Anda di halaman 1dari 154

1.

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya karya
ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan
Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah

Tandatangan :____________________________
Nama Penyelia:____________________________
Tarikh

:____________________________

HALAMAN PENGAKUAN PENGKAJI

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :________________________
Nama Pengkaji:________________________
Tarikh

:________________________

Istimewa buat
Ayahanda dan bonda yang dikasihi, Nayan bin Karia dan Zalina binti Ali,
rakan seperjuangan PISMP Pendidikan Jasmani ambilan Januari 2009,
Mentor,
Encik Muftar bin Mohamad Saad.
Terima kasih di atas segala sokongan dan nasihat yang diberikan. Sesungguhnya ia telah banyak
membantu saya menyiapkan kajian tindakan ini.
Untuk..
Nordiana Abd. Malik
Muniratul Ahya binti Mahadi,
Dan Adibah binti Ahmad Sazili
Terima kasih di atas kesudian kalian berkongsi ilmu sehingga siapnya laporan ini.
PENGHARGAAN
Pengkaji ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia kajian tindakan, Puan
Che Som binti Baharom dan Encik Badrulzaman bin Abdul Latif atas bimbingan dan dorongan
yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan ini.
Kerjasama daripada pihak Sekolah Kebangsaan Panggas, melalui penglibatan murid
tahun 4 Harapan amatlah dihargai.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidal langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk melihat sejauh sama ada permainan gelung sasaran
dapat meningkatkan kemahiran membaling secara overhand tepat kepada sasaran. Responden
kajian ini terdiri daripada 35 orang murid tahun 4 Harapan Sekolah Kebangsaan Panggas yang
terdiri dari pelbagai latar belakang dan tahap akademik. Responden dalam kajian ini berumur 10
tahun. Pengkaji menggunakan instrument pemerhatian, dan soal selidik untuk mengumpul data
kajian. Data yang dikumpul ini dianalisis menggunakan perisian Microsoft Office Excel 2007.
Pengkaji telah merancang permainan Gelung Sasaran sebagai kaedah utama bagi mengatasi
masalah ini. Hasil analisis data ini menunjukkan bahawa terdapat 32 orang responden berjaya
meningkatkan kebolehan melakukan kemahiran-kemahiran tersebut secara menyeluruh.
Kesemua responden ini juga telah menyatakan bahawa permainan ini telah menjadikan kelas
Pendidikan Jasmani semakin menarik dan menyeronokkan. Keputusan kajian menunjukkan
bahawa permainan Gelung Sasaran dapat membantu meningkatkan kemahiran
membaling overhanddengan tepat kepada sasaran.

ABSTRACT

Action research was carried out to see whether the Permainan Gelung Sasaran improve
throwing skills in "overhand" right on target. Respondents in this study consisted of 35 students
in Tahun 4 Harapan Sekolah Kebangsaan Panggas consisting of diverse backgrounds and
academic levels. Respondents in this study were aged 10 years. The researcher uses observation
instruments, and questionnaires to collect data. The collected data were analyzed using Microsoft
Office Excel 2007. The researchers had planned Permainan Gelung Sasaran as the main method
to solve this problem. Result of this analysis shows that there are 32 respondents managed to
increase the ability to perform these skills across the board. All respondents also stated that the
game has made physical education classes more interesting and fun. The results showed that the
game loop Target can help improve throwing skills "overhand" accurately to the target.

1.0

1.1

PENGENALAN

Pendahuluan
Di Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (2002) telah menetapkan, matlamat Pendidikan
Jasmani adalah untuk melahirkan pelajar yang cergas melalui pembelajaran fizikal serta dapat
mengamalkan kecergasan. Di samping itu juga pelajar diharapkan akan dapat meningkat
pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif, dan mengamalkan gaya hidup sihat bagi
mencapai objektif berikut, iaitu mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan
kesihatan dan perlakuan motor dengan

i.

Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri;

ii.

Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian;

iii.

Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan

fizikal;

iv.

Membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan

v.

Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

Namun begitu, matlamat tersebut sukar dicapai kerana timbul beberapa isu ketika
pelaksanaannya di peringkat sekolah. Menurut Noryati Majid, antara isu tersebut ialah
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) sering dianggap sebagai mata pelajaran sampingan.
Lebih mengecewakan lagi ia sering dianggap sebagai mata pelajaran `main-main'. Oleh kerana
mata pelajaran ini tidak dinilai dalam peperiksaan-peperiksaan kebangsaan, maka mata pelajaran
ini dipandang sambil lewa sehingga akhirnya waktu mata pelajaran PJK digunakan untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran lain.
Lebih malang ada sesetengah sekolah tidak melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani kerana beranggapan subjek ini tidak bersifat akademik
dan tidak penting dalam peperiksaan. Maka pihak pengurusan sekolah tidak mengambil berat
terhadap pelaksanaan subjek Pendidikan Jasmani di sekolah dan menganggap semua guru
mampu mengajarnya.
Apabila guru yang tidak berkemahiran dalam subjek Pendidikan Jasmani mengajar
Pendidikan Jasmani di sekolah, kesan yang buruk akan terhasil. Sebagai contoh ialah kegagalan
pencapaian matlamat dalam Pendidikan Jasmani di sekolah.Sekiranya matlamat dan objektif
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini tidak dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan
cemerlang, dikhuatiri akan lahir generasi yang kurang aktif dalam membentuk diri ke arah
kesejahteraan fizikal, mental dan emosi.

Selain itu, akan timbul juga masalah berkaitan kemampuan murid untuk menguasai
kemahiran-kemahiran asas yang penting. Masalah ini mungkin timbul disebabkan kaedah
pengajaran yang digunakan oleh guru tidak bersesuaian atau guru sendiri tidak menguasai
kemahiran yang diajar kepada murid.

1.2

Refleksi Pengajaran Lalu

Sebelum memulakan pengajaran kemahiran bola baling kepada responden kelas tahun 4
Harapan, pengkaji telah merancang untuk mengajar kemahiran-kemahiran tersebut dalam enam

sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dalam sesi pertama pengkaji akan memfokuskan
kepada kemahiran membaling dan menyambut. Dalam sesi kedua, pengkaji akan memfokuskan
kepada kemahiran menjaring. Dalam sesi ketiga dan keempat, pengkaji akan memfokus kepada
kemahiran menggelecek. Dalam sesi kelima pengkaji, akan memfokuskan kepada kemahiran
menghadang. Dalam sesi keenam pengkaji akan memfokuskan kepada kemahiran menjaga gol.
Setiap kemahiran ini akan diajar dengan menggunakan aktiviti latih tubi dan diakhiri dengan
permainan mini bola baling.

Namun, apabila perancangan tersebut mula dilaksanakan, semuanya tidak berjalan seperti
yang dirancang. Untuk kemahiran membaling dan menyambut sahaja pengkaji terpaksa
mengambil empat sesi P&P. namun begitu, masih tidak semua responden mampu melakukannya,
terutamanya kemahiran membaling overhand.
Pengkaji telah menjalankan aktiviti membaling dan menyambut secara berpasangan.
Setiap pasangan diletakkan dalam jarak yang ditetapkan. mereka dikehendaki melakukan tiga
kali balingan dan sambutan secara bergilir-gilir. Apabila berjaya jarak antara pasangan ditambah.
Ketika memulakan aktiviti ini, pengkaji melihat ramai responden tidak melakukan balingan
dengan betul. Akibatnya balingan yang dilakukan adakalanya tidak sampai atau terlebih dari
pasangan mereka. Perkara ini telah menyebabkan pasangan mereka tidak dapat melakukan
tangkapan dengan baik.
Untuk mengatasi masalah ini, pengkaji telah mengurangkan jarak antara pasangan.
Namun hal yang sama telah berulang. Ketidakupayaan mereka melakukan aktiviti ini dengan
betul telah menyebabkan mereka tidaka dapat bermain mini bola baling dengan baik ketika fasa
kemuncak.
Apabila perkara yang sama telah berlaku dalam kelas seterusnya, responden mula
menunjukkan kelakukan negatif seperti mengganggu rakan dan membuat bising. Mereka juga
mula bersembang dan membuat perkara lain menggunakan bola yang diberi. Akhirnya kelas
mula menjadi tidak terkawal. Ini menunjukkan mereka tidak dapat menikmati keseronokkan
ketika belajar. Apabila perkara ini terjadi objektif pengajaran yang ditetapkan tidak dapat dicapai.
Ini seterusnya telah menyebabkan motivasi pengkaji untuk mengajar juga berkurang.

Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut pegkaji telah membincangkan masalah
ini dengan rakan setugas pengkaji. Hasil perbincangan mendapati responden mengalami masalah
dalam kemahiran membaling. Ini yang menyebabkan mereka tidak dapat melakukan balingan
tepat kepada sasaran.
Apabila pengkaji melihat kembali kepada pengajaran sebelum ini, pengkaji dapat
mengesan masalah yang sama pernah timbul ketika aktiviti membaling pundi kacang kepada
sasaran dilakukan. Aktiviti yang sepatutnya menjadi seronok, telah menyebabkan murid merasa
bosan dan tertekan apabila setiap balingan yang dilakukan tidak menepati sasaran.
Sekiranya masalah ini tidak diatasi, responden pasti tidak mampu menguasai kemahiran
membaling dalam sukan bola baling. Ini seterusnya menyukarkan mereka bermainan bola baling
kerana kemahiran membaling merupakan kemahiran utama dalam permainan ini.

1.3

Tinjauan Literatur

Menurut Marques-Bruna & Grishaw, (1997) kemahiran membaling dan menangkap adalah satu
kemahiran motor yang agak kompleks pada peringkat perkembangan kanak-kanak. Oleh itu,
guru tidak boleh menganggap bahawa murid-muridnya sudah menguasai kemahiran tersebut. Ini
kerana, kemahiran membaling dan menangkap bola merupakan suatu kemahiran yang perlu
dipelajari (Mohd Sharani bin Ahmad, 2004).
Kemahiran membaling boleh dilakukan dengan ketepatan, kelajuan, dan jarak yang
memadai (Berk, 2005).Terdapat tiga cara atau pola dalam kemahiran membaling iaitu bawah
paras bahu (underhand), atas paras bahu (overhand), dan sisi (sidearm).
Kemampuan menguasai kemahiran membaling bergantung kepada perkembangan
kemahiran motor. Kemahiran motor merupakan kemahiran yang bergantung kepada kecekapan
otak, tulang, sendi dan sistem saraf berfungsi. Oleh itu, perkembangan motor adalah
perkembangan gerakan dan koordinasi selain daripada memerlukan seseorang menggunakan
kekuatan otot, pengawalan kedudukan, keseimbangan dan kemahiran persepsi diri.
Menurut Huttenlocher, (1990, 1994), kanak-kanak merupakan individu yang mempunyai
perkembangan kemahiran motor yang cepat sama ada kemahiran motor kasar atau motor halus.

Perkembangan kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus seorang kanak-kanak banyak
bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata
dan tangan kanak-kanak.
Perkembangan motor terbahagi kepada dua bahagian iaitu motor kasar (Gross motor
skills) dan motor halus (fine motor skills). Perkembangan kedua-dua motor ini yang
membolehkan responden menguasai kemahiran yang terdapat dalam sukan dan permainan.
Fine motor skills are a minor set of motor skills related to manipulation of smaller objects. They
require lesser energy. Examples of fine motor skills include drawing, sketching, and cutting
Gross motor skills are those which involve comparatively bigger motor skills. They require high
level of judgment and coordination. They are also known as large motor skills. Examples of
gross motor skills are jumping, running, and climbing. (Aakash Singh , 2010):
Untuk memastikan perkembangan motor kanak-kanak baik, pembelajaran aktiviti fizikal
ketika kelas pendidikan Jasmani perlulah menyeronokkan. Di samping itu, guru dan murid
juga perlu berinteraksi dalam suasana yang gembira dan riang dalam pengajaran
dan

pembelajaran

tersebut. Kaedah

pengajaran

yang

paling

sesuai

untuk

menjadikan pengajaran lebih menyeronokkan bagi kanak-kanak adalah melalui

permainan.
Terdapat empat kategori permainan mengikut Teaching Games for Understanding
(TGFU). Pertama ialah kategori sasaran. Kedua ialah ketegori jaring/dinding. Ketiga kategori
serangan atau pertahanan. Akhir sekali ialah kategori pukulan, iaitu permainan yang
berorientasikan pukulan atau jenis-jenis pukulan. Di antara keempat-empat jenis ini, permainan
kategori sasaran sesuai untuk latihan membaling.

2.0

2.1

FOKUS KAJIAN

Isu Kajian

Responden tidak dapat melakukan balingan secara overhand tepat kepada sasaran kerana
mereka mempunyai kemahiran asas membaling yang lemah. Ini kerana di sekolah, guru
Pendidikan Jasmani sebelum ini tidak menumpukan perhatian ke atas pengajaran kemahiran
asas, sebaliknya terus mendedahkan murid dengan kemahiran dalam sukan. Perkara ini diakui
oleh Laura Clark (2012):
'Thousands of children are unable to throw and catch a ball because schools and parents are
neglecting basic physical skills, an expert warned yesterday.Poorly trained primary school
teachers are failing to give effective physical education lessons, according to Dr Jeanne Keay, of
Roehampton University.
Selain itu, kaedah pengajaran yang tidak sesuai juga dilihat menyumbang kepada masalah
ini. Ini kerana kaedah pengajaran tradisional masih digunakan. Pengajaran tradisional ialah
pengajaran kemahiran dilakukan dengan mengajar latihan kemahiran tersebut secara berulang
dengan menggunakan alatan.

Antara kaedah pengajaran yang menarik telah diperkenalkan dalam pendidikan ialah
belajar melalui bermain. Menurut Caplan dan Caplan (1973), main merupakan penentu penting
bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan
intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan
seseorang murid. Permainan juga merupakan salah satu alat pengukuhan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Menurut Allessi & Trollip (1991) permainan ialah suatu aktiviti
yang melibatkan proses pembelajaran secara tidak formal. Permainan mampu untuk mewujudkan
suatu suasana yang dapat merangsangkan pembelajaran atau penguasaan sesuatu kemahiran.
Penggunaan peralatan yang sesuai adalah penting dalam permainan. Ini kerana
penggunaan peralatan menurut situasi pendidikan adalah lebih berkesan dan tepat kerana ia
membantu murid membina rangsangan otot dan merasai perubahan posisi badan melalui
perpindahan dari satu pergerakan ke pergerakan yang lain. Ia juga membantu meningkatkan
keyakinan diri semasa melakukan sesuatu kemahiran (Manal Mohamaed Sayed, 2010).
Justeru itu, kaedah permainan dilihat sebagai kaedah pengajaran yang sesuai yang boleh
digunakan pengkaji untuk mengatasi masalah kemahiran membaling ini. Untuk memastikan
permainan tersebut berkesan, pengkaji telah merujuk kepada latihan The Line-Target Drill.
Latihan ini telah digunakan oleh Becky (2012), untuk membantu pemain bola lisutnya yang
berumur bawah 12 tahun melakukan balingan tepat kepada sasaran. Oleh itu, pengkaji melihat
bahawa dengan sedikit pengubahsuaian, latihan ini juga sesuai untuk dijalankan ke atas
responden yang mempunyai masalah yang sama.
2.2

Tinjauan Awal

Tinjauan awal masalah merupakan satu langkah yang perlu dilakukan untuk pengkaji
mengenalpasti masalah yang wujud. Kebiasaannya kaedah yang digunakan untuk membuat
tinjauan awal ini adalah melalui pemerhatian dan soal selidik.
Pemerhatian selalu dilakukan secara berterusan dalam satu jangka masa yang ditentukan.
Pemerhatian ini boleh dilakukan sendiri oleh pengkaji atau orang lain. Soal selidik pula ialah
satu bentuk ujian yang mengandungi soalan-soalan yang disusun secara teratur untuk ditadbirkan
ke atas responden. Tujuan soal selidik dijalankan adalah bagi mendapatkan data daripada
responden melalui rangsangan.

Dalam kajian yang dijalankan ini, saya telah memilih tinjauan masalah berbentuk
pemerhatian dan temu bual. Pemerhatian ini dilakukan oleh pengkaji ke atas pengajaran guru
pendidikan jasmani yang mengajar tahun 4 Harapan. Pemerhatian ini telah dilakukan ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran selama 30 minit berlangsung.

2.3

Analisis Tinjauan Awal

Daripada pemerhatian yang dilakukan, terdapat ramai responden tahun 4 Harapan menghadapi
masalah ketika melakukan kemahiran membaling, terutamanya kemahiran membaling secara
overhand dengan tepat kepada sasaran. Dapatan daripada tinjauan yang dilakukan adalah
seperti berikut:
Jadual 2.1
Jumlah responden yang tidak dapat melakukan kemahiran membaling secara overhand tepat
kepada sasaran ketika kelas pendidikan Jasmani.
Responden

Jumlah
responden

Lelaki
Perempuan
Jumlah

19
16
35

Responden yang tidak

dapat melakukan
kemahiran
membaling tepat
kepada sasaran:
18
15
33

Peratus responden yang

tidak dapat melakukan
kemahiran membaling
tepat kepada sasaran
(%):
51.43
42.85
94.28

Berdasarkan jadual 2.1, dapat dilihat bahawa seramai 33 orang responden (94.28%) tidak
dapat melakukan kemahiran membaling tepat kepada sasaran. Dari jumlah yang tidak berjaya itu,
seramai 18 orang responden adalah lelaki (51.43%) dan 15 orang responden adalah perempuan
(42.85%).
Melalui pemerhatian ini, pengkaji melihat responden tidak dapat melakukan kemahiran
dengan betul kerana mereka tidak dapat mengawal balingan mereka. Terdapat juga beberapa
teknik dalam kemahiran membaling tidak dilakukan dengan betul. Antaranya ialah kedudukan
bahu dan kedudukan kaki.
Melalui temubual yang dijalankan pula, pengkaji mendapat tahu bahawa sebelum ini
responden tidak pernah diajar mengenai kemahiran asas membaling, sebaliknya guru Pendidikan

Jasmani sebelum ini hanya memberi mereka alatan untuk dimainkan sehingga tamat kelas
Pendidikan Jasmani.
Justeru itu, satu langkah penyelesaian perlu dirancang dan dilaksanakan untuk mengatasi
masalah ini. Sekiranya masalah ini dibiarkan berlarutan, murid bukan sahaja akan mengalami
masalah dalam melakukan kemahiran membaling permainan bola baling, tetapi juga mengalami
masalah untuk menangkap bola kerana kemahiran ini saling berkaitan. Namun responden perlu
memperbaiki balingan yang dilakukan dahulu sebelum mempelajari kemahiran menangkap.

2.4

Definisi Istilah

Dalam kajian ini, beberapa istilah yang digunakan didefinisikan seperti berikut:
2.4.1

Kemahiran motor terdiri daripada motor kasar dan motor halus. Motor Kasar ialah kawalan
kepada tingkah laku yang memerlukan banyak otot dan membolehkan kanak-kanak bergerak
balas pada persekitarannya. Motor halus pula ialah kebolehan menggerakan otot-otot kecil
seperti jari. Perkembangan motor kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh:

1. Latihan
2. Peniruan
3. Genetik
4. Perkembangan otak
5. Budaya
2.4.2

Membaling
Membaling terdapat tiga cara atau pola balingan iaitu bawah paras bahu (underhand), atas paras
bahu (overhand), sisi (sidearm). Membaling boleh dibaling dengan ketepatan, kelajuan, dan jarak
yang memadai (Berk, 2005).

2.4.3

Menyambut/menangkap
Aktiviti menangkap boleh dibuat dengan pelbagai aktiviti antaranya menangkap bola,
menangkap haiwan, menangkap belon dan sebagainya.

2.4.4

Permainan sasaran
Menurut Teaching Games for Understanding (TGFU). Permainan kategori sasaran, ialah
menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat mata.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1

Objektif Umum

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaling secara
overhand responden supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaling dalam permainan
bola baling.

3.2

Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini adalah:

i.

Meningkatkan kemahiran membaling secara overhand responden supaya tepat kepada sasaran.

ii.

Menggunakan permainan Gelung Sasaran dalam pengajaran dan pembelajaran.

iii.

Menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.

3.3

Persoalan Kajian

Kajian ini telah menimbulkan persoalan

i.

Adakah permainan Gelung Sasaran dapat membantu meningkatkan kemahiran membaling

dengan tepat responden?

ii.

Adakah penggunaan permainan gelung sasaran dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
menjadikan kelas menarik dan menyeronokkan kepada responden?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijalankan ke atas murid-murid tahun 4 Harapan Sekolah Kebangsaan Panggas, Mata
Ayer, Perlis. Sekolah ini dipilih kerana pengkaji telah ditempatkan selama tiga bulan untuk
praktikum dan sebulan untuk intership.
Dalam kelas tahun 4 Harapan ini, terdapat 35 orang murid. Mereka terdiri daripada 19
orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan. 9 orang murid kelas ini berbangsa Siam,
manakala 24 orang murid lain berbangsa Melayu. Daripada 9 orang murid yang berbangsa Siam
tersebut, 4 orang adalah lelaki, manakala selebihnya, iaitu 5 orang ialah perempuan. Bagi yang
berbangsa Melayu pula 15 orang adalah lelaki dan 9 orang adalah perempuan.
Mereka semua menetap di sekitar kawasan sekolah iaitu dari kampong Panggas Kechil
hingga ke Wat Siam. Jarak perjalanan murid dari rumah ke sekolah adalah kira-kira 3 kilometer.
Kebanyakkan murid-murid ini datang ke sekolah menunggang basikal, dan berjalan kaki, yang
selebihnya pula dihantar oleh ibu bapa dengan menaiki motosikal dan kereta.

Di sekolah ini, hanya terdapat satu kelas sahaja bagi satu tahun, jadi untuk tahun 4, hanya
kelas 4 Harapan sahaja yang ada dan telah dipilih sebagai responden untuk kajian saya.
Mendangkan hanya satu kelas sahaja maka pencapaian akademik murid-murid mempunyai
perbezaan yang ketara. Ini bermakna ada murid yang baik akademiknya dan ada juga yang tidak
memberangsangkan akademiknya. Hal ini boleh dilihat dengan jelas dalam keputusan
peperiksaan mereka.
Terdapat enam orang murid tahun 4 Harapan menghadapi masalah dalam membaca.
Mereka terdiri daripada seorang murid perempuan dan lima orang murid lelaki. Daripada jumlah
tersebut tiga orang murid lelaki berketurunan Melayu, selebihnya berketurunan Siam. Manakala
murid perempuan tersebut berketurunan Melayu.
Dalam bidang kokurikulum pula, terdapat beberapa orang murid lelaki yang telah
mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak di peringkat kawasan Paya. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani, boleh dikatakan hampir keseluruhuan murid
tahun 4 Harapan menunjukkan minat yang sangat tinggi dan bersemangat ketika melakukan
aktiviti. Mereka sangat menyukai aktiviti berunsurkan larian dan permainan yang menggunakan
bola. Selain itu, mereka juga mempunyai keinginan untuk menang yang tinggi dalam setiap
aktiviti yang diadakan semasa setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.
Dalam soal taraf hidup pula, hampir keseluruhan murid tahun 4 Harapan adalah berasal
daripada keluarga yang sederhana. Ini kerana majoriti ibu bapa mereka bekerja sebagai pesawah
atau pekerjaan sendiri di kampung.
Kesimpulannya pemilihan murid tahun 4 Harapan sebagai responden saya untuk kajian
ini sangat sesuai. Ini adalah kerana pengkaji telah mengajar mata pelajaran pendidikan Jasmani
untuk kelas ini. Jadi dengan masa yang telah diperuntukkan itu saya telah berjaya mengesan
masalah yang dialami oleh hampir keseluruhan murid kelas ini. Selain mengesan, adalah menjadi
tanggungjawab pengkaji juga untuk mengambil tindakan yang sesuai untuk mengatasi masalah
ini.
Statistik kumpulan sasaran kajian
Jadual 4.1
Jumlah responden mengikut jantina dan kaum
Responden

Jumlah

Keturunan

Perempuan
Lelaki
Jumlah

16
19
35

Melayu
10
15
25

Rajah 4.1
Peratus jumlah responden mengikut jantina dan kaum

Siam
6
4
10

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.1

Perancangan Tindakan

Untuk mengatasi masalah menguasai kemahiran membaling secara overhand ini, satu tindakan
yang terancang dan berterusan perlu dilakukan. Ini untuk menjamin keberkesanan tindakan ini.
Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan permainan sasaran iaitu Gelung Sasaran untuk
mengatasi masalah ini. Permainan ini akan dijalankan dalam dua sesi pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani.
Permainan Gelung Sasaran
Sasaran: Responden yang berada di dalam gelung
Cara permainan:
Responden dibahagikan kepada lima kumpulan (tujuh orang setiap kumpulan). Setiap
responden diberi nombor giliran 1 hingga 7. Responden 1 akan berdiri di dalam gelung yang
ditetapkan pengkaji, manakala respoden lain akan berdiri di kawasan yang ditetapkan pengkaji.
Apabila mendapat isyarat, responden 2 akan berlari mengambil bola yang berada di dalam bakul.

Kemudian responden 1 akan membaling bola kepada responden 1 yang berada di dalam
gelung. Responden yang berada di dalam gelung dikehendaki menangkap bola yang dibaling,
namun tidak boleh bergerak keluar dari gelung untuk menangkap bola. sekiranya bola yang
dibaling tidak dapat ditangkap, responden 2 perlu mengambil dan membalingnya semula.
Kemudian responden 2 akan bertukar tempat mengantikan responden 1. Aktiviti ini, akan
diulangi oleh responden lain sehingga dalam kumpulan tersebut sehingga bola dalam bakul habis
dibaling. Kumpulan yang berjaya menghabiskan baling dahulu mendapat 3 mata, manakala
kumpulan kedua akan mendapat 2 mata, kumpulan ketiga akan mendapat 1 mata dan kumpulan 4
dan 5 tidak akan mendapat mata. Aktiviti ini diulangi sebanyak tiga kali. Kumpulan yang berjaya
mengumpul mata tertinggi dikira pemenang.
(Pelan rajah permainan rujuk lampiran A)

5.2

Pengumpulan Data

Pengumpulan data merupakan langkah yang seterusnya perlu dilakukan selepas menjalankan
kajian. Untuk pengumpulan data kajian tindakan, kesahaan dan kebolehpercayaan data amat
penting. Jadi pengkaji boleh memungut data dengan menggunakan instrumen-instrumen seperti
soal selidik, temu bual, pemerhatian ujian dan analisis dokumen (Chua Yan Piaw, 2006).
Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih instrumen pemerhatian dan soal selidik sebagai
cara pengumpulan data pengkaji. Pemilihan instrumen ini telah dibuat mengikut kesesuaian
perancangan tindakan pengkaji.

5.2.1

Pemerhatian

Instrumen pemerhatian dipilih kerana, dalam kajian yang melibatkan perubahan tingkah laku ini,
pemerhatian yang berterusan perlu dijalankan untuk mengenalpasti perubahan tersebut. Dalam
kajian ini, saya telah menjalankan kaedah pemerhatian berstruktur. Pemerhatian berstruktur ini
dilakukan dengan menyediakan senarai semak mengenai perkara yang diperhatikan, iaitu

bilangan responden yang dapat melakukan kemahiran membaling dengan betul. Pemerhatian ini
telah dilakukan sebanyak dua kali.
Pemerhatian ini dilakukan oleh empat orang pemerhati yang mengajar pendidikan
Jasmani. Sebelum pemerhatian ini dijalankan, Satu sesi taklimat telah diberikan kepada dua
orang guru yang terlibat dengan pemerhatian ini. Tujuan taklimat tersebut adalah untuk
menerangkan tentang perkara yang perlu diperhatikan.
5.2.1

Soal Selidik

Bagi instrumen soal selidik, pengkaji telah menjalankan satu bentuk ujian yang mengandungi
item-item yang disusun secara teratur untuk ditadbirkan ke atas responden. Ujian ini telah
dijalankan selepas dua sesi tindakan dijalankan ke atas responden.
Item dalam soal selidik ini merupakan ayat penyata yang menggunakan skala likert.
Kandungan item ini pula adalah untuk mengetahui kebolehan kemahiran membaling dengan
tepat kepada sasaran selepas tindakan dilakukan. Antara item dalam soal selidik tersebut ialah:
1. Permainan sasaran telah menjadikan kelas Pendidikan Jasmani lebih menarik dan
menyeronokkan.
2. Saya dapat membaling secara overhand dengan tepat kepada sasaran selepas bermain
permainan Gelung Sasaran.
3. Saya dapat melakukan balingan overhand tepat kepada sasaran kerana teknik-teknik
membaling saya betul.
4. Saya dapat bermain bola baling dengan baik selepas bermain permainan Gelung Sasaran.

6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI

DATA KITARAN PERTAMA

6.1

Analisis Dan Intepretasi Data Pemerhatian

Pemerhatian berstruktur 1
Tarikh: 23/2/2012
Jadual 6.1
Bilangan responden yang dapat melakukan kemahiran membaling secara overhand dengan
tepat kepada sasaran dalam pemerhatian 1 (Kitaran 1).
Responden

Jumlah
responden

Responden yang
dapat membaling
kearah sasaran:

Peratus responden
yang dapat
membaling ke
arah sasaran (%):

Lelaki
Perempuan
Jumlah

19
16
35

8
5
13

22.86
14.28
37.14

Jadual 6.1 menunjukkan seramai 13 orang responden (37.14%) berjaya melakukan kemahiran
membaling secara overhand dengan tepat kepada sasaran. Daripada jumlah responden yang
berjaya melakukan kemahiran tersebut, seramai lapan orang adalah responden lelaki (22.86%)
dan lima orang responden perempuan (14.28%).

Pemerhatian berstruktur 2
Tarikh: 8/3/2012
Jadual 6.2
Bilangan responden yang dapat melakukan kemahiran membaling secaraoverhand dengan
tepat kepada sasaran dalam pemerhatian 2 (Kitaran 1).
Responden

Jumlah
responden

Responden yang
dapat membaling
kea rah sasaran:

Peratus responden
yang dapat
membaling kea rah
sasaran (%):

Lelaki
Perempuan
Jumlah

19
16
35

14
10
24

40.00
28.57
68.57

Jadual 6.2 menunjukkan peningkatan seramai 24 orang responden (68.57%) berjaya membaling
secara overhand dengan tepat kepada sasaran. Daripada jumlah responden yang berjaya
melakukan kemahiran tersebut, seramai 14 orang responden adalah lelaki (40%) dan sepuluh
orang responden adalah perempuan (28.57%). Jumlah ini menunjukkan peningkatan yang sangat
ketara berbanding pemerhatian pertama. Seramai 11 orang responden (enam orang responden
lelaki dan lima orang responden perempuan) telah melakukan peningkatan dalam pemerhatian
kali kedua ini.

6.2

Analisis Dan Intepretasi Data Soal Selidik

Borang soal selidik kajian ini mengandungi dua bahagian, iaitu bahagian yang mengandungi
item maklumat demografi responden, dan skala likert. Data yang diperoleh daripada soal selidik
ini telah dianalisis menggunakan Microsft Excel. Berikut merupakan hasil analisis tersebut:
Bahagian I: Demografi responden
Jadual 6.3
Responden yang terlibat dalam soal selidik
No

Soalan

Lelaki

Perempuan

Lelaki

Perempuan

1 Keturunan
a. Melayu
b. Siam

15
4

42.86
11.43

10
6

28.57
17.14

19

54.29

16

45.71

Jantina

Jadual 6.3 menunjukkan seramai 19 orang responden lelaki dan 16 orang responden perempuan.
Daripada jumlah tersebut responden, 15 responden berketurunan Melayu dan empat responden
berketurunan Siam. Manakala responden perempuan pula terdiri daripada sepuluh responden
Melayu dan enam responden Siam.

Bahagian ii: Soalan 1

Jadual 6.4
Soal selidik Bahagian ii: Soalan 1
No

Soalan

Permainan Gelung Sasaran telah menjadikan kelas

Pendidikan Jasmani lebih menarik dan
menyeronokkan.

Skala
Sangat
setuju
(5)
35

Rajah 6.1
Peratus soal selidik Bahagian ii: Soalan 1

Jumlah

Min

175

Rajah 6.1 ini menunjukkan semua 35 orang responden (100%) menyatakan bahawa mereka
sangat bersetuju permainan Gelung Sasaran ini telah menjadikan kelas Pendidikan Jasmani lebih
menarik dan menyeronokkan.

Bahagian ii: Soalan 2

Jadual 6.5
Soal selidik Bahagian ii: Soalan 2
No

Soalan

Saya dapat membaling secara overhand

dengan tepat kepada sasaran selepas
bermain permainan Gelung Sasaran.

Skala
Tidak
Sangat
Setuju
setuju
(2)
(5)
11
24

Rajah 6.2
Peratus soal selidik Bahagian ii: Soalan 2

Jumlah

Min

142

4.06

Rajah 6.2 menunjukkan seramai 11 orang responden (31.43%) tidak bersetuju mereka dapat
membaling secara overhand dengan tepat kepada sasaran selepas bermain permainan Gelung
Sasaran, manakala 24 orang responden (68.57%) pula sangat bersetuju dengan soalan ini.
Bahagian ii: Soalan 3
Jadual 6.6
Soal selidik Bahagian ii: Soalan 3
No

Soalan

Saya dapat melakukan balingan

overhand tepat kepada sasaran kerana
teknik-teknik membaling saya betul.

Skala
Setuju Sangat
(4)
setuju
(5)
25
10

Rajah 6.3
Peratus soal selidik Bahagian ii: Soalan 3

Jumlah

Min

150

4.23

Rajah 6.3 menunjukkan seramai 25 orang responden (71.43%) bersetuju mereka dapat
melakukan balingan overhand tepat kepada sasaran kerana teknik-teknik membaling yang
betul, manakala sepuluh orang responden (28.57%) pula sangat bersetuju dengan soalan ini.
Bahagian ii: Soalan 4
Jadual 6.7
Soal selidik Bahagian ii: Soalan 4
No

Soalan

Saya dapat bermain bola baling dengan

baik selepas bermain permainan Gelung
Sasaran.

Rajah 6.4 menunjukkan seramai 11 orang responden (31.43%) tidak bersetuju kemahiran
membaling mereka meningkat selepas bermain permainan Gelung Sasaran, manakala 24 orang
responden (68.57%) pula sangat bersetuju dengan soalan ini.

7.0

DAPATAN KITARAN PERTAMA

Hasil analisis pemerhatian menunjukkan peningkatan jumlah responden yang berjaya melakukan
kemahiran membaling tepat kepada sasaran. Semasa tinjauan awal dilakukan hanya terdapat
empat orang responden sahaja yang mampu melakukan kemahiran tersebut. Namun selepas
pelaksanaan permainan Gelung Sasaran, dilakukan seramai 24 orang responden telah mampu
melakukan kemahiran ini.
Ini membuktikan bahawa permainan yang menumpukan kepada kemahiran bermasalah
boleh membantu responden menguasai kemahiran tersebut. Perkara ini telah diakui oleh Meinel,
K. and G. Schnabel (1998) iaitu untuk membantu atlet mencapai prestasi yang tinggi, aktiviti
yang dirancang perlu menumpukan kepada kemahiran berkaitan yang memainkan peranan
penting dalam peningkatan kemahiran tersebut.
Melalui kajian ini juga, pengkaji dapat melihat responden lelaki lebih cepat dalam
menguasai sesuatu kemahiran. Keadaan ini berlaku disebabkan latar belakang responden lelaki
yang kebanyakkan terlibat aktif dalam sukan sekolah seperti acara olahraga dan padang.
Manakala hanya sebilangan kecil sahaja responden perempuan yang aktif melibatkan diri dalam
aktiviti sukan sekolah. Ini menyebabkan pendedahan mereka terhadap aktiviti lain kurang.

Melalui soal selidik yang dijalankan pula, pengkaji mendapati bahawa kesemua 35 orang
responden sangat bersetuju kelas Pendidikan Jasmani menjadi lebih menarik selepas permainan
ini dijalankankan. Keputusan ini telah menyokong bahawa permainan dan penggunaan alatan
yang sesuai dan menarik dalam dapat membantu responden menguasai kemahiran membaling.
Ini telah disokong oleh Allawi, M.H. (1994) bahawa penggunaan peralatan yang sesuai
secara individu atau berkumpulan dapat meningkatkan kemahiran motor dan koordinasi atlet.
Selain itu, Omar Z.A. (1990) juga menyatakan bahawa permainan dan peralatan merupakan satu
kaeadah untuk murid-murid berhibur, bergembira dan ceria. Selain itu, ia juga meningkatkan
tahap kecekapan dan keyakinan diri.
Namun begitu, melalui soal selidik yang dijalankan juga, terdapat beberapa orang
responden menyatakan bahawa mereka masih tidak dapat bermain bola baling dengan baik
selepas bermain permainan Gelung Sasaran. Responden tersebut kebanyakkan responden yang
tidak dapat melakukan kemahiran membaling overhand
Perkara ini menjelaskan perkara yang diperkatakan oleh Meinel, K. and G. Schnabel
(1998) bahawa, untuk meningkatkan prestasi atlet dalam kemahiran sukan, mereka perlu
menguasai kemahiran utama dalam sukan tersebut. Oleh itu, responden yang tidak dapat
menguasai kemahiran membaling overhand dengan tepat kepada sasaran pasti tidak dapat
bermain bola baling dengan baik kerana kemahiran tersebut mereupakan kemahiran utama dalam
permainan bola baling.
Akhir sekali ketepatan balingan seseorang dipengaruhi oleh kedudukan tangan, jari, bahu
dan kaki. Oleh itu, responden yang dapat melakukan balingan overhand dengan tepat kepada
sasaran sebenarnya telah menguasai teknik-teknik ini. ini diakui oleh responden apabila
kebanyakkan responden menyatakan mereka percaya mereka dapat membaling secara overhand
tepat kepada sasaran kerana teknik-teknik membaling mereka betul.

8.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Permainan sasaran telah membantu responden meningkatkan dan menguasai kemahiran

membaling, namun begitu masih terdapat beberapa orang responden yang tidak mengalami
peningkatan tersebut. Jadi pengkaji telah berbincang dengan guru pendidikan Jasmani yang lain
dan membuat keputusan bahawa factor masa menjadi penyebab masalah tersebut.
Oleh itu, pengkaji bercadang untuk menambah masa pelaksanan permainan Gelung
Sasaran dan jarak antara tempat membaling dan gelung sasaran dalam permainan ini. Dalam
kitaran 1 permainan ini dijalankan dalam dua sesi pengajaran dengan jarak antara tempat
membaling dan Gelung Sasaran ialah 10 meter, namun dapat kitaran kedua ini pengkaji telah
menetapkan empat sesi pengajaran pada jarak 20 meter untuk pelaksanaan permainan Gelung
Sasaran ini.
Justeru itu, diharap dengan penambahan masa dalam permainan ini, jumlah responden
yang dapat menguasai kemahiran membaling overhand ini bertambah menjadi 35 orang
responden.

9.0

9.1

TINDAKAN KITARAN KEDUA

Perancangan tindakan

Dalam kitaran 2 ini, pengkaji masih menggunkan Permainan Gelung Sasaran yang serupa.
Namun sesi pelaksanaannya telah ditambahkan kepada empat sesi. Ini untuk memberi masa
kepada responden untuk membiasakan diri dengan permainan ini dan seterusnya menguasainya.
Ini seterusnya akan membantu responden menguasai kemahiran membaling overhand iaitu
kemahiran utama dalam permainan ini dan juga kemahiran utama dalam bola baling.
Selain itu jarak antara tempat membaling dan gelung sasaran juga ditambah. Ini kerana,
responden yang dapat menguasai kemahiran membaling untuk jarak yang jauh dapat membaling

jarak dekat. Jadi dengan meningkatkan jarak balingan kepada 20 meter dapat mengatasi dua
masalah serentak.

9.2

Pengumpulan data
Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih instrumen pemerhatian sebagai cara

pengumpulan data pengkaji. Pemilihan instrumen ini telah dibuat mengikut kesesuaian
perancangan tindakan pengkaji.

9.2.1

Pemerhatian

Pemerhatian telah dijalankan melalui pemerhatian berstruktur. Dalam pemerhatian berstruktur

pengkaji telah menetapkan untuk melihat bilangan responden yang berjaya menguasai kemahiran
ini. Pemerhatian ini telah dilakukan sebanyak empat kali. Pemerhatian ini dilakukan oleh lima
orang pemerhati yang mengajar pendidikan Jasmani. Sebelum pemerhatian ini dijalankan, Satu
sesi taklimat telah diberikan kepada dua orang guru yang terlibat dengan pemerhatian ini. Tujuan
taklimat tersebut adalah untuk menerangkan tentang perkara yang perlu diperhatikan.

10.0

10.1

ANALISIS DAN INTEPRETASI

DATA KITARAN KEDUA

Analisis Data Pemerhatian

Pemerhatian berstruktur 1
Tarikh: 03/7/2012
Jadual 10.1
Bilangan responden melakukan kemahiran membaling secara overhand tepat kepada sasaran
dalam pemerhatian 1 (Kitaran 2).
Responden

Jumlah
responde
n

Lelaki
Perempuan
Jumlah

19
16
35

Responden yang dapat

melakukan kemahiran
membaling overhand
dengan tepat kepada
sasaran:
14
10
24

Peratus responden yang

dapat melakukan
kemahiran membaling
overhand dengan tepat
kepada sasaran (%):
40.00
28.57
68.57

Jadual 10.1 menunjukkan seramai 24 orang responden (68.57%) berjaya membaling dengan
tepat kearah sasaran. Daripada jumlah responden yang berjaya melakukan kemahiran tersebut,
seramai 14 orang responden adalah lelaki (40%) dan sepuluh orang responden adalah perempuan
(28.57%). Jumlah ini menunjukkan peningkatan yang sangat ketara berbanding pemerhatian
pertama. Seramai 11 orang responden (enam orang responden lelaki dan lima orang responden
perempuan) telah melakukan peningkatan dalam pemerhatian kali kedua ini.

Pemerhatian berstruktur 2
Tarikh: 05/7/2012
Jadual 10.2

dalam pemerhatian 2 (Kitaran 2).
Responden

Jumlah
responden

Responden yang dapat

melakukan kemahiran
membaling overhand
dengan tepat kepada
sasaran:

Peratus responden yang

dapat melakukan
kemahiran membaling
overhand dengan tepat
kepada sasaran (%):

Lelaki
Perempuan
Jumlah

19
16
35

16
10
26

45.72
28.57
74.29

Jadual 10.2 menunjukkan seramai 26 orang responden (74.29%) berjaya melakukan kemahiran
menangkap dan membaling menggunakan teknik-teknik yang betul dalam permainan ini
Daripada jumlah responden tersebut, 16 orang responden lelaki (45.72%) dan sepuluh responden
perempuan (28.57%) yang terlibat.

Pemerhatian berstruktur 3
Tarikh: 10/7/2012
Jadual 10.3
Bilangan responden yang dapat melakukan kemahiran membaling secaraoverhand dengan tepat
kepada sasaran dalam pemerhatian 3 (Kitaran 2).
Responden

Lelaki
Perempuan

Jumlah
Responden yang dapat
responden melakukan kemahiran
membaling
overhand dengan
tepat kepada sasaran:
19
16

16
14

Peratus responden yang

dapat melakukan
kemahiran membaling
overhand dengan tepat
kepada sasaran (%):
45.72
40.00

Jumlah

35

30

85.72

Jadual 10.3 menunjukkan seramai 30 orang responden (85.72%) berjaya melakukan kemahiran

Daripada jumlah responden tersebut, 16 orang responden lelaki (45.72%) dan 14 responden
perempuan (40%) yang terlibat.

Pemerhatian Berstruktur 4
Tarikh: 12/7/2012
Jadual 10.4

kepada sasaran dalam pemerhatian 4 (Kitaran 2).
Responden

Jumlah
responden

Responden yang dapat

melakukan kemahiran
membaling overhand
dengan tepat kepada
sasaran:

Peratus responden yang

dapat melakukan
kemahiran membaling
overhand dengan tepat
kepada sasaran (%):

Lelaki
Perempuan
Jumlah

19
16
35

18
14
32

51.43
40.00
91.43

Jadual 10.4 menunjukkan peningkatan dalam jumlah responden yang dapat melakukan
kemahiran membaling. Seramai 32 orang responden (91.43%) berjaya melakukan kemahiran
membaling selepas bermain permainan ini. Daripada jumlah responden tersebut, seramai 18
orang responden adalah lelaki (51.43%) dan 14 orang responden adalah perempuan (40%).
Namun begitu, peningkatan ini tidak berlaku ke atas semua responden. Masih terdapat tiga orang
responden tidak dapat menguasai kemahiran ini.

11.0

DAPATAN KAJIAN KITARAN KEDUA

kemahiran membaling secara overhand dengan tepat kepada sasaran. Semasa pemerhatian 1
dilakukan terdapat 24 orang responden mampu melakukan kemahiran tersebut. Namun selepas
pemerhatian 4, dilakukan seramai 32 orang responden telah mampu melakukan kemahiran ini.
Ini membuktikan bahawa permainan yang menumpukan kepada kemahiran bermasalah boleh
membantu responden menguasai kemahiran tersebut .

Selain itu, pengkaji juga mendapati dengan penambahan masa iaitu selama empat sesi
telah mempengaruhi jumlah responden yang berjaya melakukan kemahiran-kemahiran tersebut.
Semakin banyak pengulangan perlakuan yang baik dilakukan, semakin mudah untuk responden
melakukannya. Malah mereka juga dilihat semakin bijak mengawal kelajuan bola yang
diperlukan mengikut jarak sasaran. Ini bermakna kemampuan mengagak responden juga semakin
meningkat.
Oleh itu, pengkaji dapat menyatakan bahawa permainan berasaskan bola dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kemahiran membaling overhand dengan
tepat kepada sasaran.

12.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kesimpulannya, permainan Gelung Sasaran yang digunakan pengkaji telah dapat meningkatkan
kemahiran membaling overhand. Ini telah dibuktikan dengan peningkatan jumlah responden
yang berjaya melakukannya ketika pemerhatian terakhir dilakukan.
Namun begitu kajian ini tidak boleh dihentikan disini sahaja kerana kemahiran
membaling merupakan satu kemahiran penting dalam pelbagai sukan. Mempunyai kemahiran
asas yang baik dan kukuh akan membantu lebih ramai responden melibatkan diri dengan aktif
dalam sukan.
Kemahiran asas dalam membaling bukan hanya membaling atas paras bahu (overhand),
tetapi terdapat juga kemahiran membaling bawah paras bahu dan sisi. Jadi, kajian untuk
meningkatkan kemahiran-kemahiran ini juga perlu dilakukan.
Selain itu, untuk menjadikan kemahiran tersebut lebih baik, aspek kecergasan fizikal
seperti kepantasan dan tindak balas juga perlu diperkembangkan seiring pengukuhan kemahiran
asas. Justeru itu, kajian seterusnya perlu dijalankan untuk kebaikan semua pihak.

Senarai Rujukan:
Aakash

Sing.
(2010). Manipulative
Skills.
Diperoleh
dari http://www.buzzle.com/articles/manipulative-skills.html

Baseball
Drills:
Playing
catch.
(2011).
Diperoleh
darihttp://www.qcbaseball.com/drills/throwing_longtoss.aspx

April

08,

2012

April

07,

2012

Becky. (2012). Softball Throwing Drills Target Drill. Diperoleh April 07, 2012 dari http://www.softballspot.com/softball-throwing-drills-target-drill
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan Buku 1. Malaysia: Mc Graw Hill Education.
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan Buku 2. Malaysia: Mc Graw Hill Education.
Kemahiran
manipulatif.
Diperoleh
dari http://manipulasialatan.blogspot.com/2010/04

April

07,

2012

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya :
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Laura Clarck. (2012). Primary school pupils who can't even catch a ball because schools and parents
are
neglecting
physical
skills. Diperoleh
Jun
24,
2012
dari http://www.dailymail.co.uk/news/article-2151916/Primary-school-pupils-catch-ballschools-parents-neglecting-physical-skills.html
Manel Mohamed Sayed Ahmad Mansour. (2010). The effect of developing some coordination
capabilities by using novel equipments on improving performance level and sport confidence in
modern dance. Review of World Journal of Sports Sciences 3 (S): 109-115.
Mohd Sharani Ahmad. (2004). Psikologi Kanak-Kanak. Pahang. PTS Publications & Distributros.
Matthew F., (2012). Throwing Long
dari http://online.wsj.com/article/

to

Throw

short.

Diperolehi

April,

07

2012

Norkhalid Salimin. (2011). Pendidikan Jasmani di Malaysia: Satu Pengenalan. Diperoleh April 07, 2012
darihttp://pendidikanjasmanikesihatansainssukan.blogspot.com
Noryati Majid. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dipinggirkan?.Diperoleh April 07, 2012
darihttp://www.tutor.com.my/tutor/dunia.
Pendekatan
Belajar
melalui
Bermain.
dari http://virtualfriends.net/article/articleview.

Diperoleh

April

08,

2012

PTS Publications & Distributros. Perkembangan Pertengahan Kanak-kanak. Diperoleh April 07, 2012
darihttp://www.pts.com.my/modules.
Tay Wui Ling. Kemahiran Manipulasi Alatan: Konsep Manipulatif Alatan. Diperoleh April 07, 2012
dari http://wuiling212.blogspot.com/2011/12/kemahiran-manipulasi-alatan.html

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B
BORANG SOAL SELIDIK
MURID TAHUN 4 HARAPAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PANGGAS

Bahagian I: Latar Belakang

Bagi setiap item, sila tandakan (/) atau isi tempat kosong pada ruangan yang berkaitan.
1. Jantina
:
[ ] Lelaki
[ ] Perempuan
2. Keturunan :
[ ] Melayu
[ ] Siam
Bahagian II: Kemahiran membaling dan menangkap
Baca penyataan di bawah dan fahaminya. Kemudian tanda (/) pada nombor yang paling sesuai
bagi mewakili pendapat anda mengikut skala berikut.
1 = Sangat tidak setuju
2 = Tidak setuju
3 = Tidak pasti
4 = Setuju
5 = Sangat setuju
N
O
1.

PERKARA

Pendidikan Jasmani lebih menarik dan menyeronokkan.
Saya dapat melakukan balingan secara overhand tepat
kepada sasaran selepas bermain permainan Gelung
Sasaran.
Saya dapat melakukan balingan overhand tepat
kepada sasaran kerana teknik-teknik membaling saya
betul.
Saya dapat bermain bola baling dengan baik selepas
bermain permainan Gelung Sasaran.

2.
3.
4.

LAMPIRAN C
BORANG PEMERHATIAN
MURID TAHUN 4 HARAPAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PANGGAS
NAMA PEMERHATI:
TARIKH:
KUMPULAN YANG DIPERHATI:
No

Responden

Melakukan balingan secara

overhand tepat kepada sasaran
Ya

Tidak

2
3
4
5
6
7

TANDA TANGAN PEMERHATI

_______________________
(
)
Posted 10th January 2013 by wawa urewa
0

Add a comment

2.
JAN

10

AR Hak milik Nazwa binti Nayan

Kecederaan dalam sukan (semester 8)

Review artiek journal Odd-Egil O, Grethe M. Lars E, Ingar H, and Roald B. (2005).
Exercise to prevent lower limb injuries in youth sports [ senaman untuk
mencegah kesederaan bahagian bawah badan di kalangan remaja yang terlibat
dalam sukan].
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan program memanaskan
badan yang direka untuk mengurangkan kecederaan bahagian lutut dan buku lali
remaja yang melibatkan diri dalam sukan. Seramai 1837 pemain bola baling dari
Norway (808 perempuan dan 150 lelaki) berumur antara 15 hingga 17 tahun melibatkan
diri dalam kajian ini. Daripada jumlah tersebut 879 (778 perempuan dan 101
lelaki)pemain diletakkan dalam kumpulan kawalan. Pengukuran dalam kajian ini ialah
kadar kecederaan akut lutut atau buku lali. Keputusan kajian menunjukkan, semasa

musim permainan 129 kecederaan akut lutut atau buku lali telah direkodkan, 81
kecederaan dikesan dalam kumpulan kawalan manakala 48 kecederaan lagi dikesan
dalam kumpulan kajian. Kesimpulan kajian menunjukkan, program memanaskan badan
yang dirancang dapat mengurangkan kecederaan lutut dan buku lali di kalangan remaja
yang melibatkan diri dalam sukan. Latihan pencegahan ini perlu diperkenalkan sebagai
sebahagian daripada program sukan remaja.
Kesimpulannya kajian ini, telah menambahbaik kajian-kajian yang dijalankan
sebelum ini. Ini kerana, melalui kajian ini kesedaran mengenai pencegahan kecederaan
lutut dan buku lali telah bertambah. Selain itu, kecederaan ini juga telah dapat
dikurangkan sekurang-kurangnya sebanyak 50% dengan program memanaskan badan
yang telah direka ini. Keputusan kajian ini juga boleh digunakan kepada sukan lain yang
mempunyai risiko kecederaan lutut dan buku lali yang sama seperti sukan bola baling.
Namun begitu, program memanaskan badan ini, hanya sesuai untuk digunakan untuk
mengatasi kecederaan lutut dan buku lali yang berpunca daripada pendaratan dan
pergerakan sahaja. Selain itu, program ini hanya sesuai untuk dilaksanakan kepada
remaja yang berumur antara 15 hingga 17 tahun sahaja.
Review artikel journal Cynthia R. LaBella, Michael R. Huxford, Joe Grissom,
Kwang-Youn Kim, Jie Peng, and Katherine Kaufer Christoffel. (2011). Effect of
Neuromuscular Warm-up on Injuries in Female Soccer and Basketball Athletes in
Urban Public High Schools [kesan memanaskan otot saraf ke atas kecederaan
dalam bola sepak perempuan dan atlet bola keranjang di sekolah tinggi awam
kawasan Bandar]. Arch Pediatr Adolesc Med/Vol 165(11): 1033-1040.
Cynthia R. LaBella, Michael R. Huxford, Joe Grissom, Kwang-Youn Kim, Jie Peng, and
Katherine Kaufer Christoffel, (2011) telah menjalankan kajian mengenai kesan
memanaskan otot saraf ke atas kecederaan dalam bola sepak perempuan dan atlet
bola keranjang di sekolah tinggi awam di kawasan bandar. Kajian ini dijalankan untuk
menentukan keberkesanan latihan yang dimula dengan memanaskan otot saraf untuk
mengurangkan kecederaan bahagian bawah badan (LE) di kalangan athlet wanita yang
bercampur etnik dan kebanyakannya penduduk bandar berpendapatan rendah.

Seramai 90 orang jurulatih dan 1492 atlet berjaya menyiapkan kajian ini. Pemilihan
sekolah dilakukan secara rawak untuk menentukan kumpulan kajian dan kumpulan
kawalan. Kajian ini mengukur pendedahan/penglibatan atlet dalam latihan dan
pertandingan (AEs) dan punca LE yang menyebabkan atlet tidak menyertai sesi latihan.
Pengukuran ini dilakukan melalui laporan yang ditulis olej jurulatih pada setiap minggu.
Keputusan kajian menunjukkan kumpulan kajian mempunyai kadar per 1000 AEs yang
lebih rendah pada peringkat permulaan LE, akut kecederaan LE yang tidak melibatkan
sentuhan, kecederaan ketegangan buku lali yang tidak melibatkan sentuhan dan
kecederaan LE yang dirawat menggunakan pembedahan. Kesimpulan kajian ini
menunjukkan, latihan yang dimulakan dengan memanaskan otot saraf mengurangkan
kecederaan LE yang tidak melibatkan sentuhan di kalangan pemain bola sepak
perempuan sekolah tinggi dan atlet bola keranjang yang bercampur etnik, dan
kebanyakannya penduduk bandar berpendapatan rendah.
Justeru itu kajian ini penting kepada jurulatih untuk memilih langkah pencegahan
kecederaan kepada atlet bola sepak dan bola keranjang. Perkara ini sangat penting
kerana apabila kecederaan dapat dicegah, kos merawat kecederaan dapat dikurangkan
dan prestasi atlet dapat ditingkatkan sehingga mencapai tahap optimum. Namun begitu,
kajian ini boleh ditambahbaik dengan menyatakan pengurangan kecederaan mengikut
bangsa. Ini kerana, kajian ini telah melibatkan etnik yang pelbagai seperti African
American, Hispanic, White dan bangsa lain. Dengan itu, data yang dikutip ini akan
menjadi lebih terperinci dan dapat memberikan maklumat yang lebih banyak dan
pelbagai.
Kesimpulannya, kajian seperti ini perlu diteruskan dan diperluaskan lagi sebelum
satu kesimpulan dapat dilakukan. Ini kerana, terdapat banyak lagi data yang boleh
diperoleh daripada kajian ini.

Review artikel journal Erik J. T., Alphons G. Kessels., Muriel D. Lezak,, Barry D.
Jordan,, and Jaap Troost. (1999). Neuropsychological Impairment in Amateur

Soccer Players [Kemerosotan neuropsikologikal ke atas pemain bola sepak

amatur]. The Journal of American Medical Association, Vol 282, No. 10.
Erik J. T., Alphons G. Kessels., Muriel D. Lezak,, Barry D. Jordan, and Jaap Troost.
(1999) telah menjalakan satu kajian mengenai kemerosotan neuropsikologikal ke atas
pemain bola sepak amatur. Kajian ini dijalankan kerana, kombinasi tidak sedarkan diri
dalam bola sepak dengan bilangan tandukan mempunyai risiko untuk mengalami
kecederaan trauma otak yang kronik (Chronic traumatic brain injury (CTBI)). Objektif
kajian ini adalah untuk mendapatkan bukti sama ada pemain bola sepak amatur
mempunyai kecederaan trauma otak yang kronik. Seramai 33 orang pemain bola sepak
amatur dan 27 orang atlet amatur (renang dan trek) di Netherlands terlibat dalam kajian
ini. Kajian ini mengukur prestasi pemain bola sepak dalam 16 ujian neuropsikologikal
yang mempunyai 27 hasil. Keputusan kajian menunjukkan pemain bola sepak amatur
mempunyai kemerosotan prestasi dalam ujian merancang dan ingatan berdanding
kumpulan kawalan. Dalam kalangan pemain bola sepak tersebut, Sembilan orang
pernah tidak sedar diri disebabkan bola sepak dan tujuh orang pernah mengalami 2
hingga 5 kali tidak sedarkan diri sepanjang kerjaya mereka. Bilangan tidak sedarkan diri
ini mempunyai kaitan ke atas 6 daripada ujian psikologikal tersebut. Kesimpulannya,
kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan pemain bola sepak amatur secara
umumnya, dan tidak sedarkan diri khususnya boleh menyebabkan kemerosotan
prestasi dalam ingatan dan fungsi merangcang.
Kekuatan kajian ini adalah, isu utama kajian. Kajian ini adalah mengenai
kemerosotan neuropsikologikal yang berlaku ke atas pemain bola sepak. Bola sepak
merupakan sukan yang sangat popular dan mempunyai jutaan pengikut. Menurut
tinjauan yang dilakukan oleh Federation International Football Association (FIFA) ke
atas 207 ahlinya pada tahun 2000 mendapati 265 million orang yang bermain bola. Ini
merupakan satu jumlah yang besar. Jadi adalah penting untuk setiap orang yang
bermain bola sepak mengetahui risiko kecederaan dalam permainan tersebut. Ini boleh
membantu mereka melakukan pencegahan untuk mengelakkan diri dari kecederaan. Ini
kerana mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Selain itu, isu kecederaan neuropsikologikal ini merupakan sesuatu yang

penting. Ini kerana, ia boleh mempengaruhi tiga fungsi system. Pertama ialah intelek,
yang memberi maklumat mengenai tingkah laku. Kedua ialah emosi, yang melibatkan
perasaan dan motivasi dan ketiga ialah kawalan iaitu mengawal tingkah laku. Oleh itu,
penting untuk seseorang itu untuk mengetahui factor-faktor yang boleh menyebabkan
kecederaan ini supaya mereka boleh mengelaknya.
Kesimpulannya, kajian ini merupakan kajian yang sangat berguna dan penting
kepada bidang sukan dan perubatan. Justeru itu, kedua-dua pakar dalam bidang ini
perlu melakukan kajian mengenai langkah pencegahan yang boleh diambil,
memandangkan bola sepak ini mempunyai pengaruh yang sangat besar.
Review artikel journal Marc A. S, and Thomas M.B. (2004). A Comparison of 2
Rehabilitation Programs in the Treatment of Acute Hamstring Strains
[Perbandingan 2 program pemulihan dalam rawatan kekejangan akut hamstring].
Orthop Sports Phys Ther. Vol 34. No 3. March 2004: 116-125
Kajian ini dilakukan untuk menilai dua program pemulihan dalam rawatan kecederaan
akut hamstring. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan dua program
pemulihan kekejangan hamstring beradasarkan penilaian masa yang diambil dan kadar
kecederaan berulang bagi tempoh dua minggu pertama dan satu tahun kemudian
selepas melibatkan diri semula dalam sukan. Tujuan lain ialah untuk menyiasat
hubungan antara fungsi ujian prestasi dan masa untuk kembali melibatkan diri dalam
sukan dan kadar kecederaan berulang selepas kembali melibatkan diri dalam
sukan. Seramai 24 orang atlet menyertai kajian ini. Atlet dibahagikan kepada dua
kumpulan. Kumpulan pertama mengandungi 11 atlet yang menjalani regangan static,
pembangunan progresif hamstring senaman ketahanan dan rawatan ais (STST Group).
Manakala 13 atlet menjalani pembangunan progresif kelenturan senaman kestabilan
bahagian atas dan rawatan ais (PATS group). Keputusan menunjukkan kumpulan STST
mengambil masa 37.4 - 27.6 hari manakala kumpulan PAtS mengambil masa 22.2 - 8.3
hari. Dalam tempoh dua minggu pertama selepas kembali melibatkan diri dalam sukan,
seramai enam orang atlet dari kumpulan STST mengalami kecederaan hamstring
berulang selepas dan tiada seorang pun yang mengalaminya bagi kumpulan PATS.
Kecederaan hamstraing berulang dalam tempoh satu tahun selepas kembali melibatkan

diri dalam sukan pula ialah seramai tujuh orang bagi kumpulan STST dan hanya
seorang bagi kumpulan PATS. Kesimpulannya program pemulihan rawatan kecederaan
akut hamstring kumpulan PATS lebih berkesan berbanding kumpulan STST dalam
kembali melibatkan diri dalam sukan dan mengelak kecederaan kekejangan akut
hamstring berulang semula bagi atlet.
Kesimpulannya, kajian ini sangat berguna sebagai panduan untuk jurulatih dan
atlet memilih rawatan yang berkesan bagi merawat kecederaan kekejangan hamstring.
Ini kerana, melalui program pemulihan rawatan kecederaan yang betul dan tepat akan
dapat membantu atlet untuk kembali melibatkan diri dalam sukan dengan risiko
kecederaan berulang yang rendah. Namun begitu kajian klinikal seterusnya perlu juga
dilakukan untuk melihat potensi program pembangunan progresif kelenturan senaman
kestabilan bahagian atas dan rawatan ais untuk menghalang kecederaan hamstring
semasa bersukan perlu dilakukan.

Review artikel Marc A.S., Thomas M.B., Amy S., Darryl G.T., Bryan C.H. (2011).
Hamstring Strains: Basic Science and Clinical Research Applications for
Preventing the Recurrent Injury [kekejangan hamstring: Asas Sains dan Kajian
Aplikasi

Klinikal

untuk

mencegah

kecederaan

berulang].

Strength

and

Conditioning Journal. Vol 33(11) No 3.

Satu kajian yang telah dijalankan oleh National Collegiate Athlectic Assiciation Injry
Surveilance System menunjukkan bahawa 62% atlet lelaki kolej mudah mendapat
kecederaan hamstring berdanding atlet wanita. Oleh itu, Marc A.S., Thomas M.B., Amy
S., Darryl G.T., Bryan C.H. (2011) telah menulis satu artikel bertajuk kekejangan
hamstring: Asas Sains dan Kajian Aplikasi Klinikal untuk mencegah kecederaan
berulang. Tujuan artikel ini adalah untuk menunjukkan saiz dan skop kekejangan
hamstring ini melalui pelbagai jenis kemalangan dalam sukan dan kesukaran untuk
kembali melibatkan diri tanpa mengalami kemerosotan prestasi dan risiko kecederaan
berulang. Atrikel ini menunjukkan risiko untuk mendapatkan kecederaan hamstring
adalah melalui tahap persaingan atlet dan umur. Selain itu kecederaan hamstring laying

lama juga menjadi penyumbang risiko kecederaan berulang. Artikel ini juga
menjelaskan bahawa hamstring selalu terjadi ketika berlari. Kecederaan ini selalu
berlaku disepanjang sambung otot tendon. Ini menyebabkan tisu disekitar kawasan
tersebut rosak.. oleh itu, satu program pemulihan yang melibatkan latihan memanaskan
badan dinamik dan latihan menguatkan bahagian atas badan perlu dilakukan. Selain
itu, pengambilan sarcomeres juga digalakkan supaya tendon dan otot boleh bekerja
lebih lama dan meningkatkan magnitude kelenturan.
Kesimpulannya artikel ini sangat berguna untuk mengatasi masalah kecederaan
hamstring yang selalu berlaku di kalangan atlet. Melalui artikel ini atlet boleh melakukan
program latihan bagi memulihkan kecederaan ini dan mengelakkannya berulang
semula. Ini seterusnya membantu meningkatkan prestasi atlet ke tahap optimum.

Review artikel journal Hassan I and Dorani B.J (2001). Sports related fractures in
children in north east England [Kepatahan berkaitan sukan di kalangan kanakkanak di selatan utara England]. Emerg Med J 2001;18:167-171.
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menerangkan epidemiologi kepatahan di
kalangan kanak-kanak yang berkaitan sukan yang boleh dilihat di hospital awam
bahagian kemalangan dan kecemasan. Kajian ini dijalankan ke atas kanak-kanak yang
berumur 5 hingga 10 tahun yang mengalami kepatahan berkaitan sukan daripada 1
September 1997 hingga 31 Ogos 1998. Keputusan menunjukkan, seramai 255 orang
kanak-kanak berumur 5 hingga 15 tahun mengalami kepatahan berkaitan sukan
sepanjang tempoh kajian dijalankan. Secara keseluruhannya, bola sepak, kasut roda,
basikaldan bola jaring merupakan penyebab utama berlaku patah. Tempat paling tinggi
berlakunya kecederaan ialah kawasan perumahan. Kebanyakkan kepatahan ini berlaku
di bahagian atas anggota badan. Kesimpulan kajian ini ialah, kanak-kanak kelima yang
mengalami kecederaan berkaitan sukan ialah kepatahan. Pelbagai factor boleh
mendorong kepada peningkatan kemalangan berkaitan sukan yang menyebabkan
kepatahan ini.

Kesimpulannya, kajian ini boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa dan jurulatih
mengenai sukan yang boleh mendatangkan risiko kepatahan kepada kanak-kanak.
Selain itu ibu bapa juga boleh membantu mengurangkan jumlah kanak-kanak yang
mengalami kepatahan ini dengan memberi tumpuan kepada aktivti yang dilakukan
mereka semasa berada di rumah. Ini kerana kajian menunjukkan kawasan perumahan
merupakan tempat utama berlakunya kecederaan.
Oleh: Nazwa binti Nayan
IPG kampus Perlis
Posted 10th January 2013 by wawa urewa
0

Add a comment

5.
JAN

10

Guru dan cabaran semasa (semester 8)

Persediaan bakal guru
Bagi menghadapi isu disiplin pelajar, saya perlu memahirkan diri dalam ilmu-ilmu
pedagogi dan psikologi kanak-kanak. Ilmu pedagogi ialah cara atau kaedah pengajaran
dijalankan manakala ilmu psikologi pula merangkumi tingkah laku. Perkara ini penting
untuk menyediakan diri saya menghadapi murid yang mempunyai pelbagai latar
belakang dan keupayaan diri disekolah. Kemahiran dalam ilmu-ilmu ini boleh diperolehi
dari kursus-kursus jangka pendek yang dijalankan selain kursus wajib yang perlu
diikuiti. Selain itu pembacaan pelbagai sumber rujukan juga boleh membantu.
Selepas memperoleh ilmu-ilmu ini saya boleh mengaplikasikannya ketika
berpraktikum di sekolah. Ini dilakukan untuk memastikan sama ada saya betul-betul
telah menguasai ilmu yang diperoleh. Sekiranya saya berjaya menghadapi isu disiplin

pelajar ketika berpraktikum, maka saya telah bersedia untuk menghadapi isu ini dalam
situasi sebenar di sekolah nanti.
Sebagai contoh, guru yang mahir dalam pedagogi boleh merancang satu
pengajaran yang menarik untuk membuat pelajar merasa seronok ke sekolah apabila
saya mengajar nanti. Apabila ini berlaku masalah disiplin seperti ponteng sekolah dapat
dikurangkan.
Bagi menghadapi isu berkaitan masyarakat pula, antara langkah yang boleh
dilakukan ialah memahami budaya masyarakat disekitar sekolah tersebut. Selain itu,
saya juga perlu mengetahui isu-isu semasa berkaitan masyarakat di sekolah. Ini
kerana, masyarakat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Untuk
mendapatkan maklumat-maklumat ini, saya boleh melakukan pembacaan, atau
berhubung dengan ahli persatuan ibu bapa dan guru di sekolah.
Apabila saya telah memperolehi maklumat-maklumat penting ini, saya dapat
mewujudkan situasi bilik darjah yang mesra budaya apabila dihantar disekolah nanti. Ini
dapat menjimatkan masa saya untuk mencarinya pula. Antara contoh situasi bilik darjah
yang mesra budaya ialah, guru boleh mengadakan aktiviti yang bertemakan
kepelbagaian budaya dalam pengajaran dan pembelajarannya.

Punca utama stress dan implikasinya terhadap kerjaya perguruan.

Sistem pendidikan yang pesat berubah bersesuaian dengan perkembangan teknologi
dan proses globalisasi dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020 banyak memberi
kesan kepada guru. McCronick dan Solman (1992) menjelaskan guru-guru merasa
stress hasil daripada ketidakupayaan mereka untuk berdaya tindak ke atas perubahanperubahan yang pantas berlaku seperti perubahan kurikulum dan kaedah pengajaran.
Menurut Kyriacou (2000), stress dalam kalangan guru merujuk kepada pengalaman
guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan,
kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru. Jadi
secara mudahnya, stress merupakan satu tindak balas fizikal yang terjadi apabila
seseorang guru menerima tekanan melebihi kemampuan dirinya.

Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan stress dalam kalangan guru.
Antaranya persekitaran sekolah, tingkah laku pelajar dan hubungan dengan rakan
sekerja. Punca-punca ini sepadan dengan perkara yang dikemukan oleh Dunham dan
Varma (1998) dan Kyriacou (1987) serta kajian yang dijalankan oleh NUTP (National
Union of Teaching Profession) pada tahun 2006. Jadi pada pendapat saya, punca
utama yang menyebabkan stress dalam kalangan guru ialah persekitaran kerja guru.
Persekitaran kerja ialah perkara yang terdapat disekeliling atau berkaitan dengan
pekerjaan. Terdapat juga istilah iklim organisasi digunakan mengantikan persekitaran
kerja. Duncan (1972) mencirikan iklim organisasi sebagai keseluruhan faktor-faktor
fizikal dan social yang terdapat dalam sempadan sesebuah organisasi. Disamping itu,
Campbell, Dunnette, Lawler dan Weick (1970) telah mendefinisikan iklim organisasi
sebagai satu set attribusi khusus yang ada pada sesebuah organisasi tertentu yang
boleh dilihat melalui cara organisasi itu bertindak dengan ahli-ahli dalam organisasi dan
persekitarannya. Kerangka kerja model konseptual Pines (1982) menjelaskan bahawa
persekitaran kerja dapat diukur/dilihat melalui empat dimensi. Pertama ialah dimensi
psikologikal iaitu meliputi beban kerja, kurang berautonomi, tahap kepuasan yang
rendah dan kurang perkembangan diri. Kedua ialah dimensi structural iaitu persekitaran
fizikal, paras kebisingan dan darjah keserasian antara keperluan-keperluan kerja dan
struktur fizikal. Ketiga ialah dimensi sosial meliputi aspek-aspek interaksi dengan klien,
rakan sekerja dan penyelia-penyelia. Keempat ialah dimensi birokratik iaitu meliputi
kerja-kerja perkeranian, undang-undang dan peraturan, konflik peranan dan kekaburan
peranan.
Oleh itu dalam konteks pendidikan, persekitaran kerja merangkumi organisasi
dalam bidang pendidikan, manakala persekitaran kerja yang lebih dekat bagi seorang
guru ialah organisasi sekolah guru tersebut. Perkara-perkara yang merangkumi dalam
organisasi sekolah ini ialah pentadbiran sekolah (guru besar), rakan sejawat, pelajar,
ibu bapa pelajar dan masyarakat disekitar sekolah serta tugas guru. Setiap perkara
yang berlaku dalam persekitaran kerja guru yang memberikan tekanan yang berlebihan
akan menjadi punca utama kepada berlakunya stress.

Contoh situasi stress yang selalu dialami berpunca daripada persekitaran kerja
ialah tugas guru. Apabila seorang guru yang baru tamat pengajiannya ditugaskan ke
sekolah, guru tersebut selalu diberi tugas yang pelbagai. Antaranya ialah ketua panitia,
guru data, setiausaha sukan dan penyelaras bagi pelbagai projek. Tugas-tugas ini telah
menjadi beban kepada guru baru tersebut. Akibatnya guru itu akan merasa stress untuk
melaksanakan kesemua tugas tersebut dengan baik.
Contoh lain ialah, apabila guru cemerlang di sekolah kawasan Bandar telah
dipindahkan ke sekolah dikawasan pedalaman yang serba kekurangan dari segi
kemudahannya. Akibatnya guru tersebut akan mengalami stress apabila tidak dapat
menyesuaikan diri dengan sekolah tersebut. Oleh itu dapat dinyatakan bahawa,
persekitaran kerja telah menjadi punca utama berlakunya stress dalam kalangan guru.
Stress yang dialami oleh guru mempunyai implikasi terhadap kerjaya perguruan.
Antara implikasi stress terhadap kerjaya guru ialah penurunan kepuasan kerja,
penurunan produktiviti guru, ketidakselesaan interaksi guru dengan murid, dan
kekurangan guru-guru terlatih.
Kepuasaan kerja ditetapkan sendiri oleh individu. Pengkaji- pengkaji seperti
Herzberg (1959), Mc Gregor (1960) dan Maslow (1970) telah menekankan bahawa
kepuasan bekerja merupakan satu keperluan manusia yang paling utama dan mesti
dipenuhi, terutama bagi mencapai tahap kesempurnaan kendiri. Ketinggian nilai
pekerjaan yang dirasakan oleh sesorang individu itu boleh menyebabkan ia merasa
puas hati, komited, berminat dan setia kepada pekerjaannya, seterusnya ia akan
sentiasa menjalankan tugas dan kewajipannya dengan penuh kerelaan hati tanpa
sebarang paksaan (Mc Gregor, 1960). Kajian yang dilakukan oleh Peklaj dan Puklek
(2001) menyatakan guru yang mengalami stress mempunyai tahap kepuasaan kerja
yang rendah. Ini berlaku kerana guru yang stress ketika melaksanakan tugasnya, akan
melaksanakan tugas tersebut secara sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh. Ini
kerana mereka mahu cepat menyiapkannya. Akibatnya mereka cepat berpuas hati
dengan hasil kerja mereka. Seterusnya telah menurunkan tahap kepuasaan kerja dan
kualiti kerja mereka.

Contohnya, guru disiplin yang ingin mengurangkan masalah disiplin pelajarnya

secara sesi kaunseling, akhirnya telah merontan pelajar tersebut apabila masalah
disiplin tersebut tidak dapat diatasi selepas dua kali sesi kaunseling. Hukuman
merontan tersebut dilakukan kerana guru disiplin itu merasa stress dengan tingkah laku
pelajarnya dan desakan dari pihak atasan yang ingin masalah itu diatasi dengan cepat.
Stress menurunkan produktiviti guru. Ini kerana stress menyumbang kepada
penurunan tahap tenaga guru dan penglibatan tugas yang semakin berkurangan
(Lewis, 1999). Ini akan menyebabkan guru cuba untuk mengelak tugasan yang diberi
atau lebih teruk lagi tidak masuk ke kelas untuk mengajar. Selain itu, pengajaran yang
dijalankan oleh mereka juga akan menjadi tidak berkualiti kerana mereka telah dikuasai
oleh perasaan-perasaan negatif. Akibatnya prestasi pelajar mereka menurun. Ini
membuktikan stress memberi kesan yang mendalam kepada guru. Kewibaan bidang
pendidikan banyak bergantung kepada produktiviti guru. Amat sukar bagi guru memberi
perkhidmatan yang berkualiti tinggi sekiranya mereka menghadapi stress.
Stress juga memberi implikasi kepada interaksi guru dengan murid. Implikasi ini
menyebabkan murid dan guru tidak selesa untuk berinteraksi. Akibatnya, guru akan
bertindak tidak wajar setiap kali murid melakukan kesalahan atau menghasilkan kerja
yang tidak baik atau tingkah laku yang tidak diingini guru. Antara tindakan tidak wajar
yang selalu dilakukan guru stress ialah menengking murid di hadapan murid lain, tidak
member peluang kepada murid untuk menjalaskan sebab tindakan mereka dan
berdendam dengan murid. Setiap kali guru melakukan tindakan ini, murid akan mula
menjauhi guru tersebut dan akhirnya membencinya.
Implikasi lain yang boleh terjadi terdapat kerjaya guru ialah ketiadaan guru-guru
terlatih. Ini berlaku disebabkan guru-guru bersara awal. Guru bersara awal kerana
mereka sudah tidak mampu lagi menghadapi tekanan. Selain itu, guru bersara awal
juga mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan. Di mana, masalah kesihatan ini
timbul berikutan stress yang dihadapi. Kenyataan ini disokong oleh beberapa kajian
yang telah dilakukan. Selain itu, Cooper & Marshall (1978) juga menyatakan kos
kewangan dan fizikal ke atas penyakit yang berkaitan dengan stress telah

didokumentasikan secara meluas sekali. Sesungguhnya kehilangan guru-guru ini

sangat merugikan semua pihak.
Justerus itu, adalah penting untuk guru-guru belajar cara-cara pengurusan
stress. Ini kerana, selain mendatangkan kesan kepada mental, stress juga boleh
memberi kesan kepada kesihatan.
Refleksi menyediakan diri bagi menangani isu-isu pendidikan dalam era
globalisasi.
Era globalisasi merupakan era dunia tanpa sempadan. Perkembangan penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi telah berkembang dengan pesatnya pada zaman
ini sehinggakan semua maklumat kini berada di hujung jari. Globalisasi ini telah
menimbulkan beberapa isu dalam bidang pendidikan. Antaranya ialah perubahan
kurikulum dalam sistem pendidikan rendah dan menengah, penggunaan alat-alat
teknologi maklumat dan komunikasi dalam pelaksanaan tugas, dan pengurusan
pendidikan.
Hallinger (1998) menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan
paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari
makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Perubahan ini
perlu dilakukan disebabkan kebimbangan akan kehilangan daya saing dalam
persekitaran dunia global sekiranya penyemakan dan perubahan terhadap kurikulum
tidak dilakukan. Dalam konteks ini, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami
transformasi yang agak radikal bermula sekitar tahun 1990-an sebagai reaksi kepada
perubahan di peringkat global tersebut. Beberapa perubahan kurikulum terutama dari
segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti
sekolah bestari, projek sekolah Net, projek Smart Lab dan projek sekolah Vista.
Kesemua isu-isu pendidikan ini berkait rapat dengan penggunaan alat-alat
teknologi maklumat dan komunikasi yang terkini. Jadi dengan kebolehan saya dalam
penggunaan alat-alat ini telah banyak membantu saya bersedia untuk menghadapi isuisu tersebut. Ini kerana, saya tidak akan ketinggalan dalam memperoleh maklumatmaklumat yang berguna kepada murid-murid saya apabila pengajaran dilakukan. Selain

itu, kepantasan saya menyesuaikan diri dengan alat-alat teknologi yang terkini juga
telah membantu memudahkan saya menyediakan diri bagi menangani isu-isu tersebut.
Lebih cepat saya menyesuaikan diri lebih banyak maklumat baru yang akan saya
peroleh dan lebih mudah saya menjalankan tugas saya. Ini kerana, penggunaan alatalat ini telah menjimatkan masa saya mencari maklumat yang diperlukan serta
membantu saya mendapatkan idea yang lebih menarik untuk tugas saya.
Namun begitu, penggunaan alat-alat teknologi maklumat dan komunikasi ini
sebenarnya mempunyai keburukannya. Salah satunya, ialah menyebabkan saya
mudah hilang focus kepada tugas. Ini kerana, banyak hiburan yang boleh melalaikan
terdapat dalam alat-alat ini. Contohnya seperti Facebook. Penggunaan facebook ini
telah menyebabkan banyak masa saya terbuang dengan perkara-perkara berfaedah.
Namun begitu, keburukan ini timbul disebabkan kelemahan diri saya sendiri, bukannya
akibat alat-alat tersebut. Ini menunjukkan saya tidak bersedia sepenuhnya lagi dengan
penggunaan alatan teknologi maklumat dan komunikasi ini.
Bagi mengatasi masalah ini, saya sendiri perlu sedar tentang kesalahan yang
dilakukan dan seterusnya berubah kearah lebih baik lagi. Selain itu, penambahbaikan
yang boleh dilakukan untuk menjadikan penggunaan alatan ini lebih berkesan dalam
melaksanakam tugas saya ialah, memahirkan diri dengan mengikuti kursus-kursus
penggunaan alatan ini.
Oleh itu, saya menyatakan bahawa saya telah berjaya menyediakan diri saya
bagi menangani isu-isu pendidikan dalam era globalisasi ini. Namun sedikit perubahan
tentang diri saya perlu dilakukan untuk memastikan saya benar-benar bersedia.

oleh: Nazwa binti Nayan

IPG Perlis

Anda mungkin juga menyukai