Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Penghayatan Nilai-nilai Profesionalisme Keguruan Oleh Guru Berdasarkan


Domain Diri 1 Standard Guru Malaysia (SGM)

1.1 Pengenalan

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi professionalyang patut


dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan
perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini
disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi
latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini
akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan. Domain ini
merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru
boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai
matlamat sistem pendidikan negara. Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah
kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil,
bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran
interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.

1.2 Cergas, Aktif dan Sihat

Guru patut melibatkan diri secara aktif dan konsisten dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti
anjuran organisasi yang menjurus kepada kecemerlangan pendidikan negara. Keratan akhbar
(Rujuk Lampiran 1) tersebut membuktikan bahwa guru-guru di Malaysia perlu mengamalkan
dan menghayati nilai cergas, aktif dan sihat. Guru-guru pada masa kini banyak berisiko
menghadapi penyakit mental yang serius. Hal ini kerana mereka sangat focus ke atas ker ja
mereka dan lupa akan kesihatan mereka dan juga tekanan yang teramat sangat disebabkan
oleh sesetengah pengetua atau guru besar yang memberikan tekanan kerja kepada guru.
Untuk mengatasi situasi ini, guru-guru harus berganding bahu antara satu sama lain apablia
sesuatu projek besar diamanahkan oleh pengetua atau guru besar supaya kerja-kerja diagihkan
dan tahap tekanan juga dapat dikawal.
1.3 Berilmu

Guru patut berpegang kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat untuk menimba
ilmu sebagai satu amalan hidup demi mencapai dan meningkatkan kecemerlangan diri. Ini
menjelaskan bahawa guru harus sentiasa menimba ilmu supaya dapat meningkatkan
kecemerlangan diri dan juga pelajar-pelajar yang mereka ajar. Keratan akhbar (Rujuk Lampiran
2) menyatakan bahawa konsep pembelajaran sepanjang hayat harus ditekankan oleh setiap
guru di negara kita dalam mendepani arus peredaran zaman. Perkara ini dapat membekalkan
kemahiran dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) murid seiring dengan kemahiran
pada abad ke-21. Dengan ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa guru-guru sekarang perlu
banyak menimba ilmu untuk meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan ilmu tersebut
untuk disalurkan kepada para pelajar.

1.4 Daya Tahan, Daya Saing dan Tahan Lasak

Guru patut menghadapi dan menyelesaikan masalah atau situasi yang mencabar dirinya
dengan tenang dan proaktif serta tidak mudah berputus asa. Di samping itu, guru perlu
mempunyai semangat persaingan yang sihat. Dengan standard ini, kita difahamkan bahawa
guru haruslah tenang menghadapi waktu-waktu mencabar supaya jalan penyelesaian dengan
lebih lancer dan guru juga diseru agar mempunyai persaingan sihat antara satu sama lain
supaya idea-idea yang lebih kreatif dapat digunakan untuk meningkatkan prestasi pengajaran
serta pencapaian murid-murid. Keratan akhbar ( Rujuk Lampiran 3 ) menyatakan Ketua
Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof, berkata situasi sekarang
menjadikan tanggungjawab membina dan membentuk masyarakat beretika yang mampu
membangun dan membina kekuatan sendiri serta menentukan masa depan yang bebas
daripada pelbagai gejala sosial dan moral, semakin mencabar. Tanggungjawab ini digalas oleh
guru dan ini menunjukkan guru menyumbang masa dan tenaga dalam melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan iaitu membentuk masyarakat yang beretika.
1.5 Kasih Sayang

Kasih sayang merupakan nilai yang harus diamalkan oleh setiap orang terutamanya
guru di sekolah untuk melahirkan masyarakat yang mengikut norma dan juga dapat menjaga
kesejahteraan. Adalah dinyatakan bahawa nilai kasih sayang merupakan nilai murni yang perlu
ada pada seseorang guru. Setiap agama menekankan aspek kasih sayang dalam ajarannya,
dengan ini pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan demi
menjaga kesejahteraan murid. Keratan akhbar ( Rujuk Lampiran 4 ) Berita Harian Online
menyatakan guru menjadi seorang penasihat dan pembimbing pelajar mengenai hal yang
bersangkutan dengan sahsiah, nilai budaya dan nilai murni. Ab Rahim Othman pernah berkata:
“Murid bukan sahaja layak menerima ilmu, tetapi kasih sayang daripada guru juga kerana ia
merupakan salah satu cara mengurangkan gejala negatif serta masalah disiplin yang dihadapi
di sekolah.’’

1.6 Kepercayaan Kepada Tuhan

Kepercayaan kepada Tuhan merujuk kepada pegangan hati dan keyakinan terhadap
wujudnya zat yang mempunyai segala sifat kesempurnaan dan berkuasa terhadap segala
sesuatu. Kepercayaan ini dimanifestasi melalui penganutan agama. Penghayatan kepada
agama ini akan memberi panduan hidup yang positif kepada penganutnya. Standard ini dengan
jelas dapat membentuk keperibadian guru serta memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan di
mana melahirkan anak murid yang mencapai tahap kerohanian yang tinggi. Semua itu diharap
dapat menanam sifat cintakan al-Quran mahupun aktiviti berunsurkan keagamaan untuk
membentuk peribadi serta rohani meskipun peserta terdiri mereka golongan istimewa. Hal ini
menunjukkan bahawa, guru-guru sangat proaktif dalam usaha menanamkan ajaran al-Quran
terutamanya kepada pelajar-pelajar istimewa. ( Sila Rujuk Lampiran 5 )
2.0 Langkah-Langkah Yang Diambil Oleh Bakal Guru Untuk Memastikan Nilai-Nilai

Tersebut Menjadi Amalan Diri.

Sebagai seorang guru ataupun bakal guru yang cemerlang, seharusnya guru tersebut
memiliki domain diri yang positif. Di sini domain diri yang positif menyatakan bahawa
mengamalkan nilai-nilai seperti mana digaris pandukan dalam Standard Guru Malaysia. Hal ini
disebabkan kerana, amalan nilai-nilai tersebut dapat mewujudkan penampilan diri guru yang
lebih yakin.

Antara langkah yang harus diambil oleh bakal guru dalam usaha mengekalkan nilai
cergas, aktif dan sihat adalah dengan melibatkan diri secara aktif dan efisian dalam sukan dan
aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak IPG dan juga diluar IPG. Ini kerana, apabila kita
aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi ia akan menyebabkan badan kita cergas dan juga
menjaga kesihatan kita daripada beberapa penyakit kronik. Tambahan pula, pengamalkan gaya
hidup yang sihat seperti membuat senaman setiap hari dan menjaga pemakanan yang sihat
dan seimbang.

Selain itu, nilai berilmu dapat dikekalkan dalam diri seorang bakal guru dengan
mengikuti langkah ini, iaitu sebagai seoang bakal guru kita harus meluangkan kebanyakan
masa di perpustakaan dan juga internet untuk mendapatkan info-info yang bernas pada waktu-
waktu tertentu supaya percakapan dan penulisan sentiasa bertaraf tinggi dan bernas. Sebagai
contoh, mendedahkan diri dengan pelbagai berita yang berlaku di dalam negara mahupun di
luar negara. Ini kerana, guru harus peka terhadap isu-isu yang berlaku sekitar kita supaya dapat
menyampaikan pengetahuan kepada pelajar-pelajar dan juga dapat menjawab soalan-soalan
yang dikemukakan oleh murid.

Seterusnya, nilai daya tahan, daya saing dan tahan lasak perlu diamalkan oleh guru
dengan menyumbangkan masa dan tenaga dalam melaksanakan tanggungjawab yang
diamanahkan di sekolah seperti hari sukan, program kaunseling dan lawatan sambil belajar. Ini
kerana, aktiviti-aktiviti seperti ini memerlukan idea, masa dan tenaga guru supaya dapat
mencapai kejayaan. Justeru, guru-guru juga harus tenang dan mengekalkan persekitaraan
mereka tenang walaupun menghadapi banyak masalah supaya mereka akan berfokus pada
matlamat mereka iaitu mengajar dan melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam pendidikan
dan juga kehidupan.
Sebagai langkah untuk mengamalkan nilai kasih sayang yang digariskan di Standard
Guru Malaysia, guru-guru harus mendekati murid-murid di sekolah dengan penuh kasih sayang
terutamanya bakal guru yang berpraktikum. Ini kerana, masa itu merupakan waktu mereka
berjumpa murid-murid di sekolah bagi pertama kali. Dengan ini mereka dapat memupuk
hubungan yang erat dengan pelajar. Justeru, amalan guru penyayang hendaklah dilaksanakan
secara berterusan. Hal ini kerana konsep Guru Penyayang bertujuan membudayakan sikap
kasih sayang dalam kalangan guru terhadap murid di sekolah dengan harapan besar kerana
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Amalan guru penyayang ini menyebabkan
guru-guru komited dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid.

Akhir sekali, pengamalkan nilai Kepercayaan kepada Tuhan dalam kalangan guru-guru
dengan melaksanakan sembahyang mengikut agama masing-masing supaya mereka dapat
meningkatkan dan mengembangkan tahap kerohanian ke tahap maksimum. Ini menyebabkan
para guru dapat mengajar anak murid mereka cara-cara untuk mencapai kerohanian kepada
tahap seterusnya. Hal ini dapat dibuktikan, guru-guru yang banyak mnganjurkan program
keagamaan, kelas agama dan juga program bina insan pelajar di sekolah yang banyak
membantu pelajar tingkatkan kerohanian meraka.

Kesimpulannya, mengikut nilai-nilai keguruan, kualiti peribadi seseorang guru


merangkumi sifat mesra, adil, tegas, dedikasi, berwibawa dan toleransi. Guru-guru harus
mengetahui dokumen Standard Guru Malaysia bagi mengekalkan amalan nilai profesionalisme
keguruan dalam diri mereka dengan mengamalkan Standard 1 iaitu domain diri yang
mengandungi empat belas nilai. Dengan ini, dapat melahirkan guru-guru yang efisien dan
profesional dalam bidang mereka.

Anda mungkin juga menyukai