Anda di halaman 1dari 65

SOALAN 2

BINAAN DAN CIRI-CIRI AYAT MAJMUK TOKOH : i) ii) iii) iv) Nik Safiah Karim Farid M. Onn Hashim Haji Muda Abdul Hamid Mahmood

Rujukan : Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Ayat 1 di bawah, misalnya, ialah ayat hasil daripada cantuman ayat 1 (a) dengan ayat 1 (b): Contoh 1 : Ayat Majmuk Salim sedang membaca surat khabar dan Fatimah sedang memasak. Ayat Tunggal 1 Salim sedang membaca surat khabar. Ayat Tunggal 2 Fatimah sedang memasak.

Contoh 2: Ayat Majmuk Habib gemuk tetapi adiknya kurus. Ayat Tunggal 1 Habib gemuk. Ayat Tunggal 2 Adiknya kurus.

Contoh 3: Ayat Majmuk Guru sekolah saya tekun dan berdedikasi.

Ayat Tunggal 1 Guru sekolah saya tekun.

Ayat Tunggal 2 Guru sekolah saya berdedikasi.

Contoh 4: Ayat Majmuk Dia membeli buku cerita yang tebal. Ayat Tunggal 1 Dia membeli buku cerita. Ayat Tunggal 2 Buku cerita yang tebal.

Contoh 5: Ayat Majmuk Ibu mendapat berita bahawa adik telah tamat latihan ketenteraan.

Ayat Tunggal 1 Ibu mendapat berita.

Ayat Tunggal 2 Adik telah tamat latihan ketenteraan.

Contoh 6: Ayat Majmuk Bayi itu menangis kerana ia lapar. Ayat Tunggal 1 Bayi itu menangis. Ayat Tunggal 2 Bayi itu lapar.

Daripada contoh di atas jelas kelihatan bahawa terdapat berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Dengan berdasarkan cara ayat-ayat majmuk itu dibentuk, holeh dikatakan terdapat tiga jenis utama, iaitu:

Ayat majmuk gabungan Ayat majmuk pancangan Ayat majmuk campuran

a) Ayat Majmuk Gabungan Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata huhung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya seperti dalam contohcontoh berikut: Murid-murid menari dan hernyanyi. Ali tinggi tetapi kakaknya pendek. Ibu hendak ke pasar atau hendak ke rumah kawan ? Ayat-ayat yang disambungkan itu setara sifatnya, iaitu ayat-ayat itu sama taraf dan boleh berdiri sendiri. Hubungan antara satu ayat dengan yang lain wujud oleh sebab ayat-ayat tersebut disusun berturut-turut. Ayat-ayat ini boleh juga disambungkan tanpa kata hubung; apabila mi berlaku, nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan sebagai deretan penyataan. Sebagai contoh: Kamil berdiri tegak, mendengarkan percakapan mereka. Pemain-pemain ragbi itu sungguh lincah, melompat ke kiri, melompat ke kanan.

Dalam contoh-contoh di atas kelihatan bahawa ayat-ayat yang digabungkan itu, dalam bentuk tulisan, dipisahkan oleh tanda baca koma (,).Pembentukan Ayat Majmuk Gabungan Ayat-ayat berikut merupakan contoh ayat majmuk yang dibentuk dengan menggunakan kata-kata hubung seperti dan, lalu, lagi, serta, dan sebagainya. Contohnya: Ayah sedang memandu dan ibu membaca buku. Datuk bangun lalu turun bersawah. Neneknya banyak pengalaman lagi besar pengaruhnya. Dia bercakap dengan kuat serta mendabik dadanya. Mereka melompat-lompat sambil ketawa dengan riang.

Perkaitan antara ayat-ayat dalam ayat majmuk jenis ini dapat digambarkan secara gambar rajah seperti yang berikut:

Ayat 1

Ayat 2

Kata hubung

Ayat 3

Dalam rajah di atas, ayat majmuk gabungan (Ayat 1) terdiri daripada gabungan Ayat 2 dengan Ayat 3, melalui kata hubung. Dan segi teori, ayat majmuk jenis ini boleh terdiri daripada percantuman beberapa ayat tunggal, seperti dalam gambar rajah berikut:

Ayat 1 Ayat 2 Ayat 3 Ayat 4 Ayat 5 ...

Dengan mengambil ayat ayah sedang memandu dan ibu membaca buku. sebagai contoh, gambar rajahnya dapat dibuat seperti yang benikut:

Ayat 1 Ayat 2 Kata hubung


dan

Ayat 3

ayah sedang memandu

ibu membaca buku

Kata hubung dalam ayat-ayat contoh di atas letaknya antara dua ayat yang dihubungkan dan tidak berpihak kepada mana-mana ayat. Tugas kata hubung adalah untuk menghubungkan ayat-ayat dan menjadikannya satu ayat yang lebih besar. Dalam penyambungan ayat-ayat ini beberapa perkara dapat berlaku pada bahagian-bahagian ayat yang terlibat. Dalam contoh-contoh berikut kesemua bahagian ayat yang digabungkan itu dikekalkan, iaitu ayat (a) digabungkan dengan ayat (b) dengan kata hubung untuk menghasilkan ayat (C): Contoh 1 : Ayat Majmuk Salim sedang membaca surat khabar dan Fatimah sedang memasak. Ayat Tunggal 1 Salim sedang membaca surat khabar. Kata Hubung dan Ayat Tunggal 2 Fatimah sedang memasak.

Contoh 2: Ayat Majmuk Habib gemuk tetapi adiknya kurus. Ayat Tunggal 1 Habib gemuk. Kata Hubung tetapi Ayat Tunggal 2 Adiknya kurus.

Contoh 3: Ayat Majmuk Guru sekolah saya tekun dan berdedikasi. Ayat Tunggal 1 Guru sekolah saya tekun. Kata Hubung dan Ayat Tunggal 2 Guru sekolah saya berdedikasi.

Contoh 4: Ayat Majmuk Dia membeli buku cerita yang tebal. Ayat Tunggal 1 Dia membeli buku cerita. Kata Hubung yang Ayat Tunggal 2 Buku cerita yang tebal.

Contoh 5: Ayat Majmuk Ibu mendapat berita bahawa adik telah tamat latihan ketenteraan. Ayat Tunggal 1 Ibu mendapat berita. Kata Hubung bahawa Ayat Tunggal 2 Adik telah tamat latihan ketenteraan.

Contoh 6: Ayat Majmuk Bayi itu menangis kerana ia lapar. Ayat Tunggal 1 Bayi itu menangis. Kata Hubung kerana Ayat Tunggal 2 Bayi itu lapar.

Jikalau ayat-ayat yang digabungkan itu mempunyai unsur yang sama dan diulang, maka bahagian-bahagian yang sama itu boleh digugurkan. Misalnya, daripada ayat-ayat: i) Ayat Majmuk Abu pandai bermain bola dan hoki. Ayat Tunggal 1 Abu pandai bermain hola. Ayat Tunggal 2 Abu pandai bermain hoki. Bahagian yang digugurkan Abu pandai bermain

Kata Hubung yang ditambah : dan

ii) Ayat Majmuk Anjing itu menggigit kakinya, lalu lari. Ayat Tunggal 1 Anjing itu menggigit kakinya. Ayat Tunggal 2 Anjing itu lari Bahagian yang digugurkan Anjing itu

Kata Hubung yang ditambah : lalu

iii) Ayat Majmuk Rumah itu baru sahaja siap dan belum ada penghuninya. Ayat Tunggal 1 Rumah itu baru sahaja siap Ayat Tunggal 2 Rumah itu belum ada penghuninya. Kata Hubung yang ditambah : dan Bahagian yang digugurkan Rumah itu

iv) Ayat Majmuk Saya suka makan nasi ayam dan adik saya nasi goreng. Ayat Tunggal 1 Saya suka makan nasi ayam. Ayat Tunggal 2 Adik saya suka makan nasi goreng Kata Hubung yang ditambah : dan Bahagian yang digugurkan suka makan

Ayat-ayat yang dihubungkan adalah daripada jenis yang sama dan boleh terdiri daripada ayat penyata, ayat perintah, atau ayat tanya, tetapi ayat-ayat tersebut biasanya tidak boleh dicampuradukkan jenisnya. Contohnya: Ahmad rajin bekerja tetapi adiknya malas. Pergilah masuk ke bilik dan tidur ! Bolehkah anda datang esok dan menyelesaikan kerja itu ?

Selain itu, ayat-ayat terbitan yang merupakan ayat-ayat yang digabungkan dengan kata hubung dan perlu mempunyai hubungan makna untuk menjadikan ayat-ayat tersebut gramatis. Perhatikan contoh-contoh benikut: Ali bermain bola dan adiknya bermain guli. Emak menjahit baju dan kakak menjahit sarung bantal.

Proses penggabungan ayat boleh digunakan untuk deretan beberapa ayat. Perhatikan ayat berikut: Pada cuti sekolah yang lalu saya melawat datuk, nenek, pak cik, mak cik, dan saudara-mara di kampung.

Kelihatan bahawa ayat di atas terdiri daripada lima ayat tunggal yang telah dijadikan satu ayat majmuk dengan menggugurkan empat frasa yang berulang-ulang, iaitu pada

cuti sekolah yang lalu saya melawat. Demikian juga kehadiran dan yang berulang-ulang boleh dihilangkan, kecuali yang akhir, seperti dalam contoh berikut: Ayat Sebenar Ibu memasak, ayah membaca akhbar dan abang mendengar radio. Ayat Asal Ibu memasak dan ayah membaca akhbar dan abang mendengar radio.

Kadangkala penggunaan kata hubung dihilangkan sama sekali, misalnya: Ayat 1 Adik ke sekolah, ayah ke pejabat. Ayat 2 Adik ke sekolah dan ayah ke pejabat.

Dalam ayat ini, oleh sebab dan tidak menenima tekanan, maka dan boleh digugurkan. Makna ayat itu tetap tidak berubah. Jenis Gabungan Ayat-ayat gabungan dibentuk dengan menggunakan beberapa kata hubung.

Penggunaan kata hubung yang berbeza mi menghasilkan dua jenis gabungan utama, iaitu: (i) Gabungan yang susunan fakta-faktanya berurutan, yakni satu demi satu. Contoh ayat yang dibentuk dengan kata hubung dan, lalu, lagi, serta, dan sambil. Contoh-contoh adalah seperti yang benikut: Datuk memandang saya sambil tersenyum. Pendapat penceramah itu amat cetek, tambahan pula disampaikan dengan cara yang tidak menarik. Jiran saya itu baik orangnya, malahan jarang-jarang sekali ia menyakiti hati orang lain. Mula-mula saya disuruh duduk, kemudian diajak berbincang, akhirnya dibawa masuk bertemu dengan majikannya. Pertama saya tidak berwang, kedua saya kurang herminat dalam hal ini dan ketiga saya sekarang terlalu sibuk dengan urusan pejabat.

(ii) Gabungan yang susunannya memberikan maksud pententangan fakta dalam ayatayat yang digabungkan itu. Contohnya: Ayahnya rajin berniaga tetapi anaknya tidak berminat sama sekali. Musim salji dingin, sebaliknya musim kemarau panas. Salmah belajar bersungguh-sungguh tetapi dia masih tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaannya. Bukan orang jahat yang menang, melainkan orang yang sentiasa berbuat baik. Kasut yang dibelinya tenlalu mahal, padahal ada yang lebih murah.

Ayat Majmuk Pancangan Ada ayat majmuk yang terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat-ayat itu tidak sama. Seperti yang telah diterangkan, dalam ayat majmuk gabungan terdapat dua ayat atau lebih yang bersifat sama taraf, yakni masing-masing dapat berdiri sendiri. Sebaliknya, dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian danipada ayat induk itu. Ada tiga jenis ayat majmuk pancangan dalam bahasa Melayu, yang ditentukan oleh cara pembentukannya dan jenis ayat yang dipancangkan, iaitu:

Ayat komplemen
Ayat Relatif

Ayat keterangan

Ayat Relatif Ayat relatif ialah ayat yang dikenali dengan penggunaan perkataan yang, seperti dalam contoh-contoh benikut: I. II. III. IV. V. VI. Saya membeli pen yang berwarna merah. Mereka menonton cerita yang amat seram. Budak yang sedang membaca majalah itu adik saya. Lembu yang menanduk kereta saya itu lari ke dalam semak. Bas yang dinaiki ibu saya itu bas ekspres. Baju yang dijahit oleh emak Mimi itu sudah koyak.

Contoh ayat pertama di atas sebenarnya terdiri daripada dua ayat, iaitu: Contoh 1: Ayat Majmuk Relatif Saya membeli pen yang berwarna merah. Ayat Tunggal 2 Pen itu berwarna merah.

Ayat Tunggal 1 Saya membeli pen.

Apabila kedua-dua ayat itu dimajmukkan, ayat Pen itu berwarna merah..dipancangkan ke dalam ayat induk Saya membeli pen. Oleb sebab ungkapan pen diulang, maka pen yang kedua itu digugurkan dan diganti dengan kata relatif yang. Proses ini boleh dianggap sebagai mengalami tingkat-tingkat peruhahan seperti yang berikut: Pertama : Saya membeli pen + Pen itu berwarna menah Kedua : Saya membeli pen + pen itu berwarna rnerah Ketiga : Saya membeli baju yang berwarna merah. Dalam ayat Saya membeli baju yang berwarna merah., ayat induknya ialah Saya membeli pen, sementara ayat kecil relatif yang di pancangkan ke dalamnya ialah Baju itu berwarna rnerah yang kemudiannya menjadi yang berwarna merah. Demikian juga

dengan ayat di bawah iaitu Budak yang sedang membaca majalah itu anak saya yang terdapat dua ayat di dalamnya, iaitu:

Contoh : Budak itu anak saya. Budak itu sedang membaca majalah.

Ayat Budak itu sedang membaca majalah dipancangkan ke dalam ayat Budak ini, anak saya. Oleh sebab frasa budak ifu diulang maka frasa nama kedua yang serupa digugurkan dan diganti dengan kata relatif yang. Secara kasar proses ini boleh digambarkan seperti yang berikut: Contoh 2: Ayat Majmuk Relatif Budak yang sedang membaca majalah itu anak saya. Ayat Tunggal 1 Budak itu anak saya + Budak itu sedang membaca majalah Ayat Tunggal 2 Budak itu + budak itu sedang membaca majalah + anak saya.

Perbezaan antara ayat contoh I dengan ayat contoh III terletak pada hakikat bahawa dalam ayat contoh I merupakan ayat kecil yang dipancangkan ke dalam predikat ayat itu, bertugas sebagai objek, sementara ayat contoh III menenima ayat pancangan sebagai subjeknya dengan menukarkan bentuk ayat itu kepada budak yang sedang membaca majalah itu. Ayat V berbeza lagi daripada kedua-dua ayat yang sebelumnya. Seperti ayat-ayat relatif lain, ayat ini juga tendiri daripada ayat induk dengan ayat kecil seperti yang berikut:

Ayat Majmuk Relatif Bas yang dinaiki adik saya itu bas ekspres. Ayat Induk Bas itu bas ekspres. Ayat Kecil Adik saya menaiki bas. Ayat Pasif Bas dinaiki adik saya.

Pemajmukan ayat induk V dan ayat kecil V melahirkan ayat baharu, ayat majmuk relatif: Bas yang dinaiki adik saya itu bas ekspres. Contoh-contoh lain: VII. VIII. IX. X. XI. XII. XIII. XIV. XV. XVI. Mereka melihat permandangan yang sungguh indah itu. Pihak pengurusan membantu staf yang ditimpa kemalangan di tempaf kerja. Guru sukan memuji atlet-atlet yang berjaya dalarn pertandingan itu. Tetamu yang baru datang itu membawa buah tangan. Udara yang nyaman menyegarkan. Pemudi yang berusaha bersungguh-sungguh itu memenangi hadiah. Mereka menunggu di bilik yang telah dibersihkan. Buku yang dibeli oleh Ali amat tebal. Mereka melihat anak bulan di Bait al-Hilal yang terletak di Teluk Kernang. Perompak yang menembak polis itu telah ditangkap.

Seperti dalam contoh-contoh di atas, penanda relatif ialah yang. Walau bagaimanapun, dalam bahasa Melayu perkataan yang bukan sahaja digunakan sebagai penanda relatif, tetapi digunakan juga sebagai nama yang digugurkan daripada frasa nama + yang seperti dalam contoh-contoh berikut: Contoh 1 :

Warna biru itu warna kegemaran ibu saya.


Ayat Majmuk Relatif 1

Kata Nama yang digugurkan

Warna

Yang biru itu warna kegemaran saya.


Ayat Majmuk

Relatif 2

Contoh 2 :

Bangunan yang tinggi itu bangunan Bank Bumiputera.


Ayat Majmuk Relatif 1

Kata Nama yang digugurkan

Bangunan

Yang tinggi itu bangunan Bank Bumiputera..


Ayat Majmuk Relatif 2

Contoh 3 :

Orang yang tinggal di luar bandar kebanyakannya orang Melayu. Ayat Majmuk Relatif 1

Kata Nama yang digugurkan

Orang

Yang tinggal di luar bandan kebanyakannya orang Melayu.


Ayat Majmuk Relatif 2

Contoh 4 :

Mereka yang rajin dan berusaha selalunya berjaya.


Ayat Majmuk Relatif 1

Kata Nama yang digugurkan

Mereka

Yang rajin dan berusaha selalunya berjaya.


Ayat Majmuk Relatif 2

Contoh 5 :

Orang yang berjuang menentang Malayan Union dahulu itu telah dibeni penghormatan.

Kata Nama yang digugurkan


Orang

Yang berjuang menentang Malayan Union dahulu itu telah dibeni penghormatan.

Ayat Majmuk Relatif 1

Ayat Majmuk Relatif 2

Ayat Komplemen Ayat I ialah ayat relatif. Seperti yang telah diterangkan di atas, perkataan yang dalam frasa yang sakit itu menggantikan frasa yang diulang, iaitu murid itu seperti yang terdapat dalam ayat-ayat asal dalam ayat I(a) dan I(b) benikut: I. II. Murid yang sakit itu telah pulang. Dia menerangkan bahawa murid itu sakit.

I . (a) Murid itu telah pulang. (b) Murid itu sakit. Ayat Murid itu sakit telah dipancangkan sebagai ayat relative ke dalam ayat murid itu telah pulang. Dalam ayat II pula ayat bahawa rnurid itu sakit merupakan objek kepada kata kerja transitif menerangkan. Dalam ayat tersebut terdapat subjek dia dan kata kenja transitif menerangkan, dan ayat bahawa murid itu sakit, seolah-olah menjadi objek kepada kata kerja transitif itu.

Dan satu segi, ayat di atas tidak jauh bezanya danipada ayat berikut: III. Ahmad membeli buku.

Dalam ayat tersebut buku pun berfungsi sebagai objek kepada kata kerja transitif membeli. Perbezaan terletak pada struktur kedua-dua ayat. Buku ialah objek bagi kata kerja membeli sementara bahawa murid itu sakit ialah ayat yang bertugas sebagai objek kepada kata kerja menerangkan. Dia rnenerangkan bahawa murid itu sakit terdiri danipada dua ayat, iaitu:

Ayat komplemen frasa nama

Ayat komplemen frasa kerja

Ayat komplemen frasa adjektif

a) Ayaf komp/emen frasa nama Frasa nama boleh menduduki empat tempat dalam ayat, iaitu sebagai subjek, predikat, objek tepat, dan objek sipi. Tetapi, ayat-ayat komplemen jenis frasa nama hanya dapat menduduki dua tempat, iaitu sebagai ayat komplemen frasa nama subjek dan ayat komplemen frasa nama objek tepat, seperti yang berikut: (a) Ayaf komplemen frasa nama subjek I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX. Bahawa Islam menjamin keadilan memanglah jelas. Untuk dia mendapat tempat pertama dalam peperiksaan itu memang susah. Agak sukar untuk Dato Azmi memenangi pilihan raya kecil itu. Bahawa rancangan itu gagal tidak benar. Dakwaan bahawa Ali menipu telah diketahui umum. Amat mustahak untuk kerajaan mengadakan perjanjian jual beli. Sesungguhnya amat mustahil untuk pencuri itu melepaskan diri. Bahawa setiap peserta akan menerima hadiah adalah muktamad. Sangat tidak munasabah bahawa masalah itu tidak dapaf diselesaikan melalui perundingan. X. Tentulah tidak wajar untuk mereka mendirikan rumah di kawasan tanah haram.

Walaupun susunan binaan ayat-ayat III, VI, VII, IX, dan X berbeza, bahagian-bahagian yang condong itu tetap merupakan subjek oleh sebab ayat-ayat itu ialah ayat songsang. (b) Ayaf komplemen frasa nama objek tepat Objek dalam ayat boleh wujud sebagai objek tepat kata kerja transitif atau sebagai objek sipi, tetapi ayat komplemen boleh wujud hanya sebagai objek tepat sahaja. Orang itu menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang. Pemuda itu menyatakan bahawa dia telah memenangi peraduan mengarang cerpen. Berita itu menyebut bahawa semua penumpang selamat. Kami menegaskan bahawa kejayaan bergantung kepada usaha gigih.

Berdasarkan ayat di atas, ayat komplemen merupakan ayat yang berfungsi sebagai objek tepat kata kerja transitif pada ayat induknya. ii) Ayat Komplemen frasa kerja

Frasa kerja dalam ayat boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif, iaitu yang diikuti bukan oleh frasa nama objek tetapi oleh keterangan-keterangan lain yang bertujuan melengkapkan frasa itu. Ada ayat komplemen yang berfungsi sebagai pelengkap kepada kata kerja ini, yang bukan frasa nama. Ukuran bagi menentukan status frasa nama objek dapat ditunjukkan apabila ayat-ayat demikian tidak boleh mengalami proses pasif. Ayat demikian digolongkan ke dalam jenis ayat komplemen frasa kerja. Pak Abu berpendirian bahawa tanah itu tidak patut dijual. Kenyataan itu bermaksud bahawa kerajaan sanggup memajukan kawasan luar Bandar. Penduduk-penduduk kampung itu berpandangan bahawa projek itu akan membawa manfaat yang banyak. Penceramah itu berfahaman bahawa ekonomi negara akan terus meningkat. Ibu Ali beranggapan bahawa anaknya telah berjaya. Kerajaan bersetuju bahawa projek itu wajar dilaksanakan.

iii)

Ayat komplemen frasa adjektif

Frasa adjektif boleh menjadi unsur predikat sesuatu ayat. Demikian juga, ayat komplemen boleh terdiri daripada ayat komplemen adjektif, iaitu yang merupakan ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Walau bagaimanapun, jumlah ayat jenis ini dalam bahasa Melayu terhad; Contohnya : Saya sangat yakin bahawa dia akan berjaya. Dia amat percaya bahawa adiknya telah lulus dalam peperiksaan itu. Mereka sangat insaf bahawa mereka daif. Pelajar itu sedar benar bahawa mereka harus belajar bersungguh-sungguh.

Ayat Keterangan Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu. Anak itu menangis kerana ia lapar. Ali tidak begitu pandai semasa saya mengajarnya dahulu. Wang itu bukan dengan dia sewaktu polis membuat pemeniksaan.

Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa ayat majmuk tersebut mempunyai dua ciri, iaitu pertama, adanya ayat induk dengan satu ayat kecil atau lebih yang tidak dapat berdiri sendiri, dan kedua, adanya kata hubung yang menjalinkan ayat induk dengan ayat kecil (misalnya ketika, kerana, semasa, sewaktu dan sekiranya). Ayat kecil ini disebut ayat keterangan.

Ayat Induk

Kata Hubung

Ayat Keterangan

Kedudukan ayat ketenangan ini tidak tetap, boleh hadir di belakang ataupun di hadapan ayat induk. Oleh itu, ayat-ayat tersebut boleh juga benbentuk: Ketika saya bekenja dahulu dia bukan ketua saya. Kerana ia Iapar anak itu menangis. Semasa saya mengajarnya dahulu Ali tidak begitu pandai. Sewaktii polis membuat pemeriksaan wang itu bukan dengannya.

Jenis-jenis ayat keterangan Ayat-ayat keterangan berfungsi memberikan huraian lanjut kepada kata kerja ayat induk. Terdapat berbagai-bagai keterangan yang disampaikan oleh ayat-ayat kecil jenis ini, bergantung pada jenis kata hubung yang digunakan dan maksud yang terkandung di dalamnya. (i) Keterangan musabab Keterangan musabab ialah unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan. Kata hubung keterangan musabab adalah seperti kerana, Iantaran, dan oleh sebab. Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat. Oleh sebab mereka datang lambat mereka tidak dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan. Oleh sebab mereka mengamalkan dasar aparteid, negara itu dikenakan sekatan ekonomi. Pelajar itu berjaya lantanan usaha yang bersungguh-sungguh.

ii) Keterangan Akibat Keterangan akibat ialah unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. Kata hubung keterangan akibat adalah seperti hingga dan sehingga. Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya. Pelajar itu berusaha bersungguh-sungguh sehingga ia berjaya.

iii) Keterangan Syarat Keterangan syarat ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. Kata hubung keterangan syarat adalah seperti sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan kalau. Sekiranya saya lulus peperiksaan hari ini, saya akan berpuasa sepuluh hari. Andai kata mereka menyerang, kita akan bertahan bersungguh-sungguh . Ali akan ikut serta rombongan itu kalau ayah membenarkannya. Jika diizinkan Tuhan, kami akan datang lagi tahun hadapan. Pemimpin-pemimpin itu akan terus berjuang sekiranya mereka mendapat sokongan rakyat . iv) Keterangan waktu Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan waktu adalah seperti sejak, semenjak, sewaktu, sementara, tatkala dan ketika. v) Polis segera tiba setelah mendapat maklumat tentang pergaduhan itu Saya belum berkunjung ke rumah Ali semenjak ia berpindah ke sana. Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung. Tatkala hujan mula turun,mereka masih di bawah. Ketika masih kecil dahulu, mereka selalu berkelah di pantai. Keterangan pertentangan

Keterangan pertentangan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung keterangan pertentangan adalah seperti walaupun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun, kendatipun, biarpun, meskipun dan sedangkan.. Sungguhpun badannya letih, Ali tetap menghadiri majlis perayaan itu. Kedatipun pahlawan itu telah terkena tikaman, dia terus melawan musuhnya. Mereka berpindah juga ke Bandar sedangkan hati mereka masih di kampung. Meskipun hari sudah lewat, pemuda itu mahu meneruskan perjalanannya. Sekalipun sudah berumur, dia masih ingin belajar juga.

vi) Keterangan harapan Keterangan harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang dihajati. Kata hubung keterangan harapan adalah seperti supaya, agar, semoga, moga-moga dan kalau-kalau. Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati. Supaya suasana menjadi aman damai, mereka semua bersetuju dengan cadangan pemimpin muda itu. Cuba bertanya pada orang tua itu kalau-kalau dia mengetahuinya.

vii) Keterangan cara Keterangan cara ialah unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku. Kata hubung keterangan cara ialah dengan. Pemuda itu datang dengan menaiki kereta api. Dengan memberanikan hati, kelasi itu terjun dari kapal ke dalam laut. Dengan menggunakan besi, Aziz memecahkan tingkap rumah itu. Dia membunuh ular itu dengan menggunakan buluh. Mereka ke selekoh dengan menggunakan basikal.

viii) Keterangan tujuan Keterangan tujuan ialah unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan tujuan adalah seperti untuk, demi dan bagi. Para pemimpin menyusun rancangan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Demi menyatukan rakyat yang berbilang kaum,sebuah jabatan khusus telah ditubuhkan. Dua atom hydrogen dan satu atom oksigen bergabung bagi membentuk satu molekul air.

ix) Keterangan perbandingan Keterangan perbandingan ialah unsur yang menerangkan sesuatu kejadian yang menjadi persamaan. Kata hubung keterangan perbandingan adalah seperti, macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan dan bak. Dia kebingungan bagai rusa masuk kampung. Hatinya hancur seperti rusa terhempas ke batu. Pemuda itu sentiasa mengelamun macam pungguk merindui bulan. Kanak-kanak itu mencebik bibirnya seakan-akan hendak menangis.

Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Ayat sedemikian biasanya panjang. Contoh 1 : Ahmad sedang membaca buku, tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur. Ayat ini terdiri daripada ayat majmuk gabungan yang disambung dengan kata hubung tetapi. Ayat pertama ialah Ahmad sedang membaca buku sementara ayat yang kedua ialah Kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur. Ayat yang kedua ini merupakan ayat majmuk juga kerana terdapat ayat relatif, iaitu yang sudah letih lesu dipancangkan ke dalamnya. Contoh 2 : Mereka mendaftarkan kanak-kanak yang lahir dalam tahun 1982, yang telah menerima suntikan. Dalam ayat ini terdapat dua ayat relatif yang dipancangkan ke dalam ayat induk, iaitu yang lahir dalam tahun 1982 dan yang telah menerima suntikan. Subjek ayat majmuk ini ialah mereka, kata kerjanya mendaftarkan dan objek tepat kanak-kanak. Kedua-dua ayat relatif itu merupakan penerang kepada objek tepat.

Contoh 3 : Murid-murid itu mengetahui bahawa peraturan-peraturan itu penting dan mereka menyedari bahawa walaupun mereka tidak senang hati dengannya, peraturan-peraturan itu mesti dipatuhi.

Ayat majmuk ini terdiri daripada dua ayat yang digabungkan dengan kata hubung dan, iaitu murid-murid itu mengetahui bahawa peraturan-peraturan itu penting dan mereka menyedari bahawa walaupun mereka tidak senang hati dengannya, peraturanperaturan itu mesti dipatuhi. Kedua-dua ayat ini pula merupakan ayat majmuk juga, iaitu yang pertama terdiri daripada ayat induk dengan ayat komplemen objek tepat, iaitu murid-murid itu mengetahui (sesuatu) (ayat induk), bahawa peraturan-peraturan itu penting (ayat komplemen), sementara ayat yang kedua pula terdiri daripada ayat induk dengan dua ayat komplemen objek tepat. Ayat induk ialah mereka menyedari (sesuatu) sementara ayat-ayat komplemen ialah walaupun mereka tidak senang hati dengannya dan peraturan-peraturan itu mesti dipatuhi.

Daripada tiga contoh di atas jelas kelihatan bahawa ayat bahasa Melayu sebenarnya boleh terdiri daripada berbagai-bagai bentuk. Di samping ayat-ayat tunggal, ayat-ayat dalam bahasa Melayu dibentuk melalui proses pemajmukan, mengikut cara yang dibincangkan dalam bab ini. Sesuatu ayat itu boleh terdiri daripada satu ayat tunggal, atau deretan ayat yang dibina melalui proses-proses gabungan, relatif, komplemen, atau keterangan. Namun demikian ada juga ayat-ayat yang walaupun kelihatan panjang sebenarnya ayat tunggal, oleh sebab terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

Contoh 4 : Kereta baharu anak guru besar Sekolah Kebangsaan Kampung Paya telah melanggar seekor lembu jantan di hadapan Pejabat Pos Besar pada hari Jumaat yang lalu.

Ayat di atas ialah ayat tunggal. Subjeknya ialah Kereta baharu anak guru besar Sekolah Kebangsaan Kampung Paya sementara predikatnya ialah telah melanggar seekor lembu jantan di hadapan Pejabat Pos Besar pada hari Jumaat yang lalu. Kata kerja ayat ini ialah melanggar; bahagian-bahagian lain dalam predikat terdiri danpada objek tepat, seekor lembu jantan, keterangan tempat, di hadapan Pejabat Pos Besar dan keterangan waktu, pada hari Jumaat yang lalu. Subjeknya pula terdiri daripada frasa nama utama kereta baharu dengan keterangan kepunyaan anak guru besar yang diberi keterangan tambahan Sekolah Kebangsaan Kampung Paya. Kadangkala sebuah ayat yang pendek merupakan ayat majmuk, seperti dalam contoh berikut: Contoh 5 : Kereta yang sentiasa rosak itu ditendang dan ditolak olehnya. Ada tiga ayat kecil dalam ayat majmuk di atas, iaitu: (a) Kereta itu ditendang olehnya. (b) Kereta itu ditolak olehnya. (c) Kereta itu sentiasa rosak. Ayat (a) dan (b) digabungkan dengan kata hubung dan, sementara ayat (c) dipancangkan melalui proses relatif ke dalam ayat induk.

Kesimpulannya, dalam bahasa Melayu sesuatu ayat itu boleh terdiri daripada satu ayat tunggal, atau deretan ayat yang dibina melalui proses-proses gabungan, relatif, komplemen, atau keterangan.

Ayat Majmuk Pasif Contoh-contoh yang diberikan dalam hunaian di atas merupakan contoh-contoh ayat majmuk aktif. Kesemua ayat aktif ini, jika mengandungi kata kerja tnansitif, boleh dijadikan ayat pasif. (i) Ayat majmuk gabungan Contoh 1 : (a) Aktif: Saya minum teh dan Aminah makan nasi. (b) Pasif: Teh saya minum dan nasi dimakan oleh Aminah.

Contoh 2 : (a) Aktif: Beliau memandang saya ketika beliau bendiri di situ. (b) Pasif: Saya dipandang oleh beliau ketika beliau berdiri di situ.

(ii) Ayat majmuk relatif Contoh 1 : (a) Aktif: Mereka menonton wayang yang lucu itu. (b) Pasif: Wayang yang lucu itu ditonton oleh mereka. Contoh 2 : (a) Aktif: Lembu yang menanduk kereta saya itu menanduk kereta Ahmad pula. (b) Pasif: Kereta Ahmad pula ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta saya itu.

(iii) Ayat majmuk komplemen Contoh 1 :

(a) Aktif : Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan. (b) Pasif: Bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan diterangkan oleh guru.

Contoh 2 : (a) Aktif : Akhbar itu melaporkan bahawa wabak taun telah merebak di India. (b) Pasif: Bahawa wabak taun telah merebak di India dilaporkan oleh akhbar itu.

(iv) Ayat majmuk keterangan Contoh 1: (a) Aktif : Ali akan membeli buku itu kalau ayah membenarkannya. (b) Pasif : Buku itu akan dibeli oleh Ali kalau ayah membenarkannya. (c) Pasif: Ali akan membeli buku itu kalau dibenarkan oleh ayah.

Contoh 2: (a) Aktif : Sungguhpun badannya letih Ali tetap menghadiri majlis perayaan itu. (b) Pasif: Sungguhpun badannya letih majlis perayaan itu tetap dihadiri oleh Ali.

TOKOH : i) ii) iii) iv) Ahmad Khair Mohd Nor Raminah Hj. Sabran Nawi Ismail Ton Ibrahim

Rujukan : Buku Tatabahasa Asas Edisi Kedua Ayat majmuk ditentukan oleh jumlah klausa yang terkandung di dalamnya. Cara penggabungan klausa-klausa tersebut menentukan jenis-jenis-jenis ayat majmuk. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan menggabungkan dengan cara tertentu untuk menerbitkan ayat baharu. Ayat majmuk boleh dibahagikan kepada cara

pembentukannya iaitu : a) Ayat majmuk gabungan b) Ayat majmuk pancangan c) Ayat majmuk campuran

Ayat Majmuk Gabungan Ayat majmuk atau ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua klausa atau lebih dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, tetapi, atau, lalu, lagi, serta, malah dan lain-lain. Contoh : Jamal menanam jagung dan kacang. Zaki meminati badminton tetapi adiknya meminati bola sepak. Orang tua itu tersepak tunggul kayu lalu jatuh. Lelaki itu baik lagi pemurah. Pelajar itu ingin melanjutkan pelajarannya ke England atau ke India ?

Klausa-klausa yang digabungkan dalam ayat-ayat contoh di sebelah setara sifatnya, iaitu klausa-klausa tersebut sama taraf dan boleh berdiri sendiri. Hubungan antara klausa yang lain wujud kerana klausa-klausa tersebut disusun berturut-turut. Ayat jenis ini tidak boleh disongsangkan. Walaupun begitu ayat majmuk ini menggunakan kata hubung sambil, boleh disongsangkan. Gadis itu menyambut kami sambil tersenyum. Sambil tersenyum, gadis itu menyambut kami.

Dalam lisan, ayat majmuk gabungan juga boleh dibentuk tanpa menggunakan kata hubung tetapi dengan menggunakan jeda yang berfungsi sebagai penanda hentian untuk seketika. Dalam tulisan, tanda koma (,) digunakan untuk memisahkan satu klausa dengan klausa yang lain. Gabungan seperti ini disebut sebagai hubungan parataksis. Contoh : Daud mengetuk pintu, membukanya, masuk ke dalam. Rahmat menoleh ke arah anak-anaknya, memberikan isyarat diam. Sazali sungguh aktif, sekejap masuk ke dalam bilik, sekejap berlari ke luar. Seorang anggota polis berdiri di tepi jalan, melihat kerenah pemandu, mengawasi pergerakan kenderaan di situ. Pembentukan Ayat Majmuk Gabungan Terdapat beberapa cara penggabungan klausa dalam membentuk ayat majmuk gabungan. Apabila terdapat unsur yang sama, unsur yang sama itu digugurkan. Contoh : Pokok cili itu hidup atau mati. (pengguguran unsur pokok cili itu) Kanak-kanak melompat-lompat sambil menjerit-jerit. (pengguguran unsur kanakkanak itu) Ibu akan membeli sayur atau ikan ? (pengguguran unsur ibu akan membeli)

Terdapat juga ayat majmuk gabungan yang mengekalkan kesemua klausa yang digabungkan itu.

Contoh : Semua pelajar pergi kecuali Amar hendak pulang. Ibu menanak nasi manakala kakak menjerang air. Pelajar itu baik tetapi dia sombong.

Dalam pembentukan ayat majmuk gabungan, penggabungan dua klausa atau lebih daripada jenis ayat yang sama bukan daripada ayat yang berlainan jenis. Ayat-ayat tersebut mestilah mempunyai hubungan makna yang baik. Contoh ayat Jenis ayat Ayat perintah Ambillah pisang ini dan buatlah jemput-jemput! + Ayat Perintah Ayat penyata Bapa pulang lalu masuk ke rumah. + Ayat penyata Pihak peniaga perlu peka akan kehendak pengguna dan mereka tidak boleh memikirkan keuntungan sahaja. Bapa pulang dan adik pun pulang. Ayat penyata + Ayat Penyata Hubungan makna

Ayat majmuk gabungan dibentuk dengan menggabungkan unsur-unsur yang berlainan manakala unsur yang sama disebut hanya sekali. Terdapat lapan ayat majmuk gabungan berdasarkan cara penggabungannya. I. Gabungan subjek dengan subjek Aminah dan Aishah ke bandar. Sarah dan Nisa guru sekolah. Rumah itu atau rumah ini rumah Cikgu Amir ?

II.

Gabungan predikat dengan predikat Adik ke bilik lalu bersalin pakaian Lelaki itu banyak harta tetapi kedekut. Emak memasak nasi atau menggoreng ikan ?

III.

Gabungan objek dengan objek Kami menemui Pak Mat dan Pak Abu. Abang membawa akhbar atau majalah ? Saya melawat datuk dan nenek.

IV.

Gabungan pelengkap dengan pelengkap Dapatan kajian itu berdasarkan temu ramah dan soal selidik. Kereta itu membelok ke kiri lalu ke kanan. Kakak menjadi guru atau jururawat ?

V.

Gabungan keterangan dengan keterangan Bapa akan bertolak esok atau lusa ? Ibu pergi ke bilik lalu ke dapur. Budak itu bercakap cepat tetapi jelas.

VI.

Gabungan penerang dengan penerang Baju biru dan hijau itu mahal. Abang suka akan rumah kecil tetapi selesa. Kereta itu atau putih itu kereta baharu abang kamu ?

VII.

Gabungan klausa dengan klausa Aishah sedang memasak manakala Razali membaca surat khabar. Kam Wai rajin tetapi adiknya malas.

Ali bermain bola manakala adiknya bermain layang-layang.

VIII.

Gabungan dengan menggunakan kata hubung berpasangan. Lelaki itu bukan sahaja baik tetapi juga pemurah. Sedangkan abang tidak dapat mengangkat peti itu inikan pula adik. Sama ada wajar atau tida, puncak bukit itu telah digondolkan.

Jenis Gabungan Terdapat empat jenis : Gabungan yang susunan faktanya berturutan. Gabungan yang susunan faktanya bertentangan. Gabungan yang susunan faktanya menunjukkan pilihan. Gabungan dengan menggunakan kata hubung berpasangan.

Gabungan yang susunan faktanya berturutan Gabungan jenis ini menujukkan susunan fakta satu demi satu atau menunjukkan pertambahan. Antara kata hubung bagi menunjukkan maksud ini adalah seperti dan, lalu, lagi, serta, sambil, tambahan pula, malahan, justeru, akhirnya dan lain-lain. Contoh : Kereta itu membelok ke kanan kemudia berhenti. Orang tua itu membuka kasut, masuk lalu memberi salam. Pak cik datang pukul lima petang dan pulang pukul enam petang. Sewa rumah itu agak mahal, tambahan pula lokasinya jauh dari bandar. Ibu itu baik orangnya malahan jarang-jarang sekali dia memarahi anaknya. Mustahil benar Roslan mengkhianati Jamal, justeru dia selalu membantu rakannya itu.

Gabungan yang susunan faktanya bertentangan Gabungan jenis ini menunjukkan pertentangan fakta dalam klausa-klausa yang digabungkan itu. Antara kata hubung bagi menunjukkan maksud ini ialah tetapi, sebaliknya, padahal, melainkan, kecuali dan lain-lain. Contoh : Ramlan meminati muzik tetapi anaknya langsung tidak meminatinya. Mereka tidak pergi mengembara di hutan, sebaliknya memancing di sungai itu. Orang itu sengaja tinggal di pondok usang, padahal rumah teresnya ada. Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk melainkan ditemani oleh orang dewasa. Lelaki itu tidak akan datang kecuali dijemput.

Gabungan yang susunan faktanya menunjukkan pilihan Gabungan jenis ini membawa maksud pilihan antara dua kemungkinan atau lebih. Kata hubung bagi menunjukkan maksud ini ialah atau. Contoh : Anis sedang tidur atau masih belajar. Baju merah ini atau baju itu pilihan kamu ? Askar masih hidup atau msuh yang masih hidup.

Gabungan dengan menggunakan kata hubung berpasangan Gabungan jenis ini melibatkan penggunaan kata hubung berpasangan. Antara kata hubung bagi menunjukkan maksud ini adalah seperti daripada . lebih baik, lebih baik daripada, sama ada atau, baik mahupun, bukan sahaja malahan, jangankan pun, biar jangan, dan lain-lain. Contoh : Daripada berbual-bual kosong, lebih baik berbincang tentang kerja rumah. Lebih baik kami membaca buku daripada asyik menonton televisyen.

Sama ada wajar atau tidak, puncak bukit itu telah digondolkan. Baik di Bandar mahupun di desa, masalah keruntuhan rumah akhlak remaja tetap sama. Gadis itu bukan sahaj cantik malahan sopan pula. Biar kita miskin harta jangan kita miskin budi bahasa.

Jika kata sendi nama ke pada unsur yang kedua dalam ayat majmuk gabungan yang menggunakan kata hubung dan dan atau digugurkan, pengguguran itu dianggap sebagai satu kesalahan. Contoh Betul Ah Seng menuju ke kiri atau ke kanan. Santokh melihat ke atas dan ke bawah. Salah Ah Seng menuju ke kiri atau kanan jalan. Santokh melihat ke atas dan bawah.

Penggabungan frasa sendi nama tanpa menggunakan kata hubung juga tidak membenarkan kata sendi nama yang kedua itu digugurkan. Contoh Betul Salah

Nenek merenung saya ke atas dan ke Nenek merenung saya ke atas bawah. bawah. Kami dari sini hendak ke sana. Kami dari sini hendak ke sana

Selain itu, apabila tiada pasangan bagi sesuatu kata hubung berpasangan dalam ayat majmuk gabungan, maka itu adalah salah. Contoh Betul Salah

Baik Rosli mahupun Khairi masih tinggal di Rosli mahupun Khairi masih tinggal di Petaling Jaya. Petaling Jaya.

Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar berita tentang aktiviti samseng sama ada berita tentang aktiviti samseng di radio radio mahupun di televisyen. mahupun di televisyen.

Dianggap kesalahan juga sekiranya walaupun digunakan berpasangan dengan tetapi, kerana walaupun bukan kata hubung berpasangan.

Ayat Majmuk Pancangan Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang terdiri daripada satu klausa bebas dan satu atau lebih klausa tak bebas. Klausa tak bebas itu dipancangkan pada klausa bebas untuk menjadi sebahagian daripada ayat majmuk yang berkenaan. Ayat majmuk pancangan terdiri daripada tiga jenis iaitu : a) Ayat majmuk relatif b) Ayat majmuk komplemen c) Ayat majmuk keterangan

Ayat Majmuk Relatif Ayat majmuk relatif atau ayat relatif ialah ayat yang menggunakan kata hubung relatif yang. Ayat relatif juga dikenali sebagai ayat peluas kerana klausa relative berfungsi meluaskan frasa subjek atau frasa predikat. Klausa relatif ini akan menjadi klausa tak bebas yang menerangkan klausa bebas. Contoh : Baju yang berwarna merah itu sangat mahal. Budak yang duduk di kerusi itu sedang membaca buku. Pekerja membaiki pondok yang hampir roboh itu. Pak Samad menebang pokok jambu yang sudah tua.

Ayat Baju yang berwarna merah itu sangat mahal terdiri daripada dua klausa, iaitu

Baju itu sangat mahal. Baju itu sangat mahal yang berwarna merah

Klausa di sebelah merupakan klausa bebas. Klausa asalnya ialah klausa bebas tetapi dijadikan klausa tak bebas yang berwarna merah. Apabila klausa tak bebas yang berwarna merah itu dipancangkan kepada klausa bebas seperti ayat baju itu sangat mahal, maka terhasillah ayat majmuk relatif iaitu baju yang berwarna merah itu sangat mahal. Penerbitan ayat berkenaan mengalami proses seperti di bawah. Proses Pertama Kedua Ketiga Contoh Ayat yang diterbitkan Baju itu sangat mahal + Baju itu berwarna merah Baju itu + Baju itu berwarna merah + sangat mahal Baju yang berwarna merah itu sangat mahal

Kesimpulan yang dapat diberikan ialah subjek asal bagi kedua-dua ayat, iaitu baju itu telah mengalami perluasan kepada baju yang berwarna merah itu.

Jenis Ayat Majmuk Relatif Terdapat beberapa fungsi klausa relatif. Klausa relatif dapat dipancangkan kepada klausa bebas untuk menerangkan dan memperluas subjek atau predikat. i) Perluasan subjek

Ayat (a) di bawah terdiri daripada klausa bebas. Ayat (b) Budak itu memukul adik saya dijadikan klausa tak bebas dengan menukarkannya menjadi yang memukul adik saya. Klausa tak bebas itu kemudiannya dipancangkan kepada ayat (a) untuk membentuk ayat majmuk relatif yang berfungsi sebagai subjek ayat. (a) Budak yang memukul adik saya itu meminta maaf. (b) Budak itu meminta maaf. (c) Budak itu memukul adik saya yang memukul adik saya.

Berikut merupakan contoh klausa relatif yang berfungsi meluaskan subjek ayat. (a) (b) (c) (d) Lelaki yang berdiri di situ / jiran adik saya. Kereta yang melanggar pokok rambutan / sudah rosak. Orang yang sentiasa berusaha / selalunya berjaya. Bangunan yang tinggi itu / ialah bangunan Canselori.

Ayat (e) yang berikut masih menerima klausa relatif sebagai subjeknya, tetapi dengan perubahan klausa yang asalnya klausa bebas berbentuk ayat aktif kepada klausa tak bebas berbentuk ayat pasif. Perubahan itu dilakukan untuk memastikan subjek ayat adalah serupa.

(e) Buku Sejarah yang dibeli oleh Ahmad sangat mahal. Klausa bebas Klausa bebas Klausa tak bebas : Buku Sejarah sangat mahal. ; Ahmad membeli buku Sejarah. (Ayat Aktif) : Buku Sejarah dibeli oleh Ahmad (Ayat Pasif) yang dibeli oleh Ahmad Proses pembentukannya : Buku Sejarah + Buku Sejarah dibeli oleh Ahmad + sangat mahal. Buku Sejarah + yang dibeli oleh Ahmad + sangat mahal. Buku Sejarah yang dibeli oleh Ahmad / sangat mahal.

(f) Bas yang saya naiki itu melanggar pokok.

Klausa bebas
Klausa bebas Klausa tak bebas

: Bas itu melanggar pokok.


: Saya menaiku bas itu. (ayat pasif) : Bas itu saya naiki. (ayat pasif) yang saya naiki itu.

Proses pembentukannya: Bas itu + Bas itu saya naiki + melanggar pokok. Bas itu + yang saya naiki itu + melanggar pokok. Bas yang saya naiki itu / melanggar pokok.

Dalam bahasa Melayu, perkataan yang selain berfungsi sebagai penanda ayat majmuk relatif, dapat juga digunakan sebagai pengganti nama yang digugurkan daripada frasa yang terbina daripada nama + yang, dan ayat tersebut masih ayat majmuk relatif. (a) Benda yang bulat datang bergolek. Yang bulat datang bergolek. (b) Orang yang berusaha akan berjaya. Yang berusaha akan berjaya. (c) Perkara yang menggembirakan sekali ialah dia sudah berjaya.

Yang menggembirakan sekali ialah dia sudah berjaya.


(d) Jawapan yang manakah jawapan yang betul ? Yang manakah jawapan yang betul.

(ii) Perluasan predikat Klausa predikat boleh berfungsi untuk meluaskan predikat ayat. Contoh :

Pelukis itu melukis lukisan yang indah itu.


Pelukis itu melukis lukisan. Lukisan itu indah. yang indah.

Ayat Lukisan itu indah yang menjadi klausa realtif yang indah, dipancangkan kepada predikat klausa bebas Pelukis itu melukis lukisan untuk meluaskan predikat ayat. I. II. Guru kelas / memuji murid-murid yang berjaya dalam peperiksaan. Budak-budak itu / melakukan perkerjaan yang tidak berfaedah.

III.
IV. V. VI.

Pekerja / memotong pokok yang tumbang tidak jauh dari situ.


Peserta / menunggu di bilik yang telah disediakan. Orang tua itu / berdiri di tepi jalan yang sibuk. Mereka / melihat anak bulan di Teluk Kemang yang terletak di Negeri Sembilan.

Dalam ayat I hingga III, perluasan predikat terjadi pada objek kata kerja, manakala dalam ayat iv hingga vi pada keterangan. Dianggap sebagai kesalahan bahasa apabila klausa relatif yang berfungsi sebagai subjek diletakkan pada bahagian akhir dalam ayat songsang. Dalam hal ini, partikel lah atau kah sebagai partikel pementing predikat yang mesti digunakan. Jika partikel itu tiada, ayat tersebut menjadi tergantung atau tidak sempurna dari segi binaannya. Contoh :

VII.

Mereka yang datang tadi. (salah)


Merekalah yang datang tadi. (betul)

VIII.

Lelaki itu yang memenangi pertandingan itu. (salah) Lelaki itulah yang memenangi pertandingan itu. (betul)

IX.

Siapa yang berkata demikian ? (salah) Siapakah yang berkata demikian ? (betul)

X.

Pengetua yang merasmikan majlis itu ? (salah) Pengetuakah yang merasmikan majlis itu ? (betul)

Ayat Majmuk Komplemen Ayat majmuk komplemen atau ayat komplemen ialah ayat yang mengandungi klausa komplemen yang berfungsi untuk melengkapkan ayat tersebut. Ayat komplemen ditandai oleh kata hubung bahawa, untuk, supaya dan agar.

I. II. III. IV. V. VI. VII.

Pemimpin itu menyatakan bahawa rakyat negara ini perlu bersatu. Saya beranggapan bahawa dia tidak bersalah. Dakwaan bahawa dia melakukan perbuatan itu hanya fitnah. Memang sukar untuk datuk menebang pokok yang besar itu. Untuk kita menyuruh budak itu pulang tidak wajar. Ahli persatuan mengusulkan supaya tabung kebajikan ditubuhkan. Kami meminta agar pemohonannya itu diterima.

Ayat I mengandungi dua klausa : Pemimpin itu menyatakan bahawa rakyat negara ini perlu bersatu. Pemimpin itu menyatakan sesuatu Bahawa rakyat negara ini perlu bersatu

Ayat Majmuk Komplemen Klausa bebas Klausa komplemen

Klausa komplemen ayat I dipancangkan kepada klausa bebas untuk melengkapkan kata kerja menyatakan dalam ayat tersebut. Fungsi klausa komplemen itu adalah sebagai objek. Ayat IV terdiri daripada dua klausa, iaitu klausa bebas dan satu klausa tak bebas yang bertugas sebagai klausa komplemen. Memang sukar untuk datuk menebang pokok yang besar itu. Perkara itu memang sukar untuk datuk menebang pokok yang besar itu.

Ayat Majmuk Komplemen Klausa bebas Klausa komplemen

Apabila klausa komplemen untuk datuk menebang pokok itu dipancangkan kepada klausa bebas, klausa komplemen berfungsi sebagai subjek ayat, dan klausa bebas berfungsi sebagai predikat. Proses penghasilan ayat IV iaitu : Subjek Proses Pertama untuk datuk menebang pokok yang besar itu. Proses kedua untuk datuk menebang pokok yang besar itu. Predikat + perkara itu memang sukar.

Memang sukar

Ayat VI ahli persatuan mengusulkan supaya tabung kebajikan ditubuhkan. Terdiri daripada dua klausa iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa tak bebas tersebut berfungsi sebagai klausa komplemen bagi klausa bebas.

Ayat Majmuk Komplemen Klausa bebas Klausa komplemen

Ahli persatuan mengusulkan supaya tabung kebajikan ditubuhkan. Ahli persatuan mengusulkan supaya tabung kebajikan ditubuhkan.

Jenis Klausa Majmuk Komplemen Terbahagi kepada empat iaitu : Ayat komplemen frasa nama Ayat komplemen frasa kerja Ayat komplemen frasa adjektif Ayat komplemen berstruktur ayat penyata + ayat penyata

Ayat Komplemen Frasa Nama Dalam ayat, frasa nama boleh menduduki konstituen subjek, predikat, objek tepat dan objek sipi. Ayat komplemen jenis frasa nama terdiri daripada : (a) Ayat komplemen frasa nama subjek (b) Ayat komplemen frasa nama objek tepat (c) Ayat komplemen frasa nama subjek Subjek dalam binaan ayat boleh terdiri daripada frasa dan klausa. Bagi ayat komplemen frasa nama subjek, subjek ayat diisi oleh klausa komplemen. Ayat komplemen frasa nama subjek menggunakan kata hubung kompelemen bahawa atau untuk. Yang berikut ialah contoh klausa komplemen yang berfungsi sebagai subjek ayat.

I. II. III. IV.

Bahawa dia telah memenangi peraduan itu memang sah. Bahawa dia melakukan perbualan itu tidak benar. Untuk mereka melakukan pekerjaan itu amat mustahil. Untuk kita berjaya dalam pengajian sangat sukar.

Klausa komplemen yang menjadi subjek ayat boleh dibawa ke bahagian akhir ayat, iaitu dalam susunan songsang. Ayat majmuk komplemen I hingga IV boleh disongsangkan menjadi ayat seperti berikut :

V. VI. VII. VIII.

Memang sah bahawa dia telah memenangi peraduan itu. Tidak benar bahawa dia melakukan perbuatan itu. Amat mustahil untuk mereka melakukan pekerjaan itu. Sangat sukar untuk kita berjaya dalam pertandingan.

Klausa komplemen yang berfungsi sebagai subjek tidak membenarkan kata hubung komplemen bahawa dan untuk digugurkan. Betul Bahawa dia telah memenangi peraduan itu Dia memang sah. telah Salah memenangi peraduan tiu

memang sah.

Bahawa dia telah melakukan perbuatan itu Dia melakukan perbuatan itu tidak benar. tidak benar. Untuk mereka melakukan pekerjaan itu Mereka melakukan pekerjaan itu amat amat mustahil. Untuk kita berjaya dalam pengajian amat sukar. mustahil. Kita berjaya dalam pengajian amat sukar.

Selain itu, klausa komplemen yang menjadi subjek boleh juga menerima penerang subjek, dan penerang itu diletakkan pada awal klausa komplemen. IX. X. XI. Berita bahawa dia telah meninggal dunia tidak benar. Khabar angin bahawa dia dinaikkan pangkat adalah sah. Dakwaan bahawa pekerja itu menipu telah diketahui ramai.

(b) Ayat komplemen frasa nama objek tepat Dalam ayat komplemen, objek bagi kata kerja transitif boleh hadir sebagai objek tepat bagi klausa bebasnya. Klausa komplemen yang berfungsi sebagai objek tepat dalam ayat majmuk komplemen boleh dipasifkan. Seperti ayat I (b), II (b), III (b) dan IV (b). Kata hubung bahawa dalam klausa komplemen yang berfungsi sebagai objek tepat boleh digugurkan seperti dalam ayat I (c) dan II (c). Namun begitu, kata hubung supaya dan agar tidak boleh digugurkan seperti dalam ayat III (c) dan IV (c). Bil A) Ayat B) Klausa Kompelemen sebagai Objek Tepat I Saya bahawa dusta. II Fatimah bahawa mengandungkan lelaki. III Dia menyarankan supaya Supaya saya menaiki bas Dia menyarankan saya saya menaiki bas. IV Persatuan menuntut agar disarankan olehnya. menaiki bas. (salah) pekerja mengetahui Bahawa Azizah melahirkan Azizah anak telah Fatimah mengetahui mengetahui Bahawa tuduhan itu dusta. tuduhan itu C) Pengguguran Objek Tepat Saya mengetahui

lelaki Azizah telah melahirkan anak lelaki.

anak diketahui oleh Fatimah.

pekerja Agar gaji mereka dinaikkan Persatuan gaji dituntut pekerja. oleh

persatuan menuntut gaji mereka dinaikkan. (salah)

mereka dinaikkan.

Kata hubung yang tidak boleh digunakan sebagai kata hubung komplemen kerana kata hubng yang ialah kata hubung relatif yang hadir dalam ayat relatif. Betul Salah

Pelajar itu menafikan bahawa dia telah Pelajar itu menafikan yang dia memasuki memasuki bilik itu. bilik itu.

Orang tua itu menyatakan bahawa dia Orang tua itu menyatakan yang dia semakin sihat. semakin sihat.

Selain klausa komplemen berfungsi sebagai objek tepat, klausa komplemen juga boleh berfungsi sebagai objek sipi. Dalam ayat I hingga III, klausa komplemen yang dicondongkan itu mengikuti frasa nama yang menjadi objek tepat. I. Dia mengingatkan kami bahawa kami perlu menghadiri mesyuarat berkenaan. II. Dia memberitahu saya bahawa bapanya sudah menunaikan fardhu haji. III. Orang ramai menyedarkan Jamal bahawa bapanya perlu diberikan perhatian.

Fungsi klausa komplemen sesudah frasa nama kami, saya dan Jamal adalah sebagai objek sipi yang menjadi penerang kepada frasa nama objek tepat tersebut. Pengguguran kata hubung bahawa tidak dibenarkan kerana ia akan menghilangkan fungsi klausa itu sebagai objek sipi.

IV.
V. VI.

Dia mengingatkan kami kami perlu menghadiri mesyuarat berkenaan.


Dia memberitahu saya bapanya sudah menunaikan fardhu haji. Orang ramai menyedarkan Jamal bapanya perlu diberikan perhatian.

Ayat komplemen frasa kerja Ayat komplemen frasa kerja mengandungi kata kerja tak transitif. Dalam ayat contoh yang berikut, klausa komplemen yang dicondongkan berfungsi sebagai pelengkap kepada kata kerja tak transitif bagi klausa bebas. Ayat komplemen jenis ini tidak dapat dipasifkan. I. II. III. IV. V. Saya berpendapat bahawa tempat itu perlu dibersihkan. Mereka beranggapan bahawa cerita itu palsu. Ibu berkata bahawa bapa akan ke Mekah tahun ini. Mereka terdengar bahawa tanah di kampung mereka akan dijual. Kenyataan itu bermaksud bahawa setiap orang perlu berjimat.

Ayat komplemen frasa kerja tidak membenarkan kata hubung bahawa digugurkan. VI. VII. VIII. IX. X. Saya berpendapat tempat itu perlu dibersihkan. (salah) Mereka beranggapan cerita itu palsu. (salah) Ibu berkata bapa akan ke Mekah tahun ini. (salah) Mereka terdengar tanah di kampung mereka akan dijual. (salah) Kenyataan itu bermaksud setiap orang perlu berjimat. (salah)

Terdapat ayat komplemen frasa kerja yang tidak menggunakan kata hubung bahawa apabila frasa nama yang menjadi subjek dalam klausa bebas dan ayat dipancangkan itu sama. Adanya persamaan frasa nama yang menjadi subjek dalam ayat yang

dipancangkan itu membolehkan frasa nama yang menjadi subjek dalam ayat yang dipancangkan itu digugurkan. Dalam ayat bentuk ini, terdapat dua kata kerja hadir berurutan, dan kata kerja yang terdapat dalam klausa bebas ialah kata kerja tak transitif. Bil A) Ayat B) Klausa Kompelemen sebagai Objek Tepat I Semut berhenti + Semut Semut merayap. II Kami pergi + merayap. kami Kami pergi berhenti (semut) Semut merayap. (kami) Kami pergi menonton wayang. (saya) Saya bermimpi bertemu arwah ibu. datang C) Pengguguran Objek Tepat berhenti

menonton wayang. III

menonton wayang. bermimpi

Saya bermimpi + Saya Saya bertemu arwah ibu.

bertemu arwah ibu. datang

IV

Mereka datang + Mereka Mereka bertanyakan hal itu.

(mereka) Mereka

bertanyakan hal itu.

bertanyakan hal itu.

Perlu diketahui bahawa ayat I hingga IV itu bukanlah ayat keterangan kerana klausa tak bebas itu tidak boleh disongsangkan seperti ciri ayat keterangan. Jika disongsangkan, ayat yang terhasil janggal. Hal ini membuktikan bahawa klausa tak bebas itu menjadi klausa komplemen.

XI. XII. XIII. XIV.

Merayap semut berhenti. (salah) Menonton wayang kami pergi. (salah) Bertemu arwah ibu saya bermimpi. (salah) Bertanyakan hal itu mereka datang. (salah)

Jika kata hubung diletakkan dalam ayat I (c) hingga 4 (c), maka ayat itu bukan lagi ayat komplemen tetapi ayat jenis lain sama ada ayat gabungan atau ayat keterangan. XV. XVI. XVII. XVIII. Semut berhenti daripada merayap. Kami pergi untuk menonton wayang. Budak itu duduk sambil menangis. Mereka datang untuk bertanyakan hal itu.

Ayat Komplemen frasa adjektif Frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat boleh diikuti oleh klausa komplemen. Dalam ayat yang berikut, klausa komplemen yang dicondongkan itu bertugas sebagai pelengkap kepada kata adjektif yakin, sedar, percaya dan insaf. I. II. III. IV. Saya yakin bahawa dia amanah. Dia sedar bahawa lelaki itu banyak berjasa. Kami amat percaya bahawa adiknya sudah berubah. Saya betul-betul insaf bahawa mereka miskin.

Bagi ayat komplemen jenis ini, kata hubung bahawa tidak boleh digugurkan.

Ayat komplemen berstruktur ayat penyata + ayat penyata Dalam bahasa Melayu, klausa Tanya juga boleh berfungsi sebagai klausa komplemen. Kata Tanya atau frasa sendi nama Tanya merupakan pnghubung antara klausa bebas dengan klausa tak bebas untuk menunjukkan makna ketidakpastian.

I.
II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX.

Saya tidak tahu di mana dia bersembunyi.


Kami faham bagaimana melakukan uji kaji itu. Saya belum tahu siapa akan pergi. Saya tertanya-tanya apa yang dibuatnya di situ. Ibu tidak pasti mengapa Zaharah bertindak sedemikian. Kami tahu berapa harga buku itu. Polis masih menyiasat bagaimana rompakan itu berlaku. Kami tidak mengetahui dari mana dia datang. Semua orang ingin mendengar mengapa dia melakukan perbuatan itu.

X.

Kita tidak usah mempertikaikan siapa yang dipilih sebagai pemenang.

Ayat tanya dalam ayat komplemen di atas berfungsi sebgai klausa komplemen untuk melengkapkan klausa bebas. Ayat komplemen tersebut tidak mempunyai kata hubung komplemen, dan strukturnya ialah struktur ayat penyata + ayat penyata. Ayat-ayat itu hilang ciri pertanyaan, tetapi menjadi ayat penyata dalam ayat majmuk.

Bentuk ayat tanya dalam dalam ayat komplemen VII hingga X di atas boleh berfungsi sebagai komplemen objek dalam ayat aktif. Klausa yang bertugas sebagai objek itu boleh menjadi subjek dalam ayat pasif. XI. XII. XIII. XIV. Polis masih menyiasat bagaimana rompakan itu berlaku. Kami tidak mengetahui dari mana dia datang. Semua orang ingin mendengar mengapa dia melakukan perbuatan itu. Kita tidak usah mempertikaikan siapa yang dipilih sebagai pemenang.

Ayat yang berikut juga mengandungi frasa tanya tetapi ayat ini bukan ayat komplemen, malah ayat tersebut tidak gramatis. Hal ini demikian kerana frasa tanya tersebut diterjemahkan langsung daripada bahasa Inggeris, iaitu where, which, in which dan from where. Bagi sesetengah pengguna bahasa, frasa tanya itu dianggap sepadan dengan kata hubung dengan kata hubung relatif, yang.

XV.

Pusat industri di mana barang-barang dikeluarkan terletak berbatu-batu jauhnya daripada pengguna. (salah) Pusat industri tempat barang-barang dikeluarkan terletak berbatu-batu jauhnya daripada pengguna. (betul)

XVI.

Pencemaran iar berlaku di laut yang mana diakibatkan oleh tumpahan minyak. (salah) Pencemaran air berlaku di laut yang diakibatkan oleh tumpahan minyak. (betul)

XVII.

Proses itu mula-mulanya melibatkan penerimaan bahan dari mana rembesan dijadikan. (salah) Proses itu mula-mulanya melibatkan penerimaan bahan yang rembesan dijadikan. (salah)

Ayat Majmuk Keterangan Ayat majmuk keterangan atau ayat keterangan mengandungi satu klausa bebas dan satu atau lebih klausa tak bebas yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Klausa yang berfungsi sebagai keterangan memberikan huraian lanjut dan menegaskan makna klausa bebas.

Ayat Majmuk Keterangan Bapa kelapa menebang

Klausa bebas menebang

Klausa keterangan pokok Dengan (bapa)

pokok Bapa dengan kelapa.

menggunakan kapak.

menggunakan kapak.

Ayat di atas mengandungi satu klausa bebas dan satu klausa keterangan. Tugas klausa keterangan itu adalah untuk menerangkan klausa bebas. Ciri yang jelas tentang ayat majmuk keterangan ialah kedudukan klausa yang menjadi keterangan dalam ayat adalah tidak tetap. Klausa keterangan ini boleh hadir selepas atau sebelum klausa bebas. Dalam tulisan, bagi susunan ayat biasa, tanda koma tidak digunakan untuk memisahkan klausa bebas dengan klausa keterangan, sebaliknya dalam susunan songsang, tanda koma digunakan jika ayat majmuk itu panjang.

Susunan Biasa

Susunan Songsang

Kami bertemu semua setelah lima tahun Setelah lima tahun berpisah, kami bertemu berpisah. semula. dia bekerja, abang tidak

Abang tidak menghadiri majlis itu kerana Kerana dia bekerja.

menghadiri majlis itu.

Tanah itu akan ditumbuhi lalang jika tidak Jika tidak diusahakan, tanah itu akan diusahakan. ditumbuhi lalang.

Jenis Ayat Majmuk Keterangan Jenis ayat majmuk keterangan bergantung pada jenis kata hubung yang digunakan dan maksud yang terkandung di dalamnya. Antara makna yang dibawakan oleh klausa keterangan dan kata hubung keterangan tersebut adalah seperti yang berikut : (a) Keterangan waktu Keterangan waktu menerangkan masa berlakunya sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan waktu adalah seperti sejak, apabila, sewaktu, ketika, sementara, hingga, tatkala, sebelum, setelah dan sebagainya. I. II. III. IV. V. Musa duduk di rumah anaknya sejak isterinya meninggal dunia. Setelah membeli baju itu, dia terus pulang. Ibu menyapu sampah sementara menanti nasi masak. Ketika bapanya hidup, Yahya selalu datang ke sini. Tatkala hujan mula turun, kanak-kanak itu masih bermain di padang.

(b) Keterangan musabab Keterangan musabab menerangkan sebab atau alasan berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan. Kata hubung musabab adalah seperti kerana, oleh sebab, dan lantaran. I. II. III. Kerana wangnya hilang, dia pulangg berjalan kaki. Oleh sebab sifat egonya, Zainal tidak disukai ramai orang. Misran menjadi jutawan lantaran kerja kerasnya mencari harta..

(c) Keterangan akibat Keterangan akibat menyatakan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. Kata hubung akibat antaranya ialah hingga, sehingga dan jadi. I. II. III. Adik menangis terlalu kuat hingga suaranya serak. Khairi tidak akan pulang sehingga Imran sampai. Gelang itu mahal, jadi kakak tidak membelinya.

(d) Keterangan pertentangan Keterangan pertentangan menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung keterangan pertentangan adalah seperti walaupun, meskipun, namun, kendatipun, sungguhpun, biarpun, sekalipun dan sedangkan. I. II. III. IV. V. Walaupun demam, Sulaiman pergi juga ke sekolah. Mereka datang meskipun tidak diundang. Kendatipun dihina, dia tetap tidak melawan. Dia masih melakukan perbuatan itu sedangkan dia telah dinasihati. Sekalipun masih sakit, dia masih ingin ke masjid.

(e) Keterangan syarat Keterangan syarat ialah keterangan yang menjelaskan tuntutan yang mesti dipatuhi sebelum melakukan sesuatu. Kata hubung bagi ayat jenis ini adalah seperti jika, kalau, jikalau, asalkan, sekiranya dan andai kata. I. II. III. IV. V. Jika kita berdisiplin, kita pasti akan berjaya. Nenek boleh makan makanan itu asalkan tidak terlalu banyak. Andai kata mereka meminta bantuan, setiap orang mesti membantu. Kita boleh mengadakan majlis itu di sana asalkan diizinkan oleh pengetua. Kami akan datang sekiranya ada kelapangan.

(f) Keterangan cara Keterangan cara ialah keterangan tentang cara perlaksanaan atau gaya sesuatu perbuatan dilakukan atau bagaimana sesuatu kejadian berlaku. Kata hubung keterangan cara ialah dengan. I. II. Saiful ke sekolah dengan menunggang basikal. Orang tua itu menangkap ikan dengan menggunakan jala.

(a) Keterangan tujuan Keterangan tujuan ialah keterangan tentang sesuatu tujuan atau harapan bagi sesuatu perbuatan dilakukan. Kata hubung keterangan tujuan adalah seperti bagi, demi dan untuk. I. II. III. Khalid mengunjungi Osman untuk mengetahui perkara itu. Kita tidak harus berkira bagi membantu golongan miskin. Demi menengakkan kebenaran, pemimpin itu sanggup dipenjarakan.

(a) Keterangan harapan Keterangan harapan ialah keterangan tentang sesuatu yang diingini atau dihajati. Kata hubung keterangan antaranya ialah agar, supaya, semoga, moga-moga, dan kalaukalau.

I.
II. III. IV.

Wanita itu bekerja hingga malam agar anaknya hidup senang.


Ibu melihat dari jendela kalau-kalau bapa sudah pulang. Kami sentiasa berharap semoga masalah tersebut cepat selesai. Ibu menyuruh kami membantu supaya pekerjaan itu cepat selesai.

(i) Keterangan perbandingan Klausa keterangan perbandingan ialah keterangan tentang sesuatu kejadian secara perbandingan. Kata hubung keterangan perbandingan ialah bagai, seperti, laksana, ibarat, sebagaimana, seolah-olah, seakan-akan, daripada, bagaikan dan bak. I. II. Kamu lebih baik bekerja di kilang daripada bekerja di sawah. Saya menyayangi anak saudara saya seperti saya menyayangi anak sendiri.

III.

Saya akan menolong kamu sebagaimana kamu telah menolong saya


dahulu.

IV.

Budak itu amat disayanginya bagaikan menatang minyak yang penuh.

Perkataan mempunyai pelbagai fungsi dalam ayat. Terdapat kata hubung keterangan yang boleh berubah fungsi menjadi kata sendi nama dalam ayat. Bagi menentukan perkataan itu sebagai kata hubung atau kata sendi nama, unsur yang mengikuti kata tersebut perlu dilihat, sama ada frasa atau klausa. V. VI. Karim menghantar anaknya dengan basikal. Pencuri itu kereta itu dengan menggunakan kunci palsu.

Ayat V menggunakan kata dengan sebagai kata sendi nama kerana diikuti oleh frasa. Ayat VI , fungsi dengan adalah sebagai kata hubung kerana diikuti oleh klausa. Ayat VI ialah ayat majmuk kerana terdapat dua klausa, iaitu satu klausa bebas pencuri itu mencuri kereta itu, dan klausa tak bebas dengan (pencuri itu) menggunakna kunci palsu.

Sehubungan dengan itu, cara bagi menentukan sesuatu kata itu sama ada sebagai kata sendi nama atau kata hubung adalah dengan cara melakukan pemecahan terhadap binaan sesuatu ayat. Jika ayat itu dapat dipecahkan kepada dua klausa yang sempurna binaannya, maka hal itu dipanggil kata hubung. Sebaliknya, jika pemecahan itu tidak dapat menghasilkan dua klausa atau lebih, kata tersebut ialah kata sendi nama.

I.

Batang kayu itu keras macam besi pejal. (macam sebagai kata sendi nama kerana diikuti oleh frasa)

II.

Pemuda itu sentiasa mengelamun macam pungguk merindui bulan


(macam sebagai kata hubung kerana ayat itu boleh dipecahkan kepada dua klausa, iaitu Pemuda itu sentiasa mengelamun dan Pungguk merindui bulan.)

III.

Hadiah itu dibeli oleh abang untuk ibu. (untuk sebagai kata sendi nama kerana ayat tidak dapat dipecahkan kepada dua klausa.)

IV.

Hadiah itu dibeli oleh abang untuk diberikan kepada ibu. (untuk sebagai kata hubung kerana ayat mengandungi dua klausa)

V.

Saya datang kerana dia. (kerana sebagai kata sendi nama)

VI.

Saya datang kerana saya dijemput olehnya. (kerana sebagai kata


hubung kerana ayat mengandungi dua klausa.)

Subjek bagi klausa keterangan tidak boleh digugurkan jika subjek tersebut tidak sama dengan klausa bebas. VII. Pandangannya akan saya tanyakan sebelum saya mengambil keputusan.

(Betul)
VIII. Pandangannya akan saya tanyakan sebelum mengambil keputusan. (salah)

Namun begitu, jika subjek bagi klausa keterangan dengan klausa bebas adalah sama, subjek itu boleh digugurkan. IX. Bayi itu menangis kerana dia lapar.

X.

Bayi tu menangis kerana lapar.

Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis klausa, iaitu terdiri daripada campuran klausa bebas dengan pelbagai jenis klausa tak bebas. Ayat majmuk campuran merupakan ayat yang biasanya panjang kerana di dalamnya terkandung beberapa klausa daripada pelbagai jenis. I) Lelaki menjolok buah kelapa untuk dijual bagi mendapatkan wang saku.

Ayat I ialah ayat majmuk campuran. Ayat tersebut mengandungi satu klausa bebas dengan klausa keterangan. Klausa bebas Klausa keterangan Klausa keterangan : lelaki itu menjolok buah kelapa : untuk (buah kelapa) dijual : bagi (lelaki itu) mendapatkan wang saku

Walaupun kebanyakkan ayat majmuk campuran itu panjang, terdapat juga ayat tunggal yang panjang kerana berlakunya perluasan pada frasa subjek dan frasa predikat. ii) Pak mat penjual kain cap Bunga Raya masih lagi berniaga kain di setiap kampung sejak beberapa tahun lalu.

Dalam ayat majmuk campuran, terdapat sekurang-kurangnya campuran tiga klausa. Satu daripada klausa itu merupakan klausa bebas, dan dua klausa atau lebih itu merupakan klausa tak bebas. iii) a) Nasri belajar bahasa Inggeris. b) sebelum dia berangkat keluar negara c) supaya dapat berkomunikasi di tempat belajarnya.

Dalam ayat iii, klausa (a) ialah klausa bebas, klausa (b) dan (c) masing-masing merupakan klausa tak bebas. Campuran klausa dalam ayat iii adalah antara klausa keterangan dengan klausa keterangan. iv) Kami akan ke bandar apabila Hassan dan Kamaruddin tiba dari kampung.

Dalam ayat majmuk campuran iv, terdapat percampuran klausa-klausa itu. Klausa bebas Klausa keterangan Klausa keterangan Klausa gabungan : kami akan ke bandar : apabila Hassan tiba dari kampung : apbila Kamaruddin tiba dari kampung : Hassan dan Kamaruddin tiba

v) Orang tua itu segera dibawa ke hospital kerana dia menghidap penyakit yang disebabkan oleh makanan beracun.

Ayat V terdiri daripada klausa keterangan yang disambungkan dengan kata hubung kerana. Klausa pertama ialah orang tua itu segera dibawa ke hospital, manakala klausa yang kedua dia menghidap penyakit disebabkan oleh makanan beracun. Klausa yang kedua ialah klausa majmuk kerana terdapat klausa relatif, iaitu yang disebabkan oleh makanan beracun, yang dipancangkan ke dalam klausa keterangan. Klausa bebas Klausa keterangan Klausa relatif : orang tua itu segera dibawa ke hospital : kerana dia menghidap penyakit : yang disebabkan oleh makanan beracun

Yang berikut merupakan contoh ayat campuran yang terjadi daripada percampuran klausa keterangan, klausa gabungan dan klausa relatif.

vi) Kerana ingin membebaskan tebusan, polis menyerbu tempat itu dan berakhirlah operasi pembebasan yang telah berlangsung selama dua hari. a) Kerana ingin membebaskan tebusan, b) Polis menyerbu tempat itu c) Dan berakhirlah operasi pembebasan d) Yang telah berlangsung selama dua hari.

Dalam ayat vi, klausa bebas ialah (b). Apabila klausa (a) dan (b) digabungkan, maka terbit klausa keterangan. Klausa keterangan ini digabungkan pula dengan klausa gabungan (c). Akhirnya klausa (c) digabungkan dengan kuasa relatif (d). Ayat Majmuk Pasif Ayat pasif juga boleh terbina dalam bentuk ayat majmuk. Apabila ayat aktif hendak dipasifkan, frasa nama yang menjadi objek akan mengalami penjudulan. (i) Ayat majmuk gabungan Ayat Aktif Ali membeli buku dan Nafiz membeli beg. Ayat Pasif Buku dibeli oleh Ali dan beg dibeli oleh Nafiz. Kami akan mengunjungi nenek kemudian Nenek akan kami kunjungi kemudian pak menziarahi pak cik. cik akan kami ziarahi.

(ii)

Ayat majmuk relatif Ayat Aktif Ayat Pasif Rumah yang besar itu dibeli oleh abang.

Abang membeli rumah yang besar itu.

Pelajar yang memasuki stor itu mengambil Sebiji bola diambil oleh pelajar yang sebiji bola. memasuki stor itu.

(iii)

Ayat majmuk komplemen Ayat Aktif Ayat Pasif

Kami mengetahui bahawa perkara itu Bahawa perkara itu dusta kami ketahui. dusta. Bapa memberitahu bahawa beliau akan ke Bahawa beliau akan ke Mekah diberitahu Mekah. oleh bapa.

(i)

Ayat majmuk keterangan Ayat Aktif Ayat Pasif

Ibu menyuruh kami membantu supaya Kami disuruh oleh ibu membantu supaya pekerjaan itu cepat selesai. Saiful menjawab soalan itu pekerjaan itu cepat selesai. dengan Soalan itu dijawab oleh Saiful dengan fakta yang tepat dikemukakan.

mengemukakan fakta yang tepat.

(i)

Ayat majmuk campuran Ayat Aktif Ayat Pasif

Ibu bapa mendaftarkan anak-anak yang Anak-anak yang lahir dalam tahun 2002 lahir dalam tahun 2002 yang akan mula yang bersekolah minggu hadapan. Gadis itu memberitahu bahawa dia tidak akan mula bersekolah minggu

hadapan didaftarkan oleh ibu bapa. Bahawa dia tidak suka pemuda itu kerana

suka pemuda itu kerana pemuda itu suka pemuda itu suka mengganggu perempuan mengganggu perempuan. diberitahu oleh gadis itu.

Tatabahasa Asas. 2014. Kuala Lumpur. Pustaka Salam SDN BHD

Tokoh : Zainal Abidin Bin Ahmad Zainal Abidin Bin Ahmad atau Zaba (2000:279) tidak menggunakan istilah ayat majmuk, tetapi beliau ada menerangkan tentang ayat berlapis, ayat berkait dan ayat bercampur. Ayat berlapis ialah ayat yang dibina daripada dua ayat yang sama tarafnya. Contohnya ialah : Ayat berlapis Tangannya patah sebelah dan kakinya luka-luka. Ayat 1 Ayat 2 Kata hubung Tangannya patah sebelah. Kakinya luka-luka Dan

Ayat berkait pula dibina daripada ayat kecil yang berkait dengan ayat induk. Ayat kecil tersebut dikaitkan oleh kata hubung penambat dengan ayat besar, yakni klausa induk. Boleh dikatakan bahawa ayat kecil itu termasuk menjadi anggota dalam tubuh klausa induk. Ayat berlapis Setelah saya mandi-manda di kolam itu, saya pun naik ke rumah bersalin pakaian. Ayat besar Ayat kecil Kata hubung penambat Saya pun naik ke rumah bersalin pakaian. Saya mandi manda di kolam itu. Setelah

Ayat bercampur pula adalah persatuan yang mengandungi di dalamnya ayat selapis dengan ayat berkait, atau ayat berlapis dengan ayat berkait, atau ayat berkait, iaitu berangkai-rangkai atau bermasuk-masukan antaranya. Ayat berlapis Orang Cina sangat kuat bekerja dan kita hanya akan dapat melawan mereka jika kita kuat bekerja seperti mereka itu pula. Ayat selapis Ayat kecil Orang cina sangat kuat bekerja. Kita hanya akan dapat melawan mereka jika kita kuat bekerja seperti mereka itu

pula. Kata hubung penambat dan

Sebagai kesimpulannya, ayat yang dihuraikan oleh Zaba itu adalah termasuk dalam kumpulan yang kita panggil ayat majmuk di dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu ayat berlapis itu adalah sama dengan ayat majmuk gabungan, ayat berkait itu adalah sama dengan ayat majmuk pancangan, dan ayat bercampur adalah sama dengan ayat majmuk campuran.

Tokoh : Asmah Hj. Omar Asmah Hj. Omar (1973: 58), menggunakan istilah klausa kompleks bagi merujuk kepada ayat majmuk. Beliau membahagikan klausa kompleks kepada dua, iaitu klausa yang berbentuk melalui penggabungan dan pelapisan. Menurut beliau klausa kompleks terbahagi kepada klausa kompleks setara dan klausa kompleks tak setara. A) Klausa Kompleks Tak Setara Klausa kompleks tak setara mewujudkan pelapisan antara klausa, contohnya klausa B menjadi sebahagian daripada klausa A, klausa C menjadi sebahagian daripada klausa B, dan seterusnya. Hal ini bermaksud klausa C menjadi klausa subordinat kepada klausa B, dan klausa B menjadi klausa subordinat kepada klausa A. Pelapisan itu wujud apabila ada klausa tidak setara (Asmah Hj. Omar, 1993: 348-351). Klausa kompleks tak setara Telah yakin dia tadi bahawa bukan

tangannya yang bakal memegang kapak. Ayat induk Ayat subordinat 1 Ayat subordinat 2 Dia yakin tadi bahawa bukan tangannya yang bakal memegang kapak.

Ayat di atas terdiri daripada satu klausa induk dan dua klausa subordinat. Seluruh klausa subordinat 1 dan 2, menjadi objek kepada ayat induk.

B) Klausa Kompleks Setara Klausa kompleks setara merupakan gabungan klausa-klausa yang sama taraf. Klausaklausa tersebut dihubungkan oleh kata penghubung dan, atau, tetapi dan lain-lain. Hal ini bermaksud setiap klausa itu boleh dipanggil klausa utama. Klausa kompleks setara Ayah pergi ke pejabat dan emak pergi ke sekolah. Klausa utama 1 Klausa utama 2 Kata penghubung Ayah pergi ke pejabat. Emak pergi ke sekolah. dan

Klausa kompleks setara

Dia berdiri tegak, bercekak pinggang, memerhatikan lawannya.

Klausa utama 1 Klausa utama 2 Klausa utama 3 Kata penghubung

Dia berdiri tegak. (dia) bercekak pinggang. (dia) memerhatikan lawannya. dan

Tokoh : Abdullah Hassan Abdullah Hassan (1993: 201), membahagikan ayat majmuk kepada dua, iaitu ayat majmuk setara dan ayat majmuk bertingkat. Ayat majmuk setara merupakan ayat yang terbentuk daripada dua klausa atau lebih. Setiap ayat itu setara dengan yang lain dan dihubungkan oleh kata hubung setara seperti dan, tetapi, atau dan lain-lain. Setiap klausa itu bebas dan boleh berdiri sendiri. Klausa kompleks setara Klausa bebas 1 Klausa bebas 2 Kata penghubung Dia pergi dan saya juga pergi. Dia pergi. Saya juga pergi. dan

Klausa kompleks setara Klausa bebas 1 Klausa bebas 2 Kata penghubung

Dia suka membaca dan menulis buku. DIa suka membaca buku. Dia suka menulis buku. dan

Namun demikian, menurutnya lagi, dalam bahasa lisan, ayat-ayat di atas jarang digunakan kerana proses pengguguran subjek akan berlaku. Setelah berlaku proses pengguguran, maka terbentuklah ayat-ayat di bawah. Ayat majmuk setara Klausa bebas 1 Klausa bebas 2 Kata penghubung Dia dan saya juga pergi. Dia juga pergi. Saya juga pergi. dan

Ayat majmuk setara Klausa bebas 1 Klausa bebas 2 Kata penghubung

Dia suka bermain dan bersukan. Dia suka bermain. Saya suka bermain. dan

Selain itu, ayat majmuk bertingkat pula terdiri daripada dua atau lebih klausa tak setara. Sekurang-kurangnya satu daripadanya klausa bebas dan yang lain bergantung kepadanya. Ayat majmuk bertingkat Klausa bebas 1 Klausa bebas 2 Dia sampai waktu orang berbuka puasa. Dia sampai. waktu orang berbuka puasa

Tokoh : Arbak Othman Arbak Othman (1989: 172), membahagikan ayat majmuk kepada dua jenis, iaitu ayat berlapis dan ayat berkait. Ayat berlapis adalah ayat majmuk gabungan yang terdiri daripada dua atau lebih ayat selapis dengan cara menggunakan kata sendi penambah (istilah Zaba yang bermaksud kata hubung). Kata yang digunakan ialah kata sendi nama penambah seperti dan, atau, serta, lalu, sama ada, atau dan tetapi.

Ayat majmuk bertingkat Klausa 1 Klausa 2 Kata sendi penambah

Dialah mengajar dan melatih saya. Dialah mengajar saya. Dialah melatih saya. dan

Ayat majmuk bertingkat

Sama ada datuk penghulu sampai atau tidak, anak teruna dan dara ini mesti dinikahkan.

Klausa 1 Klausa 2 Kata sendi penambah

datuk penghulu sampai . datuk penghulu tidak sampai. dan

Ayat majmuk berlapis

Membaca dan menulis adalah pekerjaan seorang penulis.

Klausa 1

Membaca penulis. .

adalah

pekerjaan

seorang

Klausa 2 Kata sendi penambah

Menulis adalah pekerjaan seorang penulis. dan

Ayat majmuk berlapis

Sama ada menyanyi mahupun menari, boleh belaka mengkhayalkan seseorang.

Klausa 1

Menyanyi seseorang.

boleh

mengkhayalkan

Klausa 2

Menari

boleh

belaka

mengkhayalkan

seseorang. Kata sendi penambah sama ada mahupun

Menurut Arbak Othman (1989;73) lagi, ayat berkait merupakan ayat yang subjek dan predikatnya mengandungi ayat kecil. Ayat ini menerangkan perkataan yang ditegaskan itulah yang menjadi subjek atau predikat. Ayat majmuk berkait Buah betik yang kita petik semalam dicuri orang. Klausa 1 Klausa 2 Kata sendi penambah Buah betik dicuri orang (Buah betik) yang kita beli semalam yang

Ayat majmuk berkait

Kita hanya boleh memenangi peperangan jika kita melawan musuh dengan hati yang cekal.

Klausa 1 Klausa 2

Kita hanya boleh memenangi peperangan Kita melawan musuh dengan hati yang cekal

Klausa subordinat Kata sendi penambah

(hati) yang cekal Jika, dengan

Ayat majmuk berkait

Mereka yang menyamar sudah diketahui polis.

Klausa 1 Klausa 2

Mereka sudah diketahui oleh polis (Mereka) yang menyamar

Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob, Zulkifli Osman. ( Sintaksis: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

).

Anda mungkin juga menyukai