Anda di halaman 1dari 5

Pengukuran dan Penilaian dalam PJ DAN Sukan

1. Senaraikan tujuan utama penilaian dalam PJ

Mengesan perkembangan pelajar secara menyeluruh tentang prestasi mereka dalam


mencapai sasaran pembelajaran melalui ujian sumatif.

Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pembelajaran lebih awal dari
semasa ke semasa.

Mengetahui keberkesanan pengajaran bagi membuat penyesuaian

Merancang dan mengubahsuai pengajaran

Memantau kemajuan murid bagi tujuan laporan dan tindakan susulan

Merangsang pencapaian yang lebih tinggi

Mengetahui pencapaian objektif pembelajaran

2. Domain psikomotor Dave ( 1970), menjelaskan terdapat lima asas


taksonomi membantu dalam tugas seharian bekerja serta perkembangan
yang berkaitan dengan kehidupan seharian, Jelaskan asas-asas tersebut.

Taksonomi Daves terdiri dari lima kategori dari yang tingkat pemulai ke yang paling piawai
seperti yang Nampak dalam piramida disamping. Penjelasan singkat dan kata kuci dari kelimta
kelima kategori tersbut adalah sebagai berikut.
1.
Peniruan meniru gerakan yang dilakukan oleh orang lain. Contoh: anak murid yang
meniru gerakan menendang bola gurunya.
2.
Manipulasi melakukan gerakan berbeza dengan yang diajarkan. Contoh: murid
melakukan gerakan menendang bola dengan gaya sendiri, tidak lagi seperti yang diajar oleh
gurunya
3.
Ketepatan melakukan gerakan yang tepat. Contoh: Murid yang menendang bola lebih
terarah dan tepat sasaran.
4.
Menghubungkait mengubah suai pola pergerakan yang dikuasai dan disesuaikan
1

5.
Tindakan semulajadi pakar dan menguasai keseluruhan kemahiran atau
pergerakan dan mampu mencipta pergerakan baru

3. Jelaskan perbezaan fungsi antara statistik deskriptif dan statistik inferensi


Statistik deskriptif

digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri variabel.Contohnya : Demografi responden

digunakan untuk membuat kesimpulan mengenai data numerikal

TIDAK BOLEH digeneralisasikan daripada sampel kajian kepada populasi.

Contoh ujian statistik : frequency (kekerapan), mean (min), median, peratus dsb.

Statistik inferensi

digunakan untuk menghuraikan perhubungan antara variabel (pembolehubah)

digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri sampel yang dipilih daripada populasi.

dapat dijadikan sebagai generalisasi sampel mengenai populasi.

Contoh ujian statistik : ujian-T(melihat perbezaan antara 2 variabel), ujian kolerasi


(melihat perhubungan antara variabel), ujian ANOVA dsb.

3.1 Guru PJ telah mengadakan ujian tekan tubi serta kepada pelajarnya
semasa kelas PJ, keputusan bagi ujian tersebut ialah
Min 31.50 dan sisihan Piawai 5.48
Masukkan nilai min dan sisihan piawai serta bina satu graf melengkung
Normal lengkap berdasarkan keputusan ujian tekan tubi tersebut.

3.2 Bina norma pemarkahan dengan cara meletakkan skor skor pelajar dalam
kedudukan pencapaian terbaik, sederhana dan lemah.
SKOR

GRED

4. Nyatakan langkah langkah yang akan dilakukan oleh cikgu PJ untuk


menyediakan soalan peperiksaan PJ bagi tahun 6.
1.
2.
3.
4.

Mengkaji sukatan pelajaran PJ


Menentukan jenis soalan
Menentukan bilangan soalan
Menganalisis objektif pengajaran

4.1 Tentukan bentuk analisis item dan ujian yang perlu dilakukan oleh cikgu
tersebut untuk memastikan item/soalan yang dibina

5. Jelaskan faktor faktor yang mempengaruhi kesahan sesuatu ujian.


1.Arahan kurang jelas
2.Perbendaharaan kata dan struktur ayat sukar difahami
3.Masa yang diberikan tidak mencukupi
4.Aras kesukaran yang kurang sesuai
5.Item ujian yang dibina kurang baik
6.Item ujian kurang sesuai bagi aras kemahiran yang dikehendaki
7.Bilangan item tidak mencukupi
8.Susunan item kurang tepat
9.Susunan jawapan (ujian objektif) boleh diramalkan

5.1 Rangkakan proses menjalankan kaedah uji dan ulang uji.


1. Merangka ujian menepati kesesuaian atau tahap responden
3

2. Memberikan ujian kepada respoden


3. Memberikan ujian kedua kepada responden yang sama pada hari
yang berlainan. ( pastikan ujian berada dalam keadaan yang sama bagi
kebolehkepercayaan ujian, prosedur ujian, teknik pengukuran dan suasana)
4. Menentukan skor sama terhadap penilaian atau yang telah dilakukan melalui kolerasi
Pearson

6.
Nilai
<0.20
0.21-0.40
0.41-0.60
0.61-0.80
0.81-1.00

7. Senaraikan ujian yang boleh dilakukan bagi menguji tahap kecergasan daya
tahan kardiovaskular.
1. Larian 2.4km
2. Larian 1500meter
3. Ujian Bleep
4. Larian Cooper
5. Ujian Makmal
6.Havard step up
7.

8. Bincangkan 2 fungsi ujian bagi komponen daya tahan kardiovaskular


1. Mengukur prestasi daya tahan kardiovaskular
2. Mendapatkan data bagi menentukan jenis atau keperluan latihan untuk meningkat daya
tahan kardiovaskular

9. Bincangkan kriteria yang digunakan untuk memilih ujian kecergasan yang akan
ditadbirkan. Kriteria pemilihan ujian?
a) Mudah ditadbir
Adakah anda memerlukan pembantu untuk melakukan ujian? Jika perlu, adakah anda melatih
4

pembantu anda atau bertanyakan pengajar lain untuk membantu anda? Pelatih penguji pelajar
memerlukan masa yang banyak, tetapi memerlukan pentadbir ujian yang berkelayakan untuk
melakukannya. Adakah arahan senang untuk diikuti? Pengambil ujian hendaklah memahami
arahan dan tidak kiralah siapa yang mentadbir ujian tersebut, keputusan hendaklah sama.
Adakah ujian bersesuaian dengan kehendak pengambil ujian? Mereka tidak sakit selepas
mengambil ujian.
b) Kos pentadbiran ujian
Adakah ujian tersebut memerlukan peralatan yang mahal di mana anda tidak mampu untuk
membelinya? Kos menjalankan ujian sebaik-baiknya hendak murah, berpatutan serta mudah
diperoleh. Tidak perlu melakukan ujian sekiranya anda tidak mampu dengan kos yang
diperlukan.
c) Sumber manusia dan peralatan
Sumber manusia dan peralatan adalah amat penting untuk melakukan sesuatu ujian. Sekiranya
sumber manusia dan peralatan tidak mencukupi, ia akan menyukarkan anda untuk mentadbir
ujian tersebut.
d) Memenuhi objektif
Objektif amat penting dalam melakukan sesuatu ujian. Ia merupakan asas dalam apa juga ujian
yang hendak kita lakukan. Objektif dan matlamat akan menentukan apa yang hendak kita
lakukan dan apa keputusan yang kita dapat, objektif adalah teras atau asas dalam ujian.
Dengan keputusan yang anda dapat, ia akan memberi kesan terhadap ujian yang dilakukan.
Sekiranya ujian dilakukan tanpa objektif yang kukuh, ia akan menjadi sia-sia kerana anda tidak
tahu apa yang hendak dinilai.
e) Mencabar dan bermakna
Ujian yang hendak dilakukan hendaklah bermakna dan mencabar. Ini kerana ia amat penting
demi tujuan ujian yang hendak dilakukan. Sekiranya ia tidak mencabar dan bermakna, ia akan
mengurangkan keberkesanan terhadap ujian tersebut.

Anda mungkin juga menyukai