Anda di halaman 1dari 17

KMP6103: MATHEMATICS FOR GIFTED CHILDREN

ISU/HALANGAN YANG
DIHADAPI OLEH
MURID PINTAR CERDAS
DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK

DISEDIAKAN OLEH:

JEYANTHI A/P RAJAGURU


M20151000359

NAMA TUTOR E-LEARNING : PROFESOR MADYA DR UZI BIN DOLLAH


TARIKH SERAH: 20 NOVEMBER 2016

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN

2. ISU DAN HALANGAN MURID PINTAR CERDAS DALAM PEMBELAJARAN


MATEMATIK
a. Pengajaran secara tradisional
b. Persekitaran kelas
c. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

3. APAKAH PERANAN GURU DAN SEKOLAH DALAM MENGEMBANGKAN POTENSI


MURID PINTAR CERDAS?

4. CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM ATAU AKTIVITI UNTUK MURID-MURID


a.
b.
c.
d.
e.

PINTAR CERDAS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK.


Pembelajaran secara Group Study atau Peer Study
Program berasaskan Pembelajaran Berasaskan Projek
Penekanan eleman kemahiran KBAT dalam pembelajaran matematik
Penilaian dan pentaksiran murid pintar cerdas
Program pengayaan

f.

Pembelajaran melalui kaedah penerokaan

5. KESIMPULAN
6. RUJUKAN

1. PENGENALAN
Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai keperluan yang tersendiri. Mereka berbeza
berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Jika mereka dihiraukan, ia akan menyebabkan
gangguan emosi. Perkembangan pintar cerdas berkembang pada tahap yang berbeza.
Sebagai contoh, kanak-kanak yang berumur 5 tahun mungkin boleh membaca pada tahap
kanak-kanak yang berumur 8 tahun dan mampu menyelesaikan masalah matematik darjah 6.
2

Namun begitu, tahap kematangan kanak-kanak tersebut mungkin berada pada tahap yang
rendah daripada umurnya. Perkembangan yang tidak setara boleh menyebabkan masalah
serius jika tidak difahami dan diselesaikan dengan cara yang betul. Ini menunjukkan bahawa ia
amat penting bagi ibubapa dan guru dalam memberikan pendidikan dan sokongan yang sesuai
dengan kanak-kanak pintar cerdas.
Individu yang pintar cerdas tidak sama dengan orang biasa seperti kita. Walau
bagaimanapun ini tidak bermakna mereka adalah sama dengan semua orang kecuali
kecerdasan yang tinggi. Mungkin apa yang membezakan orang biasa dengan mereka yang
pintar cerdas bukan kecerdasan semata-mata tetapi kelebihan mereka yang lain. Individu yang
pintar cerdas berkongsi keistimewaan tertentu yang membezakan mereka dengan orang lain.
Melalui pemahaman keistimewan ini, kita memahami individu pintar cerdas. Tingkah laku
mereka ini sebenarnya boleh dijelaskan dan difahami. Mereka dikategorikan sebagai kanakkanak pintar cerdas yang mampu berfikir lebih matang dan kreatif berbanding dengan kanakkanak yang sebaya dengan mereka. Malah, kelebihan mereka menyaingi dan melebihi tahap
kepintaran pakar-pakar yang sudah lama menceburi bidang-bidang tertentu. Ternyata, usia
bukanlah penghalang bagi kanak-kanak pintar cerdas untuk mengalahkan mereka yang lebih
berpengalaman daripada mereka.

2. ISU DAN HALANGAN MURID PINTAR CERDAS DALAM PEMBELAJARAN


MATEMATIK
Secara umumnya, menurut Hollingworth dan McLoughlin (2001) telah memberi
gambaran terperinci lima masalah atau cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kanak-kanak
pintar cerdas di sekolah iaitu:

a. Mendapatkan tugasan yang mencabar di sekolah


b. Bersabar dengan orang yang tidak secerdiknya (to suffer fools gladly)
c. Mengelakkan sikap sinis / negatif terhadap autoriti
d. Menentang kecenderungan mengasingkan diri (daripada orang lain yang tidak secerdiknya)
e. Mengelakkan pembentukan sikap suka menipu dan memanipulasi orang lain.
Manakala, beberapa masalah yang dikenalpasti dalam kalangan murid pintar cerdas di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam kelas. Antaranya:
a. Pengajaran secara tradisional
Mulai tahun 2011, transformasi kurikulum dalam sistem pendidikan dilakukan dan
kurikulum baru digubal iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Namun, tiada
sebarang kurikulum khas digubal bagi pelajar pintar cerdas dan ia masih sama dengan
kurikulum bagi pelajar biasa. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), mereka
mendefinisikan

kemahiran

berfikir

aras

tinggi

(KBAT)

sebagai

keupayaan

untuk

mengadaptasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi
bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi, dan berupaya mencipta
sesuatu. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan suatu kemahiran yang
menggalakkan seseorang individu terutama sekali murid untuk berfikir di luar kotak pemikiran
mereka dengan memberikan pendapat atau idea mereka tersendiri berdasarkan hasil bacaan
atau pengalaman. Namun, pengaplikasian KBAT dalam kalangan murid pintar cerdas kurang
diberi penekanan. Sebagai seorang pendidik, guru seharusnya mempelbagaikan kaedah
pengajaran supaya murid tertarik kepada pengajaran seterusnya dapat melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan. Apabila dikaji semula, guru masih
menggunakan kaedah tradisional dalam pengajaran mereka. Penggunaan kaedah tradisional
dalam pengajaran merupakan satu kaedah yang berpusatkan guru di mana guru akan
4

memberikan penerangan dan maklumat manakala murid hanya mendengar penjelasan


daripada guru. Guru yang menggunakan kaedah ini biasanya akan memberi ilmu yang
berbentuk nota supaya murid mudah menghafal maklumat yang diberi.
Melalui kaedah tradisional, murid tidak dapat berbincang bersama rakan-rakan
mereka mengenai sub topik yang diajar malah mereka juga tidak digalakkan untuk
memberikan pandangan mereka semasa pengajaran berlangsung. Maka, murid akan
bergantung sepenuhnya kepada guru terhadap pembelajaran mereka seperti murid menyalin
nota yang dituliskan oleh guru di papan tulis tanpa membuat nota tambahan sendiri, murid
hanya melakukan tugasan yang diberikan oleh guru dan tidak membuat latihan tambahan
dengan usaha sendiri dan murid hanya membaca nota atau bab tertentu apabila guru memberi
tajuk yang memasuki peperiksaan. Rosli (1998) turut menyatakan amalan biasa di bilik darjah
masih bersifatkan tradisional iaitu guru masih menggunakan sebahagian besar masa
pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk bercakap dan memberi penerangan manakala
penglibatan murid hanya didapati apabila menjawab soalan.

b. Persekitaran kelas
Menurut Ng Sen Fa & Sandiyao Sebestian (2005), kanak-kanak pintar cerdas adalah
merupakan golongan kanak-kanak yang mempunyai tahap kognitif dan intelektual yang luar
biasa daripada rakan sebaya mereka. Oleh kerana itu mereka tidak dapat memanfaatkan
sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan motivasi
mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju.
Perbezaan ini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka. Pada masa yang sama,
kelebihan ini menimbulkan pula beberapa masalah lain dalam hidup mereka. Sebagai
golongan minoriti, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orang
ramai. Antara masalah yang dikenal pasti adalah faktor persekitaran di dalam kelas seperti

masalah komunikasi, diskriminasi terhadap golongan ini dan masalah tidak dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran kelas.
Hollingworth dan McLoughlin (2001) juga mendapati kebanyakan pelajar pintar cerdas
bersikap dingin (apathetic) kerana mereka merasa kecewa dengan persekitaran sekolah.
Berpunca daripada perkembangan yang terlalu awal dalam lokus kawalan dalaman dan
kepuasan hasil kerja sendiri, mereka menghadapi masalah untuk patuh kepada norma,
menafikan pengiktirafan luaran dan memilih untuk menjalani hidup mengikut nilai sendiri.
Semua tingkah laku tersebut dianggap oleh orang lain sebagai mencabar autoriti dan tradisi.
Kegagalan pihak sekolah memberi perhatian yang wajar kepada pelajar pintar cerdas ini
kerana menganggap mereka tidak perlu diberi program pendidikan dan bimbingan yang
khusus. Berikut adalah gambaran keadaan guru yang merasa tertekan untuk mengakui
keupayaan kanak-kanak pintar cerdas. Guru biasanya berasa ragu-ragu kepada kemahiran
matematik yang luar biasa pada tahap ini. Mereka mungkin menganggap kebolehan
memanipulasikan nombor ini tidak berpadanan dengan pemahaman yang secukupnya. Mereka
juga berasa gelisah tidak menyediakan latihan secukupnya kepada pelajar tersebut dan takut
dipersoalkan oleh ibu bapa. Ini menjadikan guru tetap memberi latihan yang sama kepada
semua pelajar. Walaupun ini bermakna pelajar pintas cerdas hanya mengulangi sesuatu yang
telah sedia ada dikuasai (Gallagher & Gallagher,1998 )

c. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran


Di seluruh institusi pengajian, proses pengajaran dan pembelajaran masih lagi berada di
takuk yang lama iaitu secara pengajaran tradisional. Kebanyakan guru masih lagi
mengekalkan cara pengajaran yang lebih memusatkan guru. Nota-nota diberikan kepada
pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini
6

dinamakan spoon feeding. Ini menyebabkan pelajar mudah merasa bosan dan tidak
menumpukan perhatian terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Maka, guru berperanan
dalam menentukan pendekatan dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mampu
mewujudkan rangsangan dan kemudiannya bertindak memperkembangkan kecerdasan dan
pengalaman (Kamarudin, 1990). Kaedah chalk and talk merupakan cara pengajaran utama
yang digunakan oleh guru-guru kerana kaedah ini dapat mengatasi masalah bilangan pelajar
yang ramai dalam satu kelas dan masalah menghabiskan sukatan pelajaran (Becker & Watts,
2001). Kaedah ini merupakan pengajaran sehala manakala penglibatan pelajar semasa
pembelajaran pula sangat terbatas dan pasif.Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai perkaitan
rapat dengan pemahaman abstrak, pengetahuan atau skemata yang luas, kebolehan
memahami banyak konsep yang tidak difahami kanak-kanak yang sebaya. Selain itu, kanakkanak pintar cerdas ini juga sangat meminati permainan yang rumit dan mencabar seperti
mainan ingatan, scrabble, silang kata, catur dan permainan komputer yang tertentu.
Kanak-kanak pintar cerdas mudah kehilangan focus dan tumpuan sekiranya pendekatan
yang digunakan guru dalam pengajaran matematik kurang mencabar dan bosan. Pelajar pintar
cerdas meletakkan standard yang tinggi untuk pencapaian diri sendiri dan tahap itu lebih tinggi
daripada apa yang diharapkan ibu bapa atau guru. Mereka akan berusaha untuk mencapai
tahap tersebut (Clark, 1997). Ciri ini disebut sebagai kesempurnaan. Pelajar pintar cerdas
mementingkan kesempurnaan dalam konteks berjuang mencapai kejayaan berdasarkan
kebolehan yang dimiliki. Mereka juga tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian mereka
(Parker dan Adkins, 1995). Usaha yang bersungguh-sungguh dan kuat diperlukan untuk
mencapai kesempurnaan (Mendaglio, 1994). Oleh yang demikian, mereka akan menjadi
seorang yang suka belajar dan bersemangat tinggi, ke arah pencapaian yang baik, kerana
berdasarkan

keputusan

pencapaian

itu,

keupayaan

diri

dapat

diketahui.

Bersifat

kesempurnaan turut mendatangkan kesan negatif kepada pelajar pintar cerdas jika tidak diberi

galakan yang sepatutnya kerana mereka akan menjadi seorang yang mementingkan diri, jika
tidak diberi dorongan ke arah kebaikan.

3. APAKAH PERANAN GURU DAN SEKOLAH DALAM MENGEMBANGKAN POTENSI


MURID PINTAR CERDAS?

Guru dan sekolah memainkan peranan dan tanggungjawab yang penting dalam meningkatkan
potensi pada murid pintar cerdas khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
Antaranya:
1. Setiap guru memerlukan latihan dan bimbingan secukup dalam pengajaran matematik
demi memenuhi keperluan murid pintar cerdas.
2. Guru-guru perlu memahami dan menguasai secara mendalam tentang latar belakang
dan kandungan matematik
3. Pihak sekolah perlu menyediakan guru terlatih dari luar jika tidak mempunyai guru yang
mahir dalam mengajar murid pintar cerdas.
4. Perancangan kurikulum perlu diselaraskan dengan pengalaman matematik murid
supaya dapat mengelakkan pengulangan berlaku.
5. Guru perlu membuat pengubahsuaian kurikulum yang sedia ada untuk membolehkan
murid dapat mengikut bahan pembelajaran yang berbeza berbanding dengan rakan
sekelas (misalnya murid pintar cerdas boleh meneruskan pembelajaran dalam tajuk
Pecahan sementara rakan sekelas belajar tajuk Pendaraban.
6. Pihak sekolah perlu menyediakan sistem sokongan yang teratur yang merangkumi
sumber buku yang mencukupi, teknologi dan sumber tenaga manusia.
7. Persekitaran bilik darjah matematik yang menyediakan peluang dan pengalaman yang
cukup mencabar dan meluas bagi murid pintar cerdas mampu berpotensi untuk
membangkitkan minat murid-murid lain secara keseluruhan melalui proses pengajaran
dan pembelajaran yang mencabar.

4. CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM ATAU AKTIVITI UNTUK MURID-MURID


PINTAR CERDAS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK.
a. Pembelajaran secara Group Study
9

Mewujudkan perbincangan dalam kumpulan atau group study. Melalui kaedah ini,
murid-murid pintar cerdas dapat menjimatkan masa belajar mereka dalam kelompok yang
sama kerana dalam satu sesi pembelajaran dalam bentuk perbincangan akan
menghasilkan banyak idea yang tercetus daripada rakan-rakan dalam kumpulan. Selain
itu, pembelajaran secara berkumpulan juga akan lebih meningkatkan minat pelajar pintar
cerdas dan menjadikan suasana pembelajaran lebih efektif. Melalui kaedah perbincangan
dalam kumpulan, pelajar pintar cerdas mampu bertukar idea dan pendapat serta
penyelesaian masalah matematik.
Group study juga boleh membantu pelajar pintar cerdas secara tidak langsung dapat
meningkatan kefahaman sesuatu konsep, memperkukuhkan daya ingatan terhadap
kandungan isi pelajaran. Perasaan rendah diri dan diri diabaikan dapat dikurangkan
kerana setiap individu dapat melibatkan diri secara aktif di dalam sesi pembelaran nanti.
Persediaan setiap individu ini akan menjadikan mereka lebih teruja apabila berada di dalam
kumpulan kelompok yang sama.

b. Program berasaskan Pembelajaran Berasaskan Projek


Pengajaran berasaskan projek merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan
kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan
pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid. Mengikut Poh (2003), projek
10

ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan menjurus kepada
matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakan untuk menggalakkan murid menggunakan
kemahiran proses sains. Selain dari itu projek juga boleh dibuat berdasarkan keperluan topik
serta mengikut minat murid atau untuk pameran sains. Pengajaran dan pembelajaran
berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau kumpulan berdua atau bertiga di
bawah bimbingan yang minima oleh guru.
Pembelajaran

berasakan

projek

atau

project-based

learning

(PBL)

merupakan

pelaksanaan program atau aktiviti dalam jangka masa panjang. Proses pembelajaran ini
memerlukan pelajar bekerjasama, misalnya menyediakan soalan berkaitan projek dan
mengimpelementasikan penyelidikan dengan mengumpulkan data, menganalisis data dan
menghasilkan laporan sama ada secara lisan atau pun bertulis. Dengan ini murid-murid pintar
cerdas dapat didedahkan dengan proses kemahiran berfikir dalam menyelesaikan tugasan
yang diberikan. Maka, murid-murid pintar cerdas dapat melibatkan diri dalam proses
pengajaran yang aktif dan menyeronokkan seperti kaedah projek.
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui "Handbook- Project Based Learning" menekankan
kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar pintar cerdas mempelopori
ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemudah cara.
Kaedah ini melibatkan aktiviti penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian di lapangan
atau dunia sebenar. Dalam kaedah ini, pelajar mengumpul segala maklumat dan bahan yang
berkaitan projek yang akan dijalankan dan meluaskan skop pemikiran mereka.

c. Penekanan eleman kemahiran KBAT dalam pembelajaran matematik


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan aspek yang penting untuk diterapkan
kepada

golongan

pelajar

pintar

cerdas.

Hal

ini

kerana

kemahiran

berfikir

dapat memperkembangkan lagi potensi setiap individu khususnya pelajar pintar cerdas untuk
11

menghasilkan idea-idea baru dalam pembelajaran matematik. Peranan guru menjadi faktor
utama dalam merealisasikan pelajar pintar cerdas supaya dapat mengaplikasikan kemahiran
berfikir dalam pembelajaran mereka. Pelajar pintar cerdas yang mempunyai pemikiran kreatif
berupaya menggunakan mindanya untuk meneroka pelbagai kemungkinan, menghasilkan
sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai dalam pembelajaran mereka.

d. Penilaian dan pentaksiran murid pintar cerdas


Penilaian dan pentaksiran bagi pelajar pintar cerdas adalah suatu proses menandakan pelajar
pintar cerdas mengikut kategori kepintaran khusus mereka. Ianya bukanlah suatu proses untuk
membangunkan kepintaran dan kebolehan para pelajar tersebut. Proses mengenalpasti
individu pelajar pintar cerdas dan kecenderungan spesifik mereka sebenarnya sesuatu perkara
yang sukar dan mencabar. Di sebabkan ada sesetengah bentuk prosedur ataupun pendekatan
yang digunakan tidak mebuat pengujian secara holistik ke atas kriteria-kriteria yang
sepatutnya, maka telah berlaku situasi terlepas pandang ke atas segelintir pelajar yang
sepatutnya tergolong dalam kumpulan pelajar pintar cerdas. Frasier (1994), telah menulis satu
kaedah dan prosedur dalam mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas. Beliau mengambil kira
kebolehan spesifik di kalangan populasi minoriti. Ini bermaksud setiap instrumen yang
diberikan kepada para pelajar akan mengandungi bidang-bidang pengujian yang dipisahkan
mengikut pelbagai kecenderungan.
Menurut Miller (1978) terdapat tiga persoalan yang harus dijawab semasa merancang
untuk membuat pentaksiran untuk golongan pelajar pintar cerdas. Antaranya:

1. Kenapa hendak dinilai?


Guru dapat mengenalpasti kecenderungan pelajar pintar cerdas ke dalam sesuatu bidang.
Selain itu juga dapat mengetahui sejauh mana kemahiran atau bakat yang dimilikinya serta
12

aras kemahiran semasanya. Penilaian hendaklah merangkumi kekuatan dan kelemahan


pelajar pintar cerdas. Ini adalah sebagai panduan untuk guru menyediakan pengalaman
pendidikan dan juga perkembangan sosial pelajar pintar cerdas.
2.

Apa yang hendak dinilai?

Setelah seseorang guru mengenalpasti pelajar melalui pemerhatian, maka pelajar yang
dijangkakan berbakat dan cerdas ini perlu melalui siri pentaksiran dan penilaian yang dapat
mengenal pasti bidang atau domain yang dimilikinya. Ini adalah bertujuan untuk memastikan
bahawa adakah kemahiran yang dimilikinya didalam sesuatu bidang tersebut adakah
bersesuaian dengan umurnya ataupun menjagkau daripada yang sepatutnya. Untu itu
seseorang guru perlu mendapatkan pandangan pakar-pakar yang berkaitan dengan bidangbidang berkaitan.
3. Bagaimana hendak menilai?
Setelah difahami definisi pintar cerdas dan berbakat dan setelah memahami ciri-ciri pelajar
pintar, cerdas dan berbakat (PCB) pendidik boleh mengenalpasti pelajar-pelajar PCB untuk
disediakan pendidikan yang sesuai dengan keperluan unik mereka. Terdapat dua tahap
didalam proses identifikasi siapakah pelajar yang perlu kepada pendidikan khas pintar cerdas.
Menurut The National Association For Gifted Children Communittee On Special
Population, dalam mengenalpasti dan mentaksir pelajar pintar cerdas, golongan ini merupakan
kanak-kanak yang mempunyai pencapaian akademik yang luar biasa daripada kanak-kanak
yang pandai yang dibangunkan kebolehannya. Jadi satu prosedur yang praktikal haruslah
digunakan agar keputusan yang diperolehi adalah bertepatan dan sahih.
d. Program pengayaan
Aktiviti pengayaan merupakan satu pendekatan yang menyediakan pengalaman
pengayaan sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan seperti
lawatan ke pasar raya atau bank. Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang
13

memerlukan murid pintar cerdas untuk mencari maklumat yang lebih mendalam tentang
sesuatu topik dan dilakukan oleh murid secara bersendirian. Program pengayaan yang
baik memerlukan seseorang guru itu memperuntukkan tenaga, masa, usaha,
sumber dan komitmen yang tinggi. Program pengayaan juga disalahtafsirkan
sebagai penyediaan aktiviti yang berbeza dari segi kuantiti, tetapi sama dari segi
kualiti kepada pelajar pintar dan berbakat. Contohnya penglibatan pelajar pintar
berbakat sebagai tutor kepada pelajar yang lain, penglibatan dalam projek kajian
tanpa bimbingan dan pengawasan yang sewajarnya atau penyediaan pengalaman
yang unik tetapi tidak sesuai dengan rancangan pendidikan yang sepadu sehingga
aktiviti yang dilakukan oleh pelajar ini tidak bermakna.
Pelajar pintar cerdas tidak akan dapat meningkatkan pencapaian mereka jika
mereka hanya didedahkan dengan pengetahuan sedia ada yang dikhususkan untuk
lumpulan umur mereka. Sebenarnya, wujud ruang yang luas antara pencapaian
dan potensi. Apabila potensi pelajar pintar cerdas dapat ditingkatkan, mereka akan
mengalami

peningkatan

pengembangan

potensi

pencapaian
berlaku

yang

apabila

mendadak.

pelajar

Peningkatan

tersebut

diberikan

atau

kaedah

pengajaran yang mencabar dan membuka minda mereka kepada penerokaan


pengetahuan baru. Secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan rasa yakin diri
dalam kalangan mereka.

e. Pembelajaran melalui kaedah penerokaan


Penerokaan matematik adalah suatu kaedah mengajar pelajar pinar cerdas untuk berfikir
tentang suatu situasi yang mana berkembang menjadi suatu idea matemaik (tujuan
pembelajaran yang berorientasi proses) dan bukan berasaskan kandungan. Berdasarkan
saranan daripada National Council of Teachers of Mathematics, pendekatan ini amat sesuai
dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik kerana ia dapat menggalakkan
pelajar meneroka masalah diluar bilik darjah berbanding menyuruh pelajar mengingat formula
dan jalan kerja. Apa yang dipelajari oleh pelajar dalam kelas matematik mestilah bermakna dan
dapat

dimanfaatkan

oleh

mereka

dalam

kehidupan

14

harian.

Pendekatan

ini

dapat

mengembangkan lagi pemikiran kreatif dan kritis pelajar pintar cerdas disamping memberi
peluang kepada pelajar mengembangkan lagi kemahiran matematik mereka..

5. KESIMPULAN

Individu pintar cerdas merupakan aset yang tidak ternilai kepada negara dan perlu
digilap potensinya supaya tidak ketinggalan. Ianya merupakan satu cabaran yang besar
kerana golongan ini selalu disisihkan dan merasa tersisih. Sehubungan dengan itu intervensi
awal yang dilakukan oleh guru mampu membantu golongan ini bagaimana untuk menguruskan
emosi dan sosial mereka. Kegagalan membantu mereka dalam memperkembangkan potensi
mereka merupakan satu kerugian kepada negara.
Oleh yang demikian, pengajaran guru perlulah menarik minat mereka dan sesuai
dengan tahap pemikiran kanak- kanak pintar cerdas. Sekiranya pengajaran guru tidak
mencabar pemikiran mereka maka rasa bosan, jemu seterusnya menghilangkan minat murid
tersebut untuk terus belajar. Personaliti terutama gaya pembelajaran, tingkah laku dan strategi
pengajaran yang sesuai perlu dirangka dari awal dan sekiranya ianya diperkemas akan dapat
memperkembangkan lagi potensi yang dimiliki oleh murid pintar cerdas tersebut.Sebagai
contoh , sekiranya guru menggunakan kaedah talk and chalk maka murid pintar cerdas akan
jemu namun jika menggunakan kaedah sumbang saran atau pembelajaran secara
berkumpulan , murid pintar cerdas tersebut akan lebih terangsang dan mampu menambahkan
kreativiti mereka.
Guru juga perlu mengamalkan strategi pengajaran yang pelbagai supaya memberi peluang
kepada murid berinteraksi sesama mereka. Aktiviti- aktiviti seperti lakonan , sumbangsaran ,
permainan dan sebagainya perlu

diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

untuk menarik perhatian para murid pintar cerdas agar dapat mewujudkan suasana
15

pembelajaran yang kondusif. Selain itu juga guru juga perlu mempunyai sifat penyayang dan
sabar dalam mengendalikan para murid yang mempunyai kecerdasan yang pelbagai. Ini
supaya murid.

6. RUJUKAN
16

1. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2003) , Falsafah Pendidikan dan Kokurikulum,
Quantum Books Peti Surat 55 Tanjung Malim.
2. Abd. Ghafar Md. Din (2003), Prinsip Dan Amalan Pengajaran, Siri Pengajian Dan
Pendidikan Utusan, Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.
3. Abdullah Mohd. Noor (1994), Pendidikan Guru Siswazah di Malaysia, Percetakan
Sentosa (KL) Sdn. Bhd.
4. Abdullah Sani Yahaya (2003), Mengurus Sekolah, Pts. Profesional Publishing Sdn.
Bhd.
5. Ee Ah Meng (1991), Pendidikan di Malaysia Untuk Guru pelatih Edisi Kedua , Penerbit
Fajar Bakti Sdn Bhd.
6. Mok Soon Sang (2008) , Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
7. Steve Garnett ( 2005) , Using Brain Power In The Classroom , Routledge Taylor and
Francis Group.
8. Kamarudin Haji Husin (1994), Dinamika Sekolah Dan Bilik Darjah, Utusan Publication &
Distribution Sdn. Bhd.
9. Kertas Kerja Kajian Sistem Pendidikan Kebangsaan (2000), Pendidikan Bertaraf Dunia:
Antara Sumbangan Dan Cabaran Dalam Menempuh Abad ke-21.
10. Ramaiah Al. (1992), Kepimpinan Pendidikan Cabaran Masa Kini, Ibs. Buku Sdn. Bhd.

LAMAN SESAWANG
1. http://pendekatanpengajaran.blogspot.my/2015/12/isu-kbat.html
2.https://books.google.com.my/books?
id=HBCoCgAAQBAJ&pg=PT253&lpg=PT253&dq=isu+murid+pintar+cerdas&source=bl&ots=uJ
VbbPwpxl&sig=hsohLchkR7RViHimtKYYWXMqjN8&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=
isu%20murid%20pintar%20cerdas&f=false
3. http://rusmiza-rusle.blogspot.my/
4. http://www.ukm.my/permatapintar/pendidikan-permatapintar/
5.
http://www.nicurriculum.org.uk/docs/inclusion_and_sen/gifted/gifted_and_talented.p
df
6. http://www.ukm.my/permatapintar/images/docs/PendidikanPERMATApintar.pdf
7. http://giftedchallenges.blogspot.my/

17

Anda mungkin juga menyukai