Anda di halaman 1dari 31

DIR

Dig Into Reading : Menangani


Masalah Kurang Pemahaman
Membaca di Kalangan Kanak-kanak
Prasekolah

Disediakan Oleh :

FARAEDDA BINTI EYCHAH

(TABIKA KEMAS BUKIT KANGKAR,TANGKAK, JOHOR)

NORSYAHIDAH BINTI AHMAD

(TABIKA KEMAS KG JEJAWI DALAM, KANGAR, PERLIS)

1
DIR

ABSTRAK

Program DIR dilaksanakan untuk menangani masalah kurang kefahaman dan pemahaman
membaca di kalangan kanak-kanak prasekolah dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri
mereka. Kajian ini melibatkan kanak-kanak prasekolah TABIKA KEMAS dari 3 buah TABIKA
KEMAS dalam Parlimen Kangar, Perlis dan 3 buah TABIKA KEMAS dari Parlimen Ledang,
Tangkak, Johor. Kefahaman dan pemahaman membaca agak sukar di kalangan kanak-kanak
prasekolah kerana aktiviti atau bahan bacaan yang membosankan serta tidak menarik minat
kanak-kanak untuk membaca. Walaupun kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman
dan pemahaman membaca kanak-kanak prasekolah tetapi ianya juga secara tak langsung
untuk menambahbaik amalan guru bagi meningkatkan minat serta keyakinan diri kanak-kanak
prasekolah. DIR ini sangat diharap dapat membantu guru menambah baik amalan guru bagi
meningkatkan kefahaman dan pemahaman membaca di kalangan kanak-kanak prasekolah.

2
DIR

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

Abstrak

Isi Kandungan

Latar Belakang Kajian 1

Penyataan Masalah 2

Matlamat Kajian 3

Objektif Kajian 4

Soalan Kajian 4

Tinjauan Literatur 4

Metodologi Kajian 9

Dapatan Kajian 11

Refleksi 20

Rujukan 21

Lampiran

3
DIR

1. LATAR BELAKANG KAJIAN

Belajar membaca adalah rumit. Kanak-kanak tidak belajar satu kemahiran berkaitan bacaan
dan kemudian beralih ke seterusnya dalam proses langkah demi langkah. Sebaliknya
mereka, mesti membangunkan kecekapan dalam empat bidang serentak; pengenalan kata,
pemahaman, kelancaran, dan motivasi. Mereka mula mengembangkan kecekapan ini
dengan mendengar buku yang dibaca dengan lantang. Itulah satu sebab mengapa ia begitu
penting bagi untuk mempunyai pengalaman dengan buku sebelum mereka kesekolah
rendah. Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak tidak belajar membaca secara
mandatori sehingga mereka menerima pengajaran formal di sekolah, sebab itulah instruksi
membaca sangat baik dan sangat penting.

Menurut Liew Phaik Guat Selina (1998), membaca bermaksud satu bentuk aktiviti simbol
atau huruf ke dalam bentuk perkataan dan ayat yang memberi makna kepada seseorang
individu. Selain itu, See Bee Ean (2008) menyatakan bahawa membaca ialah keupayaan
pelajar mentafsir simbol dan perkataan dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang
betul. Berdasarkan makna tersebut jelaslah bahawa betapa pentingnya kemahiran
membaca kerana setiap yang dilihat hanya boleh ditafsirkan maknanya apabila seseorang
itu boleh membaca. Kebolehan membaca merupakan kemahiran yang penting diperolehi
walaupun kanak-kanak masih diperingkat awal. Kanak-kanak yang sudah boleh membaca
ayat-ayat mudah dengan lancar dan menguasai sekumpulan pembendaharaan kata asas
serta boleh mengeja perkataan yang tidak dikenali sebelum memasuki peringkat seterusnya
berada pada kedudukan yang lebih selesa dan meyakinkan jika dibandingkan dengan
kanak-kanak yang masih belum menguasai untuk menguasai kemahiran membaca. Untuk
menguasai kemahiran membaca, kanak-kanak terlebih dahulu perlu mempunyai minat
kepada membaca yang tinggi.

Gambaran yang diketangahkan ini menegaskan bahawa betapa pentingnya kebolehan


membaca dalam kalangan kanak-kanak dan harus diberi perhatian sewajarnya. Oleh yang
demikian kajian ini memfokuskan kepada cara meningkatkan minat membaca

4
DIR

menggunakan program ‘Dig Into Reading’ (DIR) yang dilaksanakan untuk menangani
masalah kurang minat membaca di kalangan kanak-kanak prasekolah.

2. PENYATAAN MASALAH

Sumber utama untuk memperolehi ilmu pengetahuan adalah melalui membaca. Dalam
agama Islam sendiri perkara pertama yang diajar kepada Nabi Muhammad SAW ketika
menerima wahyu di Gua Hira’ adalah Iqra’ (baca). Ini memberi gambaran kepada kita
betapa pentingnya membaca kepada kita semua. Orang yang tidak membaca adalah orang-
orang yang dalam kerugian. Oleh itu kita perlu menekankan budaya membaca kepada
masyarakat kita supaya mengamalkan budaya membaca di dalam kehidupan seharian.
Budaya ini perlu dipupuk kepada anak-anak kita dari peringkat awal lagi supaya budaya
membaca tidak diamalkan hanyalah ketika menghadapi peperiksaan semata-mata.

Dewasa ini, kelemahan membaca dalam kalangan kanak-kanak sama ada diperingkat
prasekolah telah menjadi perhatian masyarakat. Hal ini kerana, kanak-kanak ini akan ke
sekolah rendah kelak. Mengikut Statistik daripada Bahagian Sekolah, Kementerian
Pendidikan Malaysia (1997) menunjukkan bahawa seramai 85 377 orang murid sekolah
rendah seluruh Malaysia menghadapi masalah dalam membaca dan menulis iaitu tidak
boleh menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira.

Selain itu, minat membaca masih belum menggalakkan, Di dalam satu kajian, didapati
hanya 42% sahaja yang telah membaca buku di dalam tempoh 6 bulan sebelum kajian
tersebut dijalankan. Itupun hanya separuh (20%) yang tidak dapat menyatakan tajuk buku
yang dibacanya (Atan Long. et. al. 1984). Manakala dari segi bilangan muka surat yang
dibaca didapati rakyat Malaysia hanya membaca secara purata satu muka surat setahun,
berbanding Jepun 200 muka surat surat setahun dan juga Amerika Syarikat.

Laporan dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (1999) pula
menyatakan bahawa terdapat seramai 24 000 dalam kelas peralihan tingkatan satu masih
tidak dapat membaca, menulis dan mengira. Laporan tersebut menunjukkan bahawa
masalah membaca dalam kalangan murid sekolah adalah salah satu yang perlu diatasi

5
DIR

segera. Pada 14 Oktober 2002, Utusan Malaysia melaporkan bahawa terdapat 10,000
murid Tahun Dua hingga Tahun Enam tidak tahu membaca, menulis dan mengira.
Bahagian Perangcangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2002) pula melaporkan
seramai 2400 murid Tingkatan Satu tidak boleh membaca.

Menyedari betapa kritikalnya masalah ini, maka pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
telah menubuhkan satu Mesyuarat Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, pada 22
November 2005 dan satu ketetapan telah dibuat supaya masalah kegagalan membaca,
menulis dan mengira dengan giat dilaksanakan di semua sekolah seluruh Malaysia yang
melibatkan penglibatan awal kanak-kanak prasekolah.

Dilema besar bagi seorang guru prasekolah adalah bagaimana untuk meningkatkan minat
membaca kanak-kanak. Sekiranya mereka tidak mempunyai minat kepada buku maka guru
agak sukar untuk meningkatkan kemahiran membaca mereka. Dan ini secara tidak
langsung menyebabkan kanak-kanak itu tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
Masalah membaca juga boleh mempengaruhi prestasi kanak-kanak dalam tunjang
pembelajaran lain selain tunjang Bahasa. Bagi kanak-kanak yang kurang cekap dalam
membaca akan ketinggalan dalam sesi pembelajaran dan akan mempengaruhi keputusan
mereka apabila masuk ke tahun satu.

Sebagai seorang guru yang mengajar kanak-kanak prasekolah, saya amat memahami
betapa sukarnya untuk membangkitkan minat membaca kanak-kanak. Ini kerana kanak-
kanak yang dunianya dipenuhi dengan main maka aktiviti membaca dianggap agak
membosankan. Oleh itu untuk menukar membaca menjadi aktiviti yang menyeronokkan
maka ‘Dig Into Reading’ diperkenalkan.

Apakah ‘Dig Into Reading’? Ianya bermaksud menggali melalui pembacaan di mana kanak-
kanak akan meminjam buku dari guru kelas untuk dibawa pulang. Ibu bapa akan
membacakan buku tersebut kepada anak-anak. Dan anak-anak dengan bimbingan ibubapa
akan menterjemahkan pembacaan dan pemahaman mereka melalui tulisan atau lukisan ke
atas buku skrap. Seterusnya kanak-kanak akan mempersembahkan hasil kerja mereka di
hadapan kelas.

6
DIR

3. MATLAMAT KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk menambahbaik amalan guru bagi meningkatkan kefahaman dan
pemahaman membaca kanak-kanak prasekolah.

4. OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif berikut :
4.1 Meningkatkan kefahaman dan pemahaman membaca di kalangan kanak-kanak
melalui kaedah DIR.
4.2 Menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran guru melalui kaedah DIR.

5. SOALAN KAJIAN
Kajian ini diharap dapat menjawab persoalan berikut:
5.1 Adakah terdapat peningkatan pemahaman membaca di kalangan kanak-kanak
prasekolah?
5.2 Adakah amalan pengajaran dan pembelajaran guru meningkat?

6. TINJAUAN LITERATUR

Parlan Yunos. (2008) mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang dalam bentuk
visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan
bentuk itu dengan bunyi ataupun makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan
pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya menerusi pembacaan itu.
Pendapat ini menyokong kepada program ‘Dig Into Reading’.

Hasil perkembangan semasa kaedah ini mula diubah suai menjadi satu kaedah baru yang
dikenali sebagai Dig Into Reading. Kaedah ini memerlukan guru menyediakan bahan-bahan
untuk program D.I.R bagi memudahkan kanak-kanak untuk membaca. Seterusnya
perkataan akan diganti dengan cerita pendek untuk peringkat seterusnya dalam perlbagai
konteks bacaan.

Kajian ini dijalankan dengan kaedah kualitatif iaitu data diperolehi secara mendengar
pembacaan kanak-kanak setiap minggu dan kuanitatif. Teks yang digunakan adalah bahan
bacaan di dalam kelas dipilih berdasarkan pemeringkatan teks yang mudah kepada yang

7
DIR

lebih kompleks. Selain daripada data tersebut sebanyak beberapa ujian telah dijalankan dan
analisa sebanyak 3 kali telah dilakukan sepanjang penyelidikan ini berjalan.

Dapatan utama kajian ini menerangkan cara kanak-kanak menyatukan elemen-elemen


yang kompleks dalam proses pembacaan. Pembaca yang baik memanipulasikan rangkaian-
rangkaian bahasa, petunjuk dari persepsi spatial dan visual dan memilihnya secara implisit
tetapi berkesan, mencari hubungan yang tidak harmoni dan penyelesaian yang terbaik.
Kanak-kanak secara beransur-ansur belajar untuk mengkoordinasikan isi, sintaksis dan
panduan visual sebagaicara untuk membaca. Begitu juga kanak-kanak cuba menyatukan
pengalaman kehidupannya,kecekapan berbahasa dan pengetahuan mengenai simbol visual
di mukasurat dalam usaha untuk menghuraikan apa yang tertulis dan juga memahami
maksud teks.

Semasa awal perkembangan peranan guru adalah perlu dalam memilih teks yang
bersesuaian dengan kanak-kanak bagi menggalakkan kanak-kanak membaca. Beliau
menyarankan supaya kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai teks kerana dikhuatiri jika
mereka tidak didedahkan dengan teks sejak awal lagi maka asas pengetahuan kanak-kanak
ini akan terjejas. Selepas kajian tersebut, memperkenalkan buku adalah menjadi kebiasaan
bagi kaedah pengajaran membaca di New Zealand. Ia dilakukan untuk suatu jangka masa
tertentu terutamanya apabila kanak-kanak baru memasuki tahun satu iaitu mereka lebih
perlu berdikari dalam membaca. 

Hasil dapatan menunjukkan kanak-kanak daripada kumpulan rawatan dapat


mempertingkatkan perbendaharaan kata selepas program dijalankan berbanding dengan
kumpulan kawalan. Pengkaji berpendapat adalah amat perlu memasukkan buku cerita
sebagai salah satu komponen dalam program intervensi kanak-kanak yang bemasalah
pembelajaran. Ini menunjukkan kesan positif terhadap perbendaharaan kata setelah
pembacaan buku dijalankan didalam bilik darjah dan konsep cetakan.

Guru-guru telah dilatih bagi melaksanakan program intervensi ini. Program ini dilaksanakan
secara harian di dalam bilik darjah kanak-kanak 6 tahun. Seramai 35 orang kanak-kanak
menyertai program intervensi yang ditadbir oleh seorang guru dan dua orang pembantu
guru. Ujian pra dan ujian pos dilakukan bagi mengesan peningkatan kanak-kanak dalam
pertuturan, perbendaharaan kata, abjad dan pengecaman huruf, kesedaran fonemik dan

8
DIR

konsep cetakan. Dapatan kajian mendapati intervensi ini dapat mempertingkatkan


pertuturan, perbendaharaan kata, menamakan abjad dan mengenal abjad. Kanak-
kanak menunjukkan minat terhadap pelaksanaan program dan meningkatkan kemahiran
pemunculan literasi.

Jelaslah dalam kajian-kajian di atas kepentingan buku cerita dan bahan bacaan bagi
perkembangan bahasa kanak-kanak. Perkembangan bahasa adalah asas kepada
perkembangan literasi. Sementara penggunaan buku cerita atau bahan bacaan yang
diperingkatkan pula memberikan kesan terhadap pemunculan literasi kanak-kanak
prasekolah.

7. METODOLOGI KAJIAN

7.1 Kumpulan Sasaran

Respondan kajian ini adalah dalam kalangan kanak-kanak TABIKA KEMAS dari
Parlimen Kangar, Perlis dan TABIKA KEMAS dari Parlimen Ledang, Tangkak, Johor.
Daripada 35 orang kanak-kanak, seramai 22 orang responden yang terlibat dan perlu
dipulihkan. Responden terdiri daripada 10 kanak-kanak lelaki dan 12 kanak-kanak
perempuan dan setiap sekolah mempunyai seorang guru dan seorang pembantu guru.
Kesemua responden berusia 6 tahun dan sedang belajar di beberapa kelas yang
berlainan. Kesemua responden mempunyai tahap pencapaian yang berbeza dari segi
minat, bakat dan gaya belajar. Ini mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau
terkebelakang menguasai sesuatu kemahiran berbanding yang lain. Kesemua
responden tergolong dalam golongan keluarga yang sederhana.

Melalui temubual yang dilakukan secara terbuka, maklum balas daripada kanak-kanak
berkenaan masalah dan punca mereka lemah dalam membaca dapat diketahui. Guru
yang ditemubual juga membantu dalam mencari punca masalah tersebut dalam
kalangan kanak-kanak prasekolah.

7.2 Kaedah Pengumpulan Data

9
DIR

Kaedah kajian yang digunakan ialah gabungan kuantitatif dan kualitatif. Kaedah
kuantitatif yang digunakan adalah ujian pra dan pos. Manakala pendekatan kualitatif
pula terdiri daripada 3 kaedah iaitu :

i. Kaedah Temu Bual


ii. Kaedah Pemerhatian Tidak Turut Serta dan Pemerhatian Tidak Berstruktur
iii. Kaedah Analisis Dokumen

7.3 Kaedah Analisis Data


i. Kaedah Temu Bual
Selain dilaksanakan terus kepada kumpulan sasar iaitu kanak-kanak temubual juga
dilaksanakan kepada guru kelas kanak-kanak yang terlibat. Temubual dilaksanakan
untuk mengetahui sejauh mana pemahaman guru kepada program DIR. Hasil
temubual kesemua guru telah mendapat pendedahan mengenai program DIR dan
faham cara untuk melaksanakannya di kelas. Guru bersetuju untuk memberi
kerjasama dan merakamkan aktiviti DIR yang mereka jalankan.Temubual guru kelas
juga untuk mendapat gambaran awal prestasi semasa kanak-kanak tentang minat
membaca.

Temu bual dijalankan secara terbuka bersama 22 orang kanak-kanak berkenaan


yang perlu dipulihkan mengikut tabika masing-masing. Walaupun ia dijalankan
secara terbuka, tetapi guru memilih kanak-kanak yang berbeza untuk mendapatkan
tindak balas yang berbeza. Soalan berkisarkan perkara yang dikaji iaitu mengasah
kemahiran dan minat kanak-kanak membaca.

Contoh soalan yang diberikan :

1. Apa yang awak suka?


2. Adakah awak suka membaca?
3. Mengapakah awak tidak suka membaca?
4. Apakah bahan bacaan yang awak suka baca?
5. Adakah awak suka jika awak boleh membaca?
6. Hadiah apa yang awak suka jika dapat membaca dengan baik?
7. Siapa yang bantu awak dalam membaca selain cikgu?
ii. Kaedah Pemerhatian Tidak Turut Serta dan Pemerhatian Tidak Berstruktur

10
DIR

Selain pemerhatian secara langsung, kanak-kanak akan dirakam semasa


mempersembahkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. Ini adalah untuk menilai
dengan lebih berkesan sekiranya ada yang terlepas pandang semasa penilaian
secara langsung dibuat.

iii. Kaedah Analisis Dokumen

Dokumen yang dikaji adalah buku skrap/buku sketch hasil kerja kanak-kanak
bersama ibubapa di rumah. Ianya dinilai berdasarkan hasil kerja berdasarkan idea
dan kreativiti tetapi bukanlah berdasarkan cantik atau tidak cantik buku tersebut. Ini
adalah kerana tidak semua manusia dilahirkan dengan kebolehan seni yang tinggi.

iv. Kaedah Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos


Ujian pra dijalakan sebelum rawatan diberikan untuk melihat tahap menguasai
kemahiran membaca kanak-kanak. Manakala ujian pos pula dijalankan selepas
rawatan diberikan untuk melihat tahap keberkesanan kaedah dalam kajian tindakan
yang dijalankan. Oleh yang demikian, kaedah dan penggunaan bahan bacaan yang
sama dilakukan untuk 5 buah sekolah tabika kemas yang diberikan pemerhatian. Hal
ini adalah lebih mudah bagi melihat perbezaan antara sebelum dan selepas program
Dig Into Reading dilaksanakan.
Dua kaedah digunakan untuk menilai responden iaitu kaedah lisan dan bertulis. Bagi
kaedah lisan responden diminta membaca satu petikan pendek di hadapan guru dan
bagi kaedah menulis responden diminta menulis cerita pendek berdasarkan gambar
yang diberikan.

8. DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru kelas faham bagaimana untuk


melaksanakan program DIR kerana mereka telah didedahkan terlebih dahulu mengenai
program tersebut. Oleh itu pemahaman guru mengenai program DIR adalah berada pada
tahap yang tinggi. Guru-guru ini juga telah sedia maklum mengenai minat membaca kanak-
kanak berumur 6 tahun di kelas mereka. Daripada 35 orang kanak-kanak 6 tahun hanya 13
orang sahaja yang menunjukkan minat membaca.

11
DIR

Analisis temubual

Temubual ini dilakukan secara terbuka melibatkan 35 orang kanak-kanak berlainan sekolah.
Soalan yang diajukan adalah berkisahkan minat mereka membaca. Ini bertujuan untuk
mencungkil sejauh mana responden ingin menyatakan minat terhadap bahan bacaan. Ada
22 orang responden yang perlu diberikan perhatian.

Daripada 22 orang responden, 8 orang atau 37% antara mereka menyatakan tidak tahu
membatangkan menjadikan perkataan setelah mengeja dan mereka menyatakan di rumah
bahan bancaan tidak menarik kerana tulisan semua hitam serta tiada gambar. Situasi ini
menyebabkan mereka berasa bosan dan tiada minat untuk membaca di rumah.

Ada juga yang menyatakan mereka malas untuk membaca di rumah sedangkan mereka
mempunyai banyak bahan bacaan kerana ibubapa yang sibuk bertugas dan tinggal di
rumah pengasuh. Ia melibatkan 4 orang atau 18% kanak-kanak.

10 atau 45% boleh mengeja dan membatangkan perkataan tetapi tidak boleh membaca
ayat pendek dan cerita. Hal ini kerana mereka juga menyatakan kurang bahan bacaan yang
menarik di rumah dan menyebabkan malas untuk membaca.

Jadi secara keseluhannya 22 orang daripada 35 orang kanak-kanak atau 63% kanak-kanak
tidak boleh menguasai kemahiran membaca di dalam 5 buah sekolah berkenaan.

Punca Masalah Membaca

37%

Tidak tahu mengeja


45%
Tidak minat membaca
Kurang bahan bacaan

18%

12
DIR

Rajah 1

Analisis Pemerhatian

Permerhatian dilakukan sepanjang minggu semasa kaedah ini dijalankan sama ada semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau tindakan susulan dari ibubapa mereka
sendiri. Hasil pemerhatian ini diperkuatkan setelah 22 daripada 35 orang kanak-kanak yang
akan diberikan perhatian yang lebih.

Analisis Ujian Pra dan Pos

i. Ujian Pra

Ujian mendapat data bagi ujian pra, dua kaedah digunakan iaitu kaedah secara lisan dan
bertulis. Untuk kaedah lisan, kanak-kanak diminta membaca kuat satu petikan pendek di
hadapan guru (rujuk lampiran : Petikan Pendek Ujian Pra) . Guru membuat penilaian
terhadap bacaan kanak-kanak (rujuk lampiran di bahagian analisis). Untuk kaedah bertulis
pula, satu petikan pendek yang tidak lengkap diberikan kepada kanak-kanak untuk
dilengkapkan.

Hasil ujian pra yang pertama kali diadakan telah menunjukkan satu keputusan yang tidak
memberangsangkan, apabila 10 orang tidak boleh membaca, 12 orang membaca dengan
pelbagai kesalahan sebutan dan hanya 13 orang sahaja yang dapat membaca dengan baik.
Jadi 22 orang kanak-kanak berkenaan adalah responden yang perlu diberi rawatan.

ii. Ujian Pos

Dalam masa 7 minggu rawatan diberikan, guru membuat sekali lagi ujian bacaan lisan
kepada kanak-kanak berkenaan. Didapati 12 daripada 22 orang kanak-kanak
berkenaan telah dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Guru telah boleh
menyerap kembali menyertai kelas untuk menerima sisi pengajaran dan pembelajaran
seperti biasa.

Teks Petikan

13
DIR

Ini rumah. Ini rumah saya. Rumah saya besar dan cantik. Rumah saya ada bilik. Ada bilik
tetamu, bilik belajar, bilik mandi, dapur dan bilik menonton. Saya sayang rumah saya. Saya
akan jaga rumah saya dengan baik.

Penilaian bacaan lisan oleh guru,

Bil Nama Ujian pra Ujian Pasca


Kenal & Mengeja Membaca Kenal & Mengeja Membaca
kanak-
sebut huruf dengan sebut dengan
kanak
baik huruf baik
1 K1 / /
2 K2 / /
3 K3 / /
4 K4 / /
5 K5 / /
6 K6 / /
7 K7 / /
8 K8 / /
9 K9 / /
10 K10 / /

14
DIR

11 K11 / /
12 K12 / /
13 K13 / /
14 K14 / /
15 K15 / /
16 K16 / /
17 K17 / /
18 K18 / /
19 K19 / /
20 K20 / /
21 K21 / /
22 K22 / /

Jadual 1

Analisis Bacaan Lisan

 Ujian Pra

Kategori Jumlah kanak-kanak peratus


Kenal dan sebut huruf 12 55%
Mengeja 10 45%
Membaca dengan baik 0 0%
Jadual 2

 Ujian Pos

Kategori Jumlah kanak-kanak peratus


Kenal dan sebut huruf 3 14%
Mengeja 7 32%
Membaca dengan baik 12 54%
Jadual 3

15
DIR

Graf Ujian Pra dan Ujian Pos

Graf Ujian Pra dan Ujian Pos

60%

50%

40%

30%

20%

10%
Ujian Pos
0%
Kenal dan sebut huruf
Mengeja Ujian Pra
Membaca dengan baik

Rajah 2

Ujian pra dan ujian pos teks petikan yang sama untuk memudahkan melihat keberkesanan
Program Dig Into Reading dengan kaedah yang dilaksanakan. Hasil dapatan graf di atas
menunjukkan berlaku peningkatan yang ketara dari ujian pra kepada ujian pos.

Pelaksanaan Dig Into Reading

i. Minggu pertama :

Program “Dig Into Reading”Guru menunjukkan kad bacaan sukukata kepada kanak-
kanak 6 tahun seramai 35 daripada 12 orang yang masih belum menguasai

16
DIR

kemahiran membaca. Guru menyebut sukukata berkenaan dan diikuti oleh murid.
Setelah dapat mengenali sukukata berkenaan, murid diminta menyebut suku kata
pada kad bacaan yang ditujukkan oleh guru secara individu. Langkah berkenaan
diulang sehingga kesemua murid berkenaan dan menyebut setiap sukukata yang
terdapat pada kad bacaan tersebut.

Langkah ini dijalankan selama seminggu dan kad tersebut dibawa balik ke rumah
bagi memastikan kanak-kanak dapat meningkat kemahiran bacaan bersama
ibubapa mereka. Kad tersebut akan ditukarkan kepada kad ayat yang lain jika
kanak-kanak betul-betul menguasai kemahiran membaca dengan lancar. Untuk
mengelakan kebosanan berlaku kepada kanak-kanak, gambar yang diletakn pada
kad tersebut hendaklah menarik dan fokus pada perkataan yang digambarkan.

Bagi melaksanakan Program Dig Into Reading dengan lebih berkesan, setiap kanak-
kanak akan dibekalkan sama ada fail atau zip lock beg mengikut kesesuaian kanak-
kanak dan guru bagi memudahkan sesuatu bacaan yang dibawa balik ke rumah
senang dikendalikan oleh kanak-kanak sendiri bersama ahli keluarga mereka. Hal ini
kerana membuat pengasingan beg akan memudahkan sesiapa sahaja yang berada
dekat dengan kanak-kanak tersebut akan sama-sama membantu kanak-kanak
tersebut dalam mengusai kemahiran membaca dengan lebih baik.

Setiap orang ibubapa kanak-kanak akan diberikan Borang Aku Janji Dig Into
Reading bagi mematuhi program yang dilaksanakan agar dapat sama-sama
membantu kanak-kanak (lampiran; Borang Aku Janji Dig Into Reading), iaitu
memperkenalkan bahan bacaan kepada kank-kanak, berbual dengan kanak-kanak
tentang gambar, menunjukan arah bacaan yang betul semasa membaca buku,
memperkanalkan watak-watak dalam bahan bacaan, menggunakan intonasi dan
gaya yang sesuai dengan watak, menyebut perkataan baru atau kata kunci beserta
maksudnya kepada kanak-kanak, menggalakan kanak-kanak becerita semula
kandungan bahan bacaan, memastikan buku atau bahan bacaan berada dalam
keadaan baik, memulangkan buku mengikut tarikh yang ditetapkan serta sekiranya
buku hilang atau rosak, ia perlulah diganti dengan buku yang baru.

ii Minggu kedua :

17
DIR

Setelah kanak-kanak menguasai suku kata, guru akan memberikan kad bacaan ayat
mudah kepada kanak-kanak. Setiap kanak-kanak diedarkan kad bacaan ayat mudah
yang mengandungi satu ayat pendek yang mudah sebagai permulaan. Kanak-kanak
diberi masa beberapa minit untuk mengenali dan membaca ayat berkenaan.

Kanak-kanak kemudianya diminta membaca kuat ayat berkenaan. Guru


membetulkan jika terdapat kesalahan pada bacaan murid. Setiap kad yang diberikan
kepada murid adalah berbeza antara satu sama lain. Jadi semua kanak-kanak akan
membaca kad bacaan masing-masing untuk dibetulkan oleh guru. Dan mereka boleh
bertukar sesame sendiri jika mereka telah menguasai bacaan tersebut. Ibubapa juga
akan dipanggil pada waktu pagi sebelum sesi pembelajaran bermula atau waktu
balik selepas sesi pembelajaran berakhir bagi memantau tahap kemahiran anak-
anak mereka.

iii. Minggu ketiga :

Pada langkah ini, kanak-kanak telah boleh menguasai ayat mudah. Guru akan
memberi kad bacaan cerita pendek kepada kanak-kanak. Guru akan membetulkan
bacaan kanak-kanak. Kanak-kanak yang telah boleh membaca dan akan menyalin
cerita pendek berkenaan di dalam buku tulis masing-masing. Kanak-kanak akan
disediakan buku skrap yang dihias oleh ibubapa mereka sendiri bagi meransang
minat terhadap kanak-kanak.

Di dalam buku skrap ini kanak-kanak bebas menyatakan pendapat, cerita, lukisan
bagi meransang literasi awal kanak-kanak seperti huruf, bunyi huruf, melukis dan
mewarna. Guru dan ibubapa juga akan membantu kanak-kanak mencipta buku
skrap dari sesuatu yang mudah kepada yang lebih susah.

Guru akan melabelkan buku skrap yang telah dihasilkan oleh kanak-kanak mengikut
kategori mudah kepada susah.

iv Minggu keempat :

Setelah kanak-kanak boleh membaca dengan baik, guru akan menyediakan kad
pinjaman buku kepada kanak-kanak yang dalam pemerhatian (rujukan; kad
pinjaman). Kad pinjaman buku ini boleh dilaksanakan terus bagi kanak-kanak yang
telah menguasai kemahiran membaca dengan lancar. Guru juga akan menyediakan

18
DIR

papan pinjman yang akan tercatat nama kanak-kanak dan judul buku yang telah
dipinjam. Secara tidak langsung guru boleh mengesan berapa banyak buku yang
telah dibaca oleh setiap kanak-kanak. Guru juga akan menyediakan lembaran kerja
untuk menguji tahap peningkatan dan penguasaan kanak-kanak terhadap kemahiran
membaca.

v. Minggu Kelima
Kesemua kanak-kanak berjumlah 35 orang dari kedua-dua parlimen telah diberi
peluang memilih buku cerita yang mereka suka untuk dibawa pulang. Guru akan
mengisi borang pinjaman buku cerita berdasarkan buku yang telah dipinjam.
Terlebih dahulu sebelum aktiviti ini dilaksanakan, ibubapa telah dimaklumkan
terlebih awal mengenai DIR. Mereka juga perlu menandatangani borang akujanji
untuk menjaga dan memulangkan buku cerita dalam keadaan baik. Sekiranya
berlaku kerosakkan atau kehilangan mereka perlu menggantikannya. Hari pinjaman
buku ini adalah pada hari terakhir persekolahan setiap minggu. Kanak-kanak akan
membawa buku skrap tersebut pada minggu berikutnya dan mempersembahkan
hasil kerjanya di hadapan kelas. Pada peringkat awal, kanak-kanak ini takut-takut
dan malu untuk mempersembahkan hasil kerjanya di hadapan kelas. Guru
memainkan peranan memujuk kanak-kanak untuk datang ke hadapan. Daripada 35
orang kanak-kanak hanya 8 orang sahaja yang mahu datang ke hadapan. Pada
minggu awal pelaksananaan ini juga hasil kerja kanak-kanak tidak begitu
memberangsangkan.

vi. Minggu Keenam


Pelaksanaan di minggu kedua adalah sama seperti di minggu pertama. Tetapi pada
minggu kedua telah berlaku peningkatan kepada bilangan kanak-kanak yang datang
membuat persembahan di hadapan kelas iaitu seramai 16 orang. Di minggu ini juga
telah ada kanak-kanak yang tidak sabar untuk meminjam buku. Mereka bertanya
kepada guru, “cikgu, bila boleh nk pinjam buku lagi?” Ada juga yang berkata “cikgu,
saya suka la pinjam-pinjam buku ni.” Hasil kerja kanak-kanak pada buku skrap juga
menunjukkan peningkatan.

vii. Minggu Ketujuh


Pada minggu ketiga juga telah berlaku peningkatan yang mendadak di mana
kesemua 35 orang kanak-kanak mahu mempersembahkan hasil kerja mereka di

19
DIR

hadapan kelas. Mereka sudah semakin selesa dengan DIR dan gembira
melaksanakannya. Kualiti kerja pada buku skrap juga menunjukkan peningkatan.
Kanak-kanak lebih berkeyakinan untuk tampil ke depan mempersembahkan hasil
kerja mereka.

viii. Minggu Kelapan


Pada minggu keempat, mereka tidak sabar untuk mempersembahkan hasil kerja dan
berebut-rebut untuk menjadi orang pertama ke hadapan. Aktiviti ini telah menjadi
aktiviti yang menyeronokkan mereka dan secara tidak langsung telah meningkatkan
keyakinan diri kanak-kanak. Kualiti hasil kerja kanak-kanak juga telah meningkat
pada minggu keempat ini. Kualiti amalan pengajaran dan pembelajaran guru juga
telah ditambah baik melalui program DIR ini.

Di dalam pelaksanaan program DIR ini, guru memainkan peranan yang penting sebgai
pemudahcara kepada kanak-kanak. Guru perlu memberi pujian, dorongan dan ganjaran
sebagai galakkan kepada mereka. Selain peranan guru, ibubapa peranan ibubapa sangat
penting dengan memberikan setinggi-tinggi komitemen untuk menjayakan pelaksanaan
DIR. DIR ini tidak hanya boleh dilaksanakan kepada kanak-kanak yang telah pandai
membaca tetapi sebaliknya kanak-kanak yang masih belum pandai membaca juga boleh
melaksanakannya. Melalui aktiviti ini mereka dapat menambahkan perbendaharaan kata,
kosa kata yang baru dan sebagainya di samping mengasah bakat melukis dan menulis.
Melalui pemerhatian juga kanak-kanak kelihatan gembira dan menikmati hasil kerja mereka.

INTERVENSI

Kefahaman dan pemahaman dalam bacaanakan memupuk keyakinan diri dalam kemahiran
membaca kalangan kanak-kanak prasekolah meningkat dengan melibatkan diri secara aktif
pada sesi pengajaran dan pembelajaran serta amalan pengajaran dan pembelajaran guru
menjadi lebih berkualiti.

9. REFLEKSI

20
DIR

Secara kesimpulannya, program ‘Dig Into Reading’ ini berjaya mencapai matlamat dan
objektif kajian. Program ini sesuai dilaksanakan kepada kanak-kanak prasekolah kerana
aktiviti yang tidak membosankan kanak-kanak di mana secara tak langsung elemen belajar
melalui bermain diterapkan di dalam aktiviti ini. Program ini juga mewujudkan
kesinambungan di rumah apa yang telah dipelajari di kelas.

Kajian ini telah berjaya meningkatkan kemahiran, minat, keyakinan diri, penglibatan kanak-
kanak dan dapat membantu guru untuk lebih mudah menghadapi sesi pengajaran dan
pembelajaran (work smart). Selain itu, dalam program ini ia adalah salah satu cara yang
mudah, cepat dan tepat untuk membantu guru dalam mendidik kanak-kanak suka dengan
aktiviti membaca.

Perubahan yang positif yang terjadi hasil dari kajian ini membantu menguatkan semangat
untuk meneruskan lagi kajian ini pada masa akan datang. Pemilihan fokus kajian ini amat
bersesuai memandangkan responden yang berada di dalam prasekolah sememangnya
bermasalah dalam pembacaan. Ini membuatkan andaian bahawa kad bacaan yang
dicetuskan pada asasnya oleh Smith dan diubahsuai oleh beberapa pengkaji terlebih dahulu
sebelum ia digabung dengan Program Dig Into Reading bersesuaian dengan responden
yang dipilih.

Walaubagaimanapun, pemerhatian terhadap responden perlu dilakukan untuk kajian kedua


kerana untuk memastikan 3 orang kanak-kanak yang masih kurang mahir membaca
tersebut dapat membaca dengan baik seterusnya dapat meningkatkan lagi kemahiran
membaca serta keyakinan diri mereka bersama kanak-kanak yang lain.

Dari segi kekangan adalah bila mana ibubapa tidak memberikan kerjasama untuk
melaksanakan aktiviti ini di rumah bersama anak mereka.

RUJUKAN

1. Abdul Aziz Abdul Talib.(1984) Psikolinguistik dan Pengajaran Bacaan Di Sekolah


Sekolah Rendah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

21
DIR

2. Asplaila Ramli, Maslinda Mahmud. (2002) Meningkatkan Kemahiran Murid


Membaca Ayat-ayat yang mengandungi Perkataan Gabungan Dua Suku Kata
Terbuka Dan Tertutup KV + KVK. SK Sawah Dato’. Johor

3. Atan Long et. al. (1984). A Survey on the Reading Habits and Interests of
Malaysian People. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.
4.
Harison Bt Othman(2005) Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca
Dengan Menggunakan Kaedah Kad Bacaan. Perlis. Institut Perguruan Perlis

5. Juriah Long, et.al. (1992), Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala


Lumpur - Fajar Bakti

6. Liew Phaik Guat Selina (1998). The Effects of a Reading Program in Preschool
Education on the Reading Attitude among Children in Later Years. Jabatan
Pendidikan. Maktab Perguruan Sandakan.

7. Mashitah Arshad. 1997. Membina Budaya Membaca di Kalangan Guru-guru


Pelatih Maktab Perguruan Tuanku Bainun. Jabatan Ilmu Pendidikan. Pulau
Pinang.

8. Mohd Israfi Sayati, Mad Isa Mamat Dan Dr Yasmin Hussain (2007) Penguasaan
Awal Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid Tahun Satu (KIA2M) Sekolah
Sekitar Bandar Melaka.Jabatan Ilmu Pendidikan. Institut Perguruan Perempuan
Melayu Melaka.

9. Norazelina binti Awang Man(2005) Kajian Tindakan:Meningkatkan Kemahiran


Menyebut Suku Kata Konsonan Vokal (KV) Terbuka Dengan Menggunakan
Kaedah Bacalah Sayang.Arau, Perlis. Institut Perguruan Perlis..

10. Sawpi Lawi (1998). Menguasai Kemahiran Membaca : Satu Keperluan Manusia.
Jabatan Bahasa. Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

11. See Bee Ean. 2008. Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Membaca dalam
Kalangan Pelajar Tingkatan 2. SMK Tunku Kurshiah. Negeri Sembilan.
12. Siti Zaliha Binti Hasan (2005) Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran
Membaca Ayat Tunggal Dalam Tajuk Jiran Saya Menggunakan Kaedah Kad
Cantuman. S K Ujong Batu. Institut Perguruan Perlis.

13. Sofiah Hamid(1983) Pendekatan Mengajar Bacaan Bahasa Malaysia Di


Peringkat Sekolah Rendah.Kuala Lumpur.Penerbitan Adabi.
22
DIR

14. Zainora binti Mohd @ Man.(2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid


Tahun 5 Melalui Latih Tubi Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata. Sekolah
Kebangsaan Merting. Pahang

15. Internet
https://www.utusanborneo.com.my/2017/04/20/guru-diseru-kreatif-ajar-kanak-kanak-
prasekolah

16. Internet
http://www.ukm.my/jatma/wp-content/uploads/makalah/IMAN-2017-0502-03.pdf

17. Jurnal Pendidikan


https://www.scribd.com/doc/55873531/PENGGUNAAN-BUKU-CERITA-BERTAHAP-
DAN-KESANNYA-TERHADAP-PEMUNCULAN-LITERASI-KANAK-KANAK

18. Jurnal Pendidikan


https://www.researchgate.net/publication/311842661_KEBERKESANAN_STRATEGI_M
EMBACA_SECARA_LANTANG_TERHADAP_PERKEMBANGAN_LITERASI_AWAL_D
ALAM_KALANGAN_KANAK-KANAK_PRASEKOLAH

LAMPIRAN

23
DIR

Borang Aku Janji yang ditandatangani ibubapa Borang pinjaman buku

Antara buku skrap yang telah dihasilkan.

24
DIR

Di antara hasil kerja kanak-kanak

25
DIR

Sesi bercerita dan


mempersembahkan hasil
kerja.

Sesi bercerita dan


mempersembahkan hasil
kerja.

26
DIR

Membuat buku skrap Temu bual

Penceritaan semula dengan apa yang telah dibaca,

27
DIR

Penyemakan bahan bacaan oleh guru.

28
DIR

29
DIR

Ujian pra dan ujian pos

30
DIR

31

Anda mungkin juga menyukai