Anda di halaman 1dari 81

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan dalam usaha untuk meningkatkan

dan memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang dari segi intelek, rohani, emosi, dan fizikal yang seimbang dan

harmoni, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan . Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan dan

berwibawa, yang mempunyai standard moral yang tinggi, dan yang bertanggungjawab

dan mampu mencapai tahap yang tinggi peribadi kesejahteraan serta dapat menyumbang

kepada keharmonian dan kebaikan keluarga, masyarakat dan negara, amnya.


2

Selaras dengan itu, pendidikan sains di Negara Malaysia ingin memupuk budaya

Sains dan Teknologi dengan memberi kepada perkembangan individu yang kompetitif,

dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan

teknologi. Ia dapat dijelmakan oleh seorang guru melalui satu proses pengajaran yang

terancang. Ini kerana proses pengajaran yang dijalankan oleh seorang guru memainkan

peranan yang besar dalam proses pembelajaran murid. Menurut Rahimah (2000) tahap

pemahaman dan kemahiran yang diperolehi oleh murid mengambarkan keberkesanan sesi

pengajaran seorang guru. Jadi guru perlu merancang satu proses pengajaran yang

berkesan dengan suasana pembelajaran kondusif yang mampu memberikan pemahaman

serta kemahiran baru kepada murid dan sekaligus mencapai objektif pengajaran.

1.2 Pernyataan Masalah

Murid-murid pada masa kini, kurang meminati mata pelajaran sains kerana ia telah

menjadi satu bebanan kepada mereka. Murid-murid bertanggapan bahawa matapelajaran

sains adalah sesuatu yang membosankan dan mereka perlu mempelajari sains untuk lulus

dalam peperiksaan sekolah dan awam. Unsur-unsur seperti eksperimen, simulasi, analogi,

kajian lapangan dan penggunaan bahan-bahan maujud yang menjadi nadi dalam

pengajaran dan pembelajaran sains jarang dipraktikkan oleh guru sains (Twigg, 2010).

Beberapa kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor berikut memainkan peranan yang

besar dalam kemerosotan kemahuan murid untuk belajar sains. Antara faktornya ialah

pengajaran berorientasikan peperiksaan, penekanan hanya kepada tahap kognitif serta

strategi pengajaran dan pembelajaran sains yang membosankan (Rissing & Cogan, 2009).
3

i) Pembelajaran berorientasikan peperiksaan


Peperiksaan awam seperti Sijil Tinggi Peniaian Malaysia (STPM), Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian

Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) menjadi penilai kepada prestasi akademik

seorang murid di Malaysia. Lembaga Peperiksaan Malaysia merupakan badan

yang mengelolakan peperiksaan awam dan keputusan yang dikeluarkan oleh

lembaga digunakan sebagai keputusan rasmi di Malaysia. Selain itu, pelbagai

inisiatif yang lumayan ditawarkan kepada pihak sekolah yang mencapai

keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam. Guru-guru sains berjuang

untuk memastikan murid-murid mereka mencapai sekurang-kurangya lulus

dalam peperiksaan awam. Pihak pengurusan sekolah juga meletakkan KPI

kepada Panitia Sains sekolah supaya memastikan murid-murid lulus dalam

peperiksaan awam. Secara tidak langsung situasi ini mendorong kepada guru

sains supaya mengamalkan pengajaran berorientasikan peperiksaan tanpa

menghiraukan erti Falsafah Pendidikan Sains Negara. Strategi pengajaran ini

memaksa murid untuk menghafal konsep sains sebagai persediaan

menghadapi peperiksaan. Ia mengakibatkan murid-murid hilang kemahuman

untuk belajar dan menerokai dunia sains.

ii) Penekanan hanya kepada tahap kognitif


Menurut Mok (2008) pendidikan ialah suatu proses yang memberi penekanan

kepada aspek fizikal, intelek, sosial, dan emosi seseorang individu serta

meningkatkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan, dan pengalaman supaya

dapat mememotivasikan diri murid untuk menimba ilmu. Namun kebanyakan

proses pengajaran dan pembelajaran hanya berfokuskan kepada buku teks dan
4

perbincangan soalan-soalan sumatif. Pada masa kini guru-guru hanya

memberikan penekanan kepada tahap kognitif murid sahaja tanpa

menghiraukan kemahiran psikomotor dan afektif murid. Kenyataan ini selari

dengan pendapat Zembal-Saul (2009) yang mengatakan bahawa lazimnya

pengajaran sains hanya memberi tumpuan kepada pencapaian perubahan

intelektual murid iaitu domain kognitif murid. Ini memberikan kesan yang

negatif di kalangan murid untuk belajar sains dengan gembira.

iii) Strategi pengajaran yang membosankan.


Strategi pengajaran “chalk and talk” telah menjadi satu strategi pengajaran

yang sangat popular di kalangan guru-guru sains. Strategi pengajaran

tradisional ini kurang memberi kesan ke atas pendekatan pembelajaran murid

(Rahimah, 2000). Murid-murid berasa jemu dan kurang bermotivasi dalam

kelas sains kerana strategi pengajaran yang sama dipraktikkan sepanjang

tahun. Walaupun Pusat perkembangan Kurikulum (2001) telah mencadangkan

beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran untuk diamalkan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran sains, namun guru-guru sains kurang memberi

perhatian dalam hal ini.

Selain itu, para penyelidik jarang memfokuskan domain pembelajaran (kognitif,

psikomotor dan afektif) dalam kajian mereka. Perkara yang amat mendukacitakannya

ialah, belum ada lagi kajian dalam negara kita memfokuskan isu ini. Ini mengakibatkan

ramai guru di negara kita kurang memahami strategi-strategi untuk meningkatkan

perkembangan tahap kognitif, psikomotor dan afektif.


5

1.3 Objektif Kajian

Berdasarkan pernyataan masalah, penyelidik menetapkan beberapa objektif seperti

berikut :

i) Mengenalpasti keberkesanan inkuiri penemuan dalam proses pengajaran dan


pembelajaran sains terhadap :-
a) perkembangan tahap kognitif dari segi aras kemahiran kefahaman dan

aplikasi murid.
b) perkembangan psikomotor dari segi persepsi (perception), maklum balas

terbimbing (guided response), maklum balas kompleks (complex overt

response) dan penyesuaian (adaptation).


c) perkembangan nilai afektif dari segi menerima fenomena, bertindak balas

kepada fenomena, menghargai dan penerapan nilai (tingkah laku) murid.


ii) Mengenal pasti fasa pengajaran inkuiri yang memberikan perkembangan yang

optimum dari segi kognitif, psikomotor dan afektif.

1.4 Persoalan Kajian

Berdasarkan pernyataan masalah dan objektif kajian, penyelidik menetapkan beberapa

persoalan kajian seperti berikut :

i) Sejauh manakah strategi inkuiri penemuan meningkatkat perkembangan

domain kognitif murid dari aspek menjelaskan, membuat ramalan serta

pemikiran kreatif dan inovasi?


6

ii) Sejauh manakah inkuiri penemuan meningkatkan perkembangan domain

psikomotor murid dari aspek penggunaan sekurang-kurangnya tiga deria,

merancang eksperimen sains, pengendalian radas dan membuat penciptaan

baru?

iii) Sejauh manakah inkuiri penemuan meningkatkan perkembangan domain

afektif murid dari aspek memberi perhatian, penglibatan diri, menjaga

keselamatan dan gaya hidup bersih?

iv) Fasa pengajaran inkuiri penemuan yang manakah memberikan perkembangan


tahap kognitif, psikomotor dan afektif murid yang optimum?

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran inkuiri

penemuan dalam perkembangan tahap kognitif, psikomotor dan afektif murid Tahun 4 di

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sepang. Kajian keatas tahap kognitif, psikomotor dan

afektif murid dipilih kerana Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan

generasi murid yang menguasai jasmani, emosi, rohani, intelek dan fizikal.

Strategi pengajaran tradisional yang diamalkan secara optimal dalam proses

pengajaran dan pembelajaran menimbulkan rasa kurang minat murid terhadap


7

matapelajaran Sains. Kegagalan guru untuk menghasilkan satu strategi pengajaran yang

berkesan menimbulkan kebosanan di kalangan murid untuk belajar dan menjadi pasif

dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Fokus kajian akan mengambarkan

keberkesanan strategi inkuiri penemuan dalam memotivasikan murid dan meningkatkan

minat murid untuk belajar Sains.

Selain itu, guru-guru memberikan penekanan kepada kognitf murid sahaja. Ia

tidak menjamin keberkesanan proses pengajaran ke arah pencapaian objektif pengajaran

kerana murid dipaksa untuk menhafal dan memahami konsep dan isltilah sains.

Keputusan kajian akan menjadi satu panduan dimana proses pengajaran dan pembelajaran

sains ialah satu proses mendapatkan kesimpulan melalui penerokaan. Selain itu, domain

psikomotor yang memfokuskan kemahiran fizikal murid dan domain afektif yang

memfokuskan perkembangan perasaan atau emosi murid harus diberi penekanan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran sains.

Lebih-lebih lagi, kajian ini dapat memberikan kesedaran terhadap guru-guru

Sains, mengenai kepentingan inkuiri penemuan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Sains. Selain itu, guru-guru juga berpeluang untuk mengenali dan

mendalami strategi inkuiri penemuan secara mendalam dan memberikan penekanan

kedapa domain psikomotor dan afektif sejajar dengan domain kognitif. Kajian ini akan

menjadi satu batu loncatan dalam dunia penyelidikan pendidikan sains di negara kita

dengan menjadi satu permulaan bagi kajian dalam isu ini. Ia juga bakal menjadi satu
8

contoh yang akan menggalakkan para penyelidik baru dalam penyelidikan pendidikan

sains supaya menjalankan kajian mereka dalam domain pembelajaran murid (kognitif,

psikomotor dan afektif).

1.6 Definisi Operasional

1.6.1 Inkuiri penemuan

Inkuiri penemuan merupakan satu strategi pengajaran sains yang memberikan peluang

kepada murid untuk berhubung dengan keadaan yang benar dan menyelesaikan masalah

yang analog untuk kehidupan melalui penerokaan (Li & Lim, 2008). Dalam kajian ini,

inkuiri penemuan merupakan satu proses penerokaan bagi mencari penyelesaian bagi

persoalan yang mencabar murid dengan membina hipotesis, merangka kajian,

menjalankan siasatan dan merumuskan kesimpulan yang sahih.


9

1.6.2 Domain kognitif

Menurut Ritchie, Bates dan Deary (2015) kognitif adalah semua proses mental yang

terlibat dalam perolehan, penghasilan pengetahuan, penggunaan pengetahuan dan

pengawalan proses mental. Menurut Taksonomi Bloom (Anderson et.al.,2001),

kemampuan kognitif adalah kemahiran secara hirarki yang terdiri dari pengetahuan,

kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Dalam kajian ini, kemahiran

kefahaman dan aplikasi menjadi fokus penyelidik untuk mengkaji perkembangan kognitif

murid.

1.6.3 Domain Psikomotor

Menurut Opera (2014) domain psikomotor merupakan satu proses yang memberi

penekanan kepada aspek keterampilan kemahiran motor dan pergerakkan. Model

Psikomotor Simpson (1972) membahagikan kemahiran psikomotor kepada tujuh tahap

penguasaan kemahiran iaitu persepsi, set, maklumbalas terbimbing, mekanisma,

maklumbalas kompleks, adaptasi dan keaslian. Dalam kajian ini, tahap penguasaan

kemahiran seperti persepsi, maklumbalas terbimbing, maklumbalas kompleks dan

keaslian menjadi fokus penyelidik untuk mengkaji perkembangan psikomotor murid.


10

1.6.4 Domain Afektif

Menurut Taber (2015) domain afektif merupakan satu proses pembentukan akhlak yang

memberi penekanan dalam pembentukan keperibadian murid melalui akidah dan akhlak.

Model afektif Karathwohl yang diilhamkan pada 1964 membahagikan domain

psikomotor afektif kepada lima konstruk iaitu menerima fenomena, bertindakbalas

kepada fenomena, penerapan nilai, organisasi dan perwatakan (Muehleck, Smith & Allen,

2014). Dalam kajian ini, konstruk menerima fenomena, bertindakbalas kepada fenomena,

penerapan nilai dan perwatakan difokuskan oleh penyelidik untuk mengkaji

perkembangan domaian afektif di kalangan murid.

1.7 Limitasi Kajian

Kajian ini dijalankan di Daerah Sepang. SJK (T) Sepang dipilih sebagai pusat kajian.

Sekolah ini merupakan sebuah sekolah luar bandar dan terletak di Pekan Sepang. SJK (T)

Sepang mempunyai komuniti pembelajaran yang memberikan tumpuan keperluan

akademik, etnik, budaya dan sosial. Aspek yang diberi tumpuan dalam kajian ini ialah

strategi pengajaran. Kajian ini melibatkan 20 orang murid (12 orang murid perempuan

dan 8 orang murid lelaki) digunakan sebagai sampel dalam kajian ini. Penyelidik

mengajar topik sifat bahan daripada teman sains bahan.


11

1.8 Rumusan

Bab ini membincangkan pengenalan tentang kajian, pernyataan masalah, kenpentingan

kajian, objektif kajian, persoalan kajian, limitasi kajian dan definisi operasional. Bab

seterusnya akan membincangan tentang sorotan literature dan kajian-kajian berkaitan

dengan isu kajian.

BAB 2

SOROTAN LITERATUR
12

2.1 Pengenalan

Bab ini akan melihat dengan lebih mendalam tentang kajian-kajian yang pernah

dijalankan oleh beberapa penyelidik lain yang hampir sama dengan permasalahan yang

ingin dikaji. Secara amnya, kajian-kajian lampau yang tersenarai dalam bab ini meliputi

pendidikan sains di Malaysia, strategi pengajaran sains, strategi inkuiri penemuan,

domain pembelajaran di dalam dan luar negara.

2.2 Pendidikan Sains di Malaysia

Pendidikan sains di Malaysia telah mengalamai banyak fasa revolusi sejajar dengan

perkembangan dan pemodenan kurikulum di negara kita. Sejarah pendidikan sains di

negara kita bermula pada 1939 dan ia hanya diajar di sebuah sekolah sahaja (Sidin, 2003).

Ini mengakibatkan ramai di negara kita tidak mendapat ilmu pengetahuan sains dan

mempunyai banyak miskonsepsi dalam pengetahuan asas sains. Masalah ini disebabkan

konsep awal yang wujud di pemikiran murid selepas berinteraksi dengan alam sekitar

tanpa mendapat pengetahuan sains yang betul. Menyedari hal ini kerajaan telah merangka

beberapa rancangan bagi mengelakkan masalah ini menjadi semakin runsing. Antaranya

ialah pengubalan kurikulum selari dengan sukatan pelajaran British (Kiew , 2012).
13

Beberapa jawatankuasa seperti Jawatankuasa Pendidikan Razak 1956,

Jawatankuasa Pendidikan Rahman Talib 1960, Jawatankuasa Pendidikan Kabinet 1979

ditubuhkan bagi melahirkan satu komuniti masyarakat yang bersatu padu dan berdisipilin

serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih demi pembangunan negara dalam

dunia sains dapat dicapai (Abdullah Sani Yahaya, 2003). Ia mendorong kepada

pelaksanaan pengajaran sains di seluruh negaran dan ia membantu dalam usaha

meningkatkan pengetahuan sains di kalangan rakyat. Dengan ini kualiti pendidikan di

negara kita dapat dimajukan.

Penggubalan KBSR telah merangka satu pendidikan sains yang bersistematik.

Kandungan kurikulum sains ini berfokuskan kepada lima tema. Antaranya ialah

menyiasat alam kehidupan, menyiasat alam bahan, menyiasat bumi dan alam semesta

serta menyiasat dunia teknologi (Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 6, 2003).

Menurut Sidin (2003) Kurikulum sains KBSR memberikan pengetahuan dalam bidang

sains dan merangkumi ilmu sains yang diperlukan oleh murid-murid sekolah rendah. Ia

juga menyatupadukan kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif, kemahiran berfikir

secara kreatif dan kritis serta nilai saintifik. Pengubalan polisi Pengajaran dan

Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) oleh Mantan

Perdana Menteri yang ke-4 Tun Dr.Mahathir Mohamad membawa satu revolusi yang

besar dalam pendidikan sains di negara kita (Kiew , 2012). Namun ia telah dimansuhkan

pada 2012 dengan mengambil kira beberapa faktor yang membawa kepada kegagalan

PPSMI.
14

Kurikulum sains negara secara jelasnya memfokuskan kepada penguasaan

kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan kemahiran berfikir, pemahaman

konsep sains, serta penyemaian nilai saintifik di sanubari murid melalui pembelajaran

sains yang berkesan (Nik Zarini & Salmiza, 2012). Kemahiran proses sains memainkan

peranan yang penting dalam pendidikan sains kerana ia menjadi nadi kepada kerja

praktikal sains ataupun eksperimen sains (Gyllenpalm & Wickman, 2011).

Penggunaan ilmu sains dan teknologi secara optimum menjadi satu platform

dalam usaha untuk melahirkan warga Malaysia yang mampu bersaing di persada dunia

dengan menerima perubahan dunia bagi merealisasikan Wawasan 2020 yang diilhamkan

pada 1991 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020

(Mahathir, 1991).

2.3 Proses Pengajaran dan Pembelajaran Sains

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses di mana peluang disediakan

kepada murid bagi menghasilkan sesuatu perubahan yang agak kekal melalui penglibatan

dalam pengalaman yang disediakan oleh guru (Noriati, Boon & Sharifah, 2012).

Pengajaran didefinisikan sebagai satu proses penyampaian ilmu yang dirancang secara

sistematik dan dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai (Frank,

2012). Menurut Slavin (2006) pembelajaran ialah perubahan dalam seorang murid yang

berpunca daripada pengalaman dalam subjek.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), proses pengajaran dan

pembelajaran dalam kurikulum sains mengutamakan pembelajaran berfikrah.


15

Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran serta

ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang

optimum. Selain itu, ia perlu memberi penekanan kepada unsur-unsur seperti kemahiran

berfikir, pembelajaran masteri, kemahiran belajar cara belajar, kecerdasan pelbagai,

pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, teknologi maklumat dan komunikasi, Di

samping itu, nilai murni, semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan.

Semua unsur ini dapat mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk

melahirkan murid yang dapat mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan dalam

kehidupan harian dan dunia pekerjaan (Sharifah Maimunah, 2003).

Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mesti yang dapat

mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu

sedar secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam

pembelajaran Hewson (2015). Soalan atau masalah yang beraras tinggi ditanyakan

kepada murid dan murid diminta menyelesaikan masalah menggunakan daya kreatif dan

kritis mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang

mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai

murni dan sikap saintifik

Strategi pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah umpama

dayung dalam sebuah sampan. Dalam kurikulum sains, strategi pengajaran bermotifkan

proses penyampaian kemahiran dan ilmu sains yang dapat mengembangkan kognitif

murid sains ke tahap yang maksimum. Strategi pengajaran sains perlu meningkatkan

kemahiran berfikir murid secara kreatif dan kritis (Harlen,2000). Menurut Pusat
16

Perkembangan Kurikulum (2003) strategi pengajaran sains yang efektif perlu

mengintegrasikan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan

sikap saintifik. Sejajar dengan itu PPK telah mencadangkan beberapa strategi pengajaran

dan pembelajaran untuk diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains.

Antaranya ialah pendekatan inkuiri penemuan, konstruktivisme, pendekatan sains,

teknologi dan masyarakat, pembelajaran konteksual dan pembelajaran masteri.

i) Strategi Inkuiri Penemuan

Menurut Rosinah (2005) strategi inkuiri penemuan merupakan satu strategi

pembelajaran yang mendorong murid untuk belajar melalui penerokaan kendiri

dengan naluri ingin tahu untuk menjawab persoalan yang mencabar kognitif

mereka. Ia akan memberikan peluang kepada mereka untuk mendapatkan

kesimpulan tentang maklumat atau konsep yang diterokai dan menemui makna

saintifik terhadap penemuan tersebut.

ii) Strategi Konstruktivisme

Menurut Abdul Jalil dan Bahtiar (2005) strategi konstruktivisme merupakan satu

strategi pengajaran yang mendorong murid untuk membina satu pengetahuan

dengan mensintesis maklumat yang dipelajari terhadap pengetahuan dan

pengalaman yang mereka timba melalui kehidupan harian mereka. Satu kajian

yang dijalankan oleh Vighnarajah, Wong Su Luan dan Kamariah (2008)


17

menggalakkan murid supaya bergiay aktif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran sains. Menurut Peter, Abiodun & Jonathan (2010) strategi

konstruktivisme mengorak langkah ke arah penyusunan pengetahuan dalam minda

murid.Strategi ini merangsang murid untuk menggunakan pengetahuan dan

pengalaman sedia ada bagi memproses dan menganalisis maklumat supaya

menjadi sebahagian daripada struktur kognitif murid. Pengajaran konstruktivisme

merupakan satu pendekatan pengajaran yang mendorong seorang individu itu

berfikir dan membina pengetahuan secara aktif. Penglibatan murid secara pasif

dapat dielakkan melalui pendekatan ini. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum

(2001) murid dapat menjana pengetahuan baru dalam sanubari mereka melalui

komunikasi yang berkesan.

iii) Pendekatan Sains, Teknologi dan Masyarakat

Sains, teknologi dan masyarakat merupakan satu pendekatan yang ditakrifkan

sebagai pengajaran dan pembelajaran sains dan teknologi dalam konteks

pengalaman manusia (Ozaktas,2013). Dasarnya dalam pendekatan ini penglibatan

murid adalah melalui pengalaman dan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan

mereka . Ia membangunkan murid dengan kemahiran yang membolehkan mereka

untuk menjadi aktif , bertindak balas kepada isu-isu yang memberi kesan

kehidupan mereka . Pengalaman sains melalui pendekatan sains, teknologi dan

masyarakat dapat melahirkan generasi yang celik saintifik. Pendekatan sains,


18

teknologi dan masyarakat diiktiraf sebagai satu pendekatan untuk pengajaran dan

pembelajaran sains yang berkesan boleh mencapai wawasan pembaharuan

pendidikan sains di seluruh dunia (Akcay & Yager, 2010) . Pendekatan ini

menunjukkan peningkatan dalam pencapaian murid dengan penguasaan konsep

dan proses sains seperti keupayaan untuk mengaplikasikan konsep dan proses

sains dalam situasi baru , terutama contoh dalam kehidupan nyata seperti yang

dinyatakan oleh Mansour (2010)

iv) Strategi Konteksual

Strategi pengajaran kontekstual ialah strategi yang menggabungjalinkan konteks

sains dengan pengalaman yang diperolehi daripada kehidupan harian, masyarakat

dan sosial. Strategi ini menyediakan peluang kepada murid untuk melibatkan diri

secara konkrit dalam aktiviti hands-on dan minds-on (Clark, Threeton & Ewing,

2014). Kajian yang dijalankan oleh Mohd Ali, Ahmad Nurulazam dan Zuridah

(2003) telah membuktikan bahawa strategi ini meningkatkan pencapaian murid

dan motivasi murid untuk belajar sains.

v) Pembelajaran Masteri

Pendekatan masteri merupakan salah satu pendekatan pengajaran yang

memfokuskan penguasaan murid terhadap sesuatu topic. Ia digelar sebagai


19

Learning for Mastery berlandaskan kepada falsafah bahawa semua murid boleh

menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan

sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi, serta arahan yang

sistematik disediakan untuk murid menguasai pembelajarannya (Baum, 2005).

Bloom telah mengasaskan strategi pembelajaran masteri yang dikenali sebagai

Mastery Learning, iaitu satu strategi pembelajaran yang berkualiti, tersusun dan

sistematik untuk murid (Guskey, 2007). Menurut Zimmerman dan Dibenedetto

(2008) pendekatan masteri menbawa satu proses pengajaran dan pembelajaran kea

rah mencapai objektif dengan membahagikan sesuatu topik umum kepada

subtopik-subtopik yang kecil. Ujian diagnostic akan dijalankan selepas setiap

proses pengajaran dan semua murid mesti mencapai sekurang-kuranya 80%

pemahaman sebelum berganjak ke topic baru (Zimmerman & Dibenedetto, 2008)

murid yang gagal mencapai 80% perlu menjalani tempo pemulihan sehingga

menguasainya. Manakala murid yang mencapai 80% akan diberikan aktiviti

pengayaan dan pengukuhan. Kajian Mustafa (2008) dan Suhaiza (2009) turut

menunjukkan pembelajaran masteri membantu pelajar memindahkan pengetahuan

dengan baik.

2.4 Domain Pembelajaran

Domain pembelajaran tidak asing dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Ia

dibahagikan kepada tiga kategori iaitu domain kognitif yang memfokuskan intelektual

murid, domain psikomotor yang memfokuskan kemahiran fizikal murid dan afektif yang
20

memfokuskan perkembangan perasaan atau emosi murid. Ia direka untuk menggalakkan

murid-murid supaya menilai dan menganalisis ilmu Sains yang dipelajari. Menurut Mok

(2008) pendidikan ialah suatu proses yang memberi penekanan kepada aspek fizikal,

intelek, sosial, dan emosi seseorang individu serta meningkatkan kemahiran, kebolehan,

pengetahuan, dan pengalaman supaya dapat mememotivasikan diri untuk menjadi seorang

warga yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pegalbagai porensi murid harus diberi

diberi perhatian supaya mencapai tahap perkembangan yang optimum. Ini

mengambarkan, faktor emosi dan keterampilan fizikal murid harus diberikan penekanan

sejajar dengan perkembangan intelektual. Ia turut disokong oleh Tokoh Pendidikan

Indonesia Ki Hajar Dewantara, yang berpendapat pendidikan mesti memberikan impak

kepada murid dari segi pengetahuan, perasaan dan sikap keinginan.

Ali Ibrahim Akbar (2000) mengatakan bahawa kejayaan sesuatu proses

pengajaran dan pembelajaran sains tidak bergantung sepenuhnya kepada pengetahuan dan

teknik yang dipelajari oleh seorang murid (hard skill), malah turut dibantu oleh kebolehan

mengelola diri sendiri dan murid lain (soft skill). Pembelajaran yang efektif mesti

meliputi domain kognitif, domain psikomotor dan domain afektif Harlen (2000). Jadi

guru sebagai pencetus ilmu perlu tampil dengan proses pengajaran yang berfokuskan

kepada perkembangan keperibadian, perwatakkan dan sahsiah murid sepanjang proes

pengajaran dan pembelajaran sains.

2.4.1 Model Kognitif Taksanomi Bloom


21

Menurut Paul dan Elder (2004)., kognitif adalah semua proses mental yang terlibat dalam

perolehan, penghasilan pengetahuan, penggunaan pengetahuan dan pengawalan proses

mental. Maklumat yang diterima dipadankan, dibandingkan dan diklasifikasikan dengan

maklumat yang (sedia) tersimpan dalam ingatan jangka pendek dan jangka panjang.

Menurut Taksonomi Bloom (Anderson et.al., 2001) kemampuan kognitif adalah

kemampuan berfikir secara hirarki yang terdiri dari pengetahuan, pemahaman, penerapan,

analisis, sintesis dan penilaian.

Rajah 2.1 Konstruk dalam Taksanomi Bloon (Anderson et.al., 2001)


22

Rajah 2.1 menunjukkan aras yang terdapat dalam model kognitif yang dijelmakan oleh

Bloom dalam taksanomi Bloom. Manakala Jadual 2.1 menunjukkan kategori yang

terdapat dalam domain kognitif dan penjelasannya.

Jadual 2.1 Kategori dalam Domain Kognitif

Kategori Penjelasan Kata kerja

Pengetahuan Keupayaan seorang murid untuk Mengambarkan, memberitahu


mengingat kembali, mengenal idea, mencatatkan, mengidentifikasi
fakta teori, hukum dan peristiwa menghafal, membilang,
(Anderson et. al., 2001).

Pemahaman Pemahaman mengambarkan Menjelaskan, memberi contoh,


keupayaan seoarang murid untuk menceritakan, mentafsirkan,
menjelaskan dan menghuraikan isi meramal, melaporkan
pembelajaran dengan ayat sendiri.

Penerapan Murid-muird akan menerapkan Menerapkan, menghasilkan,


fakta-fakta, hukum-hukum dan mengubah, menggunakan,
prinsip-prinsip yang dipelajari dan menghitung, menemukan,
difahami untuk mencipta sesuatu memanipulasi, menyesuaikan,
yang unik (Anderson et. al., 2001). menunjukkan, mengoperasikan

Analisis Murid dapat memecahkan sesuatu Menganalisis, melukis diagram,


isu yang kompleks kepada unsuk- membanding bezakan,
unsur mikro dan mampu mengkontraskan, menunjukan
memahami hubungan antara factor- hubungan antara pemboleh ubah
faktor yang terdapat dalam
pembelajaran mereka.

Sintesis Murid dapat mensintesism Mengkategorikan, mengabungkan


23

maklumat yang dipelajari dan mengarang, menciptakan,


menyelesaikan masalah, menyusun kembali, merancang,
membanding beza dan membuat merangkai, menghubungkan,
inferens. membuat kesimpulan

Penilaian Keupayaan murid untuk membuat Merumuskan, mensyorkan,


pertimbangan serta mampu menyarankan, mengulaskan,
membezakan yang baik dan buruk. menilai, mengarang

An

Diterjemahkan daripada Krathwohl (2002)

2.4.2 Model Psikomotor Simpson

Menurut Cooper dan Higgins (2014)domain psikomotor merupakan satu proses dimana

memberi penekanan kepada aspek keterampilan kemahiran motor dan pergerakkan.

Domain Psikomotor adalah kemampuan yang dihasilkan oleh kemahiran motor murid

yang berkebolehan untuk menjalankan sesuatu aktiviti (Opera, 2014). Selain kemahiran

motor, domain psikomotor juga memberi penekanan kepada kebolehan intelektual dan

sosial. Model Psikomotor Simpson (1972) membahagikan kemahiran psikomotor kepada

tujuh tahap penguasaan kemahiran iaitu persepsi, set, maklumbalas terbimbing,

mekanisma, maklumbalas kompleks, adaptasi dan keaslian. Jadual 2.2 menunjukkan

kategori yang terdapat dalam domain psikomotor dan penjelasannya.


24

Jadual 2.2 Kategori dalam Domain Psikomotor

Kategori Penjelasan Kata kerja

Persepsi Keupayaan seorang murid untuk Memerhati, membanding


menggunakan rangsangan deria dalam bezakan , memilih,
pengendalian aktiviti motor. Selain menjelaskan, mengesan,
itu, keupayaan murid untuk mengenal membanding, merangsang
komunikasi bukan lisan dengan
menggunakan rangsangan deria
(Anderson et.al., 2001).

Set Keupayaan murid untuk bersedia dari Memulakan, menerangkan,


segi mental, fizikal dan emosi untuk memaparkan, bertindak
bertindak pada sesuatu fenomana.

Maklumbalas Keupayaan murid untuk meniru dan Memasang, mempamerkan,


Terbimbing bertindak mengikut arahan yang mengira,melakarkan,
diberikan (Anderson et.al., 2001). mengukur,memanipulasikan
Mekanisme Keupayaan murid untuk Memasang, mempamerkan,
mengendalikan sesuatu bahan konkrit mengira,melakarkan,
seperti radas-radas sains dan bahan- mengukur,memanipulasikan
bahan sains dalam proses
pembelajaran (Woodley, 2009).
Maklumbalas Keupayaan murid untuk melibatkan Memasang, mempamerkan,
Kompleks diri dalam aktiviti yang kompleks dan mengira,melakarkan,
25

rumit dengan cepat serta tepat. mengukur,memanipulasikan


Adaptasi Keupayaan murid untuk betindak Mengadaptasi, mengubah,
mengikut keperluan. Murid dapat menyusun semula, menyemak
bertindak terhadap sesuatu semula, mempelbagaikan
pengalaman baru yang terjadi serta
merta tanpa diduga.
Keaslian Keupayaan murid untuk mencipta Menyusun, menggabungkan,
sesuatu baru dengan kreativiti sendiri membina, mencipta, mereka
unruk memenuhi keperluan. Ia bentuk
mengambarkan kemahiran murid yang
optimum.

Diterjemahkan daripada Simpson (1972)

2.4.3 Model Afektif Karathwohl

Menurut Taber (2015) domain afektif ialah strategi pembentukkan akhlak yang memberi

penekanan dalam pembentukkan keperibadian murid melalui akidah dan akhlak. Model

afektif Karathwohl yang diilhamkan pada tahun 1964 membahagikan domain psikomotor

afektif kepada lima kategori iaitu menerima fenomena, bertindakbalas kepada fenomena,

menghargai, organisasi dan penerapan nilai (Krathwohl, 2002). Jadual 2.3 menunjukkan

kategori yang terdapat dalam domain afektif dan penjelasannya.


26

Jadual 2.3 Kategori dalam Domain Afektif

Kategori Penjelasan Kata Kerja

Menerima Kesediaan murid untuk mendengar segalan Menumpukan


Fenomena arahan dan tunjuk ajar dengan penuh hormat. perhatian, menurut
Selain itu, menumpukan perhatian yang arahan, memerhatikan,
sepenuhnya semasa arahan diberikan menjawab

Bertindakbalas Penglibatan murid yang aktif dalam semua Bertindak dengan


kepada aktiviti pembelajaran yang dilakukan. Ia juga motivasi,
Fenomena menunjukkan kesediaan murid untuk mengaktifkan diri,
bertindak dengan penuh motivasi.. menjawab,
menceritakan,
menyelesaikan
Penerapan Kesediaan murid untuk menerapkan nilai- Menghayati nilai
nilai nilai murrni dan nilai-nilai saintifik dalam
segala aktiviti yang dijalankan.
Organisasi Kesediaan murid untuk memfokuskan kepada Mematuhi,
nilai-nilai baru dengan perbandingan nilai- mengorganisasikan,
nilai yang berbeza. Murid-murid mampu merancang,
menggunakan keseimbangan antara mengintegrasikan,
kebebasan dan tingkah laku dan mewujudkan memperbaiki,
satu system nilai yang unik. mempertahankan

Perwatakan Nilai yang jelma pada murid mengikut situasi Memimpin,


dan kelakuan. Ia juga menunjukkan menyokong rakan,
penghayatan nilai-nilai yang wujud melalui mempengaruhi,
27

perlakuan menjalankan,
membantu,
bertanggunjawab

Diterjemahkan daripada Krathwohl (2002)

2.5 Strategi Pengajaran Inkuiri Penemuan

Inkuiri penemuan merupakan salah satu kaedah pengajaran yang disarankan oleh PPK

untuk digunakan dalam pengajaran sains di Negara kita. Inkuiri penemuan merupakan

satu proses penerokaan bagi mencari penyelesaian bagi persoalan yang mecabar minda

murid (Horne, Woodhead, Morgan, Smithies, Megson & Lyte, 2007). Menurut

Gyllenpalm dan Wickman (2011) terdapat empat fasa dalam pengajaran inkuiri penemuan

Jadual 2.1 menunjukkan fasa dalam pengajaran inkuiri penemuan.


28

Jadual 2.4 Fasa dalam Pengajaran Inkuiri Penemuan

Kategori Penjelasan

Menyoal Ini adalah fasa pembangunan konsep. Ia


menghubungkan murid dengan apa yang
mereka sudah tahu dan mendorong mereka
untuk membawa soalan mereka sendiri untuk
fenomena ini. Ia merangsang minat pelajar
dalam topik.

Merancang Pada fasa ini, murid akan merumuskan masalah


Dan
Meramal yang timbul pada fasa sebelumnya dan
merangka satu pelan untuk menyiasat soalan
yang mencabar minada mereka. Mereka juga
akan meramalkan hasil dapatan sebelum
malaksanakan siasatan.

Menyiasat dan Pada fasa ini murid terlibat dalam penyiasatan


mengumpul
maklumat dan penerokaan untuk mendapatkan satu
kesimpulan yang nyata bagi menjawab soalan
yang tercetus pada fasa pertama. Murid akan
merekodkan penemuan atau dapatan mereka
dalam bentuk jadual, graf, gambar rajah dan
sebagainya. Murid akan menerangkan soalan
29

yang timbul, inferensnya, prosedur siasatan dan


cara mentafsir keputusan siastan.

Refleksi Pada fasa ini, murid akan membuat kesimpulan


tentang penerokaannya. Ada kemungkinan
untuk pencetusan soalan baru yang boleh
disiasat.

(Gyllenpalm & Wickman, 2011)

Inkuiri adalah proses mencari kebenaran, maklumat ataupun pengetahuan melalui

kaedah penyoalan. Proses inkuiri bermula dengan pengumpulan maklumat melalui deria

penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau (Barrow, 2006). Menurut Manlov

(2007) inkuiri didefinisikan sebagai teknik penyoalan mengenai satu perkara dan mencari

jawapan kepada penyoalan yang diutarakan. Ia melibatkan pemerhatian dan pengukuran

yang teliti, membuat hipotesis, menterjemah dan membina teori. Inkuiri memerlukan

kemahiran mengeksperimen, refleksi dan mengambil kira kekuatan dan kelemahan

kaedah yang digunakan.

Dalam inkuiri saintifik murid menggunakan pengetahuan, imaginasi, taakulan dan

kemahiran proses untuk membina secara aktif kefahaman saintifik. Inkuiri saintifik

menggunakan pemikiran dan kemahiran proses untuk membina kefahaman tentang

pengetahuan sains secara aktif. Melalui inkuiri, murid dapat meningkatkan kemahiran

yang diperlukan dalam kehidupan seharian (Linn, Lewis, Tsuchida & Songer , 2005).
30

Sim (2008) menegaskan bahawa strategi inkuiri penemuan merupakan satu

strategi pembelajaran melalui pengalaman yang mendorong murid supaya meneroka

untuk mendapatkan satu penyelesaian bagi fenomena yang menjadi persoalan baginya.

Banyak kajian dilakukan untuk menguji keberkesanan strategi pengajaran inmuiri

penemuan terhadap pemahaman murid, pengetahuan sains, pencapaian akademik dan

miskonsepsi. Kajian-kajian yang dilakukan oleh Luckie, Krha, Loznak & Maleszewsky

(2004) mempunyai hubungan yang signifikan antara strategi inkuiri penemuan dengan

pembolehubah-pembolehubah ini. Selain ini, banyak kajian dilakukan di dalam dan luar

negara berfokuskan strategi peng inkuiri penemuan.

Kajian yang dilakukan oleh Bachtold (2013) menunjukkan bahawa penggunaan

strategi inkuiri penemuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains memberikan

penekanan kepada kemahiran saintifik yang membawa kesan positif dalam pencapaian

murid dan sikap saintifik murid. Dapatan kajian ini juga selari dapatan kajian yang

dijalankan oleh Twigg (2010) juga menunjukkan bahawa keberkesanan inkuiri penemuan

yang positif terhadap kemahiran saintifik murid.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Prince dan Felder (2006) inkuiri penemuan

merupakan satu strategi pembelajaran induktif yang bermula daripada pencetusan

persoalan daripada persekitaran dan mendorong kepada siasatan untuk mendapatkan

fakta, prinsip ataupun konsep sains. Ia sejajar dengan pendapat Rusmawati (2005) dalam

kajiannya yang mengatakan bahawa pembelajaran melalui strategi inkuiri penemuan

meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah, keupayaan untuk menerangkan data,

pemikiran kritikal dan pemahaman konsep dalam pembelajaran sains.


31

Kajian Hansen & Johnson (2006) mengambarkan bahawa murid-murid yang

mengikuti pembelajaran inkuiri penemuan lebih cenderung untuk mengaplikasikan

konsep sains yang dipelajari dan menggunakan pemikiran aras tinggi. Ia membantu murid

untuk menjawab soalan-soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Menurut Barrow

(2008) strategi penyoalan yang berkesan mencabar murid untuk meneroka dunia sains

yang tanpa batasan dan membuat kesimpulan. Ia juga mendorong murid supaya

mengaplikasikannya serta merta. Ini meningkatkan lagi pemahaman murid dan mereka

teruja untuk menimba ilmu sains..

Strategi inkuiri penemuan merupakan satu strategi pembeajaran yang dilakukan

oleh murid melalui pengalaman penerokaan sendiri. Ia mendorong murid supaya

membina pengalaman pembelajaran yang menyeronakkan melalui aktiviti penerokaan

yang dilalui sepanjang sesi pembelajaran (Shih, Chuang & Hwang, 2010). Penerokaan

memberikan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan dan ilmu. Maklumat dan

ilmu yang ditimba akan disintesis dan dianalisis oleh murid untuk dijadikan sebagai ilmu

pengetahuan.

Inkuiri penemuan adalah proses yang mencetuskan satu masalah, membuat satu

hipotesis, mereka satu kajian, mengumpul data dan membina kesimpulan berdasarkan

penyelesaian masalah. Menurut Gyllenpalm dan Wickman (2011) pengajaran

berorientasikan inkuiri melibatkan murid-murid dalam eksperimen sains. Proses inkuiri

didorong oleh sifat ingin tahu dan keinginan memahami sesuatu ataupun menyelesaikan
32

masalah. Kajian yang dijalankan oleh Zion dan Sadeh (2007) membuktikan bahawa

proses inkuiri bermula daripada sesuatu pemerhatian yang menimbulkan persoalan.

Pemerhatian yang baik melahirkan sifat ingin tahu di kalangan murid. Secara tidak

langsung ia marangsang naluri murid untuk membuat pemerhatian, perbincangan,

inferens, kesimpulan dan konsep awal. Ia akan memotivasikan murid untuk meneroka.

Pembelajaran inkuiri penemuan dapat dilaksanakan melalui strategi penyoalan,

perbincangan, tunjuk cara, eksperimen dan pembelajaran kolaboratif. Teknik penyoalan

memainkan penaran yang sangat penting dalam pembelajaran inkuiri penemuan. Ia dapat

memberikan impak yang baik dalam proses pembelajaran dan kognitif murid (Calik,

Ebenezer, Ozsevgec, Kucuk & Artun, 2015). Murid dikehendaki membuat huraian untuk

menjawab soalan-soalan terbuka dan secara tidak langsusng ia menggalakan kemahiran

berfikir aras tinggi murid. Ia sejajar dengan elemen kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(KBAT) yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Elemen ini akan

menghasilkan seorang murid yang berupaya untuk mengaplikasikan pengetahuan,

kemahiran dan nilai estetika dalam membuat penaakulan dan refleksi untuk mendapatkan

penyelesaian bagi masalah yang timbul dengan pemikiran yang kreatif dan berinivasi.

Banyak kajian dilakukan untuk menguji keberkesanan strategi pengajaran

terhadap pemahaman murid, pengetahuan sains, pencapaian akademik dan miskonsepsi.

Kajian-kajian yang dilakukan oleh Luckie, Krha, Loznak & Maleszewsky (2004)

mempunyai hubungan yang significant antara strategi inkuiri penemuan dengan

pembolehubah-pembolehubah ini.
33

2.6 Strategi Inkuiri Penemuan dan Domain Pembelajaran

Pelbagai kajian dilakukan untuk menguji keberkesanan inkuiri penemuan terhadap

pemahaman murid, pencapaian murid, pemikiran murid, motivasi murid, kemahiran

literasi sains dan kemahiran manipulatif sains.

Menurut Abdelraheem dan Asan (2006) strategi inkuiri penemuan sangat berkesan

dalam pengajaran dan murid menunjukkan reaksi positif tehadap pelajaran. Tambahan

lagi, hasil dapatan menunjukkan strategi pengajaran ini memberikan impak kepada

kemahiran dan tahap pemikiran kritikal murid. Strategi pengajaran inkuiri penemuan

memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan

pembelajaran dengan mendorong pemikiran kritikal murid. Ia turut disokong oleh Awg

Kasmurie, Abdul Razak dan Ahmad Ali (2010) dalam kajiannya dengan membuktikan

strategi inkuiri penemuan mengembangkan tahap kognitif murid dengan melahrikan

pemikiran kreatif dan kritikal.

Mariani Natalina, Yustini Yusuf & Erma (2013) mendapati bahawa implementasi
34

strategi inkuiri penemuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran memberikan kesan

positif terhadap pemahaman murid secara optimum. Dapatan kajian menunjukkan

pemahaman menunjukkan peningkatan yang siknifikan. Dapatan ini juga sejajar dengan

dapatan kajian Luckie, Krha, Loznak dan Maleszewsky (2004) yang turut mendapat

peningkatan dalam pemahaman murid melalui kajian yang dilakukannya. Kajian yang

dilakukan oleh Awg Kasmurie, Abdul Razak dan Ahmad Ali (2010) membuktikan

bahawa strategi inkuri penemuan menunjukkan terdapat perbezaan yang significant di

antara kumpulan rawatan dan kawalan. Melalui kajian itu, mereka juga menyarankan

bahawa strategi inkuiri penemuan merupakan satu strategi pengajaran yang efektif dan

perlu diamalkan oleh semua guru sains.

Melalui satu kajian, Kamisah, Lilia& Zanaton (2003) menyarankan strategi

inkuiri penemuan meninkatkan kematangan kognitif murid yang memainkan peranan

yang besar dalam pencetusan sikap saintifik murid. Murid-murid menunjukkan

perwatakan yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran selepas

memggunakan strategi ini seperti rajin, aktif, fokus dalam pembelajaran dan mempunyai

kecenderungan yang tinggi untuk menimba ilmu sains.

Kajian yang dijalankan oleh Lazonder & Ehrenhard (2014).menunjukkan strategi

pengajaran inkuiri penemuan meningkatkan aktiviti fizikal murid. Selain itu, kajian Trna,

Trnova & Sibor (2012) strategi pengajaran ini melahirkan pembelajaran kolobaratif yang

meningkatkan kemahiran generic murid. Pendapat-pendapat ini selari dengan pendapat

kajian Kamisah, Lilia& Zanaton (2003) iaitu murid tidak bertindak sebagai penerima
35

ilmu dalam pembelajaran strategi inkuiri penemuan malah mereka meneroka dan mencari

maklumat dengan sendiri melalui “hands on activity”. Inkuiri penemuan mengalakkan

murid-murid untuk melakukan hands-on activity dalam pembelajaran sains (Sani, 2014) .

Murid-murid sangat seronok untuk melibatkan diri dalam hands on activity sains dan

mereka lebih bermotivasi untuk belajar sains (Woodley, 2009).

Pembelajaran sains dan aktiviti hands-on tidak dapat dipisahkan dan ia menjadi

fokus utama dalam strategi inkuiri penemuan. Strategi pengajaran ini membuatkan murid-

murid menguji hipotesis, mencari hubungan antara pemboleh ubah dan menguji

pemboleh ubah tersebut untuk mendapatkan perubahan sesuatu system dan kesannya

dalam konsep sains (Gyllenpalm & Wickman 2011). Menurut Jordan, Villasenor, Silver

& Etkina (2011) aktiviti hands-on adalah satu aktiviti sains yang menggunakan radas-

radas sains dan bahan-bahan kimia serta tergolong dalam domain psikomotor. Hayward

(2003) berpendapat bahawa kerja praktikal sains mewujudkan interaksi antara murid

dengan radas sains dan bahan sains yang akan memberikan kesan kepada tahap kognitif

murid dengan mencetuskan pemikiran kreatif, kritif dan analitik. Murid-murid bayangkan

diri mereka sebagai seorang pakar sains yang mempu menyelesaikan masalah dalam

dunia sains dan secara tidak langsung ia memberikan kesan yang mendalam dalam

domain afektif murid dengan meningkatkan motivasinya (Harwood, 2004).

Menurut Sim (2008) strategi inkuiri penemuan merupakan satu strategi

pembelajaran melalui pengalaman yang merangsang murid untuk mengamalkan

eksperimen sains dengan menggendalikan bahan-bahan konkrit. Penggunaan bahan


36

konkrit dalam proses pembelajaran mewujudkan satu pengalaman pembelajaran yang

lebih efektif (Barrow, 2006) Pendapat ini turut dibuktikan oleh Hayward (2003) dalam

kajian mereka dengan mengatakan bahawa penggunaan bahan bantu belajar atau sumber

belajar yang konkrit lebih berkesan. Ia mendorong murid-murid untuk memperolehi

maklumat yang lengkap dengan menggunakan deria mereka. Situasi ini akan memberikan

kesan yang positif terhadap perkembangan domain kognitif, psikomotor dan afektif

(Gyllenpalm & Wickman, 2011) Menurut Trna, Trnova & Sibor (2012), inkuiri penemuan

mewujudkan satu dimensi baru dalam pembelajaran sains dengan mendorong mereka

untuk memeperolehi maklumat dan meningkatkan pemahaman konsep sains. Hasil kajian

Kajian mereka juga membuktikan bahawa strategi ini sangat berkesan untuk semua

kategori murid. Murid-murid yang lemah juga dapat mempelajari ilmu sains dengan

mengamalkan strategi inkuiri penemuan.

Kajian yang dijalankan oleh Rising and Cogan (2009) menunjukkan bahawa

strategi inkuiri penemuan menunjukkan peningkatan yang significant terhadap prestasi

dan sikap murid. Brickman, Gormally, Armstrong & Hallar (2009) juga membuktikan

dalam kajiannya bahawa strategi inkuiri penemuan menunjukkan peningkatan yang

ketara dari segi domain kognitif, psikomotor dan afektif. Ia dinilai melalui kemahiran

literasi sains, kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan niai saintifik.

Melalui satu kajian Kamisah, Lilia& Zanaton (2003) strategi inkuiri penemuan

meninkatkan kematangan kognitif murid yang memainkan peranan yang besar dalam

pencetusan sikap saintifik murid. Murid-murid menunjukkan perwatakan yang positif


37

dalam proses pengajaran dan pembelajaran selepas memggunakan strategi ini seperti

rajin, aktif, fokus dalam pembelajaran dan mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk

menimba ilmu sains.

Darling-Hammond (2008) menunjukkan bahawa strategi pembelajaran inkuiri

penemuan mewujudkan satu persaingan yang sihat di kalangan murid dalam bilik darjah.

Selain itu, ia meningkatkan minat dan keingginan murid untuk belajar sains dan secara

tidak langsung meningkatkan motivasi guru untuk menghasilkan satu proses pengajaran

yang berkesan. Kajian yang dijalankan oleh Wallace dan Brooks (2015) menunjukkan

bahawa strategi inkuiri penemuan mengabungkaitkan ilmu yang ditimba melalui

kehidupan harian murid untuk merumuskan konsep sains yang dipelajari. Pembelajaran

yang berkait dengan pengalaman memotivasikan murid untuk melibatkan diri secara aktif

dalam aktiviti pembelajaran sains Hong, Hwang, Liu, Ho, dan Chen (2014).

2.6 Rumusan

Bab ini membincangkan tentang rumusan hubungan strategi pengjaran inkuiri penemuan

dengan domain pembelajaran taksanomi bloom. Selain itu, ia juga memberikan satu

rumusan tentang pendidikan sains di negara Malaysia, strategi pengajaran sains,

pengenalan tentang domain pembelajaran, Taksanomi Bloom, Model Psikomotor

Simpson dan Model Afektif Karathwohl serta keberkesanan inkuiri penemuan terhadap

domain pembelajaran. Bab seterusya akan menerangkan metadologi kajian.


38

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan strategi-strategi yang digunakan untuk membuat kajian.

Bab ini menghuraikan lebih jelas mengenai reka bentuk kajian, persampelan kajian,
39

kerangka konseptual, instrumen kajian, pengumpulan data, prosedur pengumpulan data,

prosedur ujian dan tatacara analisis data. Pengumpulan data bagi keberkesanan inkuiri

penemuan terhadap tahap perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif.

3.2 Rekabentuk Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan strategi kualitatif yang berbentuk narrative

observation. Penyelidik tidak ada kawalan terhadap pembolehubah-pembolehubah

ataupun tidak dapat manipulasikan pembolehubah-pembolehubah bebas yang

mengakibatkan sesuatu kesan terhadap pembolehubah bersandar. Jadi, ia juga bertujuan

untuk mengetahui hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang sedia wujud

iaitu tiga pembolehubah bersandar (domain kognitif, psikomotor dan afektif) dengan

pembolehubah tidak bersandar (murid-murid Tahun 4S SJK (T) Sepang).

3.3 Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka konseptual kajian seperi dalam rajah 3.1 memberikan gambaran yang lebih

jelas dan terperinci mengenai aliran hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah

yang relevan berdasarkan teori yang ditetapkan oleh penyelidik. Maklumat sampel kajian

dan aliran proses pengumpulan data kajian diperjelaskan secara visual dengan

menggunakan kerangka konseptual kajian ini. Murid-murid 4S seramai 20 orang murid (8


40

orang lelaki dan 12 orang perempuan) menjadi sampel dalam pelaksanaan strategi inkuiri

penemuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian rintis dijalankan sebelum

pelaksanaan inkuiri penemuan dalam proses pengajaran pembelajaran bagi mendapatkan

kebolehpercayaan data yang diberikan oleh pemerhati. Keberkesanan strategi ini diuji

melalui perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif. Kategori yang menjadi tumpuan

dalam domain kognitif ialah pemahaman dan penerapan. Kategori kesedaran, set, respons

berpandu dan adaptasi menjadi tumpuan pengjkaji dalam domain psikomotor. Semua

kategori dalam domain afektif menjadi tumpuan dalam kajian ini.

Murid Tahun 4S SJK (T) Sepang

Sampel (n= 20)

Kajian rintis dijalankan

Pelaksanaan strategi inkuiri penemuan


dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sains dalam topik sains bahan.

Domain Pembelajaran

Konstruk Konstruk Konstruk


Kognitif Psikomotor Afektif
 Pemahaman  Persepsi  Menerima
 Penerapan  Maklum balas fenomena
terbimbing  Bertindakbalas
 Maklum balas kepada
kompleks fenomena
 Adaptasi  Menghargai
 Penerapan nilai
41

Rajah 3.1 : Kerangka Konseptual

3.4 Persampelan Kajian

Strategi persampelan yang digunakan oleh penyelidik adalah strategi persampelan

bertujuan. Sampel ini dipilih kerana penyelidik menjadi guru sains dalam kelas yang

digunakan sebagai tempat kajian. Kesemua murid 4S di SJK (T) Sepang digunakan

sebagai sampel oleh penyelidik dalam kajian ini. Sampel ini terdiri daripada 20 orang

murid. Daripada jumlah murid tersebut, 8 orang merupakan murid lelaki dan 12 orang

adalah murid perempuan. Kesemua sampel kajian akan diuji pada proses pengajaran dan

pembelajaran sains yang dijalankan oleh penyelidik selama lima minggu

3.5 Instrumen Kajian

Instrumen kajian adalah alat dan strategi yang digunakan oleh penyelidik untuk untuk

memperolehi dan mengumpul data sesuatu kajian. Dalam kajian ini, penyelidik gunakan

dua jenis instrument untuk mendapatkan data.


42

3.5.2 Permerhatian

Pemerhatian terdiri daripada pemerhatian berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur.

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan pemerhatian berstruktur dengan mengenalpasi

aspek-aspek pemerhatian terlebih dahulu dan disusun secara teratur. Pemerhatian

digunakan sebagai instrumen kajian utama oleh penyelidik dengan menggunakan senarai

semak pemerhatian (Lampiran 1). Penyelidik membahagikan senarai semak pemerhatian

kepada tiga domain iaitu domain kognitif, psikomotor dan afektif. Domain kognitif dan

domain psikomotor mempunyai 4 item manakala domain afektif mempunyai 5 item.

Setiap satu item dinilai mengikut nombor yang mewakili tahap-tahap yang ditetapkan

iaitu lemah, kuarang memuaskan, memuaskan, baik dan sangat baik. Pemerhati akan

memantau proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh penyelidik dan

memberikan data pemerhatian dengan menggunakan senarai semak pemerhatian.

i) Kebolehpercayaan

Senarai semak pemerhatian ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi

apabila ketekalan markah-markah yang dihasilkan oleh pemerhati dan

penyelidik. Selain itu, strategi ini juga mempunyai ukuran kesetaraan dan

kestabilan yang mana dapat melihat perkembangan domain pembelajaran

murid.

ii) Kesahan
43

Senarai semak pemerhatian ini dapat mengukur apa yang sepatutnya

diukur iaitu perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif murid selepas

pelaksanaan inkuiri penemuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Salah satu jenis kesahan iaitu kesahan kandungan telah diuji oleh

penyelidik dengan menggunakan kajian rintis untuk menilai apa yang telah

dinilai oleh pemerhati mempunyai tahap kebenaran yang signifikan.

iii) Kelebihan pemerhatian

Strategi pemerhatian sesuai digunakan dalam kajian ini bagi mengumpul

data kajian. Ini kerana pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah

terperinci dan mempunyai kepersian dan kejituan yang tinggi. Selain itu,

data yang diperolehi boleh dipercayai. Ia turut dinyatakan oleh Creswell

(2013) dalam karyanya.

iv) Kelemahan pemerhatian

Terdapat juga beberapa kelemahan dalam penggunaan strategi pemerhatian

seperi murid berpura-pura apabila menyedari mereka sedang diperhati.

Ada juga murid yang tidak selesa apabila seorang pemerhati berada dalam

kelas mereka untuk memantau. Selain itu ada juga kemungkinan untuk

berlaku bias oleh pemerhati.

3.5.2 Rakaman Video

Rakaman merupakan instrument kajian sekunder yang digunakan oleh penyelidik dalam
44

usaha untuk mendapatkan data bagi kajian. Rakaman dilakukan semasa proses pengajaran

dan pembelajaran yang dilakukan oleh penyelidik dengan menggunakan strategi inkuiri

penemuan. Rakaman dilakukan selama lima minggu dan dua sesi bagi setiap minggu.

Pada sesi pertama rakaman difokuskan kepada sepuluh orang murid yang pertama dan

sepuluh orang murid yang lain pada sesi kedua. Selepas proses pengajaran dan

pembelajaran, penyelidik akan menonton rakaman tersebut dan memerhati perkembangan

domain pembelajaran dengan menggunakan senarai semak pemerhatian (Lampiran 1)

yang sama. Sekiranya terdapat banyak perbezaan di antara data pemerhatian yang

dijalankan oleh pemerhati dengan data pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik data

tersebut dikira tidak sah. Data dikumpulkan pada sesi seterusnya.

3.6 Tatacara Analisis Data

Data dianalisis dengan melalui analisis diskriptif. Analisis diskriptif dijalankan

berdasarkan data yang diperolehi. Ia dapat membantu dalam membuat kesimpulan

mengenai data numerikal dan merumuskan maklumat daripada set data serta

mempersembahkan maklumat tersebut dalam bentuk grafik.

3.6.1 Analisis data pemerhatian mengikut minggu

Perkembangan murid dalam domain pembelajaran dikumpulkan dengan menggunakan

peratus. Skor-skor perkembangan murid dijumlahkan dan dibahagikan kepada jumlah

skor maksimum untuk menentukan peratus. Selain itu julat antara 5 minggu ditentukan
45

dengan mencari perbezaan antara data yang dikumpul pada minggu kelima dan minggu

pertama. Julat positif akan menunjukkan terdapat perkembangan dan julat negatif akan

menunjukkan tidak berlaku perkembangan serta ujian yang dilakukan tidak berkesan.

3.6.2 Analisis data pemerhatian mengikut fasa pengajaran inkuiri penemuan

Perkembangan domain pembelajaran mengikut fasa pengajaran inkuiri penemuan

ditentukan melalui peratus min data-data perkembangan domain pembelajaran. Kesemua

data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For The

Social Sciences Window 17.0 (SPSS 17.0).

3.7 Prosedur Kajian

Guru Pakar Sains yang mempunyai pengalaman yang luas dalam pengajaran

matapelajaran sains akan menjadi pemerhati. Beliau telah diterangkan tentang objektif

kajian dan item-item pemerhatian. Beliau akan memerhati dan memantau 10 orang

sampel pada perjumpaan pertama dan 10 orang sampel yang lain pada sesi perjumpaan

kedua. Pemerhatian dilakukan dua kali seminggu semasa penyelidik menggunakan

strategi inkuiri penemuan dalam proses pengajarannya. Kajian rintis dijalankan selama

dua minggu dan proses pengumpulan data dilakukan selama lima minggu.
46

3.7.1 Kajian Rintis

Kajian rintis dijalankan intuk mendapatkan kesahan dan keyakinan terhadap kajian yang

bakal dijalankan. Penyelidik menjalankan kajian rintis ke atas pemerhatian yang dibuat

oleh pemerhati. Kajian rintis dijalankan selama dua minggu. Pemerhati diminta untuk

membuat pemerhatian terhadap perkembangan tahap kognitif, psikomotor dan afektif

seorang murid yang dipilih secara rawak dengan menggunakan senarai semak

pemerhatian (Lampiran 1) semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan

oleh penyelidik. Pada masa yang sama, proses tersebut dirakam. Penyelidik membuat

pemerhatian terhadap perkembagan tahap kognitif, psikomotor dan afektif murid tersebut

melalui rakaman video dengan menggunakan senarai semak pemerhatian yang sama.

Kemudian pemerhati mendapatkan korelasi bagi data pemerhatian yang diberikan oleh

pemerhati dan data pemerhatian yang dibuat oleh penyelidik dengan menggunakan

strategi pekali Chronbach Alpha. Strategi ini dapat menentukan pekali kebolehpercayaan

ketekalan data permerhatian yang dibuat oleh pemerhati. Nilai pekali kebolehpercayaan

Chronbach Alpha ialah 0.74. Ini menunjukkan data pemerhatian yang diberikan oleh

pemerhati boleh dipercayai.

3.7.2 Prosedur pengumpulan data

Beberapa prosedur am bagi instrumen yang digunakan perlu diambilkira untuk

mendapatkan data yang tepat. Proses pengumpulan data ini dijadualkan selama 5 minggu
47

di mana ia dijalankan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran sains yang dijalankan

oleh penyelidik. 10 orang sampel diuji pada sesi penjumpaan pertama dan 10 sampel yang

lain diuji pada sesi perjumpaan kedua. Jadual 3.1 di bawah menunjukkan tentatif

pengumpulan data berdasarkan kekerapan sampel kajian.

Jadual 3.1 Tentatif Pengumpulan Data

Minggu Tarikh Jumlah Sampel

3 Mac 2015 10
1
4 Mac 2015 10
10 Mac 2015 10
2
11 Mac 2015 10
25 Mac 2015 10
3
25 Mac 2015 10
31 Mac 2015 10
4
1 April 2015 10
8 April 2015 10
5
9 April 2015 10

3.8 Rumusan

Secara kesimpulannya boleh dirumuskan bahawa sampel kajian, instrumen kajian,

tatacara pengumpulan data serta prosedur ujian memainkan peranan penting dalam

sesuatu kajian. Ia menjamin dapatan kajian keseluruhan pada akhir nanti. Justeru,

penyelidik juga memilih strategi penganalisisan data yang tepat bagi mendapatkan satu

keputusan yang benar dan diterima pakai. Segala keterangan yang tersenarai dalam bab
48

ini membantu penyelidik memperoleh dapatan yang tepat mengikut persoalan kajian. Bab

seterusnya akan membincangkan tentang analisis data.

BAB 4

DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini, terdapat perbincangan mengenai latar belakang demografi kajian,

perkembangan domain kognitif, perkembangan domain psikomotor, perkembangan


49

domain afektif dan perkembangan domain pembelajaran mengikut fasa pengajaran inkuiri

penemuan. Dapatan-dapatan kajian turut dikait dengan kajian yang dilakukan oleh

penyelidik-penyelidik yang lain.

4.2 Latar Belakang Demografi Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui keberkesanan strategi pengajaran inkuiri

penemuan terhadap perkembangan domain kognitif, psikomotor dan afektif murid-murid

4S di SJK (T) Sepang. Kesemua murid 4S SJK (T) Sepang telah dijadikan sebagai sampel

dalam kajian ini. Sampel kajian adalah seratus peratus dari bangsa India dan yang

menetap di daerah Sepang.

4.3 Kesan Inkuiri Penemuan dalam Perkembangan Domain Kognitif

Keberkesanan inkuiri penemuan meningkatkan perkembangan domain kognitif dari segi

keupayaan murid untuk :-


a) menjelaskan dengan tepat apa yang difahami?
b) membuat jangkaan awal (ramalan) tentang sesuatu fenomena berdasarkan

pemerhatian dan pengalaman?


c) mengaitkan ilmu yang dipelajari dengan situasi baru?
d) berfikir secara kreatif dan inovatif dan menjawab soalan-soalan yang berkemahiran

berfikir aras tinggi?


50

Jadual 4.1 menunjukkan peratus perkembangan tahap kognitif murid berdasarkan item

pemerhatian yang digunakan mengikut minggu.

.Jadual 4.1 Taburan peratus perkembangan tahap kognitif murid berdasarkan item pemerhatian
mengikut minggu

Peratus perkembangan tahap


Item kognitif (%)
Domain Konstruk pemerhatian Julat Min
Minggu

1 2 3 4 5

Menjelaskan 29 45 59 75 90 61
Kefahaman dengan tepat 64
Membuat 20 43 59 71 87 67
Kognitif
ramalan
Mengaitkan 24 53 71 88 93 69
ilmu sains 68
Aplikasi Pemikiran 30 56 74 88 97 67
kreatif dan
inovative

Berdasarkan jadual 4.1 terdapat peningkatan yang konsisten dari segi peratus

perkembangan tahap kognitif murid daripada minggu pertama hingga ke minggu kelima.

Ini menunjukkan bahawa strategi inkuiri penemuan dapat membantu murid dalam

meningkatkan tahap kognitif mereka.

Kebolehan murid untuk menjelaskan pemahamannya dengan tepat menunjukkan

julat sebanyak 61%. Tahap perkembangan pada minggu pertama menunjukkan 29 %,

diikuti 45 % pada minggu kedua, 59% pada minggu ketiga, 75% pada minggu keempat

dan 90 % pada minggu kelima. Perkembangan secara positif ini membuktikan bahawa

strategi inkuiri penemuan meningkatkan kemahiran komunikasi murid dan membolehkan


51

murid dapat menjelaskan pemahaman mereka dengan tepat.

Keupayaan murid untuk membuat jangkaan awal (ramalan) tentang sesuatu

fenomena berdasarkan pemerhatian dan pengalaman menunjukkan julat yang positif iaitu

67%. Tahap perkembangan pada minggu pertama menunjukkan 20 %, diikuti 43 % pada

minggu kedua, 59 % pada minggu ketiga, 71 % pada minggu keempat dan 87 % pada

minggu kelima. Perkembangan ini membuktikan bahawa strategi inkuiri penemuan

meningkatkan kebolehan murid untuk membuat ramalan dan jangkaan awal berdasarkan

pengalaman mereka.

Keupayaan berfikir secara kreatif dan inovatif serta menjawab soalan-soalan

yang berkemahiran berfikir aras tinggi menunjukkan julat yang positif iaitu 69%.

Keupayaan murid dalam perkembangan kognitif ini menunjukkan bahawa 24 % pada

minggu pertama, diikuti 51 % pada minggu kedua, 73 % pada minggu ketiga, 88 % pada

minggu keempat dan 93% pada minggu kelima. Perkembangan secara optimum ini

membuktikan bahawa strategi inkuiri penemuan membantu murid untuk menjawab

soalan-soalan berkemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dengan menggunakan pemikiran

kreatif dan inovatif.

Kebolehan murid untuk mengaitkan ilmu yang dipelajari dengan situasi baru

menunjukkan julat yang positif iaitu 67%. Kebolehan murid dalam mengaitkan ilmu

yang dipelajari menunjukkan 30% pada minggu yang pertama, diikuti 56% pada minggu

kedua, 74% pada minggu ketiga, 88% pada minggu keempat dan 97% pada minggu
52

kelima. Perkembangan secara optimum ini membuktikan bahawa strategi inkuiri

penemuan membantu murid untuk mengaitkan ilmu sains yang ditimba pada situasi baru.

Kebolehan murid untuk memberikan penjelasan dan keupayaan murid untuk

membuat ramalan merangkumi konstruk pemahaman dalam domain kognitif. Peratus min

diantara kedua-dua item dalam konstruk mencatatkan bacaan positif iaitu 64% dan ia

menunjukkan bahawa penggunaan strategi inkuiri penemuan mambantu murid dalam

perkembangan domain kognitif mereka. Ini kerana inkuiri penemuan menggalakkan

murid supaya meneroka dengan aktif. Ini mendorong mereka untuk membina

pengetahuan melalui pembelajaran dan pencarian maklumat tanpa mengahafal.

Selain itu, strategi pengajaran ini menjadi satu medium pemindahan ilmu sains

daripada persekitaraan kepada murid. Pemindahan ilmu ini memberikan keupayaan

kepada murid untuk menyelesaikan masalah baru, menjawab soalan-soalan baru dan

menjelaskan apa yang diahami dengan tepat dan berani dengan menggunakan

pengetahuan yang telah dipelajari. Ia selari dengan pendapat Rusmawati (2005) yang

turut menyatakan bahawa pemindahan ilmu yang baru memberikan satu peluang kepada

murid untuk mencari penyelesaian dan juga berani menerangkan dapatannya dengan

menggunakan pemahamannya.

Penggunaan inkuiri penemuan dalam proses pengajaran merangsang murid untuk

mengajukan persoalan demi persoalan bagi mencari kefahaman baru. Ia menggalakkan

murid untuk menggunakan proses mental untuk menjanakan satu konsep dan prinsip

sains. Menurut Zion dan Sadeh (2007) proses mental adalah keupayaan murid untuk
53

membuat pemerhatian, pengelasan, pengukuran, meramal, menerangkan dan membuat

inferens.

Selain itu, strategi inkuiri penemuan juga dapat mewujudkan sifat ingin tahu dan

kecenderungan untuk meneroka sesuatu yang baru di kalangan murid. Strategi

pengajaran ini berfokuskan masalah yang jarang ditempuhi oleh murid dalam kehidupan

harian mereka. Ini merangsang murid untuk membuat ramalan, hipotesis dan konsep

awal. Ia selari dengan pendapat Calik, Ebenezer, Ozsevgec, Kucuk dan Artun (2015) yang

turut mengatakan bahawa sifat ingin tahu menrangsang murid untuk berfikir di luar

batasannya dengan menanyakan persoalan, membuat ramalan dan andaian awal.

Inkuiri penemuan juga memberikan peluang kepada murid-murid supaya

meneroka secara bebas. Secara tidak langsung ia mencabar minda murid dan merangsang

pengetahuan murid untuk memberikan jawapan Luckie, Krha, Loznak dan Maleszewsky

(2004). Ini menjadikan murid lebih bersedia untuk memberikan penerangan alternative

melalui pemahamannya. Nik Zarini dan Salmiza (2012) turut memberikan pendapat

bahawa strategi pengajaran secara inkuiri penemuan yang memberikan peluang kepada

murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti penerokaan dan merancang serta menemui

strategi penyelesaian bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Secara tidak langsung ia

meningkatkan penaakulan saintifik dan kefahaman murid dalam sains.

Keupayaan murid untuk menjawab soalan-soalan berkemahiran berfikir aras

tinggi dengan pemikiran kreatif dan kritis serta kebolehan murid untuk mengaitkan ilmu

yang dipelajari merangkumi konstruk aplikasi dalam domain kognitif. Min julat
54

diantara

kedua-dua item ini menunjukkan bacaan positif iaitu 68%. Julat ini menunjukkan bahawa

inkuiri penemuan memberikan keberkesanan dalam perkembangan kognitif murid dari

segi konstruk aplikasi.

Inkuiri penemuan ini dapat merangsang pemikiran secara kritikal, pemikiran

kreatif, pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid

mencerap sesuatu idea atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya

dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Ini membolehkan murid-murid menjawan

soalan-soalan berkemahiran aras tinggi dengan menggunakan pemikiran kritis dan kreatif

(Sarimah Kamrin, 2007).

Inkuiri penemuan juga memberikan peluang yang bebas kepada murid bebas

untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan

akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Ia selari dengan pendapat Shih,

Chuang & Hwang (2010). Ia meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada

murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah

mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing.

Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran

dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.


55

Strategi pengajaran inkuiri penemuan memberikan peluang kepada murid untuk

belajar melalui pengalaman. Menurut Wallace dan Brooks (2015) pembelajaran melalui

pengalaman membolehkan murid untuk membuat pegitlakan, mengaitkan aktiviti dengan

contoh dalam kehidupan harian dan juga mengaplikasikan imlu yang ditimba dalam

konteks yang sama atau berbeza. Selain itu, inkuiri penemuan yang memberikan peluang

peluang kepada murid untuk menoraka mungkin melahirkan satu kesungguhan di

kalangan murid untuk mencuba dan mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam sesuatu

yang baru. Ini meningkatkan lagi perkembangan kognitif murid.

4.4. Kesan Inkuiri Penemuan dalam Perkembangan Domain Psikomotor

Keberkesanan inkuiri penemuan dalam meningkatkan domain psikomotor dari segi

kecenderungan murid untuk :-


a) menggunakan sekurang-kurangnya tiga deria?
b) merancang dan menjalankan aktiviti penerokaan?
c) mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul?
d) mencipta atau mengubahsuai sesuatu yang sedia ada untuk mengatasi
masalah secara terancang?

Jadual 4.2 menunjukkan peratus perkembangan psikomotor murid berdasarkan item

pemerhatian yang digunakan mengikut minggu.

Jadual 4.2 Taburan peratus perkembangan psikomotor murid berdasarkan item pemerhatian
mengikut minggu
56

Peratus perkembangan tahap


Item psikomotor (%)
Domain Konstruk Pemerhatian Julat
Minggu

1 2 3 4 5

Persepsi Menggunakan 29 55 71 84 97 68
tiga deria
Maklumbalas Merancang dan 27 49 67 83 99 72
Psikomotor
terbimbing menjalankan
penerokaan
Maklumbalas Pengendalian 23 44 61 73 89 69
kompleks radas dan
bahan sains
Keaslian Mencipta dan 23 46 65 73 89 66
mengubahsuai
bahan

Berdasarkan jadual 4.2 terdapat peningkatan yang optimum dalam perkembangan

psikomotor murid daripada minggu pertama hingga ke minggu kelima. Ini membuktikan

bahawa psikomotor murid dapat dikembangkan dengan menggunakan strategi pengajaran

inkuiri penemuan.

Kecenderungan murid untuk menggunakan sekurang-kurannya tiga deria dalam

aktiviti pembelajaran menujukkan julat positif iaitu 68%. Tahap kesediaan murid untuk

menggunakan sekurang-kurannya tiga deria pada minggu pertama menunjukkan 29%,

diikuti 55% pada minggu kedua, 71% pada minggu ketiga, 84% pada minggu keempat

dan 97% pada minggu kelima. Perkembangan secara positif ini membuktikan bahawa

strategi inkuiri penemuan mendorong murid untuk menggunakan sekurang-kurannya tiga


57

deria semasa melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Kecenderungan murid untuk merancang dan menjalankan aktiviti penerokaan

menujukkan julat positif iaitu 72%. Tahap kesediaan murid untuk merancang dan

menjalankan penerokaan menunjukkan 27% pada minggu pertama, diikuti 49% pada

minggu kedua, 67% pada minggu ketiga, 83% pada minggu keempat dan 99% pada

minggu kelima. Perkembangan secara positif ini membuktikan bahawa strategi inkuiri

penemuan mendorong murid merancang sesuatu penerokaan yang mampu memberikan

penyelesaian bagi persoalan yang mencabar minda mereka.

Kecenderungan murid untuk mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan

betul menujukkan julat positif iaitu 66%. Tahap kebolehan murid untuk mengendalikan

peralatan dan bahan sains menunjukkan 23% pada minggu pertama, diikuti 44% pada

minggu kedua, 61% pada minggu ketiga, 73% pada minggu keempat dan 89% pada

minggu kelima. Perkembangan secara positif ini membuktikan bahawa strategi inkuiri

penemuan memberikan satu pendedahan kepada murid untuk mengendalikan peralatan

dan bahan sains dengan betul dalam aktiviti penerokaan mereka.

Kecenderungan murid untuk mencipta atau mengubahsuai sesuatu yang sedia ada

untuk mengatasi masalah secara terancang menujukkan julat positif iaitu 66%. Tahap

keupayaan murid untuk mencipta dan mengubahsuai sesuatu bahan menunjukkan 23%

pada minggu pertama, diikuti 46% pada minggu kedua, 65% pada minggu ketiga, 73%

pada minggu keempat dan 89% pada minggu kelima. Perkembangan secara berperingkat
58

ini membuktikan bahawa strategi inkuiri penemuan mencetuskan pemikiran yang

inovatif dan mendorong murid untuk membuat penciptaan baru atau pengubahsuaian

bahan yang mampu mengatasi masalah yang dihadapi.

Strategi inkuiri penemuan merangsang murid untuk menggunakan sensori deria

mereka dalam aktiviti pembelajaran. Murid-murid lebih cenderung untuk menggunakan

deria mereka bagi mendapatkan penyelesaian bagi masalah yang timbul melalui

penerokaan. Sifat ingin tahu dan ingin mencuba mendorong murid untuk menggunakan

deria-deria mereka supaya mendalami penerokaan mereka. Menurut Oprera (2014)

murid-murid lebih cenderung untuk berinteraksi dengan fenomana, membuat pemerhatian

dengan menggunakan deria dan mengendalikan instrumen dan bahan yang konkrit. Ia

meningkatkan kefahaman mereka dalam sains. Strategi pengajaran inkuiri penemuan

memberikan peluang kepada murif untuk menggunakan pengunaan deria yang

maksimum.

Strategi pengajaran inkuiripenemuan yang bermula dengan pencetusan persoalan

yang mencabar minda murid mendorong mereka untuk menjalankan penyiasatan atau

penerokaan menyelesaikan dan mendapatkan jawapan bagi persoalan tersebut.

Penerokaan yang autentik ini membolehkan murid-murid untuk mengenal pasti masalah

yang hendak diterokai, membuat hipotesis, menentukan prosedur penerokaan dan

membuat kesimpulan Cooper dan Higgins (2014). Selain itu, strategi inkuiri penemuan

mewujudkan satu konteks pengajaran dan pembelajaran sains yang meliputi penerokaan

dan penyiasatan seperti yang disarankan oleh Singer, Hilton dan Schweingruber (2006).

Suasana dan konteks pembelajaran ini mendorong murid untuk menjalankan aktiviti
59

amali secara teratur dan menimba ilmu sains dengan efektif berbanding dengan kaedah

konvensional (Santiboon, 2006).

Strategi pengajaran inkuiri penemuan memberikan peluang yang bebas kepada

murid untuk mengendalikan instrument-instrumen sains dengan berani. Pencetusan

masalah dalam inkuiri penemuan juga mendorong murid untuk menegendalikan serta

memanipulsaikan instrument dan bahan-bahan sains Ia juga merangsang murid untuk

menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman, memanipulasikan idea-idea dan

meningkatkan pemahaman mereka. Ia juga meningkatkan rasa tanggungjawab dalam

mengendalikan instrument dan bahan-bahan sains.

Inkuiri penemuan meningkatkan kemahiran manipulatif yang merupakan

kemahiran kritikal dan penyiasatan sains. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001)

menyarankan pembelajaran sains tidak mungkin holistik tanpa penguasaan kemahiran

manipulatif yang sewajarnya. Kemahiran manipulatif ini meningkatkan kemampuan

psikomotor mengendalikan radas, bahan dan spesimen sains dengan betul dan cermat,

membersih dan menyimpan radas dan bahan sains dengan betul dan selamat serta

membuat lakaran spesimen dan susunan radas dan bahan sains dengan tepat (Che Nidzam

Che Ahmad, Kamisah Osman & Lilia Halim, 2010). Strategi pengajaran inkuiri

penemuan memberi penekanan kepada kemahiran manipulatif yang memberikan

kesedaran kepada murid menggunakan radas dan bahan sains yang betul dan selamat

semasa aktiviti penerokaan dan penyiasatan dilakukan.

Selain itu, inkuiri penemuan mewujudkan satu proses pembelajaran yang aktif

membina. Ia juga menyokong ke arah pembinaan pengetahuan lebih dari berkomunikasi

atau menghantar pengetahuan, malah mendorong murid untuk mengaplikasikan ilmu


60

pengetahuan untuk mencipta atau mengubahsuai sesuatu yang mampu memberikan

penyelesaian kepada masalah yang timbul dalam penerokaan. Muehleck, Smith dan Allen

(2014) menyarankan pendidikan bergantung kepada tindakan. Pengetahuan dan idea-idea

yang muncul hanya dari satu keadaan di mana murid melakukan penciptaan yang

mempunyai makna dan kepentingan kepada mereka. Situasi ini telah berlaku dalam

suasana pembelajaran inkuiri penemuan yang mendorong murid untuk memanipulasikan

bahan.

4.5 Kesan Inkuiri Penemuan dalam Perkembangan Domain Afektif

Keberkesanan inkuiri penemuan meningkatkan perkembangan afektif muird dari segi

kecenderungan murid untuk


a) memberikan perhatian dan respons kepada pengajaran?
b) melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dengan aktif?
c) bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar?
d) mengamalkan gaya hidup yang bersih?

Jadual 4.3 menunjukkan peratus perkembangan psikomotor murid berdasarkan item

pemerhatian yang digunakan mengikut minggu.

Jadual 4.3 Taburan peratus perkembangan psikomotor murid berdasarkan item


pemerhatian mengikut minggu

Peratus perkembangan tahap


Item afektif (%)
Domain Konstruk Pemerhatian Julat
Minggu

1 2 3 4 5
61

Menerima Memberikan 31 61 84 97 99 68
fenomena perhatian dan
respons
Afektif
Bertindak Penglibatan yang 26 61 81 94 98 72
balas kepada aktif
fenomena

Penerapan Bertanggungjawab 31 64 88 96 100 69


nilai dalam
keselamatan
Perwatakan Gaya hidup bersih 32 54 81 96 98 66

Berdasarkan jadual 4.3, terdapat peningkatan yang positif dalam perkembangan afektif

murid daripada minggu pertama hingga ke minggu kelima. Ini membuktikan bahawa

domain afektif murid dapat dikembangkan dengan menggunakan strategi pengajaran

inkuiri penemuan.

Kecenderungan murid unuk memberikan perhatian dan respons kepada pengajaran

menujukkan julat positif iaitu 68%. Tahap kecenderungan murid untuk menumpukan

perhatian dan memberikan respons pada minggu pertama menunjukkan 31%, diikuti 61%

pada minggu kedua, 84% pada minggu ketiga, 97% pada minggu keempat dan 99% pada

minggu kelima. Perkembangan secara positif ini membuktikan bahawa strategi inkuiri

penemuan menarik minat murid-murid untuk menumpukan perhatian yang sepenuhnya

dalam aktiviti pengajaran dan memberikan respons dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.
62

Kecenderungan murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dengan

aktif menujukkan julat positif iaitu 72%. Tahap kesediaan murid untuk merancang dan

menjalankan penerokaan menunjukkan 26% pada minggu pertama, diikuti 61% pada

minggu kedua, 81% pada minggu ketiga, 94% pada minggu keempat dan 98% pada

minggu kelima. Perkembangan secara positif ini membuktikan bahawa strategi inkuiri

penemuan merangsang murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dengan

aktif dan penuh bermotivasi.

Perkembangan sifat bertanggungjawab murid ke atas keselamatan diri dan rakan

serta terhadap alam sekitar menujukkan julat positif iaitu 69%. Tahap kebolehan murid

untuk mengendalikan peralatan dan bahan sains menunjukkan 31% pada minggu pertama,

diikuti 64% pada minggu kedua, 88% pada minggu ketiga, 96% pada minggu keempat

dan 100% pada minggu kelima. Perkembangan secara positif ini membuktikan bahawa

strategi inkuiri penemuan melahirkan sifat bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan

rakan serta terhadap alam sekitar. Murid-murid peka terhadap hal keselamatan dan

mereka tidak merosakkan flora dan fauna semasa melibatkan dirir dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran .

Kecenderungan murid untuk mengamalkan gaya hidup bersih menujukkan julat

positif iaitu 66%. Tahap kecenderungan murid untuk mengamalkan gaya hidup bersih

menunjukkan 32% pada minggu pertama, diikuti 54% pada minggu kedua, 81% pada

minggu ketiga, 96% pada minggu keempat dan 98% pada minggu kelima. Perkembangan

ini membuktikan bahawa strategi inkuiri penemuan menanamkan sikap menjaga


63

kebersihan di kalangan murid. Murid-murid sentiasa menjaga kebersihan semasa

melakukan aktiviti pembelajaran.

Strategi pengajaran inkuiri penemuan didapati dapat menarik dan merangsang

minat murid untuk meneroka pengetahuan konsep sains. Ia mungkin menjadi faktor

kepada kecenderungan murid memberikan tumpuan yang sepenuhnya dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, inkuiri penemuan menjanjikan suasana

pembelajaran yang aktif akan mengelakkan murid-murid daripada menjadi bosan.

Mariani, Yustini & Ermadianti (2013) mendapati motivasi murid memberi kesan kepada

keupayaan seorang murid dalam memberikan tumpuan dalam sesuatu aktiviti. Aktiviti

yang berkesan mestilah mencabar tetapi pada tahap kesukaran yang sesuai untuk

mengekalkan motivasi murid. Jika aktiviti yang dijalankan terlalu mudah ia akan

membosankan murid dan sekiranya ia terlalu sukar akan mewujudkan rasa kekecewaan di

kalangan murid. Inkuiri penemuan yang digunakan memujudkan suasa pembelajaran

yang mencabar dan ia memotivasikan murid untuk memberikan tumpuan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran seperti yang dibuktikan oleh Hong, Hwang, Liu, Ho dan

Chen (2014).

Strategi pengajaran inkuiri penemuan adalah satu strategi pengajaran yang

berpusatkan murid dan ia dimulakan dengan merangsang rasa ingin tahu murid. Murid

digalakkan untuk mencari dan menggunakan pelbagai sumber maklumat dan idea-idea

untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang masalah, topik, atau isu. Ini

mengintegrasikan pengalaman, pemikiran dan tindakan murid. Murid cenderung untuk

melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dengan penuh aktif kerana aktiviti pengajaran

lebih kepada berpusatkan murid seperti yang disarankan oleh Kahveci (2015). . Motivasi
64

dan minat adalah elemen-elemen penting dalam pembelajaran inkuiri. Murid-murid

membina kefahaman mereka sendiri melalui penerokaan yang dijalankan. Penglibatan

yang aktif dalam penerokaan membawa kepada pembanggunan motivasi murid untuk

belajar sains. Menurut Slavin (2006) penerapan motivasi yang tinggi akan mengaktifkan

lagi penglibatan murid.

Strategi inkuiri membolehkan pelajar menggabungkan kemahiran proses sains,

taakulan saintifik dan pemikiran kritikal bagi membina kefahaman berkaitan konsep-

konsep saintifik. Murid yang terlibat dalam pembelajaran sains secara inkuiri berupaya

membina kefahaman yang mendalam termasuk menghargai pengetahuan dan proses

penemuan dalam sains. Antara kelebihan strategi inkuiri penemuan dalam pengajaran dan

pembelajaran sains adalah memupuk literasi saintifik dan pemahaman tentang proses

sains Brickman, Gormally, Armstrong dan Hallar (2009) penekanan kepada nilai saintifik

dan nilai murni (Innes & Ally (2004), pemikiran kritikal, sikap positif terhadap sains

(Taber, 2015) meningkatkan rasa bertanggungjawab dalam sepanjang menjalankan

aktiviti penerokaan (Lynch, Baker & Lyons, 2009).

4.6 Kesan Inkuiri Penemuan dalam perkembangan domain pembelajaran

Strategi inkuiri penemuan telah memberikan impak yang besar dalam perkembangan

domain pembelajaran iaiatu domain kognitif, psikomotor dan afektif. Jadual 4.4 dan rajah

4.1 menunjukkan taburan peratus min perkembangan domain pembelajaran.

Jadual 4.4 Taburan peratus min perkembangan domain pembelajaran

Domain Pembelajaran Min (%)


65

Perkembangan
Domain Pembelajaran

Kognif 84.75

Psikomotor 52.50

Afektif 85.25

Rajah 4.1 Taburan min perkembangan domain pembelajaran

Berdasarkan jadual 4.4, min perkembangan kognitif menunjukkan 84.75%,

perkembangan psikomotor 52.50% dan perkembangan afektif menunjuukan min yang

tertinggi iaitu 85.25%.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran

berasaskan inkuiri penemuan menunjukkan banyak kesan positif dalam merangsang

kemahiran berfikir murid. Pengajaran inkuiri membolehkan murid untuk mengambil

bahagian secara aktif dalam menyelesaikan masalah atau menjawab soalan yang

dikemukakan oleh guru. Murid-murid juga berusaha untuk menjawab soalan yang
66

dikemukakan oleh guru. Strategi pengajaran inkuiri penemuan memainkan peranan yang

penting dalam membangunkan pemikiran murid untuk mencapai pemahaman. Menurut

Banchi dan Bell (2008) ikuiri penemuan memberikan tumpuan kepada aktiviti

penerokaan demi penyelesaian masalah. Kajian ini membuktikan bahawa pengajaran

inkuiri penemuan membina pemikiran kritis dan kreatif murid.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa strategi pengajaran inkuiri penemuan

meningkatkan kemahiran saintifik seperti kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif

dan kemahiran berfikir. Kemahiran saintifik merupakan bahagian yang penting dalam

penyiasatan saintifik murid. Kemahiran proses sains membolehkan murid untuk

menjalankan penerokaan secara sistematik. Murid dapat merumuskan soalan dan

menjalankan eksperimen untuk mendapatkan jawapan secara empirikal. Kemahiran

manipulatif dalam penyiasatan saintifik merupakan kemahiran psikomotor yang

membolehkan murid menggunakan dan mengendalikan peralatan sains, bahan-bahan

makmal dan spesimen dengan betul dan cermat seperti yang disarankan oleh Calik,

Ebenezer, Ozsevgec, Kucuk dan Artun (2015)

Selain itu, kajian ini menunjukkan bahawa strategi pengajaran inkuiri penemuan

mencetuskan minat dalam kerja amali (Hidayah & Rohaida, 2013). Penglibatan yang aktif

dalam kerja amali sains dapat membangunkan kemahiran praktikal yang merangkumi

kemahiran manipulatif. Kemahiran manipulatif memainkan peranan yang penting dalam

pendidikan sains.

Penggunaan strtegi inkuiri penemuan membanggunkan domain afektif murid. Ia

meningkatkan motivasi murid kerana murid diberi kebebasan dalam menjalankan

penerokaan dengan sendiri (Mohd Ali , Ahmad Nurulazam & Zuridah, 2013). Motivasi
67

dan minat adalah elemen-elemen yang penting dalam strategi pengajaran inkuiri

penemuan dan ia dibuktikan dalam kajian ini. Darling-Hammond (2008) menunjukkan

bahawa strategi pembelajaran inkuiri penemuan mewujudkan satu persaingan yang sihat

di kalangan murid dalam bilik darjah. Selain itu, ia meningkatkan minat dan keingginan

murid untuk belajar sains dan secara tidak langsung meningkatkan motivasi guru untuk

menghasilkan satu proses pengajaran yang berkesan. Kajian yang dijalankan oleh

Donnelly, Linn dan Ludvigsen (2014) menunjukkan bahawa strategi inkuiri penemuan

mengabungkaitkan ilmu yang ditimba melalui kehidupan harian murid untuk

merumuskan konsep sains yang dipelajari. Pembelajaran yang berkait dengan pengalaman

memotivasikan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran sains

Clark, Threeton dan Ewing (2014).

4.7 Perkembangan Domain Pembelajaran Mengikut Fasa Pengajaran Inkuiri


Penemuan

Fasa pengajaran inkuiri penemuan yang manakah memberikan perkembangan yang

optimum dalam perkembangan tahap kognitif, psikomotor dan afektif murid?


Jadual 4.5 dan rajah 4.2 menunjukkan taburan peratus perkembangan yang optimum

mengikut domain kognitif, psikomotor dan afektif berdasarkan item pemerhatian.

Jadual 4.5 Taburan Min Perkembangan Domain Pembelajaran Mengikut Fasa Pengajaran
Inkuiri Penemuan
68

Min (%) Perkembangan Domain


Fasa Pengajaran Pembelajaran
Inkuiri Penemuan
Kognitif Psikomotor Afektif

Menyoal 93 42 88

Merancang dan Meramal 88 44 73

Menyiasat dan mengumpul 65 94 92


maklumat
Refleksi 93 30 88

Rajah 4.2 Taburan Peratus Perkembangan Domain Pembelajaran Mengikut


Fasa Pengajaran Inkuiri Penemuan

Berdasarkan jadual 4.4 dan rajah 4.4 domain kognitif menunjukkan perkembangan yang
69

tinggi iaitu 93% pada fasa menyoal, 88% pada fasa merancang dan meramal, 65% pada

fasa menyiasat dan mengumpul maklumat serta 93% pada fasa refleksi. Fasa menyoal,

merancang dan meramal serta refleksi mendorong murid untuk menggunakan

pengetahuan, imaginasi, taakulan dan kemahiran proses untuk membina secara aktif

kefahaman saintifik. Ia selari dengan pendapat Zion dan Sadeh (2007) yang menyarankan

bahawa inkuiri penemuan mendorong murid untuk menggunakan pemikiran dan

kemahiran proses sains untuk membina kefahaman tentang pengetahuan sains.

Selain itu, fasa-fasa tersebut mendorong murid untuk membanding beza,

memerhati, mengelaskan, menaakul, membuat inferens, merumus dan meramal. Ini secara

langsung meningkatkan pemikiran kritikal murid dan tahap kognitif murid. Ia turut

dibuktikan dalam kajian yang dilakukan oleh Awg Kasmurie, Abdul Razak dan Ahmad

Ali (2010). Naluri ingin tahu murid yang dirangsang pada fasa menyoal serta merancang

dan meramal juga meningkatkan tahap kognitif murid.

Tahap perkembangan kognitif agak kurang pada fasa menyiasat dan mengumpul

maklumat. Ini kerana pada fasa ini murid lebih cenderung untuk menjalankan penyiasatan

bagi mendapatkan penyelesaian bagi masalah yang timbul pada fasa sebelumnya. Namun

ia tdak bermakna murid tidak mencapai perkembangan kognitif pada fasa ini. Ini kerana

aktiviti penyiasatan yang memberikan peluang kepada murid untuk berinteraksi dengan

instrumen dan situasi sebenar meningkatkan pemahaman murid seperti yang disarankan

oleh Calik, Ebenezer, Ozsevgec, Kucuk dan Artun (2015).

Manakala domain psikomotor menunjukkan perkembangan 42% pada fasa


70

menyoal, 44% pada fasa merancang dan meramal, 94% pada fasa menyiasat dan

mengumpul maklumat serta 30% pada fasa refleksi. Perkembangan tahap psikomotor

yang optimum dapat dilihat pada fasa menyiasat dan mengumpul maklumat. Fasa ini

yang melibatkan murid mengenalpasti masalah seterusnya merancang dan menjalankan

penyelidikan untuk menyelesaikan masalah secara terancang dan bersistem. Ia sejajar

dengan matlamat pendidikan sains yang menyarankan murid belajar melalui pengalaman

untuk memperkembangkan kemahiran saintifik secara inkuiri seperi yang dinyatakan

Lazonder & Ehrenhard (2014).

Salain itu fasa ini meningkatkan kemahiran manipulatif murid. Ia merupakan

salah satu kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid

melakukan aktiviti seperti menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains

dengan betul, menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat,

membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul, mengendalikan spesimen dengan

betul dan cermat dan melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat seperti

yang disarankan oleh Sani (2014).

Perkembangan tahap psikomotor tidak begitu memberangsangkan pada fasa-fasa

lain kalau dibandingkan dengan fasa menyiasat dan mengumpul maklumat. Ini kerana

pada fasa-fasa tersebut murid lebih cenderung untuk menggunakan minda dan intelek

mereka seperti yang disarankan oleh Gyllenpalm & Wickman (2011).

Domain afektif pula menunjukkan perkembangan yang tinggi iaitu 88% pada fasa
71

menyoal, 73% pada fasa merancang dan meramal, 92% menyiasat dan mengumpul

maklumat serta 88% pada fasa refleksi. Ini menunjukkan bahawa strategi inkuiri

penemuan memberikan perkembangan domain yang optimum dari awal hinggan akhir

proses pengajaran dan pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa strategi pengajaran yang

baik dan berkesan memberikan impak yang besar dalam perkembangan afektif murid. Ia

sejajar dengan matlamat Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) yang menegaskan

strategi pengajaran sains yang efektif mengintegrasikan pengetahuan, penguasaan

kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap saintifik.

Ini kerana, keempat-empat fasa pengajaran inkuiri penemuan lebih berpusatkan

murid dan mengutamakan penglibatan aktif murid dalam aktiviti pembelajaran seperti

perbincangan, interaksi dalam kumpulan, penyiasatan dan pembentangan. Ia secara tidak

langsung memberikan satu tanggapan kepada murid bahawa mereka adalah salah satu

watak penting dalam aktiviti pembelajaran tersebut. Ia akan meningkatkan motivasi

kendiri mereka dan minat mereka untuk belajar sains. Ia dibuktikan oleh Reeve dan

Hyungshim (2006).

Selain itu, fasa-fasa pengajaran inkuiri penemuan mewujudkan satu iklim

pembelajaran yang kondusif. Ini memberikan peluang kepada murid untuk melibatkan

diri dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan aktif tanpa sebarang rasa bosan. Ia juga

menggalakkan murid bebas berinteraksi di antara murid dan alam semulajadi. Tuntasnya,

iklim pembelajaran yang kondusif menggalakkan murid untuk menumpukan perhatian

dalam pembelajaran dan merangsang minat serta motivasi murid untuk terus belajar
72

seperti yang disarankan Razak (2006).

Tambahan pula, fasa-fasa pengajaran inkuiri penemuan memberikan peluang

kepada murid untuk menggunakan pengalaman yang mereka timba daripada kehidupan

harian mereka. Murid juga dapat mengintegrasikan ilmu yang dipelajari dengan

pengalaman kehidupan harian (Wallace & Brooks, 2015). Ia merangsang minat murid

terhadap pembelajaran sains dan memastikan murid-murid menjadi aktif dan bermotivasi

dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang disarankan oleh Margolis dan

McCabe (2006).

Strategi pengajaran inkuiri penemuanm mewujudkan proses pembelajaran

autonomi yang memberikan pelbagai pilihan kepada murid untuk melibatkan diri dalam

aktiviti pembelajaran dengan bebas. Murid-murid berasa penyiasatan mereka tidak ada

satu batasan dan ia akan meningkatkan motivasi mereka seperti yang dibuktikan oleh

Reeve dan Hyungshim (2006).

Fasa-fasa dalam pengajaran inkuiri penemuan memberikan cabaran yang

seimbang dengan keupayaan murid. Cabaran yang seimbang amat diperlukan dalam satu

pembelajaran yang baik kerana cabaran yang mudah akan membosankan murid dan

cabaran yang sangat susah akan menjatuhkan motivasi murid. Cabaran yang seimbang

akan mendorong mereka untuk meneroka dengan lebih motivasi dan sentiasa bersedia

untuk menimba sesuatu yang baru seperti yang disarankan oleh Margolis dan McCabe
73

(2006). Ini akan memastikan motivasi murid sentiasa pada tahap optimum sepanjang

proses pengajaran dan pembelajaran.

4.6 Rumusan

Berdasarkan dapatan kajian, strategi pengajaran inkuiri penemuan memberikan

perkembangan yang optimum terhadap domain kognitif, psikomotor dan afektif seperti

yang disarankan oleh tokoh-tokoh ilmu dan pengkaji-pengkaji yang lain. Bab seterusnya

akan membincangkan tentang kesimpulan dan cadangan.


74

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Dalam bab ini, penyelidik membincangkan kesimpulan yang diperolehi daripada kajian

ini, kepentingan inkuiri penemuan, cabaran dalam pelaksanaan kaedah inkuiri penemuan,

implikasi kajian dan cadangan. Idea-idea yang dilontarkan dalam bab ini akan menjadi

satu pedoman kepada para pangkaji baru yang ingin membuat kajian dalam bidang yang

sama dan guru-guru sains.

5.2 Kesimpulan
75

Kajian ini menunjukkan bahawa seorang murid perlu mempunyai perkembangan domain

kognitif, domain psikomotor dan domain afektif bagi menjadi seorang insan yang

mencapai tahap literasi sains yang tinggi seperti mempunyai sikap yang positif terhadap

sains dengan menguasai pengetahuan sains dengan baik, menyemai diri dengan

kemahiran saintifik dan membudayakan diri dengan nilai-nilai sains dalam setiap dimensi

kehidupan seperti yang disarankan oleh Zion dan Sadeh (2007). Strategi pengajaran

inkuiri penemuan menjadi salah satu medium bagi melahirkan seorang murid yang

mempunyai perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif.

5.2.1 Kepentingan Inkuiri Penemuan

Strategi pengajaran inkuiri penemuan memberikan impak yang besar dalam

perkembangan kognitif murid. Strategi pengajaran ini memberikan peluang kepada

murid-murid untuk menjalankan penerokaan dengan mengendalikan instrument dan

bahan sains. Ini meningkatkan pemahaman murid dalam konsep sains tersebut. Selain itu,

kaedah inkuiri penemuan yang dimulakan dengan persoalan yang mencabar dapat

merangsang pemikiran kritis dan kreatif murid.

Strategi pengajaran inkuiri penemuan juga meningkatkan domain psikomotor di

kalangan murid. Aktiviti amali sains merupakan salah satu tunjang dalam strategi

pengajaran ini dan ia meningkatkan kemahiran generic dan motor murid (Kamisah, Lilia

& Zanaton, 2003). Strategi pengajaran ini juga memberikan peluang kepada murid unruk
76

menggunakan sensori deria yang maksimum. Selain itu, ia juga membantu murid untuk

mempraktikkan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif dalam pembelajaran.

Strategi inkuiri penemuan adalah sangat berkesan berbanding kaedah pengajaran

tradisional. Ia akan mewujudkan satu suasana pembelajaran yang dinamik yang

memberikan peluang kepada murid untuk bergerak dengan bebas dan berinteraksi dengan

rakan yang lain demi mencari maklumat.

Strategi pengajaran inkuiri penemuan memberikan kesan yang baik dalam

perkembangan afektif murid. Kaedah pengajaran ini yang merangsang sifat ingin tahu

murid meningakatkan motivasi murid dalam pembelajaran sains. ini akan menarik minat

murid terhadap sains dan mereka beria-ria untuk belajar sains yang membolehkan mereka

untuk berfikir di luar batasannya. Peluang untuk meneroka akan menjadikan murid

menganggap dirinya sebagai seorang ahli sains dan ia secara tidak langsung

meningkatkan keyakinan mereka terhadap keupayaan diri.

5.2.2 Cabaran dalam pelaksanaan inkuiri penemuan

Walaupun terbukti strategi pengajaran memberikan impak yang baik dalam

perkembangan domain pembelajaran murid, namun terdapat beberapa cabaran dalam

pelaksanaan strategi pengajaran ini.

Cabaran utama dalam pelaksanaan strategi pengajaran inkuiri penemuan ialah


77

kekangan masa. Guru-guru sains disarankan oleh pihak pentadbir untuk menghabiskan

sukatan pelajaran. Pada masa yang guru-guru ini juga diamanahkan oleh pentadbir

sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menguruskan sistem perfailan, sistem-

sistem online dan menghadiri kursus-kursus peningkatan amalan iktisas. Perkara ini

mengakibatkan guru sains berlumba-lumba untuk menghabiskan sukatan pelajaran

dengan menggunakan kaedah tradisional kerana pelaksanaan inkuiri penemuan

memerlukan jangka masa yang lama.

Selain itu, kebanyakkan guru-guru sains tidak mempunyai kemahiran dalam

menjalankan strategi pengajaran inkuiri. Ini mengakibatkan mereka keberatan untuk

menggunakan strategi pengajaran ini. Guru-guru jarang diterapkan dengan cara-cara

mengamalkan inkuiri penemuan semasa menjalani latihan perguruam di Institut

Perguruan. Implikasinya sangat tinggi kepada pembelajaran murid. Pejabat Pendidikan

Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) jarang menganjurakan kursus-kursus pedagogi kepada guru-guru sains bagi

memantapkan kemahiran pedagogi mereka.

Kemudahan peralatan, bahan bantu mengajar dan belajar serta sumber lain sangat

penting dalam menjayakan pembelajaran inkuiri. Ini kerana pembelajaran inkuiri

menitikberatkan penglibatan aktif murid memanipulasi peralatan dan bahan dalam

meneroka sesuatu konsep atau generalisasi supaya proses pembinaan kefahaman berlaku

secara bermakna dengan adanya bukti secara langsung. Oleh itu, kekurangan kemudahan
78

juga mampu menjadi penyebab kepada kurangnya usaha guru melaksanakan

pembelajaran inkuiri. Pihak sekolah dan guru perlu sentiasa peka tentang keperluan ini

dengan merancang awal dan mengambil tindakan yang sesuai sebelum sesi persekolahan

bermula untuk memastikan kemudahan ini ada dan mencukupi apabila diperlukan dan

kemudahan yang ada dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru. Ini juga terpakai bagi institusi

pendidikan lain yang melaksanakan pembelajaran inkuiri

5.3 Implikasi

Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

inkuiri penemuan dalam perkembangan tahap kognitif, psikomotor dan afektif murid

Tahun 4 di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sepang. Kajian keatas tahap kognitif,

psikomotor dan afektif murid dipilih kerana Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin

melahirkan generasi murid yang menguasai jasmani, emosi, rohani, intelek dan fizikal.

Selain itu, ia menjadi satu pendedahan kepada guru-guru yang hanya memberikan

penekanan kepada kognitf muri supaya memberikan penekanan kepada domain

psikomotor yang memfokuskan kemahiran fizikal murid dan domain afektif yang

memfokuskan perkembangan perasaan atau emosi murid.

Kajian ini dapat memberikan kesedaran terhadap guru-guru Sains, mengenai


79

kepentingan inkuiri penemuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Selain

itu, guru-guru dapat mengenali dan mendalami strategi inkuiri penemuan secara

mendalam dan memberikan penekanan kedapa domain psikomotor dan afektif sejajar

dengan domain kognitif.

Kajian ini menjadi satu batu loncatan dalam dunia penyelidikan pendidikan sains

di negara kita dengan menjadi satu permulaan bagi kajian dalam isu ini. Ia juga bakal

menjadi satu contoh yang akan menggalakkan para penyelidik baru dalam penyelidikan

pendidikan sains supaya menjalankan kajian mereka dalam domain pembelajaran murid

(kognitif, psikomotor dan afektif).

5.4 Cadangan

Berdasarkan dapatan kajian, penyelidik mencadangkan beberapa perkara yang harus

diberi perhatian sewajarnya oleh pihak-pihak tertentu yang terlibat dan para penyelidik

baru yang bakal terlibat dalam kajian ini. Segala cadangan dari pihak penyelidik ini boleh

dijadikan sebagai panduan kajian yang berfokus pada objektif.

Cadangan pertama ditujukan kepada guru-guru sains supaya mempelbagaikan

strategi dan kaedah pengajaran dalam proses pengajaran bagi meningkatkan minat dan

motivasi murid dalam pembelajaran sains. Ia juga akan meningkatkan pemahanan murid.

Antara strategi pengajaran yang boleh digunakan ialah strategi inkuiri penemuan yang
80

memberikan impak yang besar dalam kajian ini.

Selain itu, guru-guru sains perlu lebih terbuka dan memberi penenkanan kepada

perkembangan ilmu sains di kalangan murid dan tidak terlalu berorienatsikan

peperiksaan. Guru-guru sains juga tidak sesekali memandang rendah kepada keupayaan

murid dan menerima segala ramalan dan jangkaan murid yang tercetus daripada

pemikiran mereka dengan terbuka.

Cadangan seterusnya kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysiasupaya

memperuntukkan jumlah masa bagi pengajaran sains. Ini kerana jumlah masa yang

diperuntukkan oleh KPM tidak mencukupi bagi pengajaran sains yang memerlukan

kepelbagaian aktiviti penerokaan.

Cadangan seterusnya kepada Pusat Perkembangan Kurikulum supaya mengubal

dan merangka kurikulum sains yang membeolehkan guru-guru mempraktikkan

penerokaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Selain itu sukatan pelajan

mestilah memberikan peluang kepada murid untuk mengaplikasikan dan mengaitkan ilmu

sains yang dipelajari dalam situasi baru.

Cadangan setrusnya ditujukan kepada pihak sekolah supaya menggunakan dana

yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada Panitia Sains untuk pembanggunan

matapelajaran sains sekolah dengan membeli radas-radas dan peralatan yang diperlukan

dalam pengajaran sains. Pihak sekolah juga perlu memastikan bahawa guru-guru sains
81

menggunakan segala peralatan sains yang terdapat dalam sekolah.

Cadangan kepada para penyelidik yang ingin membuat kajian dalam bidang ini

supaya memberi penekanan kepada konstruk dalam domain-domain pemebelajaran yang

tidak dikaji oleh penyelidik dalam kajian ini. Para penyelidik juga boleh menjalankan

kajian dengan jangka masa yang lama.

5.6 Penutup

Berdasarkan analisis keputusan dan kesimpulan kajian, secara amnya dapatlah satu

konsep yang menyatakan strategi pengajaran inkuiri penemuan memberikan kesan yang

optimum terhadap domain pembelajaran kognitif, psikomotor dan afektif.

Akhir kata, penyelidik berharap hasil kajian ini memberi satu kekuatan kepada

guru-guru sains tentang keberkesanan strategi pengajaran sains dalam perkembangan

domaian pembelajaran murid. Para penyelidik yang ingin menceburi bidang penyelidikan

pendidikan sains supaya memberikan penekanan kepada domain psikomotor dan afektif

daripada memberikan keutamaan kepada perkembangan kognitif.

Anda mungkin juga menyukai