Anda di halaman 1dari 1

Guru yang melaksanakan pendekatan komunikatif harus mempelbagaikan aktiviti komunikasi.

Murid perlu diberi peluang untuk berinteraksi dalam bilik darjah dan guru bertanggungjawab menyediakan aktiviti komunikatif bagi menggalakkan mereka terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara aktiviti komunikasi yang dapat dijalankan di dalam bilik darjah ialah seperti perbincangan, sumbang saran, lakonan, simulasi dan sebagainya. Melalui aktiviti ini, murid dapat berinteraksi sesama mereka dan dapat mengembangkan idea dan pendapat serta bertindak hasil komunikasi di antara mereka. Pembelajaran berpusatkan murid harus ditekankan kerana guru dapat bertindak sebagai pembimbing dalam membimbing murid untuk menguruskan segala aktiviti dalam bilik darjah. Murid-murid akan dilatih belajar menggunakan bahasa dengan betul melalui aktiviti yang dijalankan tersebut. Oleh itu, aktiviti komunikasi harus dipelbagaikan supaya dapat melahirkan murid kreatif dan kritis dalam menggunakan bahasa. Prinsip yang terakhir pendekatan komunikatif ialah murid harus memahami tujuan aktiviti dijalankan. Setiap aktiviti komunikasi yang berlaku dalam bilik darjah harus mempunyai tujuan tertentu dan mengambil kira penggunaan bahasa untuk menyampaikan maksud yang sebenar. Guru hendaklah menjelaskan dan memberikan penerangan yang sewajarnya sebelum sesuatu aktiviti dimulakan. Contohnya, bagi aktiviti lakonan, guru perlu menjelaskan tujuan lakonan tersebut diadakan. Setiap aktiviti yang dijalankan mesti berpandukan kepada objektif yang telah ditetapkan. Hal ini penting supaya murid dapat memahami tujuan aktiviti komunikasi dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesa.

Anda mungkin juga menyukai