Anda di halaman 1dari 4

Masa : 20 minit

Umur : 4 tahun

Standard kandungan : BM 2.1 menguasai kemahiran prabaca

Standard pembelajaran : BM 2.1.2 mengenal pasti ciri-ciri fizikal buku (judul,


gambar/ilustrasi,pengarang)

BM 1.5.1 menyampaikan idea tentang sesuatu yang didengar,


dilihat atau dialami.

Standard prestasi : Boleh mendengar, memahami dan memberi pelbagai

respon dengan bertatasusila.

Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid muird dapat:

1. Mengecam dan menyebut ciri-ciri fizikal buku.


2. Bercerita tentang buku melalui pemerhatian yang dilakukan.

Langkah aktiviti pembelajaran:

1. Set induksi- Guru membawa sebakul berisi buku ke dalam kelas.


2. Guru mengarahkan murid-murid untuk membuat bulatan mengelilingi guru dan guru
mula bertanya kepada murid murid apakah yang mereka faham atau tahu dengan
buku.
3. Guru meminta murid-murid mengambil dan memilih buku yang mereka minati dari
dalam bakul tersebut.
4. Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai perkara perkara berikut:
Tajuk buku
Pengarang buku
Bentuk buku
Saiz buku
Warna buku
Gambar gambar yang terdapat pada kulit buku

5. Secara berkumpulan guru meminta kanak-kanak menganalisan buku berdasarkan ciri


ciri yang telah dibincangkan di atas
6. Kanak-kanak menganalisa buku secara berkumpulan dan kemudian guru meminta
ketua kumpulan membuat pembentangan tentang ciri ciri buku tersebut
7. Guru membantu kanak-kanak membuat pembentangan

Anda mungkin juga menyukai