Anda di halaman 1dari 3

Assignment 2: Kritikan Tesis, Khairunisa Binti Mohd Kadir, GS52920

1.0 Pengenalan
Tesis yang bertajuk ‘Pembangunan Modul Pedagogi Kelas Berbalik Berasaskan
Pembelajaran Reflektif Untuk Politeknik Premier’ yang dihasilkan oleh Zanariah Binti
Ahmad bertujuan untuk membangunkan modul pedagogi kelas berbalik berasaskan pembelajaran
reflektif di politeknik premier untuk mengatasi masalah pelajar dalam menghubung kait
kemahiran dengan pengetahuan. Modul ini dibangunkan berlandaskan tiga fasa utama dan
mengadaptasi kajian reka bentuk dan pembangunan yang dipelopori oleh Richey dan Klein
(2014).

Fasa pertama adalah analisis keperluan. Di dalam fasa ini, pengkaji menggunakan borang
soal selidik yang diedarkan kepada 200 pelajar program Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari
tiga politeknik premier. Dapatan kajian fasa pertama menunjukkan bahawa pelajar mempunyai
kemahiran dan akses kepada alatan teknologi dan komputer, serta mempunyai persepsi yang
positif terhadap penggunaan komputer dan e-pembelajaran. Fasa kedua adalah reka bentuk dan
pembangunan. Bahagian pertama fasa kedua dijalankan dengan menggunakan teknik Fuzzy
Delphi yang melibatkan 23 orang panel pakar dalam bidang Kurikulum, Teknik dan Vokasional,
Kejuruteraan Mekanikal, dan Teknologi Pengajaran. Dapatan bahagian pertama dalam fasa
kedua menunjukkan panel pakar mencapai konsensus bersama dengan nilai ambangan d ≤0.2
melebihi 75% dari segi kesesuaian item-item dalam modul pedagogi tersebut. Pemurnian modul
dari segi rancangan mengajar dan bahan pembelajaran dalam format video bagi topik daya
vektor oleh empat orang panel pakar dijalankan di dalam bahagian kedua fasa kedua. Dapatan
bahagian kedua dalam fasa mencadangkan beberapa penambahbaikan terutama dari segi
penggunaan bahan format video dan pop kuiz.

Fasa ketiga dijalankan dengan menggunakan kaedah kuasi-eksperimental untuk menilai


keberkesanan modul. Melalui ujian-t sampel berpasangan, dapatan fasa ketiga menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan rawatan dengan kawalan, dengan nilai p
adalah .000 iaitu kurang dari .05 (p < 0.05). Dapatan menunjukkan penggunaan modul pedagogi
kelas berbalik berasaskan pembelajaran reflektif berkesan untuk membantu pelajar menghubung
kait kemahiran dengan pengetahuan. Dapatan-dapatan ini menjelaskan bahawa modul ini
berpotensi untuk diguna pakai sebagai kurikulum baharu di Kementerian Pendidikan Malaysia
dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

1
Assignment 2: Kritikan Tesis, Khairunisa Binti Mohd Kadir, GS52920

2.0 Kritikan Tesis

Pengkaji telah menerangkan secara terperinci latar belakang masalah kajian serta
pernyataan masalah yang dikaitkan dengan dapatan kajian-kajian yang lepas mengenai modul
kelas berbalik ini. Walau bagaimanapun, tesis ini tidak mempunyai hipotesis kajian yang dapat
mengukuhkan analisis sesuatu kajian yang dibuat oleh pengkaji. Hipotesis adalah penting dalam
penulisan tesis kerana hipotesis dapat menyelesaikan pernyataan sementara tentang hubungan
antara unsur-unsur yang dikaji atau tentang cara penyelesaian bagi sesuatu masalah. Pernyataan
seperti ini diperlukan bagi memastikan bahan kajian akan lebih fokus maka pernyataan
berkenaan hendaklah dibuat secara jelas, padat dan tidak mengelirukan.

Objektif kajian ini telah dinyatakan oleh pengkaji secara khusus melalui tiga fasa utama
iaitu analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan serta penilaian. Setiap fasa yang
dinyatakan oleh pengkaji mempunyai objektif khusus yang perlu dicapai melalui kajian ini.
Melalui persoalan kajian, pengkaji telah menukarkan objektif-objektif kajian beliau kepada ayat
tanya. Seterusnya, pengkaji menerangkan rasional kajian yang dijalankan dengan
mengemukakan tiga jenis model yang dipilih iaitu Model kelas berbalik Enfield dan Stake
(2013), model pembelajaran reflektif (Schön, 1983), Model prinsip pengajaran pertama oleh
Merrill (2014) dengan menekankan aspek pembinaan, perkembangan dan mengaplikasikan
pengetahuan dengan konteks dunia sebenar. Justeru, kajian yang dijalankan ini adalah bagi
menghasilkan satu modul pedagogi yang dapat membantu dalam meningkatkan keupayaan
pelajar dalam menghubung kait pengetahuan dengan kemahiran.

Pengkaji telah menyatakan limitasi kajian daripada aspek sampel yang dipilih adalah
terhad kepada Diploma Kejuruteraan Mekanikal sahaja dan tidak menyeluruh maka dapatan
kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada bidang-bidang pengkhususan yang lain.
Seterusnya, pengkaji menggunakan kerangka konseptual kajian bagi menunjukkan hubung kait
antara modul pedagogi kelas berbalik dan pembelajaran reflektif dengan pengetahuan dan
kemahiran dengan menghuraikan setiap komponen dalam model tersebut serta hubungannya
antara satu sama lain. Terakhir, pengkaji telah mendefinisi kan setiap kontruk dalam tajuknya
secara istilah dan bukan secara operasional.

2
Assignment 2: Kritikan Tesis, Khairunisa Binti Mohd Kadir, GS52920

3.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kajian ini ditulis dengan baik dan menggunakan kaedah yang tepat bagi
penulisan ilmiah dan dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dapatan-dapatan kajian.
Pengkaji juga mencadangkan pembangunan modul pedagogi kelas berbalik berasaskan
pembelajaran reflektif untuk politeknik premier yang boleh membantu meningkatkan keupayaan
untuk menghubung kait pengetahuan dengan kemahiran pelajar dalam konteks kajian ini
digunakan oleh pihak politeknik Malaysia khususnya untuk institusi PTLV bagi menambah baik
kualiti pedagogi di Malaysia.

4.0 Bibliografi

Zanariah, A. (2017). Pembangunan modul pedagogi kelas berbalik berasaskan pembelajaran


reflektif untuk politeknik premier/Zanariah Ahmad (Doctoral dissertation, University of Malaya).

Ibrahim, Z. (2017). Pembangunan modul pembelajaran seni reka grafik berasaskan teknologi
dan gaya pembelajaran pelajar bermasalah pendengaran (Doctoral dissertation, University of
Malaya).

Ali, S. N., & Khan, N. L. K. Abad 21: Trend Pembelajaran Dan Pengajaran Politeknik & Kolej
Komuniti Malaysia.

Catatan, G. P. T. Protokol Temubual Guru Fasa Analisis Keperluan.

Bishop, J. L., & Verleger, M. A. (2013, June). The flipped classroom: A survey of the research.
In ASEE national conference proceedings, Atlanta, GA (Vol. 30, No. 9, pp. 1-18).

Abeysekera, L., & Dawson, P. (2015). Motivation and cognitive load in the flipped classroom:
definition, rationale and a call for research. Higher Education Research & Development, 34(1),
1-14.

Anda mungkin juga menyukai