Anda di halaman 1dari 39

Proposal Kajian: Kecenderungan Minat Pelajar Tingkatan Satu Terhadap Gaya-Gaya Pengajaran Sains Dalam Bahasa Inggeris.

Satu kajian kes di salah sebuah sekolah menengah di daerah Kuala Selangor.

ISI KANDUNGAN BAB 1 ( Pendahuluan ) 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 Pengenalan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Andaian dan Tanggapan Awal Batasan Kajian Penyataan Masalah Matlamat Kajian Hipotesis Kajian Soalan Kajian Definisi Kajian 1 2 3 4 5 6 7 7 8 8

BAB 2 ( Tinjauan Kajian Lampau ) 2.0 2.1 Pengenalan Konsep Gaya Pengajaran dan Kajian Terdahulu 10 11

BAB 3 ( Metodologi Kajian ) 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Reka Bentuk Kajian dan Intrumen Kajian Persampelan Latar Belakang Responden Kajian Rintis Prosedur Kajian Penganalisaan Data 15 16 17 17 17 18 19 20 1

Rujukan LAMPIRAN

BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan:

Usaha Malaysia ke arah meningkatkan keberkesanan sistem pendidikan ke tahap kecemerlangan setanding dengan negara-negara maju dan diiktiraf di kacamata dunia merupakan satu misi yang memerlukan kepakaran serta kemahiran yang sangat tinggi. Kepakaran dan kemahiran yang dipertingkatkan dari masa ke semasa ini sejajar pula dengan perkembangan pesat dalam bidang pendidikan yang menyaksikan pelbagai senario baru bagi menyediakan pelajar-pelajar di zaman ledakan maklumat sekaligus ke arah pencapaian matlamat Wawasan 2020. Justeru itu bagi mengejar dan mencapai kecemerlangan dalam pendidikan ini, pandangan ibu bapa dan masyarakat terhadap sekolah semakin tinggi. Keadaan ini timbul kerana setiap ibu bapa inginkan anaknya berjaya dalam bidang pelajaran. Keinginan ini dapat dipenuhi sekiranya penglibatan pelajar untuk mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan menjadi kenyataan.

Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi lebih luas terbuka sesuai dengan harapan negara memerlukan tenaga kerja yang mahir dan profesional dalam bidang masing-masing. Sesuai dengan saranan Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Dr. Mahathir Mohamad yang berkehendakan murid-murid tahun satu, tingkatan satu dan tingkatan enam rendah belajar mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris bermula tahun 2003, jelas mendapat reaksi hangat dari ibu bapa dan masyarakat. Bagi pelajar-pelajar tingkatan satu di sekolah menengah harian yang mempelajari mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris merupakan sesuatu yang baru. Mereka mula

mengenal penguasaan Bahasa Inggeris dalam Sains melalui soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR) yang menggunakan pilihan soalan dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Di seluruh Negeri Selangor terdapat 180 buah sekolah menengah iaitu daerah Klang 30, Kuala Langat 13, Kuala Selangor 14, Hulu Langat 25, Hulu Selangor 11, Sabak Bernam 9, Gombak 25, Petaling 46, dan Sepang 7. Kesemua sekolah menengah ini ditadbir oleh Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Pendidikan Daerah. Kesemua murid-murid tingkatan satu sessi 2003 di seluruh Negeri Selangor telah memulakan sessi persekolahan mereka dalam pelajaran Sains dengan menggunakan Bahasa Inggeris.

1.1

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah di sekolah banyak mendatangkan kesan dan impak yang mendalam terhadap pencapaian pendidikan pelajar-pelajar dan keberkesanannya dalam menguasai pelajarannya. Lantaran itu pelbagai bentuk gaya pengajaran disyorkan dan disarankan dari semasa ke semasa melalui beberapa kaedah yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Antaranya termasuklah pengajaran dan pembelajaran secara konteksual, maya, berpandukan komputer, penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, koperatif, kemahiran proses sains, pengajaran perpandukan internet dan sebagainya. Dalam pengajaran Sains, gaya-gaya yang digunakan oleh guru-guru khususnya semasa mengajar tidak semestinya digemari dan diminati oleh pelajar-pelajar.Contohnya dalam

pengajaran kemahiran berfikir khasnya metakognisi di mana pelajar dikehendaki melakukan tugasan menggunakan mental sama ada secara bersaorangan ataupun kumpulan kecil. Gaya pengajaran sedemikian dianggap baik dan berkesan kerana pembelajaran ini melibatkan pelajar dengan lebih aktif dan menepati prinsip-prinsip kontruktivisme. Begitu juga dengan pengajaran dan pembelajaran secara koperatif di mana aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan kepada struktur tugasan yang mesti dilakukan oleh semua pelajar-pelajar. 1.2 Andaian dan Tanggapan Awal

Walaupun pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Sains adalah menjurus kepada penguasaan berbahasa Inggeris dari segi pertuturan, penulisan dan pembacaan; namun kreativiti, kesesuaian dan ketepatan dalam memilih gaya pengajaran yang tepat berdasarkan sesuatu masa tertentu akan dapat menambahkan lagi minat pelajar-pelajar untuk menguasai pelajaran tersebut. Terdapat beberapa andaian awal yang mendorong penyelidik mencadangkan topik kajian ini adalah untuk melihat perbezaan yang signifikan di antara kecenderungan minat pelajar terhadap gaya pengajaran guru semasa mengajar Sains dalam Bahasa Inggeris di tingkatan 1 di sekolah menengah. Pada peringkat awal ini dapatlah penyelidik membayangkan andaian terdapat perbezaan gaya pengajaran guru berdasarkan beberapa aspek berikut: i) Gaya pengajaran bagi pelajar perempuan dan lelaki oleh guru perempuan atau guru lelaki mungkin berbeza dan disesuaikan mengikut jantina. ii) Gaya pengajaran yang berlainan mungkin diperlukan untuk pelajar yang

lemah, sederhana dan cemerlang. iii) Gaya pengajaran mengikut jadual waktu di awal pagi mungkin berbeza dengan gaya pengajaran semasa tengahari ataupun waktu petang. iv) Gaya pengajaran di awal minggu dan di akhir minggu juga mungkin berbeza. v) Gaya pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di tempat yang berlainan seperti di makmal sains, kelas, perpustakaan, pusat sumber sekolah ataupun di bilik tayang mungkin mempunyai pendekatan yang berbeza. Tahap pencapaian pelajar, kesesuaian masa, peristiwa dan tempat adalah amat penting bagi menentukan minat, kesediaan serta tahap pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris. Menurut Atan Long ( 1993 ) menjelaskan bahawa guru perlu sentiasa memikirkan cara-cara memperbaiki dan memajukan pekerjaan mereka sebagai pendidik. Mereka seharusnya tidak cepat berpuashati dengan kejayaan yang telah dicapai atau berputus harap dengan kegagalan yang dihadapi. Penyelidik telah membuat andaian dan membayangkan bahawa perancangan pengajaran guru mestilah mengambilkira banyak pertimbangan seperti yang dibincangkan di atas. Berdasarkan kepada andaian ini juga, maka adalah diharapkan agar kajian ini akan memberi petunjuk kepada penyelidik terhadap gaya pengajaran yang manakah yang paling diminati dan paling tidak diminati oleh pelajar berdasarkan pertimbangan-pertimbangan di atas. 1.3 Batasan Kajian

Untuk melihat kecenderungan minat pelajar dan gaya gaya pengajaran guru Sains, penyelidik telah melibatkan pelajar-pelajar tingkatan satu dan guru-guru Sains dari 14

buah sekolah di daerah Kuala Selangor.Disebabkan kekangan masa dan peruntukan kewangan yang agak terbatas, maka penyelidik hanya akan menumpukan kajian ini melalui respons yang diberikan oleh responden di dalam borang soal selidik.

Penyelidik juga tidak akan menghuraikan pencapaian sebenar pelajar dalam peperiksaan akhir tahun. Namun begitu penyelidik akan berusaha untuk mendapatkan keputusan peperiksaaan pertengahan tahun sebagai pemboleh ubah bergantung ( Dependent Variable ) yang akan dapat membantu menyeragamkan respons pelajar dengan pencapaian semasa. Penyelidik juga menyedari bahawa adalah agak sukar untuk mengenal pasti kecenderungan minat seseorang pelajar terhadap mana-mana pengajaran guru lebih-lebih lagi dengan batasan waktu yang singkat. Kejituan hasil kajian ini juga bergantung kepada kefahaman respondens semasa menjawab item-item yang terkandung dalam borang soal selidik. 1.4 Penyataan Masalah

Persoalannya yang ingin dikaji oleh penyelidik ialah untuk menentukan gaya pengajaran yang mana satukah yang paling berkesan, sederhana dan tidak berkesan dalam jangka masa kajian . Kecenderungan minat pelajar dapat dikenalpasti melalui penyelidikan terhadapa gaya pengajaran guru ini. Penyelidik akan menghuraikan apakah respons pelajar terhadap gaya pengajaran yang diamalkan oleh seseorang guru. Adalah dipercayai bahawa seseorang guru yang bersifat reflektif akan sentiasa menyesuaikan gaya pengajarannya untuk meningkatkan tahap prestasi pengajaran dan kesan-kesan terhadap pengajarannya. Oleh itu gaya pengajaran guru yang dianggap berkesan oleh guru tidak semestinya dipersepsikan begitu oleh para pelajar.

1.5

Matlamat Kajian

Memandangkan kajian ini adalah untuk menerokai kecenderungan minat pelajar terhadap gayagaya pengajaran guru di bilik darjah. Hasil dapatan ini boleh menjelaskan proses-proses pengajaran dan pembelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris di bilik darjah.. Selain itu kajian ini juga dapat membantu guru agar dapat mempelbagaikan gaya pengajarannya selaras dengan kecenderungan minat pelajar tingkatan 1. Dapatan kajian ini diharapkan menjadi panduan untuk pemilihan gaya pengajaran yang sesuai oleh guru-guru Sains di semua sekolah menengah di seluruh negara semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains khususnya di tingkatan 1. Pemilihan gaya pengajaran yang sesuai dan bertepatan dengan kecenderungan minat pelajar dapat membantu pelajar-pelajar menguasai Sains dalam Bahasa Inggeris dengan lebih mudah dan akan sentiasa dalam keadaan sedia untuk menghadapai peperiksaan PMR di tingkatan 3 nanti.

1.6

Hipotesis Kajian dan Soalan Kajian

Berdasarkan matlamat kajian yang dinyatakan, hipotesis-hipotesis kajian adalah seperti berikut: Hipotesis 1. Tidak terdapat perbezaan kecenderungan minat pelajar terhadap gaya pengajaran yang digemari mengikut jantina. Hipotesis 2. Tidak terdapat perbezaan kecenderungan minat pelajar terhadap gaya pengajaran guru yang disukai.

Hipotesis 3.

Tidak terdapat terdapat perbezaan kecenderungan minat pelajar terhadap gaya pengajaran yang digemari mengikut tempat pengajaran.

Hipotesis 4.

Tidak terdapat perbezaan kecenderungan minat pelajar terhadap gaya pengajaran yang tidak disukai.

Hipotesis 5.

Tidak terdapat perbezaan kecenderungan minat pelajar terhadap gaya pengajaran yang digmari mengikut jadual waktu pengajaran.

1.7

Soalan Kajian

Kajian yang dijalankan cuba mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan berikut: 1. 2. Apakah gaya-gaya pengajaran guru Sains yang diminati oleh pelajar? Sejauhmanakah gaya-gaya pengajaran guru Sains yang diminati oleh pelajar? 3. 4. Apakah gaya-gaya pengajaran guru Sains yang tidak disukai oleh pelajar? Sejauhmanakah gaya-gaya pengajaran guru Sains yang tidak disukai oleh pelajar? 5. Sejauhmanakah gaya-gaya pengajaran guru yang diminati pelajar yang berbeza dari segi jantina, masa, tempat dan tahap pencapaian mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris? 1.8 1.8.1 Definisi Istilah Penglibatan Istilah penglibatan mengikut kamus Dewan bererti melibatkan diri ke dalam sesuatu kegiatan.. Penyelidik akan meninjau penglibatan pelajar dalam

kecenderungan minat dan gaya pengajaran guru Sains. 1.8.2 Gaya Pengajaran Merujuk kepada kaedah atau stail yang digunakan oleh seseorang guru semasa menyampaikan pengajarannya. Gaya pengajaran ini melibatkan beberapa kaedah seperti gaya penglibatan pelajar, tanpa penglibatan pelajar, gaya penglibatan sukarela pelajar, penglibatan wajib pelajar, gaya demontrasi, gaya perbincangan sama ada dalam kumpulan ataupun kelas. 1.8.3 UPSR Merujuk kepada peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang di adakan dan diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan bagi menguji tahap kemampuan penguasaan pelajaran murid-murid semasa di tahun 6. 1.8.4 Pelajar Tingkatan 1 Merujuk kepada sekumpulan pelajar tingkatan satu yang sedang menuntut di sekolah menengah di daerah Kuala Selangor yang belajar mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris. 1.8.5 Kecenderungan minat Merujuk kepada perasaan psikologi pelajar yang menyukai dan mengemari gaya pengajaran guru semasa sedang belajar. Kecenderungan minat ini boleh wujud secara dalaman ( intrinsik). Perasaan ini tidak boleh dipaksa dan selalunya berkait dengan pengalaman sedia ada pelajar.

BAB 2 TINJAUAN KAJIAN LAMPAU 2.0 Pengenalan

Dalam banyak hal, setiap pelajar berbeza diantara satu sama laian. Perbezaan ini dapat dikesan dari pelbagai bentuk fizikal, tingkahlaku, cara berfikir, cara berinteraksi dan cara pelajar itu belajar, kadar berlakunya pembelajaran serta gaya kognitif yang pelajar itu pilih untuk memperolehi bahan-bahan baru ( Curry, 1990; Keefe, 1987; Reiff, 1992).

Dalam bab ini, pengkaji akan meninjau gaya atau stail pengajaran guru dan dikaitkan dengan kecenderungan minat pelajar dalam pembelajaran. Terdapat banyak kajian lampau yang mengkaji kecenderungan minat belajar ini yang mana akan memainkan peranan utama terhadap maju atau mundurnya pelajar dalam pembelajaran mereka. Terdapat juga beberapa kajian yang mengkhususkan kepada kaedah dan gaya pengajaran guru terutamanya dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Kamarudin Hj. Husin ( 1988 ) dalam bukunya Pedagogi Bahasa: Menyatakan bahawa dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa terdapat empat teori iaitu Teori Pembelajran Pembentukan Kebiasaan, Teori Pembelajaran Kod-Kognitif ( Piaget ), Teori Pembelajaran Fungsionalis dan Teori Pembelajaran Interaksionalis.

Menurut Poh Swee Hiang ( 1997 ) dalam bukunya Pedagogi 2: Strategi Pengajaran Pembelajaran Sains mengemukakan beberapa teori pembelajaran yang utama . Teori-teori tersebut seperti teori

10

Pembelajaran Behaviorisme, Teori Perkembangan Kognitif piaget, Teori Kognitivisme dan Teori Pembelajaran Konstruktivisme. Turut dibincangkan juga ialah beberapa perbezaan dan implikasi-implikasi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelajaran Sains.

2.1

Konsep Gaya Pengajaran dan Kajian Terdahulu:

Terdapat berbagai konsep yang mendefinisikan tentang gaya pengajaran. Menurut Flanders ( 1970 ) memperkenalkan tiga gaya pengajaran iaitu: i) Gaya pengajaran secara langsung Gaya pengajaran ini menyerupai gaya pengajaran formal dan mempunyai beberapa ciri utama seperti: a) bertindak mengikut tingkahlaku yang diperhatikan b) perancangan persekitaran c) gaya kepimpinan autokratik d) berpusatkan guru e) mengutamakan kuliah ii) Gaya pengajaran secara tidak langsung Gaya pengajaran secara tidak langsung menjurus kepada lebih berbentuk yang tidak terarah atau yang bepusatkan kepada murid dan mempunyai sifat-sifat tertentu seperti: a) pelajar menetapkan peraturan sendiri serta berhak memilih apa yang ingin dipelajari b) mencungkil pendapat daripada murid

11

c) menggalakan potensi pelajar d) hubungan guru-murid yang mesra e) mempercayai bahawa pelajar mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar f) laissez faire iii) Gaya pengajaran elektik Gaya pengajaran elektik merupakan kombinasi pengajaran secara langsung dengan pengajaran secara tidak langsung. Ini bermaksud gaya langsung akan digunakan sekiranya gaya tidak langsung tidak berhasil. Gaya elektik ini lebih bersifat demokratik dan guru yang menggunakan gaya ini mestilah mahir dalam gaya langsung dan gaya tidak langsung. Menurut Kramlinger dan Huberty ( 1990 ) menyatakan gaya pengajaran boleh diklasifikasikan dari segi perspektif humanisme, behaviorisme dan kognitivisme. Humanisme mementingkan pengalaman peribadi di mana guru bertindak sebagai fasilitator dan menggalakan pelajar agar berkongsi pengalaman dan pendapat. Teknik-teknik humanisme adalah selaras dengan pelajar pragmatik, reflektif dan aktivis. Gaya yang bersifat behaviouris mencorakkan tingkahlaku melalui ganjaran. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan tingkahlaku yang dikehendaki supaya pelajar menguasai tingkahlaku tersebut. Gaya begini sesuai untuk pelajar pragmatik dan aktivis. Gaya yang bersifat kognitivis menyerupai pendekatan tradisi akademik dan bertujuan untuk mempersembahkan imformasi secara logik dan biasanya disampaikan melalui kuliah dan sesuai untuk pelajar teoritikal. Menurut Bennet ( 1976 ) pula telah membahagikan gaya pengajaran kepada dua kategori iaitu gaya formal dan tak formal ( dalam Sturt, 2000 ). Gaya pengajaran formal lebih mementingkan

12

kerja individu daripada kerja kumpulan dan susunan tempat duduk murid ditetapkan oleh guru sendiri. Gaya ini juga menghadkan pergerakkan murid dan mengutamakan penilaian serta pencapaian sebagai motivasi pelajaran. Gaya tidak formal pula membenarkan murid-murid bertindak untuk menentukan aktivitinya. Mereka boleh memilih sendiri tempat duduk dan motivasi lebih mementingkan kepuasan kendiri dan penilaian kurang diutamakan.

Dalam menerangkan konsep gaya pengajaran ini, Anthony Grasha ( 1996 ) menyatakan terdapat lima jenis gaya pengajaran iaitu seperti pakar, autoriti formal, model peribadi, fasilitator dan delegator. Kelima-lima gaya ini mempunyai kebaikan dan kelemahan di dalam bilik darjah. Beliau menegaskan kelima-lima gaya pengajaran ini dikelompokkan kepada empat gugusan seperti berikut: Gugusan 1 merangkumi gaya pakar dan gaya autoriti formal; Gugusan 2 merangkumi gaya model peribadi, gaya pakar dan gaya autoriti formal; Gugusan 3 meliputi gaya fasilitator, gaya model peribadi dan gaya pakar, dan Gugusan 4 menyifatkan gaya delegator, fasilitator dan gaya fakar.

Mengikut Center for Teaching Excellence, St. Edwards University, mereka mengkategorikan gaya-gaya pengajaran guru dari perspektif komunikasi.. Mereka membahagikan gaya-gaya pengajaran mengikut Organizer, School, Dreamer , Socializer Performer dan Salesperson. Mereka juga menekankan cara seseorang itu menyampaikan isi kandungan pelajaran bergantung kepada gaya kumunikasinya.

Gaya pengajaran dianalisa dengan menggunakan MBTI dalam teori personaliti.Teori ini mengkategorikan gaya-gaya pengajaran kepada enam belas kategori dan kesemuanya diukur

13

dengan menggunakan empat dimensi iaitu Ekstravert-Intravert, Sensing- Intuition, ThingkingFeeling dan Judgemental-Persepsi ( Sturt, 2000 ). Jenis personsliti yang dianggap paling unggul bagi seseorang guru ialah jenis eNFj.

Dalam kajian ini, gaya pengajaran guru dioperasikan sebagai cara-cara seseorang guru menyampaikan pengajarannya atau A way a teacher teaches (Callahan, et. all). Dalam kajian ini pengkaji akan membahagikan gaya-gaya pengajaran guru kepada sembilan cara seperti yang terdapat di dalam borang soal selidik. Gaya-gaya ini akan disusun mengikut keutamaan gaya berpusatkan kepada guru sehingga kepada kurangnya kawalan guru dalam pengajaran iaitu pembentangan oleh pelajar sepenuhnya.

14

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Reka Bentuk Kajian dan Instruimen Kajian:

Kajian ini menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan respons daripada pelajar-pelajar tingkatan satu di sekolah menengah tentang kecenderungan minat mereka terhadap gaya pengajaran guru dalam mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris di dalam bilik darjah.

Borang soal selidik ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Bahagian A, B, C dan D yang merangkumi jenis soalan terbuka dan soalan tertutup.

Borang soal selidik Bahagian A mengandungai soalan-soalan demografi seperti nama sekolah, jantina, umur, pencapaian markah dalm peperiksaan setengah tahun dan pendapat responden berkenaan mata pelajaran Sains.

Dalam Bahagian B, responden dikehendaki menandakan pendapatnya berkenaan dengan kecenderungan pelajar terhadap pengajaran guru di dalam kelas berdasarkan skala Likert ( 1= Sangat tidak minat, 2= Tidak minat, 3 = Minat, 4= Sangat minat ).Sebanyak sembilan gaya pengajaran akan dinyatakan iaitu: 1. 2. 3. 4. Gaya pembelajaran dengan penglibatan wajib pelajar-pelajar Gaya pembelajaran dengan penglibatan sukarela pelajar-pelajar gaya pembelajaran sahaja tanpa penglibatan pelajar gaya pembelajaran dengan demontrasi eksperimen

15

5. 6. 7. 8. 9.

Gaya pembelajaran demontrasi eksperimen sahaja Gaya pembelajaran dengan perbincangan kumpulan pelajar Gaya perbincangan kelas yang dibantu oleh guru gaya perbincangan kumpulan-kumpulan pelajar Gaya pembentangan oleh pelajar-pelajar

Dalam Bahagian C pula, responden diminta untuk memilih pilihan jawapan yang disediakan berkenaan dengan gaya-gaya pengajaran yang biasa digunakan oleh guru.Soalan-soalan di bahagian ini adalah berkenaan dengan gaya pengajaran guru dan perkaitannya dengan aspek pemberian nota, aktiviti, jantina, masa, tempat, kaedah pengajaran, cara komunikasi, pemilihan bahan, penggunaan bahan teks, kecenderungan dan keberkesanan serta tahap penyertaan pelajar

3.1

Persampelan:

Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu yang sedang menuntut di sekolah menengah di daerah Kuala Selangor iaitu SM Sultan Abdul Aziz Shah di terletak di bandar Kuala Selangor, SM Seri Tanjong bersebelahan dengan SM Sultan Andul Aziz Shah , SMK Pengkalan Permatang berdekatan dengan Bandar Kuala Selangor, SM Seri Desa, SM Dato Harun terletak di Pekan Tanjong Karang, SM Sultan Sulaiman Shah, SMK Raja Muda Musa, SM Rantau Panjang terletak di Bandar Batang Berjuntai,dan SM Sungai Burong terletak 16 km dari Tanjong Karang. Dari segi jantina kesemua sekolah ini mempunyai pelajar lelaki dan perempuan.Latar belakang pelajar-pelajar di semua sekolah tersebut hampir sama.

16

3.2

Latar Belakang Responden

Latar belakang responden dijelaskan dari segi jantina, pencapaian dalam peperiksaan setengah tahun, pencapaian prestasi mata pelajaran Sains dan kedudukan lokasi sekolah.

3.3

Kajian Rintis

Soalan kajian yang disediakan akan diuji terlebih dahulu di dalam satu kajian rintis yang akan dijalankan ke atas pelajar-pelajar tingkatan satu yang belajar mata pelajaran Sains yang sedang menuntut di SM Sultan Abdul Aziz Shah, Kuala Selangor. Seramai 15 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan yang akan dipilih di kalangan mereka secara rawak daripada setiap kelas. Sebarang ketidakjelasan, kerumitan dan kekurangan yang terdapat dalam soalan kajian akan diambilkira dan diberi perhatian serius dan dimurnikan sebelum mendapat persetujuan dari penasihat untuk digunakan dalam kajian sebenar.

3.4

Prosedur Kajian:

Sebagai permulaan, penyelidik akan memberikan taklimat dan penerangan secara ringkas kepada pelajar-pelajar cara untuk mengiri borang soal selidik. Penyelidik juga akan menekankan prosedur dan kepentingan pelajar menjawab soalan dengan jujur serta bertanggungjawab.

Pelajar-pelajar akan mengambil masa lebih kurang 8 hingga 20 minit sahaja untuk melengkapkan borang soal selidik tersebut. Borang soal selidik ini akan dikutip sebaik sahaja lengkap diisikan oleh pelajar-pelajar.

17

3.4

Penganalisaan Data:

Statistik inferens utama yang akan digunakan untuk digunakan dalam kajian ini ialah (khi kuasa dua) X2 satu dimensi dan X 2 bagi jadual silang. Hipotesisi akan diuji berasaskan X 2 pada aras kepercayaan p= 0.05. semua penganalisaan akan dilakukan dengan menggunakan perisian SPSS 9.01.

18

RUJUKAN ________________________________________________________________________ Atan Long (1993), Pedagogi: Kaedah an mengajar. Petaling Jaya : Amiza Publishing Sd. Bhd. Beishline, Megan J. & Holmes, Cooper B. (1997) Student Preferences For Various Teaching Styles. Journal of instructional Psychology, 24, 95-99. Bruce R. Joyce & Berj Harootunian (1967). The structure of teaching. Chicago : Science Research Associates, Inc. http://dbp.gov.my/dbp98/majalah/bahasa22/okt/b10isu2.html (16 September) http://www.engr.ncsu.edu/learningstyles/ilsweb.html (16 September 2003) http://www.gsu.edu/~dcshjb/wwwmbti.html (16 September 2003) http://www.indstate.edu/ctl/style/model2.html#DUNN (16 September 2003) http://www.indstate.edu/ctl/style/learning.html#DUNN (16 September 2003) http://www2.moe.gov.my/jpnsel/ (16 Sepetember 2003) http://motivasiutusan.4mg.com/kerja 1.html (16 September 2003 ) http://www.moe.gov.my/keratanBI.asp (16September 2003) http://people.comel.edu/pages/cy55/peperiksaanBi.html (16 September 2003) http://www.paulhazel.com/docs/styles.html (16 September 2003) Kamarudin Hj. Husin a9 1990). Siri Pendidikan Longman: Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya, Selangor : Longman. Poh Swee Hiang (1997). Siri Pendidikan Perguruan: Pedagogi sains 2 Strategi pengajaran pembelajaran sains. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Rosini Abu & Ramlah Hamzah (1998). Siri Pendidikan Longman: Pedagogi 1 Kurikulum & pengurusan bilik darjah. Petaling Jaya, Selangor : Longman.

19

L A M P I R A

N
20

JADUAL WAKTU PENYELIDIKAN Mula Tamat


Bil

20 Jun 2003

: 25 September 2003
Aktiviti JUN JULAI OGOS SEPTEMBER

M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 1. Kajian awal Penyediaan Proposal x x x x x x

2.

3. 4. 5. 6.

Penyediaan Soal Selidik Pra Ujian Rintis

x x

x x x

Mengutip Data Mengedit/ pemurnian

x x x

7. 8. 9.

Memproses Data Serah laporan awal Serah laporan pertengahan

x x x x

10. Serah laporan akhir 11. Perjumpaan dengan Pensyarah x x x x x x x x x x x x x x

( * ) M1 = Minggu Pertama, M2= Minggu kedua, M3= Minggu ketiga, M4= Minggu keempat

JADUAL ANGGARAN KOS PENYELIDIKAN

21

Mula : 20 Jun 2003 Tamat : 25 September 2003

BIL

PERKARA / ITEM

ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

CATATAN SEBENAR

1.

Alat alat tulis

RM 100.00

RM

2.

Kertas cetak dan dakwat printer

RM 250.00

RM

3. Pencetakan/binding kulit tebal

RM 300.00

RM

4. Perjalanan/ perbatuan

RM 200.00

RM

5. Makan/minum/cenderahati

RM 200.00

RM

6.

Lain-lain perbelanjaan JUMLAH BESAR

RM 200.00 RM 10250.00

RM RM

Jadual waktu penyelidikan dan anggaran kos untuk tempoh masa selama satu semester. KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR TINGKATAN 1 TERHADAP GAYA-GAYA PENGAJARAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS (Satu tinjauan di sekolah-sekolah menengah di daerah Kuala Selangor) ____________________________________________________________________________22

BORANG SOAL SELIDIK FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA 50603 KUALA LUMPUR

Arahan: i. ii. iii. iv. v. Borang kaji selidik ini mengandungi 4 bahagian ( Bahagian A, B, C dan D ). Sila jawab item-item di dalam borang soal selidik ini berdasarkan arahan yang diberi pada setiap bahagian. Tiada jawapan yang betul atau salah. Semua pilihan jawapan adalah betul. Anda dikehendaki menjawab soalan berdasarkan apa yang anda lalui, rasai, alami, suka, benci, setuju pada masa sekarang dan bukannya apa yang sepatutnya berlaku. Kejujuran dan keikhlasan anda memberikan respons yang sewajarnya terhadap semua item amat diharapkan untuk menjamin kualiti hasil dapatan kajian seterusnya untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang. Semua maklumat yang diberikan adalah sulit dan hanya akan digunakan untuk tujuan kajian ilmiah ini sahaja. Kerjasama anda amat dihargai dan diucapkan dengan ribuan terima kasih.

vi. vii.

Penyelidik:
DOLBASAR BIN KASAN

Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur Tel: 0133941131. Email: Jawaterakhir@yahoo.com N0.Pelajar: PGA 030112

[ BAHAGIAN A]

23

Maklumat Latar Belakang Sekolah dan Responden Sila isikan tempat kosong dengan menulis pespons yang berkenaan dan tandakan -/ pada satu kotak yang disediakan. 1. 2. Nama Sekolah: _______________________________________________ Lokasi sekolah: Bandar 3. Jantina: Luar bandar Lelaki Pinggir bandar Perempuan Bandar kecil

4. Berapakah jarak sekolah dengan rumah anda? ________ km. 5. Berapakah umur anda sekarang? _____ tahun. 6. Anda sedang belajar di tingkatan 1 : __________________ 7. Pencapaian Sains dalam peperiksaan UPSR yang lalu? _____________ 8. Pencapaian mata pelajaran Sains semasa peperiksaan Penggal 1 yang lalu : ________ 9. Adakah anda minat belajar Sains dalam Bahasa Inggeris di tingkatan 1 ini? Sangat minat Minat Sederhana Kurang Tidak

10. Apakah faktor yang mendorong jawapan anda di dalam soalan (9) di atas? a) ________________________________________________________ b) ________________________________________________________ c) ________________________________________________________

[ BAHAGIAN B] Kecenderungan Minat Pelajar Terhadap Gaya-gaya Pengajaran Guru

24

Sila BACA dengan teliti tiap-tiap kenyataan yang diberi dan tandakan -/ pada kolum yang disediakan untuk menyatakan sejauhmana anda bersetuju dengan penyataan tersebut dengan menggunakan skala Likert seperti berikut: 4 3 2 1 = = = = Sangat minat Minat Tidak minat Sangat tidak minat

Berdasarkan pengalaman pembelajaran mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris tingkatan 1 bersama guru anda, apakah pandangan dan penilaian anda terhadap gaya-gaya pengajaran guru seperti di bawah: Skala Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Gaya-gaya Pengajaran Guru 1 Gaya pembelajaran dengan penglibatan wajib pelajar Gaya pembelajaran dengan penglibatan sukarela pelajar Gaya pembelajaran sahaja tanpa penglibatan pelajar Gaya pembelajaran dengan demontrasi ekperimen Gaya demontrasi eksperimen sahaja Gaya pembelajaran dengan perbincangan kumpulan Gaya pembelajaran kelas dengan dibantu oleh guru Gaya pembelajaran kumpula-kumpulan pelajar Gaya pembentangan pelajar-pelajar sahaja 2 3 4

[ BAHAGIAN C ] Susunan Keutamaan Gaya Pengajaran Guru Anda diminta menyusun gaya pengajaran guru di kelas anda mengikut keutamaanya 25

Daripada popular kepada tidak popular. Skala yang diberi dari 1 hingga 9. Skala 1 = paling popular 2 3 4 5 6 7 8 9 = paling tidak popular

Bil

Gaya-gaya Pengajaran Guru

Skala Mengikut Keutamaan

1. Gaya pembelajaran dengan penglibatan wajib pelajar 2. Gaya pembelajaran dengan penglibatan sukarela pelajar 3. Gaya pembelajaran sahaja tanpa penglibatan pelajar 4. Gaya pembelajaran dengan demontrasi ekperimen 5. Gaya demontrasi eksperimen sahaja 6. Gaya pembelajaran dengan perbincangan kumpulan 7. Gaya pembelajaran kelas dengan dibantu oleh guru 8. Gaya pembelajaran kumpula-kumpulan pelajar 9. Gaya pembentangan pelajar-pelajar sahaja

[BAHAGIAN D] Anda dikehendaki membaca dengan teliti setiap item soalan dan bulatkan jawapan anda pada nombor berkenaan mengikut skala yang diberi. Tiada jawapan betul atau salah bagi setiap soalan. 1 = Tidak baik 2 = Kurang baik 26

3 4 5 1.

= = =

Sederhana Baik Amat baik

Apakah pendapat anda belajar mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris? 1 2 3 4 5

2.

Apakah tahap penguasaan mata pelajaran Sains anda sekarang? 1 2 3 4 5

3.

Apakah tahap kaedah pengajaran Sains yang digunakan guru anda? 1 2 3 4 5

4.

Adakah kaedah yang biasa digunakan oleh guru anda berkesan? 1 2 3 4 5

5.

Untuk cabaran belajar, kaedah yang biasa digunakan oleh guru anda di anggap. 1 2 3 4 5

6.

Bagi membantu kaedah perbendaharaan kata, kemahiran menulis, nahu dan saraf, kaedah yang digunakan oleh guru anda adalah 1 2 3 4 5

7.

Sejauhmanakah kaedah yang biasa digunakan oleh guru anda menarik? 1 2 3 4 5

8.

Sebagai salah satu daripada kaedah pengajaran, kaedah yang biasa digunakan oleh Guru anda adalah 1 2 3 4 5

9.

Sejauhmanakah aktiviti tugasan dalam kaedah biasa digunakan oleh guru anda untuk menambah minat dan tumpuan anda? 1 2 3 4 5

10.

Untuk mengalakkan perbincangan, kaedah yang biasa digunakan oleh guru anda adalah

27

1 11.

Untuk membantu kefahaman teks dan eksperimen, kaedah yang biasa digunakan Oleh guru anda adalah.. 1 2 3 4 5

12.

Adakah bahan pembelajaran seperti nota dalam kaedah biasa membantu anda Untuk menghadapai peperiksaan? 1 2 3 4 5

13.

Daalam pembelajaran bagaimanakah hubungan anda dengan guru Sains anda? 1 2 3 4 5

14.

Dalam pembelajaran hubungan anda dengan rakan-rakan adalah 1 2 3 4 5

15.

Adakah anda menghadapi masalah dengan kaedah yang biasa digunakan oleh Guru anda? 1 2 3 4 5

16.

Bagaimanakah kebolehan anda dalam menyelesaikan masalah pembelajaran? 1 2 3 4 5

17.

Setiap kali pembelajaran, kefahaman anda tenteng isi pelajaran adalah.. 1 2 3 4 5

18.

Adakah anda bermasalah untuk menghadapai cara mengajaran guru? 1 2 3 4 5

19.

Bagaimanakah penyertaan anda di dalam aktiviti kelas? 1 2 3 4 5

20.

Adakah anda puashati dengan kaedah biasa yang digunakan oleh guru? 1 2 3 4 5

28

21.

Adakah kaedah pengajaran waktu pagi sesuai dan berkesan? 1 2 3 4 5

22.

Adakah kaedah pengajaran guru di waktu tengahari berkesan? 1 2 3 4 5

23.

Adakah kaedah pengajaran dan contoh-contoh yang diberikan oleh guru sesuai Dan berkesan? 1 2 3 4 5

24.

Adakah kecenderungan minat anda terhadap pengajaran guru ada kaiatan dengan pencapaian Sains semasa peperiksaaan pertengahan tahun yang lalu? 1 2 3 4 5

25.

Adakah gaya pengajaran guru lelaki lebih baik dan berkesan daripada guru wanita? 1 2 3 4 5

26.

Adakah gaya pengajaran guru wanita lebih baik dan berkesan dari guru lelaki? 1 2 3 4 5

27.

Adakah pemilihan tempat pengajaran dan pembelajaran memberi kesan terhadap pembelajaran anda? 1 2 3 4 5

28.

Adakah gaya pembelajaran di makmal Sains lebih berkesan dari belajar di tempattempat yang lain? 1 2 3 4 5

29.

Adakah gaya pembelajaran guru lebih berkesan jika diadakan di luar kelas? 1 2 3 4 5

30.

Adakah anda berminat dengan cara kaedah pengajaran guru anda sekarang? 1 2 3 4 5

29

30

LAMPIRAN RUJUKAN DARI INTERNET

Tajuk Proposal Kajian: Gaya Pembelajaran Dua Orang Pelajar Tingkatan Satu dalam Pemelajaran Sains Menggunakan Bahasa Bahasa Inggeris: Satu Kajian Kes

31

1.0

Pengenalan:

Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi lebih luas terbuka sesuai dengan harapan negara memerlukan tenaga kerja yang mahir dan profesional dalam bidang masing-masing. Sesuai dengan saranan Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Dr. Mahathir Mohamad yang berkehendakan murid-murid tahun satu, tingkatan satu dan tingkatan enam rendah belajar mata pelajaran Sains menggunakan Bahasa Inggeris bermula tahun 2003, jelas mendapat reaksi hangat dari ibu bapa dan masyarakat. Bagi pelajar-pelajar tingkatan satu di sekolah menengah harian yang mempelajari mata pelajaran Sains menggunakan Bahasa Inggeris merupakan sesuatu yang baru. Mereka mula mengenal penguasaan Bahasa Inggeris dalam Sains melalui soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR) yang menggunakan pilihan soalan dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Kesemua sekolah menengah ini ditadbir oleh Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Pendidikan Daerah. Kesemua murid-murid tingkatan satu sessi 2003 di seluruh Negeri Selangor telah memulakan sesi persekolahan mereka dalam pelajaran Sains dengan menggunakan Bahasa Inggeris. 1.1 Penyataan Masalah

Masalah yang ingin dikaji oleh penyelidik ialah untuk menentukan gaya pembelajaran dan pemelajaran yang diamalkan oleh pelajar paling berkesan, sederhana dan tidak berkesan dalam jangka masa kajian . Gaya pembelajaran pelajar dapat dikenalpasti melalui pemelajaran dapat membantu pelajar mempelajari Sains menggunakan Bahasa Inggeris.Penyelidik akan menghuraikan apakah respons pelajar terhadap gaya pengajaran yang diamalkan oleh seseorang guru. Adalah dipercayai bahawa seseorang pelajar yang bersifat reflektif akan sentiasa menyesuaikan gaya pembelajarannya untuk meningkatkan tahap prestasi pemelajaran Sains menggunakan Bahasa Inggeris.

1.2

Objektif Kajian

Objektif-objektif kajian ini adalah untuk: 1. Mengenalpasti gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar semasa mempelajari Sains dalam Bahasa Inggeris. 2. Menyiasat gaya pemelajaran yang diamalkan dapat membantu pelajar mempelajarai Sains dalam Bahasa Inggeris.

32

Soalan Kajian Kajian yang dijalankan cuba mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan berikut: 1. Apakah gaya pemelajaran yang diamalkan oleh pelajar semasa mempelajari Sains dalam Bahasa Inggeris? 2. Bagaimanakah gaya pemelajaran yang dapat diamalkan dapat membantu pelajar mempelajari Sains dalam Bahasa Inggeris.

1.4

Rekabentuk Kajian

Kajian ini menggunakan bentuk pemerhatian, temubual dan analisis bukti dokumen daripada 2 orang pelajar tingkatan satu di sekolah menengah tentang gaya pembelajaran dan pemelajaran yang diamalkan dalam membantu pelajar mempelajari mata pelajaran Sains menggunakan Bahasa Inggeris di dalam bilik darjah. Pengkaji akan menemubual peserta kajian, guru-guru yang mengajar mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris, kawan-kawan peserta kajian untuk mendapatkan situasi sebenar. 1.5 Pendekatan Kajian

Dalam kajian ini pengkaji akan menggunakan pendekatan kajian kualitatif. Pendekatan ini dipilih kerana untuk melihat gaya pembelajaran dan pemelajaran pelajar amat sesuai menggunakan pendekatan Kualitatif. Oleh itu pendekatan kualitatif secara kajian kes amat sesuai dan dipilih bagi membolehkan pengkaji membuat pemerhatian terus dalam situasi yang sebenar (Bogdan & Biklen, 1992; Marohaini Yusoff, 1996). Pendekatan kalitatif membolehkan pengkaji mendapatkan maklumat yang bercorak proses yang melibatkan persoalan apa, mengapa dan bagaimana gaya pembelajaran dan pemelajaran pelajar di dalam kelas yang sebenar.

Ringkasnya, kajian kes secara kualitatif ini dipilih kerana kesesuaiannya sengan proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas secara natural dan realistik.Tambahan pula .pemgajaran adalah proses berterusa dan gaya pembelajaran dan pemelajaran pelajar perlu diikuti sepenuhnya oleh pengkaji dalam tempoh yang panjang bagi mendapatkan kesepaduan data yang penting bagi tujuan kajian ini. Seterusnya, akan dijelaskan aspek kaedah kajian bagi menjelaskan gaya pembelajaran dan pemelajaran yang diamalkan oleh pelajar dalam mempelajari Sains menggunakan Bahasa Inggeris yang akan dibincangkan secara terperinci.

33

1.6

Kaedah/Jenis Kajian

Seperti yang telah dijelaskan, kajian ini adalh berkaitan dengan gaya pembelajaran dan pemelajaran pelajar yang diamalkan dalam mempelajari Sains dalam bahsa Inggeris di dalam kelas yang sebenar. Selaras dengan itu,kajian ini akan dijalankan secara kajian kes iaitu bagi membolehkan pengkaji meneliti dan menyiasat secara mendalam (Yin, 1989; Syed Arabi Idid, 1992; Gay, 1996; Fracnkel, 1996) akan gaya pembelajaran dan pemelajaran yang diamalkan oleh pelajar dalam mempelajari Sains dalam Bahasa Inggeris di dalam kelas. Oleh sebab itu pengkaji akan menggunakan teknik pemerhatian, temu bual dan bukti dokumen untuk mendapatkan data dan maklumat yang diperlukan bagi menjawab soalan kajian ini. Di samping itu catatan jurnal dan memo juga akan dibuat sebagai garis panduan bagi pengkaji menjalankan kajian dengan lancar. Alat kajian utama ialah diri pengkaji sendiri. Hal ini akan membolehkan pengkaji mengetahui maklumat berkenaan pengajaran guru secara langsung. Sebagai amalt utama kajian, manusia mampu memerhati dan memahami sesuatu tingkah laku manusia lain dengan lebih mendalam, di samping dapat bertind+ak balas terhadap sesuatu situasi dengan cara mengoptimumkan peluang pengutipan data yang ada dan seterusnya menghasilkan maklumat yang bermakna (Marohaini Yusoff, 1996; Faredah Mahadi, 1998; Ab. Rahim Md. Yasin, 1998). Selaras dengan itu teknik pemerhatian di dalam kelas, temu bual dan bukti dokumen akan digunakan bagi pengutipan data juga bersama catatan jurnan dan memo bagi memastikan pengutipan data berjalan dengan lancar.

1.7

Peserta Kajian

Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu yang sedang menuntut di sekolah menengah di daerah Kuala Selangor iaitu SM Sultan Abdul Aziz Shah di terletak di bandar Kuala Selangor. Dari segi jantina kesemua sekolah ini mempunyai pelajar lelaki dan perempuan.Latar belakang pelajar-pelajar di semua sekolah tersebut hampir sama.

1.8

Tempat Kajian

Pemilihan tempat dan peserta kajian selalunya dilakukan berasaskan beberapa kriteria. Kreteria pertama adalah berlandaskan kepada tujuan kajian ialah untuk mengkaji gaya-gaya pengajaran guru sains dalam bahasa Inggeris di sekolah menengah. Oleh itu tumpuan dan kajian ialah terhadap sekolah menengah sahaja. Justeru pengkaji telah meninjau beberapa buah sekolah menengah untuk dijadikan tempat kajian.

34

Kateria kedua ialah batasan kajian. Pengkaji teklah membataskan tempat kajian iaitu di sebuag sekolah menengah dalam daerah Kuala Selangor.Sekolah yang dipilih ialah SMk Puteri (nama samaran) yang terletak 2 kilometer dari tempat tinggal pengkaji. Ini bertepatan dengan pendapat Faredah Mahadi (1998:36) bagi menjamin kejayaan sesuatu nkajian, tempat yang dipilih itu seelok-eloknya mudahdidekati bagi menjimatkan masa. Faktor inilah yang membolehkan pengkaji mengunjugi sekolah tersebut dengan lebih kerap. Kriteria yang ketiga ialah peluang pemilihan kelas sebagai konteks kajian. Pengkaji mendapati sekolah tersebut mempunyai kelas-kelas tingkatan satu lebih dari dua kelas. Faktor ini membolehkan pengkaji membuat pemilihan kelas yang sesuai dan membuat pemilihan peserta kajian yang sesuai sebagai konteks kajian dengan lebih teliti bagi mendapatkan idea dan data yang mantap.

1.9 Tempoh Kajian Tempoh kajian merujuk kepada batasan masa kajian yang sebenar dilakukan. Tempoh itu bermula dari hari pertama pengkaji memulakan kajian lapangan sehingga hari terakhir pengkaji berada di tempat kajian. Penjelasan terperinci mengenai penentuan tempoh kajian adalah seperti yang dibincangkan berikut. Secara tentatif, kajian ini akan dijalankan dalam tempoh sepuluh minggu kerana kajian ini merupakan kertas projek pengkaji bagi memenuhi sebahagian daripada syarat untuk ijazah sarjana pendidikan. Kajian ini akan dilaksanakan mulai bulan Jun 2003 sehingga dan dijangka berakhir pada awal september 2003 nanti. Tempoh kajian ini juga tertekluk kepada tempoh pengajian pengkaji begi semesta pertama sesi 2003/2003 iaitu antara bulan Jun hingga bulan September. Menurut Jorgensen (dalam Marohaini Yusoff, 1996), penentuan temph kajian adalah selaras dengan halhal seperti batasan tempoh kajian dan kewujudan sumber kajian. Oleh sebab itu tempoh sepuluh minggu adalah sesuai dan memadai bagi kajian ini. Penentuan tempoh dariJun hingga Sepetember 2003, sebenarnya adalh untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris lebih bersedia. Ini kerana pada bulan Januari aiaitu diawal persekolahan pelajar-pelajar masih baru memasuki alam pembelajaran dan pemelajaran Sains dalam Bahsa Inggeris. Tambahan pula pengajaran Sains dalam Bahsa Inggeris pula diperkenalkan dari awal tingkatan satu. Pengkaji merasakan bermula bulan Jun poengajaran guru berjalan lancar kerana kurang gangguan dan memudahkan pengkaji menjalankan kajiannya.

2.0

Prosedur Pemungutipan Data & Penganalisaan Data

Kajian ini dijalankan dari bulan Jun hingga Sempember di sebuah sekolah di daerah Kuala Selangor. Langkah-langkah dan prosedur kajian yang diambil adalah seperti berikut.

35

Peringkat Pra kajian Pada peringkat ini, pengkaji melengkapkan kertas cadangan kajian di bawah bim,bingan dan seliaan pensyarah penyelia iaitu Prof. Madya Dr. Marohaini Yusoff. Seterusnya pengkaji akan mendapatkan surat kebenaran daripada pihak Bahagian Pembangunan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan (EPRD), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Jabatan Pendidikan derak Kuala Selanagor. Surat tersebut pengkaji akan serahkan kepada pengetua sekolah yang dipilih bagi mendapatkan kebenaran menjalankan kajian. Pelaksanaan kajian dan Pengumpulan Data. Peringkatat pelaksanaan dan pengutipan data ini mengambil masa selama sepuluh minggu. Dalam minggu pertama , bermula hari pertama, pengkaji akan berkenalan dengan warga sekolah daripada peringkat pentadbir, ketia bidang sains, guru-guru dan pelajar untuk membina hubungan kerja yang baik. Pengkaji membuat pemerhatian tidak berstruktur dan berbincang dengan pengetua, ketua bidang, ketua panatia dan guru-guru Sains untuk mendapatkan gambaran perjalanan aktiviti harian sekolah tersebut. Ketika ini juga pengkaji akana mengenalpasti dan memilih dua orang pelajar tingkatan satu( melalui temu bual) dan biodata pelajar serta latarbelakang peserta kajian. Seterusnya pada peringkat pengumpulan data, pengkaji sebagai alat kajian utama menggunakan ketiga-tiga teknik pengutipan data iaitu pemerhatian, temubual dan bukti dokumen (Syed Arabi Idid, 1992; Gray, 1996; Fraenkel, 1996). Penggunaan teknik yang pelbagai iani akan dapat menghasilkan dapatan kajian yang lebih tep[at dan meyakinkan. Pengkaji juga membuat catatan refleksi dalam jurnal dan kerangka konseptual dalam memo. Pemerhatian di dalam Kelas Pemerhatian didalam kelas merupakan salah satu teknik terpenting dalam pengutipan data dalam kajian kes secara kualitatif.Teknik ini bukan sahaja memberi peluang kepada pengkaji untuk mengesan perkara-perkara yang lazimnyanterlibat pada mereka. Malahan memalui pemerhatian juga pengkaji dapat melihat secara langsung tentang pelbagai perkata yang peserta kajian lakukan. Pengkaji juga melakukan pemerhatian terhadap perlakuan serta gaya pembelajaran dan pemelajaran peserta kajian semasa pengajaran dan pembelajaran Sains dalam bahasa Inggeris dijalankan. Pengkaji juga akan membuat catatan lapangan bagi merekodkan kenyataan secara verbatim dan perlakuan peserta kajian dan guru didalam kelas yang menjadi konteks kajian. Catatan komen sebagai pemerhatii dan persoalan akan dicatat dan diselitkan dalam catatan lapangan ini dan pemerhatian akan dijalankan sekurang-kurangfnya lima kali bagi setiap peserta kajian. Temu Bual Temu bual merupakan teknik kedua penting dalam pengutipan data. Menurut Yin, (1989) temu bual menjadi satu keperluan dalam proses pengutipan data kajian kes secara kualitatif kerana kajian ini melibatkan manusia. Perkara-perkara yang melibatkan sifat dan perklakuan manusia harus diterjemahkan melalui pendapat informan yang ditemu bual. Perkara seperti ini akan dapat memberikan gambaran sebenar yang mendalam terhadap sesuatu situasi, di samping menjelaskan

36

persoalan-persoalan yang timbul ketika membuat pemerhatian di dalam kelas terhadap perkaraperkara yang tidak kelihatan. Pengkaji akan menggunakan teknik temu bual formal dan tidak formal dalam bentuk separauh berstruktur supaya data yang dikutip tidak menyimpang jauh dari persoalan kajian. Temubual dengan peserta kajian akan dijalankan selepas selesai satu-satu sesi pengajarandan pembelajaran, manakala temubual dengan guru Sains akan dibuat selepas sesi persekolahan tamat. Pengkaji akan merekodkan temu bual ke dalam pita rakaman dengan mendapat persetujuan dari peserta kajian terlebih dahulu. Beberapa tema-tema beroikut akan digunakan bagi membina soalan-soalan temu bual di antaranya ialah: i) Pemahaman murid terhadap pengajaran guru di dalam kelas ii)Pendekatan, kaedah dan teknik pengjaran oleh guru di dalam kelas iii) Bagaimana pelajar mengikuti pengajaran guru Kesemua data-data dari pemerhatian akan dikumpulkan dan seterusnya akan diperkukuhkan dengan bukti-bukti yang diperoleh daripada bukti dokumen. Bukti Dokumen Pengkaji akan menggunakan bukti dokumen sebagai teknik kajian yang ketiga penting. Bukti dokumen ini bermaksud alat sokongan terhadap data dan maklumat yang didapati daripada pemerhatian dan temu buyal yang dijalankan dalam kajian kualitatif. Menurut Gay (1996) ..a document may be any written or nonwritten record which exist and which may enhance the reseachers overall understanding or the situation under study. (hlm.243). Dokumen terbahagi kepada dua iatu dokumen rasmi dan dukumen tidak rasmi. Dokumen rasmi dalam kajian ini, pengkaji akan mencatat pengesahjan dikomen seperti pelaan lokasi kelas, statistik bilangan pelajar/kelas, jadual waktu kelas/guru dan buku rekod mengajar guru, minit mesyuarat, rekod kemajuan, rekod keputusan peperiksaan serta rekod latar belakang murid/guru. Pengkaji juga akan menggunakan dokumen tidak rasmi (peribadi) peserta kajian seperti buku catatan kerja,diari, gambar keluarga dan hasil penulisan. Ini akan dapat memberi keterangan dan gambaran tetang perpektif pengkaji. Kesmua dokumen-dokumenb ini digunakan bagi menambahkan dan mengesahkan maklumat yang dikutip melalui pemerhatian dan temu bual untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian secara triangulasi (Norrizan razali, 1992; Marohaini Yusoff, 1996; Merriam, S, 2001). Hasil dari penggunaan ketiga-tiga teknik bagi pengutipan data ini, diharapkan dapat menghasilkan data yang banyak dan padat yang perlu diproses dan dianalisis secara sisitematik. Peringkat Memproses dan Menganalisa Data

37

Kesemua data yang dikumpul akan diproses dan dianalisis secara deskriftif dalam dua peringkat iaitu semasa pengutipan data dan selepas pengutipan data. Semasa pengutipan data, proses analisis akan dijalankan dengan cara menulis semula catatac lapangan pemerhatian di dalam kelas ke dalam bentuk yang lengkap. Data-data ini kemudiannya diringkaskan dan ditulis dalam borang ringkasan catatan lapangan. Untuk data temu bual, semua rakaman akan diterbitkan dalam tulisan berbentuk tenskripsi (dialog) dan kemudian diringkaskan ke dalam borang ringkasan temu bual. Sementara dokumen-dokumen pula akan diteliti dan ditulis secara ringkas ke dalam borang ringkasan dokumen. Pada peringkat selepas pengutipan data selesai, pengkaji akan meneliti semula ringkasan catatan lapangan, transkripsi temu bual dan dokume tersebut dan disaring dan dimasukkan ke dalam borang kodifikasi. Menurut Marohaini Yusoff (1996), pengekodan dibentuk berdasarkan kategori yang didasari oleh soalan kajian da juga isu yang bersabit (hlm. 189). Bagi kajian ini, pengkaji akan menggunakan kad-kad indeks ddengan tema-tema tertentu yang mencakupi maklumat murid, guru, pendekatan, kaedah, teknik maslah-masalah pembelajaran dan pemelajaran. Disini pengkaji akan menggunakan kad indeks peserta kajian A berwarna Merah jambu dan kad indeks peserta kajian B berwarna kuning. Dengan berbuat demikian , pengkaji mudah hendak mencari maklumat peserta kajian yang terlibat semasa menulis laporan akhir nanti.

2.1

Verfikasi/Kesahihan/Kebolehpercayaan

Data-data dari kajian kualitatif akan dianalisis dan kesahan serta kebolehpercayaannya mesti dilakukan dengan tepat. Kesahan dan kebolehpercayaan data boleh dilakukan secara proses triangulasi dan perbincangan dengan guru, rakan-rakan dan pensyarah penyelia.Proses triangulasi dalam kajian ini dibuat dengan cara sesama teknik (within techniques) iaitu dengan membandingkan data daripada tiga pemerhatian atau data dari tiga temu bual yang telah dilaksanakan. Kedua ialah cara antara teknik (between techniques) dimana membandingkan data daripada pemerhatian, temu bual, bukti dokumen yang telah dikumpul dalam satu masa serentak. Menurut Merriam, S, (2001) triangulasi ialah, Using multiple investigators, source of data, or data collection methods to confirm emerging findings.Kesahan dan kebolehpercayaan data kajian juga boleh didapati daripada maklum balas peserta kajian untuk memelihara kesahan kandungan kajian. Sebarang kekurangan dan kesilapan dapat dikesan dan dibincangkan untuk diperbaiki.Akhir sekali kajian yang berterusan dalam tempoh yang agak panjang di lapangan , membolehkan pengkaji mendapatkan data yang lebih mantap bagi membentuk kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian ini.

2.2

Data Yang Mungkin Didapati

38

Setelah pengutipan data dijalankan melalui pemerhatian peserta kajia, temu bual dan analisa dokumen pelbagai data akan dikaji dari segi verfikasi/ kesahan dan kebolehpercayaannya. Pengkaji menjangkakan beberapa data yang mungkin diperolehi diantaranya: i) Gaya belajar pelajar (peserta kajian) dibuat dalam kumpulan kecil ii) Gaya pembelajaran secara individu iii) Gaya pembelajaran secara rakan sebaya iv) Gaya pembelajaran perbincangan bersama guru Daripada jamngkaan data yang akan didapati, kajian seterusnya akan dibetangkan di dalam bab 4 yang seterusnya.

39

Anda mungkin juga menyukai