Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN DIALOG/WAWANCARA

Kamu seorang wartawan majalah sekolah. Kamu diminta menemu ramah seorang
pelajar yang telah Berjaya mendapat 7A dalam peperiksaan UPSR. Tulis temu
ramah itu selengkapnya.

Seorang pelajar yang belajar di SJK(C) Sungai DUa telah berjaya mendapat 7A
dalam peperiksaan UPSR. Pelajar tersebut bernama Fong Yu Qing.

Man Yi : Selamat pagi. Saya ialah wartawan majalah sekolah SJK(C)


Sungai Dua. Nama saya ialah Wan Man Yi.
Yu Qing : Selamat pagi. Bolehkah saya tolong?

Man Yi : Saya ingin menemu ramah dengan saudari. Terlebih dahulu, saya
ingin mengucapkan terima kasih kepada saudari kerana
memperolehi 7A dlam peperiksaaan UPSR.
Yu Qing : Terima kasih.

Man Yi : Apakah perasaan saudari selepas mendapat 7A?

Yu Qing : Saya berasa sangat gembira sebab saya tidak sangka akan
mendapat 7A.

Man Yi : Bagaimanakah saudari membuat persediaan?

Yu Qing : Saya menyediakan jadual waktu belajar sendiri dan sentiasa


belajar dengan mengikuti jadual itu.

Man Yi : Bagaimanakah saudari membahagikan masa belajar saudari?

Yu Qing : Pada waktu pagi dan malam, saya belajar. Pada waktu petang
pula, saya menghadiri kelas tambahan, membuat kerja sekolah,
dan bermain.

Man Yi : Apakah cara saudari untuk belajar?

Yu Qing : Terdapat banyak cara untuk belajar. Antaranya adalah apabila


guru sedang mengajar, saya sentiasa menumpukan perhatian.
Selain itu, saya juga mengulang kaji pelajaran pada setiap hari,
apabila saya menghadapi masalah dalam pelajaran, saya akan
menanya guru atau kawan, dan membuat banyak latihan. Di
samping itu, saya juga banyak membaca buku rujukan dan
membuat perbincangan dalam kumpulan dengan kawan-kawan.

Man Yi : Wah, saudari sungguh hebat! Siapakah yang selalu memberi

galakan kepada saudari?

Yu Qing : Ibu bapa dan guru-guru saya.

Man Yi : Apakah cita-cita saudari?

Yu Qing : Saya bercita-cita hendak menjadi seorang doktor.

Man Yi : Semoga saudari berjaya.

Yu Qing : Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai