Anda di halaman 1dari 2

Pengubahsuaian Strategi Pengajaran Sains Untuk Murid-Murid Masalah Pembelajaran Murid-murid berkeperluan khas memiliki gaya belajar, tahap

kekuatan dan kelemahan yang berbeza. Pengubahsuaian dalam strategi pengajaran dan penilaian serta kurikulum yang disediakan, akan mengalakkan murid-murid berkeperluan khas mengembangkan kefahaman yang lebih baik terhadap konsep-konsep sains. Pengubahsuaian yang perlu dilakukan adalah terhadap kandungan, bahan, peringkat, lokasi, penilaian dan hubungan dengan kehidupan. Kandungan kurikulum sains diubahsuai dengan mengambil kira jenis keupayaan murid. Ianya perlulah yang ringkas khusus untuk memenuhi keperluan murid-murid yang mengalami pelbagai kecacatan kurang upaya, iaitu mengandungi tujuan, bahanbahan dan aktiviti serta tugasan yang mudah dilaksanakan diperlukan oleh guru-guru yang mengajar. Mereka juga memerlukan alat yang membantu proses pendidikan seperti alat bantuan pendengaran bagi kanak-kanak pekak dan mesin Brailler bagi mereka yang buta. Galakkan mereka menggunakan komputer bagi yang berkebolehan.

Tugasan yang diberikan perlulah pendek dan jelas dan diberi dalam bentuk lisan dan tulisan. Masa untuk mereka menyiapkan tugasan perlulah lebih panjang dan guru perlulah kerap mengingatkan mereka mengenai tugasan tersebut.

Guru perlulah menggunakan alatan visual semasa proses pengajaran seperti contoh-contoh konkrit, carta dan model. Jika menggunakan makmal atau bilik sains, semua peralatan dan bahan perlulah dilabel dengan jelas dan digalakkan menggunakan kod warna untuk meningkatkan pengenalan visual mereka. Digalakkan juga menggunakan cue card untuk menerangkan langkah-langkah prosedur eksperimen atau aktiviti yang akan dijalankan.

Lokasi pengajaran dan pembelajaran juga bergantung kepada kecacatan mereka, contohnya, murid-murid yang bermasalah pergerakan memerlukan tempat duduk khusus untuk mengelakkan rintangan dan halangan fizikal dan kelas yang menyediakan akses visual untuk demonstrasi, serta sambungan fleksibel untuk elektrik, air dan paip gas. Manakala bagi murid yang bermasalah pergerakkan dan menggunakan kerusi roda, mereka memerlukan permukaan kerja 30 inci dari lantai, lorong selebar 42-48 inci cukup untuk pergerakan kerusi roda.

Pengubahsuaian

penilaian

juga

perlu

dilakukan

terhadap

murid-murid

berkeperluan khas. Pelajar yang mempunyai kesulitan menulis penilaian boleh dilakukan seperti ujian lisan dan juga penyelesaian masalah. Bagi murid-murid yang boleh mengambil ujian biasa, masa tambahan diperlukan untuk memastikan bahawa mereka mempunyai peluang untuk menyelesaikan soalan. Format ujian alternatif seperti jawapan ringkas, aneka pilihan, lisan dan esei perlulah bersesuaian dengan keperluan mereka.

Dalam Teras

4 dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

memperlihatkan kesungguhan pihak kerajaan membantu murid berkeperluan khas iaitu merapatkan jurang pendidikan antara murid-murid normal berdasarkan kesesuaian dan keperluan mereka. Sebagai seorang guru, perlu memberi peluang murid-murid ini belajar sepertimana rakan sebaya yang lain. Adalah menjadi tanggungjawab seorang guru bagi memastikan anak muridnya mencapai tahap akademik sepertimana kemampuan serta kesungguhan murid tersebut. Merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan murid berkeperluan khas adalah sudah menjadi tanggungjawab guru.

Anda mungkin juga menyukai