Anda di halaman 1dari 22

TAJUK KAJIAN : PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

1.0 PENGENALAN
Bahasa merupakan satu medium yang amat penting bagi seseorang individu untuk
berkomunikasi atau berinteraksi secara verbal mahupun bukan verbal dengan orang
lain. Tanpa kebolehan berbahasa, seseorang itu tidak akan mampu untuk
berkomunikasi, menyuarakan pendapat, perasaan dan sukar untuk menguasai
proses pembelajaran dengan berkesan. Oleh itu, semasa proses perkembangan
kanak-kanak,

kanak-kanak

perlu

menguasai

perkembangan

bahasa

bagi

membolehkan mereka mudah untuk berhubung dan berinteraksi dengan orang lain
(Rohani, Nani & Mohd Sharani, 2003). Bahasa juga amat penting kerana ia
merupakan wadah bagi kanak-kanak untuk mereka menyuarakan pendapat atau
pengalaman serta berupaya untuk memberi pandangan dan menyatakan perasaan
mereka kepada orang lain.
Selain itu, kepentingan menguasai bahasa ini dapat membantu kanak-kanak
dalam membina kefahaman dan pendapat tentang perkara-perkara yang berlaku di
sekeliling mereka semasa proses berinteraksi. Hal ini disokong oleh teori Vygotsky
yang menyatakan bahawa pembelajaran bahasa adalah melalui satu proses
interaksi sosial. Chomsky (1957) pula berpendapat bahawa individu memperolehi
bahasa sejak lahir lagi melalui alat penguasaan bahasa atau Language Acquisition
Device (LAD) (dipetik dalam Berk, 2009). Ini menunjukkan bahawa kemahiran
berbahasa bersifat semulajadi yang diperolehi pada setiap kanak-kanak semenjak
dilahirkan. Manakala, perkembangan bahasa berlaku secara berperingkat-peringkat
dan diperolehi oleh kanak-kanak secara semulajadi semasa perkembangan mereka.
Namun

yang

demikian,

perkembangan

bahasa

kanak-kanak

ini

juga

turut

dipengaruhi oleh beberapa faktor. Misalnya, faktor biologi dan faktor persekitaran
dari segi umur, jantina, kesihatan, kecerdasan, alam sekitar dan keadaan keluarga
kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai perspektif perkembangan bahasa yang
dikemukakan oleh ahli linguistik. Hal ini membuktikan bahawa bahasa merupakan
sesuatu yang sangat kompleks untuk didefinisikan secara khusus. Justeru, terdapat
pelbagai teori yang dikemukakan oleh beberapa tokoh tentang cara manusia

memperoleh kemahiran berbahasa. Oleh hal yang demikian, satu kajian akan
dilakukan untuk mengkaji bagaimana perkembangan bahasa kanak-kanak yang
berumur dalam lingkungan 2 hingga 12 tahun ini berlaku. Namun, kajian ini akan
menumpukan kepada seorang responden sahaja iaitu kanak-kanak yang berumur 6
tahun. Kajian yang dijalankan ini juga akan mengaitkan dengan teori-teori
pemerolehan bahasa yang dinyatakan sama ada relevan atau tidak teori tersebut
dengan perkembangan bahasa responden.
2.0 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan oleh pelbagai tokoh tentang bagaimana
manusia memperoleh bahasa. Teori-teori ini dijelaskan dalam tiga perspektif iaitu:

2.1 Perspektif Behavioris

Teori behavioris ini dipelopori oleh B.F Skinner pada tahun 1957 yang menyatakan
bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak berlaku adalah melalui aktiviti
peneguhan (Berk, 2009). Contohnya, apabila seorang bayi membuat sesuatu bunyi,
ibu bapa perlu memberikan peneguhan seperti senyuman, pelukan atau bercakap
dengannya sebagai respon kepada bunyi yang dikeluarkan oleh bayi tersebut. Hal
ini kerana kanak-kanak akan terangsang untuk bercakap apabila dipuji atau diberi
peneguhan ke atas percakapan mereka (Lew, Norliza & Norulazilah, 2015).
Selain itu, Skinner juga menyatakan penguasaan bahasa merupakan hasil
interaksi individu dengan persekitrannya. Bahasa yang dipelajarinya pula adalah
melalui proses ulangan, latih tubi dan pemberian ganjaran kepada tindak balas
yang betul (Wong, Khairuddin, Maridah, Rashinawati, & Azlina, 2013). Melalui
pemberian peneguhan dan ganjaran kepada kepada tindak balas yang

betul,

kanak-kanak akan berasa seronok dan mendorong kepada peningkatan tingkah laku
sedemikian untuk berulang. Oleh itu, penguasaan bahasa seseorang individu boleh
dibentuk melalui persekitaran.

2.2 Perspektif Nativis

Teori Chomsky atau dikenali Teori Nativis ini dipelopori oleh Noam Chomsky.
Ahli-ahli nativis ini menekankan bentuk-bentuk bahasa dan proses-proses mental di
sebalik

perwakilan

bentuk

bahasa.

Chomsky

berpendapat

bahawa

individu

memperolehi bahasa sejak lahir lagi melalui alat penguasaan bahasa atau
Language Acquisition Device (LAD). LAD ini bersifat semulajadi dan diwarisi oleh
setiap individu. LAD ini merupakan satu sistem yang membenarkan kanak-kanak
menguasai

pelbagai

perbendaharaan

kata,

lalu

menggabungkan

perkataan-

perkataan ke dalam tatabahasa, bahasa ibunda, dan untuk memahami maksud ayat
yang

didengari

(Berk,

2009).

Chomsky

juga

berpendapat

bahawa

proses

perkembangan bahasa ini lebih kompleks berbanding apa yang dikatakan oleh Teori
Behavioris.

Perkembangan

bahasa

kanak-kanak

ini

bersifat

dalaman

dan

dipengaruhi oleh individu itu sendiri (Haliza Hamzah & Samuel, 2008) .
Menurut pandangan Chomsky juga, individu dilahirkan dengan keupayaan
berbahasa yang tersendiri yang dilabelkan sebagai Tatabahasa Universal iaitu asas
kepada semua bahasa yang ada. Oleh itu, pembelajaran bahasa tidak terhad
kepada peniruan bahasa yang digunakan oleh orang di persekitaran kanak-kanak
sahaja. Malah, kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa secara tidak langsung
kerana ia bersifat semulajadi semenjak individu itu dilahirkan. Seterusnya, teori ini
juga

mengandaikan

bahawa

terdapat

tempoh

masa

yang

penting

dalam

perkembangan individu dalam pemerolehan dan penguasaan bahasa. Menurut


Wong, et. al (2013), umur kanak-kanak antara satu hingga lima tahun merupakan
tempoh masa yang kritikal bagi kanak-kanak mendapat bahasa pertama mereka.
Oleh itu, pendedahan bahasa kepada kanak-kanak amat penting bagi mereka
semasa berada dalam peringkat umur tersebut.

2.3 Perspektif Interaksionis


Terdapat beberapa tokoh psikologi yang menyokong perspektif interaksionis ini
telah menekankan bahawa faktor biologi dan pengalaman telah mempengaruhi
proses pemerolehan bahasa kanak-kanak. Mereka mencadangkan bahawa proses
pembelajaran bahasa ini berlaku melalui proses interaksi sosial dengan persekitaran
(Lew, Norliza & Norulazilah, 2015). Proses pembelajaran bahasa yang diperoleh
melalui persekitaran ini dapat dibuktikan melalui teori pembelajaran sosial oleh
Bandura yang menekankan peranan permodelan. Beliau menyatakan bahawa
seseorang

individu

memperoleh

bahasa

melalui

orang

yang

berada

di

persekitarannya sama ada ibu bapa, keluarga, rakan sebaya atau masyarakat.
Kanak-kanak akan meniru gaya pertuturan, maklumbalas dan gaya bahasa orang
dewasa. Mereka juga dapat memperoleh kemahiran berbahasa seperti ejaan,
sebutan dan tulisan melalui proses peniruan daripada orang sekelilingnya.
Selanjutnya, Vygotsky turut menekankan bahawa proses pembelajaran
bahasa ini berlaku melalui proses interaksi sosial. Interaksi sosial dan budaya
memainkan peranan penting dalam memperkembangkan kemahiran bahasa kanakkanak. Malah, bermain juga dapat membantu perkembangan bahasa dan pemikiran
kanak-kanak (Vygotsky, 1962). Penerangan Vygotsky tentang zon perkembangan
proksimal dan pembelajaran bahasa pula menerangkan bahawa pembelajaran
kanak-kanak dapat mencapai tahap optimum jika ia berpeluang berinteraksi atau
dibimbing oleh orang dewasa (Wong Kiet Wah, et al, 2013). Selain itu, teori ini juga
menekankan bahawa proses interaksi ini melibatkan proses kognitif dan linguistik

yang mana perkembangan kognitif dan bahasa berlaku seiringan semasa proses
berinteraksi dengan persekitaran.

3.0 TEORI INTERAKSIONIS SEBAGAI DASAR KAJIAN


Ketiga-tiga teori pemerolehan bahasa iaitu perspektif behavioris, nativis dan
interaksionis telah dijelaskan secara ringkas. Dalam konteks kajian ini, pengkaji
telah memilih teori pemerolehan bahasa daripada perspektif interaksionis sebagai
dasar untuk membuat kajian perkembangan bahasa kanak-kanak. Kajian yang
dijalankan ini akan melihat sejauh mana konsep teori interaksionis yang dipilih ini
menepati dapatan kajian yang diperoleh melalui pemerhatian yang dilakukan.
Berdasarkan perspektif interaksionis oleh Bandura, pengkaji dapat mengaitkan
bahawa

kanak-kanak

memperoleh

bahasa

melalui

peniruan

daripada

persekitarannya. Manakala, teori Vygotsky juga turut menekankan bahawa kanakkanak mempelajari bahasa melalui proses interaksi sosial. Justeru, satu kajian untuk
mengkaji perkembangan bahasa kanak-kanak yang berumur 6 tahun akan dilakukan
dengan menggunakan teori interaksionis sebagai dasar untuk membuat kajian
tersebut.
Secara dasar, perspektif interaksionis ini mengatakan bahawa kanak-kanak
mempelajari bahasa melalui konteks yang spesifik. Misalnya, walaupun seorang
bayi belum dapat menggunakan kemahiran berbahasanya, tetapi bayi boleh
menggunakan

kemahiran

sosialnya

untuk

memperoleh

bahasa

daripada

persekitarannya. Malah, Vygotsky juga telah menegaskan kepentingan interaksi


sosial dan faktor budaya dalam memperkembangkan kemahiran berbahasa kanakkanak. Menurut Vygotsky, individu yang mempunyai banyak peluang berinteraksi
sosial dengan orang lain lebih cepat memperoleh bahasa berbanding individu yang

jarang bergaul dengan persekitarannya. Individu yang berada dalam persekitaran


multilingual seperti Malaysia juga lazimnya lebih cepat memperoleh bahasa
berbanding individu yang berada dalam persekitaran monolingual (dipetik dalam
Lew, Norliza dan Norulazilah, 2015).
Oleh hal yang demikian, teori yang dinyatakan dalam perspektif interaksionis
ini telah dipilih untuk digunakan sebagai dasar membuat kajian perkembangan
bahasa kanak-kanak. Hal ini bertujuan untuk melihat sama ada teori interaksionis
yang telah dikemukakan oleh tokoh psikologi yang terdahulu masih relevan atau
tidak

dengan

perkembangan

bahasa

kanak-kanak

pada

masa

kini.

Teori

interaksionis ini sesuai untuk dijadikan sebagai dasar kajian kerana responden yang
ingin dikaji merupakan seorang kanak-kanak yang dibesarkan dalam kalangan ahli
keluarga yang ramai, serta kanak-kanak ini juga masih bersekolah di prasekolah
yang terdiri daripada murid yang berlainan bangsa dan budaya. Hal ini akan
memudahkan pengkaji untuk melihat perkembangan bahasa kanak-kanak melalui
faktor persekitarannya selaras dengan teori interaksionis yang menekankan faktor
persekitaran dalam proses pemerolehan bahasa.

4.0 LATAR BELAKANG RESPONDEN

Kajian tentang perkembangan bahasa ini dijalankan ke atas seorang kanak-kanak


yang berusia 6 tahun. Pengkaji telah memilih anak saudara sendiri sebagai seorang
responden dalam kajian tersebut. Responden yang dikaji ini bernama Syuhada AzZahra Binti Mohd Hafiz. Kanak-kanak ini berusia 6 tahun dan bersekolah di sebuah
prasekolah SK Kg. Contoh Petagas. Responden ini lahir pada 18 Ogos 2010 dan
merupakan anak yang kedua daripada tiga orang adik beradik. Responden berasal
daripada Kuching, Sarawak. Ibunya bekerja sebagai Pegawai Juruteknologi Makmal
Perubatan di Klinik Kesihatan Telupid, Sabah manakala ayahnya pula merupakan
seorang mekanik.
Responden tinggal di sebuah kawasan luar bandar yang terletak di Kg Contoh
Petagas, Kota Kinabalu. Responden juga dipelihara oleh nenek dan datuknya sejak
berumur 1 tahun lagi atas sebab-sebab tertentu dan membesar dalam suasana

keluarga yang terdiri daripada segelintir orang remaja dan dewasa yang berumur
dalam lingkungan 15 hingga 30 tahun. Hobi responden pula adalah bermain,
bercerita dan suka menyanyi. Dia juga bercita-cita ingin menjadi seorang doktor
haiwan kerana responden amat menggemari haiwan peliharaan seperti kucing dan
tikus belanda.
Selain itu, responden memiliki tabiat suka melatah apabila terkejut. Ini
disebabkan oleh pengaruh orang sekelilingnya yang mempunyai tabiat suka
melatah. Oleh itu, responden juga sering mengikut-ikut perlakuan tersebut dan
akhirnya

terpengaruh

sehingga

sudah

menajdi

satu

tabiat

dalam

dirinya.

Responden juga merupakan seorang kanak-kanak perempuan tetapi mempunyai


perwatakan seperti lelaki kerana sangat lasak dan suka bermain permainan kanakkanak lelaki seperti bola, guli, tembak-tembak, kereta-kereta dan sebagainya.
Responden tidak suka bermain permainan seperti patung Barbie dan masakmasak.
Seterusnya, responden merupakan seorang yang suka menarik perhatian
apabila terdapat orang yang baharu dikenalinya, suka dipuji, gemar bercerita
tentang pengalamannya, banyak bertanya dan suka bergaul dengan kanak-kanak
sebayanya. Bukan itu sahaja, responden juga merupakan seorang yang petah
bercakap, boleh membaca serta mengenal huruf. Pengkaji mendapati bahawa
kanak-kanak ini mempunyai kemahiran berbahasa yang baik dalam aspek bertutur,
membaca, menulis dan mendengar.

5.0 KAEDAH KAJIAN


Pengkaji

telah

memilih

untuk

membuat

kajian

berbentuk

kualitatif

yang

menggunakan kaedah pemerhatian. Pengkaji telah memilih untuk mengkaji


perkembangan bahasa seorang kanak-kanak yang berumur 6 tahun sebagai
responden. Sepanjang pemerhatian tersebut, pengkaji telah mengambil masa
selama satu minggu iaitu bermula pada 10 September 2016 sehingga 17
September 2016 untuk menilai perkembangan bahasa yang berlaku terhadap diri
kanak-kanak ini. Pengkaji membuat pemerhatian melalui aktiviti yang dilakukan

oleh kanak-kanak tersebut seperti aktiviti perbualan, bercerita, bermain dan


menyanyi. Oleh itu, pengkaji telah mengumpul maklumat sejauh mana penguasaan
bahasa kanak-kanak ini berkembang dengan menilai faktor-faktor yang telah
mempengaruhi

bahasanya.

Pengkaji

mengumpul

maklumat

dalam

bentuk

perkataan atau gambar. Manakala, data yang diperolehi adalah dalam bentuk
temubual dan rakaman video.
Sebelum melakukan kajian terhadap kanak-kanak yang dipilih, pengkaji telah
mengikut prosedur sebelum membuat pemerhatian iaitu pengkaji telah meminta
izin kepada penjaga kanak-kanak tersebut. Walaupun kanak-kanak yang ingin dikaji
merupakan anak saudara sendiri, namun keutamaan perlu diberikan kepada
penjaganya. Penjaga tersebut juga membenarkan pengkaji untuk menjalankan
pemerhatian
pengkaji

terhadap

meneruskan

kanak-kanak
kajian

tersebut.

dengan

menilai

Setelah
aspek

mendapat

kebenaran,

perkembangan

bahasa

responden tersebut dengan cara memerhati interaksi responden terhadap orang


sekelilingnya serta interaksi responden dengan bahan. Pengkaji juga menilai
perkembangan bahasa responden ketika sedang menyanyi dan bercerita dengan
cara memberi perhatian kepada sebutan, bahasa, gaya pertuturan dan juga
kelancaran berbahasa.

6.0 DAPATAN KAJIAN


Berdasarkan pemerhatian yang

telah dilakukan, pengkaji telah mengumpul

maklumat dalam bentuk gambar, temubual, dan juga rakaman video melalui aktiviti
bercerita, menyanyi serta berinteraksi dengan persekitaran dan bahan. Semasa

membuat pemerhatian, pengkaji juga telah membuat penilaian berdasarkan setiap


aktiviti yang dijalankan bersama responden. Penilaian ini dilakukan secara dengan
cara memerhati setiap sebutan, tatabahasa, gaya pertuturan dan kelancaran
berbahasa. Penilaian ini merupakan salah satu cara bagi memastikan bukti yang
diperolehi dalam mengkaji perkembangan bahasa kanak-kanak ini benar-benar
tepat. Berikut merupakan dapatan kajian yang diperoleh sepanjang pemerhatian
dan penilaian melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh responden :
6.1 Aktiviti Bercerita
Semasa membuat pemerhatian bagi aktiviti bercerita, pengkaji telah
meminta responden untuk menceritakan pengalaman dan perasaannya semasa
berada di tadika berdasarkan apa yang pernah dialaminya. Berikut merupakan
hyperlink

video

yang

diambil

ketika

responden

sedang

menceritakan

pengalamannya di prasekolah dan di rumah:

..\..\..\Documents\VID_20160917_125022.3gp
Video 1 : Pengalaman responden di prasekolah
..\..\..\Documents\VID_20160917_124608.3gp
Video 2 : Pengalaman responden di rumah

Berdasarkan

pengalaman

yang

diceritakan

oleh

responden,

pengkaji

mendapati bahawa responden merupakan seorang kanak-kanak yang petah


bercakap. Contohnya, pengkaji hanya menanyakan satu soalan sahaja sebagai
rangsangan, tetapi responden boleh menceritakan banyak perkara dalam satu
masa. Hal ini menunjukkan bahawa responden boleh menceritakan pengalamannya
dengan baik sekali. Melalui cara percakapannya juga, pengkaji dapat menyimpulkan
bahawa gaya bahasa yang digunakan adalah seperti gaya bahasa orang dewasa.
Bahasa yang digunakan pula adalah bahasa baku dan menggunakan dialek Sabah.
Responden juga pandai menceritakan sesuatu perkara yang telah berlaku dengan
perasaan dan mimik muka yang betul.

6.2 Aktiviti Bermain Bola


Seterusnya, pengkaji telah sempat merakam video dan mengambil gambar
semasa responden sedang bermain bola. Video ini diambil ketika responden sedang
leka dengan permainannya. Oleh itu, pengkaji memerhati tingkah laku dan bahasabahasa yang dilontarkan ketika dia berinteraksi dengan bahan. Berikut merupakan
video yang diambil semasa responden sedang menyusun bola-bola kecil :

G:\VID_20160916_111846.3gp

Video 3 : Responden sedang menyusun bola mengikut saiz

Berdasarkan video tersebut, pengkaji dapat melihat bahawa responden


sedang teliti menyusun bola-bola tersebut daripada bola bersaiz besar ke kecil.
Responden juga teliti dalam memastikan bola-bola tersebut disusun dalam jarak
yang sama. Responden melakukan hal yang sedemikian kerana dia ingin
mengelecek bola yang lebih besar di antara bola-bola kecil yang tersusun. Video
seterusnya pula menunjukkan responden sedang mengelecek bola besar di antara
bola-bola yang sudah tersusun dalam jarak yang sama. Dalam video ini juga,
pengkaji dapat melihat reaksi responden serta bahasa yang diujarkan semasa
menendang bola tersebut.
Berikut merupakan video yang diambil semasa responden sedang mengelecek bola
dan gambar bola-bola yang disusun mengikut saiz :

G:\VID_20160916_112031.3gp

Video 4 : Responden sedang menendang bola besar di antara bola kecil


yang telah disusun

10

Gambar 1 : Bola yang telah berjaya disusun mengikut saiz

Berdasarkan aktiviti ini, pengkaji mendapati bahawa proses perkembangan


kognitif kanak-kanak ini berada dalam tahap yang baik kerana responden boleh
mengkategorikan, mengukur jarak, mereka cipta dan berimaginasi ketika bermain.
Dari aspek perkembangan bahasa responden pula, pengkaji mendapati bahawa
responden bercakap sendiri ketika sedang bermain. Misalnya, dia berkata Ok,
mula! setelah berjaya menyusun bola-bola kecil tersebut lalu berlari ke ruang tamu
untuk mengambil bola yang lebih besar. Selain itu, dia juga berkata, Nah! Bola
besar datang suda apabila ingin menendang bola besar tersebut di antara bola
kecil itu. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran
berbahasa melalui persekitarannya ketika interaksi dengan bahan (permainan). Hal
ini

membuktikan

bahawa

pada

peringkat

perkembangan

kanak-kanak

perkembangan kognitif dan bahasa adalah saling berhubung dan berkait rapat.

11

ini,

6.3 Aktiviti Bermain Puzzle


Pengkaji juga membuat kajian terhadap perkembangan bahasa responden dengan
cara memerhatinya ketika dia sedang bermain permainan puzzle. Permainan
puzzle yang diperbuat daripada getah ini merupakan salah satu permainan yang
menjadi kegemaran responden. Pengkaji mendapati bahawa kanak-kanak ini bijak
dalam membuat apa sahaja bentuk binaan seperti rumah, robot, kerusi dan
sebagainya

menggunakan

puzzle

tersebut.

Hal

ini

menunjukkan

bahawa

perkembangan kognitif dan perkembangan bahasa responden saling berkait rapat


dan sangat baik dalam peringkat perkembangannya. Berikut merupakan hyperlink
video yang diambil ketika responden sedang membina puzzle ini menjadi sebuah
rumah :

..\..\..\Documents\VID_20160917_123829.3gp

Video 5 : Responden sedang membina rumah menggunakan puzzle

Berikut merupakan gambar binaan puzzle yang telah dibina oleh responden serta
perbualan antara pengkaji dan responden sewaktu bermain permainan ini :

pintu

12

Gambar 2 : Binaan puzzle yang berbentuk rumah


Antara perbualan antara pengkaji dan responden ketika responden sedang
membina puzzle ini adalah seperti berikut :
Pengkaji : Adik buat apa tu?
Responden : Buat rumahla.
Pengkaji : Kenapa kecil sangat?
Responden : Ini rumah untuk baby laa. Ada pintunya jugak. Kalau baby besar boleh
keluar ikut huruf D tu. Kalau baby kecil boleh keluar ikut huruf D yang terbalik tu.

Gambar 3 pula menunjukkan binaan puzzle oleh responden yang berbentuk empat
segi tepat yang boleh menjadi robot.

Gambar 3 : Binaan puzzle yang dikatakan boleh menjadi robot

13

Semasa responden membina puzzle ini, secara tidak langsung responden


dapat meningkatkan kemahiran berbahasanya. Hal ini kerana responden dapat
menyebut huruf-huruf dan nombor-nombor yang tertera pada permukaan puzzle
tersebut. Dia juga boleh berimaginasi walau hanya membina sebuah kotak
berbentuk segi empat tepat, dia boleh menjadikannya sebagai robot sekiranya dia
masuk ke dalam puzzle tersebut.

6.4 Aktiviti Menyanyi


Pengkaji juga dapat memerhati perkembangan bahasa kanak-kanak melalui aktiviti
nyanyian. Pengkaji meminta responden untuk menyanyi apa sahaja lagu yang
digemari. Oleh itu, responden menyanyi lagu tema Didi and Friends yang bertajuk
BINGO. Berikut merupakan lirik lagu tersebut :
Pak Atan ada kucing, nama dia BINGO,
B I N G O, B I N G O, B I N G O,
nama dia BINGO,
Meow, Meow

Dengan ini juga disertakan hyperlink video yang menunjukkan responden sedang
menyanyi lagu tersebut :

..\..\..\Documents\VID_20160917_100128.3gp

Video 5 : Responden sedang menyanyi lagu BINGO


Melalui aktiviti nyanyian ini, pengkaji mendapati bahawa sebutan dan ejaan
responden adalah sangat baik kerana dia boleh menyanyikan lagu ini mengikut lirik

14

dan irama yang betul. Ini menunjukkan bahawa perbendaharaan kata responden
semakin meluas di samping dapat meningkatkan kemahiran mengeja dengan betul.

7.0 PERBINCANGAN

Perbincangan dapatan kajian ini memfokuskan kepada perkembangan bahasa


kanak-kanak dan kaitannya dengan teori pemerolehan bahasa. Melalui dapatan
kajian yang diperolehi, kebanyakan responden menghabiskan masa cutinya di
rumah dengan aktiviti bermain. Selain bermain dan bercerita, responden juga suka
bermain aktiviti mencantum puzzle, bermain patung, bermain guli dan melukis
yang mana aktiviti yang dilakukan ini dapat membantu merangsang perkembangan
bahasa kanak-kanak secara tidak langsung. Bruce (1989) juga mengatakan bahawa
bahasa dan bermain merupakan mekanisme yang amat penting dalam membantu
kanak-kanak mempunyai pengetahuan yang luas untuk menjadi kompeten serta
menggunakan pengetahuan tersebut untuk berimaginasi. Hal ini kerana kanak2
yang berinteraksi dengan persekitaran ketika bermain akan dapat membina
imaginasi dan belajar melalui pengalaman yang sebenar. Tambahan pula, terdapat
kajian lepas yang menyatakan bahawa permainan yang melibatkan bahasa dapat
merangsang

minda

kanak-kanak

untuk

menguasai

dan

membantu

mereka

menambah perbendaharaan kata (Imran, Faizul, Khadijah, Rizawati, & Wan Zurianti,
2010).
Teori interaksionis mengatakan bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak
ini dipengaruhi oleh persekitaran. Teori Bandura dan teori Vygotsky merupakan
tokoh yang menyokong penyataan ini bahawa kanak-kanak memperoleh bahasa
melalui persekitaran sama ada melalui proses peniruan ataupun melalui proses
interaksi sosial. Hal ini dapat dilihat semasa mengkaji perkembangan bahasa
responden ini. Pengkaji mendapati bahawa terdapat faktor persekitaran yang telah
banyak mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak ini. Faktor keluarga
merupakan aspek yang utama dalam membantu kanak-kanak dalam proses
pemerolehan bahasa. Hal ini kerana keluarga merupakan orang yang terdekat
dengan mereka dan proses interaksi berlaku setiap hari sepanjang perkembangan
mereka (Mok, 2013). Contohnya, perbualan antara ibu bapa dan anak akan

15

membantu dalam meluaskan perbendaharaan kata serta pengalaman bahasa


kanak-kanak tersebut. Semakin kerap proses interaksi berlaku antara ibu bapa dan
anak, semakin cepat proses perkembangan bahasa itu berlaku (Weizman & Snow,
2001). Jika kanak-kanak kurang menerima rangsangan bahasa daripada ibu bapa,
maka kecenderungan untuk anak mereka menjadi seorang yang introvert juga amat
tinggi (Hoff, 2006).

Seterusnya, melalui pemerhatian pengkaji, responden sangat petah bercakap


ketika diminta untuk menceritakan pengalamannya di prasekolah serta sesuatu
peristiwa menarik yang pernah berlaku dalam sesuatu tempoh masa. Responden
juga amat mudah untuk menyatakan perasaannya sambil menunjukkan mimik
muka yang betul ketika bercerita. Walau bagaimanapun, pengkaji mendapati
bahawa gaya pertuturan kanak-kanak ini sedikit sebanyak meniru gaya bahasa
orang

dewasa.

Ini

mungkin

disebabkan

oleh

faktor

persekitarannya,

memandangkan responden telah membesar dalam keluarga yang kebanyakan


terdiri

daripada

orang

dewasa.

Melalui

interaksi

kanak-kanak

dengan

persekitarannya, maka kanak-kanak akan meniru gaya pertuturan, maklumbalas


dan gaya bahasa orang dewasa. Kanak-kanak juga dapat memperoleh kemahiran
berbahasa seperti ejaan, tulisan dan sebutan perkataan. Pemerhatian ini disokong
oleh teori interaksionis oleh Bandura iaitu kanak-kanak memperoleh kemahiran
berbahasa melalui proses peniruan daripada orang sekelilingnya.
Tambahan pula, kanak-kanak yang membesar dalam kalangan keluarga yang
besar turut mempengaruhi kemahiran berbahasa mereka. Ini bermaksud kanakkanak ini mempunyai peluang untuk berinteraksi sosial dengan orang lain lalu
mendorong

mereka

untuk

lebih

cepat

memperoleh

kemahiran

berbahasa

berbanding kanak-kanak yang kurang bergaul dengan persekitarannya. Hal ini


disokong lagi dengan kajian oleh Fadzilah Amzah dan Nor Hashimah Hashim (2009)
yang

menyatakan

bahawa

kanak-kanak

yang

dibantu

oleh

orang

yang

berpengetahuan dalam pembelajaran akan mencapai prestasi yang lebih tinggi


berbanding kanak-kanak yang belajar secara bersendirian. Justeru, proses interaksi
sosial dengan persekitaran dan pengalaman lampau sangat penting untuk
membantu dan merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak dengan lebih

16

efektif. Oleh itu, teori interaksionis oleh Vygotsky yang telah digunakan sebagai
dasar juga telah menyokong hasil dapatan kajian iaitu kanak-kanak memperoleh
dan menguasai kemahiran berbahasa melalui proses interaksi sosial dengan orang
di sekelilingnya.
Selanjutnya, pengkaji juga mendapati bahawa responden dapat menceritakan
turutan peristiwa yang berlaku dengan teratur. Responden juga dapat menyatakan
sebab dan akibat sesuatu peristiwa yang diceritakannya. Contohnya, ketika
bercerita mengenai guruh yang berdentum kuat, dia terus mengaitkannya dengan
cuaca bahawa hujan akan turun disebabkan dia terdengar bunyi guruh yang kuat.
Responden juga berimaginasi dan beranggapan bahawa jalan raya yang berlubang
di hadapan rumahnya merupakan punca daripada dentuman kuat daripada guruh
tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa responden bersifat egosentrik kerana
baginya peristiwa itu merupakan akibat berlakunya jalan raya mempunyai lubang
(walau hakikatnya jalan raya tersebut berlubang akibat kenderaan berat yang
sering menggunakan jalan tersebut). Jika dilihat semula apa yang telah dinyatakan
oleh teori-teori pemerolehan bahasa, pada tahap umur responden ini, seseorang
kanak-kanak prasekolah hanya mampu menceritakan sesuatu peristiwa dengan
menilai apa, bagaimana dan di mana peristiwa itu berlaku (Berk, 2009). Namun
demikian, pada tahap umur kanak-kanak ini, dia sudah boleh mengorientasikan
maklumat, memperincikan sesuatu peristiwa serta mempunyai kebolehan untuk
bercerita turutan peristiwa dengan jelas dan koheren. Oleh itu, berdasarkan
pemerhatian pengkaji, responden mempunyai kemahiran berfikir dan kemahiran
berbahasa yang telah melangkaui apa yang telah dikatakan oleh teori-teori
pemerolehan bahasa.
Status sosioekonomi keluarga dan kepelbagaian budaya dikaitkan turut
mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak (Duncan & Magnusson, 2003).
Kajian lepas oleh Duncan dan Magnusson (2003) ini juga menyatakan bahawa ibu
bapa yang berpendapatan tinggi akan menyediakan kemudahan seperti kemudahan
teknologi dan sudut dan bahan bacaan yang lengkap bagi menggalakkan anak
mereka meneroka sendiri aktiviti pembacaan bagi meningkatkan kemahiran
berbahasa mereka berbanding ibu bapa yang kurang berkemampuan dan hanya
bergantung kepada pembelajaran bahasa kanak-kanak di sekolah sahaja. Namun
demikian, kajian terhadap responden ini adalah bercanggah dengan kajian lepas

17

tersebut. Hal ini kerana kanak-kanak yang dikaji ini mempunyai kemahiran
berbahasa yang baik walaupun keadaan dan status sosioekonomi keluarganya
adalah rendah. Buktinya, kanak-kanak ini mampu untuk bercerita dengan baik dan
boleh membaca ayat-ayat yang mudah dan tidak bergantung kepada proses
pembelajaran bahasa di sekolah sahaja. Kanak-kanak ini juga memperoleh bahasa
melalui pembelajaran dan bimbingan daripada orang dewasa yang berpengetahuan
di sekelilingnya.
Kepelbagaian budaya juga boleh mempengaruhi gaya bahasa kanak-kanak.
Contohnya, budaya orang Melayu, Cinda dan India di Malaysia. Pertuturan kanakkanak akan dipengaruhi oleh budaya yang pelbagai ini yang mana mereka akan
bercakap dalam pelbagai bahasa bergantung kepada gaya bahasa ibu bapa mereka.
Kanak-kanak juga akan meniru gaya percakapan orang dewasa ketika mendengar
perbualan orang dewasa di sekelilingnya. Oleh itu, sesebuah keluarga disarankan
untuk tidak menggunakan bahasa kasar atau lucah ketika bercakap. Hal ini akan
mendorong kanak-kanak untuk meniru perkataan tersebut kerana fitrah kanakkanak ini amat mudah untuk meniru persekitarannya sesuai dengan teori Bandura
dalam

proses

pemerolehan

bahasa.

Justeru,

dapat

dibuktikan

bahawa

perkembangan bahasa kanak-kanak kebanyakannya adalah dipengaruhi oleh faktor


persekitaran dengan keluarga.
8.0 CADANGAN
Berdasarkan kajian terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak ini, pengkaji
menyarankan agar setiap kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik
supaya mereka boleh menguasai cara-cara menggambarkan makna-makna kognitif
dalam bentuk linguistik yang lebih jelas dan tepat sesuai. Bukan itu sahaja, pengkaji
juga amat bersetuju dengan kajian yang dilakukan oleh Fadzilah dan Nor Hashimah
(2009) iaitu pendidikan literasi juga amat penting untuk didedahkan kepada kanakkanak agar mereka dapat mengembangkan serta menggunakan potensi literasi
mereka sepenuhnya semasa peringkat perkembangan mereka.
Keluarga juga memainkan peranan penting dalam mengubah suai corak dan
intonasi bahasa, menggunakan struktur ayat mudah dan difahami serta menjaga
kadar pertuturan semasa berinteraksi dengan kanak-kanak. Penggunaan bahasa

18

yang kompleks akan membuatkan kanak-kanak untuk sukar memahami apa yang
ingin disampaikan. Gaya pertuturan ahli keluarga juga perlu dijaga agar tidak
mengeluarkan kata-kata berunsur lucah dan kesat semasa berkomunikasi di
hadapan kanak-kanak. Hal ini kerana, kanak-kanak akan mudah terpengaruh
dengan persekitarannya ketika berada dalam proses pembelajaran bahasa dan
mereka sangat mudah untuk meniru apa yang didengar, dilihat dan dilakukan. Oleh
itu,

sesebuah

keluarga

juga

perlu

membantu

kanak-kanak

dalam

proses

pembelajaran bahasa mereka ke arah yang lebih baik dan mantap bagi
menghasilkan kanak-kanak yang bijak dalam berbahasa.
Di samping itu, seorang guru juga perlu merancang aktiviti yang boleh
memberi peluang kepada murid-murid untuk menceritakan pengalaman, minat,
tentang ibu bapa dan sebagainya bagi membantu murid menguasai kemahiran lisan
mereka dengan lebih baik (Zainal & Suhaila, 2015). Antara aktiviti yang boleh
dilakukan adalah seperti aktiviti bercerita, menyanyi dan bermain. Aktiviti seperti ini
secara tidak langsung akan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak dalam
pembelajaran. Bennett, Wood, dan Rogers (1997) mencadangkan bahawa ibu bapa
dan guru berperanan dalam menggalakkan kanak-kanak untuk belajar sambil
bermain bagi merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak juga perkembangan
yang lain secara bersepadu. Hal ini disokong lagi oleh Najeemah Md Yusof (t.t) iaitu
guru juga berperanan penting dalam menggalakkan murid-murid untuk bermain
secara individu atau kumpulan bagi memastikan kanak-kanak memperoleh dan
mempelajari bahasa daripada orang di persekitarannya. Oleh itu jelaslah bahawa
aktiviti belajar sambil bermain juga sangat membantu kanak-kanak dalam
mempelajari bahasa ketika bermain bersendirian, berpasangan atau berkumpulan.
9.0 RUMUSAN
Kesimpulannya,

pengkaji

mendapati

bahawa

kanak-kanak

yang

dikaji

ini

memperoleh bahasa daripada faktor persekitaran sama ada mereka berinteraksi


bersama keluarga, rakan sebaya atau guru. Hal ini dapat dilihat melalui gaya
pertuturan, gaya bahasa, perbendaharaan kata serta tatabahasa yang digunakan
dalam kehidupan seharian. Walaupun kanak-kanak ini sudah menguasai banyak
perbendaharaan kata, namun mereka masih belum memahami sepenuhnya apa
yang mereka ujarkan. Hal ini kerana kanak-kanak meniru pertuturan orang di

19

sekelilingnya lalu mereka mengaplikasikan sendiri apa yang didengar dan dilihat
daripada persekitarannya tanpa mengetahui makna sebenar ujaran tersebut.
Oleh itu, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa setiap perkembangan bahasa
kanak-kanak adalah berbeza bergantung kepada cara mereka memperoleh dan
mempelajari bahasa. Tambahan pula, kanak-kanak juga perlu diberikan rangsangan
bagi menggalakkan mereka untuk terus menguasai kemahiran berbahasa seperti
peneguhan, pujian atau ganjaran bagi menggalakkan kanak-kanak mempunyai
keyakinan untuk mengulang apa yang telah diteguhkan (Zainal & Suhaila, 2015).
Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran bahasa kanak-kanak perlulah sesuai
dengan peringkat perkembangan dan tahap umur kanak-kanak bagi memastikan
mereka memperoleh bahasa dengan berkesan dan menyeronokkan.

10.0 RUJUKAN
Bennett, N., Wood, L., & Rogers, S. (1997). Teaching through play : Teachers
thinking and classroom practice. Buckingham: Open University Press.

Berk, L.E. (2009). Child development (8th ed). Pearson Education: Allyn & Bacon.

20

Bruce, T. (1989). Early childhood education. London: Hodder and Stoughton.

Duncan, G.J., & Magnuson, K.A. (2003). Off with Hollingshead: Socioeconomic
resources, parenting, and child development. In M.H. Bornstein & R.H. Bradley
(Eds.), Socioeconomic status, parenting, and child development. NJ: Erlbaum.

Fadzilah Amzah & Nor Hashimah Hashim. (2009). Perkembangan bahasa peringkat
awal kanak-kanak. Jurnal Pendidikan Prasekolah, 9(1).

Hoff, E. (2006). How social contexts support and shape language development.
Developmental Review, 26, 55-88.

Imran Ariff Ariffin, Faizul Ab Kadir, Khadijah Ibrahim, Rizawati Abd Halim, & Wan
Zurianti Wan
Abdullah. (2010). Kajian-kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak
di peringkat
tadika
atau
prasekolah.
Dimuat
https://www.academia.edu pada 24

turun

dilaman

web

Ogosi 2016.

Lew, M.M., Norliza Jaafar, & Norulazilah Md Nordin. (2015). Perkembangan kanakkanak. Selangor: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.

Mok, S.S. (2013). Psikologi pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Najeemah Bt Mohd Yusof. (t.t.). Identifikasi psikomotor, kognitif, sosioemosi dan


bahasa dalam
kalangan kanak- kanak prasekolah menggunakan pendekatan belajar melalui
bermain.
Dimuat
turun
dilaman
web
http://education.usm.my/images/docs/MEDC/VOL10/jilid%2010%20artikel
%2005.pdf

pada 24 Ogos 2016.


Rohani Abdullah, Nani Menon, & Mohd Sharani Ahmad. (2003). Panduan kurikulum
prasekolah. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

21

Weizman, Z.O., & Snow, C.E. (2001). Lexical output as related to childrens
vocabulary acquisition: Effects of sophisticated exposure and support for
meaning. Developmental Psychology, 37, 265-279.

Wong, K.W., Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Rashinawati Abd Rashid, & Azlina
Ahmad. (2013). Perkembangan kanak-kanak. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Zainal Kassan & Suhaila Abdullah. (2015). Pendidikan disleksia. Petaling Jaya:
Sasbadi Sdn. Bhd.

22

Anda mungkin juga menyukai