Anda di halaman 1dari 6

ULASAN JURNAL 3 - PPSMI 1.

Pendahuluan Sejak perlaksanaannya, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) terus hangat diperkatakan tentang kebaikan, keburukan, cabaran serta kesannya terhadap sistem pendidikan negara baik di peringkat pemimpin tertinggi, para pendidik, ibubapa maupun di kalangan pelajar itu sendiri. Tidak kurang juga yang menjalankan kajian secara ilmiah dan terperinci semenjak ianya masih dalam proses perancangan sehinggalah fasa perlaksanaan pada tahun 2003. Jurnal Pendidikan 2005, terbitan Universiti Malaya yang bertajuk Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik: Pelaksanaan dan Cabaran, merupakan satu kajian berkaitan PPSMI yang telah dijalankan oleh Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi dan Nor Azmi Noor menerusi soal selidik terhadap 120 respoden yang terdiri daripada guru-guru dari sekolah menengah dan rendah yang telah menghadiri kursus ETeMS

(English For Teaching Mathematics And Science) pada tahun 2004. Objektif kajian tersebut adalah bagi mendapatkan pandangan sebenar guru-guru terhadap perlaksanaan PPSMI serta kesan-kesannya kepada murid dan pelajar disamping meneliti tahap keberkesanan kursus ETeMS yang telah mereka ikuti. Bagi menyokong dapatan kajian, para penyelidik juga turut menganalisa keputusan peperiksaan mata pelajaran sains dan matematik tingkatan satu di antara sekolah luar bandar dan sekolah bandar selepas pelaksanaan Dasar PPSMI.

2. Ulasan Dapatan Kajian Dasar PPSMI telah mendapat kelulusan kabinet dan dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun 2003 yang membabitkan pelajar tahun 1 di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) serta pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan Enam Rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Meskipun pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) tidak terlibat secara langsung dalam perlaksanaan dasar ini, namun ia

kemudiannya diperkenalkan secara berperingkat kepada mereka seiring dengan penggunaan bahasa ibunda sekolah tersebut. Menurut Tan Yao Sua (2008), idea asal perlaksanaan dasar PPSMI adalah berikutan kekhuatiran kerajaan terhadap kemerosotan mutu dan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar negara ini yang dibimbangi akan menjejaskan kemampuan mereka untuk memperoleh pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi bagi menghadapi cabaran zaman teknologi maklumat dan globalisasi. Setelah pelaksanaan dasar tersebut, pelbagai pihak mula menjalankan penyelidikan terhadap keberkesanan dan cabaran menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran subjek matematik dan sains. Dapatan kajian oleh Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi dan Nor Azmi Noor menyatakan bahawa 79% daripada 120 orang guru menyokong dan bersetuju dengan perlaksanaan PPSMI. Guru-guru juga bersependapat bahawa murid sekolah rendah lebih berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris berbanding

pelajar sekolah menengah. Keadaan ini menunjukkan bahawa pelajar yang berada pada tahap permulaan lebih mudah menerima dan memahami, kerana penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran berkenaan telah dilaksanakan di peringkat awal lagi berbanding pelajar sekolah menengah yang mana sebelum ini mereka mempelajari mata pelajaran berkenaan dalam bahasa Melayu. Selain dari itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa, mata pelajaran matematik lebih mudah difahami pelajar berbanding mata pelajaran sains apabila ia di ajar di dalam bahasa Inggeris. Ini berikutan maklum balas daripada guru dan murid yang menyatakan bahawa mata pelajaran sains lebih banyak menggunakan istilah saintifik berbanding mata pelajaran matematik yang banyak menggunakan nombor dan simbol sahaja. Ini terbukti melalui perbandingan keputusan peperiksaan mata pelajaran sains dan matematik tingkatan satu di sekolah luar bandar dan bandar sebelum dan selepas pelaksanaan PPSMI yang menunjukkan pencapaian matematik meningkat sebanyak 17.05% berbanding pencapaian mata pelajaran sains yang menunjukkan kemerosotan sebanyak 28.25%. Berhubung dengan keberkesanan kursus ETeMS pula, Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi dan NorAzmi Noor mendapati 93% guru-guru yang mengajar sains dan matematik menyokong penganjuran kursus tersebut kerana ia telah banyak membantu serta memberi pendedahan kepada mereka di dalam mengajar mata pelajaran tersebut dengan lebih berkesan walaupun kursus ini mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya dalam menghabiskan sukatan mata pelajaran

berkenaan.
3

3. Rumusan dan Pandangan Peribadi Walaupun hasil kajian menunjukkan sebahagian besar guru-guru dan murid telah memberi respon yang positif, namun selepas setahun perlaksanaannya, PPSMI mula mendapat tentangan serta reaksi negatif di kalangan ibu-bapa dan guru-guru berikutan kegagalan pelajar memahami mata pelajaran sains dan matematik disebabkan oleh ketidakupayaan menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Meraka di katakan gagal dalam pelajaran disebabkan oleh kekangan bahasa. Di samping itu, pelaksanaan PPSMI juga turut mengundang percanggahan pendirian dan pendapat yang begitu hebat di antara golongan intelek Melayu dan pendidik Cina yang mempersoalkan kewajaran bahasa Inggeris yang bukan merupakan bahasa keluarga itu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik sehingga meminggirkan bahasa ibunda yang digunakan sekian lama. Jurang pendapat yang ketara ini berterusan sehingga akhirnya mendesak kerajaan memansuhkan dasar PPSMI pada tahun 2009 dan menggantikannya dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, melalui dasar MBMMBI pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia pada tahun 2016 manakala untuk sekolah menengah akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2012 (Kosmo, 5 November 2011). Di bawah dasar MBMMBI, kepentingan bahasa Inggeris tidak diabaikan malahan pihak Kementerian Pelajaran sedang melaksanakan

pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, misalnya penambahan masa pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, penambahbaikkan Kurikulum bahasa Inggeris di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru bahasa Inggeris serta penyediaan bahan sokongan berkualiti seperti bahan bacaan dan digital. Secara peribadi, saya sebagai seorang guru berpendapat

perlaksanaan MBMMBI bagi menggantikan PPSMI merupakan satu langkah wajar yang diambil kerajaan memandangkan bahasa ibunda Inggeris perlu saling melengkapi sebagai bahasa dan bahasa untuk

pengantar

pembelajaran sains dan matematik, terutamanya pada peringkat pendidikan formal. Hal ini adalah kerana keberkesanan pembelajaran menerusi bahasa ibunda sudah terbukti kejayaannya. Sementara itu, kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa sains dan teknologi juga tidak boleh dipandang remeh. Justeru itu, perlu ada kompromi dalam penggunaan kedua-dua jenis bahasa ini sebagai bahasa pengantar untuk mengajar sains dan matematik. Adalah menjadi harapan kami sebagai warga pendidik agar dengan pemansuhan PPSMI dan perlaksanaan MBMMBI, usaha untuk mendaulatkan bahasa ibunda akan mencapai objektif sebenar di samping meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris serta ilmu sains dan matematik di kalangan pelajar. Kesimpulannya, berjaya atau tidak pelaksanaan sesuatu dasar itu adalah bergantung kepada kesungguhan dan kerjasama yang baik dari pelbagai pihak termasuk pemimpin tertinggi, guru-guru, ibu bapa dan juga pelajar itu sendiri.

Rujukan Tan Yao Sua. (2008, Oktober-Disember). Generasi pertama menghadapi UPSR dalam bahasa Inggeris. Pemikir, 54, 1-13.

(2011, 5 November). Kerajaan gunakan pendekatan soft landing untuk gantikan PPSMI dengan dasar MBMMBI. Kosmo, hal 3.

Anda mungkin juga menyukai