Anda di halaman 1dari 15

Isi Kandungan

Nom Tajuk Mukasurat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Aktiviti Matematik - Perbandingan 2

3.0 Aktiviti Matematik - Pengukuran 6

4.0 Aktiviti Matematik - Graf 9

5.0 Kepentingan belajar konsep awal matematik 12

6.0 Rumusan 14

7.0 Rujukan 14
1

1.0 Pengenalan

Matematik merupakan satu mata pelajaran yang dipelajari oleh seseorang dalam kehidupan
seharian mereka dan pada setiap masa. Dari hari seseorang itu lahir sehinggalah disemadikan,
semuanya mengadungi matematik. Matematik pada zaman ini sudah sangat maju dan kanak-
kanak seawal umur 6 bulan sudah mula dikenalkan dengan asas awal matematik. Selain
daripada itu, pembelajaran matematik oleh kanak-kanak juga berlaku melalui pengalaman
yang dilalui di dalam mahupun di luar bilik darjah, (Jamil, 2010). Pembelajaran dan
Pengajaran matematik dan pemahaman yang diterima oleh kanak-kanak pada peringkat awal
adalah sangat penting kerana ianya akan memberi impak atau ‘first impression’ terhadap
matapelajaran matematik dan boleh berlarutan sehingga hayat seseorang. Pendidikan awal
matematik juga sangat penting kepada kanak-kanak untuk terus berjaya, dapat mengikuti
pelajaran di tahun satu dan dapat mencapai keputusan yang cemerlang apabila beralih ke
sekolah harian. Selain daripada itu juga, Konsep yang digunakan dalam pembelajaran
Matematik awal kanak-kanak dilihat sebagai satu proses konstruktif dimana kanak-kanak
menghubungkaitkan perkara yang baru dipelajari dalam matapelajaran matematik dengan
perkara yang mereka tahu atau dengan ilmu pengetahuan sedia ada mereka, (Anthonysamy,
2002). Tiga perkara yang difokuskan dalam konsep awal matematik kanak-kanak adalah
pemahaman awal matematik, komunikasi matematik dan penyelesaian masalah dalam
matematik. Di Malaysia juga, umur yang diberikan sesuai untuk didaftarkan di prasekolah
adalah lima tahun dan enam tahun, serta jika ada kekosongan maka kanak-kanak berumur
empat tahun diberikan peluang berdaftar juga.
2

2.0 Aktiviti Matematik – Perbandingan

2.1 Banyak / Sedikit

Objektif Pembelajaran: Murid dapat Umur: 4 hingga 6


membandingkan perbezaan banyak dan Konsep Matematik: perbandingan
sedikit bahan yang ditunjukkan oleh guru Bahan: 1) bola kecil
2) alat tulis
3) buah-buahan
Tajuk: Banyak / Sedikit 4) kon kecil
5) Komputer /LCD
Nilai: kerjasama

Persediaan awal:

1. Pendidik menyediakan peralatan yang diperlukan sebelum pdpc

2. Pendidik juga menyediakan alat bantu mengajar berupa komputer dan LCD

Langkah-Langkah:

1. Pendidik memulakan kelas dengan menanyangkan video yang menunjukkan


bagaimana perbandingan dilakukan terutamanya banyak dan sedikit

2. Beberapa gambar yang mempunyai perbandingan ditunjukkan dan kanak-kanak


secara rawak dipilih untuk memberikan jawapan mengikut soalan pendidik.

3. Pendidik kemudian membahagikan kanak-kanak kepda empat kumpulan yang dan


setiap kumpulan diberikan salah satu bahan yang dipilih.

4. Contohnya kumpulan A dibekalkan dengan bola kecil, kumpulan B dengan alat tulis
seperti pensel dan pemadam, kumpulan C dengan kon kecil dan kumpulan D dengan
satu atau dua jenis buah-buahan.

5. Setiap kumpulan dibimbing untuk mengagihkan bahan yang diberikan kepada satu
jenis yang banyak dan satu lagi sedikit.
3

6. Setiap kumpulan akan bergerak ke kumpulan satu lagi dan memilih jenis yang diminta
oleh pendidik sama ada banyak atau sedikit.

7. Kumpulan akan bergerak ke semua kumpulan sekurang-kurangnya 3 kali bagi


menguatkan pemahaman mereka.

Penutup: Pendidik menilai kanak-kanak dengan melihat pada kemampuan mereka memilih
perkara yang diminta oleh mereka. Selain itu, penilaian juga dilakukan dengan kemampuan
kumpulan mengagihkan bahan yang diberikan kepada banyak dan sedikit.

2.2 Besar / Kecil

Objektif Pembelajaran: Murid dapat Umur: 4 hingga 6


membandingkan perbezaan Besar dan kecil Konsep Matematik: perbandingan
mengunakan barangan yang ada di dalam Bahan: 1) Beg sekolah
bilik darjah 2) buku teks / buku rujukan
3) kotak pensel
Tajuk: Besar dan Kecil 4) botol air

Nilai: Kerjasama

Persediaan awal:

1. Pendidik menyediakan peralatan yang dipinjam daripada kanak-kanak dan


mengasingkan kepada empat kumpulan

Langkah-Langkah:

1. Pendidik memulakan kelas dengan menunjukkan contoh bagaimana mereka


membandingkan bahan yang besar dan kecil

2. Pendidik mengunakan dua kanak-kanak sebagai pembantu dan mengangkat bahan


secara bergilir-gilir (dua barangan yang sama jenis tetapi berlainan saiz)
4

3. Kanak-kanak dipilih secara rawak untuk membandingkan bahan yang besaar dna
bahan yang kecil

4. Kanak-kanak seterusnya diminta mengambil dua bahan yang mereka mahu daripada
bahan yang disediakan dan mestilah satu yang besar dan satu yang kecil.

5. Bahan yang dipilih oleh kanak-kanak bolehlah daripada mana-mana jenis dan juga
boleh mengambil bahan lain, selain daripada bahan yang disediakan

Penutup: Pendidik menilai kanak-kanak dengan melihat pada kemampuan mereka memilih
dua bahan yang berbeza saiz tetapi mempunyai saiz yang berbeza. Pendidik juga secara
rawak memilih beberapa kanak-kanak menunjukkan bahan yang bersaiz besar dan bersaiz
kecil.

2.3 Tinggi / Rendah

Objektif Pembelajaran: Murid dapat Umur: 4 hingga 6


membandingkan perbezaan tinggi dan Konsep Matematik: perbandingan
rendah perkara yang dilihat diluar bilik Bahan: 1) Barang di padang
darjah 2) Bahan di bilik sukan
3) Bahan di perpustakaan
4) Bahan di makmal sains
Tajuk: Tinggi / Rendah dan Panjang
/Pendek Nilai: kerjasama

Persediaan awal:

1. Pendidik merancang perjalanan kanak-kanak ke luar bilik darjah

2. Pendidik juga memberi informasi awal kepada guru bilik khas berkenaan

Langkah-Langkah:

1. Kanak-kanak dibawa ke bilik sukan dan meminta setiap seorang kanak-kanak


memilih satu barangan tanpa berebut
5

2. Secara rawak dua kanak-kanak dipilih dan murid diminta membandingkan panjang
dan pendek barang tersebut

3. Murid kemudian dibawa ke perpustakaan dan mengambil sebuah buku seorang

4. Lima orang kanak-kanak dipilih dan diminta menyusun buku mereka daripada tinggi
ke rendah dan lima lagi kanak-kanak dari rendah ke tinggi

5. Kanak-kanak lain memberikan maklumbalas kepada susunan yang dilakukan oleh


rakan mereka

6. Kanak-kanak kemudian ke makmal sains dan dibahagikan kepada lima kumpulan

7. Kanak-kanak dibekalkan bahan dan diminta disusun dari pendek ke panjang

8. Kanak-kanak seterusnya ke padang dan secara pandangan dari jarak jauh


membandingkan tinggi rendah gawang gol bola sepak dan gawang gol bola baling

Penutup: Pendidik menilai kanak-kanak dengan melihat pada kemampuan membandingkan


dan juga kemampuan mereka memberikan maklum balas apabila rakan mereka bertindak
melakukan penyusunan bahan yang diberikan.
6

3.0 Aktiviti Matematik – Pengukuran

3.1 Panjang – Sentimeter

Objektif Pembelajaran: Murid dapat Umur: 4 hingga 6


melakukan pengukuran mengunakan bahan Konsep Matematik: pengukuran
ukur yang disediakan dan menyatakan Bahan: 1) pembaris panjang
maklumat ukuran 2) pita ukur
3) Pensel
4) pemadam
Tajuk: Sentimeter - Panjang 5) Kotak pensel
6) Tali
Nilai: kerjasama

Persediaan awal:

1. Pendidik merancang bahan awal yang diperlukan


2. Pendidik hanya mengunakan kaedah pengukuran dalam sentimeter sahaja
Langkah-Langkah:

1. Kanak-kanak diperkenalkan dengan pengukuran dan sentimeter melalui pembaris dan


pita ukur. (kanak-kanak diminta abaikan ukuran milimeter dan inci).
2. Peringkat awal kanak-kanak mengunakan pembaris yang mereka ada untuk mengukur
pelbagai barang yang disebut oleh pendidik dan mencatatkan dapatan dalam buku
3. Pendidik kemudian secara rawak memilih beberapa kanak-kanak untuk membacakan
dapatan mereka dan memberi peluang kanak-kanak lain untuk membetulkan rakan
mereka yang silap
4. Guru kemudian membekalkan tali dan membimbing kanak-kanak mengunakan tali
sebagai alat pengukur.
5. Beberapa bahan seperti pensel, pemadam dan kotak pensel dikur dengan mengunakan
tali dan kanak-kanak diminta menterjemahkan dapatan dalam bentuk sentimeter
6. Pendidik juga meminta kanak-kanak mencari dan menunjukkan barang yang
mempunyai kepanjangan yang diminta pendidik. Contohnya 3 sentimeter / 5
sentimeter dan sebagainya.
Penutup: Pendidik menilai kanak-kanak dengan melihat pada kemampuan kanak-kanak
mengukur bahan-bahan mengunakan pembaris dan alat ukur serta kebolehan mengunakan tali
sebagai bahan ukur alternative apabila tidak mempunyai alat ukur yang sesuai.
7

3.2 Kilogram – Berat

Objektif Pembelajaran: Murid dapat Umur: 4 hingga 6


melakukan pengukuran mengunakan Konsep Matematik: pengukuran
penimbang untuk mendapatkan berat Bahan: 1) Penimbang
sebenar sesuatu barang 2) Buku teks
3) beg sekolah
4) bawang putih
Tajuk: Kilogram - Berat 5) tomato
6) beras
Nilai: kerjasama

Persediaan awal:

1. Pendidik meminjam bahan seperti tomato, bawang putih dan beras daripada kantin
2. Pendidik memastikan semua penimbang berfungsi dengan baik

Langkah-Langkah:

1. Pendidik membahagikan kanak-kanak kepada beberapa kumpulan dan memberikan


penimbang kepada setiap kumpulan.
2. Kanak-kanak juga bersedia dengan pelbagai barangan seperti beberapa buku teks,
Satu beg sekolah yang kosong, barangan lain yang dibekalkan oleh pendidik
3. Pendidik menunjukkan contoh mengunakan penimbang dan cara menentukan
maklumat dalam gram dan kilogram.
4. Secara urutan kanak-kanak menimbang 5 biji tomato, 5 biji bawang putih, beras
dalam satu bungkusan plastic, sebuah buku teks dan sebuah beg sekolah kosong
5. Setiap kumpulan mencatatkan maklumat yang diperolehi mengikut keperluan dalam
gram dan kilogram serta merujuk kepada jenis penimbang yang mereka perolehi
6. Kanak-kanak secara rawak dipilih untuk menyatakan dapatan yang diperolehi dan
rakan-rakan lain membandingkan dapatan yang ada pada mereka.
7. Pendidik menerangkan kepentingan mengetahui jumlag berat seseuatu barang dalam
kehidupan semasa.

Penutup: Pendidik menilai kanak-kanak dengan melihat pada kemampuan kanak-kanak


mengunakan penimbang dan mencatatkan maklumat yang mereka perolehi serta
mengintepretasikan maklumat berkenaan.
8

3.3 Isipadu – Liter

Objektif Pembelajaran: Murid dapat Umur: 4 hingga 6


melakukan pengukuran mengunakan bikar Konsep Matematik: pengukuran
yang mempunyai sukatan untuk menentukan Bahan: 1) Bikar – dengan ukuran
isipadu 2) Air warna warni
3) Botol
4) Balang
Tajuk: Liter - Isipadu
Nilai: kerjasama

Persediaan awal:

1. Pendidik memastikan bahan yang diperlukan mencukupi


2. Pendidik memberikan informasi kepada guru yang menjaga makmal sains

Langkah-Langkah:

1. Pendidik mengagihkan murid kepada tiga orang dalam satu kumpulan dan
memberikan sebuah bikar, sebuah balang yang mempunyai air dan sebuah botol 1.5l
yang kosong.
2. Pendidik menunjukkan contoh mengambil air mengikut ukuran isipadu yang
diperlukan dan cara mengira isipadu.
3. Pendidik memberikan satu slip kepada setiap kumpulan untuk menyediakan isi air
yang berbeza untuk setiap kumpulan
4. Pendidik memberikan bimbingan kepada kumpulan yang menghadapi masalah
5. Setiap kumpulan memberikan maklumbalas apabila selesai menyediakan isipadu yang
diberikan
6. Pendidik mengubah-ubah kad makluman isipadu kepada kumpulan yang berlainan
dan memberikan masa untuk kanak-kanak menyediakan isispadu yang diminta
7. Sebagai proses penilaian pendidik secara rawak memilih kanak-kanak untuk ke
kumpulan lain dan mengira isipadu yang disediakan
8. Pendidik juga meminta kanak-kanak mengira jumlah isipadu keseluruhan balang air
yang telah dibekalkan kepada mereka.

Penutup: Pendidik menilai kanak-kanak dengan melihat pada kemampuan kanak-kanak


menyediakan isipadu air yang diminta oleh pendidik
9

4.0 Aktiviti Matematik – graf

4.1 Graf – Graf bar kompaun

Objektif Pembelajaran: Murid dapat Umur: 4 hingga 6


mengunakan gambar yang diberikan oleh Konsep Matematik: Graf
guru dan membina graf kompaun Bahan: 1) Kertas Mahjong
2) Kad gambar haiwan peliharaan /
Buahan / warna
Tajuk: Graf – Graf bar Kompaun 3) Gam
4) LCD / Komputer riba

Nilai: kerjasama

Persediaan awal:

1. Pendidik memastikan bahan yang diperlukan mencukupi


2. Pendidik melekatkan kertas mahjong ditempat yang sesuai dan boleh dicapai.

Langkah-Langkah:

1. Pendidik menunjukkan tayangan video mengenai jenis dan kegunaan graf


2. Pendidik juga menunjukkan kegunaan paksi iaitu paksi –x dan paksi – y.
3. Pendidik kemudian menanyakan soalan dengan menunjukkan gambar mengikut
kesesuaian dengan 3 kumpulan berbeza
4. Soalan pertama mengenai jenis haiwan peliharaan / buah-buahan (1 jenis) dan warna
yang mereka suka dan kanak-kanak boleh memilih gambar yang mereka suka
5. Kemudian kanak-kanak mengikut kumpulan beratur dan melekatkan gambar yang ada
pada mereka mengikut urutan.
6. Kemudian pendidik memberikan penerangan dan berbincang dengan kanak-kanak
mengenai gambar yang mereka lekat dan menjadi graf
7. Kanak-kanak secara rawak dipilih memberikan penerangan mengenai dapatan yang
diperolehi dan pendidik membetulkan kesilapan jika ada

Penutup: Pendidik menilai kanak-kanak dengan melihat pada kemampuan mereka


melekatkan gambar mengikut urutan dan seterusnya menerangkan dapatan yang mereka
dapat dengan jelas.
10

4.2 Graf bar komponen

Objektif Pembelajaran: Murid dapat Umur: 4 hingga 6


mengunakan gambar yang diberikan oleh Konsep Matematik: Graf
guru dan membina graf bar komponen Bahan: 1) Kertas Mahjong
2) Kad nombor
3) Gam
Tajuk: Graf – Graf Bar komponen
Nilai: kerjasama

Persediaan awal:

1. Pendidik memastikan bahan yang diperlukan mencukupi terutamanya kad nombor


2. Pendidik melekatkan kertas mahjong ditempat yang sesuai dan boleh dicapai.

Langkah-Langkah:

1. Pendidik menerangkan proses pengajaran yang akan dijalankan dan keperluan kanak-
kanak bergerak mengikut kumpulan yang akan diagihkan
2. Pendidik meminta kanak-kanak mengambil dua nombor yang mereka sukai dan
kedua-dua nombor mestilah yang sama
3. Kemudian pendidik membahagikan kumpulan mengikut jantina
4. Secara susunan pendidik meminta kanak-kanak lelaki melekatkatkan satu daripada
nombor mereka mengikut urutan dan setiap kali nombor yang sama habis pendidik
akan membuat garisan
5. Begitu juga untuk kanak-kanak perempuan mereka melaktkan pada kertas mahjong
yang sama tetapi di bahagian yang disediakan untuk mereka
6. Kanak-kanak mengulangi langkah 4 dan 5 pada kertas mahjong baru dengan kelas
dibahagikan mengikut tiga kumpulan umur
7. Dapatan yang ada di kertas mahjong dibincangkan bersama kanak-kanak

Penutup: Pendidik menilai kanak-kanak dengan melihat pada kemampuan kanak-kanak


menyusun nombor yang ada pada mereka dan melekatkannya dengan teliti bagi membina
graf bar komponen.
11

4.3 Graf garisan

Objektif Pembelajaran: Murid dapat Umur: 4 hingga 6


mengunakan gambar yang diberikan oleh Konsep Matematik: Graf
guru dan membina graf garisan Bahan: 1) Kertas Mahjong
2) Pena Marker
3) Pembaris panjang – 1m/2m
Tajuk: Graf – Graf garisan 4) kayu panjang

Nilai: kerjasama

Persediaan awal:

1. Pendidik memastikan bahan yang diperlukan mencukupi terutamnya pembaris


panjang
2. Pendidik melekatkan kertas mahjong ditempat yang sesuai dan boleh dicapai.

Langkah-Langkah:

1. Pendidik membahagikan murid kepada dua kumpulan mengikut jantina dan


memberikan pena marker warna yang berbeza
2. Pendidik meminta kanak-kanak beratur mengikut jantina dan kemudian membuat
tanda (X) pada nombor yang menunjukkan umur mereka pada kertas mahjong
3. Pendidik membimbing kanak-kanak melaksanakan tugas yang diberikan
4. Selepas selesai, seorang kanak-kanak dari setiap jantina dipilih dan diminta
menyambungkan semua tanda (X) yang dibuat oleh rakan-rakan mereka
5. Kanak-kanak kemudian diminta menanandakan (x) pada nombor yang mereka suka
(1-10) dan seorang dari setiap kumpulan dipilih untuk menyambungkan tanda (X)
6. Pendidik menerangkan dapatan dan kegunaan graf garisan
7. Pendidik juga meminta kanak-kanak memberikan pendapat dan cadangan mereka
mengenai graf garisan yang telah dibina

Penutup: Pendidik menilai kanak-kanak dengan melihat pada kemampuan kanak-kanak


untuk menandakan (X) pada umur dan setrusnya nombor yang mereka minati. Penialaian
juga berdasarkan kemampuan mereka memberikan pendapat dan cadangan.
12

5.0 Kepentingan belajar konsep awal matematik

Pendidikan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial amat
penting diterapkan dalam diri kanak-kanak pada usia yang awal. Matapelajaran
matematik merupakan asas dalam kehidupan harian setiap manusia. Maka
memperkenalkan konsep awal matematik kepada kanak-kanak seawal satu tahun amatlah
berguna untuk masa hadapan mereka. Walaupun pada peringkat awal, pengajaran
hanyalah berasaskan kepada pengecaman dan pengetahuan asas namu apabila kanak-
kanak mula menjejak kaki ke prasekolah dan pada usia empat hingga enam tahun, asas
utama matematik seperti penambahan dan penolakan mula diajar. Pentingnya topik ini
diajar seawall itu akan membantu kanak-kanak ini membuat kiraan apabila membuat
pembelian di kantin sekolah dan koperasi sekolah. Menurut (Norfaezah binti Mohd
Hamidin, 2010), kanak-kanak ibarat kain putih yang bersih dan perlu dicorakkan oleh ibu
bapa dan guru kerana merekalah bakal pelapis dan masa depan negara ini. Selain itu,
Pendidikan awal amat penting dalam menentukan hala tuju kehidupan kanak-kanak pada
masa akan datang.

Kepentingan kanak-kanak belajar matematik dalam usia awal bagi membantu


meningkat kemampuan berfikir dan bertindak serta memberikan maklumbalas yang
sesuai berdasarkan soalan yang diberikan. Selain dari itu, terdapat tiga teori yang dapat
dikaitkan dengan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak. Teori kematangan merujuk
kepada pendidik menyediakan pengalaman pembelajaran bagi membentuk kanak-kanak
dan membolehkan mereka menunjukkan minat untuk belajar, contohnya apabila murid
sudah mengenal nombor dan pandai membuat penambahan dan penolakan, maka apabila
mereka ke sekolah rendah matapelajar matematik tidak akan membosankan dan
membebankan mereka. Teori kedua adalahTeori Tingkah laku persekitaran yang
menekankan pengajaran menerusi arahan terus dengan urutan matlamat dan pengunaan
bahan. Salah satu contoh adalah apabila murid membandingkan perbezaan saiz pembaris,
panjang pensel, mengunakan pembaris mengukur panjang barang-barang di persekitaran
mereka. Perkara ini dapat membantu murid mengenal ukuran dan ianya penting untuk
masa hadapan mereka, melihat pada isu moden murid kanak-kanak dapat menentukan
saiz skrin telefon pintar. Teori seterusnya ialah teori konsturktivis yang mana kanak-
kanak belajar perkara melalui pengalaman dan berinteraksi dengan persekitaran. Disini
pendidikan awal dapat membantu mereka mendapatkan pengetahuan dan diaplikasikan di
13

luar bilik darjah. Contohnya, pengukuran yang diajar di bilik darjah dapat dibawa ke
rumah dan kanak-kanak dapat mengukur barang-barang di rumah.

Matapelajaran matematik ini juga dilihat dapat merangsang kemahiran berfikir kank-
kanak dengan soalan-soalan matematik yang pelbagai jenis. Rangsangan otak kanak-
kanak lebih cepat dan tajam, dan sentiasa bersedia menerima maklumat baru. Maka
pelaksanan pengajaran awal matematik dapat membantu kanak-kanak bersedia dengan
pelbagai kemahiran bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Selain daripada
itu, satu lagi kepentingan yang utama adalah pada usia awal kanak-kanak dapat belajar
pada tahap yang luar biasa dan dapat menerima perkara yang diajar dengan cepat dan
tepat, maka pengajaran matematik pada usia awal sangat berguna kepda mereka apabila
guru di sekolah rendah mula mengajar kemahiran matematik yang lebih susah.
Pengajaran matematik pada usia awal juga bukan sahaja membantu kanak-kanak
meningkatkan kemahiran matematik pada masa hadapan, mereka juga dapat
meningkatkan pencapaian kemahiran membaca dan menulis pada masa depan. Pengajaran
matematik pada usia awal juga membantu kanak-kanak mencapai pencapaian yang
cemerlang sepanjang hayat mereka.

Pengalaman yang diterima melalui pengajaran matematik pada awal usia juga dapat
membantu kanak-kanak mengembangkan gaya mereka pada masa depan seperti
kegigihan, daya saing, daya cipta, fleksibiliti, imaginasi dan perasaan ingin tahu. Dalam
pada itu, dalam membelajari matematik pada usia awal juga dapat membantu murid
berkomunikasi dengan petah dan dapat menerangkan idea mereka dengan jelas. Apabila
kanak-kanak dapat menjelaskan jawapan mereka, kemahiran komunikasi mereka dapat
meningkat. Akhir sekali, topik penyelesaian masalah yang asas dibelajari oleh kanak-
kanak pada usia awal sangat penting kepada mereka. Kepakaran dan pengalaman yang
dibelajar oleh kanak-kanak ini dalam proses menyelesaikan masalah dapat digunakan
oleh kanka-kanak ini untuk perkara lain dalam hidup mereka. Peluang yang diberikan
kepada kanak-kanak untuk belajar konsep awal matematik adalah salah satu perkara yang
paling penting dan terbaik yang dapat dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan kejayaan
masa depan anak-anak mereka. Melalui pendidikan awal matematik, murid akan
cenderung belajar mengira dan sentiasa mengunakan faktor berkenaan dalam semua
perkara yang dilihatnya di dalam dan di luar bilik darjah serta pengalaman berkenaan juga
dibawa sampai kemana-mana.
14

6.0 Rumusan

Matematik merupakan salah satu matapelajaran yang perlu dikuasai oleh setipa murid
tidak kira umur mereka. Kemampuan untuk menguasai matematik haruslah dimulakan
dari peringkat awal iaitu di pra-sekolah. Pendidik juga perlu merancang pengajaran dan
pemudahcaraan yang kreatif dan inovatif bagi menarik minat kanak-kanak pada usia awal
untuk memminati matapelajaran matematik. Selain itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan
oleh pihak KPM bagi membantu memudahkan pendidik menjalankan pdpc dengan lebih
teratur. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam membantu mendidik kanak-kanak
dari usia muda. Walaupun ada segelintir masyarakat memandang remeh berkenaan
pendidikan awal matematik namun kepentingannya sudah mula dirasai oleh segenap
masyarakat di Malaysia.

7.0 Rujukan

Anthonysamy, A. (2002). Perkembangan Pemikiran Matematik Pada Peringkat Awal


Kanak-Kanak : Satu Pendekatan Konstruktivisme. Universiti Malaysia Sarawak, 9.

Baharom Mohamad, A. E. (2009). KOMUNIKASI DALAM MATEMATIK DALAM


KALANGAN KANAK-KANAK. Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia, 17.

Fadhil, S. N. (2014). Kesediaan Kanak-kanak Prasekolah Mengecam Pola Matematik.


Jurnal Pendidikan Malaysia 39(1)(2014): 63-68, 6.

Jamil, N. (2010). PEMAHAMAN GURU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


TERHADAP KONSEP AWAL MATEMATIK. Universiti Pendidikan Sultan Idris,
25.

Norfaezah binti Mohd Hamidin, S. N. (2010). Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.


Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 16.

Seng, L. C. (1979). Strategi-Strategi untuk Pengajaran Konsep-Konsep Matematik.


Universiti Sains Malaysia, 12.

Zaharah, S. (n.d.). Retrieved from http://sitizaharahisnan.blogspot.com/p/seni-


persembahan.html

Anda mungkin juga menyukai