Anda di halaman 1dari 4

2.

2 SWOT

2.2.1 Definisi SWOT

Analisis SWOT (SWOT analysis) iaitu merangkumi keupayaan untuk mengenali kekuatan,
kelemahan, peluang, dan ancaman yang menentukan perusahaan atau organisasi. Maklumat
luaran mengenai peluang dan ancaman dapat diperoleh dari banyak sumber, termasuk
pelanggan, dokumen pemerintah, kalangan perbankan, dan rakan sekerja. Fredi Rangkuti
(2004), menjelaskan bahawa Analisis SWOT adalah pengenalan pelbagai faktor secara
sistematik untuk merumuskan strategi organisasi. Analisis ini didasarkan kepada logik yang dapat
memaksimumkan kekuatan (strength) dan peluang (opportunity), namun secara tidak langsung
dapat meminimumkan kelemahan (weakness) dan ancaman (threats). Proses pengambilan
strategi berkait dengan pemilihan misi, tujuan, dan kebijakan organisasi. Dengan demikian,
perencanaan strategi harus menganalisis faktor-faktor strategi berdsarkan SWOT (kekuatan,
kelemahan, peluang dan ancaman) dalam keadaan saat ini. Satu perkara yang perlu diperhatikan
bagi pangguna analisis ini, bahawa analisa SWOT hanya semata-mata digunakan sebagai suatu
analisis sahaja, yang ditujukan untuk menggambarkan situasi yang sedang dihadapi oleh sebuah
perusahaan atau oraganisasi. Analisis SWOT bukan sebuah alat yang mampu memberikan jalan
keluar dari permasalahan yang sedang dihadapi.

2.2.2 Analisis SWOT

Kekuatan (S) Kelemahan (W)


S1. Kerjasama yang baik antara pelajar W1. Masalah pengangkutan

S2. Pengurusan yang baik


W2. Kekurangan peralatan

Peluang (O) Ancaman (T)


O1. Pengalaman baru T1. Keadaan cuaca

O2. Mendirikan khemah


T2. Keselamatan
1. Kekuatan

Peserta Bina Insan Guru (BIG) seramai 182 orang termasuk pelajar ambilan Jun 2017 dan pdpli
ambilan Jun 2018 telah diagihkan tugas masing-masing sepanjang program BIG dilaksanakan.
Disini dapat saya lihat bahawa wujudnya kerjasama yang baik antara pelajar dalam melancarkan
program BIG. Contohnya waktu taklimat Bina Insan Guru, kehadiran pelajar adalah penuh dan
ini memudahkan pihak jawatankuasa untuk menyampaikan maklumat dengan lancar. Setiap
gerak kerja dari setiap ahli jawatankuasa akan dibantu oleh pelajar-pelajar lain dan ini memberi
keringanan kepada semua ajk untuk menguruskan bidang tugas masing-masing.

Kekuatan utama yang saya lihat sepanjang program Bina Insan Guru berlangsung
samada sebelum, semasa dan selepas adalah pengurusan yang baik membantu melancarkan
perkhemahan dengan jayanya. Ahli Majlis Tertinggi (AMT) BIG sememangnya memainkan
peranan yang baik dalam melaksanakan tugas terutama dari segi kewangan yang diuruskan
dengan baik. Setiap ketua ajk memberi arahan dan mengagihkan tugas dengan adil supaya
semua pelajar dapat memberi komitmen yang terbaik tanpa ada yang berlepas tangan.
Contohnya, ajk peralatan perlu menyediakan peralatan yang secukupnya kerana perkhemahan
dilakukan diluar maktab. Tanpa kerjasama yang baik dari semua pihak, perkhemahan ini akan
rasa terlopong dan sia-sia.

2. Kelemahan

Masalah pengangkutan sering kali timbul dalam perbincangan ajk sehingga dua hari sebelum
bertolak ke tapak perkhemahan di Ulu Bendul juga masalah pengangkutan belum selesai. Pihak
pengurusan AMT memberi alasan untuk menggunakan kereta pelajar pada kuantiti tertentu
kerana kita hanya mempunyai satu bas sahaja untuk menghantar pelajar. Penggunaan bas luar
tidak diluluskan pengarah atas alasan tertentu. Namun, sebahagian pelajar yang mempunyai
kenderaan tidak merelakan untuk menggunakan kenderaan mereka kerana semua tanggungan
dari segi minyak perlu ditanggung dengan sendiri. Jika dilihat sememangnya akan merugikan
kepada pelajar yang membawa kenderaan sendiri. Namun, akhirnya terpaksa juga menggunakan
sebahagian kenderaan sendiri jika tidak perkhemahan BIG akan dilaksanakan di dalam maktab.
Masalah ini sentiasa menjadi bebanan kepada kami dan seharusnya pihak berkenaan perlu
mencari alternatif yang terbaik supaya perkhemahan berjalan dengan lebih seronok.

Kelemahan kedua adalah kekurangan sebahagian peralatan yang berlaku ketika sampai
di tapak perkhemahan iaitu khemah. Walaupun hanya kurang satu, ini memberi kesan kepada
pelajar yang tiada khemah dan perlu menumpang kepada khemah lain. Kepadatan ahli khemah
sememangnya akan mengganggu kami untuk tidur dengan selesa pada waktu malam ditambah
lagi cuaca yang yang tidak menentu. Sehinggakan ada sebahagian ahli khemah yang telah
ditetapkan namanya pada khemah itu terpaksa mencari tempat tidur di tempat lain kerana ahli
yang terlalu ramai. Sepatutnya ajk peralatan perlu membuat kiraan yang tepat supaya tidak
berlaku perkara sedemikian.

3. Peluang

Tidak dinafikan bahawa program Bina Insan Guru sememangnya memberi pengalaman baru
kepada para peserta dalam membentuk jati diri yang lebih utuh. Aktiviti-aktiviti yang menarik dan
menguji tahap keberanian seseorang individu. Contohnya aktiviti abseiling yang mana ini
merupakan pertama kali saya mencuba secara praktikal selepas mendengar taklimat awal
daripada jurulatih. Saya dapat mengenal alat-alat yang digunakan dan ikatan yang betul untuk
aktiviti abseiling. Ini merupakan aktiviti yang ekstrem dan perlukan keselamatan dan kepekaan
yang tinggi bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang berlaku. Peluang ini tidak akan dapat
di tempat lain dan sangat berbangga kerana dapat menyelesaikan aktiviti ini dengan jayanya.

Selain itu, peluang berharga yang saya dapat adalah tutorial mendirikan khemah dengan
betul oleh ketua komanden iaitu Encik Jaflus. Perkara wajib yang perlu tahu untuk perkhemahan
adalah pemasangan khemah. Jika tersilap cara pemasangan, khemah tidak akan kukuh dan akan
dimasuki air. Penerangan yang jelas dan dapat melihat sendiri cara mendirikan khemah
membantu menambahkan ilmu baru bagi saya sebelum masuk ke alam persekolahan yang
sebenar. Sebagai guru pelatih, saya tidak akan lari dengan aktiviti perkhemahan di sekolah kelak.

4. Ancaman

Persediaan awal bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini perlu diteliti bagi
melancarkan program BIG ini. Antara yang menjadi ancaman adalah keadaan cuaca yang tidak
dapat kita ramal. Sepanjang perkhemahan, boleh dikatakan setiap hari hujan turun beserta
dengan ribut. Keadaan ini akan mengganggu kelancaran perkhemahan jika tidak melakukan
persiapan awal. Aktiviti luar seperti abseiling, jungle trekking dan keyakinan air akan terganggu
dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Keadaan tempat perkhemahan seperti khemah perlu
berada dalam keadaan baik supaya tidak dimasuki air hujan. Perkara ini tidak boleh ambil mudah
kerana melibatkan peserta-peserta dan jurulatih yang lain.
Kemudian, ancaman terbesar jika dilakukan di luar kawasan maktab adalah keselamatan
yang melibatkan para peserta mahupun jurulatih yang ada. Ajk keselamatan perlu sentiasa peka
dengan keadaan yang akan berlaku dan perlu menyediakan kit keselamatan dengan mencukupi.
Contohnya, aktiviti jungle trekking yang melibatkan hampir seratus peserta untuk satu kumpulan.
Bahkan bukan semua peserta yang terbiasa dengan aktiviti, maka pelbagai perkara boleh berlaku
sepanjang aktiviti ini dijalankan. Keadaan tempat yang curam, tanah yang basah akibat hujan,
dan binatang-binatang yang ada sememangnya memberi risiko yang tinggi jika tiada persediaan
dan taklimat keselamatan yang lebih awal. Aspek keselamatan sentiasa menjadi perkara utama
apabila melibatkan sebarang program atau aktiviti samada dalam atau luar maktab.

Jika SWOT digunakan dengan baik dan betul, maka analisis ini dapat digunakan untuk
membantu melihat situasi yang tidak dapat dilihat dari sebuah organisasi. Daripada rumusan
diatas tadi, analisis SWOT adalah instrumen yang bermanfaat dalam melakukan analisis strategi
dalam membantu sesebuah organisasi. Analisis ini berperanan sebagai alat untuk
meminimumkan kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam suatu organisasi.

2.2.3 Rujukan

Fardianti (2016). Pengertian Analisis SWOT Dan Manfaatnya. Laman web diakses pada 22 May

2016, https://www.scribd.com/doc/313442506/Pengertian-Analisis-SWOT-Dan

Manfaatnya-docx

Anda mungkin juga menyukai