Anda di halaman 1dari 7

FRASA KERJA DENGAN KATA BANTU Kata bantu merupakan sejenis perkataan yang bertugas untuk membantu frasa

kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama bagi menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Kata bantu hadir sebelum kata kerja dan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kata bantu ragam dan kata bantu aspek. Dalam frasa kerja, kata bantu menerangkan kata kerja dari dua sudut makna mengikut makna yang didukung oleh kedua-dua jenis kata bantu iaitu : 1. Kata bantu aspek yang menerangkan aspek waktu bagi kata kerja 2. Kata bantu ragam yang menerangkan ragam perasaan bagi kata kerja.

Kata Bantu Aspek Kata bantu aspek membantu sesuatu frasa dalam menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu sama ada masa lampau, masa kini atau masa hadapan. Bentukbentuk kata bantu adalah seperti telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula dan belum. Oleh itu, berdasarkan cerpen yang bertajuk Ke Bintan-To, hasil penulisan oleh A. Samad Ismail, terdapat beberapa ayat yang telah menggunakan kata bantu aspek bagi menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan. Berikut merupakan antara ayat-ayat yang mengandungi kata bantu aspek, antaranya : 1. Matahari sudah condong dan langit kemerah-merahan. (p:1, b:1) 2. Kopinya belum lagi habis terminum; lempeng baru luak sedikit. (p:16, b:1) 3. Mahmud sudah melepas peluang membuka ladang di Geylang Serai. (p:21, b:7) 4. Beratus-ratus orang sedang bekerja menebang pokok -pokok yang sebesar

pemeluk dan antara mereka itu kelihatan dia anak-beranak mengayun kapak dengan sungguh-sungguh. (p:26, b:2) Kata bantu aspek tergolong kepada tiga jenis aspek masa berdasarkan sama ada perbuatan itu sudah, sedang mahupun belum dilakukan. Oleh itu, berdasarkan ayatayat yang telah dikenalpasti, semua ayat tersebut telah digolongkan seperti berikut :

Kata Bantu Aspek Sudah Dilakukan Matahari sudah condong dan langit kemerah-merahan. Sedang Dilakukan Belum Dilakukan

Beratus-ratus orang sedang bekerja menebang pokok yang sebesar pemeluk dan

Kopinya belum lagi habis terminum; lempeng baru luak sedikit.

Mahmud sudah melepas peluang membuka lading di Geylang Serai.

antara mereka itu kelihatan dia anakberanak mengayun kapak dengan bersungguh-sungguh.

Kata Bantu Ragam Kata bantu ragam pula adalah satu bentuk kata yang menerangkan atau menyatakan ragam perasaan yang mempunyai kaitan dengan perbuatan yang dilakukan seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, enggan, patut dan mungkin. Oleh itu, terdapat beberapa kata bantu ragam yang hadir sebelum kata kerja dalam frasa kerja yang dapat dikenal pasti dalam cerpen yang telah dianalisis. Antara ayat-ayat yang telah dikenal pasti adalah seperti : 1. Dia membalik-balik tanggannya seolah-olah tidak percaya dirinya boleh mencangkul. (p:25, b:3) 2. Kepada siapa hendak diserahkan rumah itu apabila dia berpindah ke Bintan kelak? (p:24, b:1) 3. Matanya hendak lelap tetapi ditahan-tahannya. (p:7, b:3)

FRASA KERJA DENGAN AYAT KOMPLEMEN Ayat komplemen merupakan ayat yang mengandungi ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama. Ayat komplemen ditandai oleh penggunaan kata hubung komplemen bahawa dan untuk. Dalam frasa kerja pula, sama ada mengandungi kata kerja transitif atau tidak transitif, boleh menerima ayat komplemen. Oleh itu, berdasarkan cerpen Ke Bintan-To, ayat komplemen yang mengandungi kata kerja dapat dikenal pasti pada muka surat 10 adalah seperti yang berikut :

Dua minggu kemudian, Berita Malai menyiarkan berita bahawa kumpulan pertama orang-orang Melayu ke Bintan-to telah selamat tiba di sana dan antara lain penulis surat khabar itu berkata (p:30, b:1) (

Berdasarkan ayat komplemen di atas, kata kerja menyiarkan telah hadir sebelum kata hubung pancangan komplemen bahawa. Ayat tersebut tergolong dalam frasa kerja transitif dengan ayat komplemen. Hal ini kerana frasa kerja transitif mengandungi kata kerja yang mempunyai imbuhan meN- pada sebelum kata hubung pancangan komplemen tersebut. Ayat komplemen tersebut juga telah berfungsi sebagai objek tepat kepada kata kerja transitif selain menjadi pelengkap kepada ayat utama. Terdapat kata kerja transitif lain yang perlu diikuti oleh ayat komplemen yang berfungsi sebagai objek supaya maksud ayat tersebut lengkap, antaranya; menafikan, menyatakan, menyebut, menegaskan, mengharapkan, menyedari, mengakui,melaporkan, mengesahkan .

UNSUR KETERANGAN DALAM FRASA KERJA Bagi menerangkan kata kerja dengan lebih lanjut lagi, unsur keterangan dalam frasa kerja telah digunakan yang mana ianya juga berfungsi sebagai kata adverb. Dalam ayat yang mengandungi susunan ayat biasa, unsur keterangan ini telah hadir selepas kata kerja. Manakala bagi kata kerja transitif pula, unsur keterangan hadir selepas objek. Dari segi struktur binaan ayat pula, unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa nama dan frasa adverba. Manakala dari segi makna pula, frasa keterangan telah dibahagikan kepada lapan kumpulan, iaitu : 1. Keterangan tempat atau arah 2. Keterangan waktu 3. Keterangan cara 4. Keterangan tujuan atau harapan 5. Keterangan alatan 6. Keterangan alat 7. Keterangan penyertaan 8. Keterangan hal 9. Keterangan bagai

Oleh itu, berdasarkan analisis teks daripada cerpen yang telah dipilih, terdapat beberapa ayat yang telah dikenal pasti yang mempunyai beberapa unsur keterangan. Antaranya adalah seperti jadual yang berikut :

Unsur Keterangan keterangan musabab

Contoh Ayat Patutkah dia menyalahkan sesiapa atau orang lain kerana kesusahannya sekarang ini? (p:13, b:1)

keterangan harapan

a. Baharu sahaja pagi tadi Mahmud sendiri berjumpa dengan Wak Ali di Kebun Geylang Serai meminta kalau ada ubi kayu. (p:15, b:3)

b. Mahmud membuka gerobok mencari kalaukalau ada lagi baki makanan pagi tadi. (p:2, b:1) c. Saya cuma dapat mengucapkan syukur saja dan saya berazam akan bekerja keras menolong membanyakkan barang-barag makanan untuk kaum kita di Syonan. (p:32, b:2)

keterangan alat

Terjumpa olehnya sekeping lempeng dan secawan kopi sejuk tetapi bertutup dengan tudung salji. (p:2, b:2)

keterangan perbandingan

Ayam, itik, angsa dan kambing keluar masuk dapur rumahnya seolah-olah ia seibu sebapa dengan anak-anaknya sangat jinak. (p:27, b:7)

keterangan waktu

a. Angin bertiup pada waktu petang sangat menyegarkan badan yang letih, dan Mahmud bajunya duduk berehat. (p:5, b:2)

b. Ketika itulah fikirannya ingat kepada masa yang telah lalupada suatu petang seperti hari itu. (p:7, b:1) c. Sebenarnya dia sudah membaca berita itu berpuluh-puluh kali tadi semenjak dia membeli surat khabar itu hingga dia sampai ke rumahnya. (p:18, b:2)

keterangan syarat

Kali ini tentu dia setuju..kalau tidak, aku paksa! (p:22, b:2)

Keterangan hal

Memang sudah adat mereka berdua semenjak menjadi laki bini kerap berunding tentang perkara-perkara yang besar yang menyentuh hal mereka anak-beranak. (p:19, b:5)

Keterangan tempat atau arah

a. Ah, waktu itu Mahmud jadi seorang kerani besar, barangkali sombong sedikit, dan renggang sikit hidupnya daripada orang-orang kampung! (p:10, b:1)

b. Perkakas dan benih diberi percuma serta RM200.00 wang bantuan daripada pihak yang berkuasa. (p:17, b:2)

c. Mahmud melompat lalu menjenguk ke

tingkap, melihat bininya tersenyum di pintu dapur. (p:29, b:1)

Keterangan penyertaan

a. Tetapi kali ini, dia tentu bersetuju dengan aku, kata Mahmud, menatap lagi berita tadi. (p:22, b:1)

b. Kata Ramlah, Bahau terlampau jauh dan dia takut bercerai selama-lamanya dengan sanak-saudara dan sahabat handai di Syonan. (p:21, b:3)

Anda mungkin juga menyukai