Anda di halaman 1dari 3

Bahagian B: Penulisan Akademik

Teori Konstruktivisme telah membuktikan kanak-kanak tidak memperolehi


pengetahuan secara pasif, tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif dengan
belajar secara aktif serta membina ilmu yang didapati bermakna kepada dirinya.
Bincangkan dapatan ahli konstruktivisme ini dalam SDP dan perkaitannya dengan
subjek major anda.

Seni Dalam Pendidikan (SDP) merupakan suatu bidang yang menumpukan kepada
seni muzik, pergerakan serta seni visual. Seni Dalam Pendidikan dapat menajamkan,
persepsi, imaginasi dan intuisi seseorang murid itu kerana mereka diberi peluang untuk
menggunakan pancaindera mereka untuk membantu dalam meningkatkan sensitiviti, daya
imaginasi serta kreativiti dalam pembelajaran mereka.
Seni dalam Pendidikan dapat diaplikasikan melalui teori Konstruktivisme, di mana
kanak-kanak yang diajar melalui pembelajaran secara kreatif dan penggunaan kaedah yang
pelbagai akan dapat mengekspresikan idea mereka dengan bebas dan kreatif. Howard
Gardner (1953), menyatakan, sekiranya hanya satu sahaja kaedah atau pendekatan yang
digunakan didalam sesuatu pengajaran, hanya murid-murid tertentu sahaja yang boleh
mendapatkan manfaat yang disampaikan. Hal ini kerana setiap individu mempunyai
kebolehan menaakul yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi dengan pelbagai jenis
kecerdasan memudahkan penerimaan murid kepada pembelajaran.
Herman (1991) dalam Quadrant Concept telah menyatakan bahawa seni dapat
membantu meningkatkan pemikiran rasional serta intuitif seseorang individu itu. Pernyataan
ini telah diperkukuhkan dengan pendapatan dalam Teori Konstruktivisme bahawa kanak-
kanak yang diajar melalui pembelajaran secara meneroka, bereksperimen dan mengolah
bahan ataupun objek akan dapat mengekspreskan idea mereka dengan lebih bebas dan
kreatif kerana terdapat unsur seni dalam pembelajaran mereka yang akan membantu
menguat atau mengukuhkan pemikiran mereka. Contohnya, apabila murid-murid dapat
belajar melalui aktiviti seperti membuat eksperimen dalam subjek Sains, mereka akan dapat
belajar dengan lebih cepat di samping mengukuhkan pemikiran mereka.
Murid-murid pada zaman yang berteknologi tinggi ini mempunyai durasi perhatian
yang terhad, mereka akan mudah terpengaruh dengan faktor-faktor persekitaran dan
gangguan sekeliling. Kalau ditambah lagi dengan pengaplikasian kaedah yang tidak betul
ataupun tidak berubah, hal ini akan memburukan lagi keadaan murid yang mudah
terpengaruh dengan sekeliling mereka. Menurut Howard Gardner dalam Teori Kecerdasan
Pelbagai beliau juga, telah menyatakan bahawa setiap individu mempunyai jenis
kecerdasan tersendiri yang meliputi tiga jenis bidang, iaitu bahasa, matematik dan visual. Ini
telah membantu menguatkan lagi penyataan bahawa penggunaan kaedah yang tidak sesuai
serta tidak pelbagai akan membosankan murid di samping menyebabkan mereka tidak
dapat menerima ilmu yang diajar dengan baik. Hal ini adalah kerana setiap jenis kecerdasan
yang dimiliki memerlukan cara yang berbeza untuk belajar. Contohnya, murid jenis
kecerdasan visual akan dapat belajar dengan lebih cepat dan efektif melalui kaedah yang
sesuai.
Konstruktivisme merupakan satu pendekatan pengajaran yang mengatakan bahawa
murid membina pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman yang sedia ada. Menurut Brunner (1974), semasa pelajar belajar, mereka perlu
membentuk konsep-konsep dan membuat kategori dengan membezakan benda-benda yang
beraneka jenis dan rupa yang terdapat di persekitaran. Konstruktivisme menegaskan proses
di mana pelajar mencipta dan mengembangkan idea (Ng, 1999).
Seni dalam Pendidikan dapat dikaitkan dengan teori konstruktivisme melalui
hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan yang sedia ada. Murid akan menyusun atur
maklumat dan pengetahuan di dalam minda mereka dan membentuk ilmu yang baru melalui
teori Konstruktivisme dan seterusnya mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti-aktiviti dan
latihan yang dilakukan. Menurut teori konstruktivisme, seni dapat mengembangkan potensi
dan kebolehan individu secara menyeluruh dan holistik. Setelah membuat beberapa
pencarian dan bacaan, saya berasa Seni Dalam Pendidikan dapat diaplikasikan ke dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris untuk menambah baik kefahaman murid
dalam subjek ini kerana aktiviti-aktiviti yang dijalankan akan menarik perhatian mereka.
Language Arts merupakan satu subjek minor dalam subjek Bahasa Inggeris di
mana ia mengajar murid-murid berkaitan dengan cerita dongeng, sajak serta puisi Bahasa
Inggeris. Subjek ini telah mula diajar di dalam sekolah rendah kerana ia amat membantu
dalam memupuk minat belajar dan penguasaan Bahasa Inggeris murid-murid. Namun begitu,
kebanyakan guru dalam sekolah menghadapi masalah dalam mengajar subjek ini kerana
tidak mempunyai kemahiran dalam seni dalam pendidikan. Kemahiran seni dalam
pendidikan amatlah diperlukan dalam mengajar subjek ini kerana ia meliputi elemen-elemen
seperti pergerakan, lukisan dan juga seni muzik. Elemen-elemen ini akan membantu
melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana murid-murid senang tertarik dengan
perkara yang menyeronokan.

Untuk pengaplikasian seni muzik, cikgu boleh mengadakan aktiviti yang melibatkan
seni muzik seperti nyanyian, lakonan dan juga sajak yang diiringi dengan muzik.
Selain itu, aspek seni visual juga dapat diaplikasikan ke dalam subjek language arts
ini kerana subjek ini juga meliputi elemen di mana murid-murid harus membuat hasil seni
sebagai salah satu kerja mereka. Hal ini akan memotivasikan lagi murid-murid untuk belajar
Bahasa Inggeris. Sebagai contoh, dalam topik Sea Creatures, murid-murid dapat
menghasilkan topeng haiwan di dalam laut ataupun melukis gambar hiduapan laut yang
diajar. Ini bukan sahaja akan menambah baik pengetahuan mereka dalam mengenal pasti
hidupan laut, malah akan memotivasikan murid-murid untuk belajar lebih banyak daripada
cikgu dan seterusnya melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.
Seni Pergerakan juga dapat diaplikasikan dalam pengajaran Bahasa Inggeris
dengan menggunakan Teknik Pengajaran Bahasa Inggeris seperti Total Physical Response.
Melalui teknik pengajaran ini, murid-murid harus bergerak dan memberi respon kepada
arahan cikgu. Contohnya, dalam lagu Itchy Witchy Spiders, murid-murid boleh membuat
aksi mengikut lirik lagu itu. Ini akan menjadikan mereka lebih tertarik untuk melibatkan diri
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran merupakan elemen terakhir Bahasa Inggeris yang perlu dikuasai. Sama
seperti bahasa lain, ia merangkumi skill menulis, mendengar, membaca dan juga
tatabahasa ataupun disebut sebagai grammar dalam Bahasa Inggeris. Penguasaan empat
kemahiran ini juga dapat menjadi sangat efektif jika digabungkan dengan aplikasi seni dalam
pendidikan. Murid-murid akan berasa seronok belajar dan seterusnya menguasai keempat-
empat kemahiran tersebut dengan lebih senang jika ia dapat diaplikasikan dalam kelas.
Sebagai contoh, cikgu boleh mengajar tatabahasa dengan menggunakan lagu yang telah
diubah liriknya untuk menjadikan sesi pengajaran lebih menarik. Selain itu, skill lain juga
dapat diintegretkan. Untuk skill menulis, murid-murid harus mengisi tempat kosong lirik lagu
itu selepas belajar lagu itu. Ini merupakan latihan kepada murid-murid untuk menambahbaik
penulisan mereka.
Kesimpulannya, aplikasi Seni dalam Pendidikan dalam pengajaran sememangnya
penting kerana ia bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia juga
dapat menarik minat para pelajar untuk mengikuti pembelajaran dan membantu
meningkatkan perkembangan diri pelajar itu sendiri apabila terlibat secara aktif semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Ia menjadikan pelajar lebih berkeyakinan terhadap
kebolehan diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai