Anda di halaman 1dari 8

PROGRAM :

PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH


KURSUS :
KAEDAH BACAAN DAN PENULISAN SEKOLAH
RENDAH (KRP 6014)
TUGASAN :
ULASAN JURNAL:
DISEDIAKAN UNTUK :

DR. HJH. RAMLAH BT. JANTAN


DISEDIAKAN OLEH :

BALAMURALI DANAPALAM
M20132002268

Uasan Kritis Jurnal Kelancaran Membaca Kanak-Kanak Prasekolah

1.0 Pengenalan
Jurnal bertajuk Kelancaran Membaca Kanak-Kanak Prasekolah ini di tulis
oleh Zainiah Mohamed Isa, dari Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti
Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Jurnal ini menerangkan tentang kepentingan kelancaran membaca di


kalangan kanak-kanak prasekolah. Ia juga ingin melihat sejauh mana pendidikan
dan kecekapan guru memberi kesan terhadap kebolehan kanak-kanak dalam
pembacaan. Jurnal ini memfokuskan kepada kaedah-kaedah pengajaran bagi
melancarkan bacaan murid prasekolah.
Kebolehan membaca disertai dengan kelancaran merupakan kemahiran yang
penting diperoleh walaupun kanak-kanak masih di peringkat tadika. Ia
merupakan persediaan kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan diri semasa di
Tahun Satu nanti. Kanak-kanak yang mempunyai asas pembacaan serta boleh
membaca ayat-ayat mudah dengan lancar dan menguasai sekumpulan
perbendaharaan kata asas serta boleh mengeja perkataan yang tidak dikenali
sebelum memasuki Tahun Satu berada dalam kedudukan yang lebih selesa dan
menyakinkan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak menguasainya.
Namun begitu kelancaran membaca haruslah seiring dengan kefahaman
kerana tujuan utama pembacaan adalah untuk memahami apa yang dibaca. Jurnal
ini menjelaskan secara terperinci mengenai kelancaran, kaedah pengajaran dan
pebelajaran yang boleh dilakukan, serta kaeda penilaian yang sesuai untuk
dijalankan.

2.0 Ringkasan Artikel


Fokus perbincangan artikel ini adalah mengenai kelancaran pembacaan bagi
kanak-kanak prasekolah. Ia menerangkan bagaimana proses kelancaran itu
berkembang bermula dari tumpuan utama mereka iaitu perkataan. Dengan
menunding jari semasa membaca, mereka akan dapat memadankan sebutan dan
perkataan. Ini menunjukkan mereka telah faham konsep perkataan dan

kemudiannya mula memberi perhatian kepada perkataan dan seterusnya


memahami apa yang dibaca.
Jurnal ini kemudiannya membincangkan faktor-faktor dimana kanak-kanak tidak
lancar membaca. Faktor utama yang dikenalpasti adalah kebolehan menyah kod
yang belum mantap lagi. Teks juga memainkan peranan dimana teks yang panjang
akan menyukarkan kelancaran mereka. Terdapat beberapa kemahiran yang
dikenalpasti untuk memperkembangkan kemahiran tersebut.
Terdapat beberapa kaedah pengajaran yang di cadangkan di dalam artikel ini
untuk kelancaran kanak-kanak prasekolah iaitu:
i.

Membaca secara kuat

ii.

Membaca secara bergilir-gilir

iii.

Membaca secara berirama (Choral Speaking)

iv.

Membaca secara berpasangan

v.

Membaca dengan bantuan alat perakam suara

vi.

Teater Pembaca

vii.

Membaca dengan bimbingan

Terdapat juga cara-cara bagaimana untuk mengenalpasti murid-murid yang tidak


lancar bacaannya, yang perlu dititikberatkan oleh guru. Ia dijelaskan di dalam kaedah
penilaian kelancaran pembacaan yang mempunyai Tahap 1 hingga Tahap 4 dengan
skor kelancaran antara 1 dan 4 di mana pembaca yang cemerlang mendapat skor 4.
Jurnal ini menyarakan kanak-kanak yang mempunyai skor 1 dan 2 adalah lemah dan
memerlukan banyak latihan untuk membaca. Skala penilaian ini adalah berasaskan
National Assessment of Educational Progress.

3.0 Ulasan Kritis


Penulis berpendapat penulisan dan kajian yang dibuat amat menarik dan boleh
menggalakkan para penyelidik akan datang meneruskan kesinambungannya bagi
mengkaji kaedah pengajaran mana yang paling mudah untuk melancarkan bacaan
kanak-kanak prasekolah. Kajian-kajian (Begeny, Daly dan Valleley, 2006:
Therrien dan Kubina, 2009; dan Azizah Zain, 2010) menyatakan bacaan yang

berulang menunjukkan kesan psitif terhadap kelancaran membaca kanak-kanak.


Selain itu, penulis berpendapat supaya guru perlu memainkan peranan secara aktif
di dalam menggalakkan kanak-kanak membaca dan bercerita. Ini akan
menambahkan keyakinan kepada kanak-kanak tersebut untuk melancarkan
pembacaan mereka. Satu cara yang paling efektif adalah membaca dengan kuat
kerana melalui bacaan ini guru dapat menunjukkan cara sebutan yang betul
kepada kanak-kanak. Bacaan yang kuat ini boleh dibuat secara seorang, bergilirgilir dan secara berpasangan.
Artikel ini memberi keterangan yang terperinci mengenai kaedah membaca secara
kuat dengan membincangkan bacaan sebelum, semasa dan selepas membaca. Ini
mungkin kerana penulis artikel ini mempunyai pengalaman di dalam
menggunakan kaedah ini.
Namun begitu, kaedah membaca bergilir-gilir hanya dibincangkan dengan ringkas
sahaja. Adalah dicadangkan bahawa artikel ini juga mengaitkan kaedah bacaan ini
dengan pemahaman dan keyakinan kanak-kanak. Artikel ini boleh juga
memasukkan aktiviti bacaan mekanis seperti :
(a) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai
dengan kebolehan dan umur murid-murid.
(b) Bersoal jawab dan membantu murid-murid dengan perkataan-perkataan dan
rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna
perkataan-perkataan itu.
(c) Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid menyemak bacaan guru.
(d) Guru membaca dan murid-murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau
kumpulan.
(e) Guru memandu murid-murid membaca secara individu bergilir-gilir.
(f) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid mengenai isu
bacaan untuk menguji kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara
lisan dan bertulis. (Sumber: http://impreschoolteacha.blogspot.com)
Selain daripada itu, penulis tertarik dengan kaedah membaca secara berirama atau

Choral Speaking, dimana menurut kajian oleh Stoltz (2006) menunjukkan kanakkanak yang menggunakan bacaan secara berirama selama enam minggu dapat
meningkatkan kadar bacaan dari segi ketepatan dan kelancaran berbanding dengan
kanak-kanak lain.
Penulis berpendapat, penerangan mengenai Choral Speaking secara lebih
terperinci perlu juga diberikan di dalam artikel ini. Choral Speaking adalah satu
persembahan suara atau puisi, cerita atau bacaan berirama secara berkumpulan.
Adalah dicadangkan artikel ini menambah tujuan serta pelaksanaan Choral
Speaking seperti di bawah.
Tujuan Choral Speaking adalah:

Satu persembahan kumpulan yang dapat menarik perhatian kanak-kanak.

Kefahaman teks dan ketepatan sebutan.

Keaslian bahasa

Pengembangan perkataan

Meningkat dan mengembangkan kepercayaan diri kanak-kanak.

Langkah penerapan:
1. Pilihlah teks yang sesuai
2. Guru memberikan contoh agar kanak-kanak berminat
3. Menggayakannya bersama kanak-kanak.
4. Berbincang mengenai isinya dengan penglibatan kanak-kanak
5. Setelah kanak-kanak tertarik, penekanannya adalah pada penghafalan teks
dalam hati.
6. Buatlah variasi pada pertunjukan seperti penyusunan suara, percakapan yang
berbeza-beza, gerakan tubuh, gaya, dan tinggi rendahnya suara.
Kaedah Teater Pembaca adalah suatu yang menarik di dalam artikel ini. Ia
membincangkan bagaimana kelancaran pembacaan dapat dilatih melalui sebuah
lakonan. Dengan pemilihan skrip yang sesuai, kanak-kanak akan berminat untuk
mengambil bahagian dan seterusnya belajar menghafal dialog-dialognya. Sejajar
dengan kenyataan Carrick (2001), Teater pembaca juga akan menggalakkan
kerjasama di kalangan murid dan membuatkan aktiviti membaca sebagai sesuatu

yang menarik. Kanak-kanak juga tidak merasa bosan, malah ianya dapat
meningkatkan keyakinan diri mereka.
Penulis berpendapat Teater Pembaca ini juga perlu keterangan yang lebih lanjut di
dalam aspek perlaksanaan. Teater pembaca ini mudah di lakukan kerana ia tidak
memerlukan pelakon untuk menghafal dialog kerana persembahan sepenuhnya
boleh dibuat dengan membaca teks. Pergerakan badan, penggunaan suara, tonasi
dan mimic muka dapat membantu kanak-kanak yang menjadi penonton untuk
memahami jalan ceritanya. Ianya mudah kerana boleh dilakukan di dalah bilik
darjah dan tidak melibatkan ruang yang luas. Teater Pembaca secara umumnya
menekankan aspek membaca.
Langkah Perlaksanaan
1.

Pelajar akan di pilih mengikut kehendak skrip dan diberikan watak.

2.

Terdapat seorang pencerita sebagai naratif.

3.

Ruang lakonan boleh disediakan di hadapan kelas.

4.

Pelakon boleh berdiri atau duduk di atas kerusi dengan pelakon di tengah

dan pembaca (naratif) di bahagian tepi kiri atau kanan,


5.

Teater Pembacaan bermula dan pelakon membaca mengikut turutan di

dalam skrip.
6.

Apabila tiba gilirannya, pelakon akan bergerak selangkah ke hadapan

dan membaca/melakonkan dialog dengan penuh perasaan dan intonasi yang


sesuai.
Bagi kaedah-kaedah yang lain iaitu, membaca secara berpasangan, penulis
merasakan ianya cukup ringkas tetapi padat. Begitu juga dengan kaedah membaca
dengan bantuan alat perakan suara serta membaca secara bimbingan,
perbincangannya ringkas tetapi memadai kerana ianya adalah satu proses yang
mudah.
Artikel ini juga mengetengahkan kaedah penilaian kelancaran pembacaan
berasaskan National Assessment of Educational Progress yang diterjemahkan
daripada Pinnell et all, 1995.

4.0 Kesimpulan
Kelancaran merupakan elemen yang penting di dalam pendidikan awal kanakkanak. Ia perlu diberikan penekanan kerana kanak-kanak prasekolah akan lebih
selesa apabila mereka melangkah masuk ke Tahun 1. Oleh kerana kanak-kanak
prasekolah ini masih di peringkat menyahkod perkataan demin perkataan, maka
latihan kelancaran amat diperlukan.
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan oleh guru seperti membaca secara
kuat, secara bergilir-gilir, secara berirama (Choral Speaking), secara berpasangan,
dengan bantuan alat perakam suara, melalui Teater Pembaca serta membaca
dengan bimbingan.
Skala penilaian juga telah disediakan bagi tujuan penilaian kelancaran kanakkanak tersebut di dalam pembacaan. Melalui penilaian ini, guru-guru dapat
mengetahui kaedah manakah yang paling berkesan untuk pelajar yang mengalami
masalah kelancaran.

Rujukan:
12-

http://impreschoolteacha.blogspot.com
http://www.scribd.com/doc/55873489/KELANCARAN-MEMBACA-KANAKKANAK-PRASEKOLAH

Lampiran

Jurnal Pendidikan FPPM UPSI, Kelancaran Membaca Kanak-Kanak Prasekolah, Zainiah


Mohamed Isa, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Sains Kognitif dan
Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai