Anda di halaman 1dari 12

Isi Kandungan

Nom Tajuk Mukasurat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Rencana Akademik 2

3.0 Kesimpulan 4

4.0 Aktiviti bacaan 5

5.0 Aktiviti menulis 8

6.0 Rujukan 10
1

1.0 Pengenalan

Dalam arus kemodenan ini, membaca dan menulis merupakan perkara yang amat penting
yang perlu dikuasai oleh semua. Kemahiran ini haruslah dididik dari awal lagi, dengan
permulaan mengenal huruf, mengeja, menyebut perkataan, menulis ayat, membaca petikan
dan menulis karangan. Kemahiran ini juga dilihat sebagai asas kepada semua, dan seseorang
yang tidak dapat menguasai kemahiran ini diklasifikasikan sebagai seorang yang gagal dalam
hidup mereka. Murid zaman sekarang sudah mula mengenal huruf seawall umur tiga tahun
dan sudah mula mengeja dan menuliskan ayat-ayat kecil pada umur empat hingga enam
tahun. Apabila murid ini melangkah ke sekolah rendah, kebanyakan mereka sudah dilengkapi
dengan kemahiran asas membaca dan menulis. Ibu bapa dalam konteks ini harus peka pada
kepesatan dunia guruan dan perlu bekerjasama memastikan anak-anak mereka menguasai
kemahiran membaca dan menulis. Definisi membaca menurut beberapa pakar seperti Juel
(2005) yang menyatakan bahawa membaca adalah satu proses yang membolehkan seseorang
mengenal perkataan yang dibaca dan memahami maksudnya. Selain itu, Hodgson (1960)
meyatakan bahawa membaca merupakan proses memngenalpasti dan memahami maksud
perkataan atau ayat yang telah disampaikan oleh penulis. Membaca dan menulis mempunyai
hubungan yang sangat akrab kerana sesuatu yang dibaca adalah sesuatu yang ditulis oleh
seseorang. Menurut Pranoto (2004) menulis adalah satu kemahiran dimana seseorang
mengintepretasikan maklumat yang difikirkan dalam bentuk tulisan. Menulis dilihat sebagai
salah satu kemahiran yang kompleks dan rumit kerana setiap penulisan mesti menepati
maksud sebenar yang difikirkan oleh penulis. Pada peringkat prasekolah, murid hanya
diberikan pendedahan asas mengenal huruf, perkataan dan beberapa ayat ringkas. Bahasa
yang digunakan bagi pembelajaran ini adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris manakala
ada prasekolah yang juga memberi bimbingan pada Bahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Cina
dan Bahasa Tamil. Pelbagai kaedah telah digunakan dan diwujudkan bagi membantu murid
ini belajar membaca dan menulis dengan baik dan cemerlang. Kaedah-kaedah yang
digunakan pada zaman dahulu juga telah diubahsuai dan disesuaikan dengan arus pemodenan
dan mengikut kehendak dan keperluan sekarang. Bantuan utama yang dilihat pada zaman
sekarang adalah melalui teknologi maklumat yang memberikan pelbagai pilihan.
2

2.0 Rencana Akademik

Kualiti guruan bertambah maju setiap tahun dengan pelbagai pembaharuan diperkenalkan
oleh Kementerian Guruan Malaysia bagi memastikan anak bangsa yang berpengetahuan
tinggi dan dapat bersaing di pasaran dunia apabila besar nanti. Perkara ini menyebabkan, ibu
bapa mula mendesak anak-anak mereka untuk meningkatkan kemahiran pada usia yang kecil
dan ianya mula dilihat sebelum murid memasuki prasekolah. Guru juga tidak terlepas
daripada pembaharuan dan kemodenan ini dimana mereka juga perlu meningkatkan
pengetahuan mereka setanding dengan keperluan semasa. Pelbagai kaedah dan teknik telah
diperkenalkan bagi membolehkan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis seawal
prasekolah. Dalam satu artikel oleh (Yunus, 2017) yang memperkenalkan teknik
multisensori bagi membantu murid mengenal huruf, mendapati bahawa kesedaran terhadap
kaedah ini amatlah kurang dan tidak mengalakkan. Multisensori dimaksudkan sebagai salah
satu teknik yang dapat merangsang deria murid melalui pelbagai cara contohnya deria
pendengaran melalui audio, penglihatan melalui visual, sentuhan melalui testile dan
pergerakan melalui kinestetik.

Kaedah foto-grafik dalam multisensori ini mengalakkan murid untuk mula menyebut
bunyi huruf konsonan dan vokal yang dilihat dahulu dan jika berjaya mereka bolehlah
meneruskan kepada tahap seterusnya dengan menyebut suku kata dan setelanjutnya kepada
perktaan dan ayat. Kaedah ini dilakukan dengan bimbingan guru yang akan membetulkan
kesilapan murid dengan serta merta. Kaedah ini juga dilihat dapat mewujudkan perasaan
ingin tahu murid untuk maju ke tahap yang seterusnya sama seperti dalam satu aplikasi
permainan yang memerlukan seseorang menang satu tahap untuk maju ke tahap seterusnya.
Satu lagi kaedah dalam multisensori adalah kaedah Ejaan Lisan Serentak dimana pada
peringkat awal murid akan menyebut ejaan satu perkataan yang ditunjukkan oleh guru.
Kemudian murid akan menyebutkan ejaan perkataan yang sama tetapi kali ini guru akan
menyebut perkataan berkenaan dan tahap terakhir adalah murid akan menuliskan perkataan
yang disebut oleh guru sambil menyebut ejaan berkenaan.

Selain daripada itu, satu lagi kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar
kemahiran membaca adalah melalui kaedah gabung bunyi kata. Dalam kaedah ini, murid
akan diajar mengenai bunyi yang mewakili setiap huruf dan apabila suatu huruf konsonan
dan huruf vokal bergabung. Kaedah ini membantu murid mengenal suku kata dan bunyinya.
3

Seterusnya, murid akan dibimbing membacakan suku kata yang dibina dan kemudian
dicantum untuk menjadikan sesuatu perkataan. Contohnya suku kata yang dibelajar ialah ‘da,
di, de, do, du’ maka murid boleh mengabungankan perkataan ‘da’ dan ‘du’ menjadikan ia
dadu. Melalui kaedah ini, murid dapat mengenal perkataan dengan cepat dan boleh membaca
perkataan dengan pantas. Perkara ini dibuktikan dalam kajian (Dr. Muhammad Saiful Haq
Bin Hussin, 2010) yang mendapati bahawa 65% subjek kajian yang digunakan berjaya
membaca dengan lancar kurang daripada tiga bulan kaedah ini digunakan dan manakala
selebihnya memerlukan masa yang sedikit lama bagi menguasai kemahiran berkenaan.
Mereka juga mendapati bahawa kemahiran membaca yang lancar juga secara langsung
membantu murid meningkatkan kemahiran menulis mereka.

Selain daripada itu, satu lagi kaedah walaupun dianggap kaedah lama boleh
digunakan dalam mengajar kemahiran membaca iaitu kaedah membaca lantang. Kaedah inii
bukan sahaja dapat memberikan keyakinan diri kepada murid untuk membaca malahan dapat
membantu mereka membetulkan sebutan mereka. Kaedah ini menurut (hijau, 2012) dapat
meningkatkan kemampuan murid menguasai kosa kata dan pada masa yang sama
meningkatkan daya ingatan mereka. Kaedah ini biasanya dilakukan apabila terdapat masa
lapang atau semasa menunggu aktiviti yang seterusnya dan dilakukan selama 5-10 minit
sahaja. Salah satu lagi kaedah yang dicadangkan oleh (Abdullah, 1992) ialah kaedah
mengunakan buku besar dalam pengajaran bacaan. Guru boleh mengubah perkara ini dengan
menunjukkan perkataan dalam skrin besar. Dengan mengunakan cara ini , murid akan berasa
seronok untuk belajar dan pada masa yang sama dapat meningkatkan kemahiran membaca
mereka.

Melainkan daripada itu, bagi meningkatkan kemahiran menulis, guru bolehlah


mengaplikasikan kaedah salin semula. Kaedah ini biasanya digunakan apabila murid sudah
mahir membaca perkataan dimana mereka kemudiannya dilatih menuliskan perkataan yang
dipaparkan pada skrin. Dimulakan dengan perkataan dan seterunya ayat dan akhirnya
petikan. Kaedah ini boleh ditingkatkan lagi dengan cara lain dimana, guru mulanya menyebut
perkataan dan ditulis oleh murid dan kemudiannya ayat. Proses ini juga dapat meningkatkan
daya ingatan murid serta kemahiran menulis mereka. Kaedah pandang dan sebut juga boleh
digunakan dalam meningkatkan kemahiran membaca dan jika diselitkan pandang, sebut dan
tulis dapatlah meningkatkan kemahiran menulis. Keadah ini dipraktikkan dengan guru
menyebut beberapa perkataan yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian dan diulang-
4

ulang oleh murid. Kaedah ini dapat membantu akank-kanak menyebut perkataan berkenaan
dengan betul dan guru menuliskan perkataan berkenaan supaya murid dapat menyebut sambil
melihat pada ejaannya. Murid juga diuji menuliskan perkataan berkenaan pada hari
berikutnya sambil disebut oleh guru. Cara ini dapat meningkatkan kemampuan murid
menghafal ejaan dan juga membaca perkataan mereka dalam minda sebelum
menterjemahkannya melalui penulisan mereka.

Persekitaran yang wujud mengelilingi murid memainkan peranan yang sangat penting
dalam membina kemahiran membaca dan menulis murid. Persekitaran yang dimaksudkan
adalah bermula dari rumah, kawasan permainan , tempat yang dilawati, rakan-rakan dan
keadaan persekitaran yang murid lihat. Perkara yang dimulakan dirumah, salah satunya ialah
amalan membaca yang dipraktikkan oleh ahli keluarga. Murid cenderung melihat dan
mencontohi tabiat orang di rumah. Ibu bapa yang cenderung memabaca dan membimbing
dan mengalakkan anak-anak mereka membaca dan menulis dapat memainkan peranan yang
sangat penting dalam peningkatan kemahiran murid. Selain itu, pergaulan murid diluar
rumah, terutamanya di taman permainan dan jiran juga amat membantu murid meningkatkan
kemahiran mereka. Sebagai contoh, murid India dan Cina yang mempunyai jiran melayu
yang ramai dilihat boleh bertutur , membaca dan menulis bahasa melayu dengan fasih
berbanding yang tidak mempunyai jiran melayu. Hal ini kerana, murid ini terdedah dengan
bunyi percakapan dan perbualan disekeliling mereka dan secara tidak langsung ianya
membantu mereka meningkatkan kemahiran mereka. Selain itu, pergerakan murid ke
pelbagai tempat juga dapat membantu , sebagai contoh peribadi apabila saya melihat anak
buah saya membaca dengan lantang setiap nama yang dia lihat pada papan tanda arah dan
papan iklan semasa kami dalam perjalanan dari Alor setar ke Johor. Pada masa yang sama ,
apabila ejaan atau sebutnya salah, kami akan memperbetulkannya dan ianya secara tidak
langsung dapat membantunya meningkatkan kemahiran membaca.

3.0 Kesimpulan

Dalam dunia internet dan teknologi maklumat ini kemahiran asas membaca dan menulis
dapat dikuasai oleh murid melalui pelbagai kaedah. Namun kaedah asas masih diperlukan
bagi sentiasa memperbetulkan sebutan dan ejaan yang betul. Ini adalah akibat daripada
bahang kemodenan yang telah menyebabkan banyak perkataan telah berubah cara sebutan
dan ejaannya namun ianya diterima secara rasmi mengikut sebutan dan ejaan yang asal.
5

Murid perlulah dibimbing dengan cermat dan tepat supaya mereka dapat menguasai kedua-
dua kemahiran ini kerana keperluan untuk menghadapi dunia yang kian mencabar. Selain
daripada itu, pelbagai pihak juga harus mengambil bahagian dalam mebantu meningkatkan
kemahiran murid dengan menjalankan pelbagai program, menanyangkan program dalam
televisyen dan radio serta mengutamakan penguasaan kemahiran asas dahulu sebelum mereka
mula maju ke tahap seterusnya. Walaubagaimanapun masih ramai lagi murid yang naik ke
sekolah rendah daripada prasekolah tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis
sepenuhnya kerana pelbagai faktor dalaman dan luaran. Semua pihak yang bertanggungjawab
perlulah menberikan keutamaan bagi memastikan setiap anak dalam menguasai penuh asas
kemahiran membaca dan menulis.

Jumlah perkataan: 1464 patah perkataan

4.0 Aktiviti bacaan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH 2018

Tarikh : 20.2.2018 Hari : Selasa

Tema : Makanan Sub Tema :Makanan berkhasiat

MASA SLOT

7.50-8.00 pagi Pendahuluan

(10 minit) 1. Guru memulakan dengan mengambil kedatangan, nyayian lagu bangsa
Johor, negaraku, rukun negara dan bacaan doa

TUNJANG - SK: BM 2.3 Membina dan membaca suku kata dan perkataan
KOMUNIKASI
SP: BM 2.3.1 Membunyikan suka kata terbuka
BAHASA
BM 2.3.2 Membunyikan suka kata tertutup
MELAYU
KSP: KD 2.4 Membina keyakinan diri
8.00-8.40 Pagi

( 40 minit )
OBJEKTIF:
6

Pada akhir pembelajaran murid dapat:

1. Membacakan suku kata terbuka dan tertutup dan membacakan ayat dengan
jelass dan lancar
AKTIVITI :

1. MenontonTayangan Video – Makanan Berkhasiat


2. Melihat gambar-gambar makanan berkhasiat
3. Melihat gambar makanan tidak berkhasiat
4. 4 murid dalam satu kumpulan
5. Bermain susun suku kata
6. Bermain teka nama
7. Sebut nama gambar yang ditunjukkan
ABM :

1.Komputer riba / LCD

2.Kad suku kata

3.Gambar makanan

REFLEKSI:

BM __/20

Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar akan diberikan
bimbingan susulan

8.40 – 8.50pagi Murid dapat


 Membaca suku kata tertutup
(10 minit)
 Membaca suku kata terbuka
 Membaca berdasarkan gambar yang ditunjukkan
 Bekerjasama dengan rakan bagi menyusun perkataan
 Memberi respon berkenaan makanan berkhasiat
7

Refleksi : Murid:

Guru:

Aktiviti membaca merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan jika ianya dirancang
dan dilaksanakan dengan baik. Melihat pada rancangan pengajaran dan pemudahcaraan
diatas, kelas dimulakan dengan beberapa perkara rutin dalam bahagian pendahuluan. Selepas
itu, guru akan memberikan sedikit pengenalan mengenai apa yang akan dibelajar pada pagi
itu. Guru memberikan peluang kepada murid memberikan pendapat mereka mengenai tajuk
yang akan dibelajar. Beberapa tayangan video yang disediakan akan dimainkan, dimana
tayangan video mengenai piramid makanan, jenis makanan yang berkhasiat dan makanan
yang perlu dielakkan dimakan selalu dimainkan sambil maklumbalas daripada murid diterima
selang selepas setiap tayangan video berkenaan. Guru kemudian menampalkan pelbagai
gambar yang menunjukkan makanan berkhasiat dan secara rawak memilih murid untuk
menyebut nama makanan berkenaan. Seterusnya guru akan melekatkan suku kata untuk
gambar yang namanya telah diberikan oleh murid. Murid juga menyebut perktaan
berdasarkan gambar makanak yang tidak berkhasiat juga. Guru selepas itu membahagikan
murid kepada beberapa kumpulan yang diwakili empat orang sekumpulan. Setiap kumpulan
dibekalkan dengan pelbagai suku kata yang secukupnya dan apabila guru menunjukkan
sebuah gambar makanan, dengan sepantas yang mungkin murid dalam kumpulan akan
menunjukkan ejaan bagi perkataan berkenaan mengunakan suku kata yang diberikan dengan
betul. Bagi menjadikan permainan ini lebih rancak, guru menghadiahkan markah kepada
kumpulan yang berjaya menunjukkan ejaan yang betul dengan paling pantas dan juga markah
kepada semua kumpulan yang dapat menjawab dengan betul. Pada masa yang sama juga,
guru akan membetulkan kesilapan (jika ada) oleh mana-mana kumpulan dengan membimbing
mereka mendapatkan jawapan yang betul. Apabila kumpulan berkenaan sudah selesai
menyusun susun kata, mereka haruslah membacakan perkataan berkenaan dengan lantang.
Dengan cara ini, guru dapat juga membetulkan cara sebutan murid berkenaan. Guru
kemudian membahagikan 3 buah gambar kepada setiap kumpulan dan secara bergilir-gilir
meminta seorang ahli menunjukkan gambar berkenaan dan pasukan lain jharuslah menyusun
suku kata bagi perkataan berikut dan membacakannya dengan lantang. Murid akan bergilir-
8

gilir menyusun perkataan sehingglah kad gambar yang diberikan habis. Guru kemudian
mengumpulkan semua gambar daripada setipa kumpulan. Murid kembali duduk dalam
kumpulan yang besar dan membacakan dengan lantang perkataan berdasarkan gambar yang
ditunjukkan oleh guru. Semasa membaca, murid-murid juga akan mengeja suku kata dan
menyebut suku kata berkenaan sebelum menyambung kesemua suka kata menjadikan satu
ayat. Guru menilai murid-murid dengan melihat kepada kemampuan mereka membaca
perkataan dengan lantang serta kebolehan menyusun suku kata dengan tepat.

5.0 Aktiviti menulis

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH 2018

Tarikh : 29.1.2018 Hari : Isnin


Tema : Sekolah saya Sub Tema :Peralatan di sekolah
MASA SLOT
7.50-8.00 pagi Pendahuluan
(10 minit) 1.Guru memulakan dengan mengambil kedatangan, nyayian lagu bangsa Johor,
negaraku, rukun negara dan bacaan doa
TUNJANG - SK : BM 3.2 Menguasai kemahiran menulis
KOMUNIKASI SP : BM 3.2.1 Menulsi huruf kecil dengan cara yang betul
BAHASA BM 3.2.5 Menyalin ayat mudah
MELAYU KSP: KD 2.4 Membina keyakinan diri
8.00-8.40 Pagi
( 40 minit ) OBJEKTIF:
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1.Menuliskan huruf kecil dengan cara yang betul sambal menyalin ayat yang
mudah
AKTIVITI :
1.Pengenalan peralatan di sekolah melalui tayangan video
2.Setiap peralatan mempunyai nama masing-masing
3.Teka-teki berpasukan
4.Menuliskan jawapan pada kertas mahjong
5. Kertas mhjong dilekatkan dihadapan kelas
6.Perbincangan jawapan secara bersama
7.Lagu papaku pulang dari kota dimainkan
9

8.Murid menyalin lirik lagu berkenaan


9.Murid menyanyikan bersama
ABM :
1.Komputer riba / LCD
2.Kad teka teki
3. Kertas Mahjong
4. Pena Marker
REFLEKSI:
BM __/20
Kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar akan
diberikan bimbingan susulan
8.40 – 8.50pagi Murid dapat
(10 minit)  Membacakan nama setiap peralatan yang ditunjukkan
 Menuliskan nama peralatan yang dinyatakan dalam teka teki
 Menyebut jawapan dengan lantang
 Menuliskan lirik lagu dengan kemas dan tepat
 Memberikan kerjasama kepada guru semasa Pdpc
Refleksi : Murid:

Guru:

Guru memulakan kelas dengan menerangkan secara ringkas mengenai tajuk yang akan
dipelajari. Guru meminta pandangan dan cadangan daripada murid-murid. Murid-murid
diminta memberikan jawapan mereka menerusi pengalaman mereka. Guru kemudian
menayangkan satu video yang menunjukkan peralatan-peralatan asas yang biasanya ada
disekolah. Peralatan-peralatan ini adalah yang paling asas seperti kerusi, meja, papan hitam /
putih, penyapu, tong sampah, pemadam dan sebagainya. Murid memberikan jawapan sejurus
melihat gambar yang ditunjukkan. Guru kemudian membahagikan murid kepada beberapa
kumpulan. Guru memulakan permainan teka teki dengan mengajukan soalan dan murid
dalam kumpulan berbincang dan seorang penulis akan menuliskan jawapan yang
dibincangkan. Setiap kumpulan diwajibkan menukar penulis secara bergilir-gilir selepas satu
satu soalan. Selepas selesai semua soalan guru membimbing murid melekatkan kertas
10

mahjong yang mengandungi jawapan dihadapan kelas dan bersama-sama membincangkan


jawapan. Guru membetulkan jawapan yang salah dan pada masa yang sama membetulkan
kesilapan murid. Guru kemudian memainkan lagu papaku pulang dari kota beserta lirik lagu
berkenaan. Murid mula menyanyi lagu berkenaan. Kemudian guru meminta murid
menuliskan lirik lagu berkenaan mengunakan huruf kecil sahaja dalam buku tulis mereka.
Guru membimbing murid yang lemah dan memastikan semua murid telah menyalin lirik lagu
berkenaan. Guru bersama murid sambil membaca dengan lantang menuliskan lirik lagu
berkenaan dalam buku tulis. Guru menekankan teknik fokus menulis yang telah dipelajari
sebelum ini dalam kemahiran pratulis. Guru meminta murid sentiasa waspada dan mematuhi
teknik menulis yang betul yang telah dipelajari sebelum ini. Murid kemudian dengan
bimbingan guru membaca lirik yang telah ditulis dengan lantang. Akhir sekali guru bersama-
sama murid dengan irngan muzik menyanyikan lagu berkenaan.

Jumlah perkataan: 1048 patah perkataan


.
6.0 Rujukan
Abdullah, K. (1992). Kaedah menggunakan buku besar dalam pengajaran bacaan. The Malay
Language Council, 17.

Afzan, M. A. (2018, 4 30). Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca. Retrieved from


cikguafzan96.blogspot: https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/kaedah-
pengajaran-kemahiran-membaca.html

Dr. Muhammad Saiful Haq Bin Hussin, N. H. (2010). PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN
PELAJAR TAMIL: ‘KAEDAH GABUNG BUNYI KATA’. Universiti Malaya, 23.

hijau, c. (2012, 6 28). Aktiviti MEMBACA LANTANG dapat meningkatkan motivasi kanak-
kanak untuk menguasai kemahiran membaca. Retrieved from cikguhijau.blogspot:
http://cikguhijau.blogspot.com/search/label/Kaedah%20Pengajaran%20Kemahiran
%20Membaca

JALIL, D. S. (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan - Pendidikan Prasekolah.


Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
11

SKKT, G.-G. (2012, 12 5). linusskkt.blogspot. Retrieved from Blog Linus SKKT:
http://linusskkt.blogspot.com/2012/12/strategi-pengajaran-kemahiran-membaca.html

Yunus, N. S. (2017). TEKNIK MULTISENSORI DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN LITERASI HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH.
Universiti Kebangsaan Malaysia, 10.

Anda mungkin juga menyukai