Anda di halaman 1dari 17

1.

0 Pengenalan Pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara penting untuk membentuk corak pembelajaran masa hadapan yang lebih baik dan seimbang. Justeru bukan sesuatu yang menghairankan apabila sesetengah kanak-kanak telah dihantar untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis seawal usia tiga tahun di pelbagai pusat pendidikan awal di negara ini. Sememangnya menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu-bapa untuk memberikan pendidikan asas yang kukuh yang dapat menjamin masa depan anak-anak termasuk mereka yang kurang bernasib baik. Kebolehan membaca merupakan kemahiran yang penting diperoleh walaupun kanak-kanak masih di peringkat tadika. Kanak-kanak yang sudah boleh membaca ayat-ayat mudah dengan lancar dan menguasai sekumpulan perbendaharaan kata asas serta boleh mengeja perkataan yang tidak dikenali sebelum memasuki Tahun Satu berada dalam kedudukan yang lebih selesa dan menyakinkan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak menguasainya. Memang tidak terlewat untuk kanak-kanak belajar membaca ketika di Tahun Satu, tetapi dengan saiz kelas yang besar dan pelbagai kekangan yang dihadapi oleh pihak guru dan sekolah, akan berlaku bimbingan membaca yang tidak sempurna . Ini bererti, kanak-kanak yang lemah membaca mungkin kekal lemah ketika berada di sekolah rendah .

2.0 Kemahiran membaca Kemahiran membaca merupakan satu tingkah laku manusia yang kompleks. Pada asasnya , ia merupakan satu proses komunikasi manusia dengan bahan bercetak . Dalam proses tersebut, manusia mentafsir dan memberi makna kepada bahan bertulis. Kebolehan membaca yang menjadi fokus kajian ini ialah kebolehan bacaan awal untuk kanak-kanak . Ia merujuk kepada kebolehan membaca yang dimiliki oleh kanak-kanak dalam peringkat awal bacaan. Kebolehan bacaan awal hendaklah dibezakan daripada kebolehan bacaan mahir. Biasanya , ia dicirikan dengan bacaan yang kurang lancar , penguasaan perbendaharaan bacaan yang rendah serta tahap automatisiti dari segi pengenalan perkataan yang rendah . Ringkasnya, kebolehan membaca yang seharusnya dimiliki oleh murid-murid setelah setahun belajar di tadika adalah penguasaan sekumpulan perbendaharaan kata yang agak memuaskan, boleh membaca ayat-ayat ringkas dan boleh mengeja dan membatang dengan tepat apabila

berhadapan dengan perkataan yang tidak dikenali. Konsep kemahiran membaca, bermakna seseorang itu dapat memahami apa yang dibaca. membaca dan memahami itu saling memerlukan dan untuk mengajar kedua-duanya perlulah mengikut peringkat-peringkat supaya penguasaannya dapat berkembang dengan baik. Ianya perlu diajar daripada yang mudah kepada yang sukar. Akhirnya, murid dapat membaca secara senyap dan memahami apa yang dibaca. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagai dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan. Kemahiran membaca dan memahami ini diajar kepada murid supaya mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini mereka dapat memperluaskan ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan tulisan 2.1 Peringkat Membaca Membaca juga terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu yang pertamanya peringkat kesediaan membaca. Pada peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat menyediakan kanakkanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. Seterusnya peringkat prabacaan. Peringkat ini meliputi kemahiran keamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. seterusnya mengenal abjad sehingga membaca ayat. Peringkat bacaan mekanis pula merupakan fasa murid menyebut huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. mereka juga boleh membatangkan perkataan-perkataan yang mempunyai suku kata terbuka dan tertutup. Peringkat bacaan dan kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa kefahaman terhadap apa yang dibaca, perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Murid sepatutnya berupaya mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca pada peringkat ini.

2.2 Kesediaan Membaca

Kesediaan adalah faktor penting sebelum seseorang kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Seseorang kanak-kanak harus mempunyai keadaan perkembangan yang diperlukan terlebih dahulu sebelum kemahiran membaca diperkenalkan diajar kepadanya. Kebolehan membaca kanak-kanak wujud sekiranya kanak-kanak itu memahami dan bertindak secara bersesuaian apabila melihat perkataan-perkataan yang ditulis. Kanak-kanak boleh cepat membaca sekiranya mereka hidup dalam persekitaran yang intelektual yang sentiasa berfaedah dengan tulisan seperti buku, surat khabar, dan sebagainya, kanak-kanak yang kaya dengan pengalaman persekitaran seperti ke pasar raya, ke pameran atau orang lain. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca kanak-kanak adalah: i. Keadaan fizikal - merujuk kepada keadaan mata, telinga dan organ pertuturan yang sempurna. ii. Persekitaran - Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. iii. Emosi, motivasi, dan sahsiah - Keadaan rumah tangga yang dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak. iv. Kecerdasan - Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. v.Pengamatan - Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu daya diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran. Semasa membaca kanakkanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf. vi. Penguasaan bahasa - Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan, kehendak ,dan sebagainya berkomunikasi. semasa ke pusat-pusat peranginan, dan juga kanak-kanak mempunyai banyak peluang untuk berinteraksi dengan

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan juga guru untuk memastikan kanakkanak sudah mempunyai kesediaan membaca yang mencukupi sebelum mula mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak.

Peringkat-peringkat Mengajar Bacaan

Mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak hendaklah dibuat secara berperingkatperingkat supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Kamarudin Hj. Husin (1988) membahagikan pengajaran bacaan kepada lima peringkat: i. ii. iii. iv. v. peringkat menyediakan murid peringkat mendirikan asas peringkat melatih membaca dan memaham peringkat melatih membaca untuk hiburan atau mencari maklumat peringkat membina dan mengukuhkan sikap gemar membaca.

3.0 Bacaan awal kanak-kanak di sekolah Di peringkat awal bacaan kanak-kanak, terdapat beberapa jenis kaedah membaca yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid-murid. Kaedah merupakan prosedur menyeluruh terhadap sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa. Antara kaedah yang sering digunakan oleh para guru ialah kaedah abjad, kaedah fonetik, kaedah pandang sebut, dan kaedah suku kata .

3.1 Kaedah abjad


Guru memperkenalkan huruf vokal dan konsonan terlebih dahulu. Vokal : a, e, i, o, u Konsonan : b,c,d,f,g,h,j,k,l,m,n,p,q,r,s,t,v,w

Nama-nama abjad perlulah disebut dan dihafal oleh murid. Aktiviti mengeja suku kata dalam perkataan. Guru mengaitkan gambar dengan sesuatu huruf. Contoh : a untuk api.

Kelebihan Kaedah Abjad Terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya dalam sistem bahasa Melayu. Setelah mengenal huruf dan membunyikan vokal konsonan dengan baik, murid dapat membaca perkataan baharu. Kemahiran asas dan binaan yang kukuh dalam aktiviti asas membaca. Murid-murid dapat mencapai tahap kecekapan yang tinggi dalam kemahiran membaca

Kelemahan Kaedah Abjad. Murid dapat menyebut dengan lancar perkataan yang diberi tetapi tidak memahaminya Murid membaca secara merangkak-rangkak kerana terbawa-bawa cara membaca sambil mengeja Terdapat kemungkinan bahawa murid akan lupa pelajaran yang lepas jika tidak diulang kali dalam bilik darjah. Murid akan berasa bosan kerana aktiviti yang lebih kepada hafalan dan kurang penghayatan.

Kaedah abjad ini merupakan kaedah yang mengutamakan abjad depan bagi setiap perkataan. Guru akan mengajar murid huruf pangkal bagi setiap perkataan atau objek. Contohnya untuk perkataan api , huruf pangkalnya ialah a. Maka murid akan mengingati bahawa huruf a itu digunakan untuk perkataan api. Setelah murid menguasai kaedah ini, barulah murid akan diajar menggunakan kaedah yang seterusnya.

3.2 Kaedah Fonetik Sesuai untuk kanak-kanak yang baru mengenal huruf. Murid perlu mengenal huruf dan mengaitkannya dengan bunyi.

Guru memperkenalkan bunyi-bunyi a, i, u dahulu kerana e dan o lebih kurang digunakan.

Konsonan pula diperkenalkan dahulu k,s,t,d,r,l,m,g, dan n kerana ia bunyi-bunyi yang lebih mudah berbanding konsonan yang lain. Penggunaan bunyi asosiasi iaitu guru membunyikan aa dan mengaitkannya dengan peristiwa atau kejadian di kawasan persekitaran seperti terkena api, Asosiasi gambar iaitu guru menggunakan kad gambar ikan untuk bunyi ii.

Kelebihan Kaedah Fonetik. Huruf yang dilihat dapat dikaitkan dengan bunyi oleh murid. Penggunaan asosiasi dapat mempercepatkan proses mengingat. Murid dapat mengurangkan beban memori. Terdapat huruf-huruf tertentu yang lebih mudah diperkenalkan terlebih dahulu

Kelemahan Kaedah Fonetik Murid-murid lembap tidak sesuai belajar mengikut kaedah ini. Sesuai untuk murid-murid yang pandai. Persiapan awal oleh murid perlu dilakukan sebelum aktiviti membaca. Murid hendaklah mengetahui bunyi dan bentuk huruf terlebih dahulu. Kaedah ini lebih sesuai digunakan kepada murid yang telah mahir menyebut dan mengingat bunyi huruf yang telah diajarkan. Kaedah Fonetik menggunakan bunyi-bunyian vokal dan konsonan untuk

memperkenalkan perkataan. 3.3 Kaedah Pandang Sebut. Bertujuan untuk murid membiasakan diri mengecam perkataan tanpa perlu mengeja dan ia dapat memendekkan masa murid untuk mengeja.

Murid-murid menyebut perkataan pada kad-kad imbasan yang ditunjukkan oleh guru. Kemudian aktiviti membaca bahan yang sama daripada buku teks. Murid mengecam gambar dan menyebut perkataan. Murid diperkenalkan kumpulan huruf yang membentuk perkataan tersebut. Murid menyebut berulang kali perkataan tersebut.

Kebaikan Kaedah Pandang Sebut. Murid tidak perlu belajar mengeja perkataan dahulu maka masa dapat dijimatkan. Murid dapat memahami maksud perkataan semasa menyebutnya. Kaedah ini merupakan kaedah terpantas untuk mempelajari kemahiran membaca.

Kelemahan Kaedah Pandang Sebut.


Murid tidak pandai mengeja. Murid tidak dapat menyebut perkataan baharu kerana tiada pendedahan. Perbendaharaan kata murid terbatas. Kaedah ini hanya sesuai untuk murid-murid yang pandai

Kaedah pandang sebut ini merupakan kaedah yang digunakan dengan cara pengamatan dan mengingat. Apabila murid itu terpandang perkataan atau objek yang sama dalam situasi lain, murid tersebut akan terus mengetahui bunyi dan ejaan dadu itu.

3.4 Kaedah Suku Kata. Kaedah suku kata merupakan satu deretan bunyi yang mengandungi satu puncak kelantangan. Suku kata merupakan ujaran terkecil dari sebuah kata yang didengarkan pada kehadiran vokal. Satu suku kata sekurang-kurangnya mengandungi satu buah vokal dan konsonan. Jenis-jenis suku kata.

Kata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV

(sos) (api) (kereta) (suasana)

Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + KV + KV

Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + V + KV+ KV

Kelebihan Kaedah Suku Kata Murid-murid dapat mengeja dengan baik kerana dilatih untuk mengeja bagi tiap-tiap perkataan yang dibaca. Guru tidak perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang banyak dan ini memudahkan guru-guru menjalankan tugasnya. Kelemahan Kaedah Suku Kata Murid tidak lancar membaca kerana lebih fokus kepada huruf. Terlalu mementingkan ejaan hingga menyebabkan fahaman tidak berjaya diperoleh Kanak-kanak mudah keliru kerana nama-nama huruf tidak menepati bunyi huruf-huruf tersebut. Kaedah suku kata ini,murid akan mengenal perkataan melalui ejaan suku kata vokal dan konsonan. Contohnya perkataan susu, suku kata yang digunakan ialah kv+kv=kvkv. Murid akan mengeja setiap satu suku kata dan hasilnya murid tersebut akan mengetahui perkataan apakah yang tertera itu.

4.0 Kaedah yang digunakan di sekolah 4.1 Konsep Membaca Kaedah Fonetik Kaedah belajar membaca yang telah digunakan bagi kanak-kanak diawal bacaan di sekolah saya ialah menggunakan kaedah fonetik . Kaedah ini digunakan kerana strategi pengajarannya yang lebih dinamik berbanding sistem kaedah membaca secara tradisional. Pengajaran membaca menggunakan kaedah tradisional dikesan mengambil masa yang agak lama bagi membolehkan kanak-kanak mahir dan menguasai kemahiran membaca. Kaedah fonetik sebenarnya telah lama dipraktikkan . Kaedah fonetik memfokuskan kepada bunyi simbol huruf, berbeza dengan kaedah tradisional yang menekankan teknik penghafalan nama huruf. Kaedah ini sedikit sebanyak mengurangkan beban kanak-kanak untuk menghafal. Kaedah fonetik mensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini adalah berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kaedah ini boleh dimulakan dengan pengenalan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan seperti berikut: a. Bunyi vokal a e i o u aaa eee iii ooo uuu

b.

Bunyi konsonan b c d f g h j k l m beh ceh deh feh geh heh jeh keh el em n p q r s t v w y z en peh qeh rer sss teh vev weh yeh zez

Bunyi-bunyi tersebut kemudian digabungkan untuk membentuk suku kata, dan seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna. Guru-guru boleh menggunakan gambargambar ilustrasi untuk menarik minat murid-murid sebagai bahan sokongan. Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, sebaliknya diajar bunyi-bunyi huruf. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, sukukata pula boleh dibina, kemudian baru digabungkan suku kata-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat mudah yang menggunakan perkataan-perkataan yang telah dipelajari. Guru telah menggunakan buku Bacalah Anakku iaitu terdiri daripada 8 buah buku iaitu dar buku 1 8 .

4.2 BIODATA PENULIS Nik Eliani Nik Nawi dan Othman Ahamad

Nik Eliani Nik Nawi dan Othman Ahamad telah lama berkecimpung di dalam dunia pendidikan. Kajian serta pengalaman mereka berkenaan perkembangan intelek kanak-kanak telah menghasilkan Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku (Bahasa Melayu) pada tahun 1997 dan ReadEasy Phonics (Bahasa Inggeris) pada tahun 2001. Mereka berdua juga banyak mengendalikan kursus, seminar dan bengkel pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menggunakan kaedah fonetik kepada guru-guru di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.

Nik Eliani Nik Nawi dan Othman Ahamad, masing-masing berkelulusan Bachelor of Arts daripada Brock University, Canada dan Bachelor of Science daripada Fairleigh Dickinson University, USA . Kedua-dua mereka juga memiliki Diploma Pendidikan daripada Universiti Islam Antarabangsa , Kuala Lumpur. Pasangan suami isteri ini juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Little Aulad Play School yang beribu pejabat di Kota Bharu, Kelantan.

4.3 KEMAHIRAN MENGAJAR BUKU BACALAH ANAKKU A ) KEMAHIRAN PERTAMA: Guru mengajar murid murid mengikut susunan buku iaitu bermula dari Buku 1 sehingga Buku 8 . Murid murid dapat menguasai bunyi dengan lebih teratur dan berkesan apabila diajar mengikut sususnan yang betul . Bunyi-bunyi a i u diperkenalkan terlebih dahulu. Seterusnya guru memperkenalkan pula bunyi-bunyi konsonan lain satu persatu , contohnya b n m s dan k. Di dalam buku Bacalah Anakku terdapat 28 bunyi dan simbol, maka murid-murid mesti tahu bunyi berserta simbolnya serta mereka boleh membunyikan kesemua 28 bunyi dalam buku buku ini . Bunyi bunyi ini tidak diajar serentak tetapi diajar secara berperingkat peringkat . Contohnya , di dalam Bacalah Anakku Edisi 1 hanya 5 bunyi yang diperkenalkan maka murid murid perlu menguasai 5 bunyi dan mengenal simbol yang telah diajar oleh guru iaitu bunyi a, i, u, b, n.

Setelah guru memperkenalkan bunyi-bunyi huruf seperti di atas untuk memudahkan lagi murid murid mengecam bunyi-bunyi huruf, guru menggunakan kad imbasan yang turut dibekalkan dalam set Bacalah Anakku supaya murid murid boleh mengaitkan bunyi dengan simbol-simbol huruf yang diajar .

Kad Imbasan ini boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid murid menggabungkan huruf konsonan dan vokal. Melalui kaedah fonetik yang diajar oleh guru ini , murid murid tidak akan mengeja ba menjadi ba ; tidak juga menghafal suku kata ba; tetapi mereka membaca dengan menggabung-gabungkan bunyi beh (bagi huruf b) dan aa(bagi huruf a). Cara yang digunakan oleh guru untuk mengajar kaedah fonetik ini dengan : 1. Murid murid perlu tahu bunyi huruf iaitu dapat menyebut bunyi dan ingat bunyi huruf 2. Murid murid perlu kenal huruf iaitu bentuk, rupa dan cara tulis huruf tersebut . 3. Murid murid dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang berkaitan.

B) KEMAHIRAN KEDUA Guru mengajar murid-murid menggabungkan bunyi yang telah dipelajari.Sebagai contoh, dalam Buku 1, guru mengajar anak menggabungkan bunyi : i. a na ii. a ni iii. i na Peringkat penggabungan bunyi ini memerlukan latihan yang banyak sehingga murid-murid mahir menggabungkan bunyi-bunyi ini. Guru perlu memastikan murid-murid tidak menghafal suku kata ini tetapi pastikan mereka mendapat kemahiran menggabungkan bunyibunyi huruf dan konsonan yang telah mereka pelajari. C) KEMAHIRAN KETIGA Guru mengajar murid murid membaca suku kata dan juga teks-teks yang telah dipelajari. Setelah mahir dengan teks yang ada dalam set Bacalah Anakku, murid- murid kemudiannya telah diberikan buku buku yang ada di pasaran yang mempunyai saiz tulisan yang besar dan berwarna. Warna pada perkataan adalah berdasarkan suku kata untuk memudahkan murid membaca buku tersebut dibaca . Latihan membaca buku buku ini juga diberi perhatian supaya murid murid betul betul lancar membaca .

5.0 RUMUSAN Membaca merupakan proses yang kompleks. Oleh itu terdapat beberapa kaedah untuk mengajar murid-murid mengenai bacaan awal. Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disarankan dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian darikpada langkah sahaja, maka guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut. Setiap kaedah bacaan awal kanak-kanak ini terdapat beberapa kelemahan dan kelebihannya yang tersendiri. Ia terpulang kepada guru-guru untuk memilih kaedah mana yang bersesuaian dengan murid-murid mereka.

Rujukan Abdullah Hassan. (2005). Linguistik am: Siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan fonologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Sheikh Roslam Sheikh Abdullah & Aminuddin Bin Mamat (2011). Modul PGSR: WAJ3104 Literasi bahasa. IPG Kampus Kota Bharu.

Anda mungkin juga menyukai