Anda di halaman 1dari 37

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

BMM3103
AYAT MAJMUK BAHASA
MELAYU
PENSYARAH PEMBIMBING
EN. ABDULLAH BIN MOHD. YASSIN
NAMA PEMBENTANG
YUVARANI A/P SUBRAMANIAM
AZNIZAN BINTI AZIZ

Definisi Ayat Majmuk


Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Keempat
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan
mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan
percantuman ayat-ayat disusun mengikut cara-cara
tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.

Ayat majmuk dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada


tiga jenis iaitu :

Ayat
AyatMajmuk
MajmukCampuran
Gabungan
Ayat Majmuk Pancangan

Ayat Majmuk Gabungan


Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat
atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau
mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan,
atau, tetapi dan sebagainya.
Ayat-ayat yang disambungkan itu setara sifatnya, iaitu ayat-ayat itu
sama taraf dan boleh berdiri sendiri.
Hubungan antara satu ayat dengan yang lain wujud oleh sebab ayatayat tersebut disusun berturut-turut.
Ayat-ayat ini boleh juga disambungkan tanpa kata hubung; apabila
ini berlaku, nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan
sebagai deretan penyataan.
Contohnya :
Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri mereka.

Jenis Gabungan
Ayat gabungan dibentuk dengan menggunakan beberapa kata hubung.
Penggunaan kata hubung yang berbeza ini sekurang-kurangnya
menghasilkan tiga jenis gabungan utama, iaitu:
a) Gabungan susunan faktanya berurutan, iaitu satu demi satu. Ayat ini
dibentuk dengan kata hubung dan, lalu, lagi, serta, sambil, malahan
dan sebagainya. Contohnya:

Saya minum teh dan Aminah makan nasi lemak.


Mereka melompat-lompat sambil menjerit dengan kuat.
Ratna mengutip sampah sarap lalu membuangkannya ke dalam ke
dalam tong sampah.

b) Gabungan yang susunannya memberi maksud bertentangan fakta


dalam ayat-ayat yang digabungkan. Contohnya:
Ayahnya rajin berniaga tetapi anaknya tidak berminat sama
sekali.
Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas.
Ali belajar bersungguh-sungguh tetapi dia masih tidak berpuas
hati dengan keputusan peperiksaannya.
Bukan orang jahat yang menang, melainkan orang yang sentiasa
berbuat baik.
Kain yang dibelinya terlalu mahal, padahal ada yang lebih murah.

c) Gabungan yang susunannya menggabungkan dua ayat atau


lebih, menggunakan kata hubung yang berpasangan seperti lebih
baikdaripada, apakahataupun, adakahatau(pun), sama ada
atau, dan sebagainya. Contohnya:
Daripada kita makan gaji, lebih baik bekerja sendiri.
Lebih baik mereka pergi dengan bas daripada memandu
kereta sendiri.
Apakah Menteri akan hadir di majlis itu ataupun wakilnya?
Adakah berita itu benar atau(pun) khabar angin sahaja?
Sama ada berita itu benar atau tidak belum pasti.

Ayat Majmuk Pancangan


Ayat majmuk pancangan terdiri daripada beberapa ayat yang
kedudukan antara ayat itu tidak sama.
Dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat
induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di
dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.
Ada tiga jenis ayat majmuk pancangan dalam bahasa Melayu:

Ayat relatif

Ayat
komplemen

Ayat
keterangan

Ayat Relatif
Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan
perkataan yang, seperti contoh berikut:
Contoh 1
Saya membeli baju yang berwarna merah.
Ayat di atas sebenarnya terdiri daripada dua ayat,iaitu:
a) Saya membeli baju
- Ayat induk
b) Baju itu berwarna merah - Ayat kecil
Apabila kedua-dua ayat itu dimajmukkan, ayat Baju itu
berwarna merah dipancangkan ke dalam ayat induk Saya
membeli baju.
Oleh sebab ungkapan baju diulang, maka baju yang kedua itu
digugurkan dan digantikan dengan kata hubung relatif yang.

Proses ini boleh dianggap sebagai mengalami tingkat-tingkat


perubahan seperti berikut:
Pertama : Saya membeli baju + Baju itu berwarna merah.
Kedua

: Saya membeli baju + baju itu berwarna merah.

Ketiga

: Saya membeli baju yang berwarna merah.

Contoh 2
Budak yang sedang membaca majalah itu anak saya.
a) Budak itu anak saya.
- Ayat induk
b) Budak itu sedang membaca majalah.
- Ayat kecil
)Ayat budak itu sedang membaca majalah dipancangkan ke
dalam ayat Budak itu anak saya.
)Oleh sebab frasa budak itu diulang, maka frasa nama kedua
yang serupa digugurkan dan diganti dengan kata relatif yang.
)Secara kasar, proses ini boleh digambarkan seperti berikut:
Pertama : Budak itu anak saya + Budak itu sedang membaca
majalah.
Kedua
: Budak itu + Budak itu sedang membaca majalah +
anak saya.
Ketiga

: Budak yang sedang membaca majalah itu anak saya.

Perbezaan antara contoh ayat 1 dengan 2 terletak pada


hakikat bahawa dalam contoh 1 ayat kecil yang
dipancangkan ke dalam predikat ayat itu bertugas sebagai
objek.
contoh ayat 2 pula menerima ayat pancangan sebagai
subjeknya dengan menukarkan bentuk ayat itu kepada
budak yang sedang membaca majalah itu.

Ayat Majmuk Komplemen


Ayat majmuk komplemen mengandungi klausa komplemen yang
dipancangkan ke dalam klausa induk.
Komplemen bermakna pelengkap.
Klausa komplemen adalah klausa kecil yang berfungsi sebagai
pelengkap dalam klausa induk.
Ayat majmuk pancangan komplemen menggunakan kata
komplemen seperti bahawa, supaya dan untuk .
Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan komplemen iaitu:
a) Ayat komplemen frasa nama
b) Ayat komplemen frasa kerja
c) Ayat komplemen frasa adjektif

i. Ayat Komplemen Frasa Nama


Frasa nama boleh menduduki empat tempat dalam ayat, iaitu
sebagai subjek, predikat, objek tepat dan objek sipi.
Namun demikian, ayat komplemen jenis frasa nama hanya dapat
menduduki dua tempat, iaitu sebagai ayat komplemen frasa nama
subjek dan ayat komplemen frasa nama objek tepat.
i.

Ayat Komplemen Frasa Nama Subjek


Bahawa Islam menjamin keadilan.
Untuk dia mendapat tempat pertama dalam peperiksaan itu
memang susah.
Tentulah mustahil untuk manusia berjalan di terowong sempit
itu. (ayat songsang)
Sesungguhnya amat mustahil untuk pencuri itu melepaskan diri.
(ayat songsang)

ii) Ayat Komplemen Frasa Nama Objek Tepat


Ayat majmuk pancangan komplemen frasa nama objek tepat pula
menunjukkan ayat komplemen sebagai ayat yang berfungsi sebagai
objek tepat kata kerja transitif pada ayat induknya.
Contoh:
Orang itu menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang.
Pemuda itu menyatakan bahawa dia telah memenangi
peraduan mengarang cerpen.
Berita itu menyebut bahawa semua penumpang terselamat.
Kerajaan mengumumkan bahawa kadar tol akan meningkat
pada tahun hadapan.

ii. Ayat Komplemen Frasa Kerja


Ayat majmuk pancangan frasa kerja pula boleh terdiri daripada
kata kerja tak transitif, iaitu yang diikuti bukan oleh frasa nama
tetapi oleh keterangan lain dengan tujuan melengkapkan frasa
tersebut.
Oleh itu, terdapat ayat komplemen yang berfungsi sebagai
pelengkap kata kerja yang kelihatan seolah-olah ayat majmuk
pancangan komplemen frasa nama objek tetapi tidak kerana
statusnya yang tidak boleh mengalami proses pasif.
Contoh:
Pak Abu berpendirian bahawa tanah itu tidak patut dijual.
Kenyataan itu bermaksud bahawa kerajaan sanggup
memajukan kawasan luar bandar.
Pengetua itu bersetuju bahawa kantin sekolah wajar
diubahsuai.

iii. Ayat Komplemen Frasa Adjektif


Frasa adjektif boleh menjadi unsur predikat sesuatu ayat.
Ayat komplemen boleh terdiri daripada ayat komplemen adjektif,
iaitu yang merupakan ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat
induk.
Walau bagaimanapun, jumlah ayat jenis ini dalam bahasa Melayu
terhad.
Contoh:

Saya sangat yakin bahawa dia akan berjaya.

Dia amat percaya bahawa adiknya telah lulus dalam


peperiksaan itu.

Penduduk kampung itu sangat insaf bahawa mereka tidak


mampu.

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan


Ayat keterangan berfungsi memberikan huraian lanjut kepada kata
kerja ayat induk.
Terdapat berbagai-bagai keterangan yang disampaikan oleh ayat
kecil jenis ini, bergantung pada jenis kata hubung yang digunakan
dan maksud yang terkandung di dalamnya.
Ayat majmuk pancangan keterangan terdiri daripada sembilan jenis
yang dibezakan oleh jenis kata hubung yang digunakan seperti
berikut:

Keterangan
musabab

Keterangan
waktu

Keterangan
cara

Keterangan
akibat

Keterangan
pertentanga
n

Keterangan
tujuan

Keterangan
syarat

Keterangan
harapan

Keterangan
perbandinga
n

1. Keterangan Musabab
Keterangan musabab ialah unsur yang menerangkan sebab
berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan.
Kata hubung keterangan musabab adalah seperti kerana, lantaran,
sebab dan oleh sebab.
Contohnya:
o Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat.
o Mereka tidak dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan sebab
mereka datang lambat.
o Oleh sebab harga minyak meningkat, mereka membatalkan
lawatan ke Terengganu.
o Kanak-kanak itu terluka di jarinya lantaran bermain pisau.

2. Keterangan Akibat
Keterangan akibat ialah unsur yang menerangkan kesan atau hasil
sesuatu perbuatan.
Kata hubung keterangan akibat adalah seperti hingga dan
sehingga.
Contohnya:
Dania berasa terlalu marah hingga sakit dadanya.
Fikri menjaga keretanya dengan cermat sehingga memenangi
cabaran kereta tercantik.

3. Keterangan Syarat
Keterangan syarat ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang
mesti dipenuhi.
Kata hubung keterangan syarat adalah seperti sekiranya, andai
kata, jikalau, jika dan kalau.
Contohnya:
Sekiranya saya lulus peperiksaan ini, saya akan berpuasa
sepuluh hari.
Andai kata mereka menyerang, kita akan bertahan
bersungguh-sungguh.
Ali akan ikut serta rombongan itu kalau ayah
membenarkannya.
Jika diizinkan Tuhan, kami akan datang lagi tahun hadapan.
Pemimpin-pemimpin itu akan terus berjuang sekiranya mereka
mendapat sokongan rakyat.

4. Keterangan Waktu
Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu
perbuatan atau kejadian.
Kata hubung keterangan waktu adalah seperti sejak, semenjak,
setelah, sewaktu, sementara, tatkala dan ketika.
Contohnya:
Polis segera tiba setelah mendapat maklumat tentang
pergaduhan itu.
Saya belum berkunjung ke rumah Ali semenjak ia berpindah ke
sana.
Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung.
Tatkala hujan mula turun, mereka masih di sawah.
Ketika masih kecil dahulu, mereka selalu berkelah di pantai.

5. Keterangan Pertentangan
Keterangan pertentangan ialah unsur yang menerangkan sesuatu
perbuatan atau kejadian yang berlawanan.
Kata hubung keterangan pertentangan adalah seperti walaupun,
meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun,
sekalipun dan sedangkan.
Contohnya:
Walaupun kurus Lin tetap bertenaga.
Meskipun dihalang oleh keluarga Syahir tetap dengan
keputusannya.
Kendatipun gadis itu dimarahi, dia terus melayan pelanggan di bank
itu.
Ali dan keluarganya akan terus bertahan biarpun hidup serba
kekurangan.
Sarah meneruskan perjalanannya namun terpaksa berhenti apabila
ditahan polis.

6. Keterangan Harapan
Keterangan harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu
perbuatan atau kejadian yang dihajati.
Kata hubung keterangan harapan adalah seperti supaya, agar,
semoga, moga-moga dan kalau-kalau.
Contohnya:
Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati.
Kerajaan berusaha meningkatkan ekonomi negara supaya
rakyat dapat hidup sejahtera.
Cuba bertanya pada orang tua itu kalau-kalau dia
mengetahuinya.
Semoga derma yang dihulurkan itu dapat meringankan beban
mangsa-mangsa banjir.
Moga-moga segala usahanya selama ini mendapat
pengiktirafan yang sewajarnya.

7. Keterangan Cara
Keterangan cara ialah unsur yang menerangkan gaya atau kaedah
sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku.
Kata hubung keterangan cara ialah dengan.
Contohnya:
Pemuda itu datang dengan menaiki kereta api.
Dengan perlahan-lahan, Peter menarik kaki adiknya yang
tersepit.
Dengan menggunakan besi, Aziz memecahkan tingkap rumah
itu.
Dia membunuh ular itu dengan menggunakan buluh.
Mereka ke sekolah dengan menunggang basikal.

8. Keterangan Tujuan
Keterangan tujuan ialah unsur yang menerangkan maksud bagi
sesuatu perbuatan atau kejadian.
Kata hubung keterangan tujuan adalah seperti untuk, demi dan
bagi.
Contohnya:
Para pemimpin menyusun rancangan ekonomi untuk
meningkatkan taraf hidup rakyat.
Demi menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum, sebuah
jabatan khusus telah ditubuhkan.
Dua atom hidrogen dan satu atom oksigen bergabung bagi
membentuk satu molekul air.

9. Keterangan Perbandingan
Keterangan perbandingan ialah unsur yang menerangkan sesuatu
kejadian yang menjadi persamaan.
Kata hubung keterangan perbandingan adalah seperti, macam,
seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan dan bak.
Contohnya:
Dia kebingungan bagai rusa masuk kampung.
Hatinya hancur seperti kaca terhempas ke batu.
Pemuda itu sentiasa mengelamun macam pungguk merindui
bulan.
Kanak-kanak itu mencebik bibirnya seakan-akan hendak
menangis.

Ayat majmuk campuran


Ayat yang mengandungi lebih
daripada satu jenis ayat.
Terdiri daripada campuran ayat
tunggal dengan ayat majmuk atau
deretan berbagai jenis ayat majmuk.

Contoh ayat :
1. Ahmad sedang membaca buku tetapi
kawan kawannya yang sudah letih lesu
telah lama tidur.
*Ayat ini terdiri daripada ayat majmuk
gabungan yang disambungkan dengan kata
hubung tetapi.
* Dalam ayat kedua terdapat ayat relatif
iaitu yang sudah letih lesu.

Contoh ayat :
2. Murid murid itu mengetahui bahawa peraturan itu
penting dan mereka menyedari bahawa walaupun
mereka tidak senang hati dengannya, peraturan itu
mesti dipatuhi.

* Dua ayat yang digabungkan dengan kata hubung


dan.
* Merupakan ayat majmuk :
1. ayat induk iaitu murid murid itu
mengetahui ( sesuatu )
2. ayat komplemen bahawa walaupun mereka
tidak senang
hati dengannya, peraturan itu
mesti dipatuhi

Contoh ayat :
3. Orang tua itu segera dibawa ke
hospital kerana dia menghidap penyakit
yang disebabkan oleh makanan beracun.
* Terdapat ayat relatif yang
* Ayat keterangan kerana ( kerana
merupakan kata hubung pancangan
keterangan )

*Sesuatu ayat itu boleh terdiri daripada satu ayat


tunggal, atau deretan ayat yang dibina melalui
proses gabungan, relative, komplemen, atau
keterangan.
* Namun demikian, ada juga ayat walaupun
kelihatan panjang sebenarnya ayat tunggal. Oleh
sebab terdiri daripada satu subjek dan satu
predikat.
Contoh :
Kereta baharu anak guru besar Sekolah Menengah
kebangsaan Kampung Paya telah terlanggar
seekor lembu jantan di hadapan pejabat pos pada
hari Jumaat yang lalu.

Ayat majmuk pasif


1. Ayat pasif boleh terbina dalam bentuk
ayat majmuk.
2. Jika ayat aktif hendak dipasifkan, frasa
nama yang menjadi objek akan
mengalami penjudulan.
3. Semua ayat majmuk aktif ini jika
mengandungi kata kerja transitif boleh
dijadikan ayat pasif.

Contoh ayat majmuk pasif :


1. Ayat majmuk gabungan
* Aktif : Saya minum teh dan Aminah makan nasi.
* Pasif : Teh saya minum dan nasi dimakan oleh Aminah.
* Aktif : Kami akan mengunjungi nenek kemudian menziarahi
pak cik.
* Pasif : Nenek akan kami kunjungi kemudian pak cik akan
kami ziarahi.

2. Ayat majmuk relatif


* Aktif : Mereka menonton wayang yang lucu itu.
* Pasif : Wayang yang lucu itu ditonton oleh mereka
* Aktif : Abang membeli rumah yang besar itu.
* Pasif : Rumah yang besar itu dibeli oleh abang.

3. Ayat majmuk komplemen


* Aktif : Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula pada
bulan hadapan.
*Pasif : Bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan
diterangkan oleh guru.
* Aktif : Kami mengetahui bahawa perkara itu dusta.
* Pasif : Bahawa perkara itu dusta kami ketahui .

4. Ayat majmuk keterangan


* Aktif : Ali akan membeli buku itu kalau ayah membenarkannya.
* Pasif : Buku itu akan dibeli oleh Ali kalau ayah
membenarkannya.
* Aktif : Ibu menyuruh kami membantu supaya pekerjaan itu
cepat selesai.
*Pasif : kami disuruh oleh ibu membantu supaya perkerjaan itu
cepat selesai.

SEKIAN TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai