Anda di halaman 1dari 3

MID TERM TEST 2018/2019

Nama Khairunisa Binti Mohd Kadir


No. Matriks GS52920
Kod/Nama Subjek EAD5810 Educational Policy and Planning

Soalan 1

To what extent has the education system been successful in providing primary and
secondary education to all school-aged children after Independence?

Sistem pendidikan di Malaysia telah bermula sejak sebelum Kemerdekaan lagi. Namun
demikian, Negara Malaysia telah menggubal dasar-dasar pendidikan yang baru selaras dengan
kebebasan Negara dari cengkaman penjajah setelah memperoleh Kemerdekaan pada tahun
1957. Laporan Razak (1956) dan laporan Rahman Taib (1960) telah dijadikan asas
penggubalan dasar pendidikan kebangsaan dan telah dikuatkuasakan di dalam Akta Pendidkan
1961. KBSR, KBSM, KSSR, KSSM adalah antara rancangan yang telah ditubuhkan bertujuan
untuk melahirkan generasi muda yang berpendidikan, berdikari, produktif dalam pembangunan
Negara serta menyatukan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Di peringkat rendah, semua kanak-kanak yang telah mencapai umur 7 tahun diwajibkan
masuk ke sekolah rendah bermula dari Tahun 1 hingga ke Tahun 6. Kemahiran asas diterapkan
di peringkat rendah bagi menyediakan pelajar-pelajar memasuki peringkat menengah yang
lebih mencabar. Peperiksaan UPSR menjadi kayu ukur tahap kemampuan pelajar-pelajar di
peringkat rendah pada penghujung Tahun 6. Di peringkat menengah pula, pelajar-pelajar yang
telah menduduki peperiksaan UPSR akan memasuki sekolah menengah bermula umur 13
tahun dan berakhir pada umur 17 tahun. Peperiksaan PT3 (dahulu dikenali sebagai PMR)
diadakan bagi mentaksir kebolehan pelajar diwajibkan ke atas pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan
seterusnya peperiksaan SPM dijalankan ke atas pelajar-pelajar Tingkatan 5 bagi menentukan
kelayakan melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.

Seiring dengan perkembangan sistem pendidikan di Malaysia, sekolah Kebangsaan


telah diterima baik oleh semua kaum di Malaysia malahan menunjukkan peningkatan peratusan
yang memberangsangkan tahun demi tahun. Pembangunan dari segi sekolah dapat diihat
dengan tertubuhnya sekolah-sekolah teknik dan vokasional bagi menyediakan pelajar-pelajar
berkemahiran tinggi dari segi teknikal dan menyiapkan diri memasuki alam pekerjaan yang lebih
mencabar. Sekolah Wawasan diwujudkan bagi menyatukan perpaduan kaum dan bangsa di
dalam satu persekitaran sekolah yang sama. Pelajar dapat memanfaatkan masa bersama dan
mengenali budaya masyarakat India, Cina dan sebagainya. Sekolah Bestari dan Kluster juga
telah menjadi perintis perubahan sistem pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari adalah
sekolah berteknologi tinggi yang ditubuhkan bagi mendepani era sains dan teknologi yang
semakin pesat membangun. Sekolah Kluster adalah sekolah yang mengiktiraf tahap
pentadbiran dan kecemerlangan sekolah dari segi akademik dan pentadbiran sekolah. Namun,
pelaksanaan sekolah-sekolah ini masih belum disempurnakan secara menyeluruh.

Perubahan dari segi sistem pendidikan dan dasar pendidikan Negara dilaksanakan
bertujuan meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia dan memberi keberhasilan yang positif
kepada rakyat dan Negara.

Soalan 2

What initial strategies were adopted by the system in meeting the social demand for
education of various ethnic groups?

Pada zaman pemerintahan British, sistem sekolah vernakular diperkenalkan iaitu


sekolah berteraskan bahasa ibunda mengikut kaum masing-masing. Pelaksanaan sistem ini
menyukarkan perpaduan di antara etnik dibentuk dan hanya mementingkan keuntungan
ekonomi British sahaja.

Dasar pendidikan negara dibentuk dengan menitikberatkan kepelbagaian kaum yang


terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, lain-lain etnik agar manfaat dan faedah dapat
dirasai oleh semua golongan masyarakat. Melalui pendidikan, nilai-nilai murni seperti hormat-
menghormati, bertoleransi, bekerjasama, dan aspek-aspek moral diterapkan kepada
masyarakat yang bertujuan untuk melahirkan pewaris negara yang berkualiti,
bertanggungjawab, berdaya saing, bijak, danmempunyai sifat patriotik di mana ia penting untuk
memupuk perpaduan dikalangan masyarakat

Laporan Razak 1956 telah menjadi perintis perpaduan etnik di dalam sistem pendidikan
di Malaysia. Antara perkara yang disebut dan diambil perhatian adalah bahasa Melayu dijadikan
bahasa perantaraan dan dipraktikkan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Selain itu,
peperiksaan dan kurikulum diselaraskan di semua peringkat dan sekolah kebangsaan serta
jenis kebangsaan. Akta pendidikan 1961 telah digubal bedasarkan laporan Razak dan laporan
Rahman Talib telah menunjukkan perkembangan yang positif ke atas perpaduan di antara
semua kaum di Malaysia. Antara kandungan laporan Razak adalah bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris menjadi matapelajaran wajib bagi semua dan murid-murid Cina dan Tamil diberi
peluang mempelajari bahasa ibunda jika melebihi 15 orang.

Pada era baru abad ke-20, kerajaan telah menubuhkan Sekolah Wawasan yang
bertujuan mengumpulkan para pelajar dari pelbagai etnik berkumpul di suatu pusat yang sama
supaya jalinan perpaduan antara kaum dapat diterapkan dalam kalangan pelajar. Ini adalah
strategi baharu dalam meningkatkan perpaduan kaum etnik di Malaysia.

Soalan 3

What are the challenges faced by the system in addressing the issues of
opportunities and participation?

Sehingga ke abad ini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem


persekolahan kebangsaan, jenis kebangsaan cina, dan jenis kebangsaan india. Kewujudan
sekolah yang pelbagai aliran ini telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini ianya
sudah tidak relevan untuk diguna pakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan
antara masyarakat Malaysia akan menjadi semakin pudar dan renggang. Ini kerana sekolah
merupakan tempat mulamula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk
saling kenal mengenali.

Konsep satu jenis persekoahan peru diwujudkan bagi menangani cabaran perpaduan
dia antara kaum. Namun, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju dan mencapai kata
sepakat di dalam menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India
dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat
menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka.

Anda mungkin juga menyukai