan oleh (Yengin et al., 2010) bahawa peranan guru dalam
persekitaran e-pembelajaran dapat disarankan bahawa kepentinga guru semakin bertambah.
Selain itu, (Kulal & Nayak, 2020) dalam kajian mereka berpendapat bahawa E-pembelajaran
terutama disebut sebagai penggunaan teknologi dan komunikasi rangkaian untuk pengajaran
dan pembelajaran. Ia juga disebut sebagai pemindahan kemahiran yang memungkinkan
teknologi dan pengetahuan kepada sebilangan besar penerima. Tekanan kerja guru merujuk
kepada pengalaman yang kurang disenangi oleh seseorang guru dari segi emosi seperti
tension, tertekan, kebimbangan, kemarahan dan segala yang berkaitan dengan aspek
pekerjaan sebagai seorang guru (Hong & Ismail, 2015). Perkara ini lebih serius disebabkan
oleh situasi baru yang memerlukan guru merancang E-pembelajaran mengunakan pelbagai
pendekatan ICT yang baru. Selain itu, motivasi merupakan faktor penting yang
mempengaruhi pencapaian individu kerana motivasi dapat melahirkan individu yang
mempunyai sikap yang baik, dapat melaksanakan tugasan yang sukar dan kurang
menimbulkan masalah (Antin & Dzulkifli, 2018). Motivasi juga dibahagikan kepada dua iaitu
motivasi Instrinsik dan Ekstrinsik.

Pernyataan Masalah – Secara umunya, pelbagai kajian telah dilakukan berdasarkan


tekanan kerja dan motivasi kerja dalam kalangan guru. Namun yang demikian kebanyakan
kajian dilakukan sebelum pandemic COVID 19 dimana pembelajaran lebih menfokuskan
pada pembelajaran bersemuka manakala kajian ini akan dijalankan pada situasi semasa iaitu
pasca pandemic COVID 19. Dapatan kajian (Ismail, 2015; Antin & Dzulkifli, 2018) telah
menyatakan bahawa tekanan kerja guru berada pada tahap sederhana tinggi. Selain itu,
kebanyakan kajian juga menfokuskan guru-guru secara umum iaitu seperti kajian (Dankade
et al., 2016; Kotherja, 2013; Uk Raai a/p Chen et al., 2014) serta guru-guru sekolah rendah,
menengah kerajaan dan swasta. Kajian ini akan memberikan fokus kepada sekumpulan guru
sekolah rendah iaitu guru-guru senior iaitu yang berumur antara 45 – 60 tahun. Ianya adalah
kerana secara lisan terdapat banyak rintihan dan keluhan daripada guru-guru senior
berkenaan situasi pembelajaran atas talian namun tiada kajian dan dapatan yang berwasit.
References
Dankade, U., Bello, H., & Deba, A. (2016). Analysis of job stress affecting the performance
of secondary schools’ vocational technical teachers in north east, Nigeria. Journal of
Technical Education and Training, 8(1), 43–51.
Ismail, O. C. H. A. (2015). Sokongan Pihak Pengurusan Sekolah Terhadap Tekanan Kerja
Guru Di Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina |. Jurnal Kepimpinan
Pendidikan, April, 42–57.
Kiflee@Dzulkifli, A. B. A. & D. N. B. A. (2018). file:///C:/Users/USER/Desktop/jurnal dr
azali/Faktor_raja_maria_1 ...pdf. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
(MJ - SSH), 3(2), 77–84.
Kotherja, O. (2013). Teachers’ motivation importance and Burnout effect in the educational
development. Albania International Conference on Education., July, 358–365.
Kulal, A., & Nayak, A. (2020). A study on perception of teachers and students toward online
classes in Dakshina Kannada and Udupi District. Asian Association of Open Universities
Journal, 15(3), 285–296. https://doi.org/10.1108/aaouj-07-2020-0047
Uk Raai a/p Chen, Alias bin Masek, & Mohd Hasril bin Amiruddin. (2014). Prosiding
Persidangan Pendidikan (Penyelidikan dan Inovasi) dalam Pendidikan dan Latihan
Teknikal dan Vokasional (CiE-TVET) Kali Ke-4 yang berlangsung pada 25-26 Ogos
2014 di Mersing, Johor. CiE-TVET, 008(2009), 1829.
Yengin, I., Karahoca, D., Karahoca, A., & Yücel, A. (2010). Roles of teachers in e-learning:
How to engage students & how to get free e-learning and the future. Procedia - Social
and Behavioral Sciences, 2(2), 5775–5787. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2010.03.942

Anda mungkin juga menyukai