Anda di halaman 1dari 10

SYUHADA, NAJIHAH, ATIQAH, PUTERI

1. kumpulan bincang komitmen sekolah, guru, ibu bapa dan komuniti

Komitmen sekolah: sesebuah sekolah perlu menyediakan platform buat para pelajar bagi
mengembangkan bakat dan potensi masing-masing sama ada dalam bidang akademik atau
kurikulum. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan seperti nyanyian,
tarian, kuiz dan sebagainya. Selain itu, pihak sekolah perlu mempunyai inisiatif menyediakan
infrastruktur yang terbaik. Sebagai contoh, memberikan peralatan sukan yang baik dan lengkap
kepada pelajar agar dapat mengembangkan potensi malah manarik minat mereka dalam bidang
tertentu. Maka, sekolah merupakan platform yang terbaik bagi pelajar mengambangkan potensi
masing-masing.

Komitmen Guru:

Seseorang guru perlulah bersikap prihatin terhadap setiap pelajarnya tidak kira pelajar lemah
mahupun pintar dalam pelajaran kerana setiap individu mempunyai potensi tersendiri dan potensi
tersebut adalah berbeza-beza antara satu sama lain. Sebagai seorang guru, kita perlulah
mempunyai inisiatif untuk mencungkil seterunya memberi motivasi kepada murid untuk
mengembangkan lagi potensi mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh, pelajar
yang lemah dalam akademik diberi peluang menceburi bidang seperti teknikal yang lebih kepada
hands-on sekaligus memberi jaminan masa hadapan yang lebih cerah mengenai potensi yang
dimiliki.

Komitmen Ibu bapa:

Sebagai ibu pada, mereka perlu memberi sokongan kepada anak-anak terutamanya dalam
bidang yang mereka minati. Apabila anak-anak menunjukkan kecenderungan yang tinggi
terhadap sesuatu bidang maka, ibu bapa seharusnya memberi respon yang positif terhadap
bidang yang diminati. Sokongan yang jitu daripada ibu bapa sama ada dari segi moral dan mental
sangat diperlukan. Sebagai contoh, jika anak-anak menunjukkan minat dalam bidang muzik, ibu
bapa boleh menghantar anak-anak ke kelas muzik di luar waktu persekolahan. Selain itu, ibu
bapa juga seharusnya memberi komitmen dan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam
mengembangkan potensi anak masing-masing. Ibu bapa digalakkan untuk mengikuti aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, Program Motivasi Bersama dengan Ibu Bapa.
Apabila ibu bapa menunjukkan penglibatan yang baik dengan aktiviti sekolah, mereka akan lebih
peka dan memahami situasi yang dihadapi oleh anak mereka di sekolah.

Komitmen Komuniti:

Penglibatan komuniti dalam pencungkilan kepelbagaian memang tidak boleh diabaikan. Sebagai
komuniti, kita perlulah mengadakan aktiviti yang dapat mencungkil potensi murid. Hal ini secara
tidak langsung dapat meningkatkan pembelajaran murid dan meningkatkan potensi murid untuk
menjadi lebih berjaya. Contohnya, pihak komuniti boleh mengadakan pelbagai aktiviti komuniti
seperti pertandingan gasing, wau sepak raga dan sebagainya di kampung-kampung untuk
mengembangkan potensi kanak-kanak di kawasan pedalaman. Selain itu, pihak komuniti boleh
mengadakan kem motivasi kepada pelajar dengan bantuan pihak sekolah bagi meningkatkan
keyakinan setiap pelajar.

ISU DALAM PENILAIAN

Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses
bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses
menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar
seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.

Di Malaysia, penilaian prestasi merupakan suatu aktiviti yang sangat penting dalam konteks
pengurusan sumber manusia terutamanya dalam bidang pendidikan. Selama 9 tahun
pelaksanaan SSB, pelbagai masalah yang timbul. Antaranya kriteria penilaian yang tidak
konsisten dan tidak relevan, pemberian pemberat prestasi yang tidak sekata, penekanan yang
kurang terhadap aspek pembangunan kerjaya tanpa mempedulikan aspek kritikal penjawatan
lain seperti keperluan pelanggan, teknologi maklumat dan perkhidmatan yang diberikan kepada
masyarakat (Abdul Hamid, 1996).

Antara cabaran dalam penilaian ialah guru hanya cenderung menunjukkan penilaian
perkembangan akademik dan kognitif sahaja berbanding aspek-aspek lain yang penting dan
dititkberatkan seperti sahsiah, rohani, sosial, perkembangan jasmani dan komunikasi. Hal ini turut
dinyatakan dalam kajian Rohaty (2003) dalam Surayah Zaidon iaitu guru lebih menumpu kepada
perkembangan akademik dan kognitif. Kecenderungan melihat perkembangan dari aspek kognitif
ini tidak mengamalkan secara menyeluruh objektif yang telah dinyatakan dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang merangkumi semua aspek kehidupan, antaranya ialah
membina kecergasan badan, mempunyai tubuh badan yang sihat, mempraktikkan amalan
kesihatan yang baik, mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri, menguasai
kemahiran motor halus dan asas motor kasar, mempunyai kematangan emosi dan
sebagainya.Penilaian di sekolah perlu memberi peluang pelajar mengembangkan potensinya
secara bebas. Untuk mengesan kemajuan pelajar secara individu dengancara yang fleksibel,
bermakna dan tidak menakutkan pelajar, penilai perlu mengambilkira keperluan dan kemampuan
individu, kepelbagaian cara supaya pelbagaikecerdasan pelajar diambil kira. Oleh itu, penilaian
yang hanya berfokuskan akademik dan kognitif menjadi isu utama dalam penilaian.

Oleh itu, usaha untuk menggunakan pelbagai strategi pengajaran harus digandakan dari
peringkat awal lagi tanpa memfokuskan pada aspek peperiksaan sahaja. Elemen-elemen yang
mampu menjana pemikiran kritis dan kreatif, pemantapan kemahiran insaniah yang merangkumi
kemahiran berkomunikasi serta kerohanian harus diintegrasikan secara bijak dengan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran sertaaktiviti kokurikulum. Justeru, jika aspek pendidikan ini dihayati
dan dilaksanakan dengan baik, tidak ada“tekanan” atau “menarik nafas lega” jika sesuatu
keputusan dibuat oleh pihak atasan mengenai isu yang berkaitan dengan peperiksaan.

INISIATIF PENGGUBAL DASAR

Antara inisiatif utama yang dijalankan oleh pihak KPM, menerusi Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025, adalah

a)pembentukan dan pembangunan kurikulum kontesktual iaitu kurikulum asli dan Penan (KAP)
yang disesuaikan untuk murid Orang Asli dan Penan.

b) Pembentukan program sekolah model khas komprehensif (K9) yang menyediakan kemudahan
asrama dari tahun 1 hingga tingkatan 3.
c) Penerapan bahasa peribumi dan bahasa minoriti lain dalam kurikulum lain.

d) Penyediaan kelas dewasa Orang Asli dan Peribumi (KEDAP) dimana kelas ini dijalankan bagi
mendidik golongan dewasa Orang Asli mnecapai kadar literasi dan numerasi yang sesuai untuk
mereka membantu pembelajaran anak-anak.

Mampukah Pendidikan Inklusif Merapatkan Jurang antara Aliran Perdana dan Pendidikan Khas ?

Pelaksanaan PPI selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,
dilihat mampu meningkatkan akses pendidikan bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) agar
mampu bersaing dengan murid lain dalam kelas sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan.
Matlamat PPI adalah untuk memberi peluang kepada MBK mengikuti program akademik dan
bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada
masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka
boleh diminimakan jika di beri peluang yang sama.
Keberkesanan itu dapat dibuktikan melihat kepada perkembangan murid apabila kebanyakan
mereka berjaya dipulihkan, khususnya membabitkan MBK disleksia, yang mampu membawa diri
mereka bergaul bersama pelajar arus perdana di peringkat sekolah menengah, tanpa sebarang
masalah.
Tiada diskriminasi guru yang terlibat dalam sesi pembelajaran melibatkan MBK, memainkan
peranan penting memastikan murid berkenaan tidak merasa wujud perbezaan dengan rakan-
rakan sebaya di kelas arus perdana.
PPKI merupakan program yang dilaksanakan di sekolah harian biasa namun mempunyai kelas
berasingan dan diajar oleh guru pendidikan khas, berbeza dengan PPI, di mana murid MBK yang
berkefungsian tinggi belajar bersama-sama dengan murid lain.
Sehingga tahun lalu, seramai 72,715 direkodkan sebagai MBK di seluruh negara dan 16,899
MBK mengikuti PPI di 4,869 sekolah sekali gus mencatatkan peningkatan berbanding 2014 yang
hanya 10,700 MBK mengikuti PPI di 2,798 sekolah.
Ia juga bermakna, KPM telah mencapai 23.24 peratus MBK berada dalam program berkenaan
sehingga Disember 2015.
Bagi memastikan penyertaan MBK dalam PPI dapat ditingkatkan, KPM juga mempunyai
rancangan untuk dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Inisiatif penggubal dasar

Nurul nadhirah
Nurul hanis
Nur zawanah
Nor Ain nadiah

Langkah-langkah dalam Inisiatif penggubal dasar dalam rujukan pelan pembangunan pendidikan
Malaysia ialah memastikan semua sekolah mempunyai tahap infrastruktur minimum yang boleh
diterima, disesuaikan dgn keperluan sekolah secara berkesan. Selain itu melakukan
pernyelenggaraan segera bagi sekolah yang mempunyai keperluan kritikal untuk pembaikkan.
Seterusnya menaik taraf kemudahan dan peralatan di semua sekolah.
Pelan pembangunan pendidikan Malaysia (pendidikan tinggi) akan diselaraskan dengan lima
aspirasi yang dinyatakan dalam PPPM ( pendidikan pra sekolah- lepas menengah).
Dalam bahagian pra sekolah, penambahbaikan yang difokuslan ialah meningkat bilangan kelas
pra sekolah. Kedua mengharmonikan kelayakan guru dan oembangu pra sekolah. Linus
menstrukturkan program dengan penambahan dari sudur numeradi dan literasi.

Fenomena kepelbagaian budaya dalam situasi di sekolah di negara kita telah membawa
pelbagai implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khasnya
kepada pelajar. Implikasi kepelbagaian budaya kepada pelajar pula boleh dibahagikan kepada
dua iaitu :
a) Implikasi positif
b) Implikasi negatif

IMPLIKASI POSITIF :
 Berpeluang mempelajari kepelbagaian budaya .
 Ini boleh dilihat melalui pelajar yang berlainan agama, etnik, adat resam, budaya.
 Setiap pelajarberpeluang mempelajari adat resam dan budaya rakan-rakan yang lain.
 Setiap pelajar boleh menerima dan menghormati rakan-rakan dari pelbagai agama, etnik, adat
resam dan budaya tanpa rasa curiga atau ragu-ragu.
 Membentuk interaksi sosial yang baik
 Proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar kerana setiap pelajar mempunyai
sikap saling hormat-menghormati di antara satu sama lain.
 Penerapan konsep “1 Malaysia” merupakan satu langkah wajar yang perlu diberi sokongan
semua pihak.
 Dapat memupuk perpaduan yang erat di kalangan pelajar.
 Memperkembangkan bakat
 Melalui proses pengajaran dan pembelajaran , murid dapat mengembangkan bakat masing-
masing melalui aktiviti seperti lakonan, bercerita , perbahasan dan sebagainya.
 Dalam hal ini isu kepelbagaian budaya tidak timbul di kalangan pelajar dalam mereka
mengembangkan bakat masing-masing.

 Pelajar lebih mementingkan matlamat pembelajaran dari memikirkan perkara –perkara yang
melibatkan kepelbagaian budaya.
IMPLIKASI NEGATIF:
 Mempunyai masalah dalam kerja kumpulan.
 Aktiviti kumpulan yang dijalankan pasti menghadapi masalah apabila pelajar mula
mempersoalkan isu kepelbagaian bangsa.
 Pelajar yang memilih ahli-ahli kumpulan dari bangsa yang sama akan menimbulkan rasa tidak
puas hati di kalangan pelajar yang berkenaan.
 Matlamat utama kumpulan sudah pasti tidak akan dapat dicapai.

 Masalah komunikasi dan bahasa


 Masalah komunikasi akan timbul sekiranya seseorang pelajar tidak dapat menguasai Bahasa
Melayu dengan baik.
 Pelajar yang tidak dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik sudah pasti akan merasa
tersisih dan rendah diri bila berkomunikasi dengan rakan mereka.
 Ini akan mewujudkan jurang pemisah yang besar di kalangan pelajar.
 Sukar mewujudkan persefahaman
 Persefahaman tidak dapat diwujudkan apabila timbul persepsi negatif terhadap rakan-rakan
yang berlainan agama, budaya dan bangsa.
 Pelajar seharusnya tidak bersikap “memilih” kawan kerana kita semua adalah rakyat Malaysia.
 Penguasaan Bahasa Melayu bagi setiap pelajar juga penting memandangkan Bahasa Melayu
merupakan bahasa rasmi.

 Wujud rasa rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri
 Pelajar yang disisihkan oleh kawan-kawannya sudah pasti akan berasa rendah diri dan kurang
keyakinan diri.
 Masalah rendah diri dan kurang keyakinan diri akan mempengaruhi aspek-aspek yang lain seperti
masalah komunikasi, tidak ramai kawan, takut dan sukar memberikan pandangan dan pendapat.

Antara inisiatif yang diambil oleh kementerian untuk memastikan semua sekolah mempunyai
persekitaran pembelajaran yang sesuai murid adalah memastikan semua sekolah mempunyai
tahap infrastruktur minimum yang boleh diterima. Selain itu, pihak kementerian juga hendaklah
dengan melakukan penyelenggaraan segera bagi sekolah yang mempunyai keperluan kritikal
untuk pembaikan. Bukan itu sahaja, pihak kementerian seharusnya melibatkan ibu bapa, komuniti
dan sektor swasta sebagai rakan dalam pendidikan. Langkah yang diambil oleh pihak
kementerian termasuklah meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan komuniti
tentang peranan mereka dalam pendidikan anak-anak. Seterusnya, pihak kementerian
mengaitkan bantuan kewangan untuk murid miskin dengan meningkatkan penglibatan ibu bapa.
Selain komitmen kementerian dalam bidang pendidikan, pihak sekolah, ibu bapa dan guru juga
memainkan peranan penting dalam meningkatkan kepelbagaian potensi murid.

Sekolah pula memainkan peranan yang penting untuk membantu murid mencungkil bakat dan
potensi mereka sejak zaman persekolahan dengan mengadakan aktiviti yang boleh
memperkembangkan kecerdasan mereka. Sekolah tersebut merupakan contoh yang telah
berjaya mencungkil bakat murid-muridnya dalam aspek kecerdasan logical-matematikal dan
kecerdasan
interpersonal murid-murid tersebut. Kecerdasan logical-matematikal
merangkumi kecerdasan memikir secara kritis untuk membuat keputusan serta menyelesaikan
masalah. Manakala kecerdasan interpersonal merupakan kecerdasan interaksi sosial yang
termasuk semangat bekerjasama kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan
antara manusia.

Selain daripada pihak sekolah, guru juga merupakan salah satu watak yang penting untuk
mencungkil kepelbagaian potensi di kalangan murid serta memberi bimbingan
memperkembangkan potensi mereka. Seorang guru yang berkomitmen boleh mengadakan kem
motivasi untuk mencungkil kepelbagaian potensi murid-murid terutamanya kecerdasan
interpersonal. Komitmen seseorang guru yang memberi bimbingan kepada murid tersebut sudah
pasti dapat mencungkil potensi dan meningkatkan minat mereka dalam proses pembelajaran
mereka. Tanpa bimbingan dan bantuan guru, seseorang murid yang berbakat tidak mungkin
dapat memperkembangnkan potensinya dan bakatnya. Guru merupakan bahan rangsangan
yangmembolehkan murid lebih memahami kebolehan dan kemampuan diri sendiri serta memberi
tunjuk ajar kepada mereka yang ingin mempertingkatkan kebolehan diri sendiri. Oleh itu, guru
berperanan penting dalam mencungkil bakat murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan dan
latar belakang yang amat berbeza dalam sekolah serta memberipengajaran yang sesuai untuk
perkembangan yang berkekalan.

Bukan itu sahaja, ibu bapa juga memberi sumbangan dalam pencungkilankepelbagaian potensi
di kalangan murid selain daripada pihak sekolah dan guru yang juga memainkan peranan mereka
dalam proses ini. Setiap anak yang dilahirkan dengan keadaan sempurna dan berpotensi untuk
menjadi insan cemerlang merupakan individu yang berjaya di dunia dan akhirat. Penglibatan ibu
bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhandan perkembangan
kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya. Penglibatan ibu bapa dalam arus
pembelajaran anak-anak mereka amatlah penting kerana ia dapat memberi kesan yang positif
terhadap perkembangan potensi anak-anak antaranya bersungguh-sungguh dalam aktiviti
pembelajaran di samping menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang.

Kepelbagaian pelajar dapat dilihat dari aspek kognitif, cara pembelajaran dan minat yang dimiliki
oleh pelajar itu sendiri. Aspek kepelbagaian yang wujud dipengaruhi oleh beberapa faktor
antaranya ialah perbezaan budaya, latar perbezaan masyarakat dan tahap sosioekonomi.
Kepelbagaian memberikan impak terhadap pelaksanaan kurikulum di sekolah untuk mencapai
kejayaan. Kewujudan kepelbagaian murid telah menyebabkan guru-guru menggunakan kaedah
pedagogi yang berbeza-beza untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas dapat dimaksimumkan sepenuhnya. Strategi pengajaran yang lebih berkesan dapat
diaplikasikan oelh guru-guru sesuai dengan tahap kebolehan dan kemampuan yang dimiliki oleh
pelajar. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyentuh tentang perkembangan potensi individu
secara menyeluruh. Berdasarkan FPK tersebut, wujud pembentukan kurikulum KBSR dan KBSM
bagi menjadikan pendidikan negara lebih dinamik dan sesuai. Kurikulum yang dibentuk mampu
untuk meyediakan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi merangsang perkembangan
potensi pelajar. Kepelbagaian potensi pelajar dapat dikenalpasti oleh guru-guru melalui
peperiksaan dalaman yang dilakukan serta Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang diwujudkan.
Melalui PBS tersebut guru-guru dapat mengenalpasti potensi yang dimiliki oleh pelajar mereka

Isu kepelbagaian potensi dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kebudayaan, persekitaran,
jantina dan keluarga. Namun isu ini juga boleh wujud disebabkan sistem dan komuniti pendidikan
itu sendiri. Setiap murid mempunyai bakat atau potensi tersendiri dan sekurang-kurangnya
memiliki satu daripada tujuh kecerdasan iaitu kecerdasan linguistik, kecerdasan logik-matematik,
kecerdasan spatial/ visual ruang, kecerdasan muzik, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan
interpersonal dan kecerdasan kinestik-jasmani. Ketidakprihatinan individu dan komuniti sekeliling
murid akan menyebabkan bakat yang seharusnya bersinar terbiar begitu sahaja. Dan hal ini akan
menyebab murid mengalami kendiri negatif iaitu kurang berkeyakinan, merendah diri dan putus
asa. Sistem pendidikan yang mementingkan peperiksaan dan semata-mata pencapaian
akademik juga akan menyekat potensi pelajar. Malah, mentaliti masyarakat yang memandang
keputusan cemerlang sebagai suatu yang hebat hanya akan menjadikan golongan yang lemah
akademik ketinggalan dan dipandang rendah sedangkan golongan ini mempunyai potensi
tertentu cuma bukan dari aspek akademik. Oleh itu, pengenalan kepada sistem penilaian secara
menyeluruh melibatkan psikometri, kokorikulum dan kurikulum akan mengimbangi pencapaian
pelajar di samping menggilap bakat murid. Penilaian seperti ini juga akan menjadi suatu
peransang kepada murid untuk melakukan yang terbaik dalam setiap bidang yang diceburi, bukan
semata-mata akademik. Malah penglibatan pelajar dalam aktiviti di sekolah akan meningkatkan
tahap kecergasan dan kecedersan pelajar secara tidak lansung.Kesimpulannya, sistem
pendidikan juga penting bagi membentuk dan menggilap potensi murid. Oleh itu, perancang
dasar pendidikan seharusnya menitikberatkan kemenjadian murid supaya dapat membentuk
modal insan kelas pertama yang dimatlamatkan oleh negara.
Inisiatif penggubalan dasar di dalam PPPM 2013-2025 difokuskan kepada beberapa bidang.
Antara bidangnya adalah Prasekolah di mana sewaktu GTP1.0 ia lebih menekankan pentingnya
usaha meningkatkan enrolmen prasekolah, manakala GTP2.0 bermatlamat mempertingkat
program prasekolah dengan memperkenalkan standard minimum prasekolah dan memperluas
program supaya melibatkan aspek penjagaan awal kanak-kanak. Antara inisiatifnya termasuk
meningkatkan bilangan kelas prasekolah yang ditawarkan oleh prasekolah kerajaan dan pihak
swasta, mengkaji dan menilai semula keperluan kelayakan (dan mengaitkannya dengan
keperluan) dan mekanisme pengagihan bantuan yuran dan geran prasekolah, menyeragamkan
kelayakan guru prasekolah dan pembantu guru prasekolah, memperluas bantuan yuran dan
memulakan pemberian geran untuk prasekolah dan penjagaan kanak-kanak dan menetapkan
standard ECCE kebangsaan dan standard profesional guru prasekolah. Bidang
seterusnya adalah saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) Program LINUS dimana dalam
GTP1.0 berjaya menambah baik secara signifikan literasi dan numerasi bahasa Malaysia. Dari
kejayaan ini, GTP2.0 akan memperluas program ini untuk literasi bahasa Inggeris. Struktur
program ini juga akan ditingkatkan untuk memastikan taksiran yang lebih menyeluruh dan tekal
untuk murid Tahun 1 hingga Tahun 3. Selaras dengan ini, kohort fasilitator LINUS, iaitu FASILinus
akan diperluas. Seterusnya, Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Tumpuan untuk tiga tahun akan
datang adalah untuk mengekalkan standard kualiti yang tinggi semua SBT. Semua sekolah ini
hendaklah menggunakan sepenuhnya kelebihan hak membuat keputusan supaya boleh terus
melakukan inovasi dan meningkatkan standard sekolah. Dalam GTP 2.0, matlamat untuk
mencapai 100 SBT masih dikekalkan.

Seperti yang diterangkan di atas, itu hanyalah sebahagian daripada bidang yang difokuskan.
Selain itu, langkah langkah yang diambil pula adalah memastikan semua sekolah mempunyai
tahap infrastruktur minimum yang boleh diterima dan dapat disesuaikan dengan keperluan
sekolah secara berkesan kos, melakukan penyelenggaraan segera bagi sekolah yang
mempunyai keperluan kritikal untuk pembaikan dan menaik taraf kemudahan dan peralatan di
semua sekolah bagi menyokong keperluan pembelajaran murid yang akan berubah mengikut
masa

Anda mungkin juga menyukai