Anda di halaman 1dari 3

ULASAN ARTIKEL SECARA KESELURUHAN Berdasarkan keempat-empat artikel yang telah dikaji, menunjukkan bahawa pembelajaran sains secara

inklusif adalah penting bagi murid-murid bekeperluan khas. Dalam memastikan bahawa usaha pendidikan inklusif ini berjaya guru

haruslah kreatif bagaimana untuk menarik perhatian murid tersebut supaya memberikan tumpuan semasa proses pengajaran berlangsung. Berdasarkan kepada kajian artikel yang kami lakukan, penggunaan kaedah inkuiri adalah sangat berkesan kepada kanak-kanak berkeperluan khas bagi pengajaran sains. Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Melalui inkuiri, kanak-kanak menerangkan objek ataupun proses, menyoal, menjalankan eksperimen, menjawab soalan berkomunikasi bagi berkongsi penemuan ataupun penyelesaian. Guru akan mengalami masalah untuk mengajar dengan baik jika mereka tidak melakukan persediaan sebaik mungkin. Guru-guru haruslah menyediakan isi pengajaran sains yang baik dan menarik sebelum melaksanakan pengajaran sains. Ini adalah kerana pengajaran sains adalah subjek yang memerlukan banyak contoh dan juga demonstrasi yang perlu dilakukan. Sebagai contoh, guru jarang mempraktikkan kemahiran saintifik, corak pengajaran kurang menekankan kemahiran berfikir seperti yang dicadangkan dalam kurikulum sains, guru kurang didedahkan kepada latihan khas dalam kemahiran proses sains, guru sendiri tidak faham kemahiran proses sains mengakibatkan kesukaran dalam merancang pengajaran, guru sendiri kurang yakin sebab tidak tahu ciri-ciri setiap kemahiran proses sains dan tidak tahu menyatukan kedua-dua pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan sebagainya. Menurut Zahari (1992) , jika guru dapat menimbulkan minat pelajar yang diajar serta menimbulkan minat pelajar untuk membuat latihan, maka latihan yang disediakan akan menjamin mutu pembelajaran dan meningkatkan pencapaian. Pelajar- pelajar lebih berminat dengan pengajaran apabila guru yang fleksibel dan mempelbagaikan strategi pengajaran yang digunakan di bilik darjah. Selain itu, murid-murid dari aliran arus perdana dapat menerima kehadiran murid-murid dari arus pendidikan khas ke dalam kelas mereka. Dapatan juga

menunjukkan bahawa murid murid khas dari aspek akademik dapat belajar seperti murid-murid arus perdana dengan bimbingan yang betul daripada guru. Sebagai seorang guru, sifat diskriminasi tidak harus wujud di antara murid. Hal ini demikian agar murid tidak berasa tersisih daripada masyarakat kelas. Selain itu, murid-murid pendidikan khas harus diberi peluang untuk memilih. Mereka harus diberikan hal kebebasan sama seperti murid-murid yang lain agar mereka akan berasa lebih gembira dan diterima di kalangan murid-murid normal yang lain. Ini akan meningkatkan keyakinan diri mereka secara tidak langsung. Dari aspek sosial pula, murid-murid arus perdana dapat menerima muridmurid khas di dalam kelas mereka. Mereka mudah beramah mesra dengan rakanrakan istimewa mereka. Ini disebabkan murid-murid aliran perdana bersifat lebih terbuka dan suka menolong serta mempunyai keyakinan yang tinggi berbanding murid-murid khas. Secara tidak langsung, layanan yang mesra menyebabkan mereka lebih rapat serta meningkatkan interaksi sosial di kalangan murid-murid normal dan khas. Mereka bergaul dengan baik seperti murid-murid normal yang lain. Dari aspek tingkah laku, murid khas tidak mempunyai masalah displin yang teruk berbanding dengan murid normal yang lain. Hanya segelintir daripada mereka melakuka masalah disiplin. Ini mungkin disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya ataupun masalah yang lain. Secara keseluruhan berdasarkan kajian, murid khas lebih berdisiplin berbanding rakan-rakan normal yang lain. Penggunaan strategi yang sesuai dalam meningkatkan pencapaian murid berkeperluan khas juga perlu terutama ketika berada dalam kelas inklusif Sains. Antara strategi yang digunakan adalah dari seperti peningkatan penggunaan buku teks yang melibatkan bahan-bahan prioriti, petikab pasif, penggunaan peta minda dan bahan grafik serta rakaman audio. Murid-murid Pendidikan Khas lebih cenderung menguasai sesuatu kemahiran melalui teknik visual atau teknik auditoti yang lebih mudah untuk diterima dan diaplikasikan oleh murid berkeperluan khas. Selain itu, strategi-strategi yang lain pula adalah seperti penggunaan mnemonik yang memerlukan kata kunci untuk mengingat poin-poin penting, pembelajaran secara koperatif yang melibatkan murid bergerak secara aktif dan mempunyai peranan masing-masing ketika sesi P&P berlangsung. Kesemua strategi ini dapat membantu murid-murid berkeperluan khas untuk meningkatkan penguasaan subjek

Sains dalam kelas inklusif. Secara keseluruhan, gaya pembelajaran secara visual dan auditori lebih sesuai untuk diaplikasikan kepada murid-murid berkeperluan khas dalam menguasai sesuatu kemahiran yang sukar dengan cara menterjemahkan maklumat tersebut ke dalam bentuk yang mudah. Selain daripada itu, terdapat sebuah kajian yang mendapati bahawa 42% guru Pendidikan Khas tidak menerima sebarang latihan dalam subjek Sains, 38% murid Pendidikan Khas tidak menerima sebarang arahan berbentuk Sains, manakala guru Pendidikan Khas yang mengajar subjek Sains hanya mengajar subjek tersebut kurang dari 60 minit seminggu, dan hampir 90% daripada mereka bergantung pada buku teks. Hal ini bermakna ramai guru yang tidak mendapat latihan dalam mengendalikan murid-murid Pendidikan Khas. Oleh sebab itu, mereka tidak dapat memahami keperluan dan kehendak murid-murid mereka, justeru menyebabkan objektif pembelajaran tidak tercapai. Dengan ini, sistem pendidikan telah menyediakan graduan ijazah yang terlatih dalam mengajar subjek Sains terhadap murid-murid Pendidikan Khas. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Kamariah Jarji (1994), pendidikan inklusif melibatkan pelajar-pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana (bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan) bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka. Walaupun telah dinyatakan, namun masih terdapat segelintir guru yang bersikap stereotaip dengan menentukan apa yang murid boleh dan tidak boleh lakukan. Sekiranya guru tidak mempunyai latihan yang secukupnya serta mempunyai pengalaman yang sedikit dalam mengendalikan murid-murid Pendidikan Khas, sudah tentu mereka tidak dapat memahami keperluan mereka.

Anda mungkin juga menyukai