Anda di halaman 1dari 7

Kurangnya Latihan Dan Kesediaan Guru-guru Sekolah Melaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sains dan Matematik

Dalam Bahasa Inggeris Sebagai Penyebab Kegagalam PPSMI

Perubahan terhadap dasar pendidikan negara telah berlaku sedikit demi sedikit sejak zaman Penyata Razak 1956. Dasar pendidikan negara dimantapkan berdasarkan kepada beberapa akta dan laporan pendidikan antaranya Penyata Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 (disemak 1971), Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, Laporan Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran 1982 sehinggalah termaktubnya Akta Pendidikan 1996. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 mengkaji sama ada sistem pendidikan negara memenuhi keperluan tenaga rakyat untuk negara yang seterusnya terbentuk KBSR (1982) dan KBSM (1988). Isu tenaga rakyat timbul kembali selepas lebih dua puluh tahun laporan tersebut, iaitu untuk keperluan negara ke arah sebuah negara maju menjelang 2020. Antaranya ramai lepasan university didapati gagal bersaing untuk pasaran kerja khususnya dalam sektor swasta kerana tidak dapat menguasai bahasa Inggeris (Haslina 2002). Bagi memenuhi keperluan tersebut, kerajaan akhirnya memutuskan bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah diajar dalam bahasa Inggeris mulai tahun 2003. Namun begitu, selepas beberapa tahun PPSMI dilaksanakan, ianya masih gagal memenuhi aspirasi dasar pendidikan Negara dan matlamat utamanya tidak tercapai. . Sebab-sebab kegagalan PPSMI 1. Kajian menunjukkan 84.0% guru-guru Sains dan Matematik di sekolah rendah lemahdalam bahasa Inggeris (Rohana 2002). Mereka tidak bersedia untuk melaksanakan inovasi ini kerana mereka gagal untuk memahami ilmu konsep-konsep dalam bahasa yang tidak difahaminya dan akan menyukarkan pelaksanaannya. 2. Kajian Antarabangsa Ke-3 Matematik dan Sains (2000) menunjukkan pencapaian Sains dan Matematik pelajar negara ini jauh lebih rendah berbanding pelajar dari negara-negara serantau khususnya Singapura, Korea dan Jepun. Pelajar-pelajar yang sedia lemah dalam mata pelajaran Sains dan Matematik akan bertambah lemah kerana mereka terpaksa memahami dan menguasai mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris.
1

3. Guru yang sedia lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris akan menyukarkan mereka untuk mengguna dan memahami bahasa tersebut dalam mata pelajaran Sains dan Matematik meskipun Kementerian Pendidikan memberi jaminan bahasa Inggeris yang akan digunakan dalam buku teks bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut mudah difahami serta sesuai (Salina 2002). 4. Banyak kajian (Ibrahim et al. 1997; Azhar 1998; Narimah & Raju 2001) membuktikan masih ramai guru yang tidak mahir dengan penggunaan komputer dan ICT, meskipun penggunaan teknologi tersebut pesat digunakan dalam sistem pendidikan kita. Keadaan ini akan menyebabkan mereka kurang yakin atau tidak bersedia untuk melaksanakan dasar baru tersebut. 5. Tidak semua sekolah terutama sekolah-sekolah di pedalaman mempunyai prasarana yang benar-benar lengkap seperti komputer dan peralatan ICT. Hal ini akan menyebabkan pelaksanaan inovasi ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana kaedah utama pelaksanaannya melibatkan penggunaan komputer dan prasarana ICT (Utusan Malaysia 24 Julai 2002: 12). 6.Menurut teori model reflektif Wallace (1991) yang berpendapat bahawa seseorang guru biasanya mempunyai pengetahuan dan pengalaman sedia ada yang berkaitan dengan bidang tugasnya. Apabila mengikuti latihan profesional, seseorang guru itu akan mengaitkan pengetahuan yang diterimanya (received knowledge) dengan pengetahuan melalui pengalaman (experiental knowledge) yang merupakan dua sumber pengetahuan penting dalam latihan profesional. Kedua-dua sumber pengetahuan tersebut mengikut Wallace saling bergantung antara satu sama lain bagi membolehkan guru lebih bersedia untuk melaksanakan tugas profesionalnya. Sebahagian daripaga guru-guru PPSMI masih dianggap belum professional lagi untuk mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

7. Sebahagian besar daripada guru-guru PPSMI (80.0% guru Sains dan 62.4% guru Matematik) tidak pernah menghadiri sebarang kursus atau latihan profesional bagi kedua2

dua mata pelajaran tersebut dalam tempoh perkhidmatannya. Daripada jumlah yang pernah hadir kursus, hanya 0.8% daripada mereka yang pernah menghadirinya di peringkat sijil/diploma. Manakala selebihnya hanya pernah menghadiri di peringkat JPN/PPD/PKG dan inhouse sahaja. 8. Sebahagian besar guru berkenaan (72.8%) berpencapaian rendah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris peringkat SPM dan mereka juga lemah dalam kecekapan lisan dan tulisan bahasa tersebut. Hanya 0.8% daripada mereka mendapat gred cemerlang (A1 dan A2) dalam mata pelajaran ini. 9. Hanya 11.2% pernah menghadiri kursus, dan selebihnya 88.8% lagi tidak pernah menghadiri sebarang kursus. Daripada jumlah yang pernah hadir kursus, hanya 1.6% daripada mereka pernah mengikuti kursus peringkat diploma dan 0.8% pernah mengikuti KDP 14 minggu, manakala selebihnya 8.8% lagi hanya berkursus di peringkat JPN/PPD/PKG dan inhouse. 10. Walaupun mereka lemah dalam bahasa Inggeris tetapi sebahagian besarnya (65.6%) mempunyai kesediaan untuk mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris jika diberi modul. Manakala selebihnya hanya bersetuju jika diberi latihan, berbantukan komputer, dan jika diberi buku teks dan bahan interaktif berkaitan yang sesuai. 11.Dalam aspek kemahiran menggunakan komputer, sebahagian besar guru tidak mahir menggunakan komputer dan prasarana ICT, yangmana 76.0% daripada mereka tidak pernah menghadiri sebarang latihan dan 24.0% pernah menghadirinya. Daripada jumlah mereka yang pernah berkursus, didapati 1.6% pernah mengikuti kursus peringkat sijil/diploma dan KDP 14 minggu. Manakala 20.8% lagi pernah berkursus di peringkat JPN/PPD/PKG/Inhouse dan termasuk anjuran swasta (2.4%). Pada keseluruhannya 41.0% daripada mereka menyatakan mereka boleh menggunakan komputer dengan cekap dan mahir sekiranya diberikan modul yang sesuai dan mudah difahami.

KESAN KURANGNYA LATIHAN/PENDEDAHAN GURU DALAM P&P PPSMI.


3

1.Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelari dua subjek tersebut.

2.Dasar kontroversi tersebut juga "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. "PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi."

3.Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap 5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam. Skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor Matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata.Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

LANGKAH MENGATASI MASALAH KEGAGALAN P&P PPSMI AKIBAT KURANGNYA LATIHAN/PENDEDAHAN GURU.

Pengetahuan Berdasarkan pengalaman Sedia Ada 1.Memastikan Pencapaian dan latihan profesional guru bagi mata pelajaran Bahasa

Inggeris, Sains dan Matematik berada pada tahap optimum. 2. Memastikan semua guru yang mengajar berkebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris.

3. Kecekapan guru PPSMI dalam Kemahiran menggunakan komputer/prasarana ICT berada pada tahap maksimum. Pengetahuan, latihan dan kemahiran diterima melalui latihan 1.Kecekapan bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris dapat ditingkatkan. 2. Kecekapan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik dapat diberikan sebanyak-banyaknya kepada guru-guru PPSMI. 3. Kecekapan menggunakan komputer/prasarana ICT dapat didedah sebaik mungkin semasa guru-guru manghadiri sesi kursus pendedahan ICT anjuran jabatan yang berkaitan. Hal ini dapat membantu keberkesanan p&p dalam bilik darjah. 5. Meminimumkan perbezaan dari segi kebolehan dan ketidaksediaan guru yang

mempunyai pengetahuan melalui latihan dan guru yang tidak mempunyai latihan untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. 6. Jabatan Pendidikan perlu menyediakan prasarana yang lengkap bagi guru dan sekolah sekolah yang tidak mempunyai prasarana yang mencukupi untuk memastikan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dapat dilaksanakan dengan sempurna sebagaimana sekolah-sekolah yang mempunyai prasarana yang cukup. 7. Pihak sekolah perlu mengadakan latihan dalaman (inhouse training) yang lebih kerap untuk memahirkan guru melaksanakan inovasi ini. Semua guru patut didedahkan dengan penggunaan bahasa Inggeris dan bidang ICT. 8. Guru-guru Sains dan Matematik di sekolah-sekolah berkenaan hendaklah menyediakan bahan pengajaran secara kolaboratif (bekerjasma) agar semua kelas dan pelajar mendapat bahan pengajaran yang sama atau selaras di samping bahan-bahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan. 9. Pihak pentadbir sekolah, ketua panitia dan guru Sains dan Matematik hendaklah peka terhadap perubahan kurikulum, khususnya perubahan Sukatan Pelajaran. Ketua panitia dan
5

guru-guru perlu memperincikan Huraian Sukatan Pelajaran tersebut bagi menepati objektif sebenar pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. 10. Guru-guru yang terlibat perlu bersedia dan memperlengkapkan diri mereka dengan pengetahuan-pengetahuan baru melalui kursus atau latihan yang diadakan dari semasa ke semasa khususnya tentang kemahiran menggunakan prasarana ICT dan software yang relevan. 11. Guru-guru PPSMI di sekolah-sekolah berkenaan perlu memahirkan diri dalam penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris melalui bahan-bahan seperti Modul Pembelajaran Kendiri (Take Home Package), Pembelajaran Online (berasaskan Web Base), glosari dan skrip pengajaran yang disediakan. Cadangan Lain Bagi Meningkatkan Kemahiran Dan Latihan Guru-guru PPSMI. 1. Pihak yang terbabit perlu membuat suatu kajian terhadap kesediaan guru sekolah rendah dan menengah melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris selepas melalui beberapa siri kursus dan melaksanakan pengajaran tersebut di sekolah masing-masing. 2. Satu kajian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan perlu dilakukan kerana semua sekolah rendah menggunakan sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama. 3. Suatu kajian terhadap kemahiran lisan dan tulisan dalam bahasa Inggeris dalam kalangan guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris perlu dilakukan. 4. Dari segi kesesuaian bahan P&P Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris bagi menentukan sama ada ianya menepati kehendak isi pelajaran, kemahiran guru atau penerimaan pelajar hendaklah dibuat kajian dan analisis secara menyeluruh.

Kesimpulan Meskipun faktor sumber manusia dan prasarana sekolah telah mencukupi di sekolah, PPSMI tetap gagal dilaksanakan dan keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya kelemahan guru dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris peringkat SPM dan lemah dalam kecekapan lisan dan tulisan bahasa tersebut, sebagaimana mengikut Rohana (2002) sebanyak 84.0% guru-guru Sains dan Matematik di sekolah rendah lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris. Guru juga didapati tidak mahir menggunakan komputer dan peralatan ICT yang sekali gus menyokong kajian yang dibuat oleh Azilah dan Zarina (1997), Badrul Hisham (1998), Zainal Abidin (1998), Musa (1999) dan Norizan (2002). Selain itu mereka juga tidak pernah didedahkan kepada latihan-latihan profesional dalam bidang-bidang berkaitan seperti Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan komputer. Meskipun agak kurang bersedia, namun kebanyakan mereka positif untuk menggunakan pengantar bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik khususnya guru-guru yang mengajar dan pernah mengajar Bahasa Inggeris serta tahu menggunakan prasana asas computer dan ICT.

Rujukan:
http://mampat blogspot.com http://www.bharian.com.my http://pkukmweb.ukm.my/ppa/dokumen http://www.docstoc.com www.themalaysianinsider.com

7 7

Anda mungkin juga menyukai