Anda di halaman 1dari 3

KONSEP ASAS SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni Dalam Pendidikan (SDP) memfokuskan kepada aspek seni visual, seni muzik serta seni
pergerakan. Perkembangan kanak-kanak dari segi kreativit, estetikai dan daya persepsi dapat
ditingkatkan. Seni Dalam Pendidikan begitu penting dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran pada masa kini terutama apabila melibatkan PDP abad ke 21. Hal ini kerana
pembelajaran abad ke 21 berpusatkan murid dan guru sebagai fasilitator untuk membantu
murid. Penggabungan tiga jenis seni iaitu seni visul, seni muzik dan seni pergerakan mampu
membentuk pelajar yang bersifat holistik.

TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Teori Kecerdasan Manusia yang dipelopori oleh Howard Gardner pada tahun 1893
mengesyorkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang harus
diterapkan dalam kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah.
Namun, kecerdasan linguistik dan matematik logik sahaja yang diberi perhatian. Secara tidak
langsung, kecerdasan lain akan hilang. Kesepaduan subjek yang terdapat dalam
matapelajaran Seni dalam Pendidikan mampu menjana kecerdasan minda murid-murid
secara holistik. Teori ini amat penting untuk diterapkan kerana setiap individu mempunyai
kecerdasan yang berbeza. Justeru, guru perlu peka terhadap kemahiran dan kecedasan
pelajar mereka untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

PENGENALAN

Artikel/Jurnal yang telah saya pilih untuk dianalisis bertajuk “Kesan Penggunaan
Kaedah Imej Visual dalam Mengatasi Masalah Penggunaan Huruf Besar dan Huruf Kecil
Penulisan Bahasa Melayu Murid Tahun Lima” yang ditulis oleh Amirah Khairunnisa bt
Jaafar bekas pelajar IPG Kampus Batu Lintang. Penulis mendapati bahawa pelajar kelas 5C
begitu lemah dalam mengenalpasti cara penggunaan huruf kecil dan huruf besar. Hal ini akan
membawa masalah kepada subjek-subjek yang lain. Maka, penulis telah menerapkan unsur
Teori Kecerdasan pelbagai di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan disesuaikan
denan aktivti yang dijalankan.

Penulis menyatakan kecerdasan visual ruang amat penting bagi menarik minat pelajar
dan membantu murid lebih fokus. Menurut Gardner “kecerdasan visual ruang yang ada pada
manusia membolehkan manusia mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual,
peka terhadap warna, garis, bentuk dan ruang”. Maka penulis teelah menyediakan beberapa
tindakan direka khas untuk membantu pelajar kelas 5C di SK Campur Sarawak. Kajian ini
menumpukan kepada kemahiran visual. Hal ini kerana pelajar tidak dapat membezakan dan
keliru tentang cara penggunaan huruf besar dan huruf kecil.
ULASAN JURNAL

Penulis telah memulakan tindakan pertama dengan menerangkan konsep


penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan pelajar. Seterusnya penulis memberi
latihan pengukuhan untuk mengenalpasti kesilapan penggunaan huruf kecil dan besar dalam
petikan dan salin semula dalam penggunaan huruf besar dan kecil yang betul. Pada tindakan
pertama penulis telah menggunakan kemahiran verbal linguisitk iaitu melalui penerangan.

Tindakan kedua pula, penulis menguji kemahiran mendengar murid untuk melihat
penguasaan murid melalui aktiviti mengimlak. Sebelum aktiviti menulis, gambar-gambar
keluarga itik dilekat di papan tulis. Lalu penulis membacakan petikan untuk menyalin
perkataan. Tindakan ketiga pula penulis memberi soalan pemahaman tanpa imej visual.

Teknik Imej Visual yang digunakan ini amat bersesuaian dengan pelajar sekolah
rendah. Hal ini kerana, pelajar-pelajar lebih tertarik untuk melihat gambar serta mempunyai
warna yang pelbagai. Teknik yang digunakan adalah dengan menggunakan gambar dan
simbol dan ditampal di hadapan kelas. Hal ini bertepatan dengan teori yang dikemukakan oleh
Howard Gardner iaitu beliau mengatakan “kecerdasan visual ruang yang ada pada manusia
membolehkan manusia mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual, peka
terhadap warna, garis, bentuk dan ruang” (terjemahan, 42). Maka, pelajar akan lebih fokus
dan mampu meningkatkan ingatan para pelajar.

Manakala Mohammad Nasir Ibrahim dan Ibrahim Hassan (2003) menyatakan bahawa
melalui seni visual, “kita dapat menggambarkan proses, membuat hubung kait dan
membayangkan prinsip-prinsip teori”. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa seni visual dapat
memperkembangkan kognitif dan melancarkan proses mengingat. Apabila pelajar melihat
imej visual yang dipaparkan di hadapan kelas, pelajar tersebut

Penyerapan kecerdasan pelbagai menjadikan proses PDP lebih efektif dengan


menggunakan keupayaan kognitif. Melalui kecerdasan pelbagai dalam pengajaran Bahasa
Melayu berdasarkan 9 jenis keecerdasan iaitu linguistik, matematik-logik, ruang-visual,
kinestetik-badan, muzik, interpersonal, intrapersonal, lingkungan dan eksistensial (Suparno,
2004). Namun, tidak semua pelajar mempunyai kesemua kecerdasan pelbagai. Akan ada
yang mempunyai lebih daripada satu dan boleh boleh diperkembangkan dari satu tahap ke
satu tahap. Semasa melakukan aktiviti atau latihan bukan hanya satu kecergasan yang terlibat
bahkan kecerdasan akan bertindak secara serentak.
PENAMBAHBAIKAN

Dari segi kajian yang dilakukan amat bagus dan menarik kerana penulis
menggunakan elemen seni visual dalam kajian untuk membantu pelajar membezakan
penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Namun, terdapat beberapa penambahbaikan yang
boleh dilakukan dalam kajian ini. Contohnya menambahkan elemen seni muzik dalam
pengajaran dan pembelajaran semasa menyampaikan pengetahuan tentang penggunaan
huruf kecil dan huruf besar. Aktiviti yang boleh dilakukan penulis ialah dengan memaparkan
muzik video tentang tema haiwan beserta liriknya dan pelajar harus menyanyikan lagu
tersebut bersama-sama. Selain itu, guru boleh memaparkan video bunyi-bunyi haiwan ini
beserta pergerakan. Melalui tayangan muzik video tersebut pelajar dapat melihat dan
menganalisa perkataan yang menggunakan huruf kecil dan besar. Maka, telah berlaku proses
memerhati, membuat bayagan serta imaginasi tentang ciri-ciri bintang dari tubuh badan,
warna dan jantina.

Elemen pergerakan asas di bawah kecerdasan kinestetik juga boleh dimasukkan


dalam aktiviti mengenalpasti huruf kecil dan besar. Contohnya, penulis boleh memanggil
beberapa orang pelajar untuk memperagakan huruf kecil dan huruf besar yang terdapat dalam
tayangan video. Di samping itu, menyelitkan unsur kecerdasan interpersonal melalui kerja
kumpulan. Guru membahagikann murid kepada beberapa kumpulan dan menyuruh pelajar
menunjukka cara pergerakan haiwan yang telah merak amati. Hal ini dapat menjalinkan
bersama kreativiti untuk menjadikan pembentangan lebih menarik.

KESIMPULAN

Tuntasnya, saya mendapati bahawa kajian ini berjaya kerana selepas aktiviti-aktiviti
yang diberikan oleh pengkaji menampakan hasil apabila pelajar kelas 5C dapat meminimakan
kesalahan penggunaan huruf kecil dan huruf besar. Aktiviti mengimlak terutamanya dapat
menambahkan pemahaman murid dan mereka terlibat secara aktif. Perkara ini dimasukkan
elemen kecerdasan pelbagai yang menjadikan pembelajaran lebih berfokus. Kemahiran seni
visual yang digunakan oleh pengkaji mampu meransang pemikiran para pelajar melalui
gambar rajah atau symbol yang dilekatkan di papan putih. Oleh itu, seni visual ini juga boleh
diaplikasikan bagi matapelajaran yang lain.

Anda mungkin juga menyukai