Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA II

LENGKOK TENGGIRI, BANDAR SEBERANG JAYA,


13700 PERAI, PULAU PINANG

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA
POSTER KEBERSIHAN TANDAS


TARIKH:
12 JULAI SEHINGGA 15 JULAI 2013



ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN SENI DENGAN KERJASAMA
PELAJAR GURU INTERNSHIP

PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER KEBERSIHAN TANDAS 2

1. PENGENALAN
Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster Kebersihan Tandas anjuran Kelab
Seni Kreatif dengan kerjasama pelajar guru internship ini dijalankan untuk
memberi kesedaran kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya
II tentang kebersihan tandas yang perlu dijaga. Rentetan daripada
pertandingan melukis dan mewarna poster kebersihan tandas ini, hasil kerja
murid akan ditampal di dalam tandas bagi meningkatkan semangat murid
untuk menjaga kebersihan tandas.

2. RASIONAL
Kebelakangan ini, ramai-ramai murid-murid memandang enteng terhadap
kebersihan tandas. Mereka menganggap tandas adalah tempat yang kotor
dan harus dibiarkan dalam keadaan yang kotor. Mereka juga
menyalahgunakan kemudahan yang disediakan di dalam tandas dengan
merosakkan pam tandas, membiarkan paip air terbuka dan membuang
sampah di dalam lubang tandas. Hal ini menyebabkan tandas tersumbat,
berbau busuk dan berlaku pembaziran air. Tujuan pertandingan ini dijalankan
adalah untuk meningkatkan kesedaran murid terhadap pentingnya menjaga
kebersihan tandas. Bayangkan jika murid-murid tiba-tiba mendapat call of
nature di sekolah yang tandasnya kotor dan rosak, pada ketika itu, mereka
akan sedar betapa berharganya nilai sebuah tandas sekolah yang bersih.

3. MATLAMAT
Diharapkan pertandingan ini dapat:
a) Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kebersihan dalam
menjamin jasmani dan rohani yang sihat.
b) Melahirkan murid-murid yang mematuhi amalan menjaga kebersihan
berlandaskan lunas-lunas agama.

4. OBJEKTIF
Objektif pertandingan ini adalah untuk:
a) Menerapkan nilai-nilai menjaga kebersihan.
b) Mendidik murid-murid supaya lebih menghargai tandas sekolah.
PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER KEBERSIHAN TANDAS 3

c) Mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid dalam melukis dan
mewarna poster kebersihan tandas.

5. KUMPULAN SASARAN
Pertandingan ini akan disertai oleh murid-murid SK Seberang Jaya II tahap 1
iaitu, Tahun 1, 2 dan 3 dan tahap 2, Tahun 4, 5 dan 6.

6. TARIKH, MASA, TEMPAT
a) Bagi tahap 1,
Tarikh : 12 Julai 2013
Masa : 8.45 9.45 pagi (1 jam)
Tempat : Kelas masing-masing

b) Bagi tahap 2,
Tarikh : 12 15 Julai 2013
Masa : 4 Hari
Tempat : Murid-murid dibenarkan membawa pulang poster
untuk dihasilkan di rumah.


7. PERBELANJAAN
Bil Perkara Unit Catatan
1. Kertas lukisan 1 rim Disediakan oleh panitia
seni
2. Fotostat dan lain-lain Disediakan oleh pejabat
3. Hadiah pertandingan 20 X RM10.00 =
RM200.00
Disediakan oleh panitia
seni


8. AHLI JAWATANKUASA
Rujuk Lampiran A


PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER KEBERSIHAN TANDAS 4

9. PENUTUP
Semoga Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster Kebersihan Tandas yang
akan dijalankan ini dapat meningkatkan kesedaran murid terhadap pentingnya
menjaga kebersihan tandas dan melahirkan murid-murid yang mengutamakan
kebersihan. Sesungguhnya kebersihan itu sebahagian daripada iman.

Disediakan oleh,

..
(NUR ANATI BINTI AZIZAN)
Setiausaha,
Pertandingan Melukis Dan Mewarna Poster Kebersihan Tandas,
Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya II.

Sk: Guru Besar

Disahkan Oleh,


(HAJI MOHAMAD SARIFF B AHMAD)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya II,
Lengkok Tenggiri,
13700 Bandar Seberang Jaya ,
Pulau Pinang.


PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER KEBERSIHAN TANDAS 5

LAMPIRAN A
AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER
KEBERSIHAN TANDAS

JAWATAN NAMA GURU
PENASIHAT EN HAJI MOHAMAD SARIFF B AHMAD
(GURU BESAR)
PENOLONG
PENASIHAT
EN HILMI B MOHAMAD ZAIN (GPK 1)
EN CHENG BOO YAM (GPK KOKO)
EN JAAFAR (PK HEM)
PENGERUSI ABDUL WAFI BIN AMIN NORDIN (IPG)

NAIB PENGERUSI MOHAMAD ARIF BIN ABU BAKAR (IPG)
SETIAUSAHA NUR ANATI BINTI AZIZAN (IPG)
AJK DOKUMENTASI RAJA ZAINAB BINTI RAJA MUHAIYATDIN (IPG)
AJK HADIAH NUR FATIN NADIAH BINTI AZMI (IPG)
AJK PEMANTAUAN HASFALIYANA BINTI HASHIM (IPG)
JURI PENILAIAN NUR HIDHAYATHUL HAQ BINTI MOHAMED (IPG)

Anda mungkin juga menyukai