Anda di halaman 1dari 131

Jenis Masalah Pembelajaran Sains di Sekolah

1. PENGENALAN
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1993) mendefiniskan pengajaran dan
pembelajaran berasal dari satu kata dasar yang sama iaitu ajar yang bermaksud
petunjuk yang diberikan kepada orang lain dan pengajaran bermaksud segala yang
berkaitan dengan mengajar atau mengajarkan seperti caranya, sistemnya dan lain-
lain. Pengajaran merupakan aktiviti dan tugasan yang diusahakan secara bersama
oleh guru dan para pelajarnya. Guru hendaklah merancang pengajaran secara
sistematik dan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia melalui sukatan pelajaran agar perlaksanaan pengajaran itu selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pembelajaran pula didefinisikan sebagai proses memperolehi ilmu
pengetahuan atau kemahiran. Menurut Robert M.Gagne (1970), didalam The
Condition of Learning, beliau mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan
tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk
perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Woolfolk (1980),
didalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran merupakan perubahan
dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru,
atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.
Pembelajaran sains sekolah rendah telah mengalami transformasi secara
berperingkat dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan guna tenaga
profesional didalam bidang sains dan teknologi di Malaysia. Isu kemerosoton minat
para pelajar terhadap bidang sains sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah
menengah dan institut pengajian tinggi sering diperdebatkan oleh pakar-pakar ilmuan
pada masa kini. Masalah ini berlaku disebabkan persepsi negatif daripada kalangan
para pelajar itu sendiri terhadap subjek sains sejak dari peringkat sekolah rendah.
Guru memainkan peranan yang penting untuk mengikis pandangan negatif
para pelajar terhadap subjek sains bermula dari peringkat sekolah rendah. Proses
pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti dengan mengambil
kira strategi pengajaran dan pembelajaran, kesesuaian aktiviti pembelajaran dan
kaedah pentaksiran yang efektif untuk memastikan para pelajar mendapat ilmu
pengetahuan yang bermakna. Masalah pembelajaran sains dapat diatasi sekiranya
para guru sentiasa mencari kaedah yang terbaik untuk memastikan objektif
pembelajaran mencapai matlamatnya.
2.0 Jenis Masalah Pembelajaran Sains di Sekolah Rendah.

Masalah pembelajaran sains di sekolah rendah merupakan faktor penyebab
utama mengapa para pelajar kurang meminati mata pelajaran sains di sekolah
rendah. Murid-murid sering menyatakan bahawa belajar sains dan matematik adalah
membosankan. Melalui kefahaman mereka, pembelajaran sains hanyalah bertujuan
untuk memastikan mereka lulus di dalam peperiksaan. Aktiviti pembelajaran seperti
eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan, penggunaan sumber luar dan
penggunaan teknologi amat jarang dipraktikkan oleh guru. Dapat dirumuskan
bahawa faktor-faktor berikut merupakan jenis masalah pembelajaran sains di sekolah
rendah.
I. Pembelajaran berorientasikan peperiksaan.
II. Kurang aktiviti pembelajaran berkumpulan.
III. Kaedah penyoalan yang lemah.
IV. Strategi pengajaran dan aktiviti pembelajaran tidak dipelbagaikan.

Setiap permasalahan yang dinyatakan merupakan penyumbang kepada
kemerosotan jumlah para pelajar yang mengikuti bidang sains di institut pengajian
tinggi dan juga menjadi faktor kepada persepsi negatif para pelajar sama ada di
peringkat sekolah rendah atau menengah untuk mempelajari sains.
Untuk mengatasi masalah ini, kaedah dan teknik pembelajaran yang
dirancang oleh guru haruslah mengikut kecerdasan pelbagai para pelajar. Hal ini
amat penting untuk menarik minat para pelajar mempelajari sesuatu topik sains
dengan mudah dan berkesan.Cara pengajaran dan teknik pengajaran juga
memainkan peranan didalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran secara inkuiri, pembelajaran masteri, pembelajaran kontektual
dan konstruktivisme mampu menarik minat murid-murid untuk mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran.Murid-murid cenderung kepada pembelajaran
interaktif dan pengajaran hendaklah berpusat kepada murid manakala guru bertindak
sebagai fasilitator didalam kelas.
Guru harus mahir didalam menghasilkan alat atau bahan bantu mengajar
yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya semasa dan selepas kelas. Pengajaran
hendaklah berasakan penglibatan murid sepenuhnya dan murid hendaklah
menyertai proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif.
2.1 Pembelajaran berorientasikan peperiksaan.

Penilaian perkembangan akademik para pelajar di Malaysia adalah
berasaskan kepada keputusan peperiksaan awam yang mereka duduki seperti Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian
Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Peperiksaan awam ini telah dilembagakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan
ianya sah sebagai keputusan rasmi akademik seseorang pelajar.
Keputusan peperiksaan secara keseluruhan akan menentukan tahap prestasi
akademik sesebuah sekolah di Malaysia. Kebanyakkan guru-guru sains di peringkat
sekolah rendah akan berusaha untuk memastikan para pelajar lulus dengan
cemerlang atau sekurang-kurangnya lulus agar peratusan gred pencapaian pelajar
lulus dapat dipertingkatkan dari tahun ke tahun. Melihat kepada perkara ini, didapati
bahawa tujuan utama guru mengajar sains adalah untuk memastikan para pelajar
lulus dan bukannya untuk membolehkan para pelajar mendapat ilmu pengetahuan
secara bermakna.
Apabila senario ini berlaku, para pelajar kurang didedahkan dengan
kemahiran saintifik, kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains kerana
keadaan ini kurang membantu para pelajar mendapat markah secara keseluruhan.
Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara hafalan fakta, teori, konsep dan
hukum sains semata-mata tanpa melibatkan aktiviti pembelajaran yang pelbagai.
Konsep pembelajaran masteri, pembelajaran kontektual, inkuiri dan konstruktivisme
hanya ditulis pada Rancangan Pengajaran Harian (RPH) tanpa dilaksanakan
sepenuhnya. Guru mengajar secara tradisi dengan menggunakan penerangan dan
papan tulis. Para pelajar merasakan mereka sebagai pendengar secara pasif dan
tidak dilibatkan sepenuhnya didalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini akan menyebabkan para pelajar kurang minat untuk mempelajari sains
kerana fokus dan objektif utama mereka adalah untuk menghafal pembelajaran dan
lulus didalam subjek sains. Apabila para pelajar tidak didedahkan dengan kemahiran
saintifik, kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains, tahap kognitif mereka
juga tidak berkembang dengan sepenuhnya. Kemahiran ini amat penting untuk
meningkatkan kemahiran mental dan fizikal para pelajar didalam menyelesaikan
sesuatu masalah secara saintifik.
2.2 Kurangnya aktiviti pembelajaran berkumpulan.

Pembelajaran kumpulan umumnya dikaitkan dengan strategi pembelajaran
koperatif. Menurut Johnson & Johnson (1991), secara dasarnya, pembelajaran
kooperatif melibatkan pelajar bekerjasama dalam mencapai objektif
pembelajaran. Fokus utama pembelajaran koperatif berkisar kepada tiga
perkara iaitu pencapaian akademik, penerimaan kepelbagaian dan kemahiran sosial.
Menurut Slavin (2005),pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran aktif
yang berupaya untuk mengubah untuk mengubah suatu situasi pembelajaran yang
pasif kepada suatu yang dinamis serta berpusatkan pelajar.
Para pelajar kurang meminati pembelajaran sains kerana pembelajaran
berpusatkan guru dan mereka menjadi pendengar yang pasif. Pembelajaran
koperatif menekankan interaksi sosial di mana setiap ahli kumpulan perlu berhubung
rapat, saling memenuhi dan bantu-membantu untuk mencapai matlamat kumpulan di
dalam konteks pembelajaran. Matlamat ini hanya dapat dicapai melalui kerjasama
semua ahli didalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan mempunyai peranan jelas dan
tertentu dalam usaha mencapai matlamat yang ditetapkan. Pembelajaran koperatif
juga mampu meningkatkan kemahiran kognitif seseorang pelajar
Kebanyakkan guru kurang menerapkan pembelajaran secara berkumpulan
kerana menganggap pembelajaran sebegitu akan menjejaskan tumpuan pelajar
yang cemerlang untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran sains di sekolah rendah juga kurang melibatkan aktiviti pembelajaran
kumpulan kerana faktor-faktor berikut:
I. Kekangan masa
Para guru mendapati bahawa masa yang diperuntukan adalah tidak mencukupi
untuk melaksanakan pembelajaran secara berkumpulan kerana mereka terpaksa
mengambil kira faktor penyediaan kumpulan, agihan masa dan penyediaan radas
atau bahan.
II. Tiada kemudahan makmal sains
Pembelajaran secara eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan,
penggunaan sumber luar dan penggunaan teknologi amat kurang berlaku di sekolah-
sekolah luar bandar dan pedalaman kerana kekurangan peralatan atau radas sains
yang bersesuaian untuk melaksanakannya.
2.3 Kaedah penyoalan yang lemah.

Pembelajaran sains secara berkesan memerlukan para guru menggunakan
kaedah penyoalan kognitif aras tinggi agar ianya dapat membuka minda para pelajar
ke arah penyelesaian saintifik. Para pelajar harus didedahkan dengan soalan
mengapa, kenapa, bagaimana sesuatu fenomena dan kejadian berlaku didalam
aspek sains.
Teknik penyoalan memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan
objektif pelajaran mencapai matlamatnya. Sedar atau tidak, kriteria kemahiran teknik
penyoalan guru-guru amat dititik beratkan semasa penilaian Jemaah Nazir Sekolah,
pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan pihak pentadbir sekolah yang terlibat didalam
pemantauan pengajaran dan pembelajaran guru-guru di sekolah. Ini jelas
menunjukkan bahawa kemahiran seseorang guru menguasai teknik dan kemahiran
menyoal secara langsung menentukan keberkesanan sesuatu proses pengajaran
dan pembelajaran yang berlaku didalam kelas.
Didapati bahawa para guru melakukan beberapa kesilapan semasa menyoal
para pelajar didalam kelas. Diantaranya ialah:
I. Soalan yang tidak jelas.
II. Bersifat spontan.
III. Tidak menentukan tujuan soalan.
IV. Soalan hanya sekadar mencungkil ingatan dan memahami fakta.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, penyoalan lebih
berpusat kepada para pelajar yang cemerlang jika dibandingkan dengan para pelajar
pasif kerana guru mengharapkan jawapan daripada membimbing para pelajar untuk
mendapatkan jawapan melalui interaksi positif. Didalam erti kata lain, para pelajar
hanya menjawab dan bertanya apabila perlu. Didalam konteks ini, proses pengajaran
berlaku namun ianya bukan pembelajaran yang bermakna kepada para pelajar.
Di peringkat sekolah rendah, para pelajar mempunyai semangat ingin tahu
yang tinggi. Pelbagai persoalan timbul didalam minda mereka untuk mengetahui
punca dan sebab sesuatu perkara berlaku. Para guru harus mahir memanipulasikan
soalan yang ditanya agar ianya dapat menarik minat para pelajar untuk mempelajari
sains sebagai salah satu matapelajaran yang menarik.
2.4 Strategi pengajaran dan aktiviti pembelajaran tidak dipelbagaikan.

Pembelajaran secara konstruktivisme didalam proses pengajaran dan
pembelajaran sains membantu murid-murid membina analogi, contoh dan kaedah
mengingati dengan cara mereka tersendiri berdasarkan pengalaman sedia ada agar
ianya menjadi satu bentuk kefahaman yang baru.
Mengikut Anderson & Block(1975), pembelajaran masteri ialah satu set
idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk
belajar secara konsisten. Pembelajaran masteri harus dilaksanakan kerana murid
mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan murid harus menguasai pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang dipelajari. Pembelajaran juga dipecahkan kepada unit
yang lebih kecil agar ianya mudah untuk dikuasai.
Pembelajaran kontekstual merupakan kaedah pembelajaran yang
menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan
alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang
melibatkan aktiviti hand-on dan mind-on.
Menurut Shulman (1968/1973), inkuiri merupakan proses mencari dan
menyiasat, membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen, mengumpul data dan
membuat kesimpulan untuk menyelesaikan masalah. Trowbridge, Bybee dan Sund
(1981), menyatakan definisi penemuan adalah apabila individu menggunakan
proses mental untuk membentuk konsep atau prinsip. Pembelajaran secara inkuiri
membolehkan para pelajar mengenali sesuatu masalah, mereka bentuk
penyelesaian masalah dan mencari jalan penyelesaian masalah.
Strategi pengajaran yang dinyatakan diatas kurang dipraktikkan oleh guru
didalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Kerana inilah murid-murid
kurang meminati sains. Guru tidak berusaha untuk mempelbagaikan strategi
pengajaran dan aktiviti pembelajaran sehingga mengakibatkan para pelajar menjadi
bosan dengan kaedah dan teknik pengajaran yang kekal sama.
Setiap topik pengajaran dan pembelajaran mempunyai strategi pengajaran
dan aktiviti pembelajaran yang tersendiri. Sekiranya guru tersebut mahir
memanipulasikan strategi pengajaran, sesi pembelajaran sains akan menjadi mudah
dan menarik bagi para pelajar. Tumpuan dan perhatian yang mereka berikan akan
memudahkan guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran untuk
mencapai objektif yang telah ditetapkan guru.

Persepsi negatif punca pelajar tidak minat sains
MENTERI Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Amanat Tahun Baru 2012, baru-baru ini
melahirkan kebimbangan mengenai kemerosotan bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sains di
peringkat sekolah.

Masalah berkenaan perlu diberi perhatian serius kerana telah sampai ke tahap sangat kritikal walaupun banyak
inisiatif diperkenalkan oleh kerajaan untuk memajukan bidang sains.

Fenomena itu bukan saja berlaku di Malaysia, malah hampir di serata dunia, termasuk di negara maju seperti
Amerika Syarikat dan Eropah. Di Amerika contohnya, bilangan pelajar yang memohon untuk mengikuti pengajian
di universiti dalam bidang sains, matematik dan teknologi kurang berbanding jumlah tempat yang ditawarkan
kerana kekurangan pelajar dalam aliran berkenaan di peringkat sekolah tinggi.
Masalah yang diperkatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi itu berlaku disebabkan persepsi negatif daripada
kalangan pelajar terhadap subjek sains sejak mereka masih di bangku sekolah rendah lagi. Pelajar beranggapan
bahawa mata pelajaran sains dan matematik adalah sukar untuk lulus dengan cemerlang dan boleh menjejas
peluang melanjutkan pengajian di universiti.

Memandangkan sistem pembelajaran di negara ini berorientasikan peperiksaan, maka ramailah pelajar beralih
kepada aliran sastera atau agama berbanding sains dengan harapan lebih cemerlang dalam peperiksaan supaya
mereka dapat menyambung pengajian di universiti.

Walhal tempat melanjutkan pengajian dalam bidang yang memerlukan kelulusan mata pelajaran sains lebih
banyak disediakan oleh kerajaan berbanding aliran lain. Peluang pekerjaan yang tersedia juga lebih luas dalam
bidang sains, teknologi dan kejuruteraan yang pasaran pekerjaannya melangkau sempadan negara.

Bagaimanapun, pemilihan kursus yang tidak sejajar dengan kehendak semasa menyebabkan berlaku lambakan
graduan yang gagal mendapat pekerjaan bersesuaian dengan bidang pengajian yang mereka ikuti.
Sebelum ini kerajaan telah menetapkan sasaran supaya 60 peratus pelajar sekolah menengah terdiri daripada
mereka yang belajar dalam aliran sains. Sekolah akan bertindak sebagai pembekal calon mahasiswa kepada
universiti untuk melahirkan modal insan terlatih dalam bidang sains dan teknologi bagi menjayakan agenda
pembangunan negara.

Bagaimanapun, agenda itu masih belum tercapai kerana berdasarkan kepada Kajian Hala Tuju Modal Insan
Sains dan Teknologi Tahun 2020 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi menyaksikan peratusan
pelajar yang mengambil jurusan sains sejak 2007 terus menunjukkan penurunan sehingga 27 peratus pada
2012.

Oleh itu, impian kerajaan untuk melahirkan 200,000 jurutera menjelang 2020 masih jauh daripada jangkauan
kerana nisbah 60:40 pelajar sains dan teknologi berbanding aliran lain di universiti belum tercapai.

Bagi mengatasi masalah kekurangan calon mahasiswa yang memohon mengikuti pengajian dalam bidang sains,
matematik dan teknologi di institusi pengajian tinggi (IPT), jumlah pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam
subjek berkenaan di peringkat sekolah perlu diperbanyakkan.

Mahasiswa yang mempunyai asas sains dan matematik yang kukuh di peringkat sekolah mampu menjadi
graduan yang cemerlang dan menyumbang kepada penghasilan tenaga kerja profesional berkualiti. Sebagai
negara yang sedang menuju ke arah negara maju, Malaysia memerlukan ramai sumber tenaga mahir dalam
bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.

Oleh itu, pihak yang berkenaan perlu mencari alternatif baru agar dapat menarik minat pelajar terhadap mata
pelajaran sains, matematik dan teknologi. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah membangunkan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjadikan mata pelajaran berkenaan lebih menarik dan
menyeronokkan.

Masalah pelajar kurang meminati mata pelajaran sains, matematik dan teknologi turut mendapat perhatian
kalangan ahli akademik dan pembuat dasar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Baru-baru ini, UTM dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) bekerjasama untuk menyediakan program bagi
membantu kerajaan menjadikan pendidikan sains, matematik dan teknologi lebih kreatif dan inovatif.

Bagi tujuan itu, Pengarah Pusat Asas Sistem Kejuruteraan dan Konsortium Rangkaian Pembelajaran
Antarabangsa MIT, Prof Richard Larson telah dijemput untuk menyumbangkan idea. Beliau ialah pengasas
program Gabungan Pembelajaran Sains atau Matematik (Blended Learning Open Source Science or Math -
BLOSSOMS)) yang diperkenalkan pada 2002.

BLOSSOMS ialah sumber pembelajaran terbuka yang dibiayai oleh beberapa yayasan bukan kerajaan di
Amerika Syarikat membabitkan kaedah pembelajaran sains, matematik dan teknologi menggunakan video yang
diharap dapat mengatasi masalah pelajar kurang minat terhadap bidang sains dan teknologi di negara ini.

Program berkenaan yang telah dilaksanakan di beberapa negara seperti Arab Saudi, Pakistan, Jordan, Lebanon,
India, China serta di sekitar Boston mampu melahirkan pelajar yang berfikir secara lateral dan kreatif.

Dalam pada itu, pihak berkuasa di negara Scandinavia menjemput jurutera ke sekolah untuk mengajar subjek
berkaitan kejuruteraan bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran berkenaan.

Sementara itu, Pemegang Kerusi Pembelajaran Berdasarkan Masalah dalam Pendidikan Kejuruteraan
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Prof Dr Anne
Kolmos, berkata usaha perlu ditingkatkan bagi menarik lebih ramai pelajar, terutama wanita agar tertarik kepada
bidang kejuruteraan yang dianggap kotor.

Oleh itu, sebagai negara yang sedang berusaha melengkapkan diri menjadi negara maju, Malaysia memerlukan
ramai calon mahasiswa yang cemerlang dalam bidang sains, matematik dan teknologi.

Sesungguhnya, masalah pelajar kurang minat terhadap subjek berkenaan perlu diatasi segera kerana seperti
kata Menteri Pengajian Tinggi, sains adalah asas kepada inovasi dan inovasi pula menjadi asas teknologi dan
tranformasi ekonomi negara.

Penulis ialah Penolong Pendaftar Pejabat Hal Ehwal Korporat, Universiti Teknologi Malaysia


KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN
LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BUMI
DAN ALAM SEMESTA TAHUN 5Document Transcript
1. Open University Malaysia 2013 1 PENGGUNAAN TEKNIK PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KAJIAN LAPANGAN DALAM MATAPELAJARAN SAINS TAHUN LIMA : BUMI
DAN ALAM SEMESTA HBEF 2503 KERTAS CADANGAN BUTIR BUTIR PERIBADI NAMA :
MOHD NURUZZAMAN B IZAM NO. MATRIKULASI : 821227136059001 NO. KAD
PENGENALAN : 821227136059 NO. TELEFON : 019 4380100 014 - 8799534 E-MEL :
mohdnuruzzaman@gmail.com PUSAT PEMBELAJARAN : MIRI LEARNING CENTRE, MIRI,
SARAWAK MAJOR : SAINS TUTOR PENYELIA : EN. MOHD ZAILANI BIN JAYA
2. Open University Malaysia 2013 2 PENGESAHAN Bahawasanya saya Mohd Nuruzzaman bin
Izam, nombor kad pengenalan 821227136059 yang sekarang ini menuntut di Open University
Malaysia, Pusat Pembelajaran Miri Sarawak mengakui bahawa hasil kertas cadangan ini
merupakan hasil saya sendiri dan tidak menciplak daripada mana mana hasil, karya,
penerbitan, jurnal, dan kajian mana mana pengkaji sekalipun.
............................................................ ( MOHD NURUZZAMAN B IZAM )
3. Open University Malaysia 2013 3 ISI KANDUNGAN BIL. ISI KANDUNGAN MUKA 1 ABSTRAK
KAJIAN 4 2 BAB 1 : MASALAH KAJIAN 6 3 BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR KAJIAN 12 4 BAB 3
: METODOLOGI KAJIAN 17 5 APPENDIKS 27
4. Open University Malaysia 2013 4 PENGGUNAAN TEKNIK PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KAJIAN LAPANGAN DALAM MATAPELAJARAN SAINS TAHUN LIMA : BUMI
DAN ALAM SEMESTA ABSTRAK Kajian ini adalah berfokuskan kepada penggunaan Teknik
Kajian Lapangan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Matlamat utama kajian ini
dilakukan ialah untuk mengenali sejauh mana teknik pengajaran dan pembelajaran secara
eksperimen kajian lapangan dapat merubah pemahaman, sikap dan minat mereka terhadap mata
pelajaran Sains yang bertemakan Bumi dan Alam Semesta. Kebanyakan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas adalah berkisarkan teknik pengajaran dan pembelajaran yang
biasa seperti yang biasa seperti teknik perbincangan di dalam kumpulan, simulasi mengenai tajuk
dan projek sains di dalam kumpulan. Selain itu, kajian ini juga dilakukan dengan tujuan untuk
mengenali bagaimana respon pelajar terhadap teknik pengajaran dan pembelajaran sebegini
dapat mempengaruhi minat mereka terhadap mata pelajaran Sains Bumi dan Alam Semesta.
Guru guru Sains Sekolah Rendah khususnya yang mengajar Tahun 5 mungkin telah sedia
maklum bahawa tema pembelajaran ini merupakan tema yang paling sukar dikuasai jika
bergantung kepada teknik pengajaran dan pembelajaran dengan secara teori umum dan
perbincangan sesama di dalam kelas sahaja. Selain itu, kajian ini memfokuskan tentang persepsi
pelajar mengenai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dalam membantu
mereka membina konsep pelajaran. Menurut beberapa kajian yang dijalankan, antara punca
kegagalan mata pelajaran Sains adalah kerana pelajar tidak memahami konsep pelajaran dan
konsep konsep yang telah dipelajari. Manakala guru kebiasaannya hanya menerapkan konsep
pelajaran secara berpusatkan guru tanpa memberi ruang pelajar memperbaiki dan seterusnya
membina konsep pelajaran mereka sendiri di dalam minda mereka. Seterusnya pelajar akan
dibantu memahami dan membina kemahiran proses sains (KPS) di dalam minda melalui aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berbentuk kajian lapangan. Kemahiran proses sains menurut
Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5 (2003), yang digubal dan diterbitkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan rangkuman kemahiran
yang wajib dikuasai pelajar dalam aktiviti berbentuk eksperiman ( ujikaji dan kajian lapangan).
Kemahiran ini lah yang akan
5. Open University Malaysia 2013 5 membantu mereka menjawab soalan soalan Sains
Bahagian B terutama yang terdiri daripada Soalan Soalan Pemikiran Beraras Tinggi ( HOTS ).
Jika kemahiran proses Sains ini tidak dapat dikuasai dalam aktiviti Sains , maka ianya sukar bagi
pelajar pelajar terutama pelajar sekolah rendah untuk memahami konsep pelajaran yang
diterapkan menerusi aktiviti tersebut. Melalui kajian lapangan ini juga ia akan membantu pelajar
mengenal satu persatu soalan yang mengaitkan dengan kemahiran proses sains.
6. Open University Malaysia 2013 6 BAB 1 : MASALAH KAJIAN 1.1 PENGENALAN Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, masalah utama yang masih membendung atau
menyelubungi pelajar pelajar dalam matapelajaran Sains ialah mengenai soalan pada
Bahagian B. Ia melibatkan banyak soalan yang memerlukan pelajar berfikir secara kritis dan
kreatif daripada konsep pelajaran yang diterapkan dan kemudian diterjemahkan atau
diaplikasikan bergantung dengan soalan yang dikemukakan. Dalam masalah kajian ini, terdapat
pelajar yang mengalami masalah dalam memahami konsep atau tersalah konsep
(misconception). Masalah yang dihadapi amat kritikal terutama berkaitan dengan Tema Bumi dan
Alam Semesta. 1.2 LATAR BELAKANG MASALAH Berikut adalah sedikit sebanyak latar
belakang masalah yang dikaji. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,
saya mengenalpasti bbahawa terdapat sebahagian besar pelajar tidak memahami konsep dalam
Tajuk : Kejadian Siang dan Malam. Saya menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran
yang biasa seperti perbincangan dan penggunaan teknologi video yang telah dimuatturun
daripada sumber tertentu mengenai konsep Kejadian Siang dan Malam dengan harapan pelajar
akan dapat menangkap isi isi konsep pelajaran yang hendak diterapkan pada hari itu. Seperti
biasa pelajar akan diberikan lembaran kerja seperti aktiviti pengukuhan dan pengayaan sejurus
selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Namun setelah disemak, hasil kerja yang diberikan
oleh pelajar amat mengecewakan. Kemudian saya memberikan lagi aktiviti pemulihan dengan
tujuan untuk memulihkan dan memperhalusi pemahaman mereka mengenai konsep pelajaran
dari sudut pandangan yang lebih senang. Selain itu, bimbingan berterusan secara individu turut
juga diberikan untuk meningkatkan pemahaman mereka di dalam tajuk ini. Malangnya usaha itu
turut terbantut apabila sebahagian pelajar gagal menerangkan konsep pelajaran yang betul dan
tepat. Mereka lebih cenderung untuk menyatakan Kejadian Siang dan Malam berpunca daripada
pusingan bumi mengelilingi matahari.
7. Open University Malaysia 2013 7 Pelajar yang menjawab soalan dalam aktiviti pengayaan
turut mengalami masalah dari segi penggunaan struktur ayat. Itu merupakan salah satu petanda
bahawa pelajar telah masalah memahami konsep pelajaran apabila pelajar menyatakan
pusingan dan bukannya putaran. Pengunaan ayat ini menjelaskan lagi permasalahan ini,
terutama jika dinilai dari aspek Kemahiran Proses Sains iaitu membuat hipotesis dan membuat
kesimpulan aktiviti pengayaan. Antara kesilapan utama ialah, bumi berpusing mengelilingi
matahari dari timur ke barat. Jika difahami dengan lebih teliti, pelajar telah menerangkan konsep
yang kurang tepat apatah lagi dari segi teori. Jika mengikut teori, jawapan yang betul untuk
konsep ini adalah adalah bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur. Saya juga
memberikan satu set soalan ala UPSR berdasarkan pada topik tadi, namun jawapan yang
diberikan oleh pelajar amatlah mengecewakan dan tidak menepati konsep yang telah diajar.
Majoriti pelajar tidak dapat menguasai Kemahiran Proses Sains yang diuji pada soalan tersebut
seperti memerhati, mengelas, membuat inferens, mengawal pembolehubah, meramal dan
mentafsir data. Masalah pemahaman konsep ini juga merebak ke Tajuk Sains yang lain seperti
Pergerakan Bumi dan Bulan Mengelilingi Matahari dan Fasa Fasa Bulan. Pelajar pelajar tidak
begitu memahami konsep yang diajar secara teori dan simulasi di dalam kelas. Misalnya mereka
menerangkan Pergerakan Bumi sahaja mengelilingi matahari namun tidak kepada bulan.
Manakala dalam Tajuk Fasa Fasa Bulan, pelajar menerangkan fasa fasa bulan yang terhasil
adalah kerana Bulan mempunyai cahaya sendiri. Jawapan ini sebenarnya telah lari daripada
konsep pelajaran yang hendak diterapkan, di mana mereka tidak memberikan jawapan yang
tepat kerana mendapat jawapan daripada hasil perbincangan dan penerangan guru. Mereka
tidak mendapat jawapan daripada konsep pelajaran berdasarkan kajian yang dilakukan sendiri
dan merasai sendiri kajian yang mereka lakukan.
8. Open University Malaysia 2013 8 1.3 KERANGKA KONSEP KAJIAN Untuk kajian ini,
penggunaan kerangka konsep yang akan digunakan adalah berdasarkan kepada variabel
(pembolehubah) yang tidak bersandar dan kepada variabel (pembolehubah) bersandar
(dependent). Penerangan kerangka konsep ini adalah seperti berikut : 1.4 MATLAMAT KAJIAN
Jika merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Sains (2003) terbitan Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, bidang dan aktiviti dalam mata pelajaran Sains
bergantung kepada kemahiran kemahiran dan teknik pengajaran yang hendak diterapkan.
Kajian Sains Sekolah Rendah adalah menekan kepada 4 konsep asas iaitu eksperimen, lawatan
keluar, projek dan pemerhatian. Di antara pentingnya kajian lapangan ini adalah berdasarkan
beberapa aspek. (a) Mengenalpasti kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dalam aktiviti
yang berasaskan bumi dan alam semesta. (b) Menjadi sumber rujukan dan kefahaman guru
guru akademik dan pengamal akademik Sekolah Rendah dalam mencari kaedah terbaik
mengajar topic ini (c) Meningkatkan minat pelajar dalam mengenal dunia Sains mengenai alam
semesta. KAJIAN LAPANGAN PEMAHAMAN SOALAN PANDANGAN PELAJAR KEFAHAMAN
TERHADAP TEMA BUMI DAN ALAM SEMESTA
9. Open University Malaysia 2013 9 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Berdasarkan tujuan kajian yang
dilampirkan pada, maka tujuan kajian adalah seperti berikut : (a) Mengenalpasti kaedah dan
teknik pengajaran yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran topic Kejadian Siang dan
Malam. i. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar di dalam topik ini. ii. Memberi inspirasi
kepada guru Sains dalam mengolah teknik pengajaran yang sesuai untuk topik ini. iii.
Membuktikan teknik kajian lapangan adalah teknik yang paling sesuai untuk pengajaran dan
pembelajaran dalam topik ini. (b) Menjadi sumber rujukan dan kefahaman guru guru akademik
dan pengamal akademik Sekolah Rendah; i. Rujukan utama guru guru Sains dalam
meningkatkan kefahaman pelajar; ii. Alternatif terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran
sesuai dengan kebolehan dan tahap pemikiran pelajar. (c) Meningkatkan minat pelajar dalam
mempelajari Sains bertemakan Bumi dan Alam Semesta. 1.6 SIGNIFIKAN KAJIAN Kajian
seumpama ini belum pernah lagi dilakukan oleh mana mana individu, pengamal akademik,
institusi dan maktab maktab perguruan. Ini disebabkan oleh kurangnya kepentingan kajian ini
terhadap pelajar pelajar sekolah rendah. Keputusan kajian ini amat penting untuk para para
guru di Malaysia terutama kepada guru guru sekolah rendah dan guru Matapelajaran Sains.
Selain itu, ia boleh digunakan sebagai sumber rujukan guru guru yang sedang menjalani latihan
dalam perkhidmatan (LDP), menyambung pelajaran di peringkat tinggi dan juga bakal bakal
guru yang menjalani latihan perguruan di institusi pengajian tinggi.
10. Open University Malaysia 2013 10 1.7 BATASAN KAJIAN Batasan kajian ini adalah terhad
kepada pelajar pelajar sebuah sekolah rendah di Miri, Sarawak. Seramai 16 orang pelajar akan
terlibat secara langsung di dalam kajian di mana rata rata pelajar adalah terdiri daripada pelajar
di luar bandar di Niah. Sekolah yang dipilih adalah terletak di pedalaman dan terdiri daripada
pelbagai jantina dan taraf sosioekonomi. Keputusan kajian adalah terhad kepada sekolah yang
dikaji sahaja. 1.8 DEFINISI ISTILAH Kajian lapangan : Salah satu cabang teknik pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan eksperimen. Eksperimen jika mengikut Huraian Sukatan Pelajaran
Sains Tahun 5 (2003) terbahagi kepada dua iaitu ujikaji dan kajian lapangan. Ini merupakan
salah satu tunjang dalam membina pemahaman pelajar melalui konsep inkuiri penemuan yang
menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Sekolah Rendah. Bumi
dan Alam Semesta : Salah satu topik yang wajib dipelajari dan dikuasai oleh pelajar sekolah
rendah tahap 2, di mana bertemakan kajian terhadap bumi dan alam semesta. Pemetaan
berdasarkan Sukatan Pelajaran Sains Tahun 4, 5 dan 6 namun dalam kajian ini Tema pada
Sains Tahun 5 yang akan dipilih. Aktiviti pengayaan dan pengukuhan : Aktiviti setelah isi dan
konsep matapelajaran pada hari itu yang diajar, untuk membantu pelajar dalam latihan dan
sebagai latih tubi matapelajaran. Latihan yang diberikan adalah berdasarkan sukatan pelajaran
dan melibatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( HOTS). Kemahiran Proses Sains : prosedur dan
kemahiran yang wajib dikuasai semasa pelajar menjalani praktikal dalam amali Sains. Ia terdiri
daripada beberapa kemahiran seperti memerhati, mengelas, mengukur dengan menggunakan
nombor, membuat inferens, mengawal pembolehubah, mendefinisikan konsep, meramal,
berkomunikasi dan mengeksperimen.
11. Open University Malaysia 2013 11 Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) : Salah satu sumber
rujukan utama guru guru dalam merancang isi pengajaran dan pembelajaran untuk minggu
persekolahan. Huraian ini diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk setiap guru yang mengajar matapelajaran matapelajaran tertentu
mengikut jadual waktu yang ditetapkan pihak sekolah. Ia juga menjadi sumber rujukan kepada
guru untuk membuat Rancangan Tahunan, Rancangan Pelajaran Harian dalam Buku Persediaan
Mengajar Guru. Latihan Dalam Perkhidmatan ( LDP ) : Salah satu latihan dan kursus yang
dianjurkan pihak jabatan dan agensi tertentu. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan teori
baru, pembaharuan yang dilakukan kementerian dan sebagai latihan dalaman. 1.9 RINGKASAN
Secara umumnya, kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah dan cara untuk meningkatkan
pemahaman pelajar mengenai tema yang ditunjukkan untuk meningkatkan lagi kefahaman
pelajar di sekolah. Kajian ini mempunyai singnifikan dengan beberapa kajian sebelumnya tetapi
penegasan dilakukan terhadap kajian lapangan dalam mempengaruhi pemahaman pelajar
pelajar itu sendiri.
12. Open University Malaysia 2013 12 BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN
Dalam bab ini, diturunkan mengenai kajian dan tinjauan literatur yang pernah dilakukan oleh ahli
akademik pada beberapa tahun lalu untuk panduan dan rujukan. Literatur berkaitan adalah
berfokus kepada kaedah pengajaran Sains dapat merubah sikap dan mentaliti pelajar terhadap
penerimaan konsep sesuatu pelajaran. Ini bertujuan menerangkan bagaimana kajian lapangan ini
diimplimentasikan dalam kajian yang akan dijalankan. Kajian lapangan akan menjadi fokus utama
dalam merubah pemahaman, sikap dan persepsi pelajar di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Sains Tahun 5. Manakala kajian literatur berfokus kepada kajian kajian lepas
yang meliputi teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran Sains Sekolah Rendah. Ianya
berfokus bagaimana teknik yang diterapkan dapat mempengaruhi pencapaian dan pemahaman
pelajar berdasarkan kajian kajian yang dilakukan. Terdapat beberapa kajian yang pernah
dilakukan oleh guru guru sebagai kajian tindakan mereka. Ini akan memberi kesan khusu yang
meliputi pemahaman pelajar terhadap aplikasi Kemahiran Proses Sains (KPS) dalam menjawab
soalan bercirikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
13. Open University Malaysia 2013 13 2.2 LITERATUR BERKAITAN Menurut Norlia Abdul Ghani
( 2012 ) selaku Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Zaba menerusi laman web
http://www.adap.com.my/info.php?id=1067, Kerja lapangan dan aktiviti di luar bilik darjah boleh
meningkatkan pengetahuan seseorang pelajar. Tambahnya lagi, seseorang pelajar itu perlu
diberikan pengalaman sebenar di luar bilik darjah untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan juga
motivasi diri seterusnya menjana kecemerlangan. Bagi saya memberikan pengalaman sebenar
kepada pelajar adalah suatu aspek pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang begitu berkesan di
luar kelas kerana pengalaman itu mereka lalui sendiri berbanding hanya sekadar melihat atau
mempelajari sesuatu perkara melalui buku, majalah atau alam siber semata-mata, Ini memberi
penjelasan mengenai kajian lapangan yang dijalankan di luar bilik darjah akan meningkatkan
pengetahuan yang mendalam mengenai sesuatu konsep itu. Berbalik kepada kajian yang akan
dilakukan, kajian lapangan dalam matapelajaran Sains akan menggunakan teknik pengajaran
yang hampir sama iaitu berlandaskan mengenai pengajaran dan pembelajaran di luar kelas untuk
mengetahui fenomena yang dikaji seperti Tema Kejadian Bumi dan Alam Semesta. Manakala
Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idrus, Mohd Ali Samsudin (2005) di dalam buku Kaedah
Mengajar Sains : Panduan Guru Memahami Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Sesuai
Bagi Konsep Konsep Sains juga terbitan PTS Publication Sdn Bhd ada menerangkan
mengenai satu subseksyen mengenai kajian lapangan. Menurutnya, kajian lapangan adalah
berkaitan dengan eksperimen. ... Pengalaman eksperimen dan kajian lapangan yang berkesan
dapat menggalakkan dan meningkatkan inkuiri. Perancangan yang teliti memang perlu bagi
melaksanakan pendekatan ini dengan berkesan. Guru guru perlu memastikan tempat yang
sesuai, peralatan yang mencukupi dan menyediakan bahan bahan yang bersesuaian. Kajian
lapangan boleh dijadikan konteks bagi pembelajaran berasaskan inkuiri di kalangan pelajar
menerusi interaksi secara koperatif bagi menyelesaikan masalah yang melibatkan pelajar
memerhati, membuat inferens dan kesimpulan berdasarkan pengetahuan lampau ataupun
sumber
14. Open University Malaysia 2013 14 sumber lain. Kajian lapangan dan pengalaman di luar
kelas yang dirancang dengan teliti memberi pengalaman terus kepada pelajar yang mungkin
tidak akan dapat diadakan di dalam kelas. Kenyataan yang diambil daripada buku ini
menerangkan pentingnya kajian lapangan terhadap dunia sains terutama di sekolah. Eksperimen
sains boleh dijalankan dengan dua kaedah; ujikaji dan kajian lapangan. Kajian lapangan ini perlu
dijalankan apabila sesuatu ujikaji itu tidak dapat dijalankan di dalam kelas seperti Menyiasat Alam
Hidupan. Alam hidupan adalah bergantung dengan sumber luaran daripada kelas, jadi ia penting
bahawa kajian lapangan diperlukan untuk membuat ujikaji seperti ini. Berbalik kepada Tema
Bumi dan Alam Semesta, terdapat juga beberapa tajuk yang boleh dijalankan secara kajian
lapangan. Contohnya Kejadian Siang dan Malam, Fasa Fasa Bulan dan beberapa topik lagi
yang difikirkan sesuai. Guru harus merancang kajian lapangan ini dengan teliti untuk memastikan
konsep pengajaran dan pembelajaran ini menepati konsep awal pelajaran untuk pelajar.
15. Open University Malaysia 2013 15 2.3 KAJIAN BERKAITAN Antara kajian kajian yang
pernah dilakukan ialah kajian mengenai minat dan sikap pelajar terhadap matapelajaran Sains di
sekolah rendah. Kebanyakan kajian adalah berfokus kepada cara untuk meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran Sains di Sekolah Rendah, namun pada masa yang sama ia
membantu dalam meningkatkan minat dan kefahaman pelajar untuk turut serta di dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran Sains Sekolah Rendah. Antara kajian kajian yang pernah
dilakukan adalah tertera di bawah. Stanley Laja Anak Jimbau. (2004) dalam kajian tindakan
Mengkaji Minat dan Sikap Serta Cara-Cara Meningkatkan Minat Murid-Murid Terhadap
Pembelajaran Sains di Sekolah Kebangsaan Bandaran No.3 Sibu telah membuat dan
melaksanakan satu kajian secara menyeluruh terhadap pembelajaran Sains di salah sebuah
sekolah di Sibu. Ia berfokus kepada kajian terhadap minat dan persepsi pelajar terhadap
matapelajaran Sains. Penilaian juga dilakukan dari segi sikap pelajar dalam pembelajaran Sains.
Kajian juga berfokus dengan cara meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran Sains.
Pendekatan yang dilakukan oleh beliau lebih kepada sesi soal selidik dan cara meningkatkan
teknik pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah rendah. Manakala Chin Han Wei dalam
Kajian Tentang Teknik Teknik Untuk Meningkatkan Minat dan Sikap Murid Murid Terhadap
Matapelajaran Sains Di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pei Yuan Kampar telah
memfokuskan kajian mengenai cara untuk meningkatkan minat dan sikap terhadap
matapelajaran Sains di sebuah sekolah beraliran Cina iaitu di Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan (SJKC). Kajian ini juga pertama kali dilakukan terhadap sebuah sekolah berteraskan
vernakular dan ia mengkaji pelbagai persepsi pelajar di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Sains sekolah Rendah. Aliran yang diterapkan di dalam pengajaran dan
pembelajaran Sains mungkin berbeza, namun masih kekal pada matlamat yang sama iaitu
meningkatkan mutu dan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains di Sekolah
Rendah. Aspek keperluan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran Sains turut memainkan
peranan dalam membantu guru memberi penerangan berkesan mengenai topik yang akan diajar.
Seperti dalam petikan jurnal pendidikan yang disediakan oleh Lilia Halim, Mohd Idris Abdul
Hamid, T. Subahan M Meerah dan Kamisah Othman (2006) yang berjudul Analisis
16. Open University Malaysia 2013 16 Keperluan Guru Guru Sains Sekolah Rendah Dalam
Aspek Pengajaran Sains Di Kota Setar, Kedah ; ia menerangkan betapa pentingnya bahan bantu
pengajaran dan pembelajaran dalam merangsang minda dan meningkatkan motivasi pelajar
untuk mempelajari Sains. Walaupun pada dasarnya ia menerangkan mengenai kepentingan
Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains namun dengan
adanya aktiviti kajian di dalam kelas maka Bahan Bantu Mengajar memainkan peranan penting
kepada guru untuk mencapai objektif pengajarannya pada hari itu. Semakin menarik Bahan
Bantu Mengajar yang digunakan, semakin baik teknik mengajar yang hendak diterapkan kepada
pelajar. Setiap teknik pengajaran dan pembelajaran mempunyai Bahan Bantu Mengajar yang
tersendiri bagi mencapai objektif pengajaran guru pada hari itu. 2.4 RINGKASAN Terdapat
beberapa kajian dan kenyataan mengenai kajian lapangan dan cara meningkatkan kefahaman
pelajar dalam mata pelajaran Sains. Penerangan dan kajian lengkap mengenai teknik kajian
lapangan belum dipastikan samada pernah dilakukan sebelum ini, namun sumber sumber
rujukan yang diperoleh dapat memberi gambaran bahawa penggunaan teknik pengajaran yang
berlainan daripada kaedah biasa di dalam kelas mampu meningkatkan pemahaman pelajar
dalam mata pelajaran Sains dan melonjakkan kepentingan Sains dalam potensi diri pelajar.
17. Open University Malaysia 2013 17 BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENGENALAN
Perkara yang akan diperbincangkan di dalam bab ini adalah mengenai aspek yang merangkumi
bagaimana kajian ini akan dijalankan Ia menyentuh dari aspek tertentu seperti bentuk kajian yang
akan dilakukan, sampel sampel kajian yang akan dikongsi, lokasi kajian dijalankan, instrumen
yang digunapakai dalam kajian, prosedur kajian, teknik mengutip data kajian dan bagaimana data
dianalisis. Ini akan menentukan sejauh mana kajian ini dapat membuktikan bagaimana teknik
kajian lapangan ini dapat membantu untuk mengubah konsep dan pengetahuan pelajar dalam
tema Bumi dan Alam Semesta. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Bentuk kajian yang dijalankan
adalah berdasarkan kajian lapangan yang dihasilkan oleh pelajar itu sendiri sambil mendapat
bimbingan daripada guru bagaimana untuk melaksanakannya. Topik yang disenaraikan adalah
sesuai untuk dilaksanakan dalam kajian lapangan, jadi kebanyakan hasil pelajar akan direkodkan
untuk tujuan perbandingan dan analisis data terhadap pemahaman mereka. Perbandingan
tersebut dianalisis antara kefahaman awal pelajar menerusi kaedah perbincangan sesama guru
di dalam kelas dengan kaedah kajian lapangan yang berteraskan inkuiri penemuan untuk Tema
Bumi dan Alam Semesta. Selain itu, satu set soalan berpandukan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (Bahagian B) akan diedarkan kepada pelajar pada sebelum kajian lapangan dilakukan;
yakni semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan selepas kajian lapangan ini
dilakukan. Ianya bertujuan untuk pelajar membanding beza pengetahuan awal dan pengetahuan
akhir mereka dalam topik yang diperbincangkan. Soalan soalan yang dikemukakan adalah
berlandaskan pada topik : 1. Kejadian Siang Dan Malam; 2. Bumi dan Bulan Beredar Mengelilingi
Matahari;
18. Open University Malaysia 2013 18 Setelah itu, borang soal selidik juga akan diedarkan
kepada setiap pelajar sejurus selepas kajian lapangan tersebut dilakukan. Ianya digunakan untuk
memastikan bagaimana perubahan teknik pengajaran seperti kajian lapangan ini akan mampu
meningkatkan kefahaman mereka mengenai konsep Sains dalam Tema Bumi dan Alam
Semesta. Soalan soalan adalah terbahagi kepada beberapa aspek iaitu : ASPEK 1 :
Pengetahuan konsep pelajaran ASPEK 2 : Persepsi pelajar terhadap konsep pelajaran. ASPEK 3
: Persepsi pelajar terhadap matapelajaran sains ASPEK 4 : Keberkesanan kaedah dari aspek
pelajar ASPEK 5 : Cadangan 3.3 LOKASI KAJIAN Lokasi kajian adalah terletak di Sekolah
Kebangsaan Sungai Lamaus, Ulu Niah. Ia merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di
kawasan pedalaman Bahagian Miri; yang terletak di Daerah Niah Suai. Kategori sekolah
merupakan Sekolah Kurang Murid (SKM) di mana responden yang dinilai cuma berjumlah 16
orang pelajar sahaja.
19. Open University Malaysia 2013 19 3.4 POPULASI KAJIAN 3.4.1 Pembangunan Alat Alat
Kajian 1. Instrumen penyelidikan untuk aktiviti Kajian Lapangan Instrumen kajian lapangan
adalah berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5 (2013) dan Buku Teks Praktikal
Sains Tahun 5 ( 2012 ), terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini merupakan salah satu
instrumen yang menjadi sumber rujukan utama dan tidak dapat diubahsuai kerana segala kajian
yang akan dilakukan oleh pelajar adalah berdasarkan daripada buku tersebut. Segala kajian yang
dilakukan di luar panduan buku teks boleh diubahsuai sedikit asalkan tidak terpesong jauh
daripada sukatan yang ditetapkan oleh pihak kementerian. Di dalam buku tersebut, terdapat
beberapa panduan yang lengkap untuk membuat kajian lapangan yang meliputi aspek aspek
Kemahiran Proses Sains (KPS) seperti : 1. TUJUAN AKTIVITI 2. BAHAN / RADAS 3.
HIPOTESIS YANG HENDAK DIUJI 4. PANDUAN / LANGKAH LANGKAH KAJIAN 5. REKOD
KEPUTUSAN KAJIAN 6. SOALAN KAJIAN 7. SOALAN SET UPSR Kajian lapangan akan diolah
berdasarkan paanduan daripada buku teks praktikal tersebut. Terdapat aspek yang hendak
diikuti dalam menjalankan prosedur kajian seperti Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran
Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Kemahiran Proses Sains adalah salah satu aspek terpenting
dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran Sains di dalam konteks kajian lapangan. Ianya
suatu sebagai bukti dengan adanya prosedur prosedur yang diikuti akan membolehkan mereka
boleh menguasai aspek aspek yang dinilai dalam kajian secara tidak langsung. Kemahiran ini
yang akan menjadi panduan mereka dalam menjawab soalan Sains terutama Bahagian B.
Kemahiran Proses Sains terbahagi kepada dua iaitu Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran
Manipulatif.
20. Open University Malaysia 2013 20 Kemahiran Manipulatif pula menyentuh cara pelajar
melibatkan diri dalam pengendalian bahan seperti mengendalikan specimen, radas dan cara
membersihkan radas. 2. Set Soalan Selain itu, satu set soalan ala Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) akan diedarkan kepada pelajar untuk menguji sejauh mana kefahaman mereka
berbanding teknik pengajaran biasa dan kajian lapangan yang mereka lakukan itu. Pada mulanya
ia akan diberikan berdasarkan teknik pengajaran yang berpusatkan kelas dan perbincangan. Ini
untuk mengkaji sejauh mana kefahaman mereka pada mulanya berlandaskan teori teori dan
penerangan guru. Kesemua set soalan akan dikumpul dan catatan setiap markah soalan akan
direkod dan disediakan dalam bentuk jadual. 3.4.2 Variabel Kajian 1. Set soalan berbentuk Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (Bahagian B) Set soalan yang sama akan diberikan sejurus selepas
aktiviti kajian lapangan itu dilakukan. Ini akan meberi petunjuk kepada sejauh mana impak kajian
lapangan ini dapat mempengaruhi mereka di dalam topik yang diajar pada hari itu. Tujuannya
adalah membuat penilaian terhadap aspek pemahaman pelajar di dalam konsep pengajaran dan
pembelajaran melalui kajian lapangan. Set soalan ini dikumpul semula dan markah akan direkod
dan disusun dalam bentuk jadual perbandingan.. Set set soalan adalah berdasarkan petikan
soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan petikan Soalan Ujian Percubaan yang
sebenar. 2. Soal selidik Instrumen soal selidik turut diedarkan bersama selepas kajian lapangan
ini dilakukan. Soalan soal selidik adalah diolah dan berdasarkan rujukan daripadaborang soal
selidik yang dimuatnaik pada laman web seperti Slideshare. Ia merupakan panduan dalam
mengenalpasti perbezaan pemahaman, sikap dan penerimaan pelajar dalam penggunaan teknik
atau kaedah kajian lapangan ini berbanding kaedah biasa di dalam kelas. Soalan soal selidik
akan dijalankan selepas seminggu kaedah kajian lapangan dilakukan. Edaran soal selidik akan
diberikan kepada pelajar di luar waktu pengajaran dan pembelajaran pada Oktober 2013.
Seramai 16 belas pelajar akan menjawab soal selidik sebanyak 20 soalan sahaja. Soalan soal
selidik adalah berda sarkan jadual penstrukturan item di bawah.
21. Open University Malaysia 2013 21 ASPEK 1 : Pengetahuan Konsep Pelajaran ASPEK 2 :
Persepsi Pelajar terhadap Konsep Pelajaran. ASPEK 3 : Persepsi Pelajar Terhadap Sains
ASPEK 4 : Keberkesanan Kaedah dari aspek pelajar ASPEK 5 : Cadangan Berikut adalah
pecahan item menerusi aspek soal selidik yang dikemukakan. BIL ASPEK ITEM Pengetahuan
Konsep Pelajaran 7 Persepsi Pelajar terhadap Konsep Pelajaran 7 Persepsi Pelajar Terhadap
Sains 7 Keberkesanan Kaedah dari aspek pelajar 7 Cadangan 2 JUMLAH 30 3.5 PROSEDUR
KAJIAN Topik kajian ini dipilih selepas berbincang dengan tutor penyelia dan rangka kerja telah
diambil. Kajian ini bertajuk Penggunaan Teknik Kajian Lapangan Terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran Sains Tahun 5 : Bumi dan Alam Semesta. Salinan Kajian tindakan ini akan
dihantar ke pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah yang
dipilih untuk menjalankan kajian untuk tindakan dan kelulusan daripada pihak berwajib. Surat
permohonan menjalankan akan ditujukan kepada pihak pentadbir sekolah berkenaan. Sampel
set soalan yang dikemukakan akan dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pentadbir sekolah
dan guru kelas untuk tindakan mereka sebelum dan selepas aktiviti dijalankan.
22. Open University Malaysia 2013 22 Borang soal selidik yang digunakan akan dihantar ke
pihak pentadbir sekolah dan diselia oleh pihak pentadbir sekolah. Borang soal selidik akan
dihantar, diteliti dan dianalisis oleh saya sendiri. 3.6 TATACARA KUTIPAN DATA Untuk aktiviti
kajian lapangan, data awal menerusi set soalan dikutip dan diteliti. Ini dilakukan pada sejurus
selepas aktiviti kajian lapangan ini dilakukan. Tujuannya untuk membanding beza data awal dan
data akhir selepas kajian dilakukan. Kemudian mengenai set soalan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR), perbandingan jawapan adalah berdasarkan jawapan pada pengajaran biasa
dan disusuli dengan pengajaran akhir selepas aktiviti dijalankan. Ini untuk mengkaji data data
berdasarkan pemahaman mereka dalam menjawab soalan berdasarkan soalan aplikasi
Kemahiran Proses Sains iaitu pada Bahagian B. Borang soal selidik akan diedarkan kepada
pelajar. Ia tidak akan dipos tetapi dikendalikan sendiri oleh pengkaji. Guru kelas tersebut akan
membantu untuk menjawab soalan soal selidik namun pilihan jawapan adalah terletak pada
pelajar itu sendiri. Pelajar akan menjawab dalam tempoh masa 40 minit dengan 30 soalan.
23. Open University Malaysia 2013 23 3.7 TATACARA ANALISIS DATA Analisis data untuk
aktiviti Kajian lapangan JENIS SOALAN Markah yang diperolehi Tajuk :
................................................................. Pengajaran Biasa Kajian Lapangan Hipotesis yang
dikemukakan Hasil keputusan yang dikemukakan KPS 1 : Memerhati KPS 2 : Mengelas KPS 3 :
Membuat inferen KPS 4 : Mengawal pembolehubah (3) KPS 5 : Meramal KPS 6 : Membuat
kesimpulan MARKAH PENUH ......... daripada 8 ............. daripada 8
24. Open University Malaysia 2013 24 Analisis data untuk aktiviti 2 : Perbandingan set soalan
yang dikemukakan JENIS SOALAN Markah yang diperolehi Tajuk :
................................................................. Pengajaran Biasa Kajian Lapangan SOALAN 1
SOALAN 2 SOALAN 3 SOALAN 4 SOALAN 5 MARKAH PENUH ......... daripada 5 .............
daripada 5
25. Open University Malaysia 2013 25 Analisis data untuk aktiviti 3 : Instrumen soal selidik
ASPEK ITEM PECAHAN PERSEPSI 1 Pengetahuan Konsep Pelajaran 1 Tidak Setuju = ..........
orang Kurang setuju = ...........orang Bersetuju = ........... orang Sangat setuju = ........... orang
INDEKS PERSEPSI = ............ 2 Tidak Setuju = .......... orang Kurang setuju = ...........orang
Bersetuju = ........... orang Sangat setuju = ........... orang INDEKS PERSEPSI = ............ 3 Tidak
Setuju = .......... orang Kurang setuju = ...........orang Bersetuju = ........... orang Sangat setuju =
........... orang INDEKS PERSEPSI = ............ 4 5 6 7
26. Open University Malaysia 2013 26 3.7 RUMUSAN Terdapat beberapa prosedur tertentu
dalam membuat kajian ini. Pertama, aktiviti kajian lapangan harus disediakan terlebih dahulu
untuk memastikan pelajar dapat mengikut secara prosedur prosedur yang termaktub dalam
aktiviti. Kemudian, soalan set yang sama akan diedarkan kepada pelajar untuk menentukan
pemahaman mereka dalam konsep pelajaran sejurus sebelum dan selepas aktiviti dijalankan
supaya satu variabel dapat terhasil. Kemudian pelajar akan dibimbing untuk menjawab instrumen
soal selidik. Ini untuk mengenalpasti kefahaman mereka selepas semua aktiviti dijalankan dan
mengenalpasti pandangan pelajar sejauh mana aktiviti kajian lapangan ini mempengaruhi
pemahaman mereka. Ini akan mencetuskan variabel kedua dalam aspek pemahaman pelajar
terhadap Tema Bumi dan Alam Semesta.
27. Open University Malaysia 2013 27 APENDIKS RUJUKAN Dewan Bahasa dan Pustaka
Malaysia (2005), Kamus Dewan Chin Han Wei (2008), Kajian Tentang Teknik Teknik Untuk
Meningkatkan Minat dan Sikap Murid Murid Terhadap Matapelajaran Sains Di Sekolah Rendah
Jenis Kebangsaan Cina Pei Yuan Kampar, dipetik dari laman wb
http://www.slideshare.net/ChinWei1/kajian- tentang-teknik-teknik-untuk-meningkatkan-minat-dan-
sikap-muridmurid-terhadap-mata- pelajaran-sains-di-sekolah-rendah-jenis-kebangsaan-cina-pei-
yuan-kampar. Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2012 ), Buku Teks Praktikal Sains Tahun 5,
terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum. Lilia Halim, Mohd Idris Abdul Hamid, T. Subahan M
Meerah dan Kamisah Othman (2006)Analisis Keperluan Guru Guru Sains Sekolah Rendah
Dalam Aspek Pengajaran Sains Di Kota Setar, Kedah.Jurnal Teknologi, Universiti Teknologi
Malaysia. Norlia Abdul Ghani ( 2012 ) Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Zaba, Kajian
Lapangan Tingkat Pengetahuan, sumber diperolehi menerusi laman web
http://www.adap.com.my/info.php?id=1067, Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), Huraian
Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5, Kementerian Pelajaran Malaysia Stanley Laja Anak Jimbau.
(2004) Mengkaji Minat dan Sikap Serta Cara-Cara Meningkatkan Minat Murid-Murid Terhadap
Pembelajaran Sains di Sekolah Kebangsaan Bandaran No.3. dipetik daripada laman web
http://www.scribd.com/doc/17729664/Kajian- Tindakan-an-Sains. Zurida Ismail, Syarifah
Norhaidah Syed Idrus, Mohd Ali Samsudin (2005) Kaedah Mengajar Sains : Panduan Guru
Memahami Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Sesuai Bagi Konsep Konsep Sains,
PTS Publication Sdn Bhd


Strategi Mengajar Sains Sekolah Rendah
Oleh: Prof. Madya Dr. Salihan Siais, Timbalan Pengarah, Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Putra
Malaysia
Kertas kerja yang dibentangkan semasa Konvensyen Pendidikan Sains dan Matematik Sekolah Rendah
Luar bandar, Negeri Sembilan Darul Khusus
PENDAHULUAN
Sebagai pendahuluannya, mari kita renung dan teliti dua ungkapan yang berkaitan dengan tugas
sebagai seorang guru diberikan seperti berikut:
``Mengajar atau menjadi guru merupakan satu tugas yang sangat mulia, murni dan
menguntungkan. ia merupakan satu tugas yang boleh dan menjamin ke arah membawa seorang itu
masuk syurga.....''
``Tiada seorang guru yang paling unggul, berkesan dalam mengajar, dan mempunyai sikap yang
luhur di permukaan bumi ini, melainkan Nabi Muhammad s.s.w. Dalam semua aspek pengajaran,
baik dari segi bahan, teknik penyampaian, sikap mahupun sifat-sifatnya boleh dijadikan teladan
oleh semua ummah di dunia ini untuk menghasilkan pengajaran berkesan.''
Maksud Mengajar
mengajar sebenarnya bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan maklumat, memberi galakan,
membimbing, memberi dan meningkatkan kemahiran, meningkatkan keyakinan, menanam nilai-nilai
murni dan luhur kepada para pelajar yang belum mengetahui.
Ia bukan sekadar menyampaikan maklumat atau bahan pengajaran dalam sebuah kelas. lebih
mendukacitakan lagi jika proses mengajar dianggap sekadar menyampai maklumat dan
menghabiskan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulum.
Proses mengajar mempunyai konsep yang sangat luas, ia bertujuan untuk menjadikan seseorang
individu itu lebih bertanggungjawab dan mampu menjana fikirannya untuk terus bahagia dan
berjaya mengatasi cabaran yang akan dihadapai. Ini hanya akan dicapai sekiranya proses pengajaran
dan pembelajaran yang dilakukan mencapai tahap pengajaran berkesan.
Siapa itu Guru?
Orang yang mengajar dikenali sebagai guru. Perkataan guru adalah hasil gabungan dua suku kata
iaitu `Gur' dan `Ru'.
Dalam bahasa jawa, Gu diambil daripada perkataan gugu bermakna boleh dipercayai manakala Ru
diambil daripada perkataan tiru yang bermaksud boleh diteladani atau dicontohi. Oleh itu, GURU
bermaksud seorang yang boleh ditiru perkataannya, perbuatannya, tingkah lakunya, pakaiannya,
amalannya dan boleh dipercayai bermaksud keamanahan yang dipertanggungjawabkan kepadanya
untuk dilakukan dengan jujur.
Peranan dan Tugas Mengajar
Setiap guru seharusnya mengetahui peranan dan tugas mereka secara terperinci jika mereka ingin
berusaha melakukan dan menghasilkan pengajaran yang berkesan.
Di antara tugas seorang guru ialah
1. menyampaikan ilmu pengetahuan
2. menyampaikan maklumat
3. menyampai dan
4. memberi kemahiran serta
5. memupuk nilai-nilai murni dan luhur sebagaimana yang telah disebutkan di atas.
Manakala peranan guru pula ialah sebagai pembimbing, pendidik, pembaharu, contoh dan teladan,
pencari dan penyelidik, penasihat dan kaunselor, pencipta dan pereka, pencerita dan pelakon,
penggalak dan perangsang, pengilham cita-cita, pengurus dan perancang, penilai, pemerhati, rakan
dan kawan pelajar, doktor dan pengubat, penguat kuasa, pemberi petunjuk orang yang berwibawa
dan sebagainya.
Jelas menunjukkan bahawa menjadi seorang guru merupakan satu tugas dan peranan yang agak
berat.
Sebenarnya, jika anda anggap tugas itu berat, maka beratlah ia. Jika anda terima ia sebagai satu
cabaran dengan cara yang positif, maka mudahlah ia.
Pengajaran Sains Berkesan
Pengajaran berkesan ialah proses mengajar yang menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan
di kalangan pelajar yang menghasilkan proses pengajaran tersebut.
Ia dapat mengubah tingkah laku, membina dan mengembangkan aspek rohani, minda serta jasad
pelajar.
Dalam bahasa yang mudah, pelajar berasa seronok, bertambah minat, faham, menghayati bahan
yang diajar, meningkat kemahiran dalam aspek kognitif dan manipulasi mereka serta dapat
melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang telah dijalani. Selanjutnya,
pelajar lulus cemerlang dalam peperiksaan yang dijalani.
Pada asasnya, pengajaran berkesan bergantung kepada:
a. Kepakaran guru terhadap bahan pengajaran,
b. Keperluan bahan pengajaran
c. Pedagogi dan strategi atau kaedah pengajaran
d. Kemahiran berkomunikasi.
Di samping itu, terdapat pelbagai faktor lain yang boleh menyumbangkan ke arah pengajaran guru
berkesan. Ini termasuklah:
1. Matlamat dan sasaran pengajaran guru setiap hari.
2. Matlamat dan sasaran pencapaian akademik sekolah
3. Sikap guru dan sikap pentadbir sekolah
4. Kemahiran guru dan kemahiran pentadbir sekolah.
5. Motivasi guru dan motivasi pentadbir sekolah.
6. Misi dan visi guru dan misi dan visi pentadbir sekolah.
7. Etika guru dan etika pentadbir sekolah.
8. Keadaan dan suasana persekitaran sekolah.
9. Kemahiran berkomunikasi guru dan pentadbir sekolah.
10. Pemikiran guru dan pemikiran pentadbir sekolah.
11. Keikhlasan guru dan pentadbir sekolah ketika melakukan pekerjaan juga turut mempunyai
saham yang penting ke arah keberkesanan pengajaran guru berkesan.
Di samping faktor yang disebutkan di atas tadi, faktor pelajar juga boleh mempengaruhi dan
menyumbangkan ke arah pengajaran guru berkesan.
Jika terdapat seorang guru yang mengajar dengan cara yang berkesan dalam sebuah kelas tetapi
pelajar yang mengikuti pengajarannya tidak tahu peranan mereka sebagai pelajar yang berkesan,
maka usaha tersebut akhirnya akan sia-sia sahaja.
Persoalannya sekarang, bagaimanakah dan apakah usaha yang perlu dilakukan dan dilaksanakan agar
kita dapat mewujudkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri seperti disebutkan di atas?.... Bincanglah
secara kumpulan dengan rakan-rakan guru.

Syarat Utama mengajar Sains Berkesan
Terdapat beberapa syarat utama yang perlu diketahui oleh seorang guru untuk menghasilkan
pengajaran sains berkesan,. Syarat tersebut ialah:`
1. Mengetahui peranan, tanggungjawab dan tugas mereka sebagai seorang pengajar.
2. Mempunyai rasa empati yang tinggi terhadap pelajarnya.
3. Bersifat amanah, ikhlas dan jujur terhadap tugas yang diberikan.
4. Mempunyai sikap ingin membantu dan menolong orang lain.
5. Mempunyai sikap mengambil berat terhadap orang lain.
6. Mempunyai sikap bertimbang rasa dan jujur.
7. Menyedari dan mengetahui harapan para pelajar di bawah bimbingannya.
8. Berusaha mendapat kepercayaan yang tinggi terhadap dirinya di kalangan para pelajarnya.
9. Berusaha mewujudkan suasana yang menarik dan memberangsangkan dengan pelajar.
10. Berusaha mewujudkan suasana dan hubungan yang akrab dengan pelajar.
11. Berusaha mewujudkan suasana yang menarik di kalangan pelajar.
12. Mewujudkan hubungan yang mesra dengan semua pelajar.
13. Mempunyai hubungan yang rapor dan rapat dengan pelajar.
14. Mempunyai sikap suka mendengar.
15. mempunyai sikap humor ketika bersama pelajar.
16. Mempunyai daya penarik yang menakjubkan.
17. Mempunyai fikiran yang terbuka dan positif.
18. mempunyai kemahiran dalam bidang yang diajar.
19. Mempunyai kepakaran dam bidang teknik mengajar.
20. Mempunyai kepakaran berkomunikasi.
21. Mempunyai pengetahuan tentang kemanusiaan.
22. Mempunyai pegangan hidup semua orang boleh berjaya jika diberi bimbingan yang mencukupi.
23. Sentiasa berusaha meningkatkan kepakaran dan kemahiran yang berkaitan tugasannya.
24. Mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup bahawa kejayaan boleh dicapai setelah berusaha.
25. Selalu berdoa untuk diri dan pelajarnya.
26. Sentiasa bertawakal kepada Allah.
Kaedah Mengajar Sains Di Sekolah Rendah Berkesan
Seorang pengajar boleh menggunakan beberapa kaedah mengajar sama ada secara berasingan atau
gabungan pelbagai kaedah semasa mengajar. pemilihan kaedah atau gabungan kaedah yang
dilaksanakan bergantung kepada pelajar yang diajar, bahan pembelajaran dan kemudahan media
yang tersedia.
Ia juga bergantung kepada kefahaman, kebolehan dan kemahiran pengajar mengenai kaedah yang
akan digunakan.
Berikut diberikan penerangan ringkas di antara kaedah-kaedah mengajar yang boleh dipilih dan
digunakan, iaitu:
1. Kaedah heuristik
Dalam kaedah ini, pelajar dibimbing untuk membuat penemuan sendiri bahan-bahan pembelajaran
dan menggunakan konsep dalam latihan. peranan guru menjadi pembimbing, penasihat, pakar rujuk
dan penilai.
2. Kaedah induktif.
kaedah ini menggunakan pendekatan bermula daripada bahan pengajaran yang konkrit dan abstrak,
khusus kepada umum dan daripada contoh kepada hukum am. kebenaran universal dibuktikan
daripada ciri-ciri satu kes dan beberapa kes lain yang serupa.
3. kaedah deduktif.
ia berlawanan dengan kaedah induktif iaitu pelajar bermula daripada aspek umum kepada khusus,
abstrak kepada konkrit dan formula kepada contoh.
4. kaedah Dogmatik
Bahan pembelajaran dibentangkan mengikut hukum, prinsip dan formula. latihan diberi untuk
pelajar menggunakan hukum, prinsip atau formula itu dalam situasi yang berperingkat.
5. Kaedah projek.
pelajar dikehendaki menyiapkan projek khas yang dipilih mengikut bimbingan dan panduan
pengajar. Peranan guru ditambah sebagai penasihat, pakar rujuk dan penilai.
6. Kaedah amali.
Pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran atau eksperimen atau kajian mengikut arahan yang
diberi dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh guru. peranan guru sebagai
pembimbing, penunjuk ajar, penasihat, pakar rujuk dan penilai.
7. Kaedah Lawatan.
Pengajar mengatur supaya pelajar melawat ke tempat tertentu (di luar bilik darjah) dengan bahan
pembelajaran boleh didapati dan dikaji dengan mudah.
8. Kaedah Sintesis.
pelajar bermula daripada apa yang diketahui kepada apa yang belum diketahui. berdasarkan data
yang ada, pelajar merumus kesimpulan.
9. Kaedah Topik
Pengajar membentangkan isi pelajaran mengikut topik sehingga lengkap, sekali gus
menghubungkaitkan dengan topik-topik berkaitan.
10. Kaedah Simulasi
Kaedah berlakon. Dalam kaedah ini, pengajar menetapkan peranan dan situasi untuk pelajar terlibat
dalam aktiviti pembelajaran sebagai individu lain. Dengan cara ini, pelajar berpengalaman
menjalankan peranan bukan sebagai pelajar sahaja, bahkan ia dapat mengalami sendiri peranan
yang mereka boleh mainkan.
keberkesanannya bergantung kepada kebolehan dan kefahaman peranan yang dimainkan itu.
11. Kaedah Cerita
Pengajar membentangkan bahan pembelajaran dalam bentuk cerita yang boleh meningkatkan minat
dan motivasi pelajar.
12. kaedah perbincangan
Pengajar membimbing pelajar untuk menjalankan perbincangan sama ada dalam kumpulan besar
atau pun kumpulan kecil selepas ditugaskan membuat rujukan atau kajian.
13. kaedah Modular
Bahan pembelajaran didedahkan mengikut pelbagai teknik dan cara. Sepanjang proses pengajaran
kaedah ini, pelajar dikehendaki menjalankan pelbagai aktiviti seperti membuat latihan ,
menyelesaikan masalah dan menjawab soalan mengenai bahan itu. Pada akhir pembelajaran pelajar
mengambil ujian untuk menentukan tahap kefahaman dan penguasaan.
14. kaedah soal jawab
Pengajar mengemukakan soalan untuk dijawab oleh pelajar di mana jawapan itu dibina sebagai isi
pelajaran yang lengkap.
Semua kaedah yang disebutkan di atas , dikemukakan bertujuan mempelbagaikan kaedah
pengajaran guru dan seterusnya untuk meningkatkan kemahiran sains di kalangan pelajar dalam
aspek-aspek sains berikut:
1. Melakukan eksperimen
2. Mengawal pemboleh ubah bagi sesuatu eksperimen
3. Membuat pemerhatian/pengamatan
4. Mengenal pasti perubahan
5. Mengenal pasti perbezaan
6. Mengenal pasti kesamaan
7. Membuat perbandingan
8. Mencatat data
9. Mengolah/memproses data
10. Meramal berdasarkan data
11. Mengingat kembali fakta
12. Membuat kesimpulan
13. Mentafsir data dan maklumat
14. Membuat hipotesis
15. Membuat inferens
16. Membuat laporan (berkomunikasi)
17. Menggunakan konsep
18. Memberi alasan/sebab
19. Melukis rajah
20. Melabel rajah
21. Mengguna peralatan/bahan sains dengan betul
22. Menyimpan peralatan/bahan sains dengan betul
23. Membersihkan peralatan/bahan sains dengan betul
Sebagaimana yang telah ditetapkan dalam kurikulum sains untuk menghadapi UPSR Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Persediaan Pengajaran
1. Sediakan tajuk pengajaran
2. sediakan bahan pengajaran secara terperinci, terutamanya mengenai:
1. Apakah konsep penting dalam tajuk
2. Apakah isi-si penting
3. Apakah kata kunci yang perlu diingat oleh pelajar berkaitan tajuk
4. Rajah dan alat bantu ajar (transparensi/carta rajah)
5. Gambar-gambar yang boleh ditunjukkan
6. Contoh yang berkaitan
7. kesimpulan yang disampaikan
3. Fikir, sediakan dan susun urutan kaedah persembahan, terutamanya tentang:
1. Induksi set
2. kaedah interaksi
3. Soalan yang perlu dikemukakan sepanjang persembahan


Pengendalian Selamat Bahan Saintifik dan Bahan Kimia
1. Dalam bilik sains sekolah makmal, bahan kimia yang disimpan tidak
banyak. Bahan-bahan berasid atau beralkali seperti cuka dan agen peluntur tidak
perlu disimpan dalam makmal. Bahan-bahan ini boleh dibawa dari rumah.
2. Sekiranya diperlukan banyak, baki bahan-bahan ini perlu disimpan dalam
almari terkunci. Ingatkan murid-murid bahawa bahan-bahan ini boleh mengakis
kulit dan mata.
3. Botol-botol spesimen yang diawet basah dengan menggunakan formalin
perlu ditutup dengan ketat dan diletakkan dalam almari kaca yang terkunci.
4. Formalin dapat mengeraskan protein sekiranya terminum. Wap formalin
juga dapat memedihkan mata.
5. Botol-botol bahan kimia disimpan mengikut jenis, contohnya asid disimpan
berasingan daripada alkali. Untuk jenis bahan kimia, aturkan botol-botol mengikut
turutan abjad.

Pembelajaran sains melalui eksperimen di makmal lebih cepat berlaku kerana pelajar menjalankan
penyiasatan sendiri bagi memperolehi maklumat melalui bahan yang sebenar. Eksperimen sains,
ujikaji
atau kerja makmal yang biasanya dijalankan di makmal, melibatkan alatan dan bahan kimia,
spesimen segar atau awet. Kaedah tersebut dapat menerapkan pengetahuan, kemahiran saintifik
serta sikap saintifik dan nilai murni apabila pelajar merancang, mengendalikan dan menganalisis
data menggunakan pelbagai peralatan eksperimen, spesimen dan bahan kimia. Kertas kerja ini
membicarakan konsep pengurusan alatan dan bahan dalam pembelajaran sains di makmal. Selain
daripada itu, dipaparkan juga konsep pengurusan pembelajaran secara umum dan kepentingan
pengurusan dalam pembelajaran sains di makmal. Hasil pendedahan konsep pengurusan daripada
kajian literatur dan dapatan kajian-kajian yang lepas, akan dibuat satu kesimpulan cara paling
berkesan dalam mengurus alatan dan bahan dalam
pembelajaran sains di makmal.

Kata kunci: pembelajaran sains, eksperimen sains, alat radas, makmal, pengurusan pembelajaran


Pengenalan
Menurut Falsafah Pendidikan Sains Negara, Pendidikan Sains di
Malaysia memupuk
budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada
perkembangan individu yang
kompetatif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat
menguasai ilmu sains dan
keterampilan teknologi. Sains merangkumi matapelajaran Kimia, Fizik
dan Biologi. Kimia
adalah satu disiplin dalam sains yang mengkaji tentang jirim secara
makroskopik dan
mikroskopik, interaksi antara bahan dan penghasilan serta
penggunaan bahan. Kimia mempunyai
kaitan yang rapat dengan kehidupan manusia (KPM, 2000).
Kimia adalah salah satu cabang ilmu dalam Sains yang mengkaji
bahan yang terdapat
dalam alam semesta serta perubahan yang berlaku terhadap bahan-
bahan tersebut apabila saling
interaksi antara satu sama lain (Buni Sunade, 2001). Kimia merupakan
mata pelajaran elektif di
peringkat sekolah menengah atas yang bertujuan untuk melahirkan
murid yang mempunyai
pengetahuan dalam bidang kimia, kemahiran saintifik dan kemahiran
berfikir serta mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap
saintifik dan nilai murni.
Salah satu matlamat Kurikulum Kimia adalah bertujuan untuk
melahirkan murid yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimia dan
mampu mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai
murni untuk membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.
Secara keseluruhannya, dapatlah
dikatakan dengan jelas bahawa Kimia merupakan satu mata pelajaran
yang sangat mustahak
dipelajari oleh semua murid sekolah dan pada semua peringkat
sebagai persediaan untuk menjadi
generasi yang akan memainkan peranan penting dalam menentukan
masa depan negara.

PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL
SAINS

Semua anggota di bawah organisasi Bidang Sains adalah terlibat secara langsung dalam
pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik sains di sekolah. Pengetua dan Guru
Besar sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains
dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan,
pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Pengetua dan Guru Besar merupakan
pemimpin kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan kakitangan makmal dan bilik sains
dalam aspek profesional dan pengurusan
Penolong Kanan Pentadbiran / Akademik, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong
Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Petang dan Ketua Bidang Sains dan
Matematik bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar dalam keseluruhan
pengurusan makmal dan bilik sainsberkaitan pengendalian program kurikulum dan
.
kokurikulum
sains di sekolah dari segi perancangan, perlaksanaan, penyelarasan, penilaian danpemantauan.
Setiap anggota mestilah mempunyai komitmen dan berkemahiran untuk memastikan Bidang Sains
berjalan dengan lancar.
4.1 Ketua Bidang Sains dan Matematik
Bidang Sains dianggotai oleh semua guru sains dan kakitangan makmal sains yang diketuai
oleh Ketua Bidang Sains dan Matematik.
4.1.1 Syarat Kelayakan Perlantikan Ketua Bidang Sains dan Matematik
a. Dilantik dalam kalangan guru sains / matematik yang berpengalaman.
b. Mempunyai pengkhususan dalam bidang sains / matematik.
c. Gred jawatan DG 44.

4.1.2 Latihan yang diperlukan

a. Pengurusan stok.
b. Pengendalian peralatan sains.
c. Prosedur pelupusan bahan kimia dan peralatan sains.
d. Pengendalian peralatan ICT.
e. Pengurusan dan keselamatan makmal sains.

4.1.4 Tugas dan Tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik

Ketua Bidang Sains dan Matematik bertanggungjawab kepada Pengetua
dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum semua mata
pelajaran sains dan matematik di sekolah dari segi perancangan,
pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Ketua Bidang Sains
dan Matematik juga bertanggungjawab dalam memberi bimbingan profesional
kepada guru-guru sains dan kakitangan makmal sains. Bimbingan ini adalah
untuk memastikan peningkatan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan makmal melalui program
perkembangan staf.

Tugas dan tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam pengurusan
makmal sains adalah seperti :

a. Menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal seperti sistem bekalan
elektrik, gas, air, kerusi dan meja secukupnya, berfungsi dan menepati ciri-ciri
keselamatan.
b. Memastikan segala kelengkapan makmal sentiasa berada dalam keadaan
bersih dan selamat digunakan.
c. Merancang dan menyediakan :
i. Pelan tindakan keselamatan semasa kecemasan
ii. Peraturan keselamatan
iii. Latihan kecemasan dan kebakaran
iv. Kelengkapan pencegahan kebakaran dan jadual penyelenggaraan
v. Kit pertolongan cemas yang lengkap dan tidak luput tarikh
penggunaannya
d. Menyelia dan memastikan guru, murid dan kakitangan makmal sains mematuhi
sepenuhnya peraturan makmal.
e. Merancang serta menyediakan senarai tugas dan waktu kerja kakitangan
makmal sains serta memastikan senarai dan waktu kerja tersebut dipatuhi.
f. Mengurus dan memastikan penyemakan stok makmal sains dibuat sekurang-
kurangnya enam bulan sekali.
g. Memastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan sains
dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan.
h. Merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi pengajaran
dan pembelajaran sains serta keperluan makmal sains.
i. Mengenal pasti dan menguruskan perolehan peralatan dan bahan sains
mengikut Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling yang berkuatkuasa.
j. Menguruskan dan memeriksa peralatan dan bahan sains yang baru dibeli dan
yang baru diterima mengikut bilangan dan spesifikasinya.
k. Mengurus dan mengelola persediaan dan pelaksanaan Pentaksiran Kerja
Amali Sains (PEKA Sains).
l. Merancang jadual waktu penggunaan makmal sains.
m. Merancang, mengenal pasti dan melaksanakan program atau aktiviti
perkembangan staf yang melibatkan guru sains dan kakitangan makmal.
n. Memastikan tugas penyelenggaraan komputer dalam makmal sains dijalankan
mengikut jadual yang ditetapkan.
o. Menyelia dan menyelenggara semua kemudahan fizikal dan peralatan supaya
menepati ciri-ciri keselamatan.
p. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.


4.2 Ketua Panitia Sains

Panitia bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar serta Ketua Bidang Sains
dan Matematik dalam perancangan, perlaksanaan, penyelarasan dan penilaian daripada
aspek pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan makmal dan bilik sains sekolah.
Panitia sains yangdiketuai oleh Ketua Panitia Sains terdiri daripada guru-guru yang
bertanggungjawab mengajar mata pelajaran sains seperti Sains, Sains Tambahan, Fizik,Kimia
dan Biologi.
Panitia Sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains yang dilantik oleh Pengetua dan Guru
Besar secara rasmi untuk memimpin guru-guru mata pelajaran sains di bawah
tanggungjawabnya. Ketua Panitia Sains secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah. Bagi memastikan semua tugas dapat dilaksanakan oleh panitia, Ketua Panitia
bertanggungjawab untuk memastikan tugas panitia dilaksanakan dengan berkesan.
4.2.1 Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia Sains
Tugas Ketua Panitia Sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti
berikut :

a. Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan
bahan sains.
b. Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi keperluan
peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.
c. Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus
kira dan pelupusan.
d. Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan manual operasi
peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.

e. Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik sains
seperti berikut :
i. Pesanan peralatan dan bahan sains
ii. Stok makmal sains
iii. Pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan sains
iv. Kerosakan dan kehilangan
v. Penyelenggaraan dan pemeriksaan
vi. Kemalangan
vii. Rekod penggunaan makmal sains
f. Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna.
g. Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik, air, gas,
perabot dan kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.
h. Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains dipatuhi dan
diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal dan bilik sains.
i. Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal dan bilik sains.
j. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
k. Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam panitianya dan
kakitangan makmal dan bilik sains.
l. Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.
m. Membantu menyediakan jadual waktu penggunaan makmal dan bilik sains.
n. Merekod dan mengemaskinikan stok makmal dan bilik sains.
o. Menyelaras penggunaan makmal dan bilik sains serta peralatan dan bahan
sains di bawah jagaannya.
p. Membantu dalam penyelenggaraan makmal dan bilik sains.
q. Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf untuk guru sains
dan kakitangan makmal dan bilik sains berkaitan dengan :
i. Pengurusan makmal dan bilik sains
ii. Pengendalian dan penyelenggaraan peralatan
iii. Pengendalian dan penyimpanan bahan toksik, radioaktif
dan bahan berbahaya yang lain
r. Membantu merancang dan melaksanakan arahan dan peraturan yang
berkaitan dengan makmal dan bilik sains.
s. Membantu merancang dan melaksanakan penyemakan stok tahunan.
t. Merancang dan mengendalikan PEKA Sains.
u. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari
masa ke semasa.


4.3 Guru Sains

Guru sains secara automatik menjadi anggota Panitia Sains. Tugas guru sains dalam pengurusan
makmal dan bilik sains adalah seperti berikut :

a. Mematuhi jadual penggunaan makmal dan bilik sains.
b. Melaksanakan PEKA Sains.
c. Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan makmal dan
bilik sains.
d. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
e. Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan dalam kerja
amali serta mengisi borang atau buku pesanan untuk tindakan kakitangan makmal dan
bilik sains.
f. Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan dengan betul,
cermat, jimat dan mematuhi langkah keselamatan.
g. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Ketua Panitia merekod, menyemak
dan mengemas kini stok.
h. Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains.
i. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa
ke semasa.


4.4 Pembantu Makmal

4.4.1 Syarat Kelayakan Lantikan Pembantu Makmal

a. Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia.
b. Lulus dalam mata pelajaran matematik atau salah satu daripada mata pelajaran
sains.
c. Lulus Bahasa Melayu.

4.4.2 Keperluan Latihan Pembantu Makmal

a. Kemahiran melabel bahan kimia dan kepekatan larutan (kemolaran).
b. Kemahiran menyediakan larutan piawai.
c. Kemahiran mengendalikan bahan kimia terutamanya bahan toksik.
d. Kemahiran mengendalikan eksperimen yang berkaitan dengan
mikroorganisma.
e. Kemahiran mengendalikan bahan mudah berkulat, berkarat dan mudah
teroksida.
f. Kemahiran mengendalikan keadaan kecemasan, seperti tumpahan bahan
organik, bahan mengkakis, rejatan elektrik dan seumpamanya.
g. Kemahiran mengendalikan stok dan penyimpanan alat atau bahan sains yang
sistematik.
h. Kemahiran mengendalikan komputer.
i. Kemahiran membaiki kerosakan kecil sistem pendawaian dan sistem paip air.
j. Kemahiran menguruskan stok.
k. Kemahiran mengendalikan peralatan sains terutama yang memerlukan kejituan
seperti dalam pengukuran dan timbangan.
l. Kemahiran menyelenggarakan peralatan sains mengikut prosedur.
m. Kemahiran melupuskan bahan-bahan kimia dan peralatan sains.

4.4.3 Tugas-tugas Pembantu Makmal

4.4.3.1 Tugas Harian

a. Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal sains
sebelum waktu sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu makmal
apabila sesi pembelajaran makmal berakhir.
b. Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa
dalam keadaan bersih.
c. Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat.
d. Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan oleh
guru sains dalam buku penyediaan alat / radas atau borang pesanan.
e. Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum kerja
amali dijalankan.
f. Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk
kerja amali.
g. Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan
peralatan dan bahan sains.
h. Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang
kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan.
i. Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke tempat asal
yang telah ditetapkan setelah selesai kerja amali.
j. Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan
lampu setelah selesai setiap kerja amali.
k. Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk
perabot, bekalan elektrik, air dan gas.
l. Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid mendapatkan
peralatan dan bahan sains semasa amali.
m. Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja amali yang terakhir
pada setiap hari :
i. Membersih bekas dan sisa bahan sains
yang telah digunakan
ii. Menutup bekalan gas, air dan elektrik

iii. Menutup tingkap, mengunci pintu bilik
persediaan dan pintu makmal sains
iv. Menyimpan kunci bilik makmal sains
mengikut arahan pengetua
n. Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera
sebarang kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru sains,
Ketua Panitia, Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua.
o. Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains seperti
mengemaskini stok dan sebagainya.
p. Mencuci peralatan sains yang kotor.
q. Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima bahan-
bahan serta radas daripada pihak pembekal.
r. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa
ke semasa.

4.4.3.2 Tugas Semasa Cuti sekolah

a. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dan guru sains
mengemas kini rekod stok.
b. Menyediakan reagen kimia, larutan penunjuk dan sebagainya seperti
yang diperlukan untuk kerja amali.
c. Menokoktambahkan kandungan botol reagen dengan larutan kimia
yang berkenaan dan mengganti label pada botol reagen jika perlu.
d. Mengubah suai dan membuat inovasi daripada bahan terpakai supaya
boleh digunakan di makmal sains.
e. Menghasilkan air suling.
f. Membantu membaik pulih kerosakan kecil peralatan sains.
g. Mengecas dan discas akumulator.
h. Menyelenggarakan mikroskop, kanta, neraca, slaid, carta, model, alat
timbang dan sebagainya.
i. Menyusun peralatan dan bahan sains dengan selamat dan bersistem.
j. Menyemak dan memastikan bahan beracun dan bahan berbahaya
disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan.
k. Memeriksa dan memastikan kit pertolongan cemas serta alat
mencegah kebakaran sentiasa lengkap, berfungsi dan tidak luput tarikh.

l. Mengecat permukaan meja makmal sains dan peralatan sains jika
perlu.
m. Menyemak dan melaporkan bahan-bahan sains yang telah luput tarikh
kepada guru sains untuk tindakan seterusnya.
n. Mengemaskinikan butir-butir dalam kad stok berdasarkan rekod invois
bagi peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang baru diterima.
o. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam kerja hapus kira
dan pelupusan.
p. Menyelia dan membantu kerja membaik pulih perabot makmal sains.
q. Memastikan bahawa semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan
biologi disusun dengan teratur.
r. Memeriksa, menyelenggara kemudahan makmal termasuk perabot,
bekalan elektrik, air dan gas. Jika berlaku sebarang kerosakan atau
kebakaran, laporkan perkara ini dengan segera kepada pihak sekolah.
s. Menyemak semula dan memastikan bahan yang beracun serta
berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan.
t. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik membuat anggaran
belanjawan.

4.4.3.3 Tugas-tugas Lain

a. Menyediakan senarai barang yang diperlukan oleh guru sains dan
meminta sebut harga dari syarikat-syarikat yang tertentu pada awal tahun
(sebelum penggal persekolahan).
b. Membantu menulis pesanan dalam borang pesanan. Semua pesanan
mestilah dibuat melalui Pengetua / Ketua Bidang Sains dan Matematik /
Ketua Panitia.
c. Memeriksa alat-alat dan bahan-bahan pesanan supaya semua
berkeadaan baik dan mengikut kehendak guru sains sebaik sahaja
diterima daripada pembekal.
d. Menyimpan baucer pesanan dalam fail khas.
e. Menyediakan carta-carta, model, slaid mikroskop, CD dan alat bantu
mengajar lain yang diperlukan untuk pengajaran sains.
f. Membantu mengurus buku stok / inventori.
g. Menerima dan menyemak radas dan bahan kimia yang baru dibeli serta
memasukkan ke stor dan mencatat dalam buku stok utama dan kad stok.
h. Menyenaraikan radas dan bahan utama yang kurang dalam borang
pesanan.
i. Memasang klip buaya pada dawai.
j. Menyediakan radas dan bahan kimia untuk pameran sains, kem sains
dan sebagainya.
k. Menajamkan alat-alat pemotong.
l. Merekod radas rosak atau pecah semasa amali.
m. Mencuci kit sejuk, akuarium dan tempat-tempat pemeliharaan binatang
jika ada
n. Membantu melakukan pembelian runcit bahan untuk amali.
o. Membantu mengadakan kursus dalaman kepada kakitangan baru.
p. Membuat catatan dalam buku kerosakan atau pecah, kemalangan,
pinjaman dan lain-lain yang berkaitan.
q. Berada dalam bilik makmal atau bilik persediaan supaya dapat
dihubungi oleh guru sains apabila pertolongan diperlukan.

4.4.4 Norma Perjawatan Pembantu Makmal di Sekolah Menengah
(diluluskan mulai tahun 2009)

Norma Perjawatan Perakuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Formula pengiraan kelayakan bagi :

a. Pembantu Makmal Gred C17





b. Pembantu Makmal Gred C22

Sekolah Menengah (SM) yang mempunyai sekurang-kurangnya dua buah kelas
Tingkatan Enam Sains adalah layak diwujudkan satu jawatan Pembantu Makmal
C22. Dalam pelaksanaan KUP, akan wujud perjawatan C22 di sekolah harian
biasa. (Rujuk Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam
JPA(S)NP.134/1/Klt.19/s.k 2 (11) bertarikh 14 Mei 2009.

Jawatan ini termasuk dalam perkiraan formula berikut :





c. Pembantu Makmal Gred C26

Norma ini turut terpakai di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tetapi jawatan
Pembantu Makmal Gred C22 diganti dengan jawatan Pembantu Makmal gred
C26
4.5 Cadangan

Pembantu Makmal yang baru dilantik wajib menghadiri kursus asas berkaitan kerja-kerja
di makmal sains sebelum penempatan dilakukan.



Lampiran 4.1

Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C17)


1. Merancang dan mengawal operasi makmal.

2. Menyediakan dan mengendalikan bahan.

3. Menyediakan, menyenggara dan mengendalikan peralatan.

4. Membantu dalam urusan praktikal / eksperimen.

5. Menguruskan pentadbiran makmal.


Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C17)

1. Merancang dan Mengawal Operasi Makmal

(a) Menyediakan jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan
dilaksanakan.
(b) Menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan makmal/amali di makmal.
(c) Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang
mengutamakan keselamatan dan kebersihan.
(d) Menjalankan pengagihan kerja mengikut kesesuaian makmal yang
digunakan.
(e) Menyediakan peraturan-peraturan penggunaan makmal serta papan-
papan tanda yang perlu sebagai panduan pelajar yang menggunakan
makmal.
(f) Mengawasi penggunaan makmal oleh pelajar agar mematuhi peraturan-
peraturan ketika berada di makmal.
(g) Memastikan kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran makmal
(dalam dan luar) serta kesesuaian susun atur perabot di makmal.


2. Menyediakan dan Mengendalikan Bahan

(a) Menklasifikasikan bahan-bahan di makmal.
(b) Menerima dan menyimpan bahan / spesimen / sampel mengikut
kesesuaian. (Contohnya menyimpan di tempat kering, menyimpan di
tempat bersuhu rendah)
(c) Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur bahan
diuruskan dengan baik dan berhati-hati.


3. Menyediakan, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan

(a) Mengklasifikasikan peralatan makmal.
(b) Menerima dan menyimpan peralatan mengikut kesesuaian. (Contohnya di
tempat yang tidak merbahaya dan jauh daripada sumber haba)
(c) Menguji dan mengesahkan peralatan berfungsi dengan sempurna.
(d) Menyediakan peralatan untuk kegunaan P&P (amali).
(e) Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur peralatan
diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
(f) Membersih dan menyenggara peralatan sains. (Contohnya kanta
pembesar, mikroskop)
(g) Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.


4. Membantu dalam Urusan Praktikal / Eksperimen

(a) Berada di makmal sains / bilik persediaan sains semasa amali
berlangsung supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila diperlukan.
(b) Mengawasi pelajar ketika menjalankan ekperimen agar prosedur
keselamatan dan kebersihan dipatuhi.
(c) Memastikan peralatan yang digunakan mencukupi dan berkeadaan baik
sebelum dan selepas digunakan.
(d) Memastikan radas yang telah selesai digunakan dibersihkan dengan
sempurna mengikut prosedur tertentu. (Contohnya membersihkan radas
menggunakan air suling)
(e) Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan
kehendak eksperimen sebelum sesi bermula.
(f) Memastikan sisa bahan eksperimen dan lebihan bahan disimpan /
dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.


5. Menguruskan Pentadbiran Makmal

(a) Membantu pihak pentadbir menguruskan perolehan bahan / peralatan
untuk kegunaan makmal.
(b) Menguruskan inventori bahan / peralatan serta pengendalian stor
mengikut prosedur.
(c) Menguruskan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal.
(d) Membantu pihak pentadbir menguruskan pelupusan peeralatan yang
rosak dan tidak dapat dibaiki.
(e) Menerima dan mengumpul aduan kerosakan bahan / peralatan untuk
dilaporkan kepada pihak pentadbir agar diambil tindakan.


Lampiran 4.2

Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)


1. Menyelaras dan menyelia operasi makmal.

2. Menyediakan dan mengendalikan bahan.

3. Menyediakan, menyenggara dan mengendalikan peralatan.

4. Membantu dalam urusan praktikal / eksperimen.

5. Menguruskan pentadbiran makmal.

6. Menjalankan urusan penyeliaan dan pemantauan berhubung hal ehwal urus tadbir
makmal sains.


Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)


1. Menyelaras dan Menyelia Operasi Makmal

(a) Menyelaras jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan
dilaksanakan.
(b) Menyelaras dan menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan makmal
/ amali di makmal.
(c) Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang
mengutamakan keselamatan dan kebersihan.
(d) Menyelaras dan melaksanakan pengagihan kerja mengikut kesesuaian
makmal yang digunakan.
(e) Merangka dan melaksanakan peraturan-peraturan penggunaan makmal
serta papan-papan tanda yang perlu sebagai panduan pelajar yang
menggunakan makmal.
(f) Menyelia kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran (dalam dan
luar makmal).

2. Menyediakan dan Mengendalikan Bahan

(a) Memastikan klasifikasi bahan-bahan di makmal dilakukan dengan
tersusun dan betul.
(b) Memastikan penerimaan dan penyimpanan bahan / spesimen / sampel
mengikut kesesuaian. (Contohnya menyimpan di tempat kering,
menyimpan di tempat bersuhu rendah)
(c) Memproses / menyediakan bahan keperluan makmal yang lebih kompleks
dan memerlukan ketelitian (contohnya campuran tindak balas, elektrolisis)
sebelum digunakan untuk P&P (amali).
(d) Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur bahan
diuruskan dengan baik dan berhati-hati.


3. Menyediakan, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan

(a) Menyemak dan memastikan klasifikasi peralatan makmal dilakukan
dengan tersusun dan betul.
(b) Memastikan peralatan yang diterima disimpan mengikut kesesuaian.
(Contohnya di tempat yang tidak merbahaya dan jauh daripada sumber
haba)
(c) Memastikan peralatan diuji untuk mengesahkan bahawa ia dapat berfungsi
dengan sempurna.
(d) Menyediakan peralatan yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian
untuk kegunaan P&P (amali).
(e) Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur peralatan
diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
(f) Memastikan peralatan sains (contohnya kanta pembesar, mikroskop)
sentiasa dibersihkan dengan disenggara dengan baik dan berhati-hati.
(g) Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.


4. Membantu dalam Urusan Praktikal / Eksperimen

(a) Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam pengendalian dan urusan
praktikal / eksperimen yang kompleks dan merbahaya.
(b) Memantau pengendalian dan perjalanan amali semasa ia berlangsung
supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila diperlukan.
(c) Memastikan urusan praktikal / eksperimen yang dilakukan sentiasa
mengikut prosedur keselamatan dan kebersihan.
(d) Memastikan lebihan bahan / sisa eksperimen / peralatan yang digunakan
diuruskan mengikut prosedur sebelum dan selepas digunakan.
(e) Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan
kehendak eksperimen sebelum sesi bermula.


5. Menguruskan Pentadbiran Makmal

(a) Menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan makmal.
(b) Menguruskan inventori bahan / peralatan di makmal.
(c) Menguruskan stor bahan / peralatan mengikut prosedur yang betul.
(d) Menguruskan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal.
(e) Menguruskan pelupusan peralatan yang rosak dan tidak dapat dibaiki.
(f) Mengambil tindakan susulan ke atas aduan kerosakan bahan / peralatan
yang telah dilaporkan kepada pihak pentadbir.


6. Menjalankan Urusan Penyeliaan dan Pemantauan Berhubung Hal Ehwal Urus
Tadbir Makmal Sains

(a) Menjalankan penyeliaan, semakan serta kawalan terhadap operasi
makmal yang dijalankan oleh Pembantu Makmal di bawah seliaannya.
(b) Memberi khidmat nasihat, panduan dan tunjuk ajar dalam pelbagai bidang
tugas berkaitan Pembantu Makmal.
(c) Membantu pihak pentadbir memantau, menyelia, memperakui dan
mengesahkan perkhidmatan dan bekalan daripada pihak luar agar
dilaksanakan dengan baik dan mengikut prosedur.
(d) Membantu pihak pentadbir menyediakan skop dan spesifikasi kerja
pembaikan / penyenggaraan di makmal apabila diperlukan.
(e) Menyediakan laporan penambahbaikan terhadap operasi dan pengurusan
makmal sekiranya diperlukan untuk perhatian dan tindakan pihak
pentadbir.
(f) Memastikan semua amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
dipatuhi.
(g) Mengganti / menyelaras pengganti bagi Pembantu Makmal yang bercuti
atas kelulusan rasmi.

Lampiran 4.3

Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C26)


1. Menyelaras dan menyelia operasi makmal.

2. Menyelia dalam urusan menyediakan dan mengendalikan bahan.

3. Menyelia dalam urusan menyedia, menyenggara dan mengendalikan peralatan.

4. Menyelia dan membantu dalam urusan praktikal / eksperimen.

5. Menguruskan pentadbiran makmal.

6. Menjalankan urusan penyeliaan dan pemantauan berhubung hal ehwal urus tadbir
makmal sains.


Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)


1. Menyelaras dan Menyelia Operasi Makmal

(a) Menyelaras jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan
dilaksanakan.
(b) Menyelaras dan menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan makmal
/ amali di makmal.
(c) Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang
mengutamakan keselamatan dan kebersihan.
(d) Menyelaras dan melaksanakan pengagihan kerja mengikut kesesuaian
makmal yang digunakan.
(e) Merangka dan melaksanakan peraturan-peraturan penggunaan makmal
serta papan-papan tanda yang perlu sebagai panduan pelajar yang
menggunakan makmal.
(f) Menyelia kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran (dalam dan
luar makmal).


2. Menyelia dalam Urusan Menyediakan dan Mengendalikan Bahan

(a) Menyemak dan memastikan klasifikasi bahan-bahan di makmal dilakukan
dengan tersusun dan betul.
(b) Memantau dan memastikan penerimaan dan penyimpanan bahan /
spesimen / sampel mengikut kesesuaian. (Contohnya menyimpan di
tempat kering, menyimpan di tempat bersuhu rendah)
(c) Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar berhubung dengan
urusan memproses / menyediakan bahan keperluan makmal yang lebih
kompleks dan memerlukan ketelitian (contohnya campuran tindak balas,
elektrolisis) sebelum digunakan untuk P&P (amali).
(d) Memantau dan memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun
atur bahan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.


3. Menyelia dalam Urusan Menyedia, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan

(a) Menyemak dan memastikan klasifikasi peralatan makmal dilakukan
dengan tersusun dan betul.
(b) Memantau dan memastikan peralatan yang diterima disimpan mengikut
kesesuaian. (Contohnya di tempat yang tidak merbahaya dan jauh
daripada sumber haba)
(c) Memantau dan memastikan peralatan diuji untuk mengesahkan bahawa ia
dapat berfungsi dengan sempurna.
(d) Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar berhubung urusan
menyediakan peralatan yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian
untuk kegunaan P&P (amali).
(e) Memantau dan memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun
atur peralatan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
(f) Memantau dan memastikan peralatan sains (contohnya kanta pembesar,
mikroskop) sentiasa dibersihkan dengan disenggara dengan baik dan
berhati-hati.
(g) Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar berhubung urusan
membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.


4. Menyelia dan Memantau dalam Urusan Praktikal / Eksperimen

(a) Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam pengendalian dan urusan
praktikal / eksperimen yang kompleks dan merbahaya.
(b) Memantau pengendalian dan perjalanan amali semasa ia berlangsung
supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila diperlukan.
(c) Memastikan urusan praktikal / eksperimen yang dilakukan sentiasa
mengikut prosedur keselamatan dan kebersihan.
(d) Memastikan lebihan bahan / sisa eksperimen / peralatan yang digunakan
diuruskan mengikut prosedur sebelum dan selepas digunakan.
(e) Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan
kehendak eksperimen sebelum sesi bermula.


5. Menguruskan Pentadbiran Makmal

(a) Menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan makmal.
(b) Menguruskan inventori bahan / peralatan di makmal.
(c) Menguruskan stor bahan / peralatan mengikut prosedur yang betul.
(d) Menyelia urusan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal.
(e) Menyelia urusan pelupusan peralatan yang rosak dan tidak dapat dibaiki.
(f) Mengambil tindakan susulan ke atas aduan kerosakan bahan / peralatan
yang telah dilaporkan kepada pihak pentadbir.


6. Menjalankan Urusan Penyeliaan dan Pemantauan Berhubung Hal Ehwal Urus
Tadbir Makmal Sains

(a) Menjalankan penyeliaan, semakan serta kawalan terhadap operasi
makmal yang dijalankan oleh Pembantu Makmal di bawah seliaannya.
(b) Memberi khidmat nasihat, panduan dan tunjuk ajar dalam pelbagai bidang
tugas berkaitan Pembantu Makmal.
(c) Membantu pihak pentadbir memantau, menyelia, memperakui dan
mengesahkan perkhidmatan dan bekalan daripada pihak luar agar
dilaksanakan dengan baik dan mengikut prosedur.
(d) Membantu pihak pentadbir menyediakan skop dan spesifikasi kerja
pembaikan / penyenggaraan di makmal apabila diperlukan.
(e) Menyediakan laporan penambahbaikan terhadap operasi dan pengurusan
makmal sekiranya diperlukan untuk perhatian dan tindakan pihak
pentadbir.
(f) Memantau dan memastikan semua amalan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan dipatuhi.
(g) Menyelaras pengganti bagi Pembantu Makmal yang bercuti atas kelulusan
rasmi.



Bibliografi

1. Kementerian Pelajaran Malaysia (1999). Pengurusan Dan Keselamatan
Makmal Sains Sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala
Lumpur

2. Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)NP.134/1/Klt.19/s.k 2
bertarikh 14 Mei 2009

3. Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)(BPO)253/2/11-6
Klt.27(36) bertarikh 30 Disember 2008

PERATURAN AM DALAM MAKMAL DAN BILIK PERSEDIAAN
A. Guru mestilah memberitahu secara bertulis (dalam buku atau borang
pesanan untuk kerja amali) kepada kakitangan makmal keperluan peralatan
sains. Bahan kimia atau bahan biologi sekurang-kurangnya 2 hari sebelum
peralatan atau bahan ini diperlukan.
B. Tidak sesiapa pun boleh makan, minum atau merokok dalam makmal
atau bilik persediaan.
C. Tidak sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam makmal atau bilik
persediaan tanpa urusan rasmi.
D. Semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi hendaklah
dikembalikan ke tempat asalnya setelah digunakan.
E. Kelas amali yang masih berjalan di makmal tidak boleh ditinggalkan
sedemikian tanpa sebarang pengawasan.
F) Makanan dan minuman adalah dilarang simpan dalam peti sejuk di
bilik persediaan untuk kegunaan persendirian.
G) Kakitangan makmal haruslah berpakaian sesuai dan kemas semasa
dalam makmal dan bilik persediaan.
H. Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang berada di
dalam makmal dan bilik persediaan tidak boleh dibawa keluar tanpa
kebenaran.
I) Langkah-langkah keselamatan makmal mesti dipatuhi semasa berada
dalam makmal atau bilik persediaan.
J. Jangan menjadikan bilik persediaan sebagai tempat rekreasi.

Peraturan ini hendaklah ditampal pada setiap makmal
PERATURAN MAKMAL BAGI PELAJAR
A) Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan. Tidak
sesiapapun dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru.
B. Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi dalam
makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru.
C. Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi hanya boleh
digunakan atas arahan dan panduan guru.
D. Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang
telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya.
E. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas
digunakan.
F. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan
kebenaran guru.
G. Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah
dilaporkan dengan segera kepada guru atau pun kakitangan makmal.
H. Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan
kelengkapan di dalam makmal.
I. Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan
ke tempat lain tanpa kebenaran guru.
J. Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan
dalam makmal hendaklah bersih dan kemas selepas tiap-tiap waktu
makmal.
K. Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu
bunsen.
L. Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti
dipadamkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
M. Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam
bentuk pepejal tidak boleh dibuang ke dalam ataupun ke bawah sink,
tetapi mesti dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
N. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke
dalam bilik makmal.
O. Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik
makmal.
P. Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum.
Q. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa
pengetahuan guru.
R. Langkah-langkah keselamatan mersti dipatuhi setiap masa.

PENGGUNAAN BAHAN KIMIA

A. Label pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk
mempastikan bahawa bahan kimia yang akan digunakan itu betul.
B. Gunakan sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat
pemerhatian kerana sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat
pemerhatian kerana sedikit bahan kimia adalah mencukupi untuk
memberi pemerhatian yang jelas. Jangan membazirkan bahan kimia.
C. Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal.
Jangan gunakan jari tangan.
D. Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup semula
dengan segera setelah diambil bahannya.
E. Bahan kimia biasanya adalah beracun dan mengkakis. Jangan
cuba merasa sebarang bahan kimia sungguhpun ia dalam larutan cair.

AMARAN
Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian
yang tidak diingini sekiranya seorang pelajar itu tidak mematuhi
peraturan-peraturan tersebut di atas.

Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan, Tumpat, Kelantan
PENYEDIAAN LARUTAN DAN BAHAN UJI
1. Asid Hidroklorik cair (2M)
Larutkan 170cm
3
Asid Hidroklorik pekat dalam 1 dm
3
larutan.
2. Asid Sulfurik cair (1M)
Larutkan 56cm
3
Asid Sulfurik pekat dalam 1 dm
3
larutan.
3. Asid Nitrik cair (1M)
Larutkan 130cm
3
Asid Nitrik pekat dalam 1 dm
3
larutan.
4. Natrium Hidroksida cair 2M.
Larutkan 80 gm pepejal Natrium Hidroksida dalam 1 dm
3
larutan.
5. Kalium Hidroksida cair 2 M.
Larutkan 112 gm pepejal Kalium Hidroksida dalam 1 dm
3
larutan.
6. Larutan Ammonia cair (2M)
Larutkan 135 cm
3
Ammonia pekat dalam 1 dm
3
larutan.
7. Larutan Kalsium Hidroksida (Air Kapur).
Biarkan pepejal Kalsium Hidroksida, Ca(OH)2, bersentuh dengan air dalam satu takungan
besar tertutup untuk beberapa jam. Turaskan larutan tepu yang jernih dan gunakan larutan ini
sebagai air kapur.
8. Asid Etanoik (0.1 M)
Larutkan 6cm
3
Asid Etanoik glasial dalam 1 dm
3
larutan.
9. Larutan Natrium Karbonat (0.5M)
Larutkan 53 gm pepejal Natrium Karbonat kontang dalam 1 dm
3
larutan.
10. Larutan Argentum Nitrat (0.1M)
Larutkan 17gm pepejal Argentum Nitrat dalam 1 dm
3
larutan.
11. Larutan Barium Klorida (0.5 M)
Larutkan 122 gm pepejal Barium Klorida dalam 1 dm
3
larutan.
12. Larutan Kalium Dikromat (VI) (0.2M)
Larutkan 58 gm pepejal Kalium Dikromat (VI) dalam 1 dm
3
larutan.
13. Larutan Kalium Manganat(VII) (0.02 M)
Larutkan 3 gm pepejal Kalium Mangganat (VII) dalam 1 dm
3
larutan.
14. Larutan Ferum (II) Sulfat (0.5 M)
Larutkan 139 g pepejal Ferum (II) Sulfat ke dalam 100 cm
3 Asid Sulfurik cair dan kemudian campurkan air suling
sehingga 1 dm3 larutan

15. Larutan Ferum (III) Sulfat (0.5M)
Larutkan 130 g pepejal Ferum(III) dalam 50cm3 Asid Hidroklorik cair dan kemudian
campurkan air suling sehingga 1 dm
3
larutan.
16. Larutan kalium Kromat (VI) (0.5M)
Larutkan 97 gm pelejal Kalium Kromat (VI) dalam 1 dm
3
larutan.
17. Larutan Plumbun (II) Nitrat ( 0.5 M)
Larutkan 165 gm pepejal plumbum (II) Nitrat dalam 1 dm
3
larutan.
18. Larutan Kalium Iodida (0.5 M)
Larutkan 83 g pepejal Kalium Iodida dalam 1 dm
3
larutan.
19. Larutan Kalium Heksasionaferat(II)
Larutkan 50 g pepejal Kalium Heksasionaferat (II) dalam 1 dm
3
larutan.
20. Larutan Kalium Heksasionaferat (III)
Larutkan 50 g pepejal Kalium Heksasionaferat (III) dalam 1 dm
3
larutan.
21. Larutan Kalium Tiosianat
Larutkan 150 g pepejal Kalium Tiosianat dalam 1 dm
3
larutan.
22. Larutan Klorin berair
Salurkan gas klorin ke dalam air dalam almari wasap sehingga larutan berwarna kuning-hijau
didapati.
23. Larutan Bromin Berair
Masukkan 20 cm3 cecair bromin ke dalam 1 dm
3
larutan.
24. Larutan Iodin Berair
Larutkan 112 g pepejal iodin ke dalam1 dm
3
larutan yang mengandungi 20 gm kalium iodida.
25. Penunjuk Metil Jingga.
Larutkan 1.0 g pepejal Metil Jingga dalam 1 dm
3
larutan..
26. Penunjuk Metil Jingga Skrin
Larutkan 15 g pepejal metil jingga skrin dalam 500 cm3 95% Etanol. Cairkan
dengan 500cm3 air suling.
27. Penunjuk Fenoftalein
Larutkan 5 g pepejal Fenolftalein dala, 500 cm3 95% Etanol. Cairkan dengan 500 Cm.
3
air
suling. Turas jika perlu.
28. Larutan Kanji 2%
Larutkan 2 gm dalam 50 cm3 air untuk membentuk satu larutan likat. Taambah dengan
100Cm3 air didih. Didihkan sampai satu larutan jernih terbentuk. Biarkan ia sejuk.
29. Kuprum (II) Sulfat (0.5M)
Larutkan 249.69 g pepejal Kuprum (II)Sulfat dalam 1 dm
3
larutan.

PENYEDIAAN REAGEN YANG MUDAH DAN PENYEDIAAN PEWARNA
BIASA BAGI BIOLOGI
11. LARUTAN IODIN
CARA MEMBUATNYA: larutkan 20 g pepejal kalium iodida dalam 1 liter air
suling . Masukkan 12.7 g pepejal iodin dan kacau hingga larut. Jika terlalu, cair
dengan air suling mengikut keperluan.
KEGUNAANNYA:
a. Menguji kehadiran kanji - jika ada kanji warnanya bertukar ke biru
kehitaman.
B. Mengenal tisu berkayu -- jika ada tisu berkayu warnanya kuning pekat.
C. Mengenal tisu tidak berkayu - jika ada tisu tidak berkayu warnanya kuning
pucat.
1.2 LARUTAN ASITIK ORCEIN
CARA MEMBUAT: Pepejal orcein boleh dilarutkan dalam asid asitik lalu
menghasilkan larutan asitik orcein. Masukkan 45 cm3 asid asitik tulin ke dalam
sebuah kelalang yang mempunyai kondenser refluks, campurkan 55 cm3 air suling
ke dalamnya. Masukkan 3 gm pepejal orsein dan simpan dalam almari wasap. Jika
menggunakan kondenser refluks, tak payah menyimpan kelalang dalam almari
wasap. Selepas beberapa jam, masukkan manik-manik kaca dan didihkan kelalang
perlahan -lahan selama 2 jam. ( jika ada kondenser reflux, didihkan selama 1 jam)
Sejukkan dan kemudian turaskan. Bila perlu, campurkan 10 cm3 larutan simpanan
itu dengan 12 cm3 air suling.
KEGUNAANNYA.
A. Untuk mengenal bahagian kromosom yang akan berwarna merah.
1.3 LARUTAN METHYLENE BLUE
CARA MEMBUATNYA: campurkan 1 g methylene blue dan 0.6 g natrium klorida
dalam 100 cm3 air suling.
KEGUNAANNYA;
a. Untuk mengenal nuklius dalam sel.
1.4. LARUTAN EOSIN
CARA MEMBUATNYA: larutkan 0.5g eosin dalam 100 cm3 air suling.
KEGUNAANNYA: sebagai pewarna dalam air untuk mengesan pergerakan air
dalam xilem.
1.6 LARUTAN SAFRANIN
CARA MEMBUATNYA: Larutkan 1 g safranin dalam 100 cm3 etanol 50 % .
rendamkan tisu yang hendak diwarnakan itu ke dalamnya selama 1/2 jam.
Keluarkan dan basuh dengan air suling dan sediakan larutan asitik - etanol dengan
cara mencampurkan 1 cm3 asid astik dengan 99 cm3 etanol 70% . Selepas tisu
dibasuh dengan air suling, rendam pula ke dalam larutan asitik - etanol untuk
menanggalkan safranin.
KEGUNAANNYA:
a. Mewarnakan bahagian tumbuhan di mana nuklius, lignin dan kutikal menjadi
merah.
1.7 LARUTAN LAC TOPHENOL - COTTON BLUE
Cara membuatnya: Campurkan hablur fenol 20 g, asid laktik 20 gm , gliserol 40g,
cotton blue (metil biru) 0.05 g dan air suling 20 cm3. Rendam tisu kulat dalam
larutan itu selama 5 minit. Basuhkan dengan air untuk menamggalkan pewarna
yang berlebihan. Periksa di bawah mikroskop.
KEGUNAANNYA:
a. Untuk mewarnakan kulat.
1.8 LARUTAN LEISHMAN
CARA MEMBUATNYA: Hancurkan 0.2g serbuk pewarna Leisman dalam 10 cm3
metanol 100% dalam sebuah lesung . Tambahkan metanol sedikit demi sedikit
sehingga menjadi 100 cm3 dan betul-betul larut.
Kemudian terus dan disimpan di dalam botol yang tertutup rapi.Kemudian
sediakan larutan tampan Ph 6.8 dengan kaedah berikut;
i. Larutkan 9.1g kalium dihidrogen fosfat menjadi 1 liter.
Ii. Larutkan 9.5 g dinitarium hiderogen fosfat menjadi 1 liter.
Iii. Campurkan 50.8 cm3 larutan (i) dan 49.2 cm 3 larutan (ii)
Kemudian rendamkan lapisan darah tersebut dengan pewarna Leishman selama
satu hingga satu setengah jam. Tambahkan sama banyak fosfat tampan pH 6.8.
Tiupkan dengan mulut supaya pewarna bergaul dengan larutan tampan. Biarkan
selama 10 minit. Basuh dengan aliran air yang perlahan . Rendam dalam larutan
tampan selama 30 saat atau lebih. Keliarkan sisip dan biarkan kering dalam
udara.

KESELAMATAN MAKMAL BIOLOGI
1.2 BAHAN BIOLOGI
1.2.1 Keselamatan dalam pengendalian mikroorganisma:
a) Semua perkerjaan hendaklah dilakukan dengan berhati-hati,
mengikut cara kerja yang disediakan. Bakteria, Fungi, Virus dan bahan
pencemar yang tidak diketahui bahayanya hendaklah dianggap sebagai
patogen.
b) Sebelum memulakan kerja, pastikan terdapat bekalan bahan
penyahjankit yang mencukupi dan sesuai dengan untuk organisma yang dikaji.
c) Semua permukaan, Kerusi dan tempat berkerja hendaklah
dibersihkan dengan pencuci sebelum meninggalkan makmal.
d) Bahan pencemar yang berbahaya tidak boleh dibiarkan kecuali
setelah ditutup atau dilebelkan dengan jelas.
e) Peti sejuk serta alat-alat yang digunakan untuk menyimpan kultur
mestilah dibersihkan dan dinyahjankitkan selalu. Sewaktu melakukan
pembersihan alat-alat perlindung diri patut digunakan.Peti sejuk tidak
dibenarkan menyimpan makanan.
f) Untuk mengurang belakunya pencemaran yang tidak disegajakan
melalui tumpahan, semua bekas yang mengandungi bahan jankitan hendaklah
diletakkan didalam dulang yang besar atau permukaan tempat kerja
hendaklah ditutup dengan bahan penyerap boleh dibuang.
g) Tangan hendaklah dicuci bersih sebelum meneinggalkan makmal.
h) Semua tumpahan dan kemalangan hendaklah direkodkan

KESELAMATAN MAKMAL
1. KESELAMATAN MAKMAL SAINS
1.1 BAHAN KIMIA
Terdapat berbagai-bagai jenis bahan kimia berbahaya yang sering digunakan dalam
makmal sains sekolah pada masa ini. Antaranya, ada yang mudah terbakar,
mengkakis, beracun mudah meletup dan kesan-kesan lain yang mempunyai gabungan
bahaya tersebut di atas.Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan selepas
menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan kimia.
Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet
hendaklah digunakan untuk menyedut keluar larutan. Jangan sedut dengan mulut.
Mesti berhati-hati serta cermat bila menggunakan bahan-bahan berikut:
1.1.1 Pepejal Mudah Terbakar
Logam Natrium dan Kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya dalam
minyak (Kerosin atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair.
Fosforus kuning mestilah disimpan terendam sepenuhnya dalam air dan jangan
dibiarkan menjadi kering. Penyimpanan ketiga-tiga bahan ini hendaklah diperiksa
selalu untuk menentukan bahawa ia terendam sepenuhnya dalam cecair. (Penggunaan
fosforus kuning tidak digalakkan di sekolah).
Bahan pengoksida yang kuat (misalnya klorat, perklorat, nitrat, mengganat, peroksida,
asid nitrik) mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang mudah teroksida.
Jadual 1 menunjukkan beberapa pepejal mudah terbakar disertai dengan kesan bahaya
dan kaedah penyimpanan masing-masing.
1.1.2 Cecair Mudah Terbakar
Cecair mudah terbakar yang banyak seperti yang terdapat dalam botol Winchester
hendaklah disimpan pada aras terbawah dalam almari . Almari ini harus mempunyai
tubir untuk mencegah cecair mengalir keluar daripada botol yang pecah. Cecair ini
haruslah disimpan dalam bekas dan hendaklah terhindar daripada bara api dan
sumber elektrik kerana wap daripadanya boleh menyebabkan letupan.
Cecair tersebut mesti dipanaskan dengan menggunakan kukus air. Jauhkan cecair
mudah terbakar daripada sebarang sumber nyalaan.
Jadual 2 menunjukkan beberapa cecair yang mudah terbakar, serta takat kilat masing-
masing.
Jadual 2: Bahan Kimia (Cecair) Mudah Terbakar
Bahan takat kilat /C (Sambaran)
Propana
Dietil eter
Dimetil eter
Karbon disulfida
Aseton
Sprit petroleum
metanol
Etanol
- 104
- 45
- 41
- 30
- 18
- 17
10
10


1.1.3 Bahan Kimia Mengkakis
Contoh bahan-bahan kimia bersifat mengkakis adalah asid-asid pekat seperti asid
nitrik, asid hidroklorik, asid sulfurik, asid etanoik, asid metanoik, ammonia pekat,
hidrogen peroksida pekat, metanol, fenol, cecair bromin, kalium manganat (VII) dan
argentum nitrat.
Elakkan anggota badan daripada tersentuh bahan-bahan tersebut. Pengendalian bahan
kimia ini hendaklah dilakukan dalam kebuk wasap dengan memakai cermin mata
keselamatan serta sarung tangan keselamatan.
Sekiranya sebahagian badan terkena bahan kimia mengkakis, bahagian tersebut
hendaklah segera dibilas dengan air yang berlebihan.
Selalunya , jika amali melibatkan bahan kimia mengkakis dengan bahan organik,
kuantiti yang kecil sahaja digunakan.
1.1.4 Bahan Kimia Beracun
Eksperimen dengan gas beracun mesti dilakukan dalam kebuk wasap.Gunakan pipet
untuk menyedut keluar cacair yang beracun.
Seseorang yang menggunakan bahan kimia beracun mesti memakai cermin mata
keselamatan dan sarung tangan keselamatan getah. Selepas eksperimen, tangan
hendaklah dibasuh.
Jika mata untuk kulit ternena bahan kimia beracun, cuci segera dengan air yang
banyak. Sebagai langkah susulan rawatan Pegawai perubatan hendaklah didapati.
(A) Langkah Keselamatan
Bahan-bahan kimia yang berikut mempunyai kesan yang boleh memudaratkan. Oleh
itu langkah keselamatan mesti diberi perhatian.
(i) ANILINA mudah menyerap ke dalam kulit.
(ii) BENZENA jika dihidu sedikit-sedikit selama tempoh masa yang agak lama, boleh
menjadi racun. Ia juga boleh menyerap ke dalam kulit. Jika boleh ia mestilah
digantikan dengan bahan yang kurang beraacun misalnya toluena atau xilena.
(iii) WAP BROMIN adalah merbahaya kepada mata, hidung dan paru-paru. Ia juga
membahaya bila bersentuhan dengan kulit.
(iv) KARBON DISULFIDA boleh menyerap ke dalam kulit dan wapnya sangat
beracun. Ia sangat mudah terbakar dan mempunyai takat suhu nyalaan yang rendah.
(v) WAP KARBON TETRAKLOARIDA (tetraklorometana) adalah beracun dan
boleh menyerap ke dalam kulit.
(vi) KLOROFORM (Triklometana) adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam
kulit.
(vii) HIDROGEN SULFIDA sama beracun seperti hidrogen sianida, tetapi ia bukanlah
racun yang menokok. Ia mesti digunakan hanya dalam kebuk wasap sahaja.
(viii) MERKURI mesti dipanaskan hanya di dalam kebuk wasap tetapi lebih baik lagi
jika tidak dipanaaskan langsung. Wapnya ADALAH SANGAT merbahaya.
(ix) SULFUR DIOKSIDA adalah beracun.
(B) Peraturan Penyimpanan
Penyimpanan bahan kimia hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut:
(i) Semua botol reagen bahan kimia mestilah dilebel dengan jelas dan lebel itu
hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa.
Bagi-bahan kimia yang beracun dan berbahaya simbol-simbol tertentu digunakan.

(ii) Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan dalam makmal tetapi mestilah disimpan
dalam stor bahan kimia yang mempunyai peredaran udara yang baik. Rak menyimpan
bahan ini mestilah bertubir untuk mengelakkan botol daripada jatuh.
(iii) Cecair meruap dan lain-lain cecair yang berbahaya hendaklah disimpan dalam
tempat khas yang kalis api.
(iv) Bahan kimia yang beracun hendaklah disimpan dalam almari yang berkunci di
dalam stor. Penggunaannya mestilah direkodkan.
(iv) Di dalam makmal tidak digalakkan ,menympan cecair yang lebih daripada
500cm
3
. Bahan kimia lama yang tidak boleh digunakan lagi merupakan sumber yang
akan mendatangkan bahaya (misalnya letupan). Ia mestilah dirawat mengikut cara
yang betul.
1.1.5 Amalan Keselamtan Bagi tumpahan bahan Kimia
Sebarang tumpahan bahan kimia adalah berbahaya, kerana ia menyebabkan
kebakaran, kemalangan dan mengeluarkan wasap toksik.
(i) Bahan pepejal kering : Bahan ini disapu, dikumpul dan dimasuki dalam bekas
sisa buangan yang sesuai.
(ii) Larutan (Asid) : Tumpahan larutan asid hendaklah dengan air
berlebihan.
Pepejal Natrium Hidrogen Karbonat atau laarutannya boleh digunakan untuk
meneutralkan saki baki tumpahan asid dan kemudiannya dicuci dengan air.
Peringatan : Apabila air disiram ke atas tumpahan asid sulfik pekat, dengan tujuan
untuk membersihkannya, haba terhasil dan asid akan terpercik. Siram dengan air yang
banyak untuk mencairkan asid dan ini akan mengurangkan hasilan haba serta percikan
asid itu.
i) larutan Alkali : Tumpahan larutan alkali hendaklah disiram dengan air berlebihan
terus ke dalam longkang.
Peringatan: Larutan alkali akan menyebabkanlantai menjadi licin. ?Tabur pasir ke
atas tumpahan tersebut dan bersihkan.
i) Bahan berminyak
Tumpahan minyak hendaklah dilap dengan kain dan terus dibuang. Mop kawasan
tumpahan dengan sabun dan air dan lap hingga kering.
ii) Pelarut mudah Meruap : Tumpahan pelarut mudah meruap akan meruap dengan
cepat. Tumpahan ini mungkin menyebabkan kebakaran, letupan, atau sesak nafas.
Kaedah pembersihan adalah seperti berikut:
(a) Jika tumpahan itu sedikit, lapkan dengan kain dan buangkan kain tersebut
ke dalam bekas sisa buangan yang sesuai.
Dan
b) Tumpahan yang banyak dimop sehingga kering (Lakukan seperti kaedah di atas (i).
iii) Merkuri:
Tumpahahn merkuri merupakan punca biasa wap merkuri dalam udara makmal . Jika
merkuri tertumpah pastikan tingkap, pintu dibuka supaya terdapat peredaran udara
yang cukup. Jika tumpahan yang berlaku adalah sedikit, litup merkuri dengan serbuk
sulfur. Penguntip merkuri boleh digunakan untuk mengutip merkuri yang banyak.
* Peringatan: Pakai sarung tangan getah keselamat semasa membersihkan sabarang
tumpahan.
1.1.6 Pelupusan
Satu senarai bahan kimia yang beracun dan kaedah rawatan atau pelupusan
yang sepadan baginya hendalahdiadakan dalam makmal. Pelupusan bahan-bahan
kimia toksik hendakalh terlebih dahuludirujuk kepada jabatan kimia,Kementerian
Sains, Teknologi dan Alam Sekitar unatuk mendapatkan khimat nasihat.
Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan, Tumpat, Kelantan
KESELAMATAN BAHAN RADIOAKTIF
1.3 BAHAN RADIOAKTIF
1.3.1 Kelayakan Guru Sains
Guru yang hendak mengunakan sumber atau bahan radioaktif di
dalam makmal sains sekolah hendaklah guru yang berpengetahuan dan
berpegalaman dalam pengendalian bahan radioaktif.
1.3.2 Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif
Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif hendaklah
mendapat kebenaran daripada Pengarah Pendidikan Negeri.
Jubah makmal dan cermin mata keselamatan hendaklah dipakai
semasa menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan radioaktif. Kerja
yang menggunakan cecair radioaktif hendaklah dijalankan di atas dulang
atau talam. Selepas menjalankan eksperimen, tangan hendaklah dibasuh
dengan sabun dengan bersih sebelum meninggalkan makmal.
Sumber radioaktif hendakalh sentiasa dikendalikan dengan
pengepit dan jangan sekali-kali memegangnya dengan tangan. Pengunaan
sumber cecair atau sumber yang lebih aktif tidak boleh dikendalikan
dengan mulut ( misalnya dengan menggunakan pipet dan botol basuh ).
Sumber radioaktif janganlah sekali-kali dihampirkan dengan mata.
Bahan radioaktif mestilah disimpan di dalam bekas plumbum.
Pemindahan bahan radioaktif mestilah dilakukanoleh guru tertentu yang
bertanggunjawab ke atasnya sahaja. Jika sumber radioaktif digunakan,
maka sarung tangan keselamatn hendaklah dipakai.
Sisa-sisa radioaktif hendaklah dilupuskan mengikut peraturan yang
ditentukan baginya ( sila lihat cara-cara pelupusan ).
1.3.3 Penyimpanan
Sekolah tidak dibenarkan menyimpan lebih daripada 2 millicurie
sumber terbuka dalam satu masa dan lazimnya jumlah keaktifan sumber
tidak di benarkan 4 millicurie. Sumber radioaktif seperti strontium 90 atau
mana-mana nuklid seperti radium tidak boleh digunakan kerana ia
membebaskan zarah alfa.
Semua bahan yang dibenarkan penggunaannya hendakalah
disimpan di dalam stor atau almari bertanda dan berkunci dan jabatan
bomba tempatan hendaklah diberitahu tentang bahan-bahan tersebut di
dalam simpanan sekolah berkenaan. Stor atau almari tersebut hendaklah
berasingan dan dos yang dikeluarkan dari dalamnya hendaklah dikira dan
disukat serta ditanda padanya. Seseorang tidak boleh didedahkan kepada
sumber radioaktif dengan tidak melebihi daripada 50 milirad setahun.
Jika kecurian atau kehilangan sumber radioaktif, pihak polis,
Jabatan Kimia dan Pengarah Pendidikan Negeri hendaklah diberitahu
serta-merta.
Semua sumber dan bekas radioaktif hendaklah dilabelkan dengan
terang berserta dengan sumber berbahaya. Ia hendaklah disimpan didalam
stor yang tersebut dan terkunci bila tidak digunakan.
1.3.4 Kemalangan Dalam Makmal
Bahan-bahan lembabyang tumpah hendaklah dilap hingga kering .
Dulang atau bekas mengisi bahan tumpahan ini hendakalh dibasuh
dengan sabun atau bahan pencuci.
Sebarang pencemaran di lantai, bangku atau lain-lain permukaan
makmal hendakalh dibasuh dengan bersih dan diukur kekuatan
keradioaktifannya.
Pakaian yang tercemar hendaklah dihantar kepada orang yang
pakar dalam bidang teknik pelupusan ( seperti Pegawai Keselamatan
Radioaktif Hospital ) untuk tindakan selanjutnya.
1.3.5 Pelupusan
Bahan radioaktif dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
(i) Sumber Tertutup
(a) Takrif:
( b) Kaedah:
Sumber yang tidak diperlukan hendaklah dikembalikan
kepada pembekal atau pengeluarnya. Jika sumber tertutup iaitu disyaki
merbahaya atau bocor, pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah
diberitahu dengan segera

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM MAKMAL SAINS
SEKOLAH
Perkara-perkara am
A). Petunjuk
Satu petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA berukuran lebih
kurang 2 meter kali setengah meter dalam tulisan besar tersergam
hendaklah diletak disesuatu tempat uang senang diperhati disetiap
makmal;.
B) Peti pertolongan cemas
peti pertolongan cemas hendaklah lengkap dan diletakkan di tempat
yang sesuai dalam tiap-tiap bilik makmal.
C) Peraturan
pelajar-pelajar mesti memahami dan mematuhi peraturan makmal yang
disenaraikan. Murid-murid perempuan yang menggunakan mini telekung
perlu berjaga-jaga bila menjalankan ujikaji.Khususnya yang melibatkan
penggunaan penunu bunsen atau asid . Bagi mereka yang bermbut
panjang , adalah dinasihatkan menyangul rambut mereka bagi
mengelakkan sebarang kemalangan.
Seboleh-bolehnya guru yang berkenaan menggunakan waktu
pertama dalam tiap tahun menerangkan peraturan maklmal kepada
pelajar. Ketua jabatan sains hendaklah mengadakan satu penjumpaan
guru-guru sains pada awal tahun untuk membincangkan dan menarik
perhatian guru kepada lengkah-langkah keselamatan dan serta
pertolongan cemas di bilik makmal sains.
Guru juga memastikan bahawa pelajar-pelajar mengetahui
peraturan semasa kebakaran di sekolah.
D. Pergerakan pelajar
Pergerakan pelajar dalam makmal mestilah dikurangkan seberapa
yang boleh untuk mengelakkan kemalangan. Bilik makmal yang penuh
sesak boleh mendatangkan bahaya.
Pelajar-pelajar hendaklah dinasihatkan supaya jangan bernakal
semasa berada dalam makmal sains.
E. Peredaran udara
Bilik makmal mesti menpunyai peredaran udara yang baik untuk
mengelak daripada lemas atau menyedut asap yang beracun.
F. Lantai
Ruang perjalanan dalam makmal mestilah bebas daripada
sebarang penghalang daripada sebarang penghalang untuk mengelakkan
kaki daripada tersangkut semasa berjalan dan untuk menyenangkan
lalulintas apabila berlaku kecemasan.Lantai yang basah atau terkena
minyak mesti dibersihkan dengan segera.
G. Bekalan Elektrik
Semua kotak fius hendaklah diperiksa penggal persekolahan
untuk menentukan bahawa ia tidak rosak. Segala kerosakkan hendaklah
diperbaiki oleh juru elektrik yang berkelayakkan.
Pemutar litar ( circuit breaker ), sekiranya ada hendaklah
diperiksa sekali sepenggal .
Semua wayar elektrik hendaklah ditebat dengan baik dan jangan
dibiarkan sebarang wayar elektrik berjuntai.
Tiap-tiap punca kuasa elektrik khususnya yang terdapat di meja-
meja kerja hendaklah dalam keadaan yang baik. Semua punca kuasa
elektrik yang pecah hendaklah diganti baru.
Jangan sentuh alat-alat elektrik atau punca kuasa elektrik
dengan tangan yang basah.
H. Kaca
Pelajar-pelajar mestilah diajar bagaimana hendak menggunakan
alatan kaca, membulat hujung kaca,dan khususnya ,kaedah yang betul
untuk memasukkan saluran kaca kedalam gabus berlubang dan
penyumbat getah. Gunakan kain untuk melindungi tangan dan air atau
minyak untuk melincinkan saluran kaca.
I. Kemalangan
Semua kemalngan yang berlaku hendaklah dicatatkan. Catatan
hendaklah mengandungi butir-butir,antara lain, nama murid, tingkatan,
kemalangan, masa, rawatan yang diberi dan catatan guru.
1.2 KEMALANGAN
Antara jenis peralatan memadam api yang boleh di gunakan adalah
seperti berikut:
i. Gebar api ( fire blanket ) yang terkandung dalam bungkusan
yang sesuai gebar api ini hendaklah dipasang pada diding bilik makmal
dan digunakan bila pakaian terkena api.
ii. Setimba pasir yang bersih serta kering dengan penyeduknya.
ii. Pemadam api jenis karbon dioksida dab jenis busa. Biasanya
pemadam api jenis ABC digunakan kerana ia dapat memadamkan banyak
jenis api.
Peralatan pemadam api tersebut hendaklah disediakan didalam makmal
berdekatan denagn pintu dan hendaklah diperiksa oleh pihak bomba
sekurang-kurangnya sekali setahun.
Guru dan kakitangan makmal hendaklah biasa dengan penggunaan
peralatan melawan api. Latihan kecemasan api hendaklah dijalankan khas
untuk pelajar di bilik makmal pada awal pertengahan tahun. Jabatan
bomba hendaklah dihubungi bagi mendapatkan nasihat dan tunjukcara.
1.3 LETUPAN
a. Kebanyakan letupan dalam makmal adalah oleh gas hidrogen.
Bila menjalan percubaan yang mungkin merbahaya ( misalnya pembakaran
gas hidrogen ), adang keselamatan hendaklah digunakan.
b. Letupan juga boleh berlaku akibat kebocoran gas daripada
selinder gas. Gas mampat di dalam selinder tidak boleh di simpan di
dalam bilik persediaan, makmal atau atau berhampiran dengan cecair
mudah terbakar. Silinder ini hendaklah disimpan di tempat yang agak
sejuk serta mempunyai peredaran udara yang baik dan hendaklah
diapitkan dalam keadaan tegak. Troli boleh digunakan untuk mengangkut
selinder ini.
Selinder gas , kepala paip dan paip gas serta paip tiup penunu
bunsen hendakalh diperiksa selalu, jika perlu tiap-tiap pagi supaya tidak
ada yang bocor. Sebarang kebocoran tidak boleh sama sekali diuji
dengan api ia hendaklah diuji dengan air sabun.
Kunci paip gas induk hendaklah ditutup bila tidak digunakan. Ia
mestilah berada dalam keadaan yang mudah sampai kepadanya apabila
berlaku kebakaran.
Lekapan kepala selinder gas oksigen jangan sekali-kali disapu
gris untuk mengelakkan daripada kemungkinan berlaku letupan.
c. Pepejal, cecair mudah terbakar juga boleh mengakibatkan
letupan.
1.4 PERCUBAAN YANG MERBAHAYA
a. Menyalakan hidrogen
sentiasa uji gas yang mengalir keluar itu sebelum menyalakannya. Ambil
contohnya ke dalam tabung uji dan nyalakanya di tempat yang jauh
daripada radas. Ujian ini mesti diulang hingga gas ini menyala dengan api
yang sempurna.
b. Campuran yang mempunyai klorat
jangan panaskan klorat bersama-sama dengan bahan yang mudah
teroksida seperti fosfur atau sulfur.
c. Pemanasan Ammonium Nitrat
sebahagian kecil daripadanya mungkin meletup bila dipanaskan. Proses
pemanasan hendaklah diberhentikan sebelum sebatiannya terurai.
d). Natrium dan kalium
Gunakan sedikit sahaja. Kalium yang tersimpan lama boleh melatup
walaupun segala langkah pengawasana baginya dijalankan. Kalium yang
tersimpan lama dan bertukar menjadi kuning hendaklah dimusnahkan
dengan sermat dengan menukarnya menjadi garam.
e). Asid
jangan sekali-kali mencampur asid pekat dengan klorat. Bila hendak
mencairkan asid pekat, tuang asid ke dalam air serta mengacaukan
larutan JANGAN SEKALI-KALI dituang air ke dalam asid pekat.
f). Radas yang mengandungi cecair yang mudah terbakar
jangan seksli-kali meeletakkan kelalang berisi cecair yang mudah
terbakar di tengah panas. Kerana pancaran matahari yang bertumpu
padanya boleh menyebabkan berlakunya letupan.
g) Voltan tinggi
Pelajar-pelajar tidak digalakkan menjalankan apa-apa percubaan yang
melibatkan penggunaan peralatan sains voltan tinggi.
h). Barang-barang kaca bagi kerja tekanan tinggi dan rendah
salur kaca, kelalang dan sebagainya hendaklah mempunyai dinding yang
tebal dan berada dalam keadaan yang baik.
I). Tunjukcara
Dalam tunjukcara yang melibatkan penggunaan radas voltan tinggi
tekanan tinggi, bahan radio aktif, tindakbalas kencang dan sebagainya ,
tentukan yang pelajar berada di tempat yang cukup jauh. Jika keadaan
memerlukan supaya mereka berada dekat, maka adang yang mencukupi
hendaklah diadakan dan pelajar-pelajar hendaklah diberitakan tentang
bahayanya.
j). Semaian Hidupan Seni
Adalah mungkin bagi hidupan janapenyakit untuk membiak bersama-sama
dengan semaian hidupan seni di dalam agar-agar suci kuman ( dalam
mangkuk patri atau pada bahagian salur yang curam) untuk mengelak
daripada jangkitan, mangkuk pateri yang hendak diperiksa oleh pelajar
hendaklah dibalut dengan pita selofan.
Pelajar yang menjalankan percubaan ini di rumah hendaklah diberitahu
tentang bahayanya dan arahkan mereka supaya membubuh bahan
pembunuhan kuman yang kuat ke dalam semaian itu sebelum
membuangnya.
1.5 BAHAN KIMIA
Terdapat banyak jenis bahan kimia yang merbahaya yang sering
digunakan dalam makmal sains sekolah pada masa ini. Antaranya ada
yang mudah terbakar, mengkakis, beracun, mudah meletup dan kesan-
kesan lain yang mempunyai gabungan bahaya tersebut di atas.
Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan ujikaji
dengan penggunaan bahan kimia.
Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia,
pengisi pipet hendaklah digunakan untuk untuk menyedut keluar larutan.
Jangan sedut dengan mulut.
Mesti berhati-hati serta cermat bila menggunakan bahan-bahan kimia
yang berlabel RACUN.
a) Pepejal Yang Mudah Terbakar
Logam natrium dan kalium hendaklah disimpan terendam
sepenuhnya didalam minyak (kerosen atau minyak tanah) dan terletak
jauh daripada larutan berair. Fosfur (kuning) mestilah disimpan
sepenuhnya didalam air dan jangan dibiarkan menjadi kering.
Pemyimpanan ketiga-tiga bahan ini hendaklah diperiksa selali untuk
menentukan bahawa ia terendam sepenuhnya didalam air. (Fosfus kuning
tidak digalakkan penggunaanya di sekolah.)
Bahan pengoksida yang kuat(misalnya klorat,perklorat, nitrat,
permanganat peroksida, asid nitrik)mestilah disimpan berjauhan
daripada bahan-bahan yang mudah teroksi dan jangan diletakkan di atas
kertas di atas bagku makmal.
Jadual di bawah menunjukkan beberapa pepejal yang mudah terbakar
dengan kesan merbahaya, penyimpanan dan pembuangan masing-masing.
Bahan Kimia Kesan-Kesan
Merbahaya
Penyimpanan dan
Pembuangan
Catatan
Litium,
Natriun,
Kalium





Serbuk
Magnesium,
Aluminium,
Zink dan
Ferum

Sulfur

bertindak balas dan
meletup dengan air

Bertindak balas
dengan cergas
dengan
tetraklorometana


Mudah terbakar dan
terbakar denga
cergas




Menghasilkan gas
Sulfur yang beracun
Disimpan dalam
parafin (kerosin)

Bertindak balas
dengan etanol
sebelum dibuang


Mesti dijauhkan
daripada agen
pengoksida seperti
nitrat,klorat,
perklorat dan
peroksida

Mesti dijauhkan
daripada agen
peroksida

Api Litium,Natrium
dan kalium mesti
dipadam dengan
pemadam jenis
serbuk

















Fosfurus
Kuning





Fosfurus
triklorida,
Silikon
tetraklorida,
Aluminium
klorida
apabila dipanaskan
Membentuk
campuran letupan
dengan serbuk logam
atau agen pengoksida
seperti klorat

Membakar serta-
merta apabila
terdedah kepada
udara




Bertindak balas dan
meletup dengan air




Mesti disimpan di
dalam air





Fosfurus triklorida
ialah cecair yang
sangat beracun















Mesti dipotong di
dalam air

Mesti digunakan
dalam kuantiti kecil

Ujikaji mesti
dilakukan di dalam
almari wasap


b) Cecair Mudah Terbakar
Cecair mudah terbakar yang bayak seperti yang terdapat dalam
botol Winchester hendaklah disimpan pada aras terbawah di dalam
almari. Almari ini harus mempunyai ambang bagi mencecah cecair
mengalir keluar dari botol yang pecah. Cecair ini haruslah disimpan
dalam bekas yang terhindar dari bara api dan sumber elektrik kerana
wap daripadanya boleh menyebabkan letupan.
Cecair Winchester yang mudah terbakar tidak sepatutnya dibawa masuk
ke dalam makmal. Sekiranya hendaklah membawa botol Winchester ,
jangan bawanya dengan tangan. Gunakan alat yang sesuai.
Cecair tersebut mesti dipanaskan dengan menggunakan kukus air.
Apabila api digunakan dalam makmal, jangan gunakan karbon disulfida
atau aseton.
Jadual di bawah menunjukkan beberapa cecair yang mudah terbakar,
serta takat kilat masing-masing.
Bahan kimia Takat Kilat /
0
C
Propana
Dietil eter
Dimetil eter
Karbon disulfida
Aseton
Sprit Petroleum
Metanol
Etanol
-104
- 45
- 41
- 30
- 18
- 17
10
12
c) Bahan Kimia Yang Mengkakis
Bahan kimia yang bersifat mengkakis termasuk asid-asia pekat
seperti asid nitrik, asid hidroklorik, asid sulfurik, asid etanoik. Asid
metanoik, ammonia pekat, hidrogen peroksida pekat, metanol, fenol,
cecair bromin, kalium manganat(VII) dan argentum nitrat. Bahan
tersebut tidak boleh dibenarkan menyentuh mana-mana permukaan
badan kita. Kerja denga bahan-bahan kimia ini hendaklah dilakukan
dalam almari wasap dengan memakai perlindungan mata serta srung
tangan.
Sekiranya sebahagian badan terkena bahan kimia mengkakis, bahagian
tersebut hendaklah dibasuh di bawah air pili dengan segera. Selalunya
jika melibatkan bahan kimia ini dengan bahan organik, kuantiti yang kecil
sahaja digunakan.
D) Bahan Kimia Beracun
Satu senarai bahan kimia yang berracun dan penawar dan
rawatan yangsepadan baginya hendaklah diadakan di dalam makmal.
Ujikaji dengan gan beracun mesti dilakukan dalam almari wasap
untuk mengurangkan gas beracun terdapat dalam udara makmal.
Hanya pengisi pipet yang boleh digunakan untuk menyedut keluar
cecair yang beracun.
Seseorang yang menggunkan bahan kimia beracun mestimemakai
perlindungan mata dan sarung tangan. Selepas ujikaji , tangan hendaklah
dibasuh dengan segara.
Bahan-bahan kimia yang berikut mempunyai kesan yang boleh
memudaratkan:
i) ANILIN mudah menyerap ke dalam mulut
ii)BENZIN jika disedut sedikit-sedikit dalam tempoh masa yang
agak lama, boleh menjadi racun. Ia juga boleh menyerap ke dalamkulit.
Jika boleh ia mestilah digantikan dengan bahan yang kurang beracun
misalnya, toluena,xyele.
iii) WAP BROMIN adalah merbahaya kepada mata, hidung dan
paru. Ia juga merbahaya bula bersentuhan dengan kulit.
iv) KARBON DISULFID boleh menyerap ke dalam mulut dan
wapnya sangat beracun. Ia sangat mudah terbakar dan mempunyai takat
suhu nyala yang rendah.
V) WAP KARBON TETRAKLORID adalah beracun dan boleh
menyerap ke dalam kulit.
Vi) KLOROFOM adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam
kulit.
Vii) HIDROGEN SULFID sama beracun seprti hidrogen sainid,
tetapi ia bukanlah racun yan menokok. Ia mesti digunakan hanya dalam
almari wasap sahaja.
Viii) RAKSA mesti dipanaskan hanya didalam almari wasap tetapi
lebih baik lagi jika tidal dipanaskan langsung. Wapnya adalah sangat
merbahaya.
ix) SULFIDA DIOKSODA adalah beracun.
Penyimpanan bahan kima hendaklah mengikut peraturan-peraturan
berikut:
i) Semua botol bhan kimia mestilah dilabel dengan jelas dan label itu
hendaklah diperiksa dari semasa kesemasa.
ii) Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan di dalam makmal tetapi
mestilah disimpan didalam stor bahan kimia yang udaranya bebas
bersilih ganti. Rak menyimpan bahan ini mestilah berbibir untuk
mencegah bahan kimia daripada menggelonsor jatuh.
iii) Cecair meruap dan lain-lain cecair yang merbahaya hendaklah di
simpan dalam stor yang khas. Ia mestilah mempunyai sebuah lubang
untuk menempatkan mana-mana cecair yang tumpah di dalam stor. Stor
ini mestilah kalis api.
iv) Racun mestilah di simpan dalam almari yang berkunci di dalam stor.
Penggunaan racun hendaklah direkodkan.
vii) Di dalam makmal tidak sepatutnya disimpan cecair yang lebih
daripada 500 cm3. Bahan kimia yang tidak boleh digunakan lagi adalah
merupakan sebagai sumber yang akan mendatangkan bahaya (misalnya
letupan). Ia mestilan dibuang mengikut cara yang betul.
1.6. BAHAN RADIOAKTIF
a) Guru yang menggunakan sumber atau bahan radioaktif di
dalam makmal sains sekolah hendaklah merupakan guru terlatih.
b) Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif
Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif mestilah
mendapatkan kebenaran daripada Penolong Pengarah Matematik/Sains
Negeri terlebih dahulu.
Jubah makmal hendaklah dipakai semasa menjalankan percubaan
yang nelibatkan bahan radioaktif . Kerja yang menggunakan cecair
hendaklah dijalankan di atas talam atau dulang. Selepas menjalankan
percubaan,tangan hendaklah dibasuh dengan sabun hingga bersih
sebelum meninggalkan makmal.
Sumber radioaktif sentiasa dikendalikan dengan menggunakan
pengepit dan jangan sekali-kali memegangnya dengan tangan. Penggunaan
sumber cecair atau sumber lebih aktif tidak boleh dikendalikan dengan
mulut (misalnya dalam penggunaan salur pipet dan botol basuh) dan tidak
boleh dijilat labelnya. Sumber radioaktif janganlah sekali-kali
dihampirkan dengan mata.
Bahan radioaktif mestilah diisi dalam bekas plumbum.
Pemindahan bahan radioaktif mestilah dilakukan hanya oleh orang-orang
tertentu yang bertanggunjawab baginya sahaja. Jika sumber tidak
berskel di gunakan, maka sarung tanga getah hendaklah digunakan.
Sisa-sia yang terdapat hendaklah dilupuskan mengikut peraturan yang
ditentukan baginya ( lihat pelupusan).
C) Penyimpanan
Sekolah tidak dibenarkan menyimpan lebih daripada 2 millicurie sumber
terbuka dalam mana-mana bahagianya dalam satu masa dan lazimnya
jumlah keaktifan sumber terbuka dan tertutup tidak dibenarkan
melebihi 4 millicurie. Sumber terbuka mestilah TIDAK termasuk
Strontium 90 atau mana-mana nuklid seperti Radium yang membebaskan
zarah alfa.
Semua bahan yang diluluskan penggunaanya hendaklah disimpan di dalam
stor atau alamari bertanda dan berkunci dan Jabatan Bomba tempatan
hendaklah diberitahu tentang adanya bahan-bahan tersebut di dalam
simpanan sekolah berkenaan. Stor atau almari tersebut hendaklah
terletak jauah daripada segala ruang yang diduduki secara kekal dan
dosi yang dikeluarkan dari dalamnya hendaklah dikira atau disukat serta
ditanda padanya. Mana-mana dosi yang terdedah kepada tiap-tiap
seorang itu mestilah tidak lebih daripada yang dibenarkan yakni dosi
tahunannya tidak boleh lebih daripada 50 mr.
Jika man-mana sumbernya hilang atau kecurian, maka pihak Polis
Jabatan kimia dan Penolong Pengarah Matematik/Sains Negeri
hendaklah diberitahu dengan serta merta.
Semua sumber dan bekasnya hendaklah dilabelkan dengan terang dan
bila tidak digunakan hendaklah disimpan dalam stor yang sesuai dan
dikunci.
D) Kemalangan dalam Makmal
Bagi bahan lembab yang tumpah hendaklah digunakan kertas
penyerap untuk memedapnya hingga kering. Dulang atau bekas mengisi
bahan tumpah ini hendaklah dibasuh dengan sabun atau bahan-bahan
pembasuh.
Apa-apa pencemaran di lantai, bagku atau lain-lain permukaan
makmal hendaklah dibasuh dengan bersih dan diuji sifat
keradioaktifannya. Pakaian yang tercemar hendaklah sama ada dihantar
kepada orang yang layak dalam bidang tekniknya( seperti Pegawai
Keselamatan Radioaktif Hospital) untuk dibersihkan secara khas atau
dirawat dan dijadikan sisa pepejal.
E) Pelupusan
i) Sumber tertutup
Sumber yang tidak diperlukan hendaklah dikembalikan
kepada pembekal atau pembuatnya.Jika sumber tertutup itu disyaki
merbahaya atau bocor, pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah
diberitahu dengan serta-merta.
ii) Sumber terbuka
Sisanya hendaklah dilupuskan secepat yang mungkin
melalui sink dan dicurahkan denga air yang banyak atau dengan
membuangkannya ke dalam tong sampah seperti yang diperuntukkan.
Pelupusab sisa pepejal mestilah tidak lebih daripada 10 mikrocurie
seminggu. Bagi menumpukan perhatian tentang perlunya mengawal
perlupusan sisa radioaktif , maka beakas bagi mengisinya mestilah diuji
supaya pencemaran secara tidak sengaja tidak berlaku.
1.7 PELUPUSAN BAHAN SISA
a) Gas
Gunakan almari wasap untuk membuangnya.
B) Cecair yang mengurai hendaklah dicairkan dengan air yang banyak
dan dituang ke dalam sink.
Cecair yang mudah terbakar hendaklah dibuangkan ke dalam botol
kosong dan dibakar di luar makmal. JANGAN SEKALI-KALI dibuang ke
dalam sink.
C) Pepajel
Bagi pepejal yang tidak larut dan aktif, ia bolehlah dimasukkan ke dalam
kotak bekas sisa.
Natrium dan kalium hendaklah dimusnahkan dengan menukarnya menjadi
garam (misalnya dengan mencampurkannya perlahan-lahan dengan
spirit). AMARAN : Perlindung mata hendaklah digunakan.
Pepejal yang bertindakbalas dengan air, misalnya kalsium karbid,
hendaklah dimusnahkan di tempat lapang dengan menuang air kepadanya
secara sedikit demi sedikit.
D) Kaca
Sebuah kotak bekas sisa yang khas membuang kaca mestilah diadakan.
E) Haiwan yang dibelah
ia hendaklah ditanam sebaik sahaja selepas digunakan untuk mencegah
lalat dan renga,
f) Semaian hidupan seni
semua semaian mestilah dicampur dengan formalin sebelum
membuangnya.
1.8 PAMERAN SAINS SEKOLAH
a. Percubaan mengenai roket tidak dibenarkan.
B. Setengah-setengah projek, misalnya pemancaran gelombang
radio, memerlukan kelulusan dari pihak berkuasa. Oleh sebab itu guru
hendaklah meminta kelulusan daripada pihak yang berkenaan terlebih
dahulu.
C. Jika radas X-ray, pancaran pra-merah dan voltan tinggi yang
digunakan . Langkah keselamatana yang memuaskan hendaklah diadakan
bagi para peserta dan pelawat. Guru penjaga mestilah mengawasi
pameran ini setiap masa.
D. Projek yang melibatkan pengeluaran gas beracun tidak boleh
dijalankan.
E. Percubaan tidak boleh dibiarkan berjaalan bersendirian di
dalam makmal . mesti ada dua orang yang mengawasi perjalanan
percubaan.
F. Sekurang-kurangnya mesti ada seorang guru yang menjaga
pelajar -pelajar yang mengendalikan peojek bagi memastikan bahawa
mereka mematuhi segala langkah keselamatan makmal.
G. Bahan pengoksida hendaklah dicampaurkan atau digaul dengan
bekas yang bersih. Pencemaran dari kekotoran (misalnya meja yang
kotor) karbon dan surat khabar boleh mengakibatkan letupan.
H. Jika masih ragu-ragu tentang keselamatan sesuatu projek itu,
maka penolong pengarah matematik /sains negeri hendaklah dihubungi.
I) Sekiranya sesebuah sekolah ingin menganjurkan sesuatu
pameran sains, pihak sekolah perlulah menghantarkan senarai projek
yang ingin dijalankan dalam pameran itu kepada penolong pengarah
matematik sains negeri terlebih awal, Projek-projek yang yang
melibatkan bahan kimia yang merbahaya mestilah dijalankan dengan
panduan dan arahan guru yang bertugas

Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan, Tumpat, Kelantan
MENYEDIAKAN LARUTAN LARUTAN BIASA DALAM MAKMAL
BIOLOGI
1 : LARUTAN BENEDIT
CARA MENYEDIAKANYA:
Larutkan 174g natrium sitrat, 100g natrium karbonat dan 17.3 g kuprum
sulfat dalam air suling menjadikannya 1 liter.
KEGUNAANNYA: Menguji kehadiran gula penurun- jika ada apabila
campuran itu dipanaskan, ia akan menghasilkan mendakan merah beta.
2. LARUTAN BIKARBONAT
CARA MEMBUATNYA:
Campurkan 0.2g timol biru, dan 0.1g kresol merah dalam 20 cm3 etanol.
Kemudian tambah 0.84 g natrium hidrogen karbanat dan 900 cm 3 air
suling, kemudian alirkan udara melaluinya selama beberapa jam. Bila
hendak digunakan cairkan 10 x dengan air suling.
3. LARUTAN PENUNJUK UMUM.
CARA MEMBUATNYA
Larutkan 0.26g bromotimol biru, 0.025g timol biru, 0.0625 g metil merah
dan 0.5 fenoftalin dalam 500 cm3 etanol. Tambah air suling supaya menjadi
1 liter.
4. LARUTAN MILLON ( Lebalkan Racun)
CARA MEMBUATNYA
Penyediaan Larutan millon mestilah dijalankan dalam akmari wasap sahaja.
Mula-mula ambil sebuah bikar bersaiz 500 cm3 dan isi dengan 100 cm3
merkuri.(AWAS). Dengan teliti campurkan 90 cm3 asid nitrik pekat. Suatu
tindak balas berhenti. Cairkan larutan tersebut dengan air suling mengikut
keperluan masing-masing.
5. LARUTAN RINGER:
Untuk mengawetkan tisu-tisu haiwan
Ujikaji-ujikaji tertentu,khasnya ujikaji fisiologi, memerlukan tisu-tisu haiwan
direndamkan dalam larutan Ringer supaya tisu itu tidak cepat mati.
Sebenarnya larutan Ringer ialah larutan yang isotonik dengan bendalir sel
dalam tisu itu. Kandungan larutan Ringer bagi haiwan-haiwan yang
berlainan adalah berbeza-beza. Untuk menyediakan larutan Ringer, anda
hanya perlu larutkan bahan-bahan kimia yang berikut dalam air suling
menjadi tepat 1 dm3.
a) Untuk Tisu Mamalia:
natrium klorida 8.0g
kalsium klorida 6H20 0.2g
natrium bidrogen karbonat 1.0g
kalium klorida 0.2g
magnesium klorida 6H20 0.1g
natrium dihidrogen fosfat 0.05g
b) Untuk Tisu Amfibia
natrium klorida 0.5g
natrium klorida 6H20 0.12g
kalium klorida 0.14g
natrium hidrogen karbonat 0.20g
c) Untuk Embrio Ayam
Natrium klorida 7.0g
Kalsium Klorida 6H2O 0.24g
Kalium Klorida 0.42g
d) Untuk Serangga
Natrium Klorida 7.6g
Kalsium Klorida 6H2O 0.22g
Kalium Klorida 0.75g
Magnesium Klorida 6H2O 0.19g
Natrium dihidrogen Karbonat 0.37g
Natrium dihidrogen Fosfat 0.48g
e) Untuk Cacing
Natrium Klorida 0.0g
Kalsium Klorida 6H2O 0.2g
Kalium Klorida 0.12g
Natrium Hidrogen Karbonat 0.1g
Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan, Tumpat, Kelantan
LETUPAN DI MAKMAL DAN EKSPERIMEN MERBAHAYA
1.4 LETUPAN
Letupan kadang kala berpunca daripada kebakaran. Bahaya
letupan yang biasa didapati di makmal disebabkan oleh:
i) Kebakaran gas
ii) Cecair dan pepejal mudah terbakar
iii) Tindak balas eksotermik
iv) Pemanasan sebatian-sebatian peroksida dan perklorat
v) Bahan-bahan yang biasanya tidak mudah terbakar tetapi
jika dalam keadaan serbuk halus boleh meletup (natrium,zink, aluminium).
1.5 EKSPERIMEN YANG BERBAHAYA
1.5.1 Penyalaan Hidrogen
Sentiasa uji gas yang mengalir keluar itu sebelum menyalakannya.
Ambil contohnya ke dalam tabung uji dan nyalakannya di tempat yang
jauh daripada radas. Ujian ini mesti diulang hingga gas ini menyala dengan
api biru.
1.5.2 Campuran Yang Mempunyai Klorat
Jangan panaskan klorat bersama-sama dengan bahan yang
mudah teroksida seperti fosforus atau sulfur.
1.5.3 Pemanasan Ammonium Nitrat
Sebahagian kecil darpadanya mungkin meletup bila dipanaskan.
Proses Pemanasan hendaklah diberhentikan sebelum sebatiannya terurai.
1.5.4 Natrium dan kalium
Gunakan sedikit bahan sahaja. Kalium yang tersimpan lama boleh
meletup walaupun segaja langkah pengawasan baginya dijalankan.
Kalium yang tersimpan lama akan bertukar menjadi kuning
hendaklah dimusnahkan dengan cermat dengan menukarnya menjadi
garam.
1.5.5 Asid
i) Dilarang menuang air ke dalam asid pekat
ii) Bila hendak mencairkan asid pekat tuang
asid ke dalam air serta kacau larutan tersebut.
iii) Jangan sesekali mencampurkan asid pekat dengan klorat.
1.5.6 Cecair Yang Mudah Terbakar
Jangan sesekali meletakkan cecair yang mudah terbakar di tengah
panas atau berhampiran sebarang sumber haba, kerana ia boleh
menyebabkan berlakunya letupan.
1.5.7 Voltan tinggi
Pelajar-pelajar tidak digalak menjalankan apa-apa amali yang
melibatkan penggunaan alatan bervoltan tinggi.
1.5.8 Barang-Barang Kaca Bagi Kerja Tekanan Tinggi dan
Rendah
Salur kaca, kelalang dan sebagainya hendaklah mempunyai
dinding yang tebal dan berada dalam keadaan yang baik.
1.5.9. Demonstrasi
Dalam demonstrasi yang melibatkan penggunaan radas bervoltan
tinggi,tekanan tinggi, bahan radioaktif, tindak balas cergas dan
sebagainya,pastikan pelajar berada di jarak yang selamat. Jika keadaan
memerlukan supaya mereka berada dekat, pengadang yang sesuai
hendaklah digunakan. Pelajar-pelajar hendaklah diberitahu tentang
bahayanya.

Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan, Tumpat, Kelantan
PENYELENGGARAAN MIKROSKOP
Langkah-Langkah Memelihara Mikroskop:
1. Untuk tujuan pindah memindah, mikroskop haruslah diangkat atau dibawa dengan memegang
lengan mikroskop dengan satu tangan dan meletakan satu tangan lagi di bawah mikroskop.
2. Hanya tisu kanta sahaja digunakan bagi tujuan pembersihan kanta-kanta mikroskop. Bahan-bahan
lain seperti tisu Kleenex dan kain, jika digunakan mungkin akan mencalarkan kanta dan juga
meninggalkan serabut dan serbuk halus di atas kanta.
3. Tapak jari dilarang digunakan untuk mengelap sebarang kekotorang atau debu dari permukaan
kanta. Perbuatan ini mungkin akan menyebabkan minyak atau gris ( yang terdapat di atas jari kita )
melekat di atas permukaan kanta tersebut dan seterusnya dan mengurangkan kualiti imej.
4. Setiap kali mikroskop digunakan, fokuskan spesimen dengan kanta objetif bermagnifikasi rendah (
4x dan 10x ) dahulu sebelum menggunakan kanta objetif bermagnifikasi tinggi ( 40x dan 100x ). Jika
kanta objektif 40x dan 100x digunakan, jangan menggunakan pemutar fokus kasar untuk tujuan
pemfokusan. Perbuatan ini mungkin dengan tidak sengaja mengakibatkan kanta objektif ( 40x dan
100x ) menyentuk atau memecahkan sisip kaca slid. Selain dari kerosakkan pada spesismen,
kerosakkan pada kanta objektif juga boleh berlaku.
5. Jangan menggunakan sebarang mminyak rendaman terlekat pada permukaan kanta objektif. Ini
akan menhasilkan imej yang kabur. Jika minyak itu menjadi kering di atas kanta objektif, ia sangat
susah untuk di hilangkan melaiankan dengan mengguanakan xylene.
6. Pastiakn pentas mikroskop sentiasa dalam keadaan bersih. Jika terdapat sebarang tumpahan di
atas pentas,perlulah di bersihkan dengan segera. Tumpahan-tumpahan seperti canada Balsam, dan
menyak rendaman perlulah dibersihkan dengan segera supaya tidak menjadi kering di atsa pentas.
Xyelene boleh digunakan untuk tujuan pembersihan bahan- bahan ini.
7. Jangan biarkan lubang kanta objektif atau tiub kanta mata dalam keadaan trebuka. Langkah ini
adalah untuk tujuan mengelakkan dari debu dan lain-lain kekotoran masuk ke dalam mikroskop. Jika
keadan tertutup sentiasa di jaga, bahagian kanta di sebelah dalam mikroskop tidak perlu
pembersihan. Sekiranya lubang pemasangan objektif itu lebih dari bilangan objektif yang ada, lubang -
2 yang terdedah itu perlu ditutup dengan penutup plastik yang selalaunya dibekalkan bersama-sama
dengan mikroskop.
8. Selepas digunakan mikroskop haruslah di simpan di dalam peti atau almari yang di buat khas untuk
mikroskop. Langkah ini ialah untuk memastikan kanta-kanta dan cermin-cermin tidak di selaputi debu
dan kekotoran. Jika tidak ada tempat tertutup, sekurang-kurangnya mikroskop itu ditutup dengan
penutup plastik dengan kemas.
Penbersihan Kanta-Kanta
Bahan yang di perlukan:
a) Kertas tisu kanta
b) Alat peniup ( seperti yang digunakan untuk kamera )
c) Berus lukisan yang lembut dan bersih.
d) Pelarut:
i) Xylene
ii) 7:3 ( eter : alkohol ) atau
iii) 1-3% LOC dalam air/ ( dan diikuti dengan pembersihan menggunakan alkohol muklat
sebanyak 3 kali.
iv) Kayu nipis yang lembut ( berbentuk lidi ) ( sila lihat gambarajah )
* Gunakan berus lukisan dan alat peniup untuk menanggalkan debu pada permukaan kanta .
* Sediakan tisu kanta dengan membalutkan kertas tisu itu pada kayu nipis yang lembut tadi.
* Bernafaslah ke dalam kanta supaya terdapat wap air diatas permukaan kanta.
* Kemudian lapkan kantan dengan tisu kanta yang disediakan tadi. Mulakan gerakan mengelap dari
pusat(tengah) kanta dan semakin keluar(seperti bulatan yang semakin membesar)
* Tiupkan( dengan alat peniup) ke atas permukaan kanta beberapa kali untuk menanggalkan
sebarang serabut tisu di aatas permukaan kanta.
NOTA:
Dalam banyak keadaan lengkah-langkah 1-5 adalah mengkucupi, tetapi langkah-langkah 6-8 harus
dilakukan jika pembersihan tambahan diperlukan.
* Sediakan satu lagi kertas tisu kanta(langkah 2) sentuh hujungnya dengan sedikit
perlarut(Xylene,eter/alkoh atau LOC), kemudian lakukan pembersihan seperti yang diterangkan untuk
langkah
* Gunakan tisu yang baru(atau bahagian tiu yang baru)setiap kalai pengelapan dilakukan.
Pelarut perlulah digunakan dengan berhati-hati, semasa pengelapan dilakukan, pastikan
kayu tidak terlonjak keluar dari tisu dan menyentuh kanta. Jika LOC digunakan untuk pembersihan,
selepas itu perlu dibilas dengan alkohol mutlak sebanyak 3 kali.
* Tiupkan (dengan alat peniup) atas permukaan kanta beberapa kali.
* Kanta harus dipasang balaik dan diperiksa. Jika kekotoran masih ada, lakukan pembersihan
sekali lagi.
Peringatan:
1. Untuk pembersihan biasa, gunakan hanya wap nafas, iaitu dengan bernafas ke dalam kanta, diikuti
dengan pengelapan tisu kanta. Pelarut-pelarut hanya digunakan jikamkekotoran tidak dapat
ditanggalkan dengan cara wap nafas tadi.
2. Dalam kebanyakan kanta objektif dan kantamata, kanta-kantanya dipasang atau dilekatkan dangan
sejenis simen dan balsam. Jadi semasa pembersihan dengan pelarut-pelarut seperti alkohol.eter dan
xylene, ianya perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya pelarut-pelarut ini tidak terkena simen atau
balsam terlalu lama dan melonggarkan kedudukan kanta-kanta.(satu kanta objektif biasa jenis
akromat mungkin mempunyai sehingga 15 kanta yang mana mempunyai kedudukan yang tertentu).
Jika tisu yang mengandungi pelarut terkena sempadam kanta(kawasan simen), tisu itu munkin(atau
bahagian tisu) tidak seharusnya digunakan lagi. Satu amalan yang baik untuk mengelakkan
pebggunaan tisu lebih dari sekali.
3. Semasa pembersihan kantamata(yang biasanya mengandungi 2 set kanta), kanta-kanta mestilah
dipastikan supaya tidak tersalah pasang. Amalan yang baik ialah unutk mengeluarkan dan memasang
balik kanta-kanta itu satu demi satu.
Masalah-masalah yang munkin dihadapi di dalam penggunaan Mikroskop:
Masalah 1: Pemutar fokus kasar: sangat ketat
Punca: Makanisma gear pergerakan pentas dan sebahagiannya tidak dipasang
denga baik.
Penyelesaian : a) Betulkan pemasangan. Dalam kebanyakkan mikroskop ini dapat dibetul
kandungan memutarkan kedua-dua pemutar ke arah yang bertentangan.
b) Bersihkan gris yang lama dan sapu gris yang baru.
Masalah 2: Pentas atau tiub menurun sendirir tanpa disentuh (dan menyebabkan fokus
spesimen berubah)
Punca : a) Makanisma pemutar fokus atau pentas tidak dipasang
dengan baik.
b) Pelinciran denga minyak yang nipis.
Penyelesaian : Seperti dalam masalah 1
Masalah 3 : Pemutar fokus halus ( pemutar fokus mikrometer) tidak dapat diputarkan.
Punca : Pemutar fokus halus telah sampai ke pusingan akhirnya.
Penyelesaian : a) membawa kantan objektif 10x ke medan cahaya
b) pusingkan pemutar fokus halus supaya ia terletak di dalam pertengahan
pusingan sepenuhnya. Sebagai contoh jika jumlah pusingan yang boleh dilakukan ialah 10
letakkannya pada pusingan yang kelima.
c) Mengfokuskan spesimen dengan pemutar fokus kasar.
d) Akhir sekali dengan membawa kanta objektif asalnya dan mengfokus
dengan pemutar fokus.
Masalah 4 : Fokus imej berubah terlalu lebih walaupun pemutar fokus halus dipusinag
sedikit sahaja. ( khususnya penggunaan kanta objektif rendaman minyak)
Punca : a) Objektif tidak diskru keatas dengan sepenuhnya.
B) Sisip kaca telah terlekat pada kanta objektif ( dengan selapisana minyak)
Penyelesaian : a) Pastikan kanta objektif dipasang ( skru) dengan cermat.
B) Pasangkan slid spesimen keatas pentas dengan ketat.
C) Jangan menggunakan minyak rendaman yang kental.
Masalah 5 : Terdapat imej berbintik atau berkabus
Punca : a) Kekotoran atau gris di atas kanta mata ( boleh dikesan jika bintik-bintik itu
turun berpusing sewaktu kanta mata dipusingkan.
B) Kekotoran atau gris di atas kanta objektif
c) Pemcemaran keatas sisip kaca ( bintik-bintik bergerak jika slid spesimen
digerakkan)
d) Kekotoran diatas iluminasi
Penyelesaian : Bersihkan mana-mana yang perlu.
Masalah 6 : Bintik-bintik berada di dalam fokus yang jelas. Ia berubah dan hilang jika
kondenser di turunkan atau di naikkan.
Punca : a) Kekotoran di atas mentol atau skrin luaran ( diffusing ) di hadapanya, jika
illuminasi kritik digunakan.
B) Kekotoran di atas kaca penutup slid pada lampu siap terpasang, ataupun
pada kertas turas kaca di atasnya ( jika illuminasi kholer digunakan ).
Penyelesaian : Bersihkan mana yang perlu. Jika kekotoran tidak dapatdihapuskan dengan
segera, ubah kondeser sedikit.
Masah 7 : Terdapat imej yang kabur dan tidak dapat di fokuskan dengan jelas.
Punca : a) Rendaman yang salah, iaitu udara digunakan walaupun minyak harus
dugunakan atau sebaliknya.
b) Buih dalam minyak rendaman.
c ) Pencemaran lutsinar ( transperent ) di atas kanta objektif hadapan.
d) Sisip kaca terlalu tebal
e) Lapisan media pelekat yang terlalu tebal.
f ) Minyak rendaman yang tertinggal di atas sisip kaca.
g) Slid spesimen terbalik di atas pentas. Kesan-kesan
lebih ternyata bagiobjekti-objektik kuasa besar (40x dan 100x )
Penyelesaian : Untuk masalah 7(a) - 7(c) :
Gunakan rendaman yang betul dan bersihkan kantaobjektif jika perlu.

Untuk masalah 7(d) - 7 (e)
Gunakan objektif dengan collar pembetulan atau gunakanobjektrif rendaman
yang lebih sesuai .
Untuk masalah 7(g)
Balikkan slid dan pastikan label dilekatkan semula di atas permukaan yang
betul.
Masalah 8 : Illuminasi terdapat hanya pada sebahagian imej sahaja.
Punca : a) sebahagian daripada pemegang turas kaca biru terdapat pada laluan
cahaya.
b) Objektif tidak terletak pada tempat yang betul.
c) Kundesor atua Kondesor tambahan tidak terdapat pada paksi optik.

Penyelesaian : Betulkan kedudukan yang perlu.
Masalah 9 : Illuminasi cahayanya tidak sekata di medan objek ( suatu ) kawasan lebih
terang dari kawasan yang lain.
Punca : a) Kedudukan atau sudut (sendeng) cermin tidak betul.
B) Kedudukan kondesor tidak berada di tengah-tengah paksi oktik ( dengan
illuminasi genting ).
C) Punca kuasa illuminasi (mentol dsb) tidak sama rata (dengan illuminasi
genting).
Penyelesaian: Untuk masalah 9(a) - 9 (b) :
Betulkan kedudukan bahagian yang berkenaan. Untuk masalah 9 (c):
Naikkan atau turunkan sedikit konesor . Kaca tarik naikkan atau turunkan sedikit
kondeser. Kaca tarik (kabus ) boleh digunakan di hadapan mentol.
Masalah 10 : Semasa penggunaan kanta objektif rendaman terdapat pembentukan seperti awan
menyeberangi medan dan seterusnya spesimen kehilangan fokus.
Punca: a) Buih dalam minyak rendaman.
B) Minyak sedang digunakan di antara spesimen dan kanta objektif yang digunakan itu bukan
objektif rendaman.
Penyelesaian: Bersihkan minyak dari spesimen (slid) dan objektif. Sediakan semula slid untuk dilihat
di bawah mikroskop.
Masalah 11 : Terdapat bintik-bintik cahaya yang kurang jelas di atas imej.
Punca: Kesan daripada pembalikan-pembalikan cahaya (reflection) di kedalaman mikroskop
(biasanya berbentuk bulan sabit atau bulatan).
Penyelesaian : Cuba kantamata yang lain serta illuminasi kohier
Gunakan kanta yang bersalut dengan anti-pembalikan cahaya (anti-reflection coating)
atau ditukar kanta
objektif-kantamata.
Masalah 12: Terdapat bintik-bintik cahaya yang kurang jelas di
atas imej.
Punca: a) Pencemaran di atas permukaan kanta,
b) Pencemaran di sebelah atas bawah slid,
c) Terdapat udara dalam minyak rendaman di atas kondensor
Penyelesaian: Jika kedudukan pencemaran tidak dapat dikesan,buka diafragma apertur kondensor
lebih lebar untuk men gurangkan kesan/pencemaran tersebut.

Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan, Tumpat, Kelantan
PENYEDIAAN REAGEN YANG MUDAH DAN PENYEDIAAN PEWARNA
BIASA BAGI BIOLOGI
11. LARUTAN IODIN
CARA MEMBUATNYA: larutkan 20 g pepejal kalium iodida dalam 1 liter air
suling . Masukkan 12.7 g pepejal iodin dan kacau hingga larut. Jika terlalu, cair
dengan air suling mengikut keperluan.
KEGUNAANNYA:
a. Menguji kehadiran kanji - jika ada kanji warnanya bertukar ke biru
kehitaman.
B. Mengenal tisu berkayu -- jika ada tisu berkayu warnanya kuning pekat.
C. Mengenal tisu tidak berkayu - jika ada tisu tidak berkayu warnanya kuning
pucat.
1.2 LARUTAN ASITIK ORCEIN
CARA MEMBUAT: Pepejal orcein boleh dilarutkan dalam asid asitik lalu
menghasilkan larutan asitik orcein. Masukkan 45 cm3 asid asitik tulin ke dalam
sebuah kelalang yang mempunyai kondenser refluks, campurkan 55 cm3 air suling
ke dalamnya. Masukkan 3 gm pepejal orsein dan simpan dalam almari wasap. Jika
menggunakan kondenser refluks, tak payah menyimpan kelalang dalam almari
wasap. Selepas beberapa jam, masukkan manik-manik kaca dan didihkan kelalang
perlahan -lahan selama 2 jam. ( jika ada kondenser reflux, didihkan selama 1 jam)
Sejukkan dan kemudian turaskan. Bila perlu, campurkan 10 cm3 larutan simpanan
itu dengan 12 cm3 air suling.
KEGUNAANNYA.
A. Untuk mengenal bahagian kromosom yang akan berwarna merah.
1.3 LARUTAN METHYLENE BLUE
CARA MEMBUATNYA: campurkan 1 g methylene blue dan 0.6 g natrium klorida
dalam 100 cm3 air suling.
KEGUNAANNYA;
a. Untuk mengenal nuklius dalam sel.
1.4. LARUTAN EOSIN
CARA MEMBUATNYA: larutkan 0.5g eosin dalam 100 cm3 air suling.
KEGUNAANNYA: sebagai pewarna dalam air untuk mengesan pergerakan air
dalam xilem.
1.6 LARUTAN SAFRANIN
CARA MEMBUATNYA: Larutkan 1 g safranin dalam 100 cm3 etanol 50 % .
rendamkan tisu yang hendak diwarnakan itu ke dalamnya selama 1/2 jam.
Keluarkan dan basuh dengan air suling dan sediakan larutan asitik - etanol dengan
cara mencampurkan 1 cm3 asid astik dengan 99 cm3 etanol 70% . Selepas tisu
dibasuh dengan air suling, rendam pula ke dalam larutan asitik - etanol untuk
menanggalkan safranin.
KEGUNAANNYA:
a. Mewarnakan bahagian tumbuhan di mana nuklius, lignin dan kutikal menjadi
merah.
1.7 LARUTAN LAC TOPHENOL - COTTON BLUE
Cara membuatnya: Campurkan hablur fenol 20 g, asid laktik 20 gm , gliserol 40g,
cotton blue (metil biru) 0.05 g dan air suling 20 cm3. Rendam tisu kulat dalam
larutan itu selama 5 minit. Basuhkan dengan air untuk menamggalkan pewarna
yang berlebihan. Periksa di bawah mikroskop.
KEGUNAANNYA:
a. Untuk mewarnakan kulat.
1.8 LARUTAN LEISHMAN
CARA MEMBUATNYA: Hancurkan 0.2g serbuk pewarna Leisman dalam 10 cm3
metanol 100% dalam sebuah lesung . Tambahkan metanol sedikit demi sedikit
sehingga menjadi 100 cm3 dan betul-betul larut.
Kemudian terus dan disimpan di dalam botol yang tertutup rapi.Kemudian
sediakan larutan tampan Ph 6.8 dengan kaedah berikut;
i. Larutkan 9.1g kalium dihidrogen fosfat menjadi 1 liter.
Ii. Larutkan 9.5 g dinitarium hiderogen fosfat menjadi 1 liter.
Iii. Campurkan 50.8 cm3 larutan (i) dan 49.2 cm 3 larutan (ii)
Kemudian rendamkan lapisan darah tersebut dengan pewarna Leishman selama
satu hingga satu setengah jam. Tambahkan sama banyak fosfat tampan pH 6.8.
Tiupkan dengan mulut supaya pewarna bergaul dengan larutan tampan. Biarkan
selama 10 minit. Basuh dengan aliran air yang perlahan . Rendam dalam larutan
tampan selama 30 saat atau lebih. Keliarkan sisip dan biarkan kering dalam udara.

Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan, Tumpat, Kelantan
PENYEDIAAN SISIP MIKROSKOP
Teknik Menyediakan Sisip Mikroskop
Teknik menyediakan mikroskop iaitu suatu bidang yang luas. Tujuan bahan ini bukanlah untuk
menghuraikan secara meluas dan mendalam tentang bidang ini,tetapi hanya memperkenalkan prisip-
prisip asas serta beberapa teknik biasa yang boleh digunakan oleh guru-guru sains di sekolah.
Penyediaan sisip kaca mikroskop biasanya melibatkan langkah-langkah yang berikut :
i) Penetapan/pengikatan
ii) Membuat keratan
iii) Perwarnaan
iv) Pendehidratan
v) Mencuci
vi) Lekapan
Kesemua enam langkah tersebut diperlukan untuk penyediaan sisisp kekal, tetapi bagi peyediaan
sisip sementara langkah (i), (iv), dan (v) boleh di tinggalkan. Sisip-sisip kekal, jika disediakan dengan
baik boleh disimpan selama beberapa tahun. Sebaliknya sisip sementara hanya boleh digunakan
sekejap sahaja, kadang kala kurang daripada setenjah jam.Walaubaimanapun sisip sementara lebih
kerang disediakan oleh guru-guru biologidi sekolah kerana lebih menjimatkan banyak masa dan kerja,
berbanding dengan sisip kekal.
(i) Penetapan/pengikatan
Bahan-bahan biologi yang hendak digunakan untuk menyediakan sisip mesti direndam dalam
sejenis cecair atau larutan untuk menyelakkan tindakan bakteria atau kulat. Cecair atau larutan itu
dinamakan agen penetap/pengikat manakala proses ini dipanggil penetapan/pengikatan.
Agen pengikat/penetap yang biasa sekali digunakan untuk tisu-tisu tumbuhan ialah
Formalasetik-alkohol (FAA). FAA dsediakan dengan mencampurkan lebih kurang 5 cm3 asid asetik
glasial 90 cm3 etanol 70% dan 5 cm3 formaldehid 40%.
Tisu-tisu haiwan boleh direndam dalam fomalin neutral. Formalin neutral disediakan dengan
mencampurkan sedikit larutan dinatrium tetraborat (boraks) kepada fofmaldehid 40% sehingga
menjadi neutral kepada kertas litmus.
Untuk maklumat lanjut tentang jenis-jenis agen penetap/pengikat sila rujuk kepada buku-buku
lain.
(ii) Membuat keratan tisu
Tisu-tisu biologi yang hendak diperiksa dengan mikroskop mesti wujud dalm bentuk keratan
nipis yang boleh ditembusi cahaya. Keratan tisu tumbuh-tumbuhan lebih mudah disediakan kerana ia
lebih keras daripada tisu haiwan.Untuk membuat keratan, tisu tumbuhan biasanya diapit dengan
kepingan polistirene sebelum dipotong .
Tisu haiwan yang hendak dikerat mestilah terlebih dahulu direndamkan dalam parafin untuk
menjadikannya keras.Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
1. Panaskan sedikit pepejal parafin ( suhu lebur lebih kurang 52-56 celsius ) pada suhu 2 atau 3
darjah lebih tinggi daripada suhu leburnya,dengan kukus air.Masukkan tisu haiwan yang tersebut ke
dalam cecair parafin dan biarkan selama satu jam pada suhu yang sama.
2. Ambil sebuah kotak mancis dan sapukan bahagian dalamnya dengan sedikit
gliserol.Tuangkan parafin panas (suhu tidak melebihi 58 darjah celcius ) ke dalam kotak mancis
tersebut. Letakkan tisu haiwan di bahagian tengah cecair parafin.
3. Pegang kotak mancis itu di atas sebaldi air sejuk dan tiupkan permukaan parafin lebur itu
dengan angin,Apabila cecair parafin di permukaan membeku, rendamkan seluruh kotak mancis
tersebut ke dalam baldi berisi air sejuk itu. Kesemua parafin dalam kotak mancis akan membeku.
Sekarang tisu haiwan itu sedia untuk dipotong menjadi kepingan nipis.
Kadangkala tisu-tisu biologi lebih mudah dipotong dengan menggunakan sejenis mikroton tangan.
Harga mikrotom tangan ini adalah agak murah dan mampu dibeli oleh semua sekolah. Tisu yang
hendak dipotong itu dimasukkan ke bahagian tentah mikrotom. Pusingkan skru di bahagian bawah
mikrotom itu satu pusingan kemudian hiriskan tisu yang menonjol ke atas dengan mata pisau cukur.
Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan, Tumpat, Kelantan
TEKNIK-TEKNIK ASAS BIOLOGI
Teknik-Teknik Asas Bakteria
Sebelum anda memulakan kerja amali berhubung dengan semaian
bakteria, anda perlu ingat tentang perkara-perkara berikut:-
1. Pelupusan Sisa-sisa Semaian:
Walaupun bakteria patogenik ( Patogen ) Sekali-kali tidak
boleh digunakan didalam kerja-kerja amali. Patogen ini boleh hidup dan
menbiak jika keadaan sekeliling sesuai bagi pembiakan bakteria seperti ini
.Bakteria sentiasa terdapat di udara dan bakteria patogenik boleh dibawa
oleh penutut-penutut yang sakit jika terdapat tempat semaian yang sesuai
bakteria boleh menbiak dengan pesatnya pada tahap yang sangat yang
merbahaya. Kedua, Bakteria takpatogenik boleh mutet ( mutate ) untuk
menjadi patogen. Masalah disin adalah untuk mengetahui mana-mana
bakteria yang boleh menjadi mutan patogenik. Sebab inilah maka semua
bakteria mesti dianggap sebagai potensi patoogen.
Semaian hendalah dihapuskan dengan cara:
a) Semaian air daging yang direbus, kaldu, bubur,
i. Jika semaian tak spora ia boleh dihapuskan dengan cara membuka
penutup dan merendangkan tub (bekas) dalam larutan 10% lysol. Satu
bekas khas mestilah disediakan didalam makmal untuk tujuan ini dan
dilebel dengan terang.
Piring petri hendaklah juga direndam dalam 10% larutan lysol.
ii. Jika semaian spora, semaian ini hendaklah dipanaskan hingga 121
darjah celcius 15 minit di dalam oven ( 15 Ib - in 2 tekanan ). Jika
organisma spora hendaklah digunakan satu bekas lain yang berlebel
hendaklah digunakan, dan mesti ditutup. Bekas ini akan dipanaskan dalam
oven. Kedua-dua semaian ini hendaklah dicampakkan ke dalam sinka dan
di lupuskan dengan air yang banyak atau dengan cara yang lebih baik, iaitu
dilupuskan di dalam jamban.
b) Semaian agar-agar pepejal hendaklah dibungkus dalam kertas dan
dibakar . Piring atau bekas hendaklah direndamkan 10% lysol.
Penting :
Jika ubi kentang berbentuk sedang hendaklah digunakan, mungkin
murid-murid akan membuat ujikaji di rumah. Oleh itu ubat pembasmi kuman
yang kuat ( disifectant ) hendaklah digunakan sebelum semaian
dilupuskan.
1.1. Penggunaan pakaian luaran adalah digalakkan.
1.2. Jika semaian bakteria terjatuh di atas meja, kerusi atau lantai,
anda hendaklah:
Mencucinya dengan 3% lysol, dengan serta merta. Keadaan seperti
ini hendaklah
dianggap bahaya.
1.3. Begitu juga jika semaian bakteria terkena tangan anda
hendaklah membasuh tangan dengan larutan lemah centrimide, lysol.
1.4. Kedua belah tangan hendaklah dibasuh sebelum dan selepas
kerja-kerja amali.
1.5. Makanan TIDAK boleh dimakan didalam makmal.
1.6. Apabila permuka cecair pecah beberapa titik cecair akan
terjadi. Kebanyakannya akan terjatuh ke lantai, tetapi yang paling kecil
akan terapung-apung di udara. Jika cecair berwap, bakteria akan
terapung-apung di udara. Jika kumin ini disedup ianya akan segera masuk
ke dalam paru-paru membiak dan membinasakanya.
Selalunya cuai menyedut cecair dengan pipet menyebabkan
pencemaran udara. Apabila semaian tumbuh di atas semaian bahan tara
pepejal dalam botol bertutup, skru membuka penutup ini akan melepaskan
kumin-kumin ke udara. Selalunya, satu lapisan bendalir ini akan pecah dan
melepaskan titik bendalir terapung-apung di udara.
1.7. Jangan sekali-kali menjilat label dan menggunakan mulut untuk
menyedut pipet.
1.8. Bangku dan meja hendaklah di basuh dengan bahan pembasmi
kuman sebelum dan sesudah kerja amali.
1.9. Merokok tidak di benarkan di dalam makmal.
2. Bahan tara semaian:
Jarang sekali identiti organisma mikro dapat dikenali melalui sifat-
sifat sruktur sahaja. Mereka misti dipelihara dengan menggunakan
bahantara tiruan dan satu organisma mesti di biakan berasingan.
2.1. Jenis-jenis bahantara:
a) Cecair atau Pepejal
Kegunaan bahantara cecair tidak menampakkan bahan
semaian dengan nyata. Dengan itu penggunaan bahantara cecair tidak
digalakkan kecuali untuk ujian biokimia tertentu.
Bahantara pepejal biasa digunakan sebab ia
menampakan kebiasaan sifat pertumbuhan bagi satu-satu bakteria.
b) Air
Air paip tidak sesuai untuk kerja ini.Selalu gunakan air suling
atau air tak- ionik. Air tak-ionik lebih sesuai dan menjimatkan masa. Ianya
mempunyai kelebihan senang di angkup dan tidak memerlukan haba atau
tenaga elekrik walau bagaimanpun mungkin terdapat larutan sebatian
organik yang terjadi daripada resimdan akan memberi kesan terhadap
protozoa.Air mestilah mengandungi 1.5 p.p.m. ( bahagian dalam sejuta
bahagian ) garam. Dengan demikian air suling berlogam tidak sesuai
digunakan.
c) Agar-agar
Agar-agar sebenarnya adalah sejenis polysacharide. Dalam
larutan bercair ia mengeluarkan satu gel yang tidak cair di suhu yang tinggi.
Hanya sebilangan kecil bakteria samudera yang akan menyebabkan ia
rosak dan berair.Ia juga tidak menambah sifat-sifat noritif satu-satu
bahantara dan juga bebas dari bahan-bahan pertumbuhan.
Takat lebur dan pemejalan adalah berbeza. Kebanyakan agar-agar
lebur pada 95 darjah celsius dan memejal pada 45 celsuis. Ini bermakna
Nutrium yang sensitif pada haba boleh di tambah pada suhu yang agak
rendah.
Setelah steril ( dibersih dari kuman ) agar-agar boleh dibiarkan
memejal dan disimpan untuk keggunaan masa hadapan, tetapi ianya mesti
di lebur dengan sedikit haba dan digunakan terus.
Jika agar-agar disediakan dalam masa yang pendek, adalh lebih
baik ianya disimpan dalam bentuk cecair dalm air panas 45- 50 darjah
celsius. Ini adalah untuk mengelak pembuagan masa dalm
memanaskannya pada suhu yang tinggi.
2.2 Memilih bahantara
Ini bergantung kepada jenis organisma dan sifat cara penyelidikan.
Jika satu bahantara dipilih dengan PH diluar banjaran kulat ( fungsi
), bakteria akan hidup tetapi pertumbuhan kulat akan terhap.Bakteria
biasanya di biakkan di tas agar-agar nutrium manakala kulat di biakkan di
atas agar-agar ubikentang dekstrosa. Untuk keja-kerja amali agar-agar lain
digunakan.
2.3. Bekas untuk bahantara
Jika banyak bahantara hendak di buat, satu kelalang bertutup kapas
bulu hendaklah digunakan. Ini juga mesti digunakan jika hedak
digunakan.Gunakan botol tabung uji dengan penutup getah gabus atau
logam jenis lekat kertas ( slip-on ) dan bertutup jenis skru juga boleh
digunakkan.
Penutup logam lekat di atas, mempunyai kelebihan yang ia boleh
digunakkan berulang kali tetapi tidak berguna jika semaian hendak
disimpan. Kapas bulu boleh digunakkan untuk semaian yang hendak
disimpan, tetapi mesti dibuang selepas di gunakkan. Juga, jika suhu dan
tekanan bertukar udara masih boleh masuk ke dalamnya. Udara akan
ditapis apabila ia melalui kapas bulu, tetapi perlindungan ini tidak terdapat
pada penutup logam jenis lekat ke atas.
3. Penstrilan ( basmi kuman )
Untuk membiakan sesuatu mikro organisma, mikro organisma yang
lain hendaklah di pupuskan dengan cara penstrilan.
Ada dua cara penstrilan:
3.1 Haba
i. Haba kering
Haba kering mungkin membunuh dengan cara
pengoksidaan yang
membinasakan beberapa juzuk sel tertentu.
ii. Haba lembat
Haba lembat lebih berkesan kerana kelembapan
membunuh dengan
cara pengumpulan dan mengnyahaslikan ( denaturing ) protein dan
enzin, satu proses yang memerlukan air.
Masa yang diperlukan lebih kurang 15 minit, pada 121
darjah celsius. Masa yang lebih lama hendaklah diberi jika terdapat
banyak bakteria.
Jenis bahan di dalam mana mikro organisma dipanaskan akan
memberikan kesan kepada kecepatan pembinasaan. Bahan kinia organik
biasanya melindungi organisma. Lemak yang lembab menghalang
kemasukan air dalam organisma. Penentangan haba oleh spora adalah
maksima pada nilai ph nuetral.
3.2. Bahan kimia
Hanya beberapa bahan sahaja yang mempunyai kesan ke atas spora.
Perkataan disinfectant dan antiseptik digunakan kepada bahan kimia yang
berlainan, walaupun kedudukannya memberi maksud pembasmi kuman.
Bahan disinfectant merupakan bahan kimia yang toksik (Bisa ataua racun) .
Bahan antiseptik tidak toksik dan boleh dikenakan pada bahagian luar tisu
hidup.
Jenis Bahan Kimia.
A. Antiseptik dari kumpulan phenol - seperti lysol (biasanya 3% dalam
larutan air)
Ia bertindak dengan cara pengumpulan protein.
B. Halogen - hipokrip biasa digunakan. Helogen tidak dapat bertindak
adalam bahan organik yang berkesan ke atas spora. Selalunya helogen
digunakan dengan bahan pembasuh. (Cecair). Kerana organik terutamanya
kesan lemak .
c. Etilalkohol - selalunya berkesan diantara 50 % - 70 % tetapi tidak
berkesan dalam kekuatan selebihnya. Bahan ini digunakan terutamanya
untuk menyejuk siku platinun, setelah dipanaskan dalam anyalaan api
apabila tidaak digunakan. Alat penstrilan boleh disimpan dalam alkohol.
D. Formeldehyde
Bahan ini sangat berguna kerana ia boleh dikenakan ke atas bahan
yang akan rosak akibat dipanaskan. Selalunya digunakan dalam larutan
0.1 hingga 0.5 % .
e. Sabun dan bahan basuh. - Tindakan adalah disebabkan oleh
kepekatan pada permukaan antara air dan objek, membawa kepada
menurunnya tekanan permukaan dan sebab itu sel-sel akan binasa.
F. Certimide dan keloros - kedua-duanya boleh didapati dari kedai
kimia tempatan, tapi tidak berkesan terhadap spora.
3.3. Teknik-Teknik Penstrilan Yang Selalu Digunakan Di Sekolah-
Sekolah.
A. Siku inokulasi (inoculating loop) dan titik-titik forcep .
panaskan dalam nyalaan bunsen sehingga panas merah.
B. Mulut-mulut tub semaian, penutup kapas bulu, slide klip penutup
skalpal dan jarum.
Stril dengan melakukannya dalam api bunsen tanpa bahan itu menjadi
panas merah.
C. Piring petri, tabung uji, kelalang, pipet dan semua peralatan.
Sebelum penstrilan dijalankan , kelalang dan tabung uji hendaklah ditutup
dengan kapas bulu. Pipet hendaklah disalut oleh kertas coklat (Brown
paper) sila ambil perhatian iaitu setengah-setengah kapas bulu
mengeluarkan bahan coltaile semasa dipanaskan dan akan melekat terus
kepada akaca apabila disejukkan. Oleh yang demikian gantikan dengan
penutup logam, letak di atas (Slip on metal caps) jalankan penstrilan pada
160 cesius untuk selama sejam.
Semua botol bertutup jenis skeru mestilah distril dalam kukus tekanan.
D. Lemak , Minyak dan Gris - stril dalam oven berudara panas.
Oven jenis ini membenarkan haba panas masuk perlahan, bahan-bahan ini
hendaklah distril dalam lapisan nipis tidak lebih dari 0.5 cm tebal dalama
piring petri.
Apabila amenggunakan oven udara panas, janganlah masukkan piring petri
sehingga sesak kerana udara hendaaklah dibiarkan bergerak bebas.
Setelah selesai , pintu oven tidak boleh dibuka dengan segera. Biarkan
sekurang-kurangnya 2 jam kerana barang kaca akan retak jika ia
dibenarkan sejuk terlalu cepat.
E. Bahantara semaian, kapas bulu bahan berliang . penutup
mengandungi lapisan getah stril dalam kukus tekanan.
4. Menuangkan ke dalam piring.
4.1. Agar-agar mestilah cair tapi tidaklah panas daripada yang boleh
ditanggung oleh pipi anda sendiri. Jika ia dituang terlalu panas (steaming)
kondensasi akan terjadi pada penutup. Kodensasi akan boleh terjadi suhu
45 celsius. Jika boleh, panaskan sedikit piring itu. Kerja-kerja ini
hendaklah dijalankan jauh dari udara lembab.
4.2. keluarkan penutup dari botol. JANGAN sekali-sekali letakkan
penutup di atas bangku, ini akan menyebabkan pencemaran. Begitu juga
botol tidaka boleh ditegakkan , ianya mesti disendengkan.
4.3 Panaskan leher botol dalam nyalaan bunsen. Dengan tangan lain
angkat piring petri. Jangan buangkan penutup piring petri, cuma ketepikan
sedikit sahaja supaya bahantara dapat dituangkan ke dalam.
5. Suntikan Bahantara semaian.
Selalunya siku platinam atau nikron digunakan dengan memanaskan di
dalam api bunsen.
5.1 menyuntik kaldu, bubur, air daging yang direbus atau sendeng ubi
kentang.
a.jika botol bertutup jenis skru digunakan, longgarkan penutup sehingga
terletak di atas.
B. Pegang botol tabung mengandungi semaian dan pegang betol yang
lain dengan tangan kiri.
C. Panaskan siku platinum dengan tangan kanan.
D. Kemudian masukkan siku platinum dalam 50% larutan alkohol.
E. Ketepikan penutup botol yang hendak dijalankan suntikan dengan
jari tengah tangan kanan.
F. Nyalakan lehir botol. Menyalakan leher botol tak semestinya
membunuh kuman bakteria, tetapi ia menahan bakteria dari masuk ke
dalam botol,
g. Masukkan siku platinum ke dalam botol dan carikkan permukaan
semaian.
H. Keluarkan siku platinum dan keluarkan penutup botol yang lagi satu
dengan jari empat tangan kanan.
I. Masukkan siku platinum yang mengandungi semaian dan lerikkan
ke atas sendeng atau masukkan ke dalam bubur larutan daging rebus,
kaldu, keluarkan suhu platinum dan nyalakan sekali lagi.
J. Nyalakan leher kedua-dua botol ataua tabung dan panaskan
penutup.
6. Pengeraman. (Incubation)
Kebanyakan bakteria memerlukan suhu 37 celsius untuk pembesaran
optima.
pengeraman semaian piring petri, hendaklah dengan cara membalikkan
piring petri supaya kodensasi air berlaku.

Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan, Tumpat, Kelantan
TEKNIK-TEKNIK ASAS BIOLOGI
Teknik-Teknik Asas Bakteria
Sebelum anda memulakan kerja amali berhubung dengan semaian
bakteria, anda perlu ingat tentang perkara-perkara berikut:-
1. Pelupusan Sisa-sisa Semaian:
Walaupun bakteria patogenik ( Patogen ) Sekali-kali tidak
boleh digunakan didalam kerja-kerja amali. Patogen ini boleh hidup dan
menbiak jika keadaan sekeliling sesuai bagi pembiakan bakteria seperti ini
.Bakteria sentiasa terdapat di udara dan bakteria patogenik boleh dibawa
oleh penutut-penutut yang sakit jika terdapat tempat semaian yang sesuai
bakteria boleh menbiak dengan pesatnya pada tahap yang sangat yang
merbahaya. Kedua, Bakteria takpatogenik boleh mutet ( mutate ) untuk
menjadi patogen. Masalah disin adalah untuk mengetahui mana-mana
bakteria yang boleh menjadi mutan patogenik. Sebab inilah maka semua
bakteria mesti dianggap sebagai potensi patoogen.
Semaian hendalah dihapuskan dengan cara:
a) Semaian air daging yang direbus, kaldu, bubur,
i. Jika semaian tak spora ia boleh dihapuskan dengan cara membuka
penutup dan merendangkan tub (bekas) dalam larutan 10% lysol. Satu
bekas khas mestilah disediakan didalam makmal untuk tujuan ini dan
dilebel dengan terang.
Piring petri hendaklah juga direndam dalam 10% larutan lysol.
ii. Jika semaian spora, semaian ini hendaklah dipanaskan hingga 121
darjah celcius 15 minit di dalam oven ( 15 Ib - in 2 tekanan ). Jika
organisma spora hendaklah digunakan satu bekas lain yang berlebel
hendaklah digunakan, dan mesti ditutup. Bekas ini akan dipanaskan dalam
oven. Kedua-dua semaian ini hendaklah dicampakkan ke dalam sinka dan
di lupuskan dengan air yang banyak atau dengan cara yang lebih baik, iaitu
dilupuskan di dalam jamban.
b) Semaian agar-agar pepejal hendaklah dibungkus dalam kertas dan
dibakar . Piring atau bekas hendaklah direndamkan 10% lysol.
Penting :
Jika ubi kentang berbentuk sedang hendaklah digunakan, mungkin
murid-murid akan membuat ujikaji di rumah. Oleh itu ubat pembasmi kuman
yang kuat ( disifectant ) hendaklah digunakan sebelum semaian
dilupuskan.
1.1. Penggunaan pakaian luaran adalah digalakkan.
1.2. Jika semaian bakteria terjatuh di atas meja, kerusi atau lantai,
anda hendaklah:
Mencucinya dengan 3% lysol, dengan serta merta. Keadaan seperti
ini hendaklah
dianggap bahaya.
1.3. Begitu juga jika semaian bakteria terkena tangan anda
hendaklah membasuh tangan dengan larutan lemah centrimide, lysol.
1.4. Kedua belah tangan hendaklah dibasuh sebelum dan selepas
kerja-kerja amali.
1.5. Makanan TIDAK boleh dimakan didalam makmal.
1.6. Apabila permuka cecair pecah beberapa titik cecair akan
terjadi. Kebanyakannya akan terjatuh ke lantai, tetapi yang paling kecil
akan terapung-apung di udara. Jika cecair berwap, bakteria akan
terapung-apung di udara. Jika kumin ini disedup ianya akan segera masuk
ke dalam paru-paru membiak dan membinasakanya.
Selalunya cuai menyedut cecair dengan pipet menyebabkan
pencemaran udara. Apabila semaian tumbuh di atas semaian bahan tara
pepejal dalam botol bertutup, skru membuka penutup ini akan melepaskan
kumin-kumin ke udara. Selalunya, satu lapisan bendalir ini akan pecah dan
melepaskan titik bendalir terapung-apung di udara.
1.7. Jangan sekali-kali menjilat label dan menggunakan mulut untuk
menyedut pipet.
1.8. Bangku dan meja hendaklah di basuh dengan bahan pembasmi
kuman sebelum dan sesudah kerja amali.
1.9. Merokok tidak di benarkan di dalam makmal.
2. Bahan tara semaian:
Jarang sekali identiti organisma mikro dapat dikenali melalui sifat-
sifat sruktur sahaja. Mereka misti dipelihara dengan menggunakan
bahantara tiruan dan satu organisma mesti di biakan berasingan.
2.1. Jenis-jenis bahantara:
a) Cecair atau Pepejal
Kegunaan bahantara cecair tidak menampakkan bahan
semaian dengan nyata. Dengan itu penggunaan bahantara cecair tidak
digalakkan kecuali untuk ujian biokimia tertentu.
Bahantara pepejal biasa digunakan sebab ia
menampakan kebiasaan sifat pertumbuhan bagi satu-satu bakteria.
b) Air
Air paip tidak sesuai untuk kerja ini.Selalu gunakan air suling
atau air tak- ionik. Air tak-ionik lebih sesuai dan menjimatkan masa. Ianya
mempunyai kelebihan senang di angkup dan tidak memerlukan haba atau
tenaga elekrik walau bagaimanpun mungkin terdapat larutan sebatian
organik yang terjadi daripada resimdan akan memberi kesan terhadap
protozoa.Air mestilah mengandungi 1.5 p.p.m. ( bahagian dalam sejuta
bahagian ) garam. Dengan demikian air suling berlogam tidak sesuai
digunakan.
c) Agar-agar
Agar-agar sebenarnya adalah sejenis polysacharide. Dalam
larutan bercair ia mengeluarkan satu gel yang tidak cair di suhu yang tinggi.
Hanya sebilangan kecil bakteria samudera yang akan menyebabkan ia
rosak dan berair.Ia juga tidak menambah sifat-sifat noritif satu-satu
bahantara dan juga bebas dari bahan-bahan pertumbuhan.
Takat lebur dan pemejalan adalah berbeza. Kebanyakan agar-agar
lebur pada 95 darjah celsius dan memejal pada 45 celsuis. Ini bermakna
Nutrium yang sensitif pada haba boleh di tambah pada suhu yang agak
rendah.
Setelah steril ( dibersih dari kuman ) agar-agar boleh dibiarkan
memejal dan disimpan untuk keggunaan masa hadapan, tetapi ianya mesti
di lebur dengan sedikit haba dan digunakan terus.
Jika agar-agar disediakan dalam masa yang pendek, adalh lebih
baik ianya disimpan dalam bentuk cecair dalm air panas 45- 50 darjah
celsius. Ini adalah untuk mengelak pembuagan masa dalm
memanaskannya pada suhu yang tinggi.
2.2 Memilih bahantara
Ini bergantung kepada jenis organisma dan sifat cara penyelidikan.
Jika satu bahantara dipilih dengan PH diluar banjaran kulat ( fungsi
), bakteria akan hidup tetapi pertumbuhan kulat akan terhap.Bakteria
biasanya di biakkan di tas agar-agar nutrium manakala kulat di biakkan di
atas agar-agar ubikentang dekstrosa. Untuk keja-kerja amali agar-agar lain
digunakan.
2.3. Bekas untuk bahantara
Jika banyak bahantara hendak di buat, satu kelalang bertutup kapas
bulu hendaklah digunakan. Ini juga mesti digunakan jika hedak
digunakan.Gunakan botol tabung uji dengan penutup getah gabus atau
logam jenis lekat kertas ( slip-on ) dan bertutup jenis skru juga boleh
digunakkan.
Penutup logam lekat di atas, mempunyai kelebihan yang ia boleh
digunakkan berulang kali tetapi tidak berguna jika semaian hendak
disimpan. Kapas bulu boleh digunakkan untuk semaian yang hendak
disimpan, tetapi mesti dibuang selepas di gunakkan. Juga, jika suhu dan
tekanan bertukar udara masih boleh masuk ke dalamnya. Udara akan
ditapis apabila ia melalui kapas bulu, tetapi perlindungan ini tidak terdapat
pada penutup logam jenis lekat ke atas.
3. Penstrilan ( basmi kuman )
Untuk membiakan sesuatu mikro organisma, mikro organisma yang
lain hendaklah di pupuskan dengan cara penstrilan.
Ada dua cara penstrilan:
3.1 Haba
i. Haba kering
Haba kering mungkin membunuh dengan cara
pengoksidaan yang
membinasakan beberapa juzuk sel tertentu.
ii. Haba lembat
Haba lembat lebih berkesan kerana kelembapan
membunuh dengan
cara pengumpulan dan mengnyahaslikan ( denaturing ) protein dan
enzin, satu proses yang memerlukan air.
Masa yang diperlukan lebih kurang 15 minit, pada 121
darjah celsius. Masa yang lebih lama hendaklah diberi jika terdapat
banyak bakteria.
Jenis bahan di dalam mana mikro organisma dipanaskan akan
memberikan kesan kepada kecepatan pembinasaan. Bahan kinia organik
biasanya melindungi organisma. Lemak yang lembab menghalang
kemasukan air dalam organisma. Penentangan haba oleh spora adalah
maksima pada nilai ph nuetral.
3.2. Bahan kimia
Hanya beberapa bahan sahaja yang mempunyai kesan ke atas spora.
Perkataan disinfectant dan antiseptik digunakan kepada bahan kimia yang
berlainan, walaupun kedudukannya memberi maksud pembasmi kuman.
Bahan disinfectant merupakan bahan kimia yang toksik (Bisa ataua racun) .
Bahan antiseptik tidak toksik dan boleh dikenakan pada bahagian luar tisu
hidup.
Jenis Bahan Kimia.
A. Antiseptik dari kumpulan phenol - seperti lysol (biasanya 3% dalam
larutan air)
Ia bertindak dengan cara pengumpulan protein.
B. Halogen - hipokrip biasa digunakan. Helogen tidak dapat bertindak
adalam bahan organik yang berkesan ke atas spora. Selalunya helogen
digunakan dengan bahan pembasuh. (Cecair). Kerana organik terutamanya
kesan lemak .
c. Etilalkohol - selalunya berkesan diantara 50 % - 70 % tetapi tidak
berkesan dalam kekuatan selebihnya. Bahan ini digunakan terutamanya
untuk menyejuk siku platinun, setelah dipanaskan dalam anyalaan api
apabila tidaak digunakan. Alat penstrilan boleh disimpan dalam alkohol.
D. Formeldehyde
Bahan ini sangat berguna kerana ia boleh dikenakan ke atas bahan
yang akan rosak akibat dipanaskan. Selalunya digunakan dalam larutan
0.1 hingga 0.5 % .
e. Sabun dan bahan basuh. - Tindakan adalah disebabkan oleh
kepekatan pada permukaan antara air dan objek, membawa kepada
menurunnya tekanan permukaan dan sebab itu sel-sel akan binasa.
F. Certimide dan keloros - kedua-duanya boleh didapati dari kedai
kimia tempatan, tapi tidak berkesan terhadap spora.
3.3. Teknik-Teknik Penstrilan Yang Selalu Digunakan Di Sekolah-
Sekolah.
A. Siku inokulasi (inoculating loop) dan titik-titik forcep .
panaskan dalam nyalaan bunsen sehingga panas merah.
B. Mulut-mulut tub semaian, penutup kapas bulu, slide klip penutup
skalpal dan jarum.
Stril dengan melakukannya dalam api bunsen tanpa bahan itu menjadi
panas merah.
C. Piring petri, tabung uji, kelalang, pipet dan semua peralatan.
Sebelum penstrilan dijalankan , kelalang dan tabung uji hendaklah ditutup
dengan kapas bulu. Pipet hendaklah disalut oleh kertas coklat (Brown
paper) sila ambil perhatian iaitu setengah-setengah kapas bulu
mengeluarkan bahan coltaile semasa dipanaskan dan akan melekat terus
kepada akaca apabila disejukkan. Oleh yang demikian gantikan dengan
penutup logam, letak di atas (Slip on metal caps) jalankan penstrilan pada
160 cesius untuk selama sejam.
Semua botol bertutup jenis skeru mestilah distril dalam kukus tekanan.
D. Lemak , Minyak dan Gris - stril dalam oven berudara panas.
Oven jenis ini membenarkan haba panas masuk perlahan, bahan-bahan ini
hendaklah distril dalam lapisan nipis tidak lebih dari 0.5 cm tebal dalama
piring petri.
Apabila amenggunakan oven udara panas, janganlah masukkan piring petri
sehingga sesak kerana udara hendaaklah dibiarkan bergerak bebas.
Setelah selesai , pintu oven tidak boleh dibuka dengan segera. Biarkan
sekurang-kurangnya 2 jam kerana barang kaca akan retak jika ia
dibenarkan sejuk terlalu cepat.
E. Bahantara semaian, kapas bulu bahan berliang . penutup
mengandungi lapisan getah stril dalam kukus tekanan.
4. Menuangkan ke dalam piring.
4.1. Agar-agar mestilah cair tapi tidaklah panas daripada yang boleh
ditanggung oleh pipi anda sendiri. Jika ia dituang terlalu panas (steaming)
kondensasi akan terjadi pada penutup. Kodensasi akan boleh terjadi suhu
45 celsius. Jika boleh, panaskan sedikit piring itu. Kerja-kerja ini
hendaklah dijalankan jauh dari udara lembab.
4.2. keluarkan penutup dari botol. JANGAN sekali-sekali letakkan
penutup di atas bangku, ini akan menyebabkan pencemaran. Begitu juga
botol tidaka boleh ditegakkan , ianya mesti disendengkan.
4.3 Panaskan leher botol dalam nyalaan bunsen. Dengan tangan lain
angkat piring petri. Jangan buangkan penutup piring petri, cuma ketepikan
sedikit sahaja supaya bahantara dapat dituangkan ke dalam.
5. Suntikan Bahantara semaian.
Selalunya siku platinam atau nikron digunakan dengan memanaskan di
dalam api bunsen.
5.1 menyuntik kaldu, bubur, air daging yang direbus atau sendeng ubi
kentang.
a.jika botol bertutup jenis skru digunakan, longgarkan penutup sehingga
terletak di atas.
B. Pegang botol tabung mengandungi semaian dan pegang betol yang
lain dengan tangan kiri.
C. Panaskan siku platinum dengan tangan kanan.
D. Kemudian masukkan siku platinum dalam 50% larutan alkohol.
E. Ketepikan penutup botol yang hendak dijalankan suntikan dengan
jari tengah tangan kanan.
F. Nyalakan lehir botol. Menyalakan leher botol tak semestinya
membunuh kuman bakteria, tetapi ia menahan bakteria dari masuk ke
dalam botol,
g. Masukkan siku platinum ke dalam botol dan carikkan permukaan
semaian.
H. Keluarkan siku platinum dan keluarkan penutup botol yang lagi satu
dengan jari empat tangan kanan.
I. Masukkan siku platinum yang mengandungi semaian dan lerikkan
ke atas sendeng atau masukkan ke dalam bubur larutan daging rebus,
kaldu, keluarkan suhu platinum dan nyalakan sekali lagi.
J. Nyalakan leher kedua-dua botol ataua tabung dan panaskan
penutup.
6. Pengeraman. (Incubation)
Kebanyakan bakteria memerlukan suhu 37 celsius untuk pembesaran
optima.
pengeraman semaian piring petri, hendaklah dengan cara membalikkan
piring petri supaya kodensasi air berlaku.


Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan, Tumpat, Kelantan
Pengawetan dan Penyimpanan haiwan-haiwan Akuatik

Haiwan akuatik Cara membunuh Bahan uji pengawetan
1. Ikan Formalin pekat Formalin 8%
2. Katak dan Berudu Alkohol 80% Formalin 5%
3. Bunga Karang Air Tawar Alkohol 70% Alkohol 70%
4. Hydra Hablur mentol Alkohol 70%
5. Planaria Hablur mentol Formalin 5% atau alkohol 70%
6. Rotifer
Hablur mentol atau Larutan
magnesium Sulfat
Formalin 10%
7. Lintah Larutan Magnesium Sulfat Formalin 8%
8. Udang air tawar Alkohol atau Formalin 8% Alkohol 70% atau formalin 8%
9. Siput air tawar
Rendam dalam larutan
magnesium sulfat dan
kemudian rendam dalam
formalin 10%
Formalin 8%


1. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS 84 BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS
Keselamatan di makmal dan bilik sains merupakan aspek utama yang perlu diberi perhatian
untuk melindungi mereka yang bekerja dalam makmal dan bilik sains daripada segala
kemalangan akibat kecuaian atau kejadian di luar jangkaan. Antara kemalangan yang mungkin
berlaku di makmal dan bilik sains adalah kebakaran, letupan, kejutan elektrik, kebocoran gas dan
kebocoran bahan kimia. Keselamatan dalam makmal dan bilik sains merupakan tanggungjawab
pengetua, guru besar, guru sains, kakitangan sokongan makmal dan bilik sains dan murid
sendiri. Tugas guru sains menjadi lebih mencabar apabila berhadapan dengan kumpulan murid
yang kurang berpengalaman, kemahiran dan kurang berkeyakinan tentang perkara yang hendak
dilakukan di dalam makmal dan bilik sains. 8.1 Pengurusan Keselamatan Makmal Dan Bilik Sains
Kemalangan di dalam makmal dan bilik sains boleh disebabkan oleh kecuaian, kelalaian,
kejadian di luar jangka atau kurang kemahiran dan pengetahuan dalam perlaksanaan
eksperimen. Dalam pengurusan keselamatan makmal dan bilik sains, perkara-perkara berikut
perlu diambil perhatian: a. Poster keselamatan dan peraturan makmal dan bilik sains mestilah
dipaparkan di tempat yang mudah dilihat dan dibaca. b. Meningkatkan pengetahuan dan
pemahaman mengenai peralatan dan bahan eksperimen. c. Makmal dan bilik persediaan
mestilah sentiasa bersih, teratur dan kemas. d. Kaca yang pecah dan tumpahan bahan kimia
mesti diberi perhatian serta merta. e. Semua pintu dan laluan perlu dibuka ketika eksperimen
dijalankan. f. Pelan laluan ketika kebakaran mestilah dipaparkan dengan jelas dalam setiap
makmal. g. Pencahayaan dalam makmal, bilik sains dan bilik persediaan mestilah mencukupi. h.
Semua botol reagen mesti dilabel dengan jelas. Label lama dan kabur mestilah diganti dengan
segera. i. Bahan kimia berbahaya mesti disimpan dengan selamat dalam almari berkunci dan
jauh dari sumber haba. Sebahagian bahan kimia perlu diselia selalu. Rekod yang lengkap mesti
disimpan. j. Makanan dan minuman tidak boleh disimpan di dalam makmal dan bilik sains kecuali
untuk tujuan eksperimen.
2. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 85 PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS k. Sebelum meninggalkan makmal dan bilik sains untuk
jangka masa yang lama, semua paip air, suis elektrik dan punca gas mestilah ditutup dan semua
pintu dan tingkap mesti dikunci. Kemalangan di dalam makmal dan bilik sains boleh dielakkan
dengan cara: a. Guru memberi arahan yang jelas dan terperinci mengenai langkah-langkah
keselamatan semasa menjalankan eksperimen. b. Guru mengawasi murid semasa menjalankan
eksperimen. c. Murid hendaklah mematuhi arahan guru dan peraturan makmal dan bilik sains. d.
Murid menunjukkan kesungguhan semasa menjalankan eksperimen. e. Murid sentiasa
menggunakan alat keselamatan dan alat perlindungan yang dibekalkan. f. Meningkatkan
kemahiran asas dalam pengendalian dan pengoperasian alat radas. g. Mempunyai maklumat
yang lengkap mengenai bahaya eksperimen. h. Menyusun langkah aktiviti dengan baik dan
mematuhi prosedur kerja yang ditetapkan. i. Mengetahui sifat-sifat utama bahan kimia serta
langkah keselamatan semasa menggunakannya. j. Mematuhi prosedur keselamatan penggunaan
peralatan di dalam makmal dan bilik sains. 8.2 Prosedur Keselamatan Makmal Dan Bilik Sains
Menurut Pekeliling KP(BS)8600/7/A/(81) Tindakan Sertamerta Di dalam Makmal Sains yang
bertarikh 21 Feb 1980, perkara berikut perlu diambil perhatian dan tindakan: 8.2.1 Satu petunjuk
JAGALAH KESELAMATAN ANDA berukuran lebih kurang m x m dalam tulisan huruf besar
tersergam hendaklah dipamerkan di suatu empat yang mudah dilihat di setiap makmal dan bilik
sains. 8.2.2 NOTIS PENTING seperti yang terdapat di dalam pekeliling bil KP(BS) 600/12/A/(7)
Keselamatan Dalam Makmal Sekolah bertarikh 8 Jun 1973 hendaklah ditulis dalam bentuk poster
dengan huruf yang nyata dan dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di setiap makmal dan
bilik sains. 8.2.3 Kebakaran Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2000: Mencegah
Kebakaran di Sekolah yang bertarikh 14 Mac 2000. Bagi mengelakkan dari berlakunya
kebakaran di makmal sains, langkah-langkah seperti berikut perlu diambil:
3. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS 86 a. Sentiasa bersedia menghadapi bahaya kebakaran di
sekolah dengan membuat pemeriksaan rapi pendawaian di makmal sains. b. Memastikan sistem
dan alat pencegahan kebakaran seperti pili bomba dan alat pemadam api dalam keadaan baik
dan boleh digunakan. c. Menyediakan pelan keselamatan kebakaran di makmal sains.
Kebanyakan eksperimen yang dicadangkan dalam pembelajaran sains adalah selamat
dijalankan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa eksperimen yang boleh menyebabkan
kebakaran jika tidak dilakukan dengan cermat. Kebakaran boleh berlaku jika terdapat ketiga-tiga
sumber kebakaran iaitu punca oksigen, sumber pencucuhan dan bahan api. Rajah 8.1: Sumber
Kebakaran Kebakaran boleh berlaku di dalam makmal disebabkan oleh kecuaian, bahan kimia,
letupan dan elektrik. Kebakaran boleh dibahagikan kepada 4 kelas. Jadual 8.1 menunjukkan jenis
kebakaran dan cadangan pemadam api yang sesuai digunakan. Jadual 8.1 Jenis Kebakaran Dan
Pemadam Api Yang Sesuai Jenis kebakaran Punca kebakaran Pemadam api yang sesuai Kelas
A Kayu, kertas, kain, getah, plastik dan seumpamanya. Pemadam api jenis karbon dioksida, busa
dan serbuk kering, selimut kalis api, pasir dan air. Kelas B Kebakaran yang disebabkan oleh
cecair yang mudah terbakar seperti metal spirit dan seumpamanya Pemadam api jenis karbon
dioksida, busa dan serbuk kering. Kelas C Kebakaran elektrik Pemadam api jenis karbon
dioksida dan serbuk kering Kelas D Kebakaran logam melibatkan sebarang logam yang mudah
terbakar seperti magnesium dan logam alkali. Pemadam api jenis karbon dioksida dan serbuk
kering.
4. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 87 PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS 8.2.4 Letupan Kebakaran boleh berpunca daripada letupan.
Kebakaran juga boleh menyebabkan letupan berlaku. Letupan boleh berpunca daripada: a.
Kebocoran gas. b. Cecair dan pepejal mudah terbakar. c. Tindak balas eksotermik yang tidak
terkawal. d. Pemanasan sebatian-sebatian peroksida dan perklorat. e. Bahan-bahan yang
biasanya tidak mudah terbakar tetapi jika dalam keadaan serbuk halus boleh meletup seperti
magnesium, zink, aluminium. 8.2.5 Kelengkapan Pemadam Api Satu poster mengandungi cara-
cara mengunakan alat pemadam api hendaklah dilekatkan pada alat itu. Adalah mustahak bagi
semua guru dan kakitangan sokongan makmal sains mengetahui cara penggunaan alat-alat ini.
Setiap makmal dan bilik sains mesti dilengkapkan dengan perkara berikut: a. Alat pemadam api
jenis karbon dioksida atau jenis busa atau jenis serbuk kering. Setiap makmal dan bilik sains
mesti dilengkapi sekurang-kurangnya salah satu dari alat pemadam api jenis ini. Alat pemadam
api ini mesti diletakkan berdekatan pintu dan mudah dicapai iaitu kira-kira 900 mm dari atas
lantai. Pentadbir sekolah perlu memastikan alat pemadam api ini sentiasa dalam keadaan baik.
Alat pemadam api hendaklah dihantar sekurang-kurangnya setahun sekali untuk diperiksa oleh
syarikat swasta yang berdaftar dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Rajah 8.2: Contoh Alat
Pemadam Api Karbon Dioksida, Busa Atau Serbuk Kering
5. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS 88 b. Selimut kalis api Setiap makmal dan bilik sains mesti
dilengkapi sekurang-kurangnya satu selimut kalis api dari jenis yang diluluskan. Selimut kalis api
digunakan untuk menyelubungi tempat yang terbakar seperti kebakaran pada pakaian seseorang
atau kebakaran pelarut dalam singki. Ia perlu disimpan dalam makmal hanya untuk tujuan
kebakaran dan diletakkan ditempat yang mudah dicapai. Rajah 8.3: Contoh Selimut Kalis Api c.
Baldi berisi pasir. Di dalam setiap makmal dan bilik sains perlu ada dua baldi berisi pasir. Ia
sesuai digunakan untuk memadamkan api kecil termasuk kebakaran logam seperti natrium,
serbuk zink, magnesium, fosforus dan lain-lain. Guru dan kakitangan sokongan makmal sains
hendaklah membiasakan diri dengan penggunaan alat pemadam api. Jabatan Bomba dan
Penyelamat hendaklah dihubungi bagi mendapatkan nasihat dan tunjuk cara. 8.2.6 Latihan
Kecemasan Kebakaran Makmal dan Bilik Sains Guru bertanggungjawab memberi penerangan
berkaitan peraturan kecemasan kepada semua murid apabila mereka mula memasuki makmal
dan bilik sains pada setiap tahun. Arahan keselamatan ini juga hendaklah ditampal di papan
kenyataan di dalam makmal dan bilik sains supaya murid boleh membiasakan diri dengan
peraturan tersebut. Satu pelan laluan kecemasan yang menunjukkan arah keluar semasa
kebakaran mestilah ditampalkan di tempat yang mudah dilihat. Latihan kebakaran hendaklah
dijalankan khas untuk murid di makmal pada awal dan pertengahan tahun. Latihan ini dijalankan
untuk setiap kelas yang menggunakan makmal dan bilik sains secara berasingan supaya tidak
menganggu seluruh sekolah. Rekodkan latihan kecemasan kebakaran. Jadual 8.2 menunjukkan
contoh rekod latihan kecemasan kebakaran.
6. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 89 PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS Jadual 8.2: Rekod Latihan Kecemasan Kebakaran Bil Tarikh
Masa Makmal/ Kelas Nama Guru Bil. murid Catatan 1 23.7.09 12.15 tgh Makmal kimia/ 5 Sc 2
Pn. Siti Suanja Somiran 40 2 orang murid tidak hadir: 1. Sabariah 2. Amirudin 8.2.7 Tindakan
Jika Berlaku Kebakaran Jika berlaku kebakaran, penggera atau loceng kecemasan kebakaran
hendaklah dibunyikan dengan segera. Guru hendaklah memastikan semua murid keluar dengan
cepat dan teratur. Pastikan semua suis elektrik ditutup. Pintu makmal hendaklah ditutup selepas
semua orang telah keluar. Sekiranya berlaku kebakaran pada pakaian atau badan seseorang,
pastikan mangsa kebakaran tidak berlari dan arahkan mangsa baring. Gunakan selimut kalis api
atau gebar tebal untuk memadamkan api setelah mangsa dibaringkan. Jika tiada selimut kalis
api, gulingkan mangsa di atas lantai. Jangan siram dengan air atau menggunakan alat pemadam
api ke atas mangsa. 8.2.8 Kit Pertolongan Cemas Setiap makmal mesti disediakan satu kit
pertolongan cemas yang lengkap dengan peralatan dan bahan yang diperlukan. Isi
kandungannya hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa untuk memastikan ianya lengkap. Kit
ini hendaklah diletakkan pada tempat yang sesuai dalam setiap makmal. Kit Pertolongan Cemas
mestilah mengandungi item berikut: a. Pelbagai saiz kain balutan (tidak kurang daripada 6 saiz).
b. Kapas yang telah disteril. c. 1 gulung kapas. d. Plaster luka. e. Plaster berpelekat. f. Penyepit
dan gunting. g. Sabun dan tuala. h. Botol pencuci mata. i. Krim antiseptik atau (paraffin gauze). j.
Larutan antiseptik seperti:
7. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS 90 i. Acraflavin (digunakan untuk luka baru). ii. Cetavlon
(Savlon) (diguna sebagai pencuci luka). iii. Eusol (digunakan untuk luka lama). k. 250 ml larutan-
larutan berikut: i. 1% asid asetik. ii. 1% natrium bikarbonat. iii. 1% asid borik. iv. 1% ammonium
hidroksida v. 3% larutan kuprum sulfat Rajah 8.4: Contoh Botol pencuci mata Senarai semak
semua item mestilah ditampalkan di dalam kit pertolongan cemas. Semua item mesti dilabelkan
dengan jelas. Sebaiknya, preskripsi larutan dan kaedah menggunakannya mestilah disertakan
bersama-sama label. Semua item mestilah diperiksa dari masa ke semasa. 8.2.9 Peralatan
Pelindung Diri Apabila bekerja dengan pelbagai jenis bahan kimia yang mengkakis, toksik dan
bahaya, satu kaedah perlindungan diri yang praktikal amat penting. Walaupun objektif utama
adalah untuk mengelakkan kemalangan, alat pelindung diri selalunya digunakan hanya ketika
kemalangan berlaku. Bagaimanapun ada beberapa kes yang memerlukan pemakaian alat
pelindung diri kerana bekerja dengan bahan-bahan kimia yang berbahaya. Di antara alat
pelindung diri yang diperlukan adalah: a. Kot dan Apron Makmal. Kot dan apron makmal penting
untuk melindungi kerosakan kepada pakaian. Apron dari jenis getah atau plastik boleh
digunakan. Pelindung pakaian mestilah selesa dipakai dan mudah dibuka apabila berlaku
kemalangan atau pencemaran bahan kimia. Ia amat penting terutama kepada murid, guru atau
pembantu makmal.
8. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 91 PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS b. Pelindung lengan, tangan dan jari. Sarung tangan boleh
dari jenis getah atau plastik. Sarung tangan yang mudah dipakai dan ditanggalkan digunakan
sebagai perlindungan daripada haba, tindakan kimia dan bahan kimia lain yang berbahaya
seperti asid kuat dan alkali kuat. Sarung tangan getah boleh disimpan lama dalam keadaan yang
baik dengan menambahkan serbuk talkum. c. Alat Pelindung Mata Alat pelindung mata adalah
seperti gogal dan pelindung muka. Setiap makmal mesti dilengkapkan dengan alat perlindungan
mata dari jenis yang selesa dipakai dan ringan. Ia perlu dipakai apabila bekerja dengan bahan
yang berbahaya seperti asid, bromin, ammonia, pemotongan logam aktif seperti natrium. d. Alat
Pernafasan dan Kebuk Wasap Alat pernafasan digunakan sebagai pelindung daripada asap, wap
dan habuk yang boleh menyebabkan penyakit kepada sistem pernafasan. Sebarang kerja yang
melibatkan gas-gas toksik seperti klorin, bromin dan nitrogen dioksida perlu dijalankan di dalam
kebuk wasap. Rajah 8.6: Contoh Kebuk Wasap Rajah 8.5a: Murid memakai gogal dan alat
pernafasan. Rajah 8.5b: Murid memakai alat pelindung muka.
9. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS 92 e. Kasut Keselamatan Kasut yang bertutup mestilah
sentiasa dipakai ketika bekerja di dalam makmal untuk mengelakkan kecederaan daripada
serpihan kaca dan tumpahan bahan kimia. 8.2.10 Rekod Kemalangan Satu rekod kemalangan
hendaklah disediakan di setiap makmal sains dan bilik sains. Butir yang harus direkodkan adalah
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8.3. Jadual 8.3: Contoh Rekod Kemalangan Bil TARIKH
MASA NAMA JENIS KEMALANGAN TINDAKAN/ CATATAN 1 23.1.99 9.30pg Shahilon b. Abd
Halim Luka ibu jari, terkena kaca tabung uji Luka dicuci dengan air mengalir, dibalut dan dibawa
ke hospital untuk rawatan lanjut. 8.2.11 Rekod Radas Dan Peralatan Rosak Atau Pecah Buku
rekod radas rosak dan pecah mesti disediakan di dalam setiap makmal. Ini bertujuan merekod
dan menyemak senarai dan bilangan radas dan peralatan yang telah rosak dan pecah. Rekod ini
juga memudahkan pengurusan audit radas dan peralatan. Butir yang harus direkodkan
ditunjukkan dalam Jadual 8.4. Jadual 8.4: Contoh Rekod Radas dan Peralatan Rosak atau Pecah
Bil Tarikh Nama Kelas Nama Radas/ Peralatan Kuantiti Sebab Rosak/ Pecah Tanda tangan 1
28/7/09 Johadi 4 Sc 2 Bikar 100 ml 1 Jatuh tt 8.3 Peraturan dalam Makmal dan Bilik Sains serta
Bilik Persediaan Semua pengguna makmal dan bilik sains perlu mematuhi peraturan supaya
pada setiap masa makmal dan bilik sains menjadi suatu tempat yang selesa dan selamat. Ini juga
akan memastikan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam makmal dan bilik sains
menjadi lebih efektif. Semua pengguna makmal dan bilik sains perlu mematuhi peraturan berikut:
10. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 93 PANDUAN PENGURUSAN &
Kebenaran guru hendaklah diperolehi sebelum memasuki makmal dan bilik sains dan bilik
persediaan.KESELAMATAN MAKMAL SAINS a. Makanan dan minuman tidak boleh dibawa
masuk atau disimpan dalam makmal dan bilik sains serta bilik persediaan. b. Kebenaran guru
haruslah diperolehi sebelum memasuki makmal dan bilik sains serta bilik persediaan. c. Semua
peralatan dan bahan eksperimen hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya setelah digunakan.
d. Guru yang mengendalikan kelas amali di makmal dan bilik sains tidak boleh meninggalkan
kelas berkenaan tanpa sebarang pengawasan. e. Semua pengguna makmal haruslah sentiasa
memakai kot makmal dan kasut semasa berada dalam makmal sains dan bilik persediaan. f.
Pengguna makmal sains hendaklah memakai gogal semasa menjalankan eksperimen kimia dan
eksperimen yang boleh mencederakan mata. g. Alat dan bahan eksperimen dibenarkan dibawa
keluar dari makmal dan bilik sains hanya dengan kebenaran guru sains. h. Semua kemalangan
yang berlaku hendaklah dilaporkan segera kepada guru, Ketua Bidang Sains dan Matematik,
Pengetua dan Guru Besar serta dicatat dalam buku rekod kemalangan. i. Kebersihan makmal
dan bilik sains serta bilik persediaan perlu dijaga pada setiap masa. j. Bilik persediaan tidak boleh
dijadikan sebagai tempat rehat atau rekreasi. k. Lantai tidak boleh dipasang dengan sebarang
alas seperti tikar, tikar getah atau permaidani. l. Bilik persediaan tidak boleh dipasang alat
pendingin hawa. 8.3.1 Peraturan Makmal dan Bilik Sains bagi Murid Pada awal tahun pihak
sekolah hendaklah menyediakan peraturan makmal dan bilik sains untuk setiap murid. Peraturan
ini hendaklah dibaca oleh guru bersama murid pada awal sesi persekolahan. Murid perlu
memahami, menandatangani dan menampal peraturan ini di dalam buku amali mereka. Contoh
perakuan peraturan makmal dan bilik sains yang perlu ditandatangani oleh murid adalah seperti
Rajah 8.2. PERATURAN MAKMAL DAN BILIK SAINS BAGI MURID PERATURAN AM
11. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & Murid
hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan eksperimen. Dilarang menghidu dan
merasa sebarang bahan kimia kerana bahan kimia adalah beracun dan mengkakis. Botol yang
mengandungi bahan kimia ditutup dengan segera selepas digunakan. Gunakan spatula sahaja
untuk mengambil bahan kimia pepejal. Gunakan bahan kimia mengikut keperluan sahaja
semasa menjalankan amali. Baca label pada botol reagen dengan teliti untuk memastikan
bahawa bahan kimia yang akan digunakan itu adalah betul. Murid dilarang bermainmain di
dalam makmal dan bilik sains. PENGGUNAAN BAHAN KIMIA Makanan dan minuman tidak
dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal dan bilik persediaan. Bahan dan alat dalam
Kit Pertolongan Kecemasan boleh digunakan dengan kebenaran dan pengawasan guru. Hanya
buku dan peralatan belajar yang dibenarkan sahaja boleh dibawa masuk ke dalam makmal dan
bilik sains semasa pengajaran dan pembelajaran sains. Jangan membuang sampah ke dalam
singki. Sisasisa bahan eksperimen hendaklah dibuang ke dalam bekas yang berlabel sisa
bahan. Sebarang benda yang masih bernyala atau berbara tidak boleh dibuang ke dalam tong
sampah. Penunu Bunsen hendaklah dinyalakan hanya dengan pemetik api atau pistol pemetik
api sahaja. Penggunaan kertas, lidi dan mancis tidak dibenarkan. Murid dikehendaki menjaga
kebersihan dan susunan perabut supaya kemas dan teratur. Sebarang kemalangan yang
berlaku perlu dilaporkan dengan segera kepada guru. Peralatan yang rosak atau pecah perlu
dilaporkan dengan segera kepada guru atau kakitangan sokongan makmal berkenaan. Kerja
amali hanya boleh dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran guru. Semua radas
hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan. Semua peralatan dan bahan yang
telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asal atau seperti yang diarahkan oleh guru.
Peralatan dan bahan hanya boleh digunakan atas arahan guru. Peralatan dan bahan dalam
makmal dan bilik sains tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru sains. KESELAMATAN
MAKMAL SAINS 94
12. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 95 PANDUAN PENGURUSAN &
Jika piring petri yang mengandungi mikroorganisma retak atau pecah, ianya hendaklah
dilaporkan kepada guru dengan segera. ................................................. ..................................
Tandatangan Tandatangan Ketua Bidang Sains dan Matematik Pengetua PENGAKUAN Saya
telah membaca dan faham isi kandungan peraturan makmal ini dan mengaku akan mematuhi
segala peraturan di dalamnya Tandatangan murid : ......................................... Tarikh :
.................... Nama : ......................................................................................... Rajah 8.2: Contoh
Perakuan Peraturan Makmal dan Bilik Sains PERINGATAN Pihak sekolah tidak akan
bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian yang tidak diingini sekiranya seorang murid itu
tidak mematuhi peraturan yang tersebut di atas. Jangan buka piring petri yang mengandungi
kultur mikroorganisma. Spesimen yang sudah dibedah hendaklah dikumpul dan ditanam.
Spesimen biologi jenis bukan perosak yang masih hidup hendaklah dikembalikan semula ke
habitatnya. Mesti cermat dan berhati-hati bila menggunakan bahan-bahan kimia yang berlabel
RACUN. PENGGUNAAN BAHAN BIOLOGI Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu
larutan bahan kimia, pengisi pipet hendaklah dibenarkan untuk menyedut keluar larutan.
JANGAN SEDUT DENGAN MULUT. KESELAMATAN MAKMAL SAINS
13. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS 96 8.4 Keselamatan Dalam Pengendalian Bahan
Eksperimen Bahan eksperiman yang terdapat dalam makmal hendaklah dikendalikan dengan
betul dan selamat. Pengendalian bahan eksperimen yang tidak betul boleh mengakibatkan
bahaya-bahaya seperti yang berikut: a. Kebakaran dan letupan disebabkan oleh bahan reaktif. b.
Melecur disebabkan oleh bahan kimia yang mengkakis. c. Alahan kepada bahan eksperimen. d.
Kecederaan disebabkan oleh tumpahan dan percikan bahan kimia. e. Pencemaran kepada alam
sekitar. f. Keracunan disebabkan terhidu gas beracun. g. Kemudaratan disebabkan oleh
pendedahan kepada sinaran radioaktif. 8.4.1 Pengendalian Bahan Kimia Bahan kimia selamat
digunakan jika dikendalikan dengan betul. Terdapat beberapa bahan kimia yang mempunyai ciri-
ciri tertentu seperti mudah terbakar, mudah meletup, mengkakis, beracun dan merengsa. MSDS
(Material Safety Data Sheet) perlu sentiasa dirujuk ketika pengendalian bahan kimia. Bahan
kimia dan label simbol ditunjukkan dalam Rajah 8.7 sebagai panduan kepada pengguna supaya
lebih berwaspada apabila mengendalikannya. MUDAH TEROKSIDA MUDAH TERBAKAR
MUDAH TERBAKAR MUDAH MELETUP MENGKAKIS RADIOAKTIF
14. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 97 PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS Rajah 8.7: Simbol Bahan Kimia Berbahaya 8.4.2 Bahan Kimia
Berbahaya Semua bahan kimia adalah berbahaya sekiranya tidak dikendalikan dengan cara
yang betul. Ini adalah kerana bahan kimia mudah terbakar, menghakis dan beracun serta
bertindak balas menghasilkan bahan lain yang mendatangkan kemudaratan. Bahan kimia
beracun atau berbahaya perlu disimpan di dalam almari berkunci. Sediakan sebuah buku rekod
pengeluaran dan penggunaan bahan-bahan tersebut. Jadual 8.5 menunjukkan contoh rekod
berkenaan. Jadual 8.5: Contoh Borang Rekod Pengeluaran dan Penggunaan Bahan- bahan
Beracun dan Berbahaya Bil Tarikh Nama Jenis Bahan Kimia Kuantiti Tujuan Tanda tangan 1
28/7/09 En. Ibrahim b. Taigo Bromin 10 ml Eksperimen tt Sesetengah tindak balas adalah sangat
cergas sehingga menyebabkan letupan dan kebakaran. Jadual 8.6 berikut menunjukkan contoh
bahan kimia berbahaya yang biasa digunakan di makmal sains. Jadual 8.6 Contoh Bahan Kimia
Berbahaya Yang Biasa Digunakan Bahan Kimia Sifat - Sifat Kesan-Kesan Berbahaya
Penyimpanan dan Pelupusan Catatan Asbestos Merupakan satu campuran oksida silikon,
magnesium, Debu asbestos merengsakan mata, paru-paru dan kulit. Asbestos Basahkan
asbestos dan masukkannya ke dalam beg Penggunaaan asbestos lembut misalnya kertas
MERENGSA ATAU BAHAYA BERBAHAYA KEPADA ALAM SEKITAR
15. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS 98 besi, aluminium, kalsium dan natrium. biru adalah
karsinogenik. Jika dihidu dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan batuk kering dan
barah paru-paru. politena yang dilabelkan dengan jelas sebelum pelupusan. asbestos, tali
asbestos dan kapas asbestos tidak digalakkan dalam makmal sains sekolah. Aseton (Propanon
CH3COCH3) Takat didih 56o C Takat Kilat- 18 o C TLV 1000ppm. Wapnya lebih tumpat daripada
udara. Boleh larut campur dengan air. Sangat mudah terbakar. Wap merengsakan mata, kulit
dan paru-paru. Penghiduan yang berterusan boleh menyebabkan kesan khayal. Simpan dibawah
paras mata dan di tempat sejuk. Jangan bercampur dengan agen pengoksidaan yang kuat.
Simpan sebanyak 250 cm3 pada setiap masa. Aseton harus dicampur dengan air yang banyak
semasa pelupusan. Digunakan untuk mengeringkan bahan-bahan dengan cepat. Boleh
digunakan untuk membuat kukus air bersuhu rendah apabila ia dicampurkan dengan ais kering.
Benzena C6H6 Takat didih 80o C Takat Kilat - 11o C TLV 10 ppm. Cecair kurang tumpat
daripada air. Wapnya lebih tumpat daripada udara. Sangat mudah terbakar dan toksik apabila
tertelan, terhidu atau diserap melaui kulit. Bersifat karsinogenik. Simpan dibawah paras mata dan
di tempat sejuk. Jangan bercampur dengan klorin dan lain-lain agen pengoksidaan. Jangan
dibuang sisa benzena ke dalam singki makmal tetapi ke dalam tanah yang tidak digunakan
Benzena tidak harus digunakan sebagai pelarut organik. Toluena adalah pengganti yang baik
kepada benzena kerana ia kurang toksik. Pengendalian benzena hendaklah dilakukan dalam
kebuk wasap. Bromin, Br2 Cecair meruap yang bewarna perang kemerahan. Takat didih 59o C
Boleh larut dalam air, kloroform, tetraklorometan a, dan etanol. TLV 0.1ppm Wap sangat
merengsakan mata, kulit dan paru-paru. Cecair bromin dan air bromin adalah beracun dan
menghakis. Labelkan BAHAYA pada botol yang mengandungi bromin. Simpan di bawah paras
mata. Campurkan larutan alkali dan curahkan ke dalam longkang bersama dengan Gunakan
penitis apabila memindahkan sedikit air bromin. Ini adalah lebih selamat daripada mencurahkan
daripada botol. Pakai sarung tangan dan
16. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 99 PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS air yang banyak semasa pelupusan. Pelupusan hendaklah di
buat didalam kebuk wasap. gogal apabila menyediakan air bromin. Fenol C6H5OH Takat didih
182o C Takat Lebur 41o C TLV 5ppm. Larut campur dengan air atau natrium hidroksida. Asid
Lemah. Pepejal atau cecairnya adalah beracun dan mengkakis. Wapnya adalah berbahaya pada
mata, paru-paru dan kulit. Pakai sarung tangan dan gogal semasa mengendalikannya. Simpan di
dalam almari yang berkunci. Jangan dicampur dengan agen pengoksidaan. Campurkan dengan
air yang banyak sebelum melupuskannya Dijual dalam bentuk hablur tidak berwarna atau warna
merah. Apabila disimpan lama warna merah jambu akan menjadi lebih gelap kerana kesan
cahaya dan udara. Digunakan sebagai pembasmi mikroorganisma dan dalam pembuatan plastik
serta pencelup. Hidrogen peroksida H2O2 Takat didih 107o C TLV 1ppm. Mengkakis apabila
pekat menyebabkan kesan melecur kepada mata, paru- paru, mulut dan kulit. Pengawasan
diperlukan apabila menggunakan larutan pekat daripada 20 isipadu ke atas. Gunakan sarung
tangan, gogal dan dikendalikan ditempat yang ada peredaran udara yang baik Simpan di tempat
yang sejuk, gelap dan jauh daripada agen penurunan dan sebatian logam peralihan. Jangan
dicampurkan dengan asid, bahan mudah terbakar dan agen penurunan. Tambahkan air yang
banyak sebelum pelupusan. Larutan hidrogen peroksida tidak stabil dan sentiasa terurai 2H2O2
2H20 + O2 Sulfur dioksida, SO2 Gas tidak berwarna, bersifat asid. Takat didih - 10o C. TLV 5
ppm Kepekatan 6-12 ppm merengsakan mata dan sistem respirasi. Sedikit sahaja boleh
mendatangkan kesan buruk kepada seseorang Jangan dicampur dengan natrium hidrida, kalium
klorat(V), natrium dan kromium. Silinder sulfur dioksida mesti disimpan jauh Eksperimen yang
menghasilkan sulfur dioksida hendaklah dibuat dalam kebuk wasap.
17. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS 100 yang sedang mengalami demam paru-paru dan penyakit
asma. daripada wasap asid pekat. Tetrakloro- metana (karbon tetraklorida) CCl4 Cecair tidak
berwarna, lebih tumpat daripada air. TLV 10 ppm Sangat toksik. Boleh mendatangkan kesan
khayal. Disyaki sebagai karsinogen. Apabila dipanaskan ia boleh terurai dan menghasilkan wap
karbonil klorida yang beracun. Merokok dalam udara yang mengandungi wap tetraklorometana
boleh menghasilkan karbonil klorida. Simpan di bawah paras mata. Jangan dicampur dengan
logam alkali. Campurkan air yang banyak dan detergen sebelum pelupusan. Pelarut pengganti
kepada CCl4 yang kurang merbahaya adalah triklorometana. Penggunaan CCl4 dalam beberapa
jenis pemadam api telah dihentikan kerana ia boleh mengurai menjadi karbonil klorida. Trikloro-
metana (kloroform) CHCl3 Takat didih 62o C. TLV 10 ppm. Wap adalah lebih tumpat daripada
udara. Melarut campur sedikit dalam air. Wap merengsakan mata, kulit dan paru-paru. Jika
terhidu dalam jangka masa yang lama mengakibatkan pening kepala, pengsan dan kematian.
Cecair adalah toksik jika tertelan. Tidak boleh terbakar, tetapi seperti tetraklorometana, CCl4
boleh membentuk karbonil klorida apabila dipanaskan. Kloroform boleh menyebabkan kesan
mengantuk. Simpan di bawah paras mata. Jangan di campur dengan logam alkali, aseton dan
agen pengoksidaan. Campur air yang banyak sebelum pelupusan. Triklorometana adalah sejenis
anastetik yang terkenal. Digunakan sebagai pelarut untuk bromin. Kalium Natrium Kalsium
Litium. Logam kelabu berkilat, lembut Meletup dan terbakar apabila bertindak balas dengan air.
Bertindak balas dengan tetraklorometana. Disimpan dalam minyak parafin. Campurkan dengan
etanol glacial sebelum pelupusan. Digunakan dalam kuantiti yang sangat kecil.
18. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 101 PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS Serbuk magnesium, zink, aluminium. Logam kelabu berkilat
Mudah terbakar dengan nyalaan terang Dijauhkan daripada agen pengoksidaan seperti nitrat,
klorat, pengklorat dan peroksida. Mesti digunakan dalam kuantiti yang kecil. Sulfur Pepejal
berwarna kuning. Takat lebur 114o C. Apabila sulfur dipanaskan, letupan dan pembakaran akan
berlaku dan menghasilkan gas sulfur dioksida yang sangat beracun. Apabila sulfur dicampurkan
dengan serbuk logam atau agen pengoksida yang kuat seperi klorat, ia akan meletup dan
terbakar. Sulfur terbakar dengan nyalaan biru dan melecurkan kulit. Mesti dijauhkan daripada
agen pengoksidaan. Elakkan daripada pemanasan. Sulfur disimpan di tempat yang sejuk. Dijual
dalam bentuk serbuk kuning. Dietil eter Takat kilat - 40o C. Mudah terbakar dan meruap. Sangat
mudah terbakar. Disimpan dalam botol Winchester pada rak terbawah dalam almari. Sisa
disimpan dalam botol dan dilabel. Pengendalian mestilah di dalam bilik yang mempunyai
peredaran udara yang baik. Catatan: TLV Threshold Limit Value (Nilai Had Ambang) Takat kilat
(flash point) Suhu paling rendah yang membolehkan ia terbakar apabila bercampur dengan
udara. Maklumat lanjut tentang bahan kimia boleh didapati melalui pelbagai sumber seperti buku,
risalah dan internet. 8.4.3 Bahan Kimia Tidak Serasi Sesetengah bahan kimia adalah tidak serasi
kerana akan bertindak balas apabila bercampur dan menghasilkan bahan merbahaya yang
mengkakis, toksik, mudah terbakar dan meletup. Bahan kimia tidak serasi perlu disimpan secara
berasingan. Berikut disenaraikan bahan-bahan kimia tidak serasi:
19. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS 102 Jadual 8.7: Senarai Bahan Kimia Dan Pasangan Bahan
Kimia Tidak Serasinya. Bahan Kimia Bahan Kimia Tidak Serasi Ammonia Aluminium, zink,
logam-logam tergalvani dan aloinya, halogen. Ammonium nitrat Bahan-bahan mudah terbakar,
asid-asid kuat, bahan-bahan organik, logam aktif secara kimia, serbuk logam, nitrit, klorat, sulfur.
Bromin Bahan mudah terbakar, logam seperti besi, kuprum dan aloinya, alkali. Kalsium karbida
Air, larutan akuas bahan kimia. Kalsium oksida Air, asid kuat. Karbon diaktifkan Kalsium klorat (I)
(kalsium hipoklorit) dan agen-agen pengoksidaan. Kuprum Hidrogen peroksida Klorat(V)
Klorat(VII) Asid klorik(VII) Asid, agen-agen penurunan, serbuk logam, sulfur, sebatian organik
mudah terbakar. Asid oksalik Argentum, merkuri (raksa) Asid etanoik Asid kromik, asid nitrik,
sebatian hidroksil,etana-1,2-diol (etilena glikol), Asid klorik (VII) (asid perklorik), peroksida,
permanganat Bahan Kimia Bahan Kimia Tidak Serasi Etanol (etil alkohol) Kerosin, spirit Hidrogen
peroksida Bahan mudah terbakar, logam-logam seperti kuprum, kromium, besi dan garam-
garamnya, asid nitrik, kalium manganat (VII) (kalium permanganat), fenilamina (anilina) Hipoklorit
Asid, karbon aktif Iodin Ammonia (anhidrous atau akuas), garam- garam ammonium, asetaldehid,
bahan mudah terbakar, aluminium, logam kimia aktif, serbuk logam, karbaid. Metanal
(formaldehid) dan formalin Asid kuat, bes kuat, logam alkali, amina, ammonia, fenol. Apabila
bercampur dengan asid hidroklorik pekat, BCME(bis(chloromethyl)ether), karsinogen yang kuat
terbentuk. Nitrat Asid sulfurik Asid nitrik kuat Logam dan sebatian organik. Apabila bercampur,
kebakaran boleh berlaku atau wasap beracun bagi nitrogen oksida mungkin terbentuk.
Fenilamina (anilina) Hidrogen peroksida, bes kuat, asid kuat, zink, aluminium, larutan
mengandungi garam ferum. Fosforus Alkali kaustik, agen penurunan Fosforus pentaklorida Air,
larutan akuas bahan kimia Kalium Air, larutan akuas bahan kimia dan hidrokarbon terhalogen.
20. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 103 PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS Kalium manganat(VII) (kalium permanganat) Etana-1,2-diol
(etilena glikol), propana- 1,2,3-triol, benzaldehid, asid sulfurik, hidrogen peroksida. Propanon
(aseton) Triklorometana (klorofom) (Apabila bercampur, boleh berlaku letupan), asid nitrik kuat
dan campuran asid sulfurik. Argentum Asid etanadioik (asid oksalik), asid tartarik, ammonia dan
sebatian ammonium. Natrium Air, larutan akuas bahan kimia, asid dan hidrokarbon berhalogen.
Natrium nitrat(III) (natrium nitrit) Sianida, asid kuat, bahan mudah terbakar, bahan organik,
ammonium nitrat dan lain- lain garam ammonium. Sulfida Asid, zink, kuprum, aluminium dan aloi-
aloinya. Asid sulfurik Alkali, klorat(V), klorat(VII) (perklorat), manganat(VII) (permanganat),
etanoik anhidrida (asetik anhidrida), bahan mudah terbakar. Asid sulfurik pekat bertindak balas
dengan sangat reaktif dengan air Cecair mudah terbakar Ammonium nitrat, asid kromik, hidrogen
peroksida, asid nitrik, natrium peroksida, halogen. 8.4.4 Pengendalian Tumpahan Bahan Kimia
Sebarang tumpahan bahan kimia adalah berbahaya dan memerlukan tindakan segera.
Tumpahan ini boleh mengeluarkan wasap toksik di samping menyebabkan kebakaran dan
kemalangan. Sarung tangan getah perlu digunakan semasa membersihkan sebarang tumpahan.
Jadual 8.8 menunjukkan prosedur bagi mengendalikan tumpahan yang berlaku. Jadual 8.8: Cara
Pengendalian Tumpahan Bahan Kimia Bahan Cara Pengendalian Bahan pepejal yang stabil
pada suhu bilik seperti serbuk zink Bahan ini disapu dengan alat yang sesuai, dikumpul dan
dimasukkan ke dalam bekas sisa buangan yang sesuai. Asid Tumpahan larutan asid hendaklah
dibasuh dengan air berlebihan dan disalurkan terus ke dalam longkang. Pepejal natrium
bikarbonat atau larutannya boleh digunakan untuk meneutralkan baki tumpahan asid dan
kemudiannya dicuci dengan air. Apabila berlaku tumpahan asid pekat, siram dengan air yang
banyak untuk mencairkan asid. Ini akan mengurangkan hasilan haba serta percikan asid. Bahan
berminyak seperti minyak kelapa dan gris Tumpahan berminyak hendaklah dilap dengan kain
dan terus dibuang atau ditabur pasir bersih ke atas tumpahan tersebut dan
21. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & Jika
bahan radioaktif tidak diperlukan lagi, maklumkan kepada Institut Teknologi Nuklear Malaysia
(MINT) untuk tindakan pelupusan. Tempat menyimpan bahan radioaktif hendaklah dalam stor
atau almari yang berasingan. Jabatan Bomba dan Penyelamat hendaklah diberitahu tentang
adanya bahan- bahan tersebut. Bahan radioaktif dalam bentuk patlet hendaklah disimpan
semula dalam kotaknya yang telah dilindungi oleh plumbum. Kot makmal, sarung tangan, gogal
dan penyepit hendaklah digunakan semasa mengendalikan bahan ini. Sumber radioaktif
janganlah sekali- kali didekatkan pada tubuh. KESELAMATAN MAKMAL SAINS 104
dibersihkan. Kawasan tumpahan hendaklah dibersihkan dengan sabun dan air. Selepas itu
kawasan tumpahan hendaklah dilap sehingga kering. Pelarut mudah meruap/ terbakar Jika
tumpahan itu sedikit, lapkan dengan kain dan buangkan kain tersebut ke dalam bekas sisa
buangan yang sesuai. Tumpahan yang banyak dibersihkan dengan menggunakan mop sehingga
kering. Mop yang telah digunakan hendaklah dicuci sehingga bersih. Merkuri Pastikan tingkap
dan pintu makmal dibuka supaya terdapat peredaran udara yang cukup. Jika tumpahannya
sedikit, tabur serbuk sulfur atau zink ke atas merkuri dan dibersihkan. Penyedut vakum atau alat
pengutip merkuri boleh juga digunakan untuk mengutip tumpahan merkuri. 8.4.5 Pengendalian
Bahan Radioaktif Terdapat bahan radioaktif dalam makmal sains yang digunakan untuk
pengajaran dan pembelajaran. Bahan ini boleh mengeluarkan sinaran yang mempunyai kuasa
penembusan yang tinggi dan berbahaya. Bahaya yang mungkin timbul daripada penggunaan
bahan ini dan langkah-langkah pengendalian adalah seperti dalam Jadual 8.9. Jadual 8.9:
Langkah Pengendalian Bahan Radioaktif Bahan Kimia Kesan-Kesan Berbahaya Langkah-
Langkah Pencegahan Radium, Strontium, Amerikium, Kobalt, Thorium Sinar yang dikeluarkan
oleh bahan ini boleh mendatangkan mudarat kepada manusia. Dos yang rendah menyebabkan
kanser dan mutasi. Dos yang tinggi membunuh sel, merosakkan organ dan menyebabkan
kematian
22. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 105 PANDUAN PENGURUSAN &
Jika berlaku kecurian atau kehilangan bahan ini, pihak polis, Jabatan Kimia dan Jabatan
Pendidikan Negeri hendaklah diberitahu dengan serta merta. 8.4.6 Pengendalian Bahan Biologi
Langkah keselamatan perlu dititikberatkan dalam pengendalian bahan biologi seperti
mikroorganisma, serangga, parasit dan haiwan kecil. 8.4.6.1 Langkah Keselamatan Dalam
Pengendalian Mikroorganisma Sesetengah bakteria dan fungi adalah berbahaya. Pengendalian
bahan ini hendaklah dilakukan dengKESELAMATAN MAKMAL SAINS an berhati-hati. Berikut
adalah langkah yang perlu diambil: a. Sebelum memulakan kerja, pastikan bahawa terdapat
bekalan bahan antiseptik yang mencukupi. b. Semua permukaan, kerusi dan tempat bekerja
hendaklah dibersihkan dengan bahan pencuci antiseptik sebelum meninggalkan makmal sains. c.
Bahan pencemar yang berbahaya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kecuali setelah ditutup dan
dikedapkan dengan pita selofan serta dilabel dengan jelas. d. Setelah bahan pencemar selesai
digunakan hendaklah dimasukkan ke dalam beg politena dan diikat dengan kemas sebelum
dibuang ke dalam tong sampah. e. Peti sejuk serta alat-alat yang digunakan untuk menyimpan
medium kultur mestilah dibersihkan dengan bahan antiseptik. f. Peti sejuk tidak boleh digunakan
untuk menyimpan bahan makanan dan minuman kecuali untuk tujuan eksperimen. g. Semasa
melakukan pembersihan, kot makmal, sarung tangan dan gogal perlu digunakan. h. Untuk
mengurangkan berlakunya pencemaran melalui tumpahan, semua bekas yang mengandungi
bahan jangkitan hendaklah diletakkan di dalam dulang yang besar. i. Selepas setiap eksperimen
melibatkan mikroorganisma, permukaan meja mestilah dilap dengan bahan disinfektan serta
merta. j. Tangan hendaklah dicuci bersih dengan sabun dan antiseptik selepas eksperimen yang
melibatkan mikroorganisma dan
23. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS 106 keringkan tangan dengan tisu tuala dan buangkan ke
dalam tempat buangan yang bertutup. k. Semua tumpahan dan kemalangan mestilah
direkodkan. 8.4.6.2 Langkah Keselamatan Dalam Pengendalian Serangga Dan Haiwan Kecil
Semasa mengendalikan serangga dan haiwan kecil, beberapa langkah keselamatan perlu
diambil seperti yang berikut: a. Serangga dan haiwan kecil perlu diletakkan dalam bekas yang
selamat seperti sangkar atau akuarium. b. Haiwan kajian mungkin membawa patogen, oleh itu
pengendalian perlu dilakukan dengan selamat seperti memakai sarung tangan. c. Sebarang luka
pada tangan hendaklah dibalut dengan sepenuhnya sebelum menjalankan kajian ke atas
serangga dan haiwan kecil. d. Sebarang gigitan dan cakaran oleh haiwan kajian hendaklah
dirawat dengan bahan antiseptik dan rawatan lanjut hendaklah di ambil. e. Lupuskan haiwan
kajian sebaik sahaja selepas tugasan atau kerja kajian tamat. Jika haiwan tidak cedera lepaskan
ke habitat asal. f. Bangkai haiwan kajian hendaklah dilupus dengan cara yang selamat seperti
ditanam atau dibakar sehingga hangus. g. Hentikan kerja atau tugasan jika didapati haiwan
tersebut berpenyakit dan lupuskan haiwan tersebut dengan cara yang betul 8.4.6.3 Pengendalian
Tumpahan Bahan Mikroorganisma Tumpahan kultur mikroorganisma mestilah dilaporkan dan
dikendalikan oleh guru atau pembantu makmal. Ketika pembersihan tumpahan, sarung tangan,
kot makmal dan pelindung muka mestilah dipakai. Gunakan alat pernafasan untuk mengelakkan
tersedut wap yang terbentuk daripada tumpahan. Jangan menyedut wap yang terbentuk.
Tumpahan mesti ditutup dengan tuala yang direndam dalam disinfektan. Biarkan tuala di tempat
tersebut selama 15 minit kemudian lap dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Bahagian
yang tercemar mestilah disterilkan dengan bahan yang sesuai. Sekiranya kulit terkena tumpahan,
basuh dengan cecair sabun dan air serta merta. Dapatkan bantuan perubatan jika perlu. 8.4.6.4
Pelupusan Bahan Kultur Dan Bahan Tercemar Bahan kultur yang tidak diperlukan mestilah
dimusnahkan menggunakan stim di bawah tekanan atau rendam dalam bahan
24. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 107 PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS disinfektan selama beberapa jam sebelum dilupuskan. Semua
radas yang tercemar dengan mikroorganisma atau bahan buangan mestilah dirawat dengan cara
yang sama sebelum dilupuskan. 8.4.6.5 Alat Elektrik Penggunaan alat-alat elektrik boleh
mengakibatkan kemalangan jika tidak mengikut peraturan atau alat elektrik berkenaan tidak
diselenggarakan dengan sempurna. Untuk mencegah kemalangan yang disebabkan oleh
pengendalian alat elektrik yang tidak betul, langkah-langkah yang berikut perlu diambil: a.
Pastikan suis tidak dipasang dengan tangan yang basah. b. Jangan bekerja dengan tangan yang
basah atau berdiri di atas lantai yang lembap apabila menggunakan peralatan elektrik. c. Tutup
suis sumber kuasa dan tanggalkan palam sebelum membuat sambungan atau sebarang
perubahan pada litar atau peralatan. d. Semua sambungan wayar hendaklah dibuat dengan betul
dan baik serta menggunakan wayar yang bertebat. e. Jangan melebihi beban kuasa dengan
menggunakan lebih daripada satu peralatan pada setiap satu punca kuasa. f. Soket atau palam
yang retak atau rosak hendaklah diganti dengan segera. g. Pastikan wayar disambung dengan
mengikut kod warna yang betul. h. Pastikan wayar dan kabel dalam keadaan yang baik. i.
Peralatan elektrik hanya boleh disambung kepada soket tiga pin. j. Sebarang kerosakan
pendawaian elektrik hendaklah dibaiki oleh juru elektrik yang bertauliah. k. Semua peraturan
keselamatan elektrik hendaklah dipatuhi. 8.4.7 Pengendalian Bahan Eksperimen Yang
Berbahaya Kemalangan boleh berlaku dalam pengendalian peralatan dan bahan eksperimen
semasa menjalankan eksperimen sekiranya murid cuai dan tidak mengambil langkah berjaga-
jaga. Terdapat eksperimen yang dijalankan dalam makmal sains yang mungkin mendatangkan
bahaya. Langkah- langkah tertentu perlu diambil dalam pengendaliannya seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 8.10.
25. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS 108 Jadual 8.10: Pengendalian Bahan Eksperimen Yang
Berbahaya Eksperimen Cara Pengendalian Penyalaan hidrogen Eksperimen yang melibatkan
gas hidrogen adalah berbahaya. Nyalaan terbuka mesti dielakkan. Campuran hidrogen dan
oksigen akan meletup apabila dinyalakan. Pemanasan klorat Pemanasan klorat bersama-sama
dengan bahan yang mudah teroksida seperti fosforus atau sulfur boleh mengakibatkan letupan.
Pastikan campuran klorat tidak mengandungi fosforus dan sulfur. Pemanasan Ammonium nitrat
Sebarang eksperimen pemanasan melibatkan ammonium nitrat hendaklah dielakkan kerana
bahan ini mungkin meletup apabila dipanaskan walaupun dalam kuantiti yang kecil. Tindak balas
yang melibatkan logam reaktif Eksperimen yang melibatkan logam reaktif seperti natrium atau
kalium hendaklah menggunakan kuantiti yang kecil sahaja. Penyepit hendaklah digunakan untuk
mengambil atau memindahkan bahan ini. Eksperimen menggunakan asid pekat Dalam
eksperimen yang menggunakan asid pekat, elakkan daripada menuangkan air ke dalam asid
pekat. Sekiranya asid pekat perlu dicairkan, tuangkan asid perlahan-lahan ke dalam air. Jangan
sekali-kali mencampurkan asid pekat kepada klorat. Gunakan penitis apabila memindahkan asid
pekat semasa eksperimen. Eksperimen yang melibatkan bromin Eksperimen elektrolisis
plumbum(II) bromida menghasilkan gas bromin. Wap bromin berbahaya kepada mata, peparu
dan kulit. Eksperimen yang melibatkan cecair atau wap bromin perlu dijalankan dalam kebuk
wasap. Dalam eksperimen redoks, air bromin lebih selamat digunakan berbanding dengan cecair
bromin. Eksperimen yang berbahaya haruslah dijalankan secara demonstrasi oleh guru. Semasa
demonstrasi langkah-langkah yang berikut mestilah dipatuhi: a. Jarak di antara murid dengan
bahan demonstrasi hendaklah sesuai. b. Pastikan kumpulan murid yang kecil semasa
demonstrasi dijalankan. c. Pastikan alat-alat keselamatan digunakan. d. Tempat di mana
demonstrasi dijalankan hendaklah sesuai sama ada di luar atau di dalam makmal dan bilik sains.
e. Guru mestilah sentiasa berada di dalam makmal sewaktu murid berada di dalam makmal dan
bilik sains.
26. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 109 PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS 8.4.8 Pengendalian Silinder Gas 8.4.8.1 Penyimpanan a.
Tempat penyimpanan mestilah tidak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari, sumber
yang boleh mendatangkan kepanasan dan mempunyai ruang pengudaraan yang baik. b. Tempat
penyimpanan haruslah ditutup dan dikunci bagi mengelakkan orang luar memasukinya. c.
Silinder gas mestilah diletakkan pada posisi menegak dan kepala silinder harus dipastikan ditutup
menggunakan penutup logam. d. Silinder Asitilena mestilah tidak diletakkan berhampiran dengan
Silinder Oksigen. e. Silinder yang kosong dan yang penuh hendaklah diletakkan berasingan.
Labelkan silinder yang kosong bagi mengelakkan kesilapan pengambilan silinder gas. 8.4.8.2
Ujian Kebocoran Gas a. Larutan sabun digunakan bagi menguji sebarang kebocoran gas.
Larutan sabun disapu pada kawasan sekitar injap soket dan di kawasan yang disyaki mengalami
kebocoran. Ia akan menghasilkan buih sekiranya kebocoran berlaku. b. Alat pengawal atur yang
digunakan hendaklah bersesuaian mengikut jenis gas yang terdapat di dalam silinder gas. c.
Penutup alat pengawal atur tidak perlu disambung dengan terlalu ketat dengan silinder gas.
Sambungan dilakukan cukup sekadar dengan menggunakan kekuatan tangan atau
menggunakan pengunci yang bersesuaian. d. Injap gas haruslah dibuka secara perlahan bagi
mengelakkan sebarang tekanan tinggi lampau yang boleh merosakkan alat pengawal. e.
Pastikan kawasan injap bebas daripada sebarang kotoran, gris, butiran pasir, air dan minyak. f.
Bahagian injap dan penyambungan silinder gas oksigen dan asitilena hendaklah dipastikan
bebas daripada minyak dan gris. 8.4.8.3 Pengalihan Silinder Gas a. Jangan sesekali
mengalihkan silinder gas dengan menggolekkan, mengheret atau menghempas. Pengalihan
hendaklah dilakukan satu persatu dan dipastikan semua alat pengawal atur gas telah dibuka dan
kepala silinder ditutup dengan penutup logam.
27. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS 110 b. Alihkan silinder gas dengan menggunakan troli khas.
8.4.8.4 Silinder Gas Di Dalam Makmal a. Jangan sesekali membiarkan silinder gas dalam
keadaan terbaring di atas lantai makmal. Ia mestilah diikatkan pada dinding menggunakan rantai.
b. Setiap silinder gas hendaklah dilabelkan atau ditandakan bagi mengenal pasti kandungan
silinder. c. Setiap sambungan gas hendaklah ditutup dan dicabut selepas digunakan. d. Warna
piawai digunakan bagi mengenalpasti kandungan silinder gas. Jadual 8.11 menunjukkan contoh
warna piawai yang biasa digunakan. Jadual 8.11: Gas Dan Warna Piawai Silinder Gas Warna
Silinder Asitilena Merah manggis Karbon Dioksida Hitam Oksigen Hitam Metana Merah Hidrogen
Merah Nitrogen Kelabu 8.4.9 Pengendalian Radas Kaca Radas kaca merupakan item yang lazim
digunakan di dalam makmal. Sekiranya tidak dikendalikan dengan cara atau teknik yang betul, ia
boleh mengakibatkan kecederaan dan kemalangan. 8.4.9.1 Langkah Berjaga-Jaga a. Tiub atau
rod kaca hendaklah dibawa dalam keadaan menegak. b. Sentiasa gunakan gogal semasa
menyediakan radas kaca seperti memotong salur kaca. c. Gunakan sarung tangan kulit apabila
memotong kaca atau mengendalikan kaca pecah. d. Setiap radas kaca hendaklah sentiasa
diletakkan di tengah meja makmal bagi mengelakkan ia terjatuh dan pecah. e. Jangan cuba
menyambut radas kaca yang jatuh kerana ia mungkin pecah di tangan dan mengakibatkan
kecederaan.
28. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 111 PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS f. Jangan sesekali memaksa tiub kaca disambung dengan
penyumbat getah. Gunakan air atau gliserin bagi melicinkan penyambungan. g. Gunakan pelapik
kasa dawai untuk melindungi radas kaca semasa pemanasan. h. Jangan guna radas kaca yang
telah calar dengan teruk, retak atau pecah. i. Letak dan asingkan radas kaca yang telah
dipanaskan di atas pelapik asbestos. Letakkan tanda amaran Radas Panas. j. Alih dan
asingkan setiap radas kaca yang telah pecah ke dalam bekas khas yang disediakan. Jangan
sesekali meletakkannya kembali ke dalam rak simpanan. k. Cuci dan bersihkan radas kaca
setiap kali selepas ia diguna. Keringkan di atas rak pengering sebelum ia disimpan semula di
dalam rak. 8.5 Prosedur Pertolongan Cemas Guru-guru sains dan pembantu makmal perlu
mengetahui prosedur pertolongan cemas. Apabila berlaku kemalangan atau kecemasan di
makmal, guru-guru sains dan pembantu makmal perlu mengambil tindakan segera untuk
memberi pertolongan cemas kepada mangsa sebelum menghantarnya ke hospital. Berikut
disenaraikan jenis tindakan yang perlu diambil apabila berlaku kes-kes kecemasan: 8.5.1
Tindakan Ketika Kecemasan 8.5.1.1 Pitam atau pengsan Sesetengah kemalangan boleh
menyebabkan pitam atau pengsan. Langkah-langkah berikut perlu diambil: a. Pastikan mangsa
boleh bernafas dengan baik. Longgarkan pakaian mangsa yang ketat. Jika pernafasan atau nadi
berhenti, bantuan pemulihan pernafasan perlu dijalankan serta merta dan pada masa yang sama
dapatkan bantuan ambulan. b. Perhatikan tahap kesedaran berdasarkan bukaan mata, lisan dan
pergerakan. c. Periksa kadar pernafasan dan nadi secara teratur. d. Periksa dan rawat sebarang
luka yang serius. e. Siasat punca yang menyebabkan pengsan. f. Baringkan mangsa dengan
kepala direndahkan. g. Selimutkan mangsa.
29. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS 112 h. Jangan beri sebarang benda melalui mulut kepada
mangsa yang tidak sedar. i. Hidukan mangsa dengan garam ammonia. j. Apabila mangsa sedar,
tenangkan dan periksa mangsa dan nasihatkan mangsa berjumpa doktor. k. Apabila mangsa
telah sedar, beri minum minuman panas. 8.5.2. Kejutan elektrik Langkah-langkah yang perlu
diambil adalah: a. Dalam keadaan yang selamat, matikan suis dengan serta merta dan
pindahkan mangsa daripada bersentuhan dengan sumber elektrik. Jangan sentuh mangsa tanpa
perlindungan sehingga anda pasti mangsa tidak bersentuh dengan sumber elektrik. b. Jika tidak
dapat menghentikan arus elektrik serta merta, berdiri di atas benda kering seperti kayu, getah
atau kertas tebal atau sebarang bahan penebat, cuba pisahkan mangsa daripada sumber elektrik
menggunakan sebarang bahan bukan pengalir yang kering seperti kayu. c. Periksa bahagian
badan mangsa jika terdapat tanda melecur. Letakkan kain yang disteril di atas tempat melecur
dan balut dengan pembalut luka. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera. d. Jika
pernafasan terhenti, berikan bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR). Bawa mangsa berjumpa
doktor dengan serta merta. 8.5.3 Melecur dan melepuh 8.5.3.1 Melecur disebabkan api
Rendamkan tempat melecur ke dalam air sejuk atau letakkan di bawah air mengalir sehingga
kesakitan reda. Jika kawasan melecur tidak boleh direndam dalam air sejuk, tuamkan dengan
ais. Jangan cucuk bahagian yang melecur atau melepuh. Jika kebakaran menyebabkan luka,
tutup bahagian melecur dengan kain kasa yang distreril untuk mengelakkan jangkitan sebelum
mendapat rawatan doktor. 8.5.3.2 Melecur disebabkan bahan kimia Basuh secukupnya dengan
air. Dapatkan rawatan doktor selepas memberi rawatan kecemasan. Rawatan kecemasan untuk
melecur ringan adalah seperti dalam Jadual 8.12.
30. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 113 PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS Jadual 8.12: Prosedur Kaedah Rawatan Mengikut Bahan
Kimia Bahan Kimia Kaedah Rawatan Asid Basuh dengan air dan bilas dengan 1% larutan
natrium bikarbonat. Basuh dengan air sekali lagi. Alkali Sama seperti asid tetapi gunakan 1%
asid asetik untuk bilasan. Bromin Basuh dengan air kemudian bilas dengan ammonia cair (1
daripada 15 bahagian air) Natrium dan kalium Pindahkan logam dengan penyepit ke dalam
parafin. Rendamkan anggota yang melecur ke dalam air selama 20 minit. Tempat melecur
dikeringkan dan ditutup dengan kain kasa yang disteril. Fosforus Basuh dengan air diikuti dengan
larutan 3% kuprum sulfat. Tutup dengan kain basah. Jangan sapukan sebarang losyen, minyak
angin atau sebarang bahan kimia di tempat yang cedera. 8.5.4 Luka, cedera dan patah 8.5.4.1
Jika luka ringan dengan sedikit pendarahan: a. Keluarkan kotoran atau kaca dan basuh di bawah
aliran air. b. Lap dengan kain kasa yang bersih, kering dan steril. c. Bawa ke hospital jika
perlukan jahitan. d. Jika kecederaan disebabkan oleh objek kasar dan kotor (paku karat)
maklumkan kepada doktor supaya mangsa mendapat suntikan anti-tetanus. 8.5.4.2 Pendarahan
berlebihan Jika pendarahan berlebihan, cuba berikan bantuan kecemasan untuk
memberhentikan kehilangan darah. Baringkan mangsa dengan bahagian yang luka ditinggikan.
Tekap dengan kuat luka dengan menggunakan kain yang bersih. Dapatkan rawatan doktor
dengan segera. 8.5.4.3 Kecederaan Jika kecederaan berlaku disebabkan kaca termometer,
mangsa perlu diberikan rawatan perubatan segera kerana luka tersebut mungkin dicemari
dengan logam dan bendasing yang tidak dapat disterilkan dengan antiseptik.
31. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS 114 8.5.4.4 Patah Tulang Jika berlaku kes patah tulang,
jangan gerakkan mangsa kecuali terdapat ancaman asap atau kebakaran. Berikan rawatan untuk
pendarahan atau kejutan dan dapatkan bantuan perubatan segera. Jika mangsa perlu
dipindahkan untuk rawatan, dapatkan sokongan anduh atau usungan untuk mengelakkan
kecederaan yang lebih serius. 8.5.4.5 Bahan yang tercemar dengan darah mesti dikendalikan
dengan baik dan langkah berjaga-jaga berikut perlu diambil: a. Elak menyentuh bahan-bahan
tercemar darah dengan tangan tanpa pelindung. Sentiasa menggunakan sarung tangan plastik
pakai buang. b. Gunakan bahan peluntur (cairkan dengan air dengan nisbah 1:5) untuk
membersihkan kawasan tercemar. c. Sarung tangan, pakaian dan kain lap yang tercemar dengan
darah hendaklah dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat untuk dilupuskan. 8.5.5
Kecederaan mata a. Semua kecederaan mata adalah kes serius dan perlu dapatkan rawatan
perubatan serta merta. b. Jika bahan kimia masuk ke dalam mata, gunakan botol pencuci mata
serta merta atau basuh dengan aliran air sejuk sehingga rasa sakit reda. Jangan cuba
meneutralkan mata dengan asid atau alkali. Nasihatkan mangsa agar tidak menggosok matanya.
c. Jangan gunakan air jika terdapat objek asing seperti kaca di dalam mata. d. Jangan cuba
mengeluarkan objek asing seperti kaca daripada mata. e. Hantarkan mangsa untuk mendapatkan
rawatan serta merta. f. Tutup mata dengan kain kasa yang tebal dan lembut. 8.5.6 Keracunan
8.5.6.1 Keracunan di dalam mulut. Ludahkan dengan serta merta dan kumur dengan air yang
banyak kemudian dapatkan rawatan perubatan. 8.5.6.2 Tertelan bahan beracun. a. Hubungi
hospital yang berdekatan. b. Pastikan jenis racun yang ditelan.
32. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 115 PANDUAN PENGURUSAN &
KESELAMATAN MAKMAL SAINS c. Jika bahan beracun tersebut adalah asid kuat atau alkali
kuat atau hidrokarbon atau jika mangsa mengalami sawan, jangan rangsang mangsa untuk
muntah. d. Jika mangsa sedar, berikan 2 - 4 gelas air atau susu dengan serta merta. Paksa
mangsa memuntahkan racun dengan menjolok tekaknya dengan jarinya sendiri. Ulang sehingga
tiada cecair dimuntahkan. e. Dapatkan rawatan di hospital dengan segera. 8.5.6.3 Terhidu gas
beracun Langkah-langkah yang perlu diambil adalah: a. Buka pintu dan tingkap dan alihkan
mangsa ke tempat yang lebih selamat. b. Periksa saluran pernafasan mangsa dan pastikan tidak
tersekat. c. Letakkan mangsa dalam keadaan selesa. d. Jika pernafasan mangsa terhenti,
berikan bantuan pernafasan dengan alat bantu pernafasan. Jika nadi mangsa terhenti, berikan
bantuan pernafasan CPR. e. Dapatkan bantuan perubatan serta merta. 8.5.6.4 Keracunan
secara sentuhan dan penyerapan melalui kulit. a. Buka semua pakaian tercemar yang
bersentuhan di bawah pancuran air dan basuh bahagian tercemar dengan sabun yang banyak. b.
Biarkan mangsa dalam keadaan baring dan diselimutkan. Dapatkan rawatan doktor selanjutnya.
c. Jangan berikan sebarang antidot seperti alkali ke atas asid atau sebaliknya atau pelarut seperti
alkohol untuk fenol. d. Basuh tangan sebelum meninggalkan makmal dan bilik sains. 8.5.7
Kaedah Bantuan Pernafasan Bantuan pernafasan amat perlu diberikan dengan segera kepada
mangsa kemalangan yang menyebabkan pernafasan terhenti. Pernafasan boleh terhenti
disebabkan oleh kejutan elektrik, sedatif, gas beracun dan lemas. 8.5.7.1 Kaedah mulut ke mulut.
a. Membuka laluan udara
33. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN &
Pegang rahang bawah dan picit hidung mangsa. Sedut nafas dan hembus udara dengan kuat
sehingga dada mangsa naik. Rajah 8.10: Cara Bantuan Pernafasan Sekiranya mangsa tidak
sedar, periksa mulut mangsa dan pastikan tiada sebarang benda menghalang pernafasan. Rajah
8.8: Cara memeriksa mulut mangsa Rajah 8.9: Cara mendongakkan kepala mangsa b.
Pernafasan Baringkan mangsa dan longgarkan pakaian. Pastikan lidah mangsa tidak
menghalang laluan udara dengan mendongakkan kepala mangsa. KESELAMATAN MAKMAL
SAINS 116
34. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 117 PANDUAN PENGURUSAN &
Ulang empat kali atau sehingga mangsa sedar. Selepas 30 tekanan, berikan dua pernafasan
CPR. Jika tiada degupan jantung, tekan tulang dada dengan dua tangan secara pantas dengan
kiraan sehingga 30. Rajah 8.12: Cara memberikan tekanan pada dada Baringkan mangsa dan
periksa nadi. Rajah 8.11: Cara memeriksa nadi mangsa Dapatkan bantuan perubatan dengan
segera. Baring dan selimutkan mangsa supaya berada dalam keadaan selesa. c. Peredaran
(circulation) untuk memberi tekanan kepada dada Penting: Jangan berikan tekanan pada dada
jika terdapat degupan jantung atau nadi berdenyut. Teruskan pernafasan mulut ke mulut
sehingga mangsa mula bernafas. Dalam sesetengah kes, mangsa mengambil masa beberapa
jam untuk sedar. Alihkan mulut anda dan dengar dengan baik bunyi udara dihembus keluar.
Kemudian ulang tindakan menghembus udara kepada mangsa. KESELAMATAN MAKMAL
SAINS
35. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & Bawa
mangsa ke hospital. Catatan : Dapatkan latihan teknik rawatan CPR yang betul. 8.6 Cadangan
Makmal dan bilik sains yang selamat merupakan asas kepada penghasilan makmal dan bilik
sains yang kondusif dan selesa untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Aspek keselamatan
sewajarnya diberikan keutamaan oleh pihak sekolah khasnya pentadbir, guru serta kakitangan
makmal. Selain perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam mewujudkan
makmal yang selamat, guru dan kakitangan makmal juga perlu mempunyai pengetahuan
pertolongan cemas. Oleh yang demikian, adalah wajar guru dan kakitangan makmal diberikan
latihan berkaitan prosedur menangani kecemasan, pengurusan makmal dan bilik sains serta
pertolongan cemas. 8.7 Rujukan 8.7.1 RECSAM (1978). Laboratory Management and
Techniques for Schools and Colleges. Anthonian Store Sdn. Bhd., 1978. 8.7.2
http://cd1.edb.hkedct.net/cd/science/laboratory/safety/shb_2002e.pdf. Handbook on Safety in
Science Laboratories. City University of Hongkong. 8.7.3 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerja (1997). Guidelines for Labelling Hazardous Chemicals. Kementerian Sumber Manusia,
Malaysia. 8.7.4 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (2004). Guidelines on First-Aid in
the Workplace. Kementerian Sumber Manusia, Malaysia. 8.7.5 Pusat Perkembangan Kurikulum
(1999). Pengurusan dan Keselamatan Makmal Sains di Sekolah. Kementerian Pelajaran
Malaysia.KESELAMATAN MAKMAL SAINS 118

Kemahiran Manipulatif
-->
Pengenalan
Sains menekankan inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan
penyelesaian masalah kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir di gunakan.
Kemahiran saintifik adalah penting dalam sebarang penyiasatan saintifik saperti
menjalankan eksperimen dan projek. Kemahiran saintifik merangkumi kemahiran
proses sains dan kemahiran manipulatif.
Apakah dia kemahiran manipulative?Manipulatif bermaksud mengawal atau
kebolehan menggunakan sesuatu dengan mahir.Oleh itu kemahiran manupulatif
adalah kemahiran psikomotor yang membolehkan kita untuk melaksanakan kerja-
kerja amali yang melibatkan perkembangan koordinasi mata-tangan dan kebolehan
mengendalikan projek.Sebagai contoh seorang pelajar menggunakan sepasang
tweezer..dan kanta pembesar untuk mengamati organ dalaman tumbuhan berbunga.
Kemahiran manipulatif di dalam penyiasatan saintifik adalah kemahiran psikomotor
yang membolehkan pelajar menguasai :
a) Jenis dan unit pengukuran
b) Pengguanaan dan pengendalian alatan sains
c) Melukis gambarajah dan alatan dengan tepat
d) Pengendalian specimen dengan cara yang betul dan
cermat
e) Pembersihkan peralatan sains dengan betul
f) Penyimpanan alatan sains dan bahan makmak dengan
betul dan selamat
Dengan menguasai kemahiran manipulatif para saintis mampu mendapatkan
keputusan yang sah.Ia juga akan menghindarkan kemalangan dan


1. Lukis dan namakan peralatan yang pernah anda gunakan untuk
pengajaran sains sekolah rendah
2. Terangkan bagaimana anda menggunakan peralatan tersebut dengan
betul.



Bila menggunakan kemahiran manipulatif pelajar perlu mengambil kira keselamatan
diri dan rakan-rakan.Langkah-langkah yang perlu diambil termasuk semasa
menggunakkan alatan yang pecah ,tidak mencucuk bahan yang tajam dan panas
kepada rakan-rakan , mengelakkan specimen yang tajam,serangga yang berbisa
dan memakan bahan yang beracun secara tidak sengaja. Melatih sikap
tanggungjawab terhadap keselamatan diri dan orang lain adalah sikap yang baik dan
murni.


Dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai,bina satu peta
konsep tentang kepentingan menguasai kemahiran manipulatif bagi
pelajar.


2.1 JENIS DAN UNIT PENGUKURAN

2.1.1 PENGUKURAN PANJANG

Untuk mengukur panjang, kita boleh menggunakan pembaris atau pita ukur. Ukuran
terkecil pada pembaris meter adalah 0.1 cm. Pembaris meter hanya boleh mengukur
panjang dengan tepat sehingga 0.1 cm.


1. Huraikan cara yang betul bagaimana untuk membaca skala pada
pembaris untuk mengelakkan ralat parallak
.
2. Huraikan bagaimana diameter sebiji bola ping pong boleh diukur
dengan menggunakan pembaris meter dan sepasang set square


Angkup vernier dan micrometer screw gauge adalah alat yang biasa digunakan
didalam makmal dan industry. Angkup vernier sesuai untuk mengukur panjang
objek, diameter luar (OD) objek berbentuk sfera atau silinder, diameter dalam (ID)
paip dan kedalaman lubang.


Kumpul maklumat daripada pelbagai sumber mengenai angkup
vernier dan mikrometer tolok skru.
.


2.1.2 MENGUKUR MASA
Masa boleh diukur dengan menggunakkan alat seperti jam, atau sebarang alat yang
mengalami gerakan secara berkala.




Jam randik analog Jam randik digital


JAM RANDIK

Jam randik digunakan untuk mengukur julat masa yang pendek. Terdapat dua jenis
jam randik iaitu jam randik digital dan analog. Jam randik digital lebih tepat dari jam
randik analog kerana ia boleh mengukur masa dalam julat 0.01saat manakala jam
randik analog hanya boleh mengukur masa dalam julat 0.1 saat..
Oleh kerana jam randik adalah alat yang sensitif dua atau tiga bacaan perlu diambil
dan masa purata dirakamkan. Ini disebabkan masa bermula dan berakhir tidak sama
diantara individu.


Masa reaksi yang biasa diambil oleh individu adalah diantara 0.2
hingga 0.3 saat. Fikirkan satu eksperimen untuk mengaggarkan masa
reaksi untuk seseorang individu.





2.1.3 MENGUKUR ISIPADU


Isipadu adalah jumlah ruang yang di isi biasanya diukur dengan menggunakan bikar,
flask konikal, flask volumetrik, silinder bersenggat, picagari, buret dan pipet. Ahli
kimia menggunakan unit liter(l) dan milliliter(ml). Senggatan pada bikar dan flask
konikal adalah anggaran dan tidak boleh digunakan untuk mendapatkan ketepatan
pengukuran. Pipet,buret dan flask volumetrik digunakan bagi tujuan tersebut.








1.1.4 MENGUKUR SUHU

Termometer raksa adalah termometer yang selalu di gunakan dalam makmal sains.
Merkuri didalam bulb akan mengembang apabila dipanaskan. Pengembangan ini
akan menolak keatas benang merkuri dalam tiub kapilari. Bulb ini diperbuat daripada
kaca yang nipis supaya haba dapat dikonduksikan dengan cepat kepada merkuri
.Batang kaca yang berbentuk silinder bertindak sebagai kanta pembesar supaya
suhu boleh dibaca dengan mudah.


Huraikan bagaimana menggunakan pipet dalam penitratan asid-bes
dengan betul.
Adakah asid atau bes boleh dimasukkan ke dalam pipet? Kenapa?












2.1.5 MENGUKUR JISIM

Jisim adalah kandungan jirim sesuatu objek. Kita selalunya menggunakan
neraca tiga palang untuk mengukur jisim. Ianya mendapat nama neraca tiga
palang kerana ia mempunyai tiga palang yang menunjukkan jisim yang berada
pada setiap beam

Ini adalah gambarfoto neraca tiga
palang. Anda mungkin telah
menggunakan nya di sekolah.terdapat
pelbagai jenis penimbang. Saintis
memerlukan penimbang untuk
mengukur jisim yang kecil.



Neraca tiga palang membandingkan jisim yang diketahui dengan jisim yang tidak
diketahui dan ianya tidak dipengaruhi oleh gravity, tidak saperti penimbang spring
yang mengukur berat. palang yang pertama mengukur jisim dari 0 hingga 10 grams.

1. Bincangkan cara yang betul bagaimana menggunakan termometer
merkuri.
2. Apakah persamaan dan perbezaan di antara termometer merkuri dan
termometer klinikal?

palang yang tengah mengukur dalam julat 100 grams dan beam yang akhir dalam
julat 10 grams. Dengan menggunakan ketiga-tiga palang anda boleh mengukur jisim
objek yang anda kehendaki.

1.1.6 MENGUKUR ARUS ELEKTRIK/VOLTAN


AMMETER



Untuk mengukur jumlah arus elektrik ammeter boleh digunakan. Ammeter
disambungkan secara siri dengan litar elektrik. . Bacaan skala maksikum adalah
pesongan penuh skala.

Kebanyakan ammeter mempunyai skala berkembar. Ammeter adalah alat yang
sensitif. Untuk mengelakan kerosakan ammeter langkah-langkah berjaga-jaga
berikut perlu diperhatikan;

1. ammeter mempunyai julat yang sesuai untuk mengukur arus.
2. jika arus yang diukur adalah besar daripada pesongan maksimun skala ,arus
berlebihan akan mengalir melalui ammeter dan merosakkanya.
3. adalah penting untuk dimulakan dengan julat yang tertinggi bila menggunakan
ammeter.
4. ianya adalah penting untuk menyambungkan ammeter dengan cara yang betul untuk
mengelakkan kerosakan bila jarum penunjuk bergerak dalam arah yang salah.
Terminal positif ammeter perlu disambungkan kepada terminal positif bateri atau
punca kuasa. Begitu juga dengan terminal negatif ammeter.
5. sebelum menggunakan ammeter pastikan jarum ammeter berada pada kedudukan
sifar. Ini boleh dilakukan dengan melaraskan pelaras sifar dibawah jarum tersebut.


VOLTMETER




Beza keupayaan merentasi 2 titik dalam sesuatu litar boleh diukur dengan
menggunakan voltmeter. Voltmeter perlu disambungkan secara selari merentasi
komponen yang di ukur. Langkah-langkah berjaga-jaga sama saperti penggunaan
ammeter.








2.2.0 PENGGUNAAN DAN PENGENDALIAN ALATAN SAINS


2.2.1 Mikroskop

Mikroskop cahaya kebanyakan modul yang digunakan di sekolah menggunakan
kanta dan cahaya untuk membesarkan objek. Kanta yang digunakan membiaskan
cahaya untuk membuatkan objek nampak lebih dekat.

Stereoskop mikroskop ini membenarkan penglihatan binocular untuk melihat objek
yang lebih besar.



multimeter adalah meter elektrik
pelbagai fungsi.

Bincangkan apa yang boleh diukur
dan bagaimana menggunakannya







2.20 PENGGUNAAN DAN PENGENDALIAN BAHAN KIMIA

Jangan memanaskan pelarut yang mudah terbakar dengan api
Pelarut yang tidak di gunakan perlu disimpan semula didalam stor pelarut atau di
lupuskan tanpa penangguhan.
Elakkan tumpahan dan basuh tangan segera dengan sabun dan air jika berlaku
sentuhan..
Campurkan bahan kimia kedalam air dan tidak sebaliknya Gunakan spatula yang
berlainan untuk bahan kimia yang berbeza
Hadkan penggunaan jumlah bahan kimia yang digunakan dalam makmal.

PENGGUNAAN DAN PENGENDALIAN ALATAN ELEKTRIK

Pastikan semua kable elektrik dalam keaadaan yang baik.
Pastikan litar tidak melampaui beban. Penyambungan yang dibuat perlu betul.
Jangan sentuh peralatan elektrik yang disambungkan pada punca dengan tangan
yang basah.
Jangan gunakan bahan-bahan logam atau barangan kemas bila bekerja dengan
alatan elektrik.
Ambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan tumpahan keatas alatan
elektrik.

MELUKIS RAJAH DAN ALATAN DENGAN TEPAT

Disini terdapat beberapa tip untuk melukis specimen.

1. gunakan kertas kosong yang mempunyai banyak ruang .
2. gunakan pensil yang tajam..
3. lukis apa yang anda Nampak sahaja.

Bincangkan prosedur umum bagaimana menggunakan dan
mengendalikan mikroskop.

4. lakar rajah yang besar dan mudah.
5. lukis dengan menggunakan skala yang betul dan sesuai.
6. jangan melorek atau mewarnakan rajah. . Use stippling to indicate a
darker area
7. gunakan pembaris untuk melukis garisan.jangan merintangi garis
yang berlabel.
8. labelkan bahagian-bahagian objek.
9. berikan tajuk untuk lukisan anda.



Akses internet untuk mengumpul maklumat tentang makmal maya.

Bagaimanakah ianya berbeza dengan bilik makmal sains biasa?










TOPIK 3
PENGENDALIAN SPESIMEN DENGAN BETUL DAN BERHATI-HATI

SINOPSIS
Topik ini membolehkan pelajar untuk menguasai kemahiran manipulatif dalam
penyiasatan saintifik. Kemahiran psikomotor ini membolehkan pelajar untuk
menguasai:
1. Mengguna dan mengendali alatan sains
2. Melukis gambarajah dan alatan dengan tepat
3. Pengendalian specimen dengan cara yang betul dan cermat
4. Membersihkan peralatan sains dengan betul

Lukis dan namakan alatan yang biasa digunakan dalam pengajaran
sains sekolah rendah.
5. Menyimpan alatan sains dan bahan kimia dengan betul dan selamat


Hasil pembelajaran

Pada akhir topik ini pelajar dapat:

1. Menerangkan kemahiran manipulaif sebagai proses psikomotor yang perlu
dikembangkan melalui penyiasatan saintifik
2. Menerangkan kemahiran manipulatif dalam penyiasatan saintifik termasuk:

a) Penggunaan dan pengendalian alatan sains
b) Pengendalian spesimen dengan cara yang betul
dan cermat
c) Membersihkan peralatan sains dengan betul
d) Penyimpanan alatan sains dan bahan makmal
dengan betul dan selamat


Benda hidup yang dibawa ke bilik darjah perlu di jaga untuk tempoh masa yang
pendek atau panjang. Oleh yang demikian ianya memerlukan kediaman yang khusus dan
penjagaan yang berkala. Jika boleh bina suatu kawasan lapangan di luar bilik darjah anda
perlu mengambil langkah-langkah keselamatan apabila mengendalikan specimen.

Kebersihan dan keselamatan apabila mengendalikan specimen perlu diberikan
perhatian yang lebih.pastikan pelajar membasuh tangan mereka denga sabun dan air
selepas mengendalikan specimen hidup. Penjagaan yang lebih perlu diberikan apabila
specimen itu mempunyaui cirri-ciri yang boleh membahayakan pelajar( e.g kaktus yang
mempunyai duri yang tajam,serangga yang mungkin menyengat atau menggigit atauyang
boleh menyebabkan irritasi) . ingatkan pelajar supaya tidak merasa atau memasukkan apa
jua kedalam mulut mereka.

Aktiviti1 : Biji Kacang Hijau

1. Sediakan tiga lembaran lapisan kapas diatas kepingan tail yang berbeza.
2. Letakkan lima biji kacang hijau ke atas setiap satu lapisan kapas.
3. Tinggalkan kering lapisan kapas yang pertama.basahkan lapisan kapas yang kedua
dengan lima sudu air dan lapisan ketiga dengan 20 sudu air.
4. Siram lapisan kedua dan ketiga dengan isipadu air yang sama selama lima hari.
5. Perhatikan tumbesaran anak benih dan rekodkan ketinggian dan bilangan daun
setiap hari.


Aktiviti 2 : Ikan dan Cicak

1. Sediakan satu akuarium dengan ikan dan cicak. Perhatikan haiwan tersebut.
2. Kenalpasti dan bandingkan cirri-ciri kedua haiwan tersebut.
a) Apakan ciri yang biasa haiwan tersebut?
b) Apakah ciri yang berbeza?

3.2. PENGENDALIAN BAHAN-BAHAN BIOLOGI

Semua aktiviti yang melibatkan tangan ke mulut perlu dielakkan
Serangga dan haiwan kecil harus diletakkan di dalam sangkar atau akuarium.
Kecederaan yang disebabkan oleh haiwan yang dikaji hendaklah di rawat dengan
menggunakan antiseptic dan rawatan selanjut perlu diberikan.
Luka perlu sembuh sepenuhnya sebelum mula bekerja. Pertimbangkan penggunaan
filem,videos dan computer untuk aktiviti dissection..
Alatan kaca dan slaid mikroskop perlu di basmi kuman dan digunakan semula.
Sebarang tumpahan atau kemalangan perlu direkodkan walaupun tiada kecederaan.

Tumbuhan
Lakukan pemerhatian di lapangan
Pulangkan semula specimen di lapangan
Jangan buang specimen kedalam tong sampah
Jangan kendalikan tumbuhan yang beracun

Binatang
Perhatikanserangga yang hidup didalam piring petri yang tertutup.
Lepaskan serangga selepas aktiviti.
Untuk pastikan keselamatan sebelum memulakan kerja balut semua luka.
Tangan perlu dibasuh dengan sabun.
Jika digigit rawat luka dengan antiseptic.


3.3. MEMBERSIH ALATAN SAINS DENGAN BETUL

Bersihkan alatan kaca dengan menggunakan bahan cuci,bilas dengan air dan
keringkan.
Untuk pengeringan biarkan alatan kaca berdiri,digantung atau dibiarkan kering diatas
rak atau papan pengering.
Selepas menggunakan sebarang alat pastikan ianya bersih sebelum disimpan.


3.4. MENYIMPAN ALATAN SAINS DAN BAHAN DENGAN BETUL DAN
SELAMAT

Alatan yang besar dan bekas bahan kimia yang besar seharusnya disimpan pada rak
yang bawah.
Bahan perlu disimpan pada suhu yang sesuai.
Jangan letakkan bahan yang bahaya dalam bekas yang tidak stabil.
Racun perlu dikunci dalam cabinet.
Simpan semua bahan kimia yang aktif dalam bekas yang gelap
Asid dan bahan yang mengkakis perlu disimpan dalam cabinet bukan logam dan
berlubang.







Tuliskan nota ringkas tentang cara pengendalian,pembersihan dan ra
simpanan alatan sains.
.



SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS
1. Pembantu Makmal Gred C17/C22 (KUP)
1.1.1 Pengurusan Makmal Sains
1. Menjalankan tugas mengikut peraturan keselamatan makmal sains yang ditetapkan.
2. Mengenal pasti peralatan dan keperluan makmal sains yang diperlukan.
3. Menguruskan keperluan bahan bantu mengajar di makmal sains.
4. Memaparkan peraturan dan panduan keselamatan makmal sains.
5. Memastikan makmal sains sentiasa berkeadaan bersih, teratur, dan ceria.
6. Menyelia kerja-kerja pembersihan yang tidak melibatkan bahan/ radas seperti membersihkan
tingkap/ sawang/ lampu/lantai yang dilaksanakan oleh syarikat pembersihan.
7. Memastikan makmal sains berada dalam keadaan kondusif dan selamat.
1.1.2 Penyediaan dan Pengendalian Bahan dan Radas Peralatan Sains
a. Mengklasifikasikan bahan dan radas/peralatan di makmal sains dengan betul.
b. Menerima dan menyimpan bahan/spesimen/sampel mengikut peraturan pengendalian.
c. Menyediakan keperluan amali sepertimana permohoman guru di borang pesanan amali.
d. Melaksanakan semua langkah keselamatan semasa mengendalikan bahan dan peralatan
sains.
e. Memastikan keperluan amali yang disediakan adalah mencukupi, berfungsi dan selamat
digunakan.
1.1.3 Penyenggaraan Peralatan Sains
a. Menguji dan memastikan peralatan boleh berfungsi dan selamat digunakan.
b. Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.
c. Merekod dan melaporkan kerosakan bahan/peralatan untuk tindakan Guru Kanan
Mata Pelajaran/Ketua Pembantu Makmal/Ketua Bidang Sains.

www.biologycorner.com
www.ehow.com
www.wikihow.com
www.sciencekit.com

1.1.4 Pengendalian Amali Sains
a. Membantu guru semasa aktiviti amali dijalankan di makmal sains.
a. Memastikan pelajar menjalankan amali mengikut prosedur keselamatan dan kebersihan
b. Mengenal pasti masalah teknikal semasa penyediaan amali.
A

m

c. Memastikan peralatan yang digunakan mencukupi dan berkeadaan baik sebelum dan
selepas digunakan.
d. Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan memenuhr spesifikasi ditetapkan.
e. Memastikan radas yang telah digunakan dibersihkan dengan sempurna mengikut
prosedur ditetapkan.
f. Memastikan pembuangan sisa amali dikendalikan mengikut prosedur yang ditetapkan
dan mengutamakan keselamatan.
1.1.5 Pengurusan Stor/Aset Makmal Sains
(a) Menguruskan aset dan stor makmal sains seperti berikut:
i. mengkategorikan dan melabelkan peralatan di makmal sains.
ii. menyemak rekod setiap radas, bahan dan peralatan di makmal sains yang
dipertanggungjawabkan.
iii. menguruskan asset dan stor makmal sains mengikut Tatacara Pengurusan
Aset Alih kerajaan, Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan atau arahan dan
pekeliling yang berkuatkuasa.

(b)Melaksanakan pelupusan aset dan bahan sisa seperti berikut:
i. mengenal pasti peralatan yang rosak dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
ii. mengumpul dan menyenaraikan maklumat peralatan dan bahan sisa yang
dicadangkan untuk dilupuskan mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan
(TPA), Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan (TPS) atau arahan dan pekeliling yang
berkuat kuasa.
iii. memohon peruntukan daripada pihak pentadbir sekolah bagi melaksanakan
pelupusan bahan sisa/ bahan kimia.
iv. memastikan bahan sisa/bahan kimia/peralatan dikumpul/disimpan sementara di
stor bahan sisa/stor pelupusan.
v. menghubungi kontraktor bertauliah mengurus pelupusan bahan sisa/bahan
kimia bagi mendapatkan sebut harga pelupusan.
vi. menguruskan pelupusan bahan sisa/bahan kimia secara berjadual dan mematuhi
peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
vii. menguruskan pelupusan peralatan mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih
Kerajaan, Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan atau

arahan dan pekeliling
yang berkuatkuasa.

1.2 Pembantu Makmal Gred C22 / C26
1.2.1 Pengurusan Makmal Sains
a. Menjalankan tugas mengikut peraturan keselamatan makmal sains yang
ditetapkan.
b. Membuat penyelarasan jadual penggunaan makmal sains berdasarkan
bilangan makmal sains, mata pelajaran dan bilangan Pembantu Makmal.
c. Menyediakan perancangan belanja mengurus makmal sains sepertimana
diarahkan.
d. Membantu perancangan program/aktiviti yang melibatkan pembantu
makmal dan makmal sains.
e. Merancang dan membantu pentadbir sekolah untuk membuat perolehan
radas, bahan dan peralatan sains.
f. Menguruskan keperluan bahan bantu mengajar di makmal sains.
g. Memastikan peraturan, panduan dan tatacara keselamatan makmal
dipaparkan dalam makmal sains
h. Memastikan makmal sains sentiasa berkeadaan bersih, selamat, teraturdan
ceria.
i. Menyelia kerja-kerja pembersihan yang tidak melibatkan bahan/ radas
seperti membersihkan tingkap/ sawang/ lampu/lantai yang dilaksanakan
oleh syarikat pembersihan.

1.2.2 Penyediaan dan Pengendalian Bahan dan Radas/Peralatan Sains
a. Mengklasifikasikan bahan dan radas/peralatan di makmal sains dengan betul.
b. Menerima dan menyimpan bahan/spesimen/sampel mengikut peraturan
pengendalian.
c. Menyediakan keperluan amali sepertimana permohonan guru di borang
pesanan amali.
d. Melaksanakan semua langkah keselamatan semasa mengendalikan bahan
dan peralatan sains.
e. Memastikan keperluan amali yang disediakan cukup, berfungsi dan
selamat digunakan.
1.2.3 Peneyelenggaraan Peralatan Sains
a. Menguji dan memastikan peralatan sains berfungsi dan selamat untuk digunakan.
b. Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.
c. Mendapatkan anggaran kos baik pulih peralatan sains.
d. Merekodkan dan melaporkan kerosakan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua
Bidang Sains untuk tindakan.

1.2.4 Pengendalian Amali Sains
a. Membantu guru semasa aktiviti amali dijalankan di makmal sains.
b. Memastikan pelajar menjalankan amali mengikut prosedur keselamatan
dan kebersihan.
c, Mengenal pasti masalah teknikal semasa penyediaan dan amali dijalankan.
d.. Memastikan peralatan yang digunakan mencukupi dan berkeadaan baik s sebelum
dan selepas digunakan.
e. Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan mematuhi spesifikasi yang
ditetapkan.
f. Memastikan radas yang telah diguna dibersihkan dengan sempurna mengikut
prosedur ditetapkan.
g. Memastikan sisa amali dikendalikan mengikut prosedur yang ditetapkan.



1.2.5 Pengurusan Stor/Aset Makmal Sains
a. Melaksanakan pengurusan aset dan stor makmal sains seperti berikut:
i. mengkategorikan dan melabelkan peralatan c makmal sains.
ii. menguruskan aset dan stor makmal sains mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih
Kerajaan (TPA), Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan (TPS) atau arahan dan pekeliling
yang berkuat kuasa.
b. Melaksanakan pelupusan aset dan bahan sisa seperti berikut:

i. mengenal pasti peralatan yang rosak dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
ii. menyenaraikan maklumat peralatan dan bahan sisa untuk dilupuskan mengikut
peraturan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA), Tatacara Pengurusan Stor
Kerajaan (TPS) atau arahan dan pekeliling yang berkuat kuasa.
iii. memohon peruntukan daripada pihak pe sekolah bagi melaksanakan
pelupusan bahan sisa/ bahan kimia.

iv. memastikan bahan sisa/bahan kimia/peralatan sains dikumpul/disimpan
sementara di stor bahan sisa/stor pelupusan.

v. menghubungi kontraktor yang bertauliah mengurus pelupusan bahan sisa /
bahan kimia bagi mendapatkan sebut harga pelupusan.

vi. menguruskan pelupusan bahan sisa/ bahan kimia secara berjadual dan
mematuhi peraturan yang ditet'apkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

vii. menguruskan pelupusan peralatan mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih
Kerajaan (TPA), Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan (TPS) atau arahan dan
pekeliling yang berkuat kuasa.

1.2.6 Penyeliaan dan Pemantauan
a. Membimbing Kumpulan Pelaksana di bawah seliaan
b. Menyelia dan memantau Kumpulan Pelaksana di bawah seliaan
c. memastikan tugas harian berjalan lancar.
1.2.7 Menganggotai Ahli Jawatankuasa Pengurusan Aset dan Stor Sekolah
a. Menghadiri mesyuarat Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Pengurusan Stor
Kerajaan Sekolah (mengikut keperluan sekolah).
b. Menjadi ahli Jawatankuasa Pengurusan Aset dan Stor Bahagian Makmal Sains (mengikut
keperluan sekolah).
1.2.8 Menganggotai Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kewangan

a) Menghadiri mesyuarat Pengurusan Kewangan Sekolah (mengikut keperluan
sekolah)

1.2.9 menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai