Anda di halaman 1dari 51

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN i

SENARAI JADUAL iv

SENARAI RAJAH v

BAB 1 6

PENGENALAN 6

1.1 Pendahuluan 6

1.2 Latar Belakang Kajian 8

1.3 Pernyataan Masalah Kajian 15

1.4 Objektif Kajian 17

1.5 Persoalan Kajian 18

1.6 Hipotesis Kajian 18

1.7 Kepentingan Kajian 19

1.7.1 Kementerian Pelajaran Malaysia 19

1.7.2 Guru-Guru 19

1.7.3 Pengkaji-Pengkaji lain 20

1.8 Skop dan Batasan Kajian 20

i
1.9 Definisi Istilah 21

1.8.1 Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) 21

1.8.2 Pembelajaran Berasakan Projek (PBP) 21

1.8.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) 22

1.10 Kesimpulan 23

BAB 2 24

SOROTAN KAJIAN 24

2.0 Pendahuluan 24

2.1 Perubahan dan Tuntutan Pedagogi Abad ke-21 24

2.2 Kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam


Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) 25

2.3 Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran


dan Pembelajaran (PdP) 27

2.4 Model Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) 28

2.4.1 Pengetahuan Kandungan 31

2.4.2 Pengetahuan Pedagogi 32

2.4.3 Pengetahuan Teknologi 33

2.4.4 Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) 33

2.4.5 Pengetahuan Teknologi Kandungan 34

2.4.6 Pengetahuan Teknologi Pedagogi 35

ii
2.4.7 Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan 35

2.5 Kemahiran Guru dan Pelajar Abad ke-21 36

2.6 Kesimpulan 38

BAB 3 39

METODOLOGI 39

3.1 Pendahuluan 39

3.2 Reka Bentuk Kajian 39

3.3 Populasi Kajian 40

3.4 Instrumen Kajian 43

3.5 Kerangka Konseptual Kajian 44

3.6 Ringkasan Ujian Statistik 45

3.7 Kesimpulan 46

Rujukan 47

iii
SENARAI JADUAL

Jadual 1: Kluster Program Kemahiran Vokasional di Kolej Vokasional 11

Jadual 2: Perbezaan Sistem Pendidikan Masyarakat Industri dan Sistem


Pendidikan Masyarakat Maklumat 26

Jadual 3: Perbezaan Persekitaran Pembelajaran Traditional dan Persekitaran


Pembelajaran Kini 27

Jadual 4: Senarai Kolej Vokasional Yang Menyediakan Bidang Teknologi


Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik 41

Jadual 5: Ringkasan Instrumen Kajian 43

Jadual 6: Ringkasan Ujian Statistik Mengikut Persoalan Kajian 45

iv
SENARAI RAJAH

Rajah 1: Model Skematik Kurikulum Kolej Vokasional 11

Rajah 2: Model Hubungan antara Proses Pengajaran dan Hasil Pembelajaran 14

Rajah 3: Pengetahuan Pedagogi Kandungan 29

Rajah 4: Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan 30

Rajah 5 : Kemahiran Abad ke-21 37

Rajah 6: Kerangka Konseptual Kajian 44

v
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara.


Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha
membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara memerlukan
usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan
kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tingggi dan cemerlang agar
dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Oleh itu sistem pendidikan
dan persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu
berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan
bangsa dan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan bukan sahaja
merupakan satu elemen yang sangat penting dalam pembangunan peribadi
seseorang pelajar, malah ia juga merupakan penyumbang utama dalam
pembangunan modal insan dan ekonomi sesebuah negara. Sektor pendidikan
memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang
mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju
dan boleh memenuhi keperluan negara dalam menyahut cabaran-cabaran
seperti terkandung dalam wawasan 2020 (Ahmad Badawi, 2010).

6
Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci
utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang
digagaskan. Merekalah yang akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya
saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad
ke-21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih
generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan
negara. Justeru, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010
telah dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem
pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP 2006-
2010 menekankan matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan modal
insan yang bukan sahaja berpengetahuan tetapi juga berkemahiran dalam
pelbagai bidang ilmu terutamanya sains dan teknologi (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2006). Matlamat ini jelas menunjukkan aspirasi pendidikan negara
yang holistik bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan menepati
tuntutan perubahan keperluan tenaga kerja era globalisasi kini (Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan, 2006).

Sistem pendidikan negara terpaksa menerima cabaran-cabaran baharu


ini kerana perubahan dalam masyarakat sememangnya dikaitkan secara
langsung dengan sistem pendidikan (Dr. Noor Hisham Md Nawi, 2011). Ini
dapat dilihat melalui penambahbaikan PIPP 2006-2012 kepada Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Laporan awal pelan
tersebut memaklumkan, pelan itu menyediakan hala tuju dasar dan inisiatif
perlaksanaan yang direncanakan dengan lebih terperinci bagi mencapai
matlamat pendidikan negara yang dinamik serta memenuhi hasrat dan
keperluan negara maju. Keperluan negara maju adalah melahirkan tenaga
kerja yang berpengetahuan luas dan mendalam, mempunyai kemahiran
berfikir aras tinggi, berkemampuan menggunakan teknologi dan bahan baru
secara optimum serta menggabungkan daya cipta dan inovasi secara
berkesan dan mempunyai kepelbagaian kemahiran dan pengetahuan
menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

7
Perkembangan yang sangat pesat dalam bidang teknologi, komunikasi
dan maklumat (TMK) telah memberi impak dan perubahan yang ketara
kepada sistem pendidikan negara. Bidang TMK telah membuka peluang dan
memberi cabaran yang berbeza dan baru kepada guru dan pelajar dalam
menambahbaik amalan pengajaran dan meningkatkan keberkesanan
pembelajaran berbanding amalan pengajaran dan pembelajaran tradisional
yang telah lama diamalkan sejak sekian lamanya. Walau bagaimanapun, guru
harus sentiasa sedar bahawa TMK hanyalah bertindak sebagai satu alat
dalam pengajaran dan guru itu sendiri sebenarnya yang menentukan kualiti
pembelajaran yang diterima oleh pelajar. Justeru, guru perlu memantapkan
pengetahuan mereka dari segi pedagogi, isi kandungan mahupun teknologi
(Surif, Ibrahim, & Hassan, 2012).

1.2 Latar Belakang Kajian

Pengajian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) dihasratkan untuk


memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam
pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang
industri negara. Perlantikan Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai Menteri
Pendidikan pada pertengahan tahun 1995 telah membuka era baru dalam
sistem pendidikan negara (Shahril dan Habib, 1999). Banyak perubahan
berlaku dalam pelbagai bidang pendidikan termasuk penumpuan khas dalam
aliran teknik dan vokasional. Kemasukan pelajar-pelajar ke institusi-institusi
pendidikan dan pusat-pusat latihan yang menawarkan pembelajaran di dalam
kedua-dua aliran ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan samada
yang dikendalikan oleh pihak kerajaan mahupun swasta. Fenomena ini
berlaku berikutan penekanan yang diberikan oleh kerajaan dalam kedua-dua
bidang berkenaan. Langkah itu wajar bagi melahirkan tenaga mahir yang
inovatif dan memenuhi permintaan tenaga kerja yang semakin meningkat.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa
pendidikan teknikal bukan hanya merangkumi latihan semata-mata, malah
sikap positif serta keterampilan individu sentiasa diberi keutamaan dalam

8
mewujudkan tenaga kerja yang serba boleh (Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional, 1993).

PTV merupakan satu aliran yang merangkumi bidang akademik dan


kemahiran yang khusus dilaksanakan di Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan
Kolej Vokasional (KV) di seluruh negara. Tujuan pendidikan ini adalah untuk
melahirkan tenaga kerja yang professional dan separuh professional dalam
bidang kejuruteraan (Ahmad Tajudin, 2007). Pengarah Bahagian Pendidikan
Teknik dan Vokasional (BPTV), Ahmad Tajudin berkata pelajar perlu
mempunyai kemahiran dan menjadikannya sebagai satu peluang kerjaya
bergelar usahawan selari dengan transformasi dalam pendidikan teknik dan
vokasional (Ahmad Tajudin, 2011). Ini selaras dengan matlamat BPTV iaitu
PTV bertujuan menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran teknikal
dan vokasional, serta mampu mengaplikasikan teknologi dan asas
keusahawanan bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Tugas ini
merupakan tanggungjawab dan amanah yang digalas oleh BPTV di bawah
KPM yang merancang dan menggubal kurikulum PTV dan melahirkan tenaga
kerja yang profesional dan separuh profesional terutamanya dalam bidang
kejuruteraan bagi memenuhi permintaan perindustrian negara.

Bagi merealisasikan hasrat ini, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional


(BPTV) Kementerian Pelajaran menawarkan program-program yang
membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai
bidang terutamanya aliran vokasional. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
menyedari akan kepentingan PTV untuk menjayakan aspirasi negara menjadi
negara maju menjelang tahun 2020. Pelan Strategik Transformasi Pendidikan
Vokasional yang diperkenalkan pada 2011 merupakan usaha kerajaan dalam
meningkatkan taraf pendidikan vokasional ke tahap yang lebih tinggi
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011). Transformasi pendidikan vokasional
merupakan usaha merekayasa (reengineering) sistem pendidikan vokasional
sedia ada sehingga terbina sistem pendidikan vokasional baharu yang dapat
menyumbang kepada agenda transformasi Malaysia sebagai negara
berpendapatan tinggi. Sistem pendidikan vokasional baharu digerakkan oleh

9
sumber manusia yang responsif kepada pelbagai inisiatif kerajaan dan
berkolaborasi dengan industri bagi menginovasi pengajaran dan
pembelajaran yang berupaya menghasilkan tenaga kerja mahir dan
usahawan. Tenaga kerja mahir dan usahawan yang dihasilkan berdaya saing,
memiliki kelayakan dan kemahiran yang diiktiraf oleh industri, berwatak
profesional dan diterima oleh pasaran kerja. Perekayasaan sistem pendidikan
vokasional akan dilaksanakan mengikut pelan tindakan strategik dalam
tempoh 2011-2020 yang dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa lonjakan
(2011-2013), fasa peningkatan (2014-2016) dan fasa pemerkasaan (2017-
2020). Tindakan strategik pada setiap fasa ditumpukan kepada pencapaian
lima objektif berikut: (1) Menghasilkan lepasan pendidikan menengah rendah
yang memiliki sijil, kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan dan badan-badan
pensijilan kebangsaan; (2) Menghasilkan lepasan pendidikan menengah
rendah yang bersedia melanjutkan pengajian vokasional ke peringkat yang
lebih tinggi; (3) Menghasilkan lepasan sekolah menengah atas yang memiliki
sijil atau diploma yang diiktiraf oleh kerajaan dan badan-badan pensijilan
kebangsaan; (4) Menghasilkan lepasan pendidikan menengah atas yang
berupaya menjadi usahawan yang berdaya saing; dan (5) Memperkasakan
sistem penyampaian Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melaksanakan
transformasi pendidikan vokasional (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

Kurikulum Kolej Vokasional ialah kurikulum pendidikan khusus untuk pelajar


yang mengikuti pendidikan dan latihan vokasional pascamenengah di Kolej
Vokasional (KV). Kurikulum KV digubah mengikut standard kompetensi
bekerja yang ditetapkan oleh organisasi standard pekerjaan dan aras
pembelajarannya menepati keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia tahap 1
hingga tahap 4. Ciri utama Kurikulum KV: (1) Orientasi pembelajaran
berasaskan pekerjaan; (2) Kandungan pembelajaran berasaskan kompetensi
bekerja, kompetensi keusahawanan dan kompetensi insaniah dengan nisbah
dimensi teori-amali ialah 30:70; (3) Nisbah komponen akademik-vokasional
ialah 30:70. (4) Terbina daripada empat elemen — ilmu, aplikasi, kreativiti dan
inovasi; (5) Merentasi tiga domain iaitu jati diri (hearts-on), ketajaman minda
(hearts-on) dan kecekatan (hands-on) dan (6) Program pengajian bermodular

10
mengikut kluster yang memenuhi keperluan NKEA dan bernilai tinggi (high
exchange value). Model skematik kurikulum KV ditunjukkan pada Rajah 1.

Rajah 1: Model Skematik Kurikulum Kolej Vokasional

Setiap kluster program kemahiran vokasional yang ditawarkan mengandungi


beberapa kursus yang berkaitan dengan bidang pekerjaan berimpak tinggi
yang diperlukan oleh industri dalam sesuatu wilayah ekonomi. Kluster program
tersebut dipaparkan pada Jadual 1.

Jadual 1: Kluster Program Kemahiran Vokasional di Kolej Vokasional

BIDANG KURSUS
1. Teknologi Kejuruteraan 1. Teknologi Pembinaan
Awam 2. Teknologi Perkhidmatan dan
Penyenggaraan Bangunan
3. Teknologi Pemprosesan Kayu dan
Kemasan
2. Teknologi Kejuruteraan 4. Pemesinan Industri
Mekanikal dan Pembuatan 5. Teknologi Kimpalan
6. Teknologi Automotif
7. Teknologi Penyejukbekuan dan
Penyamanan Udara

11
3. Teknologi Kejuruteraan 8. Teknologi Elektrikal
Elektrik dan Elektronik 9. Teknologi Elektronik
10. Teknologi Telekomunikasi
11. Teknologi Mekatronik
4. Teknologi Maklumat dan 12. Sistem Komputer dan Rangkaian
Komunikasi 13. Reka Bentuk Grafik Pembungkusan
Industri
14. Multimedia Pengiklanan
15. Sistem Pengurusan Pengkalan Data
dan Aplikasi Sesawang
5. Pertanian 16. Agroindustri Tanaman
17. Agroindustri Ruminan
18. Agroindustri Poultri
19. Agroindustri Herba
20. Hortikultur Hiasan
21. Lanskap
22. Bioteknologi Pertanian
23. Mekanisasi Pertanian
24. Pemprosesan Hasil Pertanian
25. Akuakultur
26. Floriskultur
6. Perniagaan 27. Pengurusan Perniagaan
28. Perakaunan
29. Kesetiausahaan Pentadbiran
30. Insurans
31. Perbankan
32. Pemasaran
33. Pengurusan Peruncitan
7. Hospitaliti 34. Pelancongan
35. Seni Kulinari
36. Bakeri dan Konfeksi
37. Fesyen dan Pembuatan Pakaian

12
38. Perkhidmatan Asuhan Kanak-Kanak
39. Kosmetologi
8. Teknologi Kejuruteraan 40. Teknologi Enjin Marin
Marin 41. Teknologi Pembuatan Bot
9. Sistem Sokongan Seni dan 42. Pengurusan Acara
Budaya 43. Teknologi Pengurusan Pentas
10. Pengangkutan 44. Penyenggaraan Pesawat
11. Sains Kesihatan 45. Teknologi Penyenggaraan Tran
46. Teknologi Makmal Perubatan
47. Teknologi Peralatan Kecemasan
48. Kejururawatan
49. Perkhidmatan Kecemasan
50. Perkhidmatan Forensik
51. Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
52. Kesihatan Alam Sekitar
12. Industri Sukan 53. Penyenggaraan Ekuin

Pendekatan kemahiran abad ke-21 yang berkesan dalam kurikulum direka


untuk pemahaman pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran (Wiggins &
McTighe, 2005). Kurikulum sebegini memberi manfaat kepada guru kerana
ianya bertujuan untuk melahirkan kefahaman yang mendalam mengenai
kemahiran abad ke-21 dalam semua subjek. Proses PdP tidak lagi menjadi
proses sehala dengan guru berada di depan kelas mengajar manakala murid
hanya menyalin dan menghafal sebaliknya guru perlu menggalakkan murid
banyak bertanya dan membiarkan mereka meneroka rasa ingin tahu terhadap
sesuatu perkara yang diajar, seterusnya mengaitkannya dalam kehidupan.
Satu model telah dibentuk bagi menerangkan perkaitan antara pelajar sebagai
input dan outputnya adalah hasil pembelajaran. Rajah 2 menunjukkan Model
Hubungan antara Proses Pengajaran dan Hasil Pembelajaran.

13
Pelajar Proses Pengajaran dan Hasil Pembelajaran
Pembelajaran

(Pengalaman pembelajaran (Pengetahuan,


berdasarkan interaksi isi pemahaman, sikap,
pelajaran, kaedah mengajar minat, penghargaan
dan bahan pengajaran) dan kemahiran)

Rajah 2: Model Hubungan antara Proses Pengajaran dan Hasil


Pembelajaran

Dalam bertindak balas kepada isu ini, kurikulum yang komprehensif dengan
pedagogi yang betul dan sesuai serta sokongan mesti diperkenalkan kepada
pelajar terutama dalam program latihan guru kerana guru merupakan
pemangkin kepada pembangunan nilai-nilai dan tingkah laku. Selaras dengan
ledakan pengetahuan berasaskan komputer dan teknologi pada abad ke-21,
kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) diperkenalkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2006. Tujuan program
pengenalan PBP ini adalah untuk menggalakkan inovasi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan mengintegrasikan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2006).
KPM di bawah seliaan pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah
mengadakan 'Program Pembestarian Sekolah' untuk semua sekolah di bawah
Rancangan Malaysia Ke-9, dan program pembudayaan PBP direncanakan
untuk menggalakkan inovasi dan sekali gus mengintegrasikan teknologi
(Bahagian Teknologi Pendidikan, 2006). PBP merupakan model pendidikan
yang mengutamakan projek dalam PdP (Veerasamy, 2010), manakala
Zimmerman (2010) menyatakan PBP merupakan satu kaedah instruksional
yang membenarkan murid membina kemahiran dan mendapatkan ilmu melalui
projek, pembelajaran koperatif dan teknik 'hands on'. Pengkaji-pengkaji seperti

14
Balakrishnan et al. (2009) berpendapat bahawa PBP sesuai digunakan dalam
kurikulum pendidikan di Malaysia.

PBP dianggap sebagai satu amalan terbaik dalam bidang PdP dalam misi
membestarikan sekolah-sekolah di Malaysia di samping beberapa amalan lain
seperti pembelajaran abad ke-21, pembelajaran ubiquitous dan penggunaan
portal pendidikan (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2010). Namun begitu,
pelaksanaan PBP walaupun setelah diperkenalkan masih tetap dianggap
asing dalam sistem pendidikan di negara kita khususnya di sekolah
menengah, dan ini berkemungkinan disebabkan kurangnya pendedahan
tentang kelebihan kaedah itu. PBP dilihat sebagai pendekatan yang
berpotensi dalam menggalakkan pembangunan lestari dengan andaian yang
pelajar akan belajar lebih baik apabila apa yang mereka belajar adalah
bermakna, berkaitan dengan situasi kehidupan sebenar mereka dan akan
yang membolehkan mereka mengalaminya. Pengetahuan Teknologi
Pedagogi Kandungan (PTPK) adalah satu rangka kerja untuk memahami dan
menerangkan jenis pengetahuan yang diperlukan oleh guru untuk integrasi
berkesan teknologi dalam semua bidang pengajaran. Rangka kerja PTPK
berpendapat bahawa integrasi teknologi yang berkesan untuk kandungan
pengajaran memerlukan kefahaman dan hubungan antara ketiga-tiga
komponen: teknologi, pedagogi, dan kandungan (American Association of
Colleges of Teacher Education and the Partnership for 21st Century Skills,
2010).

1.3 Pernyataan Masalah Kajian

Sebagai seorang guru, proses membuat keputusan berkenaan kaedah


yang sesuai untuk menggunakan TMK dalam pengajaran perlu mengambil
kira kandungan mata pelajaran yang akan diajar, teknologi yang akan
digunakan, dan kaedah pedagogi yang akan dipraktikkan. Selain itu, mereka
perlu memikirkan tentang hubungan penting antara konsep-konsep ini:
kandungan, teknologi dan pedagogi. Pengetahuan Teknologi, Pedagogi dan

15
Isi Kandungan (PTPK) merupakan asas kepada pengajaran yang berkesan
menggunakan teknologi dan memerlukan pemahaman tentang perwakilan
konsep melalui penggunaan teknologi, teknik pedagogi yang menggunakan
teknologi secara membina untuk menyampaikan kandungan serta
pengetahuan tentang pengetahuan sedia ada pelajar (Jang & Tsai, 2013).
Kerangka teori PTPK guru adalah satu interaksi yang kompleks antara tiga
domain pengetahuan iaitu kandungan, pedagogi dan teknologi (Mishra &
Koehler, 2006). Kajian yang dijalankan menggunakan model PTPK telah
banyak dijalankan di luar negara samaada dalam bentuk kajian kuantitatif
(Archambault & Barnett, 2010; Chai, Ling Koh, Tsai, & Lee Wee Tan, 2011;
Jang & Tsai, 2013; Chai, Ng, Li, Hong, & Koh, 2013) atau kajian kualitatif
(Harris & Hofer, 2011; McGrath, Karabas, & Willis, 2011; Pamuk, 2012).
Kesemua komponen dalam kerangka kerja PTPK telah banyak digunakan
dalam kajian PTPK sebagai teori asas untuk memahami skop kemahiran TMK
para guru (Stewart & Robinson, 2013; Hashim & Phang, 2013; Harris & Hofer,
2011; dan Zainal, Mustapha, & Habib, 2009). Kajian-kajian yang dijalankan
mengenai PTPK banyak tertumpu kepada hubung kait antara komponen-
komponen yang terdapat di dalam kerangka kerja PTPK untuk melihat
pembentukan PTPK bagi guru seperti yang ditunjukkan dalam kajian-kajian
yang dilakukan luar negara (Graham, 2011). Selain itu, banyak penyelidik
telah menunjukkan minat dalam melakukan kajian berkenaan integrasi
pengetahuan teknologi dalam pengajaran untuk guru pra-perkhidmatan
(Hardy, 2010;Özgün-koca, Meagher, & Edwards, 2010; Srisawasdi, 2012) dan
guru yang telah lama berkhidmat (Jimoyiannis, 2010; Kasim & Tamuri, 2010;
Messina & Tabone, 2012).

PTPK merangkumi pengetahuan tentang sesuatu topik yang tertentu


dalam sesuatu domain yang khusus menggunakan sesuatu teknologi yang
tertentu serta pendekatan pedagogi yang sesuai. Ini bermakna setiap topik
mahupun subtopik dalam sesuatu mata pelajaran tertentu memerlukan PTPK
yang berbeza. Bagi memenuhi jurang kajian tersebut, pengkaji mendapati
bahawa kajian lanjutan perlu dilakukan terhadap tahap PTPK guru terhadap

16
kaedah PBP dan TMK dalam bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik di Kolej
Vokasional.

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap PTPK guru
Teknologi Elektrik dan Elektronik dalam aspek amalan pengajaran PBP,
pengintegrasian TMK dan pengetahuan kandungan mengenai bidang
Teknologi Elektrik dan Elektronik. Objektif khusus kajian ini adalah untuk:

1. Menentukan tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan Elektronik di kolej


vokasional dari aspek amalan pengajaran PBP.
2. Menentukan tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan Elektronik di kolej
vokasional dari aspek pengintegrasian TMK.
3. Menentukan tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan Elektronik di kolej
vokasional dari aspek pengetahuan kandungan mengenai bidang
teknologi elektrik.
4. Menentukan tahap pencapaian pelajar Teknologi Elektrik dan
Elektronik dalam perlaksanaan Pentaksiran Standart Kompentensi
Semester 2.
5. Membandingkan tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan Elektronik di
kolej vokasional dalam aspek amalan pengajaran PBP,
pengintegrasian TMK dan pengetahuan kandungan mengenai bidang
Teknologi Elektrik berdasarkan faktor demografi iaitu pengalaman
mengajar dan bidang pengajian.
6. Menentukan hubungan antara tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan
Elektronik di Kolej Vokasional dalam aspek amalan pengajaran PBP,
pengintegrasian TMK dan pengetahuan kandungan mengenai bidang
Teknologi Elektrik dengan faktor demografi iaitu pengalaman mengajar.

17
1.5 Persoalan Kajian

1. Apakah tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan Elektronik di kolej


vokasional dari aspek amalan pengajaran PBP?
2. Apakah tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan Elektronik di kolej
vokasional dari aspek pengintegrasian TMK?
3. Apakah tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan Elektronik di kolej
vokasional dari aspek pengetahuan kandungan mengenai bidang
teknologi elektrik?
4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap PTPK guru Teknologi
Elektrik dan Elektronik di kolej vokasional dalam aspek amalan
pengajaran PBP, pengintegrasian TMK dan pengetahuan kandungan
mengenai bidang Teknologi Elektrik berdasarkan faktor demografi iaitu
pengalaman mengajar dan bidang pengajian?
5. Adakah terdapat hubungan yang signifikan tahap PTPK guru Teknologi
Elektrik di kolej vokasional dalam aspek amalan pengajaran PBP,
pengintegrasian TMK dan pengetahuan kandungan mengenai bidang
Teknologi Elektrik berdasarkan faktor demografi iaitu pengalaman
mengajar dan bidang pengajian?

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian dibina berdasarkan objektif kajian seperti yang dinyatakan


sebelum ini. Hipotesis yang akan dikaji adalah hipotesis penyelidikan (Ha)
manakala hipotesis yang akan diuji adalah hipotesis nol (H0).

Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap PTPK guru


Teknologi Elektrik dan Elektronik di kolej vokasional dalam aspek amalan
pengajaran PBP, pengintegrasian TMK dan pengetahuan kandungan
mengenai bidang Teknologi Elektrik berdasarkan faktor demografi iaitu
pengalaman mengajar dan bidang pengajian.

18
1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilaksanakan seiring dengan hasrat dan penekanan Kementerian


Pendidikan Malaysia terhadap perlaksanaan PBP sebagai satu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bestari abad ke-21 yang dilihat mampu menjadi
sebagai satu usaha untuk memartabatkan bidang pendidikan negara bertaraf
dunia (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007). Memandangkan PBP adalah
satu inovasi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di Malaysia, maka
lebih banyak kajian berasaskan faktor dan elemen tempatan perlu
dilaksanakan. Hal ini khususnya berkaitan dengan aspek guru yang masih
kurang dikaji sedangkan guru mempunyai peranan yang penting dalam
menentukan keberkesanan perlaksanaan PBP. Kepentingan-kepentingan
kajian ini adalah seperti berikut:

1.7.1 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hasil kajian yang dijalankan akan dapat memberi maklumat mengenai


tahap PTPK di kalangan guru khususnya terhadap PBP dan integrasi
TMK di Kolej Vokasional kepada pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia. Maklumat ini amat berguna kerana pihak kementerian dalam
membentuk polisi ataupun rancangan pengajaran yang bersesuaian
dengan kehendak guru alaf-21.

1.7.2 Guru-Guru

Daripada kajian ini, guru-guru boleh memperbaiki tahap PTPK ke tahap


yang lebih baik bagi meningkatkan mutu proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, guru-guru dapat merangka sistem
pembelajaran yang sesuai bagi pelajar-pelajar selain mengambilkira
dapatan ini dalam membuat sebarang rancangan perubahan terhadap
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kepada pelajar.

19
1.7.3 Pengkaji-Pengkaji lain

Dapatan kajian ini diharapkan akan dapat membantu penyelidik-


penyelidik lain dalam membuat penyelidikan berkaitan dengan kajian
yang telah dijalankan. Seterusnya penyelidik-penyelidik lain juga boleh
mengembangkan kajian berkaitan PTPK pembelajaran kepada kajian
yang lebih meluas.

1.8 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini dilaksanakan berdasarkan skop dan beberapa batasan kajian


melibatkan objektif kajian, populasi kajian, tempat kajian dan juga instrument
kajian yang digunakan khusus untuk kajian ini sahaja. Kajian ini bertujuan
untuk mengenal pasti tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan Elektronik dari
tiga aspek iaitu pendekatan pengajaran PBP, integrasi TMK serta
pengetahuan pedagogi kandungan bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik di
Kolej Vokasional. Aspek pendekatan pengajaran PBP dalam kajian ini
melibatkan enam konstruk iaitu matlamat perlaksanaan PBP, konsep, elemen,
kriteria, prosedur perlaksanaan dan hasil pembelajaran PBP. Aspek
pengintegrasian TMK melibatkan penggunaan bahan TMK yang sesuai
dengan pedagogi iaitu pendekatan pengajaran PBP serta kandungan
pengajaran yang akan diajar. Aspek kandungan bidang Teknologi Elektrik dan
Elektronik melibatkan pengetahuan guru mengenai subtopik Teknologi
Elektrik dan Elektronik terutamanya yang melibatkan perlaksanaan
pentaksiran standart kompetensi. Populasi kajian ini melibatkan guru-guru
yang mengajar bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik yang menjalankan
pentaksiran standart kompetensi.

20
1.9 Definisi Istilah

1.8.1 Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK)

Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) merupakan


asas kepada pengajaran yang berkesan menggunakan teknologi dan
memerlukan pemahaman tentang perwakilan konsep melalui
penggunaan teknologi, teknik pedagogi yang menggunakan teknologi
secara membina untuk menyampaikan kandungan serta pengetahuan
tentang pengetahuan sedia ada pelajar (Mishra, Koehler, & Harris,
2009). Kerangka teori PTPK guru adalah satu interaksi yang kompleks
antara tiga domain pengetahuan iaitu kandungan, pedagogi dan
teknologi. Terdapat tujuh komponen di dalam kerangka teori PTPK ini
iaitu (i) Pengetahuan Teknologi (PT), (ii) Pengetahuan Pedagogi (PP),
(iii) Pengetahuan Kandungan (PK), (iv) Pengetahuan Pedagogi dan
Kandungan (PPK), (v) Pengetahuan Teknologi dan Pedagogi (PTP),
(vi) Pengetahuan Teknologi dan Kandungan (PTK) dan (vii)
Pengetahuan Teknologi, Pedagogi dan Kandungan (PTPK).

1.8.2 Pembelajaran Berasakan Projek (PBP)

Pengajaran berasaskan projek merupakan suatu kaedah pengajaran


yang menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid
memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta
amalan penerokaan oleh murid. Mengikut Poh (2003), projek ditakrifkan
sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan
menjurus kepada matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakan
untuk menggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains.
Selain dari itu projek juga boleh dibuat berdasarkan keperluan topik
serta mengikut minat murid atau untuk pameran sains. Pengajaran dan
pembelajaran berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau
kumpulan berdua atau bertiga di bawah bimbingan yang minima oleh

21
guru. Kementerian Pelajaran Malaysia melalui "Handbook- Project
Based Learning" menekankan kaedah ini sebagai strategi
pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori ilmu keluar
daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai
pemberi ilmu. Kaedah ini melibatkan penerokaan ilmu melalui
pemerhatian serta kajian di lapangan atau dunia sebenar.

1.8.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi


Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication
Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk
pemprosesan data. Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan
sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan
penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti
yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk
pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi
sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda
internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon,
telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam
menyampaikan maklumat kepada penerima. Terdapat 3 asas penting
dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi maklumat
adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan
dengan menggunakan teknologi. Contoh, dengan menggunakan
komputer ia boleh merekod bunyi, imej dan sebagai pengesan
gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan
proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia
menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk
berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada
penerima.

22
1.10 Kesimpulan

Kajian ini dijalanakan untuk mengenalpasti tahap PTPK guru Teknologi


Elektrik dan Elektronik dalam aspek amalan pengajaran PBP, pengintegrasian
TMK dan pengetahuan kandungan mengenai bidang Teknologi Elektrik dan
Elektronik di kolej vokasional. Kajian turut melibatkan hubungan antara
pembolehubah yang terlibat untuk membantu pihak pemegang taruh
melaksanakan program latihan dengan berkesan.

23
BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.0 Pendahuluan

Bab ini akan menerangkan mengenai teori-teori yang berkaitan dengan


pembelajaran abad ke-21 dan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran serta model
Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK).

2.1 Perubahan dan Tuntutan Pedagogi Abad ke-21

Pedagogi berasal daripada perkataan Yunani; pedagogue yang membawa


maksud seorang pendidik yang mempunyai bakat dan kecekapan
melaksanakan tugas-tugas pengajaran secara berkesa. Pedagogi adalah
bidang yang berkaitan dengan penggunaan kaedah dan teknik pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21, pedagogi guru mestilah mampu menyediakan
murid untuk menghadapi cabaran kerjaya bagi mengisi pasaran tenaga kerja
era digital yang memerlukan mereka menguasai kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif, bijak mendapatkan maklumat daripada pelgabai sumber
serta mempunyai kemahiran insaniah melibatkan kecerdasan akal dan emosi
dalam berkomunikasi dan berkolaborasi. Justeru, guru sebagai agen utama

24
dalam pendidikan perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang
pedagogi terkini dan menekankan strategi-strategi pengajaran berpusatkan
pelajar menggunakan pendekatan konstruktivisme yang sangat dominan dan
dilihat sangat sesuai dan mampu menyokong persekitaran pembelajaran pada
masa kini.

Perubahan dan tuntutan baharu pedagogi bestari pada abad ke-21 ini
memberi tiga implikasi kepada guru iaitu, guru dituntut untuk mempunyai
pengetahuan bagaimana mengajar semua disiplin iaitu pengetahuan
pedagogi kandungan. Seterusnya, guru perlulah menguasai pelbagai
kemahiran generik seperti kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) dan pengintegrasian TMK dalam pengajaran yang meliputi kemahiran
teknologi pedagogi kandungan. Guru juga perlu menguasai kemahiran berfikir,
kemahiran fasilitator, kemahiran pedagogi, kemahiran interpersonal dan
intrapersonal serta kemahiran berkaitan dengan tugasan profesional
(professional task). Dalam aspek penambahbaikan amalan pengajaran dan
pembelajaran, guru haruslah berfikiran terbuka dan fleksibel terhadap
perubahan serta mampu bertindak sebagai pemimpin perubahan (leader of
change) yang sentiasa membuat refleksi. Tuntutan semasa memberi cabaran
baru kepada profesion keguruan dan sekaligus menuntut guru untuk
melakukan anjakan paradigma dalam aspek teknologi pedagogi bagi
memastikan mereka mampu menjadi pendidik yang berkesan pada abad ke-
21 (The North American Council for Online Learning and Skills, 2006; Silva,
2008).

2.2 Kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam


Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Penggunaan teknologi atau TMK dalam PdP, bertujuan untuk meningkatkan


keberkesanan dan kecekapan proses PdP. Oleh kerana itu kita berupaya
menggunakannya dengan terancang dan berfikrah. Penggunaan TMK secara
tidak langsung akan membantu dan mendorong kita untuk melakukan anjakan

25
paradigma dalam proses PdP. Ini seterusnya akan melahirkan satu
persekitaran pembelajaran yang lebih baik. Anjakan ini adalah dari sistem
pendidikan masyarakat industri kepada masyarakat maklumat apabila
pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi. Persekitaran
pembelajaran kini adalah yang lebih baik apabila teknologi digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Jadual 1 dan 2 menunjukkan perbezaan sistem
pendidikan sedia ada dan sistem pendidikan abad ke-21.

Jadual 2: Perbezaan Sistem Pendidikan Masyarakat Industri dan Sistem


Pendidikan Masyarakat Maklumat

Pelaku Sistem Pendidikan Sistem Pendidikan


Masyarakat Industri Masyarakat Maklumat
Guru  Pencetus pengajaran  Bantu pelajar mendapatkan
 Pengajaran secara laluan pengajaran
keseluruhan kelas  Bimbing pelajar belajar
 Menilai pelajar kendiri
 Meletakkan kemahiran  Bantu pelajar menilai
komunikasi pada tahap yang progress sendiri
rendah  Meletakkan kemahiran
komunikasi pada tahap yang
tinggi.
Pelajar  Kebanyakkannya pasif  Lebih aktif
 Belajar kebanyakannya di  Belajar di sekolah dan di luar
sekolah sekolah
 Sukar dalam kerja  Lebih kerja berkumpulan
berkumpulan  Bertanya soalan
 Ambil soalan dari buku atau  Mendapat jawapan untuk
guru menjawab soalan
 Belajar menjawab soalan  Minat yang tinggi
 Minat belajar rendah

26
Jadual 3: Perbezaan Persekitaran Pembelajaran Traditional dan
Persekitaran Pembelajaran Kini

Persekitaran Pembelajaran Persekitaran Pembelajaran


Tradisional Kini
 Pemusatan Guru  Pemusatan Pelajar
 Simulasi satu cara / arah  Pelbagai sitmulasi
 Perkembangan satu laluan  Pelbagai laluan perkembangan
 Satu media  Pelbagai media
 Kerja bersendirian  Kerja secara kolaboratif
 Menyalurkan maklumat  Bertukar maklumat
 Pembelajaran pasif  Pembelajaran aktif / penerokaan
/ inkuiri penemuan
 Pembelajaran berasaskan  Pemikiran kritikal dan membuat
pengetahuan dan fakta keputusan dengan bermaklumat
 Maklum balas reaktif  Tindakan proaktif / merancang
 Konteks terpisah dan tidak benar  Konteks dunia nyata dan
authentic

2.3 Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam


Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi amat penting dalam kehidupan rutin


harian sebagai seorang pendidik. Perkembangan TMK begitu pantas,
sehinggakan kita rasa tidak mampu mengejarnya, untuk itu kita tidak perlu lari
darinya tetapi yang penting, kita perlu tahu bagaimana dan yang mana perlu
untuk keperluan kita sebagai seorang pengguna dan sebagai seorang
pendidik. Integrasi teknologi atau TMK dalam PdP tidak semestinya kan kita
menguasi kemahiran TMK tahap tinggi, tetapi yang lebih penting dan utama
ialah bagaimana kita dapat menghasilkan bahan atau media yang memenuhi
kesesuaian dan keperluan pembelajaran pelajar. Untuk itu yang penting kita
harus menguasi pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK – ia kini

27
merupakan kemahiran asas bagi seorang guru) dan yang berkaitan. Kita juga
harus memahami apa yang dimaksudkan dengan dengan integrasi teknologi
dalam PdP, perancangan dan pelaksanaannya.

Bagi menghasilkan media PdP (e-pembelajaran) yang menepati kesesuaian


dan keperluan pembelajaran yang optimum, kita seharusnya perlu memahami
dan berkemahiran dalam aspek-aspek rancangan pengajaran (instructional
planning), rekabentuk pengajaran (instructional design) dan yang penting dan
utama ialah teori pembelajaran (learning theory) yang mendasari perkara di
atas. Sesuatu yang perlu diingatkan semasa kita melakukan proses integrasi
teknologi atau TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kita sama
sekali tidak mengajar bagaimana menggunakan teknologi tersebut – apa yang
kita lakukan menggunakan teknologi tersebut sebagai sesuatu yang dapat
membantu memudahkan proses kita sebagai guru dan memudahkan pelajar
untuk belajar memahami dan membina sesuatu ilmu pengetahuan.

2.4 Model Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK)

Shulman (1986) telah memperkenalkan Pengetahuan Pedagogi Kandungan


(PPK) sebagai pengetahuan yang kompleks merangkumi pengetahuan isi
kandungan, kepercayaan dan kemahiran pedagogi iaitu pendekatan
menyampaikan pengetahuan isi kandungan dengan berkesan. Menurut
Shulman (1986), pengetahuan tentang pedagogi perlu dikuasai oleh guru bagi
mengajarkan pengetahuan mereka tentang kandungan subjek. Pengetahuan
kandungan dan pengetahuan pedagogi perlu selaras bagi mewujudkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang lancar bagi mendapatkan kesan atau hasil
pembelajaran yang optimum. PPK telah digunakan untuk menilai atau
menentukan pengetahuan asas guru yang membezakan guru daripada
seorang pakar bidang pengetahuan yang tidak mengajar. Menurut Shulman,
seorang guru mempunyai kebolehan untuk mengubah pengetahuan isi
kandungan yang dimilikinya kepada suatu bentuk yang lebih sesuai untuk
pengajaran serta sesuai dengan latar belakang dan kebolehan pelajarnya. Ini

28
menunjukkan bahawa PPK bukan sahaja bergantung kepada pengetahuan isi
kandungan dan pengetahuan pedagogi sahaja tetapi juga bergantung kepada
pengetahuan guru berkenaan latar belakang pelajarnya. Dalam ertikata lain,
dua elemen penting dalam PPK ialah pengetahuan tentang cara bagaimana
isi pelajaran boleh disampaikan kepada pelajar dengan berkesan dan
memahami masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar khususnya
dalam isi pelajaran tersebut. Mishra & Koehler (2006) menggambarkan
kepentingan PPK Shulman seperti Rajah 2.

Pengetahuan Pedagogi Kandungan

C P

Rajah 3: Pengetahuan Pedagogi Kandungan

(Sumber: Punya Mishra & Matthew J.Koehler, 2006:1022)

Pengetahuan pedagogi am dalam PPK meliputi pengetahuan menggunakan


teknologi pengajaran yang disesuaikan dengan keperluan isi pelajaran supaya
pengajaran memudahkan pembelajaran. Idea Shulman (1986) kemudiannya
dikembangkan oleh Mishra & Koehler (2006) dengan menambahkan bulatan
ketiga yang disebut sebagai pengetahuan teknologi seperti Rajah 2. Mereka
memisahkan pengetahuan teknologi sebagai salah satu domain yang perlu
bukan sahaja perlu dikuasai malah diadun dengan pengetahuan pedagogi dan
kandungan. Menurut Mishra, Koehler, & Harris (2009), proses pengajaran dan
pembelajaran perlu memanfaatkan perkembangan teknologi. Dengan
menambahkan satu bulatan pengetahuan teknologi, mereka telah

29
mengembangkan idea Shulman tentang pasangan interseksyen pengetahuan
yang dikenali sebagai Pengetahuan Pedagogikal Kandungan menjadi:

1. Pengetahuan Pedagogi Kandungan


2. Pengetahuan Teknologi Kandungan
3. Pengetahuan Teknologi Padagogi
4. Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan

Pengetahuan Pedagogi Kandungan

C P

Pengetahuan
Teknologi
T Pengetahuan
Teknologi
Kandungan Pedagogi

Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan

Rajah 4: Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan

(Sumber: Punya Mishra & Matthew J.Koehler, 2006:1025)

Rajah 2 dan 3 menerangkan kaitan antara keempat-empat pasangan


interseksyen pengetahuan tersebut dirumuskan sebagai Pengetahuan
Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK). Rajah 3 merupakan model
pembentukan PTPK oleh Mishra & Koehler (2006). PTPK dianggap asas
kepada pengajaran yang berkesan kerana menggabungkan pengetahuan
teknologi, pedagogi dan kandungan untuk memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran. Pengetahuan teknologi guru yang dimaksudkan

30
merangkumi teknologi pendidikan asas seperti penggunaan buku teks, papan
tulis, sehinggalah penggunaan teknologi terkini seperti komputer, internet,
multimedia, papan interaktif dan seumpamanya yang digunakan bagi
mempermudah proses pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk
membantu pelajar mendekati atau memahami subjek (Makmun, Mahamod,
Taib, & Haron, 2011).

PTPK memerlukan pemahaman baik tentang konsep menggunakan teknologi


yang sesuai dengan pedagogi yang digunakan untuk mengajar isi kandungan
menjadikan pembelajaran lebih mudah, membantu menyelesaikan masalah
yang dikemukakan atau membangunkan pengetahuan baru (Niess, 2005;
Hughes, 2005; dan Margerum-Leys, 2004). Setiap keadaan yang dilalui oleh
guru menghendaki pengetahuan hasil gabungan unik daripada ketiga-tiga
pengetahuan tersebut. Salah satu masalah yang dihadapi pada masa kini
adalah kecenderungan melihat teknologi melebihi kepentingan komponen
lain. Menurut Mishra & Koehler (2006), guru seharusnya melihat bagaimana
teknologi digunakan tambahan pula dengan hanya memperkenalkan teknologi
dalam proses pendidikan adalah tidak memadai. Tumpuan utama seharusnya
adalah menyelidik bagaimana teknologi digunakan dengan baik berasaskan
teori-teori proses mengintegrasikan teknologi, pedagogi dan kandungan.

2.4.1 Pengetahuan Kandungan

Pengetahuan kandungan adalah pengetahuan tentang perkara yang perlu


dipelajari oleh pelajar atau yang perlu diajar oleh guru (Mishra & Koehler,
2006). Kandungan yang perlu dipelajari oleh setiap subjek dan setiap subtopik
adalah berbeza bergantung kepada huraian sukatan pelajaran. Jelas sekali,
ini menunjukkan bahawa guru haruslah mengetahui dan memahami mata
pelajaran yang perlu diajar, termasuk pengetahuan fakta asas, konsep, teori,
dan prosedur amali untuk sesuatu topik; pengetahuan mengenai rangka kerja
penerangan meliputi proses menyusun dan menyambung idea; dan
pengetahuan mengenai bukti dan contoh dalam pengajaran (Shulman, 1986).

31
Guru juga perlu memahami sifat ilmu dan pengetahuan dalam bidang yang
berbeza. PTPK berkenaan sukatan pelajaran yang ditetapkan sangat penting
dikaji kerana guru merupakan fasilitator bagi memudahkan proses
pembelajaran pelajar. Matlamat utama proses pengajaran dan pembelajaran
ialah membolehkan pelajar mendapatkan kefahaman yang jelas dan
meningkatkan prestasi mereka dalam pentaksiran.

2.4.2 Pengetahuan Pedagogi

Aspek pengajaran dan pembelajaran pula memerlukan keterampilan guru


untuk mengadaptasi perkaedahan yang lebih bersesuaian dengan kehendak
pendidikan abad ke-21. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan pelajar perlu dikuasai dan guru perlu bersedia untuk
meninggalkan pendekatan tradisional yang selama ini diamalkan. Namun
begitu, sejauhmanakah kesediaan guru untuk menggunakan pendekatan
berpusatkan pelajar masih menjadi tanda tanya. Dari segi proses pengajaran
dan pembelajaran pula, pendidikan abad ke-21 menuntut corak atau
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan pelajar.
Usaha ini perlu untuk melahirkan warganegara yang proaktif dan mampu
menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif. Hal ini bermakna pendekatan
tradisional atau konvensional yang lebih bersifat suapan dan lebih
berpusatkan guru kini didapati tidak begitu relevan. Aktiviti pembelajaran yang
dialami oleh pelajar itu seharusnya menjadi salah satu daripada proses
pembelajaran itu sendiri. Oleh itu, pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar perlu lebih
bertanggungjawab dan memainkan peranan yang aktif sepanjang proses itu.
Menurut Inan & Lowther (2010), guru seharusnya menguasai kaedah
pengajaran yang lebih bersistem, dinamik dan memberikan peluang kepada
pelajar untuk terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Justeru, pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti pembelajaran pelajar
hendaklah diubah daripada cara tradisional kepada cara yang lebih inovatif,
proaktif dan dinamik serta menggalakkan gaya pembelajaran akses kendiri,

32
konstruktif, pembelajaran aktif, koperatif, kolaboratif, inkuiri dan
seumpamanya yang lebih berfokuskan pelajar. Hal ini bertentangan dengan
gaya pembelajaran tradisional dalam sistem asal yang lebih berfokuskan guru.

2.4.3 Pengetahuan Teknologi

Pengetahuan teknologi adalah pengetahuan tentang teknologi asas seperti


buku, kapur dan papan hitam, dan teknologi yang lebih maju, seperti internet
dan video digital. Ini melibatkan kemahiran yang diperlukan untuk
mengendalikan teknologi tertentu. Dalam hal teknologi digital, ini termasuklah
pengetahuan mengenai sistem operasi dan perkakasan komputer, dan
keupayaan untuk menggunakan set standard alat perisian seperti pemproses
perkataan, spreadsheet, pelayar, dan e-mel. Pengetahuan teknologi termasuk
pengetahuan tentang bagaimana untuk memasang dan mengeluarkan peranti
persisian, memasang dan membuang program perisian, dan mewujudkan
dokumen arkib. Kebanyakan bengkel teknologi standard dan tutorial
cenderung untuk memberi tumpuan kepada pemerolehan kemahiran tersebut.
Sejak teknologi sentiasa berubah, sifat pengetahuan teknologi perlu beralih
seiring dengan masa. Sebagai contoh, banyak peranti yang diberikan di atas
(sistem operasi, pemproses perkataan, pelayar, dan lain-lain) pasti akan
berubah, dan mungkin juga hilang, pada tahun-tahun akan datang. Keupayaan
untuk belajar dan menyesuaikan diri dengan teknologi baru (tidak kira apa
teknologi khusus) masih akan menjadi penting.

2.4.4 Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK)

Idea pengetahuan kandungan pedagogi selaras dengan idea Shulman iaitu


pengetahuan pedagogi yang digunakan bagi pengajaran kandungan tertentu.
Pengetahuan ini termasuk mengetahui apa pendekatan mengajar-ing muat
kandungan, dan begitu juga, mengetahui bagaimana unsur-unsur kandungan
boleh diatur untuk pengajaran yang lebih baik. Pengetahuan ini adalah
berbeza daripada pengetahuan pakar disiplin dan juga dari pengetahuan

33
pedagogi am dikongsi oleh guru-guru dalam semua bidang. PTPK adalah
perwakilan dan perumusan konsep, teknik pedagogi, pengetahuan apa yang
membuat konsep yang sukar atau mudah untuk diajar, pengetahuan sedia ada
sebelum mengajar, dan teori epistemologi. Ia juga melibatkan pengetahuan
strategi pengajaran yang menggabungkan perwakilan konsep yang sesuai
untuk menangani masalah pelajar dan miskonsepsi dan memupuk
persefahaman yang bermakna. Ia juga termasuk pengetahun mengenai apa
yang perlu diajar kepada pelajar membawa kepada keadaan pembelajaran,
pengetahuan yang mungkin sama ada mudah cara atau tidak berfungsi untuk
tugasan pembelajaran tertentu.

2.4.5 Pengetahuan Teknologi Kandungan

Kemahiran mengumpul maklumat merupakan kemahiran abad-21 yang


sangat penting dikuasai oleh pelajar sekolah. Dunia maklumat adalah dunia
tanpa sempadan. Dengan kemudahan internet dan laman sesawang
bermaklumat, pelajar seharusnya mempunyai perbendaharaan maklumat
yang tidak terbatas. Pelajar seharusnya datang ke bilik darjah dengan
maklumat-maklumat yang lebih lengkap dan lebih mencabar. Pelajar moden
tidak hanya perlu bergantung kepada nota sediaan guru. Kini guru hanya
sebagai penyelia, fasilitator, dan pembimbing. Manakala sumber maklumat
yang sebenarnya adalah persekitaran pelajar dan dunia sebenar. Oleh itu,
pelajar perlu dibimbing untuk merujuk, membaca dan mensintesis maklumat
melalui bahan bacaan yang pelbagai, perpustakaan, arkib negara, muzium,
internet, malahan berupaya melaksanakan kajian lapangan seperti menemu
bual dan membuat pemerhatian. Pendekatan tradisonal yang lebih
berpusatkan guru kini dianggap tidak relevan dengan arus globalisasi. Pelajar
perlu berdikari dan memiliki inisiatif terhadap gaya pembelajaran kendiri.
Budaya meneroka perlu diasuh dan dipertajam dengan memanfaatkan
kemahiran abad-21, antaranya kemahiran mengumpul maklumat dan
teknologi komunikasi. Pengadaptasian dan penggunaan teknologi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran perlu berlaku. Namun, hal ini

34
memerlukan pengetahuan dan kemahiran guru dan pelajar. Usaha pihak
kementerian dalam menyediakan prasarana dan kemudahan teknologi
pendidikan akan menjadi sia-sia jika kemudahan ini tidak digunakan dengan
sewajarnya. Justeru, pengetahuan guru dalam teknologi kandungan dan
teknologikal pedagogi kini semakin penting dan kajian mengenainya perlu
dilaksanakan.

2.4.6 Pengetahuan Teknologi Pedagogi

Pengetahuan teknologi pedagogi adalah pengetahuan tentang kewujudan,


komponen, dan keupayaan pelbagai teknologi yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran, dan sebaliknya, mengetahui bagaimana
pengajaran mungkin berubah akibat menggunakan teknologi tertentu. Ini
mungkin termasuk pemahaman bahawa pelbagai alat wujud untuk tugas
tertentu, keupayaan untuk memilih alat yang berasaskan kepada kecergasan,
strategi untuk menggunakan alat, dan pengetahuan strategi pedagogi dan
keupayaan untuk lapis mereka strategi untuk digunakan teknologi. Ini
termasuk pengetahuan tentang alat untuk mengekalkan rekod kelas,
kehadiran, dan penggredan, dan pengetahuan idea berasaskan teknologi
generik seperti WebQuests, papan perbincangan, dan bilik-bilik.

2.4.7 Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan

Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan adalah satu bentuk muncul


pengetahuan yang melampaui ketiga-tiga komponen (kandungan, pedagogi,
dan teknologi). Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan merupakan asas
pengajaran yang baik dengan menintegrasikan teknologi dan memerlukan
pemahaman konsep menggunakan teknologi; teknik pedagogi yang sesuai
dengan menggunakan teknologi dalam proses pengajaran; pengetahuan
tentang konsep yang sukar atau mudah untuk diajar dan bagaimana teknologi
boleh membantu membetulkan beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar;
pengetahuan terdahulu dan teori epistemologi pelajar; dan pengetahuan

35
tentang bagaimana teknologi boleh digunakan untuk membina pengetahuan
yang sedia ada dan untuk membangunkan epistemologi baru atau
mengukuhkan yang lama.

Oleh itu, model integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
membangunkan kandungan yang baik memerlukan gabungan antara ketiga-
tiga sumber utama pengetahuan iaitu: teknologi, pedagogi, dan kandungan.
Pengajaran yang berkualiti memerlukan pemahaman yang kompleks
mengenai hubungan antara teknologi, kandungan, dan pedagogi, dan
menggunakan pemahaman ini untuk membangunkan strategi dan perwakilan
konteks khusus sesuai. Integrasi teknologi produktif dalam pengajaran perlu
mempertimbangkan ketiga-tiga sumber pengetahuan ini tanpa pengasingan,
tetapi perlu mendalami perhubungan yang kompleks dalam sistem yang
ditakrifkan oleh ketiga-tiga unsur utama ini.

2.5 Kemahiran Guru dan Pelajar Abad ke-21

Penekanan terhadap pemerolehan kemahiran-kemahiran abad ke-21 dalam


pengajaran dan pembelajaran adalah penting bagi memastikan murid yang
dilahirkan oleh sistem pendidikan mempunyai kemampuan untuk menghadapi
cabaran-cabaran alaf baharu ini (American Association of Colleges of Teacher
Education and the Partnership for 21st Century Skills, 2010) dan bukannya
masih berlegar dengan kemahiran-kemahiran zaman yang telah berlalu.
Justeru, pihak sekolah dan guru-guru perlu menerapkan kemahiran-
kemahiran abad ke-21 dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat
dikuasai oleh murid.

The Partnership for 21st Century Skills (www.21stcenturyskills.org) telah


menggariskan empat kemahiran utama yang dikuasai oleh murid abad ke-21.
Rajah 5 menunjukkan kemahiran abad ke-21 yang perlu dikuasai oleh pelajar.

36
Rajah 5 : Kemahiran Abad ke-21

(Sumber: http://www.p21.org)

Pertama, kemahiran dalam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Inggeris,


bahasa-bahasa dunia, Sains, Matematik, Ekonomi, Sains, Geografi, Sejarah
dan Sivik & Kenegaraan. Kedua, melibatkan kemahiran belajar dan inovasi
yang memerlukan kemahiran dari aspek kreativiti, pemikiran kritis, kemahiran
komunikasi dan berkolaborasi dengan pelbagai pihak. Ketiga adalah
kemahiran teknologi maklumat, literasi menggunakan dan menghasilkan
media dan literasi menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.
Keempat adalah kemahiran melibatkan aspek kehidupan seharian dan kerjaya
iaitu kemampuan untuk menyesuaikan diri dan fleksibel dengan persekitaran,
mempunyai inisiatif yang tinggi berkumpulan, mampu menguruskan projek
dan menghasilkan produk berkualiti tinggi, mampu memimpin, bertanggung
jawab dan mempunyai kualiti peribadi yang mantap.

37
Secretary’s Commision on Achieving Necessary Skills (SCANS) Amerika
Syarikat pula menyenaraikan lima kecekapan yang mesti ada pada individu
bagi menghasilkan tenaga kerja yang efektif dan produktif pada abad ke-21
iaitu kecekapan sumber, kecekapan intrapersonal, kecekapan maklumat,
kecekapan sistem dan kecekapan menggunakan teknologi (Bahagian
Teknologi Pendidikan, 2006). SCANS secara spesifik menggariskan enam
kemahiran penting abad ke-21 yang mesti dikuasai oleh generasi era ini ialah:

i. Tanggung jawab personal dan sosial


ii. Merancang, berfikir secara kritis, menakul dan kreatif
iii. Komunikasi interpersonal dan intrapersonal yang mantap
iv. Memahami pelbagai budaya
v. Meramal dan membuat keputusan
vi. Menggunakan teknologi dan menentukan perkakasan atau perisian
yang paling sesuai bagi sesuatu tugasan

Kemahiran abad ke-21 ini perlu diberi perhatian oleh guru-guru untuk
diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan
pengajaran yang sesuai. Menurut Educational Technology and Mobile
Learning (www.educatorstechnology.com), terdapat 6 kaedah pengajaran
yang perlu dikuasai oleh guru abad ke-21 antaranya adalah Pembelajaran
Berasaskan Inkuiri, Pembelajaran Berasaskan Masalah, Pembelajaran
Penemuan, Pembelajaran Koperatif, Pembelajaran Authentic dan
Pembelajaran Berasaskan Projek.

2.6 Kesimpulan

Bab ini telah membincangkan mengenai cabaran perubahan pendidikan abad


ke-21 yang mendorong kepada perubahan peranan guru khususnya yang
melibatkan aspek pedagogi bestari dan integrasi TMK. Berdasarkan literatur
dapat dilihat bahawa kajian mengenai tahap PTPK guru penting dalam
menghadapi cabaran perubahan pendidikan alaf ke-21.

38
BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan mengenai reka bentuk kajian, populasi dan
sampel kajian, alat dan instrument serta prosedur kajian yang akan digunakan
oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian ini.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk sesuatu penyelidikan merupakan struktur asas yang meliputi


strategi secara umum berkenaan cara-cara menjalankan penyelidikan. Reka
bentuk kajian ini adalah tinjauan deskriptif. Penyelidikan tinjauan deskriptif
merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan tingkah laku
dan mengumpulkan persepsi, pendapat atau pandangan, sikap dan
kepercayaan individu tentang isu-isu semasa atau terkini dalam pendidikan.
Menurut Creswell (2012) penyelidikan tinjauan deskriptif digunakan bagi
mengumpulkan data atau maklumat untuk membuat perancangan masa
hadapan atau panduan untuk menganalisis hubungan antara pembolehubah
kajian. Reka bentuk kajian tinjauan deskriptif didapati paling sesuai digunakan
untuk kajian ini kerana reka bentuk ini bermatlamat untuk menerokai sesuatu
bidang yang belum atau kurang dikaji selain mampu menerangkan suatu

39
fenomena dan ternyata berkesan serta dapat menjimatkan masa berbanding
reka bentuk lain. Justeru, reka bentuk kajian tinjauan deskriptif ini sangat
bersesuaian dan mampu mengumpulkan maklumat bagaimana menerangkan
mengenai tahap PTPK guru mengajar Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional
dan data-data yang diperolehi pula mampu memberi sumbangan untuk tujuan
perancangan dan penambahbaikan terhadap perlaksanaan PBP yang lebih
berkesan di masa hadapan.

3.3 Populasi Kajian

Populasi merupakan kumpulan individu yang mempunyai beberapa ciri yang


sama antara satu sama lain untuk dikenal pasti dan dikaji oleh penyelidik
(Creswell, 2012). Secara umumnya populasi adalah sangat besar dan adalah
mustahil untuk penyelidik menentukan data daripada setiap ahli di dalamnya.
Namun saiz sesuai untuk populasi juga berbeza-beza dan boleh menjadi
sangat besar atau sangat kecil bergantung kepada bagaimana penyelidik
mengidentifikasikan secara spesifik populasi yang hendak dikaji serta limitasi
yang ditetapkan oleh penyelidik.

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap PTPK guru Teknologi Elektrik
dan Elektronik dalam aspek amalan pengajaran PBP, pengintegrasian TMK
dan pengetahuan kandungan mengenai bidang Teknologi Elektrik dan
Elektronik, maka adalah penting bagi penyelidik untuk menggunakan populasi
yang telah sesuai. Oleh kerana kajian ini melibatkan guru yang mengajar
subjek Teknologi Elektrik dan Elektronik, jadi kajian ini menumpukan kepada
sekolah yang menyediakan aliran Teknologi Elektrik dan Elektronik di Kolej
Vokasional. Merujuk kepada data oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional, terdapat 52 buah Kolej Vokasional di Malaysia yang menyediakan
aliran Teknologi Elektrik dan Elektronik. Jadual menunjukkan senarai Kolej
Vokasional di Malaysia yang menawarkan aliran Teknologi Elektrik.

40
Jadual 4: Senarai Kolej Vokasional Yang Menyediakan Bidang
Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik

BIL SEKOLAH BIDANG


TEKNOLOGI TEKNOLOGI
ELEKTRIK ELEKTRONIK
1 KV ARAU √ √
2 KV KANGAR √ √
3 KV KULIM √ √
4 KV PULAU LANGKAWI √ √
5 KV ALOR SETAR √ √
6 KV NIBONG TEBAL √ √
7 KV BUTTERWORTH √ √
8 KV BATU LANCHANG √ √
9 KV BALIK PULAU √ √
10 KV SERI MANJUNG √ √
11 KV SERI ISKANDAR √ √
12 KV SLIM RIVER √ √
13 KV TAIPING √ √
14 KV KUALA KANGSAR √
15 KV LEBUH CATOR √ √
16 KV SUNGAI BULOH √ √
17 KV KLANG √ √
18 KV SETAPAK √ √
19 KV MELAKA TENGAH √ √
20 KV DATUK SERI MOHD ZIN √ √
21 KV PORT DICKSON √ √
22 KV AMPANGAN √ √
23 KV KUALA KLAWANG √ √
24 KV JUASSEH √ √
25 KV BATU PAHAT √ √
26 KV SEGAMAT √ √

41
27 KV KOTA TINGGI √ √
28 KV MUAR √ √
29 KV KLUANG √ √
30 KV TANJUNG PUTERI √ √
31 KV TENGKU AMPUAN √ √
AFZAN
32 KV SULTAN AHMAD SHAH √ √
33 KV SULTAN HAJI AHMAD √ √
SHAH AL MUSTAIN BILLAH
34 KV TEMERLOH √ √
35 KV KUANTAN √ √
36 KV KUALA KRAI √ √
37 KV PENGKALAN CHEPA √ √
38 KV TANAH MERAH √ √
39 KV KUALA TERENGGANU √ √
(WAKAF TEMBUSU)
40 KV KEMAMAN √ √
41 KV BESUT √ √
42 KV KUDAT √ √
43 KV KENINGAU √ √
44 KV LABUAN √ √
45 KV SANDAKAN √
46 KV TAWAU √ √
47 KV LIKAS √ √
48 KV BEAUFORT √ √
49 KV KUCHING √
50 KV MATANG √ √
51 KV BETONG √ √
52 KV SIBU √

42
3.4 Instrumen Kajian

Pengumpulan data kajian dilakukan dengan menggunakan satu set soal


selidik. Soal selidik adalan alat utama dalam mengumpul data dalam
penyelidikan Instrument soal selidik yang digunakan dalam kajian adalah alat
utama dalam mengumpul data dalam penyelidikan deskriptif. Penggunaan
soal selidik sebagai instrumen amat sesuai bagi mencapai objektif kajian ini
kerana kebanyakan soal selidik digunakan untuk mengukur persepsi sikap,
motivasi, perasaan, pandangan dan istilah-istilah yang boleh dirangkumkan
sebagai nilai efektif.

Soal selidik kajian ini adalah diubahsuai berdasarkan soal selidik yang
dibangunkan oleh Schmidt, Baran, & Thompson (2010). Instrument terdiri
daripada 4 bahagian iaitu Bahagian A (Demografi), Bahagian B (amalan
pengajaran PBP), Bahagian C (pengetahuan kandungan bidang Teknologi
Elektrik) dan Bahagian D (integrasi TMK dalam PdP).

Setiap bahagian mengandungi konstruk tertentu seperti yang diperincikan


dalam Jadual 5 berikut:

Jadual 5: Ringkasan Instrumen Kajian

Bahagian Aspek Bil Konstruk Bil Item


A Demografi - 5
B Amalan Pengajaran PBP 6 23
C Pengetahuan Kandungan 6 27
D Integrasi TMK 3 18
JUMLAH 73

43
3.5 Kerangka Konseptual Kajian

Dalam kajian yang melibatkan pengajaran berkesan, Meyer (1983) telah


mencadangkan lima pembolehubah yang terlibat secara langsung dalam
pengajaran berkesan iaitu: (i) ciri-ciri subjek; (ii) kaedah pengajaran yang
digunakan; (iii) proses pembelajaran; (iv) hasil pembelajaran dan (v) prestasi.
Kajian ini walaubagaimanapun akan menggabungkan pembolehubah-
pembolehubah yang melibatkan tiga aspek kognitif iaitu kandungan
pengajaran, kaedah pengajaran dan penggunaan teknologi. Rajah 6
menunjukkan kerangka konseptual kajian.

Pemboleh ubah Bebas Pemboleh ubah Bersandar

Pengetahuan amalan
Tahap Pengetahuan
pedagogi PBP
Teknologikal Pedagogikal

Pengetahuan Kandungan Kandungan (PTPK)

Teknologi Elektrik dan


Elektronik  Kandungan (PKEE)
 Pedagogi (PjBL)
Pengetahuan Integrasi
 Teknologi (ICT)
TMK

Faktor demografi:
 Pengalaman mengajar
 Bidang pengajian

Rajah 6: Kerangka Konseptual Kajian

44
3.6 Ringkasan Ujian Statistik

Rumusan ujian statistik yang akan digunakan bagi menjawab persoalan-


persoalan ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6 berikut.

Jadual 6: Ringkasan Ujian Statistik Mengikut Persoalan Kajian

Objektif
Persoalan Kajian Analisis Data
Kajian
1 1. Apakah tahap PTPK guru Teknologi Deskriptif
Elektrik dan Elektronik di kolej vokasional  Frekuensi
dari aspek amalan pengajaran PBP?  Peratus
 Min
 SP
2 2. Apakah tahap PTPK guru Teknologi Deskriptif
Elektrik dan Elektronik di kolej vokasional  Frekuensi
dari aspek pengintegrasian TMK?  Peratus
 Min
 SP
3 3. Apakah tahap PTPK guru Teknologi Deskriptif
Elektrik dan Elektronik di kolej vokasional  Frekuensi
dari aspek pengetahuan kandungan  Peratus
mengenai bidang teknologi elektrik?  Min
 SP
4 4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan Inferensi
tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan  Ujian-t
ELektronik di kolej vokasional dalam aspek  ANOVA
amalan pengajaran PBP, pengintegrasian
TMK dan pengetahuan kandungan
mengenai bidang Teknologi Elektrik
berdasarkan faktor demografi iaitu

45
pengalaman mengajar dan bidang
pengajian?
5 5. Adakah terdapat hubungan yang signifikan Inferensi
tahap PTPK guru Teknologi Elektrik di kolej  Ujian
vokasional dalam aspek amalan Korelasi
pengajaran PBP, pengintegrasian TMK Pekali
dan pengetahuan kandungan mengenai Pearson
bidang Teknologi Elektrik berdasarkan
faktor demografi iaitu pengalaman
mengajar?

3.7 Kesimpulan

Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap PTPK di kalangan guru Teknologi
Elektrik dan Elektronik di kolej vokasional berdasarkan aspek amalan
pengajaran PBP, pengintegrasian TMK dan pengetahuan kandungan
mengenai bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik. Populasi kajian
melibatkan guru yang mengajar bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik.
Instrument kajian adalah satu set soal selidik. Data kajian akan diproses
menggunakan perisian SPSS versi 16.0 melibatkan statistic deskriptif dan
statistic inferensi. Penganalisisan data akan dibuat berdasarkan lima
persoalan kajian yang telah ditetapkan.

46
RUJUKAN

American Association of Colleges of Teacher Education and the Partnership


for 21st Century Skills. (2010). 21st Century Knowledge and Skills in
Educator Preparation (pp. 1–40).

Archambault, L. M., & Barnett, J. H. (2010). Revisiting technological


pedagogical content knowledge: Exploring the TPACK framework.
Computers & Education, 55(4), 1656–1662.
doi:10.1016/j.compedu.2010.07.009

Bas, G. (2011). Investigating the effects of project-based learning on


students ’ academic achievement and attitudes towards english lesson.
The Online Journal of New Horizon In Education, 1(4), 1–15.

Bédard, D., Dalle, D., & Boutin, N. (2012). Problem-based and Project-based
Learning in Engineering and Medicine : Determinants of Students ’
Engagement and Persistance. Interdisciplinary Journal of Problem-
Based Learning, 6(2), 8–22.

Beddoes, K. D., Tech, V., Jesiek, B. K., & Borrego, M. (2010). Identifying
Opportunities for Collaborations in International Engineering Education
Research on Problem- and Project-Based Learning. Interdisciplinary
Journal of Problem-Based Learning, 4(2), 9–19.
doi:http://dx.doi.org/10.7771/1541-5015.1142

Chai, C. S., Ling Koh, J. H., Tsai, C.-C., & Lee Wee Tan, L. (2011). Modeling
primary school pre-service teachers’ Technological Pedagogical Content
Knowledge (TPACK) for meaningful learning with information and
communication technology (ICT). Computers & Education, 57(1), 1184–
1193. doi:10.1016/j.compedu.2011.01.007

47
Chai, C. S., Ng, E. M. W., Li, W., Hong, H.-Y., & Koh, J. H. L. (2013).
Validating and modelling technological pedagogical content knowledge
framework among Asian preservice teachers. Australian Journal of
Educational Technology, 29(1), 41–53.

Creswell, J. W. (2012). Research Design - Qualitative, Quantitative and


Mixed Methods Approacher 2nd Edition (pp. 1–262).

Dr. Noor Hisham Md Nawi. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran; Penelitian


Semula Konsep-konsep Asas Menurut Perspektif Gagasan Islamisasi
Ilmu Moden. In Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM 2011 (pp.
1–15).

Graham, C. R. (2011). Theoretical Considerations for Understanding


Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK). Computers &
Education, 57(3), 1953–1960. doi:10.1016/j.compedu.2011.04.010

Hardy, M. (2010). Enhancing preservice mathematics teachers’ TPCK.


Journal of Computers in Mathematics and Science Teaching, 29(1), 73–
86. Retrieved from http://www.editlib.org/p/33136/

Harris, J. B., & Hofer, M. J. (2011). Technological Pedagogical Content


Knowledge (TPACK) in Action: A Descriptive Study of Secondary
Teachers’ Curriculum-Based, Technology-Related Instructional
Planning. Journal of Research on Technology in Education, 43(3), 211–
229.

Hughes, J. (2005). The Role of Teacher Knowledge and Learning


Experiences in Forming Technology-integrated Pedagogy. Journal of
Technology and Teacher Education, 13(2), 277–302.

Inan, F. A., & Lowther, Æ. D. L. (2010). Factors affecting technology


integration in K-12 classrooms : a path model. Education Technology
Research Development, 58, 137–154. doi:10.1007/s11423-009-9132-y

48
Jang, S., & Tsai, M.-F. (2013). Exploring the TPACK of Taiwanese
Secondary School Science Teachers Using a New Contextualized
TPACK Model. Australian Journal of Educational Technology, 29(4),
566–580.

Jimoyiannis, A. (2010). Designing and implementing an integrated


technological pedagogical science knowledge framework for science
teachers professional development. Computers & Education, 55(3),
1259–1269. doi:10.1016/j.compedu.2010.05.022

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Laporan Perlaksanaan Projek


Rintis: Projek Based Learning.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Pelan Strategik Transformasi


Pendidikan Vokasional (pp. 1 – 98).

Makmun, R., Mahamod, Z., Taib, N. I. M., & Haron, A. R. (2011).


Pengetahuan Teknologikal Pedagogikal Kandungan Kesusasteraan
Melayu: Peranan Guru Sastera dalam SPN 21. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 1(2 - Nov. 2011), 85–98.

Margerum-Leys, J. (2004). The Nature and Sharing of Teacher Knowledge of


Technology in a Student Teacher/Mentor Teacher Pair. Journal of
Teacher Education, 55(5), 421–437. doi:10.1177/0022487104269858

McGrath, J., Karabas, G., & Willis, J. (2011). From TPACK Concept to
TPACK Practice : An Analysis of the Suitability and Usefulness of the
Concept as a Guide in the Real World of Teacher Development.
International Journal of Technology in Teaching and Learning, 7(1), 1–
23.

Messina, L., & Tabone, S. (2012). Integrating Technology into Instructional


Practices Focusing on Teacher Knowledge. Procedia - Social and
Behavioral Sciences, 46(2011), 1015–1027.
doi:10.1016/j.sbspro.2012.05.241

49
Mishra, P., Koehler, M., & Harris, J. (2009). Teachers ’ Technological
Pedagogical Content Knowledge and Learning Activity Types :
Curriculum-based Technology Integration Reframed. Journal of
Research on Technology in Education, 41(4), 393–416.

Mishra, P., & Koehler, M. J. (2006). Technological Pedagogical Content


Knowledge: A Framework for Teacher Knowledge. Teachers College
Record, 108(6), 1017–1054. doi:10.1111/j.1467-9620.2006.00684.x

Niess, M. L. (2005). Preparing teachers to teach science and mathematics


with technology: Developing a technology pedagogical content
knowledge. Teaching and Teacher Education, 21(5), 509–523.
doi:10.1016/j.tate.2005.03.006

Özgün-koca, S. A., Meagher, M., & Edwards, M. T. (2010). Preservice


Teachers ’ Emerging TPACK in a Technology-Rich Methods Class. The
Mathematics Educator, 19(2), 10–20.

Pamuk, S. (2012). Understanding preservice teachers’ technology use


through TPACK framework. Journal of Computer Assisted Learning,
28(5), 425–439. doi:10.1111/j.1365-2729.2011.00447.x

Schmidt, D. A., Baran, E., & Thompson, A. D. (2010). Survey of Preservice


Teachers ’ Knowledge of Teaching and Technology, 1–8.

Shulman, L. S. (1986). Those Who Understand : Knowledge Gwoth in


Teaching. Educational Researcher, 15(2), 4–14.

Srisawasdi, N. (2012). The Role of TPACK in Physics Classroom: Case


Studies of Preservice Physics Teachers. Procedia - Social and
Behavioral Sciences, 46, 3235–3243. doi:10.1016/j.sbspro.2012.06.043

Stewart, J., & Robinson, J. S. (2013). Intrapersonal Factors Affecting


Technological Pedagogical Content Knowledge of Agricultural Education
Teachers. Journal of Agricultural Education, 54(3), 157–170.
doi:10.5032/jae.2013.03157

50
Summers, E. J., & Dickinson, G. (2012). A Longitudinal Investigation of
Project – based Instruction and Student Achievement in High School
Social Studies. Interdisciplinary Journal of Problem-Based Learning,
6(1), 81–103.

Surif, J., Ibrahim, N. H., & Hassan, R. A. (2012). TAHAP AMALAN DAN
PENGINTEGRASIAN ICT DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN SAINS. In Seminar Kebangsaan Majlis Dekan
Pendidikan IPTA (pp. 1–10).

The North American Council for Online Learning and Skills. (2006). Virtual
Schools and 21 st Century Skills (pp. 1–11).

Wiggins, G., & McTighe, J. (2005). Understanding by Design.

Zainal, T. Z. T., Mustapha, R., & Habib, A. R. (2009). Pengetahuan Pedagogi


Isi Kandungan Guru Matematik bagi Tajuk Pecahan : Kajian Kes di
Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1), 131–153.

Zimmerman, D. C. (2010). Project Based Learning for Life Skill Building in


12th Grade Social Studies Classrooms: A Case Study. Dominican
University of California, San Rafael, CA.

51

Anda mungkin juga menyukai