Anda di halaman 1dari 5

DRAF KAJIAN TINDAKAN

1.0. Pendahuluan

2014

Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu Saya telah mempunyai pengalaman praktikum sebanyak dua kali di sekolah yang berlainan di sekitar Pulau Pinang. Praktikum buat kali yang kedua, saya telah ditempatkan di sebuah sekolah di kawasan kampung di Balik Pulau iaitu Sekolah Keabangsaan Sungai Acheh. Praktikum kali kedua merupakan pengalaman yang paling mencabar bagi saya kerana saya dikehendaki mengajar kelas hujung tahun 4. Sepanjang saya mengajar di kelas tersebut, saya mendapati murid-murid mengalami masalah dalam memahami perkara yang disampaikan oleh guru. Apabila sesi pengajaran dan pembelajaran hanya dilaksanakan secara lisan, muridmurid tidak mampu menumpukan perhatian dalam jangka masa yang panjang. Terdapat beberapa orang murid bermain dengan rakan disebelahnya dan ada juga murid yang memerhatikan guru tetapi tidak memberi tumpuan kepada isi pelajaran. (Sepatutnya pengalaman praktikum fasa 3)

2.0.

Fokus Kajian

Fokus kajian adalah untuk menguji keberkesanan teknik imej visual dalam membantu murid memahami kata adjektif jenis bentuk. Saya ingin menguji keberkesanan

pembelajaran dengan menggunakan imej visual dalam merangsang dan meningkatkan tahap kefahaman murid-murid dalam sesi pembelajaran dan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Penggunaan gambar-gambar bagi pengajaran kata adjektif

jenis bentuk juga dilakukan untuk menarik fokus mereka dalam sesi pembelajaran dan pengajaran, di samping membantu mereka mengukuhkan ingatan terhadap bentukbentuk yang dipelajari dengan berbantukan gambar-gambar berwarna.

DRAF KAJIAN TINDAKAN


3.0. Tinjauan Literatur

2014

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000:584) kata adjektif ialah kata yang menunjukkan sifat atau keadaan seseorang atau sesuatu. Kata adjektif adalah perkataan yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif. Frasa adjektif pula boleh mengandungi daripada satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan usnur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif (Tatabahasa Dewan (2002) : 213). Kata adjektif ini berperanan dalam menceritakan perihal sesuatu sifat benda (kata nama) atau sifat perbuatan (kata kerja). Kalau kata sifat menceritakan kata nama, maka kata sifat itu desebut sebagai kata adjektif. Jika kata sifat itu menceritakan kata kerja, maka kata sifat itu disebut sifat kerja (Prof. Abdullah Hassan, 2002 : 178). Kata sifat atau kata adjektif merupakan salah satu golongan kata yang terdapat dalam bahasa Melayu. Kata adjektif ini telah menjadi salah satu elemen dalam sistem bahasa yang telah terkandung dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, kata adjektif telah menjadi salah satu elemen penting dalam pengajaran tatabahasa di sekolah. Pengajaran kata adjektif telah diajarkan secara tidak langsung bersama-sama dengan kemahiran bahasa yang lain seperti kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran lisan. Keperluan murid dalam menguasai kata adjektif dalam kemahiran bahasa sebagai kayu pengukur dalam penguasaan bahasa. Dapatan kajian Awang Sariyan (1984) telah memperlihatkan bahawa penguasaan bahasa Melayu dalam masyarakat umum di Malaysia ini banyak mengandungi kesalahan, sama ada dari segi morfologi atau sintaksis. Awang Mohd Amin (1982) dalam Syarifah Nor Syahriza (2003) telah menyatakan bahawa Kelemahan dalam penguasaan morfologi dan sintaksis sudah pasti akan

DRAF KAJIAN TINDAKAN

2014

memberi kesan kepada kemerosotan pencapaian bahasa, dan sesungguhnya masalah ini sudah tentu berkait rapat dengan masalah penggunaan bahasa. Menurut Syarifah nor Syahriza (2003) banyak pelajar menghadapi masalah dalam menerbitkan dan menggunakan bentuk kata berimbuhan, kata adjektif, kata ganda, kata majmuk dan sebagai. Pelbagai kajian yang telah dijalankan bagi membantu dalam penguasaan kata adjektif dalam kalangan murid-murid. Pelbagai kaedah, strategi dan teknik yang telah digunakan dalam membantu murid menguasai kata adjektif yang dikatakan murid sering kali mengalami komplikasi dalam membezakan golongan kata adjektif dengan golongan kata lain. Antara kaedah yang pernah digunakan dalam membantu meningkatkan penguasaan murid adalah dengan menggunakan teknik Jigsaw. Bagi membantu murid dalam meningkatkan penggunaan kata adjektif, teknik imej visual akan digunakan, yang mana gabungan imej dan warna dapat membantu dalam meningkatkan ingatan mereka dalam kata adjektif jenis bentuk. Menurut Model Gardner (1983), setiap individu mempunyai kesemua lapan kecergasan tetapi pada tahap perkembangan yang berlainan. Salah satu daripada kecergasan tersebut ialah Visual Ruang yang akan digunakan dalam kajian ini. Menurut Howard Gardner (1983), kecergasan visual ruang yang ada pada manusia membolehkan manusia mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual, peka terhadap warna, garis, bentuk dan ruang. Pendekatan yang menggunakan model Gardner ini mengutaman elemen visual, imej dan gambar sebagai media penyampai maklumat utama. Elemen-elemen yang dipilih adalah berdasarkan pernyataan Gardner (1983) iaitu individu yang mempunyai kecerdasan visual yang kuat sensitif terhadap visual, imej dan gambar. Keberkesanan penggunaan teknik imej visual ini telah disokong hasil daripada kajian-kajian yang telah dijalankan. Carmelya (2010) dalam Amirah Khairunnissa (2012) telah menggunakan imej visual dalam membantu mengurangkan masalah penggunaan huruf kecil dan huruf besar dalam penulisan. Penyelidikan yang dijalankan telah

DRAF KAJIAN TINDAKAN

2014

berakhir dengan kejayaan kerana berjaya mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid. Penggunaan teknik imej visual juga dapat merangsang ingatan individu, iaitu dengan menggunakan kekuatan visual. Menurut Abd Ghafar Md Din (2003) dan Muhammad Hassan (2000), penglibatan deria penglihatan mencatatkan peratusan yang tertinggi dalam membantu manusia mengumpul ilmu pengetahuan atau belajar iaitu sebanyak 83% berbanding deria-deria lain. Izmail Zain juga turut menyebut bahawa perbuatan melihat kepada gambar dan visual boleh meningkatkan daya ingatan seseorang kepada 40%. Penggunaan imej visual ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran telah banyak diuji keberkesanannya. Penggunaan imej visual banyak digunakan dalam pengajaran sains yang mana ianya dapat membantu murid mengatasi masalah salah faham terhadap sesuatu proses. Dalam kajian tersebut, penggunaan kaedah melukis telah dilakukan untuk merangsang murid secara visual tentang konsep gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan.

4.0.

Objektif kajian

Dalam kajian ini saya telah menjalankan kajian tindakan berdasarkan dua perspektif, iaitu objektif umum dan objektif khusus. 4.1. Objektif umum :

1. Meningkatkan tahap kefahaman murid-murid dalam sesi pembelajaran dan pengajaran yang disampaikan oleh guru.

4.2.

Objektif khusus :

1. Meningkatkan penggunaan kata adjektif jenis bentuk dengan mengaplikasikan teknik imej visual dalam kalangan murid tahun 3. 2. Meningkatkan minat murid dalam mempelajari kata adjektif jenis bentuk dengan menggunakan teknik imej visual.

DRAF KAJIAN TINDAKAN

2014

5.0.

Persoalan

1. Adakah teknik imej visual yang diaplikasikan dapat meningkatkan penggunaan kata adjektif jenis bentuk dalam kalangan murid tahun 3? 2. Adakah teknik imej visual dapat meningkatkan minat murid dalam mempelajari kata adjektif jenis bentuk?

6.0. 7.0. 8.0. 9.0.

Kumpulan Sasaran Pelaksanaan Kajian Perancangan Pelaksaan Tindakan Senarai Rujukan

10.0. Lampiran

Anda mungkin juga menyukai