Anda di halaman 1dari 22

HMEF5093

821014105558

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER SEMESTER / 2016

HMEF 5093

QUANTITATIVE RESEARCH METHODOLOGY

ASSIGNMENT 2

NO. MATRIKULASI :

NAMA PENSYARAH : DR

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN


BATU PAHAT
HMEF5093
821014105558

TAJUK
1.0 KEPENTINGAN KOMPUTER DALAM PEGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI KALANGAN MURID-MURID TAHUN TIGA.

1.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan suatu bahagian yang sangat penting dalam menjadikan Malaysia
ke arah negara yang maju selaras dengan wawasan 2020. Sistem pendidikan negara
memerlukan usaha-usaha yang strategik yang berupaya meningkatkan keupayaan dan
kemampuan amalannya ke tahap yang lebih tinggi dan berkualiti agar dapat menangani
cabaran-cabaran abad ke-21.
Sistem pendidikan perlu berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan
politik yang berubah dengan hebat dan pantas. Penggunaan teknologi yang berleluasa pada
masa akan datang mampu memberi impak yang besar kepada pendidikan di Malaysia. Prinsip
dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatu institusi, organisasi atau negara. Oleh itu
sistem pendidikan dan persekolahan mestilah bersedia bagi menghadapi gelombang
perubahan alaf baru dan berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada
pembangunan bangsa dan negara.
Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah memperkenalkan
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ke dalam sistem pendidikan.
PPBK ini merupakan suatu kaedah pengajaran yang memanfaatkan teknologi menerusi
pengaplikasian komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah.

2.0 Latar Belakang Kajian

Pembelajaran pada masa kini telah banyak mengalami perubahan dengan suasana
pembelajaran lama yang hanya menggunakan chalk and talk. Pelbagai kaedah dan
pendekatan telah digunakan oleh guru untuk mewujudkan suasana yang menarik minat murid
untuk mempelajari matapelajaran Sains. Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan
semakin meluas dan berkembang pesat sejajar dengan kemajuan teknologi komputer pada
masa kini. Kepentingan teknologi ini telah membawa kepada pelbagai perubahan dalam
bidang pendidikan terutamanya kepada murid dan guru.
HMEF5093
821014105558
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dilihat sebagai satu alternatif ke arah
melahirkan generasi yang kreatif, inovatif, kritis dan berwawasan selaras dengan hasrat
kerajaan yang ingin mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, di mana ia menjadi asas
kepada Pembentukan Kurikulum Pendidikan Malaysia. Pengajaran berbantukan komputer
boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara. Sebagai contoh guru boleh menggunakan teknologi
ICT melalui laman sesawang pembelajaran untuk mendapatkan bahan dan murid juga boleh
mendapatkan info-info pembelajaran serta menjalani latih tubi yang disediakan (Ahmad,
Z:2003).
Menurut Aris, B. , Subramaniam, M. dan Shariffudin, R.S. (2001), adalah sukar untuk
meneruskan kehidupan tanpa teknologi pada masa kini. Menyedari hakikat ini, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah berusaha memperkenalkan program penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi atau lebih dikenali sebagai Information and Communication
Technology (ICT) sejak di peringkat sekolah rendah lagi. Pelaksanaan program ICT telah
dilaksanakan melalui beberapa program utama di sekolah seperti Program Komputer Dalam
Pendidikan, Program Sekolah Bestari, Zoom-A dan School-Net.
Menurut Nik Pa, N.A. (1989), Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PPBK), merupakan satu cabang daripada penggunaan komputer dalam membantu proses
pengajaran dan pembelajaran. Konsep PPBK ini telah membawa perubahan yang besar ke
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dimana, murid dapat mengakses sendiri
maklumat yang dicari dengan berbantukan komputer. Sehubungan dengan ini, kajian yang
dijalankan ini adalah dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan kaedah perisian dan Internet di dalam bilik darjah atau di dalam makmal sains.
Penggunaan multimedia yang melibatkan komputer sangat meluas dalam proses pengajaran
dan pembelajaran kerana ianya dapat menarik minat murid serta mendatangkan kesan positif
berbanding dengan kaedah pembelajaran yang menggunakan kaedah tradisional.
Matapelajaran Sains merupakan satu matapelajaran yang penting dan mampu menarik minat
murid sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang dapat meningkatkan tahap minat
murid terhadap proses pembelajaran (Ah Meng , E: 1997).
Azizan, R. dan Habib, A.R (1996), menyatakan bahawa murid-murid sekolah rendah
mengatakan bahawa matapelajaran Sains merupakan satu matapelajaran yang susah dan sukar
difahami. Keadaan ini didapati berlaku disebabkan oleh pendekatan pengajaran dan kaedah
pembelajaran yang digunakan tidak bertepatan atau bersesuaian dengan sebilangan murid.
Murid-murid sentiasa didedahkan dengan kaedah tradisional iaitu chalk and talk
menyebabkan murid-murid berfikiran matapelajaran Sains merupakan satu matapelajaran
yang membosankan dan ini mendatangkan implikasi yang buruk ke atas matapelajaran Sains.
HMEF5093
821014105558

2.1 Pernyataan Masalah

Kajian ini adalah suatu usaha yang bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dalam meningkatkan penguasaan murid.
Bagi kebanyakkan murid, matapelajaran Sains merupakan matapelajaran yang sukar untuk
dipelajari serta kurang diminati. Oleh yang demikian kaedah pembelajaran yang berkesan
adalah perlu bagi meningkatkan pengetahuan dan penguasaan serta pemahaman murid
terhadap sesuatu konsep dan seterusnya memupuk minat murid terhadap matapelajaran Sains
(Azizan , R. dan Habib, A.R. 1996).
Murid-murid di dalam sesuatu kelas mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dapat digunakan untuk
mengatasi masalah murid yang mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza. Penggunaan
komputer juga dapat memotivasikan murid dan menarik minat murid untuk belajar.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, strategi dan kaedah merujuk kepada
kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik untuk
mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Murid perlu didedahkan dengan
pelbagai kaedah pembelajaran dan diberi peluang untuk memahami matapelajaran Sains
dengan cara yang lebih berkesan (Hashim,Y. 1994).
Menurut Azizan, R. dan Habib, A.R.(1996), kaedah pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baru dan suasana
pembelajaran yang sihat, seronok dan bersemangat untuk belajar. Kecerdasan murid adalah
kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan
persekitaran. Oleh yang demikian, kaedah ini adalah wajar dijalankan bagi meninjau
keberkesanan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
matapelajaran Sains.
Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori
kepada yang berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan kritis dengan menggunakan teknologi
terkini. Oleh yang demikian, bentuk pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlu
diubah daripada pengajaran tradisional kepada pengajaran berorentasikan teknologi.
Sehubungan dengan itu, pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer perlu
dilaksanakan dalam bilik darjah.
Ahmad, N. (1997), berpendapat penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran matapelajaran Sains dapat memperkembangkan dan memperkayakan lagi
penguasaan murid dalam tajuk yang diajar. Matapelajaran Sains merupakan satu
HMEF5093
821014105558
matapelajaran wajib bagi murid sekolah rendah. Guru-guru tahap satu perlu menjalankan
proses pengajaran selama dua jam (4 waktu) dalam seminggu bagi mata pelajaran ini.
Masalah yang sering dihadapi adalah bagaimana dapat meningkatkan lagi tahap
penguasaan dan pencapaian murid dalam tajuk yang diajar. Masalah lain ialah bagaimana
hendak meningkatkan kefahaman serta diaplikasikan pengetahuan yang diperolehi itu ke
dalam kehidupan seharian.
Azizan, R. dan Habib, A.R. (1996), menegaskan bahawa masalah matapelajaran Sains
harus diterjemahkan kepada istilah Sains. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan
kefahaman yang lengkap terhadap istilah Sains. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran
pembelajaran pada sesetengah murid. Masalah dan kesukaran yang dialami boleh diatasi
melalui penggunaan komputer. Jadual dibawah menunjukkan pencapaian matapelajaran Sains
dalam kalangan murid Sekolah-sekolah Daerah Kluang dalam Pentaksiran Berasaskan
Sekolah I (PBS I) yang dijalankan pada bulan Mac 2016.
Jadual 1.1 : Analisis keputusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah I (PBS I) Mac 2016
SJK (T) Ladang Pamol, Kluang bagi matapelajaran Sains
Gred / B C D E
Bil murid
25 8(32%) 13 (52%) 3 (12%) 1 (4%)

Daripada analisa peperiksaan di atas, jelas menunjukkan bahawa pencapaian matapelajaran


Sains murid tahun 3 Shenbagam adalah pada tahap yang kurang memuaskan. Bilangan murid
yang mendapat A hanyalah 2 orang (8.33%) daripada 25 calon yang menduduki peperiksaan
ini..
Daripada markah yang dianalisis didapati bahawa tahap penguasaan dan pencapaian
murid dalam tajuk yang diajar masih kurang memuaskan dan tidak menyeluruh. Murid-murid
juga didapati tidak memahami sepenuhnya konsep aplikasi pengetahuan yang diajar oleh
guru.
Bilangan murid yang mendapat B adalah seramai 8 orang (33.33%) dimana mereka
semua ini berkebolehan untuk mendapat A. Didapati terdapat tajuk yang sukar dikuasai oleh
murid dan memahami konsep lalu menyebabkan kemerosotan dalam pencapaian
matapelajaran Sains. Ini akan memberi kesan negatif sekiranya tidak diatasi dari peringkat
awal lagi. Maka atas sebab inilah, satu kajian perlu dijalankan bagi membantu murid-murid
menguasai semula dengan sepenuhnya (Mat Ali, N.H: 2002). Penyelidik mendapati bahawa
kaedah pengajaran yang biasa digunakan kurang menarik minat murid dan membosankan
murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian kaedah pengajaran
HMEF5093
821014105558
diperlukan dalam usaha untuk membantu murid meningkatkan penguasaan matapelajaran
Sains dan menarik minat murid terhadap mata pelajaran ini.
Kaedah PPBK dapat membantu murid yang lemah, menghadapi masalah dalam
menguasai dan memahami sesuatu pelajaran yang dipelajarinya dalam pendidikan.
Alternatif baru perlulah dicari untuk disesuaikan dengan gaya pembelajaran masa kini yang
sedang pesat membangun terutamanya dalam proses penambahbaikan penguasaan terhadap
sesuatu topik seterusnya tahap pencapaian murid (Abdul Rahim, R:1993). Kajian ini memberi
penumpuan khusus kepada penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Sains
di bilik darjah . Melalui kajian ini juga, kita dapat melihat sejauh mana dan bagaimana
komputer boleh membantu murid-murid sekolah rendah dalam menguasai tajuk yabg diajar
dan seterusnya menarik minat murid terhadap matapelajaran Sains. Berdasarkan kajian ini
akan mengkhususkan kepentingan penggunaan computer dalam murid sekolah rendah

2.2 Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan bagi mencapai objektif berikut :


a) meningkatkan penguasaan matapelajaran Sains dalam kalangan murid dengan
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
b) meningkatkan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer

2.3 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang diutarakan ialah :


a) Sejauh manakah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dapat
meningkatkan penguasaan murid dalam matapelajaran Sains ?
b) Sejauh manakah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dapat
menarik minat murid terhadap matapelajaran Sains ?

3.0 TINJAUAN LITERATUR

3.1 Kepelbagaian Penggunaan Komputer

Penggunaan komputer dan perkembangan teknologi maklumat telah memberi implikasi


yang besar ke atas perubahan kehidupan manusia pada masa kini termasuklah dalam bidang
pendidikan. Penggunaan teknologi terkini dan komputer dapat menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran lebih menarik dan membantu para guru dan murid. Selain dari bahan bantu
belajar, komputer juga boleh digunakan untuk mempercepatkan pengurusan dan penilaian di
HMEF5093
821014105558
sekolah. Menurut Abas, Z.W. (1994), terdapat banyak perisian komputer yang boleh
dimanfaatkan dalam setiap aspek pendidikan bagi tujuan penyampaian maklumat.
Manakala Hashim, Y. (1997), menyatakan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK) adalah satu pendekatan yang menggunakan komputer bagi
tujuan pengajaran dan pembelajaran. Konsep pengajaran ini juga kian dominan dalam dunia
pendidikan masa kini dan digunakan secara meluas untuk membantu proses pendidikan.
Pendekatan yang digunakan ini dapat membantu murid-murid lemah yang menghadapi
masalah dalam menguasai dan memahami sesuatu pelajaran.
Menurut Abas, Z.W. (1994), bahan sokongan dalam bentuk pengajaran individu boleh
dilaksanakan menerusi komputer dan ini membolehkan murid belajar pada kadar berbeza
serta mampu menentukan arah pembelajaran sendiri dan belajar mengikut kemampuan
sendiri.
Nik Pa, N.A. (1989), pula mendakwa bahawa mikrokomputer dapat memperbaiki cara
murid belajar di sekolah. Dakwaan ini berdasarkan perkakasan teknologi pendidikan
(projector overhead dan komputer) ataupun perisian (pengajaran terancang). Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM), mula memperkenalkan konsep PPBK dalam kurikulum sekolah
pada tahun 1995.
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) boleh
dijalankan secara individu, kumpulan kecil atau kumpulan besar di samping menawarkan
pelbagai potensi kemahiran dalam kalangan murid. Walaupun komputer dan PPBK
mempunyai potensi untuk meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran, para pendidik
perlu menyediakan perisian kursus yang bermutu bagi memudahkan pencapaian objektif
pembelajaran (Kanagambal: 1997).
Azizan, R. dan Habib, A.R. (1996), menyatakan bahawa PPBK dapat memberi kebaikan
dalam pengajaran terancang, pengajaran individu, pengajaran pengayaan dan pengajaran
pemulihan. Melalui pengajaran terancang, guru dapat membina program-program yang
dirancang khas untuk keperluan murid mengikut tahap kebolehan pengetahuan dan jangka
masa yang sesuai dengan diri mereka. Dalam pengajaran individu pula, murid dapat
berinteraksi dengan komputer tanpa segan atau takut kepada keadaan persekitarannya kerana
persekitaran mereka hanya melibatkan komputer dan individu itu sahaja.
Menurut Razali, S.N. (1997), PPBK dapat memperkayakan lagi pengetahuan murid-
murid yang telah memahami sesuatu konsep melalui latih tubi atau ujian yang sesuai dalam
pengajaran pemulihan. PPBK juga dapat membantu murid-murid yang lemah di dalam semua
HMEF5093
821014105558
mata pelajaran atau topik dalam pengajaran pemulihan. Penyampaian secara tutorial, latih
tubi atau simulasi dapat membantu mereka memahami konsep yang disampaikan oleh guru.
PPBK juga dapat menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti kelas
semasa proses pembelajaran dilaksanakan. Murid-murid mampu mengawal kandungan
pembelajaran terutamnya dari segi susunan bahan pembelajaran. Mereka juga boleh
mengawal strategi pembelajaran seperti cara persembahan dan jumlah latihan yang dibuat.
Murid juga diberi peluang belajar mengikut kadar sendiri dan seterusnya menguasai pelajaran
mereka. Ternyatalah PPBK dapat meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran
(Chen, Q. 1995).
Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah amatlah
digalakkan. Ini kerana penggunaan komputer dapat menarik minat murid-murid untuk
mengikuti pembelajaran dengan lebih sistematik. Menurut Mat Ali , N.H. (2002), salah satu
kaedah yang sesuai digunakan untuk menarik minat murid-murid ialah pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer (PPBK), iaitu satu pengajaran yang dibantu oleh
komputer dengan melibatkan perisian-perisian yang sesuai dicipta sendiri atau telah dicipta
oleh orang lain untuk tajuk-tajuk tertentu.
Manakala Kanagambal (1977), berpendapat pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer ialah satu situasi dimana komputer digunakan untuk mengajar dan mengasah
sesuatu kemahiran. Beliau juga menyatakan bahawa melalui PPBK dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang menarik dan lebih efektif kerana pelajaran dapat disampaikan
dengan cara yang lebih menghiburkan.
Matlamat yang dicapai oleh murid melalui PPBK ialah mempelajari sesuatu dengan lebih
cepat, lebih mudah serta lebih banyak mengigati kembali bahan yang dipelajari, memperoleh
sikap positif terhadap alat komputer, dapat berinteraksi dengan komputer dengan lebih aktif
dan fleksibel dalam pembelajaran .
Menurut kajian Computer Technology Research (CTR 1993), menyatakan tingkah laku
seseorang murid dalam pengajaran dan pembelajaran berbeza mengikut pengalaman
penggunaan pelbagai deria semasa belajar. Hasil kajian ini menyatakan :
a. 20% maklumat diserap daripada apa yang mereka lihat

b. 30% maklumat diserap daripada apa yang mereka dengar

c. 50% maklumar diserap daripada apa yang mereka lihat dan dengar

d. 80% maklumat diserap daripada apa yang mereka lihat, dengar dan buat serentak
HMEF5093
821014105558
Menurut Mei Wei,L. (1998), kelebihan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran secara umumnya adalah seperti berikut :

i. Membantu murid yang lemah


Murid yang lemah boleh belajar mengikut keupayaan mereka.
Mereka juga boleh mengulangkaji pelajaran sehingga berjaya memahami konsep-konsep
yang diajar tanpa mengganggu perjalanan pelajar lain yang lebih cerdas. Perbezaan tahap
kognitif dan psikologi antara murid akan berkurangan jika teknologi komputer sebagai
pendekatan dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
ii. Memberi maklum balas yang cepat
Komputer berupaya untuk memberikan maklum balas yang cepat terhadap jawapan yang
diberikan oleh murid. Ini membolehkan murid mengambil tindakan sewajarnya jika
jawapan murid adalah salah.
iii. Membantu dalam pemahaman
Bahan pelajaran dapat difahami dengan baik dan cepat. Ini kerana penggunaan grafik,
animasi,warna, muzik, simulasi dan dialog akan mempercepatkan lagi proses
pemahaman perkara-perkara atau konsep yang ingin disampaikan dengan berkesan.
iv. Jangka masa pendek
Seseorang pelajar berupaya memahami sesuatu konsep lebih cepat dengan PPBK
berbanding dengan cara tradisional. Ini kerana penggunaan komputer berupaya
memotivasikan murid dalam proses pembelajaran
v. Sikap positif
Kebanyakan perisian kursus mempunyai ciri interaksi dengan murid dan ini secara tidak
langsung membantu murid bertindak aktif. Ini menggalakkan sikap positif dan
membolehkan murid mengambil bahagian dalam proses pembelajaran.
vi. Mutu dan perhatian
Apabila komputer membantu tugas yang biasanya dilakukan oleh guru, perhatian yang
lebih dapat diberikan kepada kepekaan seorang murid. Guru juga mempunyai masa
untuk memperbaiki mutu bahan murid serta merancang dan menghasilkan perisian yang
lebih baik untuk keserasian proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap murid-
murid.
vii. Meringankan beban
HMEF5093
821014105558
Murid yang lemah dapat menggunakan dan mengulangkaji topik yang mereka kurang
kuasai dan ini meringankan beban guru untuk mengulangkaji pelajaran yang sama
berulang kali.

viii. Paparan menarik


Kombinasi warna dan muzik yang tepat menghasilkan paparan yang menarik.
Penggunaan permainan dan susunan teks yang teratur akan memberikan persembahan
yang menarik. Ini dapat menghasilkan cara pembelajaran yang berkesan.

ix. Pencapaian murid dapat dikesan dengan mudah


Rekod-rekod yang disimpan dalam program komputer yang sesuai memudahkan tugas
guru untuk memantau pencapaian murid-murid. Dengan ini, guru dapat merancang
pengajaran pemulihan untuk murid yang memerlukan dan aktiviti pengayaan bagi murid
yang cerdas.

Dalam beberapa kajian yang dijalankan, Abas, Z.W. (1994), Poh Swee Hiang (1998),
Hashim, Y.(1997) mendapati bahawa :
i. Murid yang menggunakan komputer dalam mempelajari matapelajaran Sains
mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli Sains dan
berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
ii. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu
pelajar memahami konsep dan prinsip Sains dengan mudah dan berkesan.
iii. Pencapaian murid dalam peperiksaan akhir tahun menunjukkan peningkatan yang
ketara.
iv. Kumpulan yang belajar dengan kaedah berbantukan komputer mempunyai
kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan
dapat menggunakan dalam bidang-bidang lain.
v. Penggunaan komputer dalam menerangkan sesuatu situasi sebenar memudahkan
murid untuk memahami dan mengingati konsep Sains dengan mudah.

3.2 Perkembangan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

Di Amerika Syarikat, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK),


telah lama wujud sejak tahun 1960-an dengan menggunakan komputer International
HMEF5093
821014105558
Business Machine (IBM). Satu projek PPBK yang dinamakan Programmed Logic Automatic
Teaching Operation (PLATO), telah dibangunkan dengan kerjasama Universiti Illinois untuk
membangunkan bahan perisian kursus untuk digunakan di sekolah-sekolah.
Di Malaysia, PPBK telah mula diperkenalkan dengan melibatkan 60 buah sekolah
menengah yang dibekalkan 20 buah komputer pada tahun 1993. Suatu bahan perisian yang
dinamakan Computer Integrated Learning (ComIL) telah diperkenalkan dengan kerjasama
Malaysian Institute Of Microelectronic System (MIMOS) dan Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM). Tumpuan utama PPBK pada masa kini lebih tertumpu pada empat mata
pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik (Sudi,Z. dan Md
Noh,R: 2003)
Kaedah pengajaran komputer juga semakin berkembang dengan adanya Sekolah Bestari
yang merupakan salah satu dari tujuh aplikasi Multimedia Super Corridor (MSC). Banyak
usaha sedang dijalankan oleh semua pihak untuk menjadikan mutu dan taraf pendidikan dapat
ditingkatkan di persada dunia melalui pelbagai aspek. Salah satunya ialah penggunaan bahan-
bahan perisian PPBK yang bersesuaian dan menepati kehendak pendidikan semasa (Saluki,
M. Z: 2006).
Menurut Badusah, J.(1993), komputer dianggap sebagai tutor dalam pengajaran
berbantukan komputer. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan
sebagai pengajar (instructor), penerang (explainer) dan pemudahcara (facilitator). Semua
peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam pengajaran berbantukan komputer
dimana murid dapat berinteraksi dengan sendiri. Pengajaran berbantukan komputer
melibatkan sistem tutorial, permainan, latih tubi, simulasi dan penyelesaian masalah.

3.3 Jenis-jenis Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

Terdapat lima jenis PPBK yang utama iaitu latih tubi, simulasi, permainan, penyelesaian
masalah dan tutorial. Setiap jenis PPBK ini mempunyai kelebihannya tersendiri dan sesuai
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi semua matapelajaran di peringkat
sekolah rendah, menengah dan institusi tinggi. Aladdin A. dan Hamat A. (2004)
HMEF5093
821014105558
i. Latih tubi dilaksanakan untuk menilai pemahaman murid atau sebagai pengukuhan
dan dilaksanakan secara kendiri. Murid diberi beberapa soalan manakala komputer
akan memberi maklum balas berdasarkan jawapan tersebut. Ini membolehkan murid
yang kurang pengalaman dapat mengikuti perjalanan kursus mengikut tahapnya
sendiri dan dapat memaparkan kemajuannya pada bila-bila masa sahaja.
ii. Simulasi adalah suatu situasi yang disediakan oleh komputer dengan memberikan
gambaran sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau peristiwa. Murid dapat
berinteraksi secara aktif dengan komputer berdasarkan peranan masing-masing bagi
membuat keputusan, menyelesaiakan masalah, isu, tugasan tertentu dan membuat
keputusan yang tertentu. Ianya sesuai digunakan untuk pembelajaran proses dan
konsep yang kompleks terutamanya dalam matapelajaran Sains yang memerlukan
kajian atau modul yang mahal, merbahaya atau mengambil masa yang lama.
iii. Permainan merupakan jenis PPBK yang menggunakan pendekatan belajar sambil
bermain bagi menarik minat murid untuk menjadikan suasana pembelajaran yang
lebih menyeronokkan dan menarik minat murid terhadap topik yang diajar oleh guru.
Unsur-unsur hiburan dan keseronokan dimasukkan bersama-sama semasa murid
mempelajari sesuatu kemahiran dalam PPBK. Ini dapat memperkembangkan lagi
kemahiran mental, logik, pengetahuan dan penyelesaian masalah. Murid-murid akan
mempunyai motivasi diri yang tinggi untuk menjadi juara. Guru perlu berhati-hati
supaya objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai sepenuhnya walaupun
berunsurkan permainan.
iv. Penyelesaian masalah adalah jenis PPBK yang dapat digabungkan dengan kaedah
permainan untuk menghasilkan suatu keputusan yang hendak diambil oleh murid.
Murid akan melakukan pilihan yang sesuai dan tepat.
v. Tutorial digunakan untuk memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran secara
berperingkat dan diikuti oleh soalan. Ianya sesuai digunakan untuk memperkenalkan
isi kandungan baru, mengulangkaji dan pemulihan kepada murid yang berpencapaian
rendah. Konsep-konsep yang konkrit dan abstrak dengan menggunakan illustrasi,
animasi, soalan serta teks juga audio mampu merangsang minda murid dalam
menyelesaikan masalah dan sebagai aktiviti pengukuhan (Alessi dan Trollip, 1984).

3.4 Kajian-kajian Lepas


HMEF5093
821014105558
Menurut Ahmad, N. dan Razali S.N. (1997), satu kajian telah dilakukan di 200 buah sekolah
di Atlanta, mengenai penggunaan multimedia (Pengajaran Berbantukan Komputer
Multimedia) di dalam bilik darjah berbanding dengan pengajaran biasa. Kumpulan kawalan
terdiri daripada mereka yang belajar dengan kaedah kuliah sementara kumpulan
perbandingan pula menggunakan media interaktif dan arahan berdasarkan komputer. Kaedah
pengujian dan pemerhatian digunakan untuk menilai keberkesanan multimedia dalam
pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian didapati kemahiran, pengetahuan dan tahap
kefahaman yang dikuasai oleh kumpulan yang menggunakan multimedia adalah lebih
berkesan daripada kumpulan kawalan.
Kajian telah dijalankan oleh Saluki, M. Z. (2006), untuk melihat keberkesanan PPBK
menerusi pendekatan tutorial berbantukan komputer ke atas pencapaian prestasi
matapelajaran Sains dalam kalangan pelajar tingkatan 2. Kajian ini melibatkan seramai 32
orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sultan Suleiman, Pelabuhan
Klang. Hasil kajian didapati pencapaian matapelajaran Sains melalui kaedah tutorial
berbantukan komputer adalah lebih baik berbanding dengan kaedah tradisional.
Malah kaedah ini boleh dijadikan sebagai satu alternatif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran matapelajaran Sains. Kajian ini juga berjaya menunjukkan bahawa dengan
menggunakan keadah ini di dalam PPBK dapat meningkatkan tahap pencapaian
matapelajaran Sains murid. Implikasi dapatan kajian mencadangkan bahan pendekatan PPBK
wajar digunakan sebagai salah satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran Sains bagi meningkatkan pencapaian prestasi murid.
Keputusan yang didapati telah menyokong pendapat Kanagambal (1997), yang
menyatakan bahawa PPBK dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih hidup,
menarik dan efektif. Di samping dapat memberi maklumat dengan lebih cepat dan konsep
lebih mudah diingati dan membolehkan murid menjawab soalan yang dikemukakan di akhir
proses pengajaran dan pembelajaran.
Jaafar I.(1997), telah menjalankan kajian berkaitan penggunaan komputer dalam
pembelajaran Matematik dalam kalangan 262 pelajar di empat buah sekolah menengah di
Johor. Hasil daripada kajian beliau didapati, penggunaan PPBK telah membantu
meningkatkan pencapaian Matematik dan kreativiti dalam pelajaran.
Mohd Zain.J (1999), pula telah mengkaji keberkesanan PPBK dalam matapelajaran
Matematik menggunakan perisian latih tubi. Pelajar yang terlibat dalam kajian diberi peluang
untuk melibatkan diri secara aktif untuk menyelesaikan soalan yang dikemukakan. Dapatan
kajian menunjukkan penggunaan komputer untuk latih tubi telah memberi kesan positif
HMEF5093
821014105558
kepada pelajar dari segi pencapaian dalam Matematik dan minat mereka terhadap
matapelajaran tersebut. Dapatan kajian tersebut menguatkan lagi kenyataan tentang
kemampuan komputer dalam meningkatkan pencapaian dan minat pelajar terhadap
mata pelajaran yang diajar.
Kajian telah dilaksanakan oleh Muhamed Salleh, A. (2007), bagi melihat keberkesanan
kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (penggunaan perisian Microsoft
Power Point Interaktif) terhadap peningkatan penguasaan konsep Sains terhadap sampel
seramai 66 orang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang Selangor.
Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan rekabentuk kuasi eksperimen dimana 2
kumpulan terlibat iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Hasil kajian mendapati
penggunaan kaedah PPBK dapat meningkatkan tahap pencapaian penguasaan konsep Sains
dan menarik minat serta motivasi murid.
Kajian telah dilaksanakan oleh Zahari, R. (2011), untuk meningkatkan tahap pencapaian
murid dalam matapelajaran Sains Tahun 5 berpandukan PPBK terhadap sampel kajian yang
terdiri daripada 34 orang responden dari Sekolah Kebangsaan Felda Lembah Klau, Raub
Pahang. Hasil kajian mendapati PPBK telah meningkatkan prestasi dan pencapaian
responden dalam matapelajaran Sains. Selain daripada itu PPBK juga mampu meningkatkan
minat dan mengekalkan motivasi murid terhadap matapelajaran Sains.
Menurut kajian yang telah dilaksanakan oleh Aladdin A. dan Hamat A. (2004), bagi
melihat penggunaan PPBK dalam Bahasa Arab terhadap 40 orang responden Sekolah
Menengah Agama Labu menunjukkan bahawa guru mempunyai persepsi yang sangat baik
terhadap PPBK dan penggunaan PPBK mampu meningkatkan penggunaan Bahasa Arab
dalam kalangan responden.
Kajian yang dilaksanakan di sekolah-sekolah daerah Sacramento, California, Amerika
Syarikat mulai tahun 1987 telah membuktikan bahawa multimedia telah menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan memuaskan. Bahan pelajaran adalah mudah
difahami dan juga kaedah penyampaian pula lebih menyeronokkan melalui multimedia.
Kombinasi pelbagai media dalam penerangan memberi penjelasan yang lebih menyeluruh
tentang sesuatu konsep, proses atau kejadian. Program multimedia telah membolehkan murid
mengambil bahagian yang lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Floyd,
1991).

3.5 Rumusan
HMEF5093
821014105558

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK), bukanlah merupakan satu


fenomena yang baru dalam dunia pendidikan. PPBK berupaya menukarkan pengajaran secara
tradisional kepada suasana yang lebih baik dan banyak memberi manfaat. Daripada tinjauan
literatur yang dibuat, kebanyakan kajian menunjukkan penggunaan teknologi dalam
pembelajaran membuahkan hasil yang memberangsangkan. Ini disebabkan teknologi
maklumat berupaya membina program pembelajaran yang berpusatkan murid. Hasil tinjauan
literatur juga menunjukkan kegiatan penggunaan komputer harus dipertingkatkan lagi untuk
mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran supaya membantu para pelajar minat
untuk belajar Sains dan mudah memahami sesuatu konsep yang diperkenalkan.

METODOLOGI PENYELIDIKAN

4.1 Reka Bentuk Penyelidikan


Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian tindakan secara eksperimen,
kaedah soal-selidik, ujian pra dan ujian pasca . Murid dari sekolah-sekolah daerah Kluang
telah dibahagikan kepada 2 kumpulan. Murid dalam kumpulan eksperimen telah didedahkan
HMEF5093
821014105558
dengan pengajaran secara pembelajaran berbantukan komputer manakala murid dalam
kumpulan kawalan telah diajar dengan menggunakan kaedah tradisional iaitu pembelajaran
yang biasa digunakan oleh guru Sains dalam kelas tersebut. Intervensi yang telah dilakukan
ke atas murid melibatkan 8 jam iaitu lapan sesi pengajaran. Setiap sesi pengajaran melibatkan
satu jam.

4.2 Populasi Dan Persampelan Kajian


Sampel kajian ini adalah seramai 25 orang pelajar yang terdiri daripada kaum India sahaja. Kesemua
sampel dipilih dari tahun 3 . Sampel ini dikategorikan sebagai murid sederhana dan lemah prestasinya
berdasarkan Ujian PBS 1. Murid-murid tahun 3 dipilih kerana mereka merupakan murid
KSSR. Adalah menjadi harapan pengkaji supaya sampel ini dapat meningkatkan kefahaman,
minat serta motivasi pelajar selepas penggunaan komputer dalam PdP dan seterusnya
mencapai keputusan yang cemerlang.

4.3 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, tiga instrumen digunakan untuk memperoleh maklumat:


Ujian pra diadakan untuk menentukan pencapaian pelajar sebelum mengikuti sesi
pembelajaran.
Ujian pasca digunakan untuk menentukan pencapaian pelajar selepas sesi
pembelajaran.
Soal selidik pula digunakan untuk menilai persepsi pelajar terhadap kepentingan
komputer.

4.3.1 Ujian Pra


Ujian Pra yang dijalankan dapat mengenal pasti pelajar-pelajar yang lemah dalam Sains.
Selain itu, ujian ini dapat menentukan golongan pelajar yang benar-benar memerlukan
bantuan guru. Ujian ini terdiri daripada 25 soalan subjektif. Responden hanya perlu
meluangkan masa selama 30 minit sahaja bagi menjawab soalan ini. Bagi ujian pra, markah
bagi setiap soalan subjektif adalah sebanyak empat markah.. Markah keseluruhan adalah 100
markah.
HMEF5093
821014105558

4.3.2 Ujian Pasca

Ujian Pasca dijalankan untuk mengetahui pencapaian pelajar selepas didedahkan kaedah baru
iaitu kepentingan komputer dalam mata pelajaran Sains . Ujian Pasca ini diberi kepada
semua pelajar tahun 4 selepas kaedah baru dilaksanakan. Ujian ini mengandungi 25 soalan
subjektif. Ujian ini dijalankan bagi melihat dengan lebih jelas perbezaan tahap pencapaian
semasa dan selepas rawatan digunakan. Responden hanya perlu meluangkan masa selama 30
minit sahaja bagi menjawab soalan ini. Bagi ujian pra, markah bagi setiap soalan subjektif
adalah sebanyak empat markah.. Markah keseluruhan adalah 100 markah. Soalan berbentuk
subjektif digunakan dalam kedua-dua ujian pra dan ujian pasca. Hal ini disebabkan untuk
mengelakkan pelajar membuat andaian tanpa memikirkan jawapan sebenar.

4.3.3 Soal Selidik

Borang soal selidik ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Bahagian A, B, dan C. Bahagian
A merupakan bahagian maklumat diri responden, iaitu kelas pelajar, jantina dan bangsa.
Bahagian B dan C merupakan bahagian penerimaan murid iaitu masing-masing
mengandungi 8 soalan yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang prestasi, minat
serta motivasi pelajar terhadap pengguasan dalam mata pelajaran Sains. Borang soal selidik
ini juga menggunakan skala Likert iaitu suatu skala psikometri yang umum digunakan dalam
senarai soalan dan merupakan skala yang paling banyak digunakan dalam penyelidikan
tinjauan (Ghafar, M. N. A. , 2003). Semasa menjawab soal selidik dalam bentuk skala Likert,
responden menentukan tahap persetujuan mereka terhadap suatu kenyataan dengan memilih
salah satu daripada pilihan yang tersedia (Konting, M. M: 1990) Biasanya disediakan lima
pilihan skala dengan format seperti:

1. Sangat Tidak Setuju


2. Tidak Setuju
3. Tidak Pasti
4. Setuju
5. Sangat Setuju
HMEF5093
821014105558
4.4 Kaedah Pengumpulan Data

Pengkaji menyediakan soalan ujian pra untuk dijalankan oleh pelajar tahun 3. Tujuan ujian ini
adalah untuk mengetahui tahap pencapaian awal pelajar sebelum kajian dijalankan. Pengkaji
membuat perancangan untuk sesi pengajaran supaya proses PdP dapat berjalan dengan lancar.
Pengkaji melaksanakan sesi pengajaran menggunakan komputer selama 1jam bagi setiap
waktu selama 8 jam, iaitu 8 hari. Selepas sesi pembelajaran selama 8 hari ditamatkan, murid-
murid diberi ujian pasca. Ujian pasca terdiri daripada 25 soalan subjektif. Murid-murid juga
dikehendaki menjalankan soal selidik. Daripada data-data yang dikutip, pengkaji dapat
menilai persepsi murid-murid terhadap kepentingan komputer dalam PdP bagi
memperkasakan subjek Sains.

4.5 Kaedah Menganalisis Data

Frekuensi, peratusan, skor min dan tahap skor min digunakan untuk menganalisis data yang
dikumpul melalui soal selidik. Dalam kajian ini, data dianalisis menggunakan Statistical
Package For Social Sciences (SPSS) versi 16.0. Analisis data bertujuan untuk mendapatkan
jawapan kepada persoalan kajian. Perisian ini adalah sesuai digunakan untuk menganalisis
data yang diperolehi. Ianya dapat menggambarkan prestasi, minat serta motivasi pelajar
terhadap kepentingan komputer dalam memperkasakan mata pelajaran Sains.
Sementara itu, data-data ujian akan dikumpul dan dianalisis dengan membandingkan
skor mentah pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca. Skor maksimum markah bagi setiap
ujian ialah 100 markah. Skor-skor yang diperoleh dikategorikan mengikut gred seperti yang
ditunjukkan dalam jadual (Pusat Perkembangan Kurikulum : 1999)

Gred Markah
A 80-100
B 60-79
C 40-59
D 20-39
E 0-19

Selepas data dikumpul, satu jadual akan disediakan bagi membandingkan ujian pra dan ujian
pasca. Markah ujian pra dan ujian pasca akan dibandingkan melalui graf perbezaan.
HMEF5093
821014105558
Kerangka Operasi Kajian

Meningkatkan Tahap Pencapaian


Dalam Matapelajaran Sains

Kumpulan Kawalan Kumpulan

Soal selidik
Ujian Pra

Pembelajaran Tradisional Pengajaran dan Pembelajaran


Berbantukan Komputer (PPBK)

Ujian

Rajah 4.5.1 : Carta aliran langkah-langkah kajian dijalankan

Rumusan

Metodologi kajian yang sistematik akan memberikan kesan yang positif terhadap kajian yang
akan dijalankan. Perancangan dalam melakukan kajian perlu dijalankan sebaik mungkin dan
sistematik bagi memastikan perjalanan kajian berjalan dengan lancar. Ini adalah penting bagi
mendapatkan nilai data yang sahih dan jitu.
Satu analisis akan dilakukan untuk mengukur tahap keberkesanan kaedah yang
digunakan berdasarkan data yang diperolehi serta mengukur tahap penguasaan responden
terhadap dan mengukur minat responden. Diharap agar data yang diperoleh akan dapat
HMEF5093
821014105558
menentukan sejauh mana tahap pencapaian dan penguasaan murid dalam matapelajaran Sains
setelah menggunakan kaedah pembelajaran berbantukan komputer.

RUJUKAN

HizammnudinAwang (1997), KaedahPembelajaranAktifDenganTeknologiMaklumat,


DewanKosmik, Ogos 1997, MimosBerhad.

1.Mohamad bin Ibrahim (2004), ICT DalamPengajarandanPembelajaran:


HalatujudanCabaran,
http:www.malaysia.net/people/rkho/kertas_sem.htm.
HMEF5093
821014105558
2.Micheal Yoon Poh (2004), ICT Dan PeranannyaDalamSistemPendidikan Di Malaysia
http:www.malaysia.net/people/rkho/kertas_sem.htm

3.Mohamad bin Ibrahim (2004), ICT DalamPengajarandanPembelajaran:


HalatujudanCabaran
http:www.malaysia.net/people/rkho/kertas_sem.htm.

4.Munir, HalimahBadiozeZaman (2000), Aplikasi Multimedia DalamPendidikan,


JurnalPemikir, Januari-Mac 2000, Bil.19, UtusanMelayuBerhad, Kuala Lumpur.

5. hairilhazlan.com/2010/07/16/apa-itu-penyelidikan
HMEF5093
821014105558

Anda mungkin juga menyukai