Anda di halaman 1dari 4

Penghasil ubat-ubatan tradisional

Kebanyakan tumbuh-tumbuhan mengandungi nilai-nilai


perubatan, terutamanya dari bahagian batang, akar, daun dan
ubi

Petai, akar dan batang pokok periuk kera digunakan


dalam perubatan tradisional

Bunga raya berguna untuk meredakan batuk dan


kehilangan kahak

Akar dan batang pokok direbus dan diminum untuk


mengubati demam
Secara tradisional halia banyak digunakan untuk
menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti kurang nafsu
makan, pening, kebas, batuk, kembung perut,, tergeliat,
bengkak, gatal, muntah, taun, cirit-birit dan lain-lain
Bagi mereka yang berhadapan dengan masalah darah tinggi,
pemakanan harian sememangnya perlu dijaga. Tahukah anda
terdapat dua jenis bahan yang sangat baik dimakan untuk
mengawal dan menurunkan hypertension atau darah tinggi?
Salah satunya adalah menggunakan pucuk dan bunga betik.
Apa yang perlu anda lakukan adalah mencelurkan pucuk
bunga betik itu di dalam air panas sehingga ia masak lalu
dimakan. Ia juga boleh dijadikan kerabu atau dimakan dengan
sambal belacan. Rasanya mungkin sedikit pahit tetapi itulah
khasiat pucuk betik: untuk mengubati penyakit darah tinggi.
Selain pucuknya, jus daun betik pula boleh menjadi ubat yang
sangat mujarab, dan berupaya mengatasi banyak masalah
atau penyakit. Contohnya apabila diserang denggi, malaria etc.
Jus daun betik berupaya untuk menggandakan pengeluaran sel
darah yang baru supaya sel darah yang rosak akibat serangan
virusdenggi dapat diganti segera.

Bukan sahaja daun betik, malah di kalangan masyarakat di


India, buah betik dimakan bukan sekadar untuk memudahkan
sistem penghadaman atau pelawasan tetapi juga dianggap
sebagai satu kaedah menjarakkan anak khas untuk mereka
yang ingin membuat perancangan keluarga secara tradisi
(family planning).

Anda mungkin juga menyukai