Anda di halaman 1dari 12

SEMESTER OKTOBER SESI 2020/2021

GMGA3033
OPERASI DASAR AWAM

TUGASAN 1 (INDIVIDU)
MASALAH KELEMAHAN DASAR:
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM
BAHASA INGGERIS (PPSMI)

NAMA: KALAICHELVAN A/L NADARAJAN


NO MATRIK: 248981
NAMA PENSYARAH: DR. MOHD FITRI ABDUL RAHMAN
PUSAT: PJJ JOHOR BAHRU
GMGM3033 OPERASI DASAR AWAM

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKASURAT

1.0 PENGENALAN 2-3

2.0 PUNCA PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN SAINS DAN 3-4
MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS
(PPSMI) DIPERKENALKAN

3.0 KESAN PELAKSANAAN PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN 5 -7
MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS
(PPSMI)

7-9
4.0 CADANGAN MENGATASI MASALAH
PPSMI DAPAT DIATASI MENERUSI
PROSES PENGGUBALAN DASAR AWAM

9
5.0 KESIMPULAN

RUJUKAN

LAMPIRAN (KERATAN AKBAR)

1
GMGM3033 OPERASI DASAR AWAM

1.0 PENGENALAN

Pada era teknologi maklumat yang semakin berkembang, dunia secara global
telah mendapat tiupan perubahan yang mengutamakan kemajuan dari segi
pembangunan. Negara-negara yang sedang membangun sedar bahawa
pembangunan sosial, ekonomi, kemajuan sains dan teknologi adalah kunci kekuatan
negara untuk mencapai tahap negara maju. Oleh yang sedemikian, pendidikan amat
penting bagi setiap manusia selaras dengan arus perubahan yang pesat. Menurut
Tun Dr Mahathir Mohamed (NST, 2003) menyatakan kerajaan perlu “...modifying or
changing policy, an old policy, because of new situations”. Kenyataan ini selaras
dengan Kogan (1985) yang menyatakan, “education policy and values interact with
the moods and circumstances of their periods. ...it is, therefore, particularly prone to
change as social and economic circumstances change”. Di Malaysia, semua jenis
pendidikan adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 yang menggantikan
Akta Pendidikan 1961 sebelum ini. Walaupun Akta Pendidikan berubah-rubah
mengikut peredaran zaman, namun ia masih tertakluk kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Antara perkara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) ialah pendidikan adalah untuk melahirkan masyarakat yang
berakhlak mulia dan bertanggungjawab, memperkembangkan potensi seseorang
individu secara menyeluruh termasuklah untuk melahirkan insan yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sehubungan dengan itu, pendidikan
memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan genarasi yang berkualiti pada
masa yang akan datang di Malaysia.

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi Malaysia. Walaubagaimana pun,


Bahasa Inggeris juga memainkan peranan penting dalam dunia dari segi
pembangunan dan kemajuan negara. Bahasa Inggeris juga merupakan Bahasa
antarabangsa yang turut memainkan peranan penting dalam ekonomi dan budaya.
Oleh yang sedemikian, kerajaan telah melaksanakan dasar Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 20 Julai
2002. Menurut, Tan Sri Dato’ Seri Musa (BH, 2002) “Sains dan Matematik adalah
suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai inovasi dan penemuan baru
berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan. Sebahagian
besar maklumat terkini mengenai sains dan teknologi disampaikan dalam bahasa

2
GMGM3033 OPERASI DASAR AWAM

Inggeris. Oleh itu, pendedahan awal kepada Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris akan memberi peluang kepada pelajar untuk menguatkan asas bagi
memperoleh maklumat dan ilmu terutama dalam bidang Sains dan Matematik, selain
menambah masa kontak terhadap bahasa Inggeris.” Oleh yang sedemikian, PPSMI
telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Walaubagaimana pun, Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah
dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2015 dan digantikan dengan Dual Language
Program (DLP) pada tahun 2018. Sehubungan dengan itu, isu Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menjadi
persoalan semula dalam bidang pendidikan pada tahun 2019 dan 2020 apabila Tun
Dr Mahathir Mohamed mengutarakan pendapatnya.

2.0 PUNCA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK


DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) DIPERKENALKAN

Walaupun terdapat pelbagai rintangan dan halangan dalam pewujudan


PPSMI ini, pada awalnya dasar ini dilihat sebagai satu sistem pendidikan negara
untuk melahirkan generasi yang mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Penguasaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik dilihat
sebagai satu faktor penting untuk membawa negara yang dapat berdaya saing
dengan tenaga kerja di peringkat antarabangsa. Namun begitu, dasar PPSMI
ini telah membawa masalah sampingan yang lain dan membawa ke arah kegagalan.

Antara punca PPSMI diperkenalkan di Malaysia adalah untuk menjadikan


rakyat Malaysia yang boleh berhubung dengan bahasa hubungan antarabangsa
supaya memudahkan perolehan ilmu dalam bidang teknologi dan komersial. Malah
hal ini dapat menguntungkan bangsa dan negara. Dalam masa yang sama, dasar ini
dilaksana dengan mencontohi kejayaan negara Singapura dan India yang semakin
melangkah ke hadapan dengan penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem
pembelajaran mereka. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan
PPSMI pada tahun 2003 berdasarkan kepada persetujuan Parlimen dan keputusan
ini diambil untuk mengorak langkah kehadapan selaras dengan wawasan 2020
untuk melahirkan masyarakat Malaysia bergerak mengikut acuan sendiri.

3
GMGM3033 OPERASI DASAR AWAM

Walaubagaimana pun, PPSMI dimansuhkan bermula tahun 2012, dengan anyanya


pelbagai isu dan kontroversi negatif. Malah ada juga berpendapat PPSMI akan
melenyapkan jati diri dan budaya orang Melayu.

Selain itu, PPSMI diperkenalkan untuk mendedahkan pelajar kepada masa


hadapan yang selaras kepada era globalisasi. Sebenarnya, penggunaan Bahasa
Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik boleh membantu pelajar jika mereka
ingin menyambung pelajaran ke peringkat antarabangsa, kerana Bahasa Inggeris
dijadikan merupakan bahasa pengantara untuk berkomunikasi dengan bangsa lain.
Saya juga berpendapat bahawa penguasaan yang kurang baik dalam Bahasa
Inggeris di peringkat sekolah dijangkakan akan menjadi masalah pada peringkat
pendidikan lanjutan, seperti di universiti. Justeru, dalam mencari pekerjaan mungkin
sesetengah individu mengalami kesukaran terutama dalam sektor Syarikat
Multinasional (MNC). Perkara ini disebabkan oleh kemampuan dan penguasaan
mereka untuk berkomunikasi dan pengaplikasi pengetahuan terbatas dalam Bahasa
Melayu sahaja kerana kebanyakan bahan rujukan utama adalah dalam Bahasa
Inggeris. Oleh yang sedemikian, kerajaan pada ketika itu mengambil keputusan
PPSMI perlu dilaksana.

Disamping itu, dengan pewujudan PPSMI boleh mencetuskan idea dalam


inovasi dan penciptaan baru dalam negara. Menurut Tun Mahathir Mohamad (2009),
Sains dan Matematik adalah satu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai
inovasi dan penemuan baharu yang berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan
dan pembangunan. Ini dapat dibuktikan apabila kebanyakan sumber maklumat
mengenai sains dan teknologi disampaikan dalam Bahasa Inggeris. Oleh yang
demikian, tidak dapat dinafikan bahawa pendedahan awal kepada Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris akan memberi peluang kepada rakyat untuk
memperoleh maklumat dan ilmu.

4
GMGM3033 OPERASI DASAR AWAM

3.0 KESAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN


MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

Antara kesan pelaksanaan PPSMI ialah kurang penguasaan pelajar dalam


Sains dan Matematik jika digunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran
dan pembelajaran. Masalah ini wujud dalam kalangan pelajar semua kaum atau
bangsa terutamanya pelajar di luar bandar. Sebenarnya pelajar-pelajar di Malaysia
lebih mudah memahami sesuatu perkara jika diajar dalam bahasa ibunda. Hal yang
sedemikian boleh menjejaskan peperiksaan yang dijalankan apabila kesukaran
untuk pelajar memahami sesuatu perkara yang diajar. Menurut Mohamad Sabri
Mohd Arshad Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat
(KGGMB), hampir 30 peratus pelajar yang menguasai pembelajaran subjek Sains
dan Matematik adalah daripada kalangan pelajar yang tinggal di bandar dan berlatar
belakang keluarga berpendidikan. Beliau juga menambah, pelajar di luar bandar
masih lagi menggunakan bahasa ibunda, dan ini boleh mewujudkan jurang yang
jauh beza diantara pelajar bandar dan luar bandar. Menurut Dr. Mohammad Khir
Toyo (2009) tidak dapat dinafikan jika keputusan peperiksaan pelajar yang belajar di
bandar meningkat kerana adanya kemudahan yang lengkap dan tenaga pengajar
yang berkualiti. Manakala, keputusan pelajar luar bandar merosot kerana
kekurangan infrastruktur. Dasar PPSMI ini ternyata menjejaskan pencapaian pelajar-
pelajar luar bandar dan juga kekurangan guru yang mahir.

Selain itu, kesediaan guru untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris boleh
menimbulkan kesan kepada pelajar. Sebenarnya guru yang sudah lama mengajar
subjek-subjek ini dalam Bahasa Melayu belum bersedia sepenuhnya atau tidak
mahir sepenuhnya untuk melaksanakan PPSMI di sekolah. Walaupun pelbagai
kemudahan telah dibekalkan untuk pengajaran selepas dasar PPSMI diperkenalkan,
namun kebanyakan mereka masih kurang mahir dalam menggunakan komputer dan
prasarana ICT. Mengikut hakikat, guru-guru di sekolah sudah hampir berpuluh tahun
melakukan pengajaran dalam Bahasa Melayu, dan mereka-mereka ini sudah mahir
dan sudah biasa membuat pengajaran dalam Bahasa Melayu. Dasar ini, menyekat
mereka untuk memberikan maklumat atau pengajaran yang sepenuhnya disebabkan
pengetahuan dan kefahaman dalam Bahasa Inggeris tidak terlatih walaupun bahan
pengajaran dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk proses

5
GMGM3033 OPERASI DASAR AWAM

pengajaran dan pembelajaran. Menurut Noor dan Hasnida (2010) guru-guru


mengaplikasikan pengajaran dalam Bahasa Inggeris hanya di kelas hadapan dan
pandai sahaja, manakala kelas yang ke belakang digunakan Bahasa Melayu kerana
pelajar di kelas belakang kurang memahami Bahasa Inggeris dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama, bahan ICT yang dibekalkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia turut tidak digunakan di kawasan luar bandar
kerana pelajar luar bandar kurang mahir dalam penggunaannya.

Kesan seterusnya boleh menghakis nasionalisme dan Bahasa Melayu.


Menurut Kamus Dewan Bahasa, nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara
dan bangsa sendiri. Kebanyakan rakyat Malaysia menganggapkan bahawa
pelaksanaan dasar PPSMI akan menyebabkan Bahasa Melayu akan ditinggalkan
kebelakang dimana budaya nasionalisme turut terhakis. Hal ini dapat lagi dibuktikan
apabila fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah
diabaikan, dan digantikan dengan bahasa Inggeris digunapakai oleh tenaga
pengajar dan penuntut. Justeru, proses untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa moden akan terhenti sepenuhnya dan seterusnya bahasa ini akan dijadikan
bahasa pasar. Kamal Syukri (2007) berpendapat bahawa penggunaan Bahasa
Inggeris dalam mata pelajaran tidak terbatas dalam subjek Sains dan Matematik
malah mungkin diaplikasikan dalam subjek lain seperti Perakaunan, Perdagangan,
Ekonomi Asas dan sebagainya. Jika PPSMI tidak dihapus, Bahasa Melayu yang
ditetapkan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kehilangan
fungsinya. Malah pepatah Melayu, “bahasa melambangkan bangsa” tidak boleh
digunakan apabila PPSMI dilaksana. Dalam masa yang sama Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa bahasa Kebangsaan ialah Bahasa
Melayu dimana mempunyai kedudukan istimewa dalam Perlembagaan. Oleh yang
sedemikian, sebagai rakyat Malaysia yang bijak dan prihatin, PPSMI tidak wajar
dilaksanakan kerana menggugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaaan Malaysia dan ia perlu dimansuhkan serta merta. Sebenarnya kerajaan
sepatutnya mengambil iktibar daripada negara-negara asing seperti Jepun, Rusia
dan China yang muncul sebagai kuasa besar walaupun menggunakan bahasa
mereka sebagai bahasa perantaraan utama dalam sistem pembelajaran mereka.

Di samping itu, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam


Bahasa Inggeris (PPSMI) dikhuatiri boleh memberikan kesan kepada semangat

6
GMGM3033 OPERASI DASAR AWAM

perpaduan. Sekiranya pelajar tidak mengamalkan penggunaan Bahasa Melayu dan


menggunakan bahasa lain seperti Bahasa Tamil, Bahasa Mandarin dan sebagainya,
ini akan menghakis perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Malah, pelajar
akan hanya mengetahui Bahasa Melayu sekadar satu pembelajaran dalam
salahsatu subjek pelajaran mereka. Pada masa kini, perkembangan penggunaan
Bahasa Melayu di antara masyarakat Cina dan India semakin popular, malah
terdapat banyak pakar-pakar Bahasa Melayu dari kalangan orang India dan Cina
yang lagi mahir dalam penggunaan Bahasa Melayu dari segi tatabahasa, kosa kata,
fonologi, morfologi dan sebagainya. Jadi, sememangnya dapat dibuktikan bahawa
Bahasa Melayu dapat berkembang dengan adanya semangat perpaduan dan ini
boleh menjayakan lagi Bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan negara. Jika
PPSMI ini wujud, kemungkinan besar pada masa akan datang tiada lagi Pakar
Bahasa Melayu dari kalangan bukan Melayu. Justeru, akan mencalarkan nama
Bahasa Melayu yang dikenali dengan bahasa perpaduan dalam sistem pendidikan
Malaysia.

4.0 CADANGAN MENGATASI MASALAH PPSMI DAPAT DIATASI MENERUSI


PROSES PENGGUBALAN DASAR AWAM

Menurut Dye (1978) dasar awam merupakan satu keputusan kerajaan untuk
melakukan atau tidak melakukan sesuatu. Manakala Kamus Dewan Bahasa (2004)
mendefinasikan dasar awam adalah rancangan yang telah dipersetujui secara rasmi
sebagai asas untuk membuat atau melaksana sesuatu keputusan. Secara
umumnya, dasar dibentuk oleh kerajaan apabila sebahagian masyarakat mengalami
sesuatu masalah dan isu tersebut boleh diselesaikan dengan adanya dasar baru
ataupun penambahbaikan dasar lama. Dasar dianggap dapat mencerminkan nilai
dan aspirasi kerajaan dalam menyelesaikan segala masalah dan halangan yang
dihadapi dalam negara. Dasar juga bersifat dinamik dimana akan berubah-ubah
mengikut nilai-nilai masyarakat dan kepimpinan mengikut masa. Dasar yang
dibentuk biasanya akan sesuai dengan ciri-ciri dan keperluan semasa negara.
Antara kandungan atau intipati yang perlu ada dalam dasar ialah mempunyai tujuan,
matlamat, fungsi, tugas, kebaikan dan kepentingan sesuatu institusi. Proses

7
GMGM3033 OPERASI DASAR AWAM

penggubalan dasar merupakan satu proses yang saling bergantungan antara satu
peringkat dengan peringkat yang lain dimana ahli-ahli politik akan menjadi aktor
dalam pembuatan keputusan dasar.

Antara cadangan yang boleh mengatasi masalah menerusi penggubalan


dasar awam ialah kerajaan perlu melaksanakan kajian atau servey sebelum
melaksanakan sesuatu dasar. Misalnya, mendapatkan pendapat umum seperti guru-
guru dan pelajar, kerana Dasar PPSMI ini dilaksana keatas mereka. Secara
umumnya, segala dasar yang dilaksana perlu dijalankan kajian selain mendapatkan
pendapat-pendapat golongan yang terlibat. Dengan adanya kajian seperti ini,
kerajaan dapat mengetahui pro and contra, dan boleh membuat keputusan, adakah
relevan dasar itu dilaksana. Dasar PPSMI ini secara terang-terang menunjukkan
bahawa tiada kajian dilakukan, kerana pelbagai kesan buruk telah dialami berikutan
adanya kesilapan dan kelemahan dalam dasar ini.

Selain itu, proses penggubalan dasar awam perlu mempunyai kemahiran dan
kebijaksanaan yang tinggi. Pemimpin-pemimpin negara yang menggubal dasar perlu
peka dengan isu semasa, keadaan negara dan rakyat, serta keadaan global
sebelum sesuatu dasar dilaksana. Kadang kala dasar yang dilaksana boleh memberi
keuntungan kepada ekonomi negara, misalnya Dasar Ekonomi, mendatangkan
keuntungan kepada kerajaan dengan wujudnya FELDA dimana tanah diterokai dan
dapat membasmi kemiskinan selain memberi keuntungan kepada ekonomi negara.
Ini berbeza dengan penggubalan Dasar PPSMI yang banyak merugikan kerajaan.
Pencetakan semula buku-buku teks dengan melupuskan buku-buku teks lama,
pembelian peralatan-peralatan pembelajaran yang berteknologi tinggi yang baru dan
sebagainya merugikan kerajaan, berikutan Dasar PPSMI telah pun dimansuhkan.

Justeru, dasar yang digubal perlu kekal dalam tempoh masa yang panjang
dan tidak boleh bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Dasar PPSMI
merupakan dasar yang dijalankan dalam jangka masa pendek kerana dasar ini
menimbulkan banyak kesan negatif kepada sistem pendidikan Malaysia, lalu dasar
ini digantikan dengan Dual Languange Program (DLP). Tindakan terbuiru-buru pihak
yang tidak bertanggungjawab memberi kesan yang mendalam terhadap pelajar dan
seterusnya terhadap masyarakat. Misalnya. seseorang pelajar akan belajar Sains
dan Matematik dalam Bahasa Melayu pada sekolah rendah, apabila pergi ke

8
GMGM3033 OPERASI DASAR AWAM

sekolah menengah, perlu belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Ini
sudah tentu memberi kesan kepada pelajar tersebut dari segi aspek pemahaman.
Oleh yang sedemikian, dasar yang digubal perlulah digubal supaya ia tidak
bertentangan dengan masyarakat dan Perlembagaan Malaysia.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, segala dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan perlu adanya


langkah-langkah yang proaktif untuk mengelakkan pembaziran dan keruntuhan nilai
bahasa negara. Langkah- Langkah seperti menjalankan kajian sebelum
pelaksanaan sesuatu dasar, menilai dasar melalui kemahiran yang tinggi serta dasar
dilaksana perlu dalam tempoh masa yang panjang supaya dana yang disumbangkan
kerajaan digunakan tanpa pembaziran. Justeru, segala dasar yang digubal tidak
boleh bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Walaubagaimana pun,
tindakan pemansuhan terhadap PPSMI telah pun dilakukan secara berperingkat
mulai tahun 2012.

Walaupun Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam


Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diwujudkan atas beberapa alasan yang seperti,
Bahasa Inggeris bahasa antarabangsa, pembelajaran dalam Bahasa Inggeris boleh
mendapatkan lebih banyak sumber pendidikan dan sebagainya, namun PPSMI lebih
banyak mendatangkan kesan yang negatif berbanding kesan yang positif. Kesan-
kesan negatif ialah seperti pelajar kurang mahir dalam Bahasa Inggeris, guru kurang
persediaan, menghakiskan nasionalisme dan Bahasa Melayu, meruntuhkan
perpaduan antara kaum dan banyak lagi kesan negatif yang bakal negara hadapi
jika PPSMI tidak dihapuskan pada awalnya. Dalam masa yang sama pemansuhan
ini juga memberi kesan yang positif kepada pelajar di Sekolah Cina dan juga
Sekolah Tamil kerana bahasa ibunda digunakan semula dalam subjek Sains dan
Matematik.

Secara keseluruhan, PPSMI gagal mencapai matlamat penubuhannya untuk


meningkatkan pembangunan sumber manusia bagi mencapai taraf negara maju dan
persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing setanding dengan

9
GMGM3033 OPERASI DASAR AWAM

negara-negara maju tetapi hanya menjatuhkan prestasi pelajar dan belakangkan


Bahasa Melayu.

Rujukan

Awang, H. (2019, July 24). Harakah Daily. Retrieved January 02, 2021, from Isu PPSMI: Relevankah
diperkenalkan semula?: https://harakahdaily.net/index.php/2019/07/24/isu-ppsmi-
relevankah-diperkenalkan-semula/

Bahar, R. (2010, August 13). Blogger. Retrieved December 18, 2020, from PPSMI: http://ppsmi-
k39.blogspot.com/2010/08/rumusan.html

Kemaa. (2019). Studocu. Retrieved Disember 22, 2020, from Implikasi Dasar Penggunaan Bahasa
Inggeris dalam Pengajaran Sains dan Matematik Terhadap Perkembangan Pendidikan
Negara: https://www.studocu.com/my/document/universiti-utara-malaysia/history-of-
philosophy/mandatory-assignments/implikasi-dasar-penggunaan-bahasa-inggeris-dalam-
pengajaran-sains-dan-matematik-terhadap-perkembangan-pendidikan-
negara/3097073/view

KEONG, C. Y. (2010). Impak Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ke atas Pelajar
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. Jurnal Terjemah Alam dan Tamadun Melayu, 21-38.
Retrieved December 10, 2020

Mayan, M. P. (2017, April). Faktor Kegagalan Dasar PPSMI dari Persepsi Guru-guru Opsyen Sains dan
Matematik : SatuKajian Kes di Lima buah Sekolah di Daerah Gombak. Jurnal Pengurusan dan
Ekonomi, 4-7. Retrieved January 2, 2021

Peng, C. F. (2008). Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) : Penerimaan dan
Kesannya Terhadap Status Bahasa Melayu. Jurnal Sarjana, 52-58. Retrieved December 12,
2020

10
GMGM3033 OPERASI DASAR AWAM

LAMPIRAN

Isu : Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI)

Sumber : Berita Harian

Tarikh : 18 Julai 2020

11

Anda mungkin juga menyukai