Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) mula diperkenalkan pada


tahun 2010 adalah untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat
hingga enam tahun secara keseluruhan dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat serta
menyuburkan melalui aktiviti yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan.
Pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan dapat membekalkan
murid dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif untuk pembelajaran
yang seterusnya.

KSPK terbina berdasarkan rekabentuk kurikulum berasaskan standard dan


berbentuk modular. Standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut
diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.
Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah berpaksikan kepada
pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut:
Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Sains dan Teknologi;
Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan Ketrampilan Diri.

Wadah utama yang menjadi panduan guru adalah Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) dalam mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan
pendidikan prasekolah bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan seterusnya.
KSPK digubal mengikut prinsip amalan yang bersesuaian dengan perkembangan
kanak-kanak serta teori pembelajaran kanak-kanak. Kandungan KSPK adalah
berasaskan enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Tunjang Kerohanian, Sikap dan
Nilai, Tunjang Kemanusiaan, Tunjang Perkembang Fizikal dan Estetika, serta
Tunjang Sains dan Teknologi dan Tunjang Keterampilan.
2.0 Prinsip KSPK

Prinsip KSPK berdasarkan tunjang komunikasi ialah penggabungjalinan kemahiran


bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi dengan menggunakan
pelbagai bahasa seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil. Hal yang demikian adalah kerana, Tunjang Komunikasi ini mengandungi
disiplin ilmu bahasa yang wajib dipelajari oleh semua murid prasekolah iaitu Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris. Malah, bagi murid di sekolah jenis kebangsaan
Cina/Tamil, mereka wajib mempelajari bahasa Cina/Tamil. Selain itu, komunikasi
tercipta ketika seseorang memberi makna pada perilaku orang lain atau perilakunya
sendiri. Seterusnya, implikasi terbesar dari prinsip bahwa komunikasi itu adalah hal
yang tidak boleh dielak adalah kerana kita perlu sehabis baik untuk belajar
mengawal , menggunakan sebaik mungkin segala aspek perilaku karena segala
sesuatu yang berkait dengan diri kita sendiri itu dikomunikasikan dengan baik sama
ada kita sedar ataupun sebaliknya. Seterusnya, Komunikasi mempunyai dimensi isi
dan hubungan. Sebagai contoh, Dimensi isi (verbal), menunjukkan muatan (isi)
komunikasi, iaitu apa yang dikatakan Dimensi hubungan (nonverbal), menunjukkan
bagaimana cara mengatakannya yang juga mengisyaratkan bagaimana seharusnya
pesan itu ditafsirkan.
3.0 Strand of communication

Strand Komunikasi telah ditambah pada untaian literasi Waterford bagi memastikan
kanak-kanak dibekalkan dengan kemahiran yang diperlukan untuk menjadikan
komunikasi yang berkesan. Oleh itu, Tunjang Komunikasi ini mempunyai beberapa
peringkat seperti permulaan, membangun serta maju. Pertama sekali, permulaan iaitu
tulisan yang muncul dan pembentukan huruf. Seterusnya, membangun iaitu penulisan
peralihan dan akhir sekali, maju iaitu menulis dengan lancar.

Seterusnya, cara yang sesuai untuk meluahkan perasaan dan emosi. Kemahiran
berbual seperti mengambil giliran bercakap dan bertindak balas terhadap ujaran orang
lain. Selain itu, perbendaharaan kata yang luas dan rangkaian corak sintaksis yang
canggih. keupayaan untuk menyampaikan idea adalah kemahiran asas yang
diperlukan sepanjang hayat pelajar yang boleh menyelesaikan masalah yang
mencabar secara kreatif dengan kerjasama orang lain.

Akhir sekali, amalan komunikasi. Dalam hal ini, ibu bapa dan keluarga digalakkan
untuk mengamalkan kemahiran bahasa lisan melalui mesej Mentor Waterford yang
dihantar ke rumah tiga kali setiap seminggu. Kanak-kanak digalakkan untuk berlatih
mendengar dan mengikut arahan berbilang langkah secara bebas semasa
menggunakan program ini.
4.0 Informasi berkaitan guru yang berpengalaman.

Kami telah datang ke dua buah tadika untuk menemu duga guru yang mengajar di
tadika tersebut. Guru dan murid memberi kerjasama yang baik semasa aktiviti temu
duga dijalankan.

4.1 Guru 1

Saya telah menemu duga seorang guru secara atas talian berkaitan tentang
Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengenai tunjang Komunikasi. Guru tersebut
mengajar di Tadika/prasekolah Little Caliph Antara Gapi. Taska/tadika tersebut
ditubuhkan pada tahun 2015.

Guru yang telah saya temuduga bernama Shafiqah Saharudin dan berumur 27 tahun.
Beliau mempunyai pengalaman berkerja sebagai seorang guru selama 4 tahun.
Sebelum beliau bekerja sebagai seorang guru, beliau telah melanjutkan pelajaran di
Universiti Sultan Zainal Abidin ( UNISZA ) . Seterusnya, beliau telah mengikuti
kursus untuk menjadi seorang guru taska.

Pertama sekali, guru mengawal kanak-kanak ketika sesi pengajaran dan


pembelajaran dilaksanakan dengan membuat aktiviti. Setiap subjek mempunyai
activiti kinestetik, Visual tunjukkan video di televisyen, serta mempunyai quiz soal
dan jawab dan akhir sekali, guru membuat lembaran kerja atau buku berdasarkan
subjek. Seterusnya, guru mengawal seseorang murid yang mempunyai masalah untuk
berkomunikasi seperti speech delay dengan melebihkan berkomunikasi dengan
mereka walaupun tiada tindak balas. Guru sering bertanya nama kepada murid yang
mempunyai masalah untuk berkomunikasi. Selain itu, guru juga memperkenalkan diri
kepada murid tersebut dan guru selalu bercakap dan bersembang dengan murid yang
mempunyai masalah untuk berkomuikasi ini.

Disamping itu, pengetahuan sedia ada kanak-kanak sebelum memasuki alam taska
atau prasekolah ialah kebiasaannya kanak-kanak telah memperoleh beberapa
pengetahuan dan kemahiran asas dari persekitaran mereka. Namun, setiap kanak-
kanak adalah unik, dan tahap pengetahuan mereka dapat berbeza-beza. Beberapa
perkara yang boleh diperhatikan tentang pengetahuan kanak-kanak sebelum
memasuki taska termasuk bahasa, iaitu kemahiran bahasa seperti mengenali dan
menggunakan perkataan asas. Selain itu, memahami arahan mudah dan memberikan
respons ringkas serta memahami dan menggunakan ungkapan harian. Seterusnya,
kemahiran social dan emosi seperti berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang
dewasa serta mengenalpasti dan menyatakan perasaan secara asas. Akhir sekali,
kemahiran fizikal iaitu kemahiran motor halus seperti memegang pensel,
menggunakan sudu, dan memasukkan objek ke dalam lubang. Manakala kemahiran
motor kasar pula seperti berjalan, melompat, dan melempar.

Selain daripada itu, jumlah jam yang diperuntukkan untuk mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu dan English di tadika/taska ini, rencana pengajaran di tadika dapat
bervariasi, tetapi umumnya, waktu yang diperuntukkan untuk mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu dan English biasanya sekitar satu sehingga 2 jam setiap
harinya. Seterusnya, pendekatan yang guru gunakan untuk mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu dan English yang berlainan umur seperti 4, 5, 6 tahun ialah
pendekatan bermain ( Play-based Approach ). Pada usia ini, kanak-kanak belajar
dengan cara bermain. Guru dapat menggunakan permainan, lagu, dan aktivitas kreatif
untuk membantu mereka belajar Bahasa Melayu dan English tanpa terasa seperti
pekerjaan sekolah. Permainan memungkinkan kanak-kanak untuk belajar dengan cara
yang menyenangkan dan interaktif, serta meningkatkan motivasi mereka untuk
belajar. Seterusnya, permainan visual dengan menggunakan gambar dan bahan visual
membantu kanak-kanak untuk mengaitkan kata dengan objek atau konsep yang
diajarkan. Sebagai contoh, Flashcard, poster, dan buku bergambar dapat menjadi alat
yang efektif untuk membantu anak-anak memahami dan mengingat kosakata baru.

Akhir sekali, buku latihan yang digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan
English adalah buku cerita dan dongeng. Beliau berkata mengajar Bahasa Melayu dan
English melalui cerita dan dongeng dapat membuat pembelajaran lebih menarik.
Selain itu, guru dapat menggunakan buku cerita yang sederhana dan menarik untuk
kanak-kanak. Keterlibatan aktif pula, kanak-kanak usia ini cenderung belajar dengan
berpartisipasi aktif. Guru dapat menggunakan metode pembelajaran seperti projek
atau aktivitas kelompok yang melibatkan interaksi antara kanak-kanak. Bahagian
repetisi pula, beliau berkata pengulangan merupakan kunci pembelajaran pada usia
ini. Mengulang secara teratur dengan cara yang berbeza dapat membantu kanak-kanak
memperkuat pemahaman mereka terhadap bahasa. Seterusnya, lingkungan bahasa
seperti menciptakan lingkungan yang kaya akan bahasa membantu kanak-kanak
meresapi dan menggunakan Bahasa Melayu dan English dalam konteks sehari-hari.
Penting untuk dicatat bahwa setiap anak unik, dan guru mungkin perlu menyesuaikan
pendekatan mereka sesuai dengan kebutuhan dan minat individu kanak-kanak.
Komunikasi terbuka antara guru, kanak-kanak, dan orang tua juga penting untuk
mendukung proses pembelajaran Bahasa Melayu dan English pada usia ini. Hal yang
demikian, buku latihan yang digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan
English bagi anak-anak usia 4, 5, dan 6 tahun, boleh didapati di kedai buku, kedai
perlengkapan sekolah, atau kedai buku online. Berikut beberapa contoh buku latihan
yang mungkin sesuai iaitu Bahasa Melayu seperti Siri Membaca Sambil Bermain.
Buku-buku dalam siri ini mungkin dirancang untuk memperkenalkan kanak-kanak
pada aspek-aspek dasar Bahasa Melayu melalui cerita dan aktiviti yang bersifat
bermain. Selain itu, Buku Latihan Bahasa Melayu Prasekolah kerana beberapa
penerbit menawarkan buku latihan yang dirancang khusus untuk kanak-kanak
prasekolah. Buku ini dapat meliputi berbagai aktiviti seperti menggambar, mewarnai,
dan menulis secara sederhana. Bagi Buku Latihan English pula ialah Early English
Learning Workbooks. Buku-buku Latihan ini mungkin meliputi aktiviti-aktiviti yang
mendukung pembelajaran dasar Bahasa Inggeris, seperti mengenal huruf, membaca
kata-kata sederhana, dan menyusun ayat. Selain itu, Phonics Activity Books juga
boleh digunakan kerana buku latihan fonik biasanya membantu kanak-kanak dalam
memahami hubungan antara bunyi dan huruf, yang merupakan bahagian penting dari
pembelajaran membaca Bahasa Inggeris.
4.2 Guru 2

Saya menemu duga seorang guru tadika di kampung berdekatan kediaman saya
untuk bertanyakan tentang perkembangan komunikasi kanak-kanak pada November
2023.

Guru bernama Akmal Irfan bin Amirudin berumur 28 tahun (2024) telah mengajar
di Tadika Kemas An-Nur selama setahun. Beliau mengambil jurusan Pendidikan
Awal Kanak-Kanak (Diploma) di Universiti Selangor pada 2014. Telah bekerja
selama beberapa bulan di Pusat Perkhidmatan Pendidkan Khas sebelum melanjutkan
pekerjaan di tadika ini.

Dalam dunia mengajar kanak-kanak ini memang tidak dinafikan memang ada kanak-
kanak yang mempunyai masalah dalam berkomunikasi. Jadi, sebagai guru yang
membimbing kanak-kanak yang bermasalah ini perlu ada nilai kesabaran dalam
mendidik serta mempunyai kemahiran yang bagus untuk melahirkan kanak-kanak
yang berjaya lepas dari masalah berkomunikasi ini.

Dalam hal ini, guru amat penting dalam proses interaksi dengan murid-murid perlu
ditempatkan hampir dengan guru. Guru perlu menarik perhatian murid sebelum
memulakan sesuatu sesi pengajaran. Percakapan dan arahan guru perlu terang dan
jelas. Guru juga perlu selalu mengulang arahan yang agak sukar difahami supaya
murid dapat memahami perkara yang disebutkan oleh guru. Dalam konteks ini, murid
digalakkan untuk bercakap supaya mereka dapat membiasakan diri dalam proses
bahasa dan pertuturan. Namun, yang penting murid jangan dipaksa untuk menghafal
dan perlulah elakkan murid daripada merasa tertekan.

Selain itu, guru perlu memastikan supaya murid-muridnya menggunakan bahasa


semasa proses berinteraksi. Dapat ditekankan di sini, murid perlulah diajak berbual
dan topik yang dibualkan itu mestilah berkaitan dengan pengalaman murid tersebut.
Langkah seterusnya ialah guru perlu memberi pendekatan komunikatif semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini supaya murid banyak berinteraksi .Melalui
pendekatan komunikatif ini, murid-murid akan mempunyai kecekapan untuk
berkomunikasi. Di dalam aktiviti komunikatif ini, aktiviti yang dirancang kepada
kemahiran lisan iaitu mendengar ,menyebut, bertutur, berbincang dan membentuknya
di dalam penulisan. Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan kemahiran komunikasi
kepada murid-murid. Gerak kerja dijalankan di dalam kumpulan kecil dan tidak
mengasingkan murid-murid yang cerdas. Dengan ini, berlakulah kerjasama iaitu
murid-murid cerdas membantu murid-murid bermasalah.

Oleh kerana gangguan artikulasi memang berlaku kepada kanak-kanak


kecil,kematangan dan bimbingan tentang penyebutan perkataan dengan betul oleh
adalah mencukupi untuk mengatasi masaalah.Tumpuan hanya diperlukan kepada
kanak kanak yang menunjukan gangguan yang melampau. Guru boleh mengajar
kanak-kanak ini melalui latihan pendengaran, stimulasi bunyi dan program
pemulihan. Latihan pertuturan reaksi, minat kanak kanak dan jumlah perkataan yang
digunakan untuk bertutur bersama teman rakan sebaya.
5.0 Recommendations from the interview

Saya mencadangkan guru untuk menjadi lebih peka dengan masalah komunikasi
kanak-kanak supaya berlaku pengurangan orang dewasa yang masih mempunyai
masalah dalam berkomunikasi ini. Seterusnya, saya juga berharap guru dapat mencari
aktiviti atau kaedah yang lebih bagus untuk mengatasi golongan kanak-kanak ini.

Istilah atau konsep perubahan kurikulum bermakna kurikulum itu boleh diubah
kepada yang lebih baik lagi. Ini disebabkan konsep perubahan kurikulum membawa
erti yang umum dan tidak khusus (Razali Arof, 1991). Selain itu, menurut Hendyat
Soetopo dan Wasty Soemanto (1991), perubahan kurikulum ialah inovasidan
perubahan kurikulum merujuk kepada usaha untuk mengubah dan menyesuaikan
matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran mengikut kepada nilai, budaya,
falsafah dan sumber yang digunakan.Menurut Razali Arof (1991), terdapat beberapa
faktor yang mempengaruhi perubahan kurikulum.
6.0 Improvements for the curriculum

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan telah dibentuk berteraskan kepada


Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penekanan diberi kepada bahasa merentas
semua tunjang kerana penguasaan bahasa amat penting dalam proses
pembelajaran. Penguasaan kemahiran bahasa diperolehi melalui kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kecekapan berbahasa akan membantu
murid berfikir, memahami sesuatu konsep, berimaginasi, melahirkan idea,
berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan. Pelaksanaan kurikulum secara
bersepadu dirancang melalui pendekatan Amalan yang Bersesuaian dengan
Perkembangan Murid (ABP) seperti yang disarankan oleh NAEYC. Amalan yang
Bersesuaian dengan Perkembangan murid adalah satu pendekatan yang menekankan
kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan
umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid. Pendekatan
kurikulum yang berfokus kepada hasil pembelajaran (outcome-based learning)
memberi penekanan kepada apa yang murid perlu tahu, faham dan buat serta amalkan
hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna aktiviti
pembelajaran memberi penekanan kepada apa yang harus diperolehi dan dicapai
oleh murid.
7.0 Kesimpulan

Kelewatan pertuturan untuk seorang kanak-kanak bererti mereka tidak dapat


mencapai titik pekembangan pada usia tertentu. Umumnya, keadaan ini bukanlah satu
masalah besar kerana murid mempunyai fasa perkembangan yang tersendiri.

Secara kesimpulannya dapat dikatakan bahawa tranformasi merupakan satu


perubahan holistik yang mengambil kira keperluan-keperluan perubahan seperti
pedagogi, struktur kandungan pembelajaran dan lain-lain seterusnya dapatmembantu
dalam membaik pulih sistem pendidikan awal kanak-kanak seterusnyasistem
pendidikan dalam Malaysia.

Dapat dilihat, sejak awal kewujudan sistem pendidikan negara, kurikulum


pendidikan juga turut mengalami berbagai-bagai transformasi atau perubahan bagi
mempertingkatkan modal insan atau generasimuda Malaysia supaya setanding dengan
negara-negara maju yang lain. Kurikulum pendidikan awal kanak-kanak turut
mengalami perubahan besar seperti Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum
Permata dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai