Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan

Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan


pengasuh.
Manakala perguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang
menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar,
pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai
perkaitan dengan guru.
Berdasarkan pengertian yang dihuraikan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa
perguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang
mengajar atau melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institutinstitut pendidikan lain untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid
atau masyarakat.

KERJAYA GURU LAYAK


DIANGGAP PROFESION KERANA
:

Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.


Penting sumbangan kepada pembentukan masyarakat
dan negara, memberi didikan, ajaran untuk digunakan
dari seawal usia dengan pendidikan formal.
Banyak menggunakan keupayaan intelek.
Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi untuk
melakukannya. Tugas guru contohnya merupakan suatu
pekerjaan yang perlu ada intelek yang tinggi agar guruguru dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan.

Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi


semasa menjalankan tugas.
Pekerjaan yang profesional juga memerlukan seorang
yang pakar dalam suatu bidang tersebut dan benarbenar mahir dalam bidangnya.
Mendapat latihan khusus.
Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting
dan harus dilakukan dengan betul. Oleh itu, seseorang
haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih dahulu
sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut
contohnya Diploma Perguruan , Ijazah Perguruan,
Diploma Pendidikan. Latihan ikhtisas ini membolehkan
mereka mahir dan faham tanggungjawab yang harus
mereka pikul semasa melaksanakan tugas mereka.
Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya.
Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan profesional
mestilah menjadi ahli kepada organisasi di mana mereka
bekerja. Ahli dalam organisasi itu pula terikat dengan
autonomi organisasi yang akan menentukan peraturanperaturan yang harus dipatuhi oleh semua ahli organisasi.
Peraturan-peraturan tersebut diwujudkan demi mengawal
kualiti perkhidmatan.

Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion


tersebut.
Setiap jenis profesion mempunyai kod etika tersendiri
dan berlainan dengan profesion yang lain,begitu juga
dengan guru. Kepatuhannya kepada organisasi terhadap
garis panduan dan dasar etika yang telah ditetapkan
oleh organisasi.
Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.
Pekerjaan yang profesional memerlukan pekerja yang
bukan sahaja rajin dan cekap, malahan juga perlu ada
tanggungjawab. Tanggungjawab tersebut bukan hanya
meliputi tugas-tugas yang mesti dilaksanakannya tetapi
turut merangkumi segala keputusan-keputusan yang telah
dibuat. Guru akan menilai dan bertanggungjawab atas apa
keputusan yang dibuat atas sesuatu aktiviti yang telah
dirancang samaada pada muridnya mahupun sekolah.
Mempertingkatkan Profesionalisme
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru
hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang
diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan
menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan
pengetahuan mengenai method-method pendidikan
harus diperkemaskan dari semasa ke semasa .

Anda mungkin juga menyukai