Anda di halaman 1dari 1

Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada Seni Visual, Seni Muzik dan Seni

Pergerakan. Seni Dalam Pendidikan peringkat Sarjana Muda Keguruan ini lebih
menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan proses kritikan. Proses
ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman
intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid akan menjalani aktiviti
penerokaan, mengalami dan mengekspresi citarasa melalui sensitiviti pancaindera.
Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan Seni Visual, Seni Muzik dan
Seni Pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti dan daya imaginasi
untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Mata
pelajaran ini dilaksanakan dalam bentuk teori dan amali. Tumpuan diberi kepada
aktiviti yang mendorong murid-murid menggunakan imaginasi, ekspresi. Inkuiri dan
kecerdasan pelbagai. Aspek penglibatan secara aktif dan menyeronokan serta
pembelajaran dan pemindahan pembelajaran yang berkesan untuk meningkatkan
perkembangan individu yang menyeluruh.

Anda mungkin juga menyukai