Anda di halaman 1dari 3

Faktor-faktor perkembangan kerjaya

1. Keupayaan
2. Personaliti Individu
3. Faktor dalam: sikap,minat, personality
4. Faktor luaran: persekitaran kerja, keluarga, organisasi
5. Faktor demografi: umur, tempoh perkhidmatan, bangsa, jantina

Namun begitu, faktor paling utama dalam pekembangan kerjaya adalah kesesuaian kerja. Mondy dan
Noe (1996) menyatakan kesesuaian kerja adalah faktor utama yang mempengaruhi perkembangan
kerjaya.

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KERJAYA

Kerjaya merupakan satu mekanisme bagi memenuhi keperluan sumber manusia dalam suatu

organisasi untuk masa kini dan masa akan datang. Perkembangan kerjaya pula adalah satu

proses yang formal, tersusun serta suatu usaha yang dirancang untuk mencapai keseimbangan

antara keperluan kerjaya dan kehendak tenaga kerja. Menurut Isaacson dan Brown (1993),

perkembangan kerjaya boleh didefinisikan sebagai “a long life process of fostering and

cultivating the shape of individual’s working life so as to make best use of inherent talent, skills,

knowlege and interests for that person’s and (if there is one) the employer’s benefit and also to

match it as closely as possible to other aspects of the person’s life”. Maka, kerjaya adalah

sesuatu aktiviti yang memandang ke hadapan atau looking forward.

Terdapat beberapa faktor utama yang mempengaruhi perkembangan kerjaya seseorang

individu iaitu faktor ekonomi, faktor sosial, dan faktor psikologi. Faktor ekonomi terhadap

perkembangan kerjaya termasuklah edaran perdagangan, perubahan teknologi dan

peperangan. Faktor sosial pula merangkumi status sosio-ekonomi, taraf pendidikan,


kewarganegaraan, bangsa, agama dan jantina. Manakala faktor psikologi melibatkan warisan

biologi, kecerdasan, bakat istimewa dan nilai.

Faktor Ekonomi

Faktor Sosial

Faktor Psikologi

Menurut Huges dan Karp dalam kajiannya bertajuk School-based career

development: A synthesis of the literature, mendapati penglibatan pelajar

dalam program perkembangan kerjaya di sekolah membantu mereka mendapat

gred yang tinggi, membina hubungan yang baik dengan guru, meningkatkan

perancangan dan pengetahuan kerjaya, meningkatkan pengetahuan kendiri

dan keyakinan diri serta mengurangkan keraguan dalam membuat keputusan

(Amla, Zuria & Mokhtar, 2007).

Dalam konteks perkembangan kerjaya, terdapat dua teori yang

dikategorikan sebagai teori perkembangan kerjaya. Teori tersebut ialah Teori


Perkembangan Kerjaya Ginzberg dan Teori Perkembangan Kerjaya Super. Teori perkembangan kerjaya
Ginzberg menganandaikan perkembangan kerjaya kerjaya seseorang individu mempunyai hubungan
yang selari dengan perkembangan dirinya iaitu yang bermula daripada peringkat kanak-kanak atau
peringkat fantasi iaitu sekitar umur 4–12 tahun, peringkat tentatif iaitu sekitar umur 13–15 tahun,
peringkat realiti iaitu sekitar umur 15–20 tahun dan peringkat dewasa iaitu sekitar umur 20 tahun dan
ke atas (Mohamed Fadhil &Rose, 2008).

Teori Perkembangan Kerjaya Super juga mengandaikan proses perkembangan kerjaya seseorang
individu bermula daripada peringkat kanakkanak berusia empat tahun lagi. Walau bagaimanapun,
perkembangan kerjaya seseorang menurut Teori Perkembangan Kerjaya Super dipengaruhi oleh konsep
kendiri individu itu sendiri (Sidek, 2001; Mohamed Fadhil Che Din & Rose Jacob, 2008).

Anda mungkin juga menyukai