Anda di halaman 1dari 20

"TAME" SUATU PENDEKATAN MUDAH DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN PEMBINAAN AYAT BAGI MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS

Oleh Wilter Dousip Sk.Lingga Baru Tamparuli, Tuaran Sabah Perkembangan era globalisasi dan pembelajaran abad ke-21 menuntut kepada penguasaan yang baik dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa. Hal ini sangat penting bagi membolehkan generasi masa ini menghadapi persaingan globalisasi pendidikan dalam proses mendapatkan ilmu dan maklumat. Menyedari hal ini, pelbagai program telah diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Usaha murni Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah tersebut bukanlah sesuatu langkah yang mudah untuk dilakukan. Hal ini melihat kepada senario penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pertuturan seharian oleh penduduk tempatan menjadi suatu cabaran dan kekangan yang harus dihadapi dalam merealisasikan matlamat tersebut. Kajian-kajian yang dijalankan oleh penyelidik terdahulu mendapati bahawa penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar juga menunjukkan tahap kefasihan yang agak rendah. Keadaan ini secara langsung akan mempengaruhi proses penguasaan pembelajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar yang mana wujudnya kekeliruan dalam pembelajaran Bahasa Inggeris disebabkan pengaruh kelemahan aspek Bahasa Melayu. Sebagai langkah memastikan pelajar mengambil serius terhadap penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar untuk mencapai gred lulus bagi mata pelajaran kedua bahasa tersebut dalam peperiksaan awam. Bagi meningkatkan kemahiran pembinaan ayat dalam pembelajaran Bahasa Inggeris, suatu pendekatan mudah telah dibina untuk membantu pelajar menguasai Bahasa Inggeris iaitu 'TAME'. Kajian ini melibatkan pelajar sekolah rendah di tahap dua sebagai sampel kajian. Para pelajar akan didedahkan dengan penggunaan TAME dalam membina kepelbagaian ayat. Hasil dapatan kajian menunjukan terdapat impak positif pendekatan TAME dalam meningkatkan penguasaan pelajar untuk membina ayat Bahasa Inggeris.
1

1.0

Latar Belakang Kajian

Pendidikan merupakan asas yang sangat penting dalam kehidupan. Pendidikan memberikan insan kehidupan yang diinginkan dan memberikan peluang membina kehidupan yang lebih baik. Dalam menuntut ilmu, pendidikan itu seharusnya bermula pada peringkat awal kerana perkembangan kanak-kanak perlu diterapkan pada umur yang muda. Menurut satu laporan yang ditulis oleh Sir Christopher Ball (1994) pendidikan awal adalah asas dan persediaan untuk kehidupan akan datang. Kanakkanak berkembang dengan cara dan kadar yang berbeza-beza dari segi intelek, rohani, emosi, sosial, moral dan jasmani. Semua kanak-kanak mempunyai kebolehan yang boleh dikenal pasti dan dipertingkatkan. Kanak-kanak belajar daripada apa yang berlaku pada mereka dan di sekitar mereka. Mereka tidak memisahkan pembelajaran mereka, subjek atau disiplin diri. Atas kesedaran keperluan pendidikan pada peringkat awal yang mana proses perkembangan kognitif kanak-kanak yang aktif iaitu pada peringkat peringkat seawal janin hingga 12 tahun. Eliot (1999), menyatakan bahawa perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak bermula sejak dalam kandungan dan perkembangan ini berterusan sehingga ke peringkat perkembangan sahsiah dan linguistik selain pancaindera. Menyedari proses pembelajaran yang kritikal ini, pelbagai refomasi dan perubahan telah berlaku. Ini kerana kepentingan pendidikan pada peringkat awal kanak-kanak bukan sahaja membantu meningkatkan penerimaan seseorang bahkan sebagai asas pembangunan sesebuah negara. Pendidikan pada peringkat awal kanak-kanak sangat penting bagi melahirkan generasi yang berkualiti. Menyedari akan senario ini, pendidikan di Malaysia mengalami pelbagai transformasi dalam kurikulum pendidikan. Pelbagai program telah diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha meningkatkan pengetahuan dalam kalangan pelajar. Seiring dengan arus perubahan semasa, perkembangan teknologi membuktikan bahawa penguasaan Bahasa Inggeris merupakan satu keperluan penting untuk memperoleh ilmu. Atas dasar inilah, program MBMMBI dilaksanakan. Dengan tujuan untuk memperkukuh bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris (BI), merupakan

bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global. Namun demikian, penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di kawasan pedalaman adalah sangat rendah. Kajian penyelidik terdahulu mendapati kebanyakan murid khususnya daripada luar bandar sukar untuk memahami pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris. Senario ini turut berlaku di salah sebuah sekolah di pedalaman daerah Tamparuli, Sabah. Sekolah Kebangsaan Lingga, Tamparuli merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan pedalaman yang majority masyarakatnya adalah penutur jati Bahasa Dusun. Analisis Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada setiap tahun menunjukkan bahawa pencapaian mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan calon UPSR adalah pada tahap sederhana dan sentiasa menyumbang kepada peratusan pencapaian yang rendah secara keseluruhannya. Menyedari akan masalah ini, maka satu kajian tindakan perlu dijalankan bagi membantu pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya pelajar luar bandar untuk menguasai Bahasa Inggeris terutamanya dalam pembinaan ayat yang betul.

2.0

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Kerjaya saya sebagai guru mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah bermula pada 17 Ogos 2010. Sebagai guru novis terdapat banyak perkara yang saya perlu pelajari. Pengajaran saya bermula setelah diberikan jadual waktu persendirian. Sewaktu memulakan pengajaran, apa yang saya dapat perhatikan ialah kebanyakan murid di sekolah tersebut menggunakan bahasa ibunda iaitu bahasa Dusun dalam interaksi seharian mereka tidak kira sewaktu di luar atau pun dalam bilik darjah tanpa mengira apa jua subjek diajarkan oleh guru. Sewaktu mengendalikan aktiviti pengajaarn dan pembelajaran yang pertama, saya telah memberikan satu tajuk penulisan kepada murid berdasarkan kepada Cretive writing. Hasil penyemakan penulisan pelajar, saya dapati bahawa terdapat pelbagai kesalahan dalam penggunaan Bahasa Inggeris dan kebanyakan kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan asas dalam aspek tatabahasa.

Namun demikian, saya tidak mengambil hasil dapatan ini sebagai generalisasi atau kesimpulan awal terhadap penguasaan Bahasa Inggeris (BI) dalam kalangan pelajar. Oleh yang demikian, saya mengggunakan satu pendekatan yang biasa dilakukan oleh pelajar untuk melihat kemahiran mereka dalam pembinaan ayat Bahasa Inggeris. Pendekatan ini dijalankan dengan menggunakan soalan Peperiksaan UPSR Section A iaitu sentence construction. Menggunakan tahap bahasa yang rendah dan mudah difahami, soalan diedarkan kepada murid-murid. Hasil penelitian terhadap jawapan pelajar didapati bahawa pelajar menghadapi masalah dalam membina ayat yang mudah seperti berikut: The mother - cooking - kitchen ( Simple Present Continous Tense) Jawapan murid: The mother cooking the kitchen. Melihat kepada kelemahan pelajar dalam membina ayat mudah telah mendorong timbulnya persoalan, apakah faktor yang menyebabkan murid menghadapi masalah dalam membina ayat yang mudah? dan apakah pendekatan atau kaedah pengajaran yang boleh mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut? Dalam usaha menjawab persoalan tersebut, saya mendapati bahawa bagi membantu murid tersebut faktor sikap dan minat pelajar terhadap aspek tatabahasa (grammar) Bahasa Inggeris perlu ditingkatkan. Darihal itu, maka tercetuslah idea konsep yang dinamakan sebagai

TAME'.

Ianya merupakan cetusan idea semasa saya menonton sebuah rancangan

televisyen yang mana manusia mampu menjinakkan binatang buas. Terlintas di fikiran saya jika aspek tatabahasa (grammar) dan pembinaan ayat dalam Bahasa Inggeris dapat dipermudahkan untuk difahami serta dikuasai oleh pelajar. Apabila sesuatu ilmu itu dapat difahami dan dikuasai oleh pelajar maka keadaan ini sudah tentu akan mendorong minat dalam kalangan pelajar untuk mengikuti setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.

3.0

Isu dan Keperihatinan yang dikaji/ Fokus Kajian

Dalam kajian ini, saya memfokuskan kepada penggunaan kaedah 'TAME' dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di sekolah rendah tahap dua. Konsep kaedah TAME adalah merujuk kepada pengertiaan perkataan 'jinak' yang mana proses membina ayat dalam Bahasa Inggeris oleh pelajar dipermudahkan menerusi 'Table Grammar' seperti dalam jadual 3.1. Jadual 3.1: Table Grammar dalam Kaedah pembelajaran Bahasa Inggeris 'TAME' Subjek (S) Verb (V) Object/Agreement (O/A)

Jadual 3.1 merupakan Table Grammar dalam Kaedah pembelajaran Bahasa Inggeris

'TAME'. Jadual tersebut merujuk kepada konsep ayat atau 'Sentence' yang dibentuk
daripada tiga komponen asas dalam rajah 3.1 berikut. Rajah 3.1: Komponen asas konsep ayat atau Sentence' dalam Kaedah pembelajaran Bahasa Inggeris 'TAME'.

Sn

! !

! ! ! "! ! #! ! ! $!

Berdasarkan kepada rajah 3.1, Sn ialah Sentence yang dipecahkan kepada tiga komponen iaitu S-Subject, V-Verb dan O-Object Contoh ayat, The boy kicks the ball dapat dikategorikan kepada tiga komponen seperti dalam rajah 3.2.

Jadual 3.2: Mengkategorikan ayat kepada tiga komponen asas konsep ayat atau Sentence' dalam Kaedah pembelajaran Bahasa Inggeris 'TAME'.

Sentence : The boy kicks the ball.


Subjek (S) boy Verb (V) kick Object (O) ball

Kelebihan kaedah TAME dalam membantu murid membina ayat dalam pembelajaran Bahasa Inggeris ialah kaedah ini boleh digunakan mengikut kesesuaian tahap kemampuan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar tersebut. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah, tahap kemampuan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar dikenalpasti terbahagi kepada dua kumpulan iaitu (i) kumpulan pelajar lemah dan (ii) kumpulan pelajar cerdas. Bagi kumpulan murid lemah kaedah TAME seperti dalam jadual 3.3 adalah sesuai digunakan dalam membina ayat Bahasa Inggeris. Jadual 3.3: Kaedah TAME untuk kumpulan pelajar lemah Subject (S) The boy Verb (V) eats Object (O) the cake

Rasional penggunaan kaedah TAME dalam jadual 3.3 untuk kumpulan pelajar lemah ialah ianya merupakan asas kepada pembentukan ayat dalam Bahasa Inggeris yang sangat ringkas dan mudah dilakukan. Penggunaan kaedah yang ringkas dan mudah ini seterusnya akan mendorong minat serta menyuntik motivasi pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris.

Bagi kumpulan murid cerdas, kaedah TAME dalam jadual 3.4 adalah sesuai untuk kumpulan pelajar cerdas yang mempunyai pengetahuan yang baik dalam bahasa Inggeris. Pada peringkat ini, ayat yang dibina mempunyai unsur keterangan yang lebih jelas pada perbuatan. Jadual 3.4: Kaedah TAME untuk kumpulan pelajar cerdas Subject (S) The boy Verb (V) eats Agreement (A) the cake with a spoon

Penggunaan kaedah 'TAME' berdasarkan kumpulan pelajar dapat dibezakan menerusi penggunaan O= object dan A= agreement. Di mana A= agreement menerangkan mengenai perbuatan yang dijelaskan secara lebih terperinci. Untuk memudahkan pelajar mengingati kaedah 'TAME' dalam membina ayat Bahasa Inggeris, ianya dapat diringkas dalam suatu rumus mudah seperti dalam jadual 3.5. Jadual 3.5: Rumus Kaedah TAME berdasarkan tahap penguasaan murid

Tahap Penguasaan

Rumus

Murid lemah

S+V+O

Murid Normal/Murid Cerdas

S+V+A

Selain itu, kaedah 'TAME'

ini juga membantu murid memperkayakan

penggunaan bahasa Inggeris. Perkembangan daripada 'Basic' kepada 'Advance' menerusi penggunaan pendekatan ini. iaitu Pembinaan 'Simple sentence', 'Compound

Sentence

dan

'Advance

sentence'.

Pendekatan

ini

banyak

membantu

pelajar

memperkayakan kemahiran mereka dalam membina ayat. Diterangkan di bawah adalah bagaimana Konsep 'TAME' ini memperkayakan pembinaan ayat.

Simple Sentence. Dalam Bahasa Inggeris, Simple sentence merupakan permulaan ayat yang perlu diketahui oleh murid. Bagi membina ayat ini, setiap komponen perlu mengandungi satu item seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.6 dan jadual 3.7. Jadual 3.6: Jadual membina simple sentence (S + V + O) / S + V + A

S 1 The boy

V 1 kicks

O 1 the ball

atau S 1 The boy V 1 kicks A 1 the ball

Compound Sentence

Compound Sentence adalah gabungan dua ayat mudah menjadi satu ayat yang
digabungkan menggunakan conjunctions (FANBOYS). Penggunaan konsep FANBOYS adalah F=For, A= And, N=Nor of Neither, B=But, Because, O=or, Y=Yet, S=So. Ia dipermudahkan ke dalam bentuk jadual seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.8. Jadual 3.7: Jadual membina compound sentence S V O/A (Conjs) FANBOYS atau S (Conjs) FANBOYS S V O/A S V O/A

Contoh: S Ali Conjs and S Abu V go O/A by bus

Complex sentence

Complex sentence adalah ayat yang memiliki kepelbagaian maklumat atau terdiri
daripada tiga atau lebih frasa dalam ayat tersebut. Pembinaan ayat complex sentence di permudahkan menggunakan perkataan 'Relatives' iaitu, who, that, whom, which, and

whose.
Jadual 3.8: Jadual membina complex sentence S Relatives V O/A

Contoh: S The boy Relatives V is sitting O/A on the chair

that is wearing a jacket

Secara keseluruhanya, konsep 'TAME' berdasarkan jenis ayat dapat disimpulkan seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.9 berikut. Jadual 3.9: Konsep 'TAME' berdasarkan Jenis Ayat Jenis Ayat Ayat Mudah Ayat majmuk S + V + O/A S + FANBOYS) S + V + O/A atau S + V + O/A (+ FANBOYS) S + V + O/A S +Relatives + V+O/A S + Relatives + V + O/A Rumus Pembinaan Ayat

Ayat Kompleks

Kepelbagaian fungsi kaedah 'TAME' memberikan kelebihan kepada konsep ini dalam memperkayasakan pembinaan ayat. Antaranya, adalah penggunaan 'Parts of

Speech' . Penggunaan ini memberikan pengayaan dalam mereka bentuk ayat agar ayat
tersebut lebih gramatis. Antara part of speech yang boleh diaplikasikan adalah

'Adjectives' dan 'Adverbs'. Contohnya, dalam pembelajaran membina ayat mudah bagi
pelajar kumpulan lemah, guru boleh mempelbagaikan atau membuat enrichments sekiranya murid berjaya menguasai tahap mudah iaitu dengan menggunakan

'Adjectives' dalam pembinaan ayat. Penggunaan Adjectives hanya dilakukan sekiranya


murid menguasai tahap ini dan memahami bagaimana ayat itu dibentuk. Penerangan mengenai konsep Adjectives juga perlu dilakukan bagi memastikan murid tahu kedudukan dan menggunakanya pada tempat yang sesuai. Contoh: Jadual 3.10: Jadual Pengayaan Kaedah TAME bagi Kumpulan Pelajar Lemah dalam Menggunakan Adjectives S The boy The tall boy V kicks kicks O/A the ball the ball.

Daripada senario pembelajaran murid, antara kelemahan yang dikenal pasti oleh guru adalah: a) Tidak tahu bagaimana dan apakah yang perlu mereka fahami dalam membuat ayat. b) Mempunyai 'mind set' di mana subjek Bahasa Inggeris sukar dipelajari. c) Ramai murid sukar untuk membina ayat mudah. d) Tdak tahu bagaimana mempelbagaikan ayat. e) Tidak tahu bagaimana memperkayasakan ayat menggunakan adjectives dan

adverbs.

10

4.0

Objektif Kajian 4.1 Objektif Umum Meningkatkan kemahiran pelajar dalam membina ayat Bahasa Inggeris. 4.2 Objektif Khusus 4.2.1 4.2.2 4.4.3 4.4.4 4.4.5 4.4.6 Menerangkan kepada pelajar komponen ayat (sentence). Membolehkan pelajar membina ayat mudah. Memudahkan pelajar membina ayat menggunakan kaedah TAME Membolehkan pelajar menulis kepelbagaian bentuk ayat dengan mudah Membolehkan pelajar membina ayat yang kreatif dan pelbagai. Membantu pelajar mengingati dan menguasai TAME.

5.0

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran dalam kajian ini memfokuskan kepada pelajar Tahap II iaitu seramai 26 orang. Pelajar tersebut terdiri daripada enam orang pelajar di Tahun 6, 10 orang pelajar di Tahun 5, dan 10 orang pelajar di Tahun 4. Bilangan pelajar lelaki secara keseluruhanya adalah 15 orang dan 11 orang pelajar perempuan. Perbezaan antara pelajar juga adalah dari segi latar belakang keluarga dan tahap penguasaan Bahasa Inggeris. Bagi tahap penguasaan Bahasa Inggeris, pelajar boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu (i) kumpulan pelajar lemah, dan (ii) kumpulan pelajar cerdas. Namun begitu, daripada populasi murid, hanya seorang pelajar yang tergolong dalam kumpulan pelajar cerdas iaitu anak seorang guru yang mengajar Bahasa Inggeris.

11

6.0

Perancangan Kajian

Beberapa langkah telah dirancang dan diambil untuk memastikan proses kajian ini berjalan dengan sempurna. 6.1 Tinjauan masalah

Semasa menjalankan ujian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan kepada beberapa perkara iaitu, pemerhatian dalam kelas, Ujian Pra, Ujian Gemilang dan temubual yang telah dijalankan. 6.1.1 Ujian Pra Satu pelaksanaan ujian pra telah dijalankan ke atas para pelajar Tahap II semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Rasional pengujian ini adalah untuk mengukur dan memberi gambaran awal mengenai keupayaan pelajar membina ayat dalam Bahasa Inggeris. Mereka diberikan lembaran kerja

(worksheets)

yang

mengandungi lima soalan. Melalui soalan tersebut pelajar dikehendaki membina lima ayat berdasarkan gambar dan perkataan yang diberikan tanpa bantuan daripada guru dan rakan-rakan. Pelaksanaan ujian pra tersebut dijalankan selama 40 minit. Hasil dapatan daripada ujian pra tersebut ditunjukkan dalam jadual 3.11. Tahap Penguasaan Bahasa 25 Orang (Tahap II) (Lemah) 1 Orang (Tahap II) (Baik/cerdas) Capaian Markah Purata markah yang diperolehi adalah 3 Purata markah yang diperolehi adalah 5

Jadual 3.11: Tahap Penguasaan Murid dan Capaian Markah 6.1.2 Pemerhatian Di dalam Kelas Pemerhatian di dalam kelas turut dijalankan untuk melihat sikap dalam kalangan pelajar. Hasil pemerhatian, didapati bahawa hanya segelintir pelajar yang menunjukkan kesan progresif dalam konteks pembelajaran dan selebihnya tidak memberikan tumpuan kepada latihan yang diberikan oleh guru. Hal ini berlaku kerana pelajar tersebut masih keliru dan menggangap Bahasa Inggeris itu adalah sesuatu yang sangat sukar untuk difahami serta dikuasai.
12

6.1.3 Temu Bual Kaedah temu bual turut dijalankan terhadap beberapa orang pelajar di setiap kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Tujuanya adalah untuk mengetahui masalah yang dihadapi mereka sama ada di dalam atau pun luar bilik darjah. Tidak dinafikan bahawa masalah yang dihadapi oleh pelajar sedikit sebanyak menjadi faktor penyumbang yang menyebabkan para pelajar tidak dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Akibatnya, pelajar tersebut tidak bermotivasi untuk belajar kerana menganggap Bahasa Inggeris itu sangat sukar difahami dan dikuasai. 7.0 Pelaksanaan Tindakan

Terdapat beberapa perkara yang dilakukan sepanjang proses melaksanakan kajian ini. Ianya merangkumi aspek pengenalan dan penerangan kepada pendekatan kaedah TAME serta memperkukuhkan penguasaan pembelajaran konsep asas seperti tenses,

adjectives, adverbs, conjunctions, prepositions, subject singular dan subject plural


melalui program "20 minutes a day to grammar success.

13

7.1

Pengenalan dan Penerangan kepada "TAME".

S=Subject Aisyah Ali Name/ things Gender pronouns/Living She The Girl The boy Wilter Places Sk.Lingga The Stall The Playground Malaysia Things The shoe The pen The chair V=Verb The "Be" Verb Examples is are Action Verbs walk eat sleep run jump read

Examples

Object Object can be (Place, Name, Thing) Menerangkan

Agreement bagaimana aksi atau

tindakan dilakukan

....the food

with a spoon.

14

7.2

Pembelajaran "20 minutes a day to grammar success"

Sebelum pendekatan pembelajaran Bahasa Inggeris melalui kaedah "TAME" dijalankan, pembelajaran konsep asas seperti

tenses,

adjectives,

adverbs,

conjunctions,

prepositions, subject singular dan subject plural

telah dilaksanakan selama 20 minit

dalam sehari untuk 2 minggu semasa sesi pengajaran dan pembelajaran harian di sekolah. Tujuannya adalah untuk memastikan pelajar mengetahui dan memahami konsep asas tersebut. Kekeliruan dan ketidakfahaman pelajar mengenai konsep asas boleh mengakibatkan kegagalan dalam pelaksanaan pendekatan kaedah TAME. Konsep tenses dalam pembinaan ayat sangat mempengaruhi penggunaan tatabahasa yang betul. Menggunakan kaedah TAME juga membantu pelajar mengenalpasti kategori jadual dan penggunaan tenses.

Contoh: S The girl V walking O/A home with her best friend.

Maklumat jadual di atas dapat menjelaskan bahawa betapa pentingnya kefahaman dan penguasaan pelajar dalam konsep tenses kerana sekiranya pelajar memahami konsep

present continuous tense, pelajar dapat mengenalpasti kesalahan dalam ayat tersebut
iaitu penggunaan " is " adalah perlu dalam komponen V=Verb pada ayat tersebut.

15

8.0 Jadual Perlaksanaan

Bil 1 2 3 4 5 Ujian Pra

Remarks

Tarikh 25hb 02 2011 04hb 03 2011 02 hb 04 2011 02 hb 04 2011 dan Berdasarkan Lesson Plan dan perancangan Guru

20 minutes a day to grammar success


Pengenalan Kepada TAME Penerangan Kepada TAME Pemberian Latihan TAME

Perlaksanaanya

6 7

Ujian Post Ujian 1 dan Akhir Tahun

Mei TAHUN 6 2011

8.1 Perlaksanaan Tindakan, pemerhatian dan penilaian. Perlaksanaan kajian ini dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. 8.1 Kaedah TAME Kaedah ini dijalankan sebaik kajian dimulakan. Kaedah ini telah diaplikasikan kepda semua pelajar yang terlibat. Dorongan dan motivasi kepada pelajar dititikberatkan bagi membantu mereka beruhasa dalam pembelajaran mereka. i. Pemerhatian Hasil pemerhatian yang dilaksanakan terhadap pelajar menunjukkan perubahan yang positif terhadap pembelajaran mereka. Dari pemerhatian, pelajar lebih bermotivasi, bersemangat dan berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Sifat positif seperti bertanya, membantu rakan dan kreativiti jelas tampak menular dalam kalangan murid. Fenomena ini menggalakan komunikasi dua hala di antara guru dan murid yang mendorong kepada pembelajaran kondusif dan effektif.

16

ii. Ujian Pos Pengujian terhadap perkembangan murid dijalankan selepas beberapa tempoh pembelajaran. Di dapati bahawa terdapat perubahan yang jelas dalam kalangan murid. Prestasi yang ditunjukkan oleh murid terhadap pembinaan penguasaan ayat dalam subjek Bahasa Inggeris ternyata memberangsangkan. Maklumat Ujian pos iaitu purata pencapaian murid bagi pembinaan ayat adalah seperti yang berikut.

Jadual purata pencapaian murid (Ujian Pos)

Tahap Penguasaan Bahasa 25 Orang (Tahap II) (Lemah) 1 Orang (Tahap II) (Baik/cerdas)

Capaian Markah Purata markah yang diperolehi adalah 5 Purata markah yang diperolehi adalah 8

Jadual perbandingan Purata pencapaian Murid Ujian Pra dan Ujian Pos (Ujian Pra)

Tahap Penguasaan Bahasa 25 Orang (Tahap II) (Lemah) 1 Orang (Tahap II) (Baik/cerdas) (Ujian Pos)

Capaian Markah Purata markah yang diperolehi adalah 3 Purata markah yang diperolehi adalah 5

Tahap Penguasaan Bahasa 25 Orang (Tahap II) (Lemah) 1 Orang (Tahap II) (Baik/cerdas)

Capaian Markah Purata markah yang diperolehi adalah 5 Purata markah yang diperolehi adalah 8

Dapatan daripada perbandingan Ujian pra dan Ujian pos yang dilakukan menunjukan perubahan yang signifikan.

17

Perbandingan Ujian mengikut data SAPS (Sistem analisis Peperiksaan Sekolah) Tahun 6 (Peperiksaan Ujian 1 Tahun 2011)

Tahun 6 (Peperiksaan Ujian Akhir Tahun 2011)

Berdasarkan gambarajah Ujian Peperiksaan Tahun 6 2011 berdasarkan sistem SAPS, peningkatan dari segi kualiti gred pencapaian mata pelajaran menunjukan peningkatan iaitu pada peperiksaan ujian 1 GPMP Bahasa Inggeris ialah 2.50 dan pada peperiksaan akhir tahun iaitu GPMP 1.70. Keputusan UPSR bagi tahun 2011 juga adalah di bawah 2.00 iaitu masih menunjukan peningkatan jika dibandingkan daripada Pencapaian Ujian 1.

18

9.0 Refleksi Kajian 9.1 Refleksi Pelajar Maklumbalas daripada murid telah dilaksanakan bagi melihat persepsi mereka mengenai pembelajaran Bahasa Inggeris menggunakan kaedah TAME. Daripada meklumbalas tersebut murid-murid memberikan respon positif di mana penerimaan Bahasa Inggeris mereka adalah lebih baik berbanding sebelumnya. Mereka juga mampu menjelaskan kesalahan tatabahasa yang dilakukan menerusi kaedah ini. Di samping itu, mereka juga merasakan pembelajaran ayat melalui kaedah ini mudah. 9.1 Refleksi Guru Secara keseluruhanya, penggunaan kaedah TAME ini telah berjaya mengubah persepsi murid mengenai pembelajaran Bahasa Inggeris. Penerimaan mereka juga berbeda jika dibandingkan dengan penerimaan mereka sebelumnya. Penguasaan pelajar lemah yang dikuathir juga menunjukan perubahan yang signifikan di mana kebolehan mereka dalam membina ayat semakin baik. Walaubagaimanapun, permasalahan yang dihadapi adalah masalah ingatan dalam kalangan murid-murid yang lemah. Mereka sering lupa mengenai apa yang dipelajari selepas tempoh cuti yang lama terutamanya cuti hujung tahun. Oleh itu, penerangan pembelajaran TAME terpaksa dilaksanakan sekali lagi pada awal persekolahan baru bermula. Ini mempengaruhi pengayaan pembelajaran Bahasa Inggeris.

19

10.0 Cadangan Kajian Seterusnya Menyedari akan keperluan penguasaan Bahasa Inggeris. Pengajaran menggunakan

TAME merupakan satu pendekatan yang sesuai. Dapatan kajian menunjukkan kaedah TAME meningkatkan kemahiran pembinaan ayat dalam pembelajaran Bahasa Inggeris
Namun, daripada dapatan kajian yang dilaksanakan, di dapati masalah yang seringkali dihadapi oleh pelajar dalam mana-mana pembelajaran bahasa adalah masalah mengingati dalam kalangan murid-murid. Walaupun penggunaan rumus membantu murid untuk mengingati struktur ayat tetapi pemahaman mereka masih lemah jika merujuk kepada aplikasi rumus. Oleh yang demikian, satu kajian penggunaan TAME II. Iaitu aplikasi penggunaan warna dalam meningkatkan memori dan penguasaan Pembinaan ayat akan menjadi isu kepada penyelidikan seterusnya ke arah kecemerlangan akademik.

Bibliografi

Dean , E.E (1996) Teaching the proof process : A model for discovery learning . Halliday , M.A.K (1985) Spoken and Written Language. Geelong , Victoria .Deankin University Press. Christie , F. (1984) . Children Writing : A Reader. Deakin University Press. Bolitho, R & Tomlisson , B ( 1995) Discover English . Oxford : Heinemann. Martin, J.R & J Rothery ( 1981) Writing Project Report . University of Sydney. Martin ,J.R (1992) English Text: System and Structure. Amsterdam.John Benjamins. Moll,L.C (1990) Instructional implications and applications psychology.Cambridge. Cambridge University Press. of socio-historical

Painter , C. ( 1991) Learning the mother tongue (2nd ed) . Geelong , Victoria. Deakin University Press. Peter Westwood, (2008) What teachers need to know about teaching methods. ACER, Press, Victoria Australia.
20

Anda mungkin juga menyukai