Anda di halaman 1dari 8

Soalan : Berdasarkan pengalaman anda sila beri pandangan peribadi anda

adakah jawatan guru layak dianggap sebagai jawatan profesional? Berikan


alasan untuk memperkukuhkan jawapan anda ?
GURU SEBAGAI SATU PROFESION
PERGURUAN SEBAGAI SATU PROFESION
Konsep perguruan
Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh.
Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang
memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada
orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara,
menjaga dan mendidik. Manakalaperguruan ialah sesuatu yang mempunyai
perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu
sepertisekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang
perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.
Berdasarkan pengertian yang dihuraikan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa
perguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar
atau melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institut-institut pendidikan lain
untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat.
Pekerjaan yang dianggap professional.
Ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional ialah:
1. Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.
- Sesebuah pekerjaan yang profesional mestilah merupakan pekerjaan yang unik
dan penting, sama ada kepada masyarakat atau negara.
2. Banyak menggunakan keupayaan intelek.
- Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi untuk melakukannya. Tugas guru
contohnya merupakan suatu pekerjaan yang perlu ada intelek yang tinggi agar
guru-guru dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan.

3. Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa


menjalankan tugas.
- Pekerjaan yang profesional juga memerlukan seorang yang pakar dalam suatu
bidang tersebut dan benar-benar mahir dalam bidangnya.

4. Mendapat latihan khusus.


- Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan
dengan betul. Oleh itu, seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih
dahulu sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut. Latihan ikhtisas ini
membolehkan mereka mahir dan faham tanggungjawab yang harus mereka pikul
semasa melaksanakan tugas mereka.
5. Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja.
- Bidang profesional memerlukan seseorang pekerja yang rajin, cekap dan
dedikasi terhadap kerjanya. Sikap ini akan menjamin kualiti kerana
mementingkan mutu dan perkhidmatan yang cemerlang merupakan ciri penting
dalam pekerjaan profesional.
6. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya.
- Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan profesional mestilah menjadi ahli
kepada organisasi di mana mereka bekerja. Ahli dalam organisasi itu pula terikat
dengan autonomi organisasi yang akan menentukan peraturan-peraturan yang
harus dipatuhi oleh semua ahli organisasi. Peraturan-peraturan tersebut
diwujudkan demi mengawal kualiti perkhidmatan.
7. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion
tersebut.
- Setiap jenis profesion mempunyai kod etika tersendiri dan berlainan dengan
profesion yang lain. Namun begitu, tujuannya adalah sama, iaitu untuk
membolehkan seseorang pekerja itu mematuhi garis panduan dan dasar etika
yang telah ditetapkan oleh organisasi.
8. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.
- Pekerjaan yang profesional memerlukan pekerja yang bukan sahaja rajin dan
cekap, malahan juga perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab tersebut bukan
hanya meliputi tugas-tugas yang mesti dilaksanakannya tetapi turut
merangkumi segala keputusan-keputusan yang telah dibuat. Jika seseorang itu
bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuatnya, maka jelaslah bahawa
sesuatu kerja itu mempunyai ciri-ciri pekerjaan atau profesion yang profesional.

Mengapakah taraf professional dalam bidang perguruan sering


dipertikaikan?

Sesetengah masyarakat masih lagi menganggap profesion perguruan bukanlah


suatu pekerjaan yang profesional. Ini kerana ramai di kalangan individu yang
terbabit memikirkan bahawa profesion keguruan ini tidak seglamour pentadbir,
eksekutif firma-firma, akauntan, doktor perubatan ataupun peguam. Mereka juga
seringkali menganggap kerja ini sebagai pilihan terakhir dan terpaksa. Sebab
itulah ada di kalangan mereka yang beranggapan sedemikian.
Faktor lain yang menyebabkan timbulnya sebab mereka mempertikaikannya
ialah mereka menganggap pekerjaan tersebut merupakan pekerjaan biasa yang
boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Mereka masih terpengaruh dengan keadaan
lampau di mana seseorang yang telah tamat Darjah Enam boleh menjadi guru.
Wujudnya guru pengganti semasa seorang guru cuti bersalin juga adalah satu
sebab yang mendorong mereka mengatakan bahawa pekerjaan guru bukanlah
satu pekerjaan yang profesional.
Berdasarkan pengalaman anda sila beri pandangan peribadi anda adakah
jawatan guru layak dianggap sebagai jawatan profesional? Berikan alasan untuk
memperkukuhkan jawapan anda.
Pada pandangan saya, jawatan guru memang layak dianggap satu pekerjaan
profesional. Hal ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana, ciri-ciri pekerjaan ini
banyak mengandungi ciri-ciri sebuah pekerjaan yang profesional. Mungkin
sesetengah orang yang tidak terlibat dalam profesion ini menganggap pekerjaan
ini tidak profesional kerana tugas guru hanya mengajar sahaja. Namun,
sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam pekerjaan ini, barulah mereka
sedar bahawa seorang guru bukan hanya perlu mengajar, tetapi perlu juga
melakukan banyak tugas lain yang bukannya senang untuk dilakukan oleh orang
yang tidak berpengalaman.
Mengapakah sesetengah masyarakat tidak memandang pekerjaan guru sebagai
profesional sedangkan mereka tidak tahu tugas guru sebenarnya? Pendek kata,
tugas seorang guru bukan hanya mengajar semata-mata, malah boleh juga
melakukan tugas-tugas golongan profesional yang lain, contohnya menjadi
doktor, akauntan, eksekutif, hakim, polis, jurutera, kerani dan sebagainya.
Etika perguruan.
Etika ialah suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku
bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspekaspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah dengan
tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.
Dalam konteks perguruan, etika yang dipegang oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia ialah Tatasusila Profesion Keguruan. Etika tersebut menjadi garis
panduan dan dasar yang harus dipatuhi oleh semua kakitangan perguruan.
Seseorang yang melanggar etika tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib

dan dikenakan hukuman sewajarnya.


Hubungan penghayatan tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme
keguruan seperti mana sebuah kata-kata yang sering diungkapkan, Segala
sesuatu itu bermula daripada diri kita dulu. Ungkapan tersebut akan
menjelaskan hubungan penghayatan tatasusila dengan peningkatan taraf
profesionalisme keguruan.
Terlebih dahulu, kita cuba memahami makna penghayatan tatasusila.
Penghayatan tatasusila bermakna seseorang pendidik memahami dan mematuhi
etika perguruan atau tatasusila yang telah ditetapkan oleh organisasi
pendidikan. Maksudnya, jika seseorang itu memahami dan mematuhi segala
peraturan yang termaktub dalam etika perguruan maka dia telahpun menghayati
tatasusila tersebut.
Peningkatan taraf profesionalisme pula bermakna menaikkan atau meningkatkan
martabat profesion keguruan khususnya di negara kita. Martabat yang tinggi
akan menjadikan profesionalisme itu disanjung tinggi, mempunyai nilai dan
berkualiti tinggi.
Perlu diingat, sekiranya kita hendak menaikkan taraf profesionalisme keguruan,
diri kita sendiri haruslah telah bersedia terlebih dahulu. Kesediaan tersebut
adalah dari segi memahami tanggungjawab sebenar seorang guru, mematuhi
tatasusila dan sedia menerima segala perubahan. Sifat-sifat diri seperti itu yang
wujud daripada pemahaman tatasusila akan melahirkan seorang guru yang
berkualiti dan seterusnya dapat meningkatkan taraf profesionalisme keguruan.
Pembelajaran sepanjang hayat
Konsep pembelajaran sepanjang hayat atau lifelong learning bukanlah
merupakan satu konsep yang baru dalam sistem pendidikan negara. Belajar
sepanjang hayat, membawa makna: Kita harus sentiasa belajar sepanjang
hidup kita dan yang paling penting sekali ialah pembelajaran mestilah
melahirkan tindakan pro-kehidupan.
Pembelajaran sepanjang hayat dari segi konsepnya merangkumi pengertian
yang begitu luas. Konsep ini merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan
yang merangkumi program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan
kompetensi sama ada secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional, atau
secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di sekolah.
Pengalaman yang bersifat pengetahuan seperti ini tidak akan dapat dipelajari
secara bentuk yang biasa, tidak juga secara formal dan latihan. Ia memerlukan
pusingan yang berterusan mencipta, dissemination dan memahami erti
perkongsian ilmu. Berdasarkan kepada pandangan di atas, pembelajaran
sepanjang hayat dapat disimpulkan kepada proses seperti berikut:

Proses pembelajaran seseorang secara berterusan sama ada bagi tujuan


meningkat kemahiran atau membangunkan kerjaya dalam sesuatu bidang
pekerjaan pada masa sekarang, mahupun pada masa akan datang. Proses
pembelajaran seseorang bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tidak akan
berakhir apabila seseorang itu meninggalkan alam persekolahan, ia adalah
proses sepanjang hayat.
Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang
hayat. Sebagai seorang pendidik, kita haruslah dilengkapi dengan ilmu
pengetahuan yang dinamik. Oleh itu, setiap guru harus menerima dan
menambahkan ilmunya melalui pembelajaran sepanjang hayat untuk disebarkan
kepada para pelajar.
Guru harus memahami dan menghayati tugasnya sebagai guru yang
menghendaki agar kita bertanggungjawab terhadap tugas-tugas lain selain
daripada mengajar. Oleh itu, guru haruslah sentiasa belajar memahami tugastugasnya.
Guru juga perlu mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat
agar sentiasa mempertingkatkan mutu kehidupan dan dapat membentuk
individu yang berfikiran rasional, inovatif, kreatif dan mempunyai daya tahan
fizikal dan mental.
Selain menjadi sumber maklumat kepada para pelajar, guru juga menjadi bahan
rujukan rakan setugas dan ibu bapa. Oleh itu, mengamalkan prinsip
pembelajaran sepanjang hayat akan menjadikan ilmu seseorang guru itu
sentiasa dinamik.
Guru perlu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat agar dapat memahami
budaya ilmu yang akan diterapkan kepada para pelajar.
Langkah yang boleh anda dan guru lakukan untuk mempertingkatkan
tahap profesionalisme perguruan.
1. Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan
o Kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru kerana itu mendorong dan
membantu guru menyampaikan pengajaran kepada para pelajar.
o Bagi memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus
peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh jabatan. Kursus-kursus
tersebut termasuklah juga Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman.
2. Membuat penyelidikan dan penulisan

o Penyelidikan dan penulisan dalam pendidikan antaranya bertujuan untuk


mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem
pendidikan atau pengajaran seseorang guru.
o Contoh permasalahan yang boleh dikenalpasti dalam proses penyelidikan ialah,
penggunaan bahan bantu pelajaran, strategi dan kaedah mengajar, pengurusan
aktiviti berkumpulan, perancangan aktiviti pemulihan dalam pendidikan dan
penyediaan lembaran kerja sebagai penilaian.
3. Usaha ke arah perkembangan kendiri
o Guru perlu meningkatkan perkembangan kendiri masing-masing.
Perkembangan tersebut akan melibatkan pembentukan konsep kendiri
seterusnya mempengaruhi cara kerja seseorang guru.
o Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap
terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu guru
tersebut melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan. Ini
seterusnya akan meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru.
4. Peka terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini
o Guru yang baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan
dan kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini. Mereka
harus sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa
mengikut perkembangan zaman.
o Setiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang perubahan sistem
pendidikan agar pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini.
5. Pembelajaran sepanjang hayat
o Pembelajaran sepanjang hayat membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih
dinamik.
o Ilmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak maklumat
kepada pelajar. Ini akan mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan pelajar
terhadap seseorang guru.
Akauntabiliti keguruan.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan
dilaksanakan oleh seseorang guru. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti
keguruan membawa maksud tanggungjawab terhadap profesionalisme
keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di
atas merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku, murid-murid dan
profesion keguruan.

Hubungan akauntabiliti dengan peningkatan profesionalisme


keguruan.
Memahami akauntabiliti bererti memahami tanggungjawab sebenar seseorang
guru. Penghayatan akauntabiliti akan meningkatkan profesionalisme keguruan
kerana semua guru akan menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya
dengan penuh dedikasi.
Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang merangkumi bidang
pekerjaan, sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan akan
ditingkatkan sekiranya seseorang itu benar-benar menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik. Peningkatan dalam bidang
tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan
meningkatkan taraf profesionalisme keguruan khususnya di negara kita.
Pentingnya kesedaran akauntabiliti keguruan dihayati oleh semua
guru.
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, setiap guru perlu sedar akan
tanggungjawabnya terhadap tugas agar mereka dapat melaksanakan tugas itu
dengan bersungguh-sungguh dan dedikasi.

CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL


Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, kita dapat merumuskan
bahawa guru yang professional perlu berilmu, berkemahiran dan
berketerampilan dan pengetahuan pedagogi serta pengetahuan kandungan
pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selaras dengan guru yang profesional: ciri-ciri guru yang berkesan seperti mana
berikut:

Bersikap professional
Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori

Kaya dengan ilmu


Bertindak atas landasan etika dan tatasusila
Bermoral teguh
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran
Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid
Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa
Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan
sebagai pendidik unggul

pada setiap masa

Memastikan situasi guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas


Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunuyai
kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh
Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik
Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri
( bermoral, berakhlak mulia, berketerampilan dan pandai menyesuaikan diri
dengan situasi tertentu ).
Taat dan setia terhadap perkhidmatannya serta mempertahankan martabat
profesionnya
Menunjukkan kesetiaan kepada kerjaaan, bebas pendirian dan tidak berbelah
bahagi
Profesional dan menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran
di sekolah.
Secara keseluruhannya, guru yang berkesan menampilkan ciri-ciri guru yang
professional. Sejauh manakah masyarakat menganggap guru sebagai seorang
professional? Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru amat penting dalam
membawa pelbagai perubahan dan inovasi dalam system pendidikan Negara
akibat daripada era perkembangan teknologi yang kian pesat. (Noriati A.Rashid,
Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 6, 7 & 10 )

Anda mungkin juga menyukai