Anda di halaman 1dari 18

INSTITUT PERGURUAN

RAJANG
BINTANGOR, SARAWAK

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006

TEMA

PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN


PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TAJUK KAJIAN

TINJAUAN PEMBELAJARAN MATEMATIK MURID-MURID


TAHUN EMPAT DALAM PPSMI : SATU KAJIAN
TERHADAP DUA BUAH SEKOLAH.

OLEH

KIU MEE YIN

SEKOLAH KEBANGSAAN SG. SUGAI


JULAU, SARIKEI

DAN

LING LING HONG

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN MINAR


SARIKEI

1
09 – 11 OKTOBER 2006

Tinjauan Pembelajaran Matematik Murid-Murid Tahun Empat Dalam


PPSMI : Satu Kajian Terhadap Dua Buah Sekolah.

Oleh :
Kiu Mee Yin (SK. Sg. Sugai)
Ling Ling Hong (SJK Minar)

Abstrak

Tujuan kajian ini adalah untuk mengumpul maklumat berkenaan dengan


Tinjauan Pembelajaran Matematik Murid-Murid Tahun Empat Dalam PPSMI
iaitu kajian terhadap dua buah sekolah. Kajian ini menggunakan dua kaedah
iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Responden-responden terdiri daripada 34
orang pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan guru yang
mengajar matematik menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi. Didapati sikap
murid-murid di kawasan pendalaman terhadap pengajaran matematik adalah di
peringkat sederhana positif (3.38). Dapatan kajian juga menunjukkan ada
perbezaan dari segi kemampuan murid-murid mengikut pembelajaran matematik
dalam Bahasa Inggeris di dalam bilik darjah adalah pada peringkat sederhana
( 2.93). Dari segi tahap peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris dalam
matematik di kalangan murid-murid tahun empat adalah positif dan memuaskan
iaitu sebanyak 64.22%. Berdasarkan kajian ini, dicadangkan kursus PPSMI
dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dijalankan untuk guru-guru
matematik di sekolah rendah.

2
Penghargaan

Kami berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan kajian ini dalam tempoh yang
telah ditetapkan. Penghargaan khusus dan jutaan terima kasih ditujukan kepada penyelia
kami Dr. Lau Hieng Soon ( Ketua Jabatan Dan Jabatan Penyelidikan Dan Pembangunan
Profesionalisme , Institut Perguruan Rajang ) di atas segala tunjuk ajar,teguran dan
bimbingan yang diberikan.

Penghargaan juga diberikan kepada En. Mohd. Zaki , En. Abdul Hadi, En. Mat Kamal
dan En. Lu Cheng Soon yang telah memberi banyak sumbangan kepada kami. Tidak
ketinggalan juga diucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang
tidak jemu mencurahkan ilmu dan banyak memberi bantuan dalam segenap aspek.

Tidak lupa juga penghargaan ikhlas kepada keluarga yang tercinta yang telah mendoakan
kejayaan kami. Akhir sekali buat suami tersayang di atas sokongan, dorongan dan
kesabaran di sepanjang kursus ini sehinggalah kami memperolehi kejayaan yang boleh
membawa kebanggaan kepada pihak yang tertentu.

3
PENGENALAN

Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ) dilaksanakan


sepenuhnya di tahap 1 Sekolah Rendah,dan di peringkat Sekolah Menengah Rendah.
Surat Pekeliling tentang dasar serta strategi pelaksanaan PPSMI telah dikeluarkan ke
semua sekolah pada tahun 2002. PPSMI dilaksanakan bermula dengan tahun 1 dan
Tingkatan1 pada 2003,seterusnya diperluaskan ke tahap yang lebih tinggi secara
berperingkat. Kelas-kelas yang terlibat dengan PPSMI dikehendaki melaksanakan
PPSMI secara separa mengikut keupayaan sekolah, guru dan murid.( PPK 2005 ).

Sekolah Kebangsaan diwajibkan untuk mengajar matematik dalam Bahasa Inggeris. Ini
merupakan satu era pembaharuan terhadap peranan mata pelajaran matematik dalam
Kurikulum Sekolah Rendah. Manakala di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ( SJKC), mata
pelajaran matematik diajar dalam dwibahasa, iaitu Bahasa Cina. Jadi ternyata terdapat
perbezaan di antara Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan dalam
melaksanakan PPSMI.

Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2 / 2006 pelaksanaan waktu pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ) bagi Tahap 2
( Tahun 4,5 dan 6 ) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ( SJKC ) mulai 2006 ialah waktu
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
di tahap 2 bermula dengan Tahun 4 di SJKC adalah seperti berikut :

Matematik = 8 waktu seminggu ( 7 waktu + 1 waktu )


( 2 waktu diajar dalam Bahasa Inggeris dan
6 waktu diajar dalam Bahasa Cina )

Bagi mata pelajaran Matematik, satu waktu ditambah kepada 7 waktu yang sedia ada
menjadikan jumlah waktu mata pelajaran Matematik sebanyak 8 waktu seminggu.
Tambahan satu waktu ( 30 minit ) kepada mata pelajaran Matematik itu diambil daripada
mata pelajaran Pendidikan Moral. Ini menjadikan waktu pengajaran dan pembelajaran
bagi Pendidikan Moral ialah 4 waktu sahaja. Ini bermakna waktu Pendidikan Moral di
SJKC bagi Tahun 4 ( 2006 ) , Tahun 5 ( 2007 ) dan Tahun 6 ( 2008 ) dan seterusnya
adalah 4 waktu seminggu.

Daripada jumlah 8 waktu yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Matematik, 2 waktu
hendaklah diajar dalam Bahasa Inggeris dan 6 waktu diajar dalam Bahasa Cina.

4
Rasional kajian

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris murid untuk
berkomunikasi secara berkesan. Di samping itu, dapat meningkatkan kefahaman murid
bagi konsep asas dan konsep yang abstrak. Selain itu, dapat menggalakkan murid-murid
tahap 2 mengakses maklumat dari pelbagai sumber dalam Bahasa Inggeris.

Selain itu, Penguasaan Bahasa Inggeris amat penting dalam menghadapi cabaran
globalisasi dan ledakan maklumat masa kini. Kita sedia maklum bahawa Bahasa Inggeris
adalah bahasa ilmu dan bahasa hubungan antarabangsa. Oleh itu, murid-murid harus
mempelajari Bahasa Inggeris bagi memudahkan perolehan ilmu.

Soalan-Soalan Kajian

1) Apakah sikap pelajar-pelajar terhadap pembelajaran matematik dalam Bahasa


Inggeris ?
2) Sejauh manakah kemampuan pelajar-pelajar mengikut pembelajaran matematik
dalam Bahasa Inggeris?
3 ) Apakah masalah pembelajaran matematik dalam PPSMI yang dihadapi oleh murid-
murid tahun empat ?
4) Apakah langkah-langkah untuk menangani kekangan yang dihadapi oleh murid-
murid tahun empat tersebut ?

Objektif Kajian

1) Memahami sikap pelajar-pelajar terhadap pembelajaran matematik dalam Bahasa


Inggeris.
2) Mengenal pasti kemampuan pelajar-pelajar mengikut pembelajaran matematik
dalam Bahasa Inggeris.
3) Mengkaji masalah pembelajaran matematik dalam PPSMI yang dihadapi oleh
murid-murid tahun empat.
4) Mengenal pasti langkah-langkah yang dapat menangani kekangan tersebut.

5
Tinjauan Literatur

Dapatan dari kajian yang dijalankan menunjukkan murid-murid di Malaysia kurang


menghadapi masalah tentang pengiraan atau kemahiran procedure (algoritma). Kesulitan
yang paling utama ialah memahami maklumat , membuat transformasi (menterjemah)
maklumat kepada ayat matematik atau menghubungkan maklumat dengan pemilihan
operasi yang sesuai. (Laporan Kertas Kerja Konvensyen Guru-Guru Sains & Matematik,
2001).

“THE teaching of Mathematics and Science in English (PPSMI) has yielded


satisfactory results after only nine months since its implementation, with studies
showing it has raised students' performance in English.

Education Minister Tan Sri Musa Mohamad said as an example, a comparative


study by the Johor Education Department on the academic performance of students
in 2002 and 2003 showed that scores in the English Language had improved.

"The percentage of students in Form One and Standard One who passed English
Language in their exams had increased by six per cent and 4.5 percent respectively
this year, compared with before the PPSMI was implemented," he said.

Musa also said the academic performance of students in rural areas had increased,
with studies showing that their results in Form One for Mathematics had increased
from 67.4 per cent in 2002 to 75 per cent this year.

"Overall performance in the three subjects (English, Mathematics and Science) was
good. For Standard One, the average score for English was 77.7 per cent in national
schools and 85 per cent in national-type schools, while the average score for Science
is 69.4 per cent and Mathematics, 77.4 per cent.

"For Form One, the average score was 61 per cent for English, 59.2 per cent for
Science and 58.2 per cent for Mathematics," he said.

The study also found that 81 per cent of teachers were ready and confident in
teaching the subjects in English after undergoing training in English, co-curriculum
orientation and information and communication technology courses.

This was also a measure of success in the implementation of PPSMI, he said.


according to the ministry the whole academic performance has improved.

"However we hear from researchers and in seminars and discussions conducted by


those who are apolitical that there are a lot of weaknesses and problems," he said.

6
Musa said the ministry was always open to ideas, as long as the studies were done
in a professional manner.

"We will co-operate with anybody who wants to do an independent study on


PPSMI," he said, adding the ministry would present the results of those studies if
necessary.

Speaking later, Musa said the Government was allocating RM500 million next year
for the further implementation of PPSMI, which would include supplying more
software, courseware and laptops. (English Move Yields Good Results .Farrah N.
K; Gerald J.; Koh L. C. 2003. New Straits Times .Malaysia)

Hasil Kajian Kementerian Pendidikan Malaysia ( BI sebagai alat pembelajaran)

“ A more effective means ( to increase students proficiency in English ) is for students to


use English as a tool for learning.”

Prof. Chian Heng Keng


UM, 2002.

Lebih cepat bahasa-bahasa lain diperkenalkan selain Bahasa Ibunda, lebih cepat
keupayaan pelajar fasih dalam kedua-dua bahasa dan menjadi pelajar bilingual yang
pintar.

( MC Laughlin B.,1984 )

7
Metodologi

Kajian ini merupakan suatu tinjauan terhadap pembelajaran matematik murid-murid


Tahun 4 dalam PPSMI (satu kajian di dua buah sekolah) di Daerah Sarikei dan Julau.
Implikasinya, kajian ini adalah satu penyelidikan penuh yang bersifat kuantitatif dan
kualitatif. Untuk mencapai objektif kajian, teknik pengutipan data melalui soal selidik
(Jumlah responden 34 orang murid) untuk menilai sikap diri pembelajaran murid-murid.

Seterusnya, kaedah soal selidik digunakan untuk mengenalpasti tahap kemampuan murid-
murid mengikuti pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris. Akhir sekali, skala
likert (Borang Rujukan) digunakan bagi meninjau cara murid-murid dapat meningkatkan
penguasaan Bahasa Inggeris dalam Matematik.

Perisian komputer digunakan untuk menganalisis data berkaitan dengan soalan-soalan


kajian seperti disenaraikan. Maklumat yang diperolehi daripada temubual dianalisis
secara kuantitatif dengan bantuan Atlas-ti. Kajian tersebut menunjukkan scale reliability
iaitu 0.739.

Persampelan

Responden adalah terdiri daripada semua guru matematik PPSMI di dua buah sekolah
rendah iaitu: SK Sg. Sugai dan SJK ( C ) Minar. Sejumlah 34 set soal selidik yang
diedarkan oleh guru-guru kepada murid untuk digunakan dalam analisis kajian ini.

Instrumentan kajian

Pengumpulan data dalam kajian ini akan dibuat melalui soal selidik (Responden 34 orang
murid). Item dibahagikan kepada 3 bahagian seperti berikut:

1) Bahagian A : Sikap diri pembelajaran murid-murid

2) Bahagian B : Kemampuan murid-murid mengikut pembelajaran matematik

dalam Bahasa Inggeris.

3) Bahagian C : Peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris dalam Matematik

8
Analisis Kualitatif

Data diperolehi daripada temuduga separa struktur dapat memberi beberapa perkara yang
boleh diambil kira dalam analisis. Ini dapat ditunjukkan dalam contoh-contoh transkrip
temuduga separa struktur dengan peserta seperti berikut :

“ Tidak begitu memahami penggunaan Bahasa Inggeris dengan baik ”


( Peserta A )

“ Istilah yang digunakan terlalu dalam dan sukar untuk difahami ” ( Peserta B )

“ Tidak boleh menulis angka dengan betul dalam Bahasa Inggeris” ( Peserta C )

“ Tidak boleh melengkapkan turutan nombor, susunan menaik dan menurun” ( Peserta D)

“ Tidak boleh memberi jawapan yang betul secara spontan ” ( Peserta E )

9
Dapatan Kajian

Dapatan kajian menunjukkan peratus responden kaum yang terlibat dalam kajian ini.
Sebanyak 2.9 peratus ( 1 ) kaum Melayu, kaum Cina sebanyak 5.7 peratus ( 2 ) dan 88.6
peratus ( 31 ) adalah kaum lain-lain.

Kaum

Kaum Jumlah Peratus


Melayu 1 2.9
Cina 2 5.7
Lain-lain 31 88.6
Total 34 97.1
Jumlah Besar 35 100.0

Analisis Data

Jumlah responden terdiri daripada 34 orang murid yang melibatkan dua buah sekolah
yang dikenal pasti. Jadual berikut menunjukkan penilaian kendiri responden berdasarkan
Skala Likert dari amat tidak setuju kepada amat setuju. Singkatan digunakan seperti
berikut :

SN = Sangat negatif
N = Negatif
SP = Sederhana positif
P = Positif
SP = Sangat positif

Jadual 1: Sikap Kendiri Pembelajaran Murid-Murid

Item SN N SP P SP Min Sisihan


( N = 34 ) Piawai
Saya berminat belajar matematik. 5.9% 17.6% 17.6% 32.4% 26.5% 3.56 1.24
Saya menjadi lebih bertanggungjawab
dalam pembelajaran matematik. 5.9% 5.9% 35.3% 26.5% 26.5% 3.41 1.16
Saya bersikap lebih positif terhadap
penggunaan Bahasa Inggeris dalam 5.9% 14.7% 32.4% 26.5% 20.6% 3.41 1.16
mata pelajaran matematik
Saya rajin mempelajari matematik.
8.8% 8.8% 35.3% 29.4% 17.6% 3.39 1.16
Saya menjadi lebih motivasi untuk
belajar matematik. 2.9% 32.4% 32.4% 14.7% 17.6% 3.12 1.15
Purata 5.88% 15.84% 30.6% 25.9% 21.76% 3.38 1.17
Scale Reliability = 0.739
1.8 – 2.4 = Sangat rendah 2.41 – 3.01 =Rendah 3.02 – 3.62 =Sederhana

10
3.63 – 4.23 = Tinggi 4.24 – 4.84 = Sangat tinggi

Cara Pengiraan Lau ( 2005 )

Jadual 1 di atas menunjukkan bahawa sikap kendiri pembelajaran matematik murid-


murid tahun empat dalam aspek PPSMI. 25.9% dan 21.76% daripada peserta
menyatakan input baru diberikan kepada mereka adalah masing-masing positif dan
sangat positif dalam merancang proses pengajaran-pembelajaran .

Min keseluruhannya adalah pada tahap sederhana iaitu 3.38. Jelas menunjukkan sikap
murid-murid di kawasan pendalaman terhadap pembelajaran matematik adalah di
peringkat sederhana positif.

Jadual 2: Kemampuan murid-murid mengikut pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris.

1 = Amat tidak setuju 4 = Setuju


2 = Tidak setuju 5 = Amat setuju
3 = Sederhana

Item ATS TS S S AS Min Sisihan


( N= 34 ) Piawai
1) Set induksi yang digunakan oleh guru dalam Bahasa
Inggeris dapat menarik perhatian saya.
2.9% 5.9% 20.6% 50.0% 20.6% 3.79 0.95

2) Saya dapat berinteraksi dengan guru secara dua hala.


5.9% 8.8% 44.1% 11.8% 29.4% 3.50 1.18
3) Saya dapat memahami sumber pendidikan
matematik dalam Bahasa Inggeris
Contoh :
a) Buku teks 2.9% 20.6% 32.4% 20.6% 23.5% 3.41
1.16

b) Mathematics courseware
( YI-2 : Numbers up to 100000 ) 5.9% 35.3% 17.6% 29.4% 11.8% 3.06 1.18

c) Alat Bantu mengajar


5.9% 35.3% 14.7% 26.5% 17.6% 3.15 1.26
4) Saya dapat memberi respons dalam Bahasa Inggeris
dalam pembelajaran matematik.
11.8% 14.7% 44.1% 26.5% 2.9% 2.94 1.01
5) Saya boleh berinteraksi dalam aktiviti kumpulan /
pembelajaran menggunakan Bahasa Inggeris.
11.8% 14.7% 35.3% 23.5% 14.7% 3.15 1.21
6) Saya dapat memahami istilah matematik dalam
Bahasa Inggeris yang disampaikan oleh guru.
Contoh:
a) “Mixed decimal 20.6% 38.2% 23.5% 11.8% 5.9% 2.44 1.13

b) “ Proper decimal ” 17.6% 47.1% 23.5% 8.8% 2.9% 2.32 0.98


c) “ Mixed operation” 20.6% 38.2% 32.4% 8.8% 0% 2.30 0.91
7) Saya dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris
secara berpasangan yang melibatkan aktiviti seperti
berikut: 5.9% 20.6% 50.0% 20.6% 2.9% 2.94
a) Perbincangan 0.89
b) Main peranan O% 11.8% 52.9% 20.6% 14.7% 3.38 0.89

c) Simulasi 2.9% 14.7% 52.9% 17.6% 11.8% 3.21 0.95

11
d) Bengkel / Projek 5.9% 32.4% 44.1% 17.6% 0% 2.73 0.83

e) Perbentangan 8.8% 38.2% 41.2% 8.8% 2.9% 2.59 0.89

8) Saya berkomunikasi dengan guru matematik dalam


Bahasa Inggeris. 5.9% 26.5% 50.0% 11.8% 5.9% 2.85 0.93

9) Saya dapat membaca dan menghafal fakta asas


dalam Bahasa Inggeris secara lisan setiap hari.
8.8% 29.4% 41.2% 20.6% O% 2.73 0.90
10) Saya dapat berbahasa Inggeris dengan lancar. 23.5% 35.3% 29.4% 11.8% 0% 2.30 0.97

Purata 9.31% 26.0% 36.1% 19.3% 9.3% 2.93 1.01

Scale Reliability = o.942

1.56- 2.06 = Amat Tidak Setuju 3.11-3.62 = Setuju


2.07-2.58 = Tidak Setuju 3.62-4.11 = Amat Setuju
2.59- 3.10 = Sederhana

Secara implikasinya, Jadual 2 menunjukkan 36.1% dan 26.0% murid-murid


menyatakan kemampuan untuk mengikuti pembelajaran matematik dalam Bahasa
Inggerís adalah pada tahap sederhana dan tidak setuju. Dapatan kajian ini jelas
menunjukkan bahawa murid-murid di luar bandar terutamanya menghadapai masalah
dalam mengikuti pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggerís. Min keseluruhannya
kemampuan murid-murid mengikuti pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris
berada pada tahap sederhana 2.93. Ini menunjukkan bahawa program PPSMI harus
dipertingkatkan pada masa akan datang untuk menjamin kepentingan bersama.

Jadual 3: Langkah-Langkah untuk mempertingkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris


dalam matematik

Item Ya Tidak
N=34

a ) Saya akan memperbanyakkan pembacaan dalam 88.2% 11.8%


Bahasa Inggeris terutamanya dalam Program NILAM.

b) Saya akan sentiasa menggunakan “ Teaching


Courseware ” untuk meningkatkan prestasi 76.5% 23.5%
pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris saya.

c) Saya akan selalu membuat rujukan kendiri untuk 70.6% 29.4%


meningkatkan Bahasa Inggeris saya.

d) Saya akan selalu berlatih bercakap Bahasa Inggeris 58.8% 38.2%


dengan guru dan rakan di dalam kelas.

12
e) Saya dapat membaca rencana matematik dalam
Bahasa Inggeris secara lisan ( read aloud ) setiap hari. 47.1% 52.9%

f) Saya mahu menonton Program Pendidikan Matematik


dalam Bahasa Inggeris. 44.1% 55.9%
Purata 64.22% 35.28%

Jadual 3 menunjukkan 64.22 % dan 35.28% murid masing-masing menyatakan ya dan


tidak dalam peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris dalam matematik. Peringkat
paling tinggi menunjukkan kebanyakan murid minat dalam pembacaan Bahasa Inggeris
terutamanya dalam Program NILAM. Ini disebabkan murid mempunyai banyak pilihan
mengikut tahap kemampuan yang tersendiri.

Manakala pada peringkat paling rendah adalah disebabkan murid tidak mahu menonton
Program Pendidikan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, kerjasama daripada
semua pihak terutamanya guru dan ibu bapa harus membimbing serta memberi galakkan
positif agar dapat menarik minat murid untuk menonton bersama seisi keluarga.

Kesimpulan

Hasil kajian ini menunjukkan guru-guru di dua buah sekolah berpendapat bahawa input-
input yang diberikan semasa aktiviti yang dijalankan di sekolah telah banyak membantu
murid-murid dalam merancang serta melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
bagi meningkatkan kemahiran matematik murid-murid Tahun empat dalam PPSMI.
Dengan wujudnya tinjauan pembelajaran matematik ini, maka ia akan menyumbang
untuk meningkatkan kualiti, akses serta equiti pendidikan untuk pelajar-pelajar di
kawasan pendalaman.

Kajian ini merupakan kajian untuk mendapatkan pandangan guru-guru terlibat tentang
pembelajaran matematik murid-murid Tahun empat dalam PPSMI di dua buah sekolah
pendalaman iaitu Sk. Sg. Sugai dan SJK Minar. Kami berharap memperolehi lebih
banyak sample untuk menilai impak dalam pembelajaran PPSMI yang dihadapi oleh
murid-murid tersebut.

Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa sikap kendiri pembelajaran murid-murid


masing-masing ialah sebanyak 25.9% dan 21.76 % menyatakan positif dan sangat
positif dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala dari segi
kemampuan murid-murid mengikuti pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris
adalah pada tahap sederhana dan tidak setuju iaitu 36.1 % dan 26.0 % . Jadi, ini akan
menimbulkan masalah bagi guru dalam melaksanakan PPSMI tersebut.

13
Oleh itu, bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam matematik seramai
64.22% murid menyatakan ya dan seramai 35.28% murid menyatakan tidak. Dengan itu,
kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan bagi menjayakan program PPSMI ini.

Cadangan

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan oleh guru untuk melaksanakan pengajaran
matematik dalam Bahasa Inggeris yang berkesan. Di antaranya ialah dengan
memberitahu pelajar tentang kandungan dan aktiviti pelajaran yang akan dipelajari pada
hari ini. Selain itu, guru juga memainkan peranan yang penting untuk membimbing
pelajar menjalankan aktiviti pengajaran matematik dalam Bahasa Inggeris dengan
menyoal dan menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh pelajar berkenaan. Guru
juga seharusnya memberi galakan dan dorongan kepada pelajar yang agak lemah serta
mencari pelbagai alternatif bagi menangani masalah pelajar dalam sesi pengajaran
matematik dalam Bahasa Inggeris.

Di samping itu, guru juga harus menyediakan pelbagai bahan dan aktiviti yang mampu
menarik perhatian pelajar agar pengajaran yang disampaikan oleh guru dapat
dilaksanakan dengan lancar.

Dicadangkan kami telah memilih dua buah sekolah sahaja untuk membuat tinjauan
pembelajaran matematik murid-murid tahun empat dalam PPSMI supaya boleh melihat
impaknya secara lebih terperinci dan menyeluruh. Ini dapat ditunjukkan dalam contoh-
contoh transkrip temuduga separa struktur dengan peserta seperti berikut.

“ Memahami dan menggunakan istilah BI ( vocabulary ) ”


 Kurikulum matematik serta komunikasi menggunakan perkataan Bahasa
Inggeris yang mudah difahami.
 Hanya beberapa istilah baru diperkenalkan setiap sesi pembelajaran.

………… ( Peserta A )

“ Kemahiran bertutur atau menulis dalam BI ”

 Latihan guru untuk profisiensi BI diberikan.


 Menggunakan BI yang mudah. Contoh : soalan dan skrip disediakan.
 Alat dan bahan bantu mengajar yang unik .

………… ( Peserta B )

“ Memperbanyakkan bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris di Pusat Sumber


Sekolah (PSS)”

14
………… ( Peserta C )

“ Merancang Program Membina JSPG (Jadual Sifir Pelbagai Guna) di sekolah ”

…………. ( Peserta D )

“ Melatih dan menghafal fakta asas matematik”


Contohnya: 2 + 4 = 6 …………. ( Peserta E )

.
Walau bagaimanapun, kerjasama daripada semua pihak amatlah digalakkan bagi
meningkatkan keberkesanan PPSMI dengan mendapatkan bantuan ibu bapa dan pihak
luar untuk membantu murid dan guru matematik memperbaiki penguasaan Bahasa
Inggeris. Di samping mengenal pasti kelemahan pelaksanaan PPSMI di sekolah dan
memastikan kelemahan tersebut dapat diatasi dengan sepenuhnya.

Hasil Kajian ini juga mencadangkan bahawa usaha yang lebih gigih perlu dilakukan
untuk meningkatkan Pendidikan Matematik khasnya pembelajaran matematik murid-
murid Tahun empat dalam PPSMI. Oleh yang demikian, pemahaman , keinginan dan
persediaan belum memadai untuk menjayakan perpindahan.

Guru khususnya akan menemui pelbagai kesukaran dan rintangan khususnya di peringkat
awal perlaksanaan . Selain itu, murid-murid juga memerlukan sokongan emosi untuk
meningkatkan lagi keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. Untuk
mencapai matlamat ini, sokongan , pembaikan dan kerjasama di antara pihak sekolah dan
ibu bapa amatlah diperlukan.

15
Bibliografi

1) Kamarudin Hj. Husin ( 1990 ). Pedagogi 4. Selangor Darul Ehsan: Longman


Malaysia Sdn, Bhd.

2) Ee A. M. ( 1990 ). Pedagogi Satu Pengenalan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar


Bakti Sdn. Bhd.

3) Kursus Pengurusan PPSMI Bagi Guru PK1. (2005). Sarikei: Payang Puri
Hotel.

4) Loh L. C. ( 2005 . Student Teachers’ Perception on their Readiness to Use


English to Teach Science. Jurnal Mapera Jilid 16 2005, PP 1- 14.

5) John C. ( 2003 ). Teaching Science Through English : Integrating Subject


and Language, Paper Present during ELTC EteMS Conference 2-4 December

6) Khoo.K.S. ( 2004 ). Problem in The Teaching of Science and Mathematics in


English.

7) Ling C. dan Tiong C. ( 2004 ). Keberkesanan Kelas Pemulihan Matematik Di


Sebuah Sekolah Rendah Sibu, Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru- MPR
PP 16.

8) Jabatan Sains Dan Matematik ,MPR (1999). Penguasaan Dan Amalan


Penggunaan Kemahiran Proses Sains Dalam Pengajaran Pembelajaran Di
Sekolah Rendah Daerah Meradong.Jurnal Mapera jilid 10 1999.PP1-28.

9) Ng.S.H. (2001). Let’s get Started’(Menguasai Kemahiran-kemahiran Asas


Matematik). Kertas Kerja Konvensyen Guru-Guru Sains & Matematik.PP 3.

16
Lampiran

JADUAL SIFIR PELBAGAI GUNA ( JSPG )

1 2 3 4 5 6 7 8 9

2 4 6 8 10 12 14 16 18

3 6 9 12 15 18 21 24 27

4 8 12 16 20 24 28 32 36

5 10 15 20 25 30 35 40 45

6 12 18 24 30 36 42 48 54

7 14 21 28 35 42 49 56 63

8 16 24 32 40 48 56 64 72

9 18 27 36 45 54 63 72 81

17
18

Anda mungkin juga menyukai