Anda di halaman 1dari 17

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2003 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembanng potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan , menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. OBJEKTIF Pendidikan prasekolah membolehkan murid: 1. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik. 2. menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan memperkembang kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi. 3.Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa penghantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. 4. menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua. 5. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam. 6. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. 7. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah. 8. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial . 9. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik ; dan 10. mempunyai daya kreativiti dan estatika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya. MODUL KONSEPTUAL KURIKULUM KEBANGSAAN PRASEKOLAH Kurikulum prasekolah berasaskan empat prinsip iaitu : i. Perkembangan diri secara menyeluruh dan bersepadu - memberi fokus kepada penyuburandari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Potensi murid hendaklah dikembangkan secara bersepadu kerana setiap aspek perkembangan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Individu yang seimbang dan harmonis memiliki: Kepercayaan kepada Tuhan Ilmu pengetahuan Kemahiran asas Akhlak mulia Emosi yang stabil kesihatan dan kecerdasan

ii. Pembelajaran yang menggembirakan - memberi penekanan kepada minat dan semangat untuk belajar. Semangat ini akan dapat dipupuk melalui suasana dan persekitaran pembelajaran yang menarik, selesa, mencabar dan menggembirakan. Suasana yang kondusif untuk belajar dengan sendirinya memupuk semangat cinta akan ilmu pengetahuan yang akan menjadikan seseorang itu berfikiran luas dan terbuka. iii. Pengalaman pembelajaran yang bermakna memberi penekanan kepada penglibatan murid

secara aktif dalam aktiviti sebenar supaya mereka dapat mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman kehidupan seharian . Usaha ini akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan bermakna. iv. Pendidikan sepanjang hayat adalah suatu usaha yang berterusan untuk memperolehan dan pemindahan pengetahuan , nilai murni dan kemahiran . Pengalaman pendidikan prasekolah yang mengembirakan dan bermakna akan dapat mengekalkan minat untuk terus belajar dalam diri sesorang sejak kecil hingga ke akhir hayat. Perkembangan murid akan dicapai melalui enam komponen pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu . Komponen tersebut adalah seperti beriku: Bahasa dan Komunikasi Perkembangan Kognitif Kerohanian dan Moral Perkembangan Sosioemosi Perkembangan Fizikal dan Kreativiti dan Estatika

Penekanan diberi kepada bahasa yang merentas semua komponen kerana penguasaan bahasa penting dalam proses pembelajaran . Penguasaan kemahiran bahasa boleh diperoleh melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Penguasaan kemahiran bahasa akan membantu murid berfikir, memahami sesuatu konsep, berimaginasi, melahirkan idea, berinteraksi dan berkomunikasi secara lisan. Pelaksanaan kurikulum adalah secara bersepadu yang dirancang melalui Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan kanak-kanak (ABP) ABP ialah satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid. Pendekatan kurikulum berfokus kepada hasil pembelajaran ( outcome-based learning) iaitu memberi penekanan kepada apa yang murid perlu tahu, faham dan buat serta amalkan, hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada apa yang harus diperoleh dan dicapai oleh murid. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu, murid dapat menguasai dan memperoleh ciri-ciri berikut: Kecekapan berbahasa dan berkomunikasi Kemahiran berfikir Berakhlak mulia dan beretika Berkeyakinan dan berdisiplin Sihat dan cergas dan imaginatif, kreatif dan ekspresif.

Berbekalkan kecekapan dan kemahiran di atas, murid sudah bersedia untuk ke sekolah rendah .....

Kami pilih cara hidup riang dan sihat sepanjang hayat!!!!!!

Pengisian aktiviti pembelajaran


Peralatan dan perabot yang disediakan mengambilkira keperluan fizikal dan emosi kanakkanak, berwarna warni dan berkualiti !

KOMPONEN KURIKULUM PRASEKOLAH BESTARI IPKS BAHASA DAN KOMUNIKASI - kemahiran berbahasa, mendengar, bertutur, membaca dan menulis . Murid diajar konsep menyelesaikan masalah dan kemahiran berfikir melalui pelbagai aktiviti yang terancang. Bahasa yang dipelajari ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Prasekolah Bestari menyediakan kurikulum yang seimbang kepada kanak-kanak selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

kemahiran mendengar - membezakan bunyi kemahiran membaca- mengucap apa-apa yang ditulis kemahiran bertutur- menyebut bunyi dan perkataan dengan betul kemahiran menulis - kemahiran motor halus untuk membolehkan mereka menulis

perkataan dengan betul. KOMPPONEN KOGNITIF - Mengikut Jean Piaget kognitif seseorang individulah yang menentukan perkembanagan seluruh aspek yang lain dalam diri kanak-kanak . Komponen kognitif meliputi matapelajaran awal sains dan awal matematik .

konsep ruang, pengelasan, konsep nombor, experimen sains menyelesaikan masalah memerhati membanding membeza mengukur meramal dan membuat inferens

PENDIDIKAN ISLAM - menekankan ilmu pengetahuan, kemahiran dan amalan asas yang perlu difahami oleh setiap kanak-kanak muslim. Merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Aspek Pendidikan Islam meliputi:

Kanak-kanak Prasekolah Bestari didedahkan dengan pelbagai aktiviti 'hands on' sebagai satu cara pembelajaran melalui pengalaman yang bermakna. Gambar menunjukkan kanak-kanak berada di makmal komputer IPKS mendapat didikan penggunaan asas komputer daripada pelatih Prasekolah semester 5 .

akidah fardu ain akhlak Al -Quran dan Hadis Sirak Rasulullah S.A.W tulisan jawi

PENDIDIKAN MORAL - aspek pemupukan dan perkembangan nilai serta asas ketatanegaraan untuk diamalkan setiap hari dalam kehidupan

perkembangan diri diri dan keluarga diri dan masyarakat diri dengan alam sekitar diri dengan negara

PERKEMBANAGN SOSIOEMOSI - penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang. seorang kanak- kanak perlulah mempunyai variasi emosi sesuai dengan tahap umur dan amalan kehidupan seharian. KOMPONEN FIZIKAL - menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan fizikal kanak-

kanak yang seimbang dan sihat dari aspek psikomotor, kesihatan dan keselamatan. Kanakkanak perlu diberi pendedahan supaya amalan cara hidup yang sihat diamalakan sehingga mereka dewasa kelak. Aspek utama :

perkembangan motor halus perkembangan motor kasar kesihatan keselamatan

KOMPONEN KREATIVITI DAN ESTATIKAmemberi fokus terhadap perkembangan kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran. Kanak-kanak dilibatkan dengan pelbagai aktiviti yang bersifat seni iaitu lukisan, lukisan, muzik, nyanyian, drama dan puisi. Semua ini diajar supaya kanak- kanak mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi dan mengenali pelbagai cita rasa sendiri. Aspek utama:

Interaksi meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak

persekitaran dan keindahan alam lukisan dan kraf muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif drama dan puisi warisan budaya

playing are children's way of life..dont take it away from them ....

LEARNING STATION
1. PENGENALAN

Pelaksanaan Learning Station (LS) di IPKS merupakan satu usaha yang berterusan dalam me budaya penyebaran ilmu di kalangan warga pendidik sama ada di maktab ataupun masyarakat memberi sumbangan dengan memilih Prasekolah Bestari IPKS sebagai satu sudut LS yang aka tahun 2004 ini . 2. RASIONAL

Prasekolah Bestari IPKS setelah ditubuhkan mempunyai tradisi kecemerlangan yang menjadi pi pendidikan awal kepada anak-anak mereka. Setakat ini program ini telah berjalan lancar dibantu o di bawah Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP). 3. MATLAMAT PRASEKOLAH

Prasekolah merupakan satu program pendidikan awal kanak-kanak yang telah dimulakan pelaksanaannya dalam Akta Pendidikan 1996. Antara matlamat pendidikan prasekolah adalah dalam semua aspek pertumbuhan dan perkembangan mereka secara menyeluruh, seimbang dan aspek rohani, intelek, emosi dan jasmani. 4. KEPENTINGAN PRASEKOLAH SEBAGAI LEARNING STATION

Antara kepentingan prasekolah dijadikan Learning Station adalah kerana :

4.1 Prasekolah merupakan program pendidikan awal kanak-kanak yang penting sekali dalam sejar

4.2 Learning Station dapat memberi kesedaran kepada semua pihak tentang keperluan praseko tahun dan sebelum mereka menjejakkan kaki ke Tahun Satu.

4.3 Prasekolah Bestari IPKS adalah ke arah pendidikan bestari dari semua aspek akademik dan ke

4.4 Prasekolah IPKS mempu memyediakan pelbagai maklumat yang diperlukan sebagai satu sum Keningau ini. 5. PENGISIAN PROGRAM 5.1 Penambahbaikan keceriaan ruang dalam dan luar (2004) 5.2 Papan kenyataan (2004) 5.3 Pendidikan muzik ( 2005) 5.4 Pendidikan Gerko ( 2005)

The right temperature in a classroom is maintained by warm hearts.....Anonymous

Learning

2. Papan ke

1. Penambahbaikan ruang
Penambahbaikan ruang dalaman dan luar prasekolah termasuk pembaikan dinding, pintu ( depan & belakang) , gril tingkap dan almari menyimpan televisyen perabut baru yang lebih kondusif dan bersesuaian dengan kanakkanak prasekolah . Mewujudkan sudut pembelajaran yang dikenalisebagai Pusat Pembelajaran ( Learning Station) Pusat Kognitif Pusat Kemahiran Hidup (Practical Life) Pusat Agama dan Moral Pusat Muzik Pusat Bahasa dan Komunikasi Pusat Permainan Luar Pusat Hasil Kerja ( sudut pameran ) Pusat Manipulatif Pusat Main Air dan Pasir Pusat Kreativiti dan Estatika

Pusat permainan luar

Bermain adalah cara hidup kanakkanak ....

Papan k station aka maklumat

6.1.1 Tokoh kanak-kanak Friederich W

Maria Mont

Mural dibangunan luar prasekolah

Imam Al Gh 6.1.2 Matlam praskeolah 6.1.3 Se Pendidikan P 6.1.4 Kuri Kementeria P 6.1.5 Aktiv Prasekolah 6.1.6 Carta Induk Prasek

Pusat Pandidikan Islam dan Moral

Kemudahan yang bersih dan ceria

aah ..keceriaan dalaman ni pulak oleh pelatih kumpulan prasekolah semester 3 (1) Pusat Sains

Pelatih KPLI Prasekolah melaksanakan keceriaan taman permainan Prasekolah Bestari melalui prog. BIG

Tumbuhan merupakan bahan pemerhatian semasa membuat eksperimen Pusat Kreativiti dan Estatika

Lipatan merupakan satu latihan perkembangan motor halus kanak-kanak

Macam mana kelas tak ? Berwarna-warni seperti impian kanak-kana

Kaedah pengajaran yang utama dijalankan ialah :

BELAJAR MELALUI BERMAIN Aktiviti bermain dijadikan sebagai teknik yang berkesan dalam pembelajaran di prasekolah . Sedang bermain apa tu dik....... ........??????????

ICT Penggunaan komputer dan perisian yang sesuai dengan tahap kanak-kanak menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, lebih tumpuan , menarik minat dan berkesan

Bermain adalah fitrah kanak-kanak .

BERSEPADU Aspek yang disepadukan ialah kemahiran , teori , nilai , komponen , teknik , pengajaran diluar dan dalam bilik darjah dan kaedah

Tumpuan kanak-kanak adalah tinggi semasa menggunakan ICT

BERTEMA Tema di pilih berasasakan keadaan setempat , bahan , tahap murid , musim dan minat murid

Disepadukan dari pelbagai aspek kehidupan

Tema menjadi fokus pembelajaran

Prasekolah Bestari Institut Perguruan Keningau Sabah

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Bahagian ini akan menyediakan beberapa maklumat yang berguna untuk tatapan awam dan ibu bapa

yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak .

1. PENGESANAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 1. Pengesanan Perkembangan Kanak-kanak Keperluan khas


Semua kanak-kanak adalah istimewa dan unik Cara pengajaran dalam bilik darjah juga perlulah disusun dan dirancang untuk memenuhi keperluan murid murid yang berbeza. Guru perlu melihat murid secara individu yang berbeza Cara terbaik seorang guru mengenalpasti perkembangan murid dalam bilik darjah adalah dengan melihat perkembangan murid secara menyeluruh akademik ( kognitif), fizikal ( motor halus & kasar ), sosial, rohani dan psikologi. Kanak-kanak berkeperluan khas perlu diberi bantuan dalam bilik darjah. Guru yang tidak mahir perlu mendapat bantuan untuk membimbing kanak-kanak keperluan khas.

1.1 Keperluan Khas

Limitation on a persons functioning restricts the individual activities. Sensory and physical disabilities - visual ( vision problem ) - hearing impairment ( menggunakan pendekatan oral membaca bibir) atau pendekatan manual isyarat tangan ) Physical disorders - cerebral palsy ( spastic) - epilepsy Mental retardation - masalah mental ( intelektual) / IQ rendah Speech and language disorders - masalah menyebut perkataan - masalah suara ( terlalu kuat, garau, nyaring, terlalu rendah ) - bahasa berulang-ulang ( Fluency disorders) - masalah memahami arahan secara oral - masalah memberi respon dalam komunikasi - masalah mencari tata bahasa yang sesuai dalam komunikasi Emotional and behavioral disorders - masalah pergaulan - autisme

- agresif - kemurungan ( mood disorder) - ketakutan ( fear) - cemas ( anxiety) Kanak-kanak pintar cerdas - mempunyai keupayaan IQ lebih tinggi daripada kanak-kanak lain ( 120 > lebih ) - menguasai sesuatu kemahiran lebih cepat daripada kanak-kanak lain - lebih berdikari dalam aktiviti p & p - mempunyai keupayaan memberi fokus kepada aktiviti p & p - mempunyai kepimpinan - dll 1.2 Punca keadaan di atas disebabkan oleh Faktor genetic Persekitaran Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran biasanya: a. di bawah keupayaan normal atau lebih normal dari kanak-kanak lain b. mempunyai masalah sekurang-kurangnya satu atau lebih mata pelajaran akademik c. masalah kesihatan yang tidak dapat dikenalpasti puncanya 1.3 Pengesanan (Screening) Cara saintifik dan sistematik mengesan sama ada kanak- kanak memerlukan bantuan semasa sesi p & p di bilik darjah . 1.4 Proses Pengesanan Mengenalpasti kanak-kanak keperluan khas Mengumpul maklumat - kesihatan kanak-kanak - kesihatan ibu bapa - penglihatan, pendengaran, tingkah laku dll Memproses maklumat / data Menganalisis maklumat / data Mengambil tindakan susulan Dilakukan secara sekali atau berperingkat-pringkat (periodical)

1.5 Alat Pengesanan

Ujian khas menggunakan instrument - Debver Developmental Screening Test (DDST) lahir-6 tahun - Batelle Developmental Inventory (BDI) lahir 8 tahun - Wechler Preschool & Primary Scale of Intelligence ( WPPSI-R) DIAl-R - BRIGANCE K and 1 prasekolah tahun 1 Pemerhatian - senarai semak - rekod anekdot - rekod berterusan - time sampling - soal selidik ibu bapa / penjaga Portfolio murid- Guru akan menyimpan contoh hasil kerja murid, sama ada tulisan, lipatan, bahan projek dll untuk melihat perkembangan tertentu murid ( cth. emosi, motor halus, sosial dan kognitif) - hasil kerja murid disimpan dalam fail khas yang dipanggil portfolio. Kesihatan ibubapa murid

SOALAN 1. Apakah kepentingan pengesanan kepada guru prasekolah ? 2. Apakah cara yang paling sesuai bagi guru menjalankan pengesanan perkembangan di prasekolah. Berikan cadangan dan langkah-langkah mengikut situasi keperluan khas. 3. Apakah data / maklumat yang anda perolehi berasaskan pengesanan hasil kerja ( portfolio) kanak-kanak ? 2. Pemerhatian Sebagai Satu Cara Pengesanan pemerhatian perlu dijalankan berasas matlamat tertentu soalan-soalan yang perlu difikirkan .. - kenapa pemerhatian itu dijalankan - apakah objektif yang hendak dicapai - apakah situasi yang sesuai untuk mengumpul maklumat (setting) - apakah focus perkembangan yang hendak diperhatikan ( perkembanagn fizikal - motor halus, kasar, bahasa, tingkahlaku bermasalah, kesihatan ) - bagaimana merekod maklumat - siapa diperhatikan ( individu, kumpulan, beberapa kanak-kanak ..)

bagaimana maklumat hendak direkod ( senarai semak, rekod anekdot ..) - apa yang perlu dilakukan semasa membuat pemerhatian - terdapat perubahan tingkahlaku semasa diperhatikan? - Berapa lama masa diperlukan untuk membuat pemerhatian -event sampling perlukan masa yang lama - time sampling masa yang pendek sahaja 2.1 Matlamat pemerhatian - Antara matlamat membuat pemerhatian : - sebagai satu latihan professional - pengalaman - mengenalpasti tingkah laku kank-kanak - membuat keputusan contoh kesesuaian perabut dalam kelas, alat permainan, ruang dll - keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Objektif pemerhatian perlulah bersesuaian dengan persekitaran dan sumber 2.2 Pendekatan pemerhatian Terdapat pelbagai cara melakukan pemerhatian : - participant observation terlibat dengan sample - without being seen behind mirror - in distance present in the situation - jarak dekat cth . mengesan pertuturan murid pemerhati perlu mencatat dan bersemuka dengan kanak-kanak untuk mengumpul maklumat dengan tepat dan jelas. 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pemerhatian sensitive dengan situasi dan keadaan emosi kanak-kanak personaliti pemerhati pengaruh setting bahan , persekitaran , ruang dll 2.4 Apa yang hendak dilakukan semasa membuat pemerhatian memilih kedudukan yang sesuai membuat catatan 2.5 Ralat dalam pemerhatian silap merekod peristiwa yang melibatkan tingkah laku tidak cekap mencatat maklumat ( tidak dilakukan serta merta) menambah maklumat yang tidak wujud keletihan dalam pemerhatian

gangguan cth . bunyi dari persekitaran ketidak selesaaan personaliti pemerhati ( cth. perihatin & sabar?) sikap bias ( biases) dalam pemerhatian kesesuaian tempat / situasi

2.6 Pemerhatian individu dan kumpulan Kumpulan - sekumpulan kanak-kanak yang mempunyai matlamat yang sama dan homogeneous ( umur dan tahap perkembangan ) - sulit mencatat perbualan - sesuai menggunakan rakaman video - untuk 2 kanak-kanak perhatian mestilah silih berganti sepanjang masa. - sesuai untuk memerhatikan tingkah laku dalam kumpulan dan bukan individu . Komponen kumpulan karakter ahli kumpulan ( member characteristic) umur , bangsa , etnik , budaya dan agama . - ianya mempengaruhi output aktiviti dalam kumpulan . tingkah laku ahli ( member behavior) tingkah laku kontekstual ahli hubungan antara ahli kumpulan sebagai satu sistem ( norma) 2.7 Langkah-langkah pemerhatian tentukan perkara yang hendak diperhati merekod maklumat dengan lengkap merekod serta merta semasa pemerhatian hadkan satu rekod untuk 1 peristiwa sahaja rekod fakta yang tepat dan tidak membuat interpretasi rekod peristiwa positif dan negative 2.8 Kaedah pemerhatian ( methods) kaedah bermaksud how to do it ' dan seluruh proses yang terlibat dengan pemerhatian, prosedur pemerhatian - tingkah laku behavior - setting dan situation normal dan tidak formal

normal dilakukan secara teratur, terancang dan sistematik tidak formal - melalui aktiviti dan situsai semasa

Teknik / kaedah merekod dan membuat pemerhatian tingkah laku penulisan narrative ( narrative description) - menggunakan huraian yang panjang dan terperinci - on the spot - khusus kepada tingkah laku - tanpa gangguan, interpretasi atau penilaian - boleh dilaksanakan melalui video, audio atau pemerhatian terus - cth:

masa: 9.20 pagi : Ali tiba lebihkurang 35 minit setelah rakan-rakan lain tiba di sekolah . Ia meletakkan begnya di rak beg dan terus berdiri di sebelah rak beg dan melihat rakan-rakannya . Ia melihat rakan dan keadaan persekitaran bilik darjah. Ia tidak bergerak selama 1 minit . Ia hanya mengerakkan matanya selama ia berdiri dan melihat terus ke arah rakan-rakannya melakukan aktiviti dalam bilik darjah . tamat : 9.22 pagi

kebaikan penulisan narrative - gambaran penuh tentang peristiwa sebenar - menjadi data mentah yang boleh diguna semula - mencatat perbualan yang berguna untuk penilaian kelemahan - memerlukan masa dan tenaga yang lama - data perlu diproses untuk mendapat maklumat - teknik skala tidak digunakan untuk mencatat ulangan tingkah laku - memerlukan kecekapan mencatat dan memerhati time sampling - pemerhati mencari satu masa tertentu dan tingkah laku yang sesuai untuk dijadikan sample - pemerhatian yang bertujuan untuk mencatat kekerapan sesuatu tingkahlaku berulang / berlaku . Contoh tingkah laku yang diperhatikan ialah seprti bergaduh , bertengkar dan panas baran ( aggresif) Tingkahlaku yang diperhatikan pada masa itu merupakan 'samples' - Memberi maklumat yang terperinci berkaitan tingkahlaku yang diperhatikan . . - cth. Dalam kelompok 15 murid, pemerhati akan memperuntukkan selama 3 minit untuk setiap kanak-kanak sehingga semua kanakkanak di buat pemerhatian.

biasanya menggunakan senarai semak / koding dan mudah digunakan semasa membuat pemerhatian . kebaikan - mudah digunakan khusus untuk pelbagai tingkahlaku - tidak memerlukan belanja tinggi - jimat masa - data mempunyai kebolehpercayaan tinggi event sampling - pemerhati memillih event/ tingkah laku sebagai sample untuk diperhati semasa membuat pemerhatian Cth : tingkah laku sosial - Cara ini digunakan sekiranya sesuatu tingkah laku itu tidak selalu dipamerkan oleh murid semasa time sampling dilakukan. - Pemerhati biasanya akan menunggu berlakunya 'tingkah laku ' yang hendak diperhatikan berlaku dan mencatat peristiwa tersebut untuk dianalisis. - maklumat boleh ditulis secara naratif atau menggunakan koding ( senarai semak ) - catatkan sama ada event / tingkah laku wujud dalam masa pemerhatian - tingkah laku yang tidak menjadi focus tidak diambil kira ( senarai semak ) , namu jika menggunakan penulisan naratif semua perkara perlu dicatat

rekod anekdot

maklumat murid di rekod secara berterusan mengikut tahap dan boleh disambung oleh guru lain. melalui pemerhatian terus mencatat tingkahlaku murid sama ada normal atau bermasalah catatan pemerhatian diasingkan dengan tafsiran. pemerhati hanya perlu memerhati dan mencatat tingkah laku murid yang wujud pasa masa pemerhatian. mencatat perubahan yang berlaku dalam tingkah laku murid membantu guru memahami perkembanagn murid dari semasa ke semasa

rekod frekuensi - merekod tingkah laku murid menggunakan frekuensi. ( mencatat / sebagai kekerapan ) - mudah digunakan dan ditafsir - menyediakan maklumat/ data yang mudah difahami - carta bar. cth : 20 % ali terlibat dengan aktiviti koperatif, 30%

solidarity dan 50% secara unoccupied rekod harian - mencatat perkembangan murid bagi satu jangka masa yang panjang. - tertumpu kepada tingkah laku yang baru berbanding yang sedia ada ( perkembangan) - step by step progress over a period of time - satu cara yg informal senarai semak ( check list) - specific behavior - given content- sebahagaian daripada tingkah laku itu wujud dalam pemerhatian skala ( rating scale) - menggunakan skala cth: cemerlang, sangat baik, baik, sederhana, lemah

Prasekolah Bestari Institut Perguruan Keningau Sabah

Anda mungkin juga menyukai