Anda di halaman 1dari 1

Guru kelas saya

Nama guru kelas saya ialah Cikgu


Ling.Cikgu Ling berumur 30 tahun. Beliau
baru dua tahun mengajar di sekolah ini.

Dia seorang yang rajin dan


bertanggungjawab.Setiap pagi dia akan
datang ke kelas dan memastikan kami
membersihkan kelas dan membaca buku
sebelum kelas bermula

Cikgu Ling juga seorang yang sabar.


Dia sentiasa memberi tunjuk ajar. Apabila
kami melakukan kesalahan dia akan
menasihati kami. Cikgu Ling seorang yang
adil dan baik.

Saya hormat Cikgu Ling kerana dia


peramah dan baik . Saya sayang Cikgu Ling.

Aku seekor kucing

Aku ialah seekor kucing. Nama aku


Mimi. Aku dibeli tuan aku di sebuah kedai
haiwan.

Aku dibawa pulang ke rumah dan


dijaga dengan baik. Seminggu sekali aku
diberi mandi . Aku diberi tuan aku makan
ikan . Semasa kecil aku diberi minum susu.

Tuan aku juga suka bermain tali


dengan aku. Setiap hari aku menunggu tuan
aku balik dari kerja.

Di rumah tuan aku juga ada tikus.


Aku tidak suka akan tikus. Aku akan
menangkap tikus itu dan semua tikus takut
akan aku.

Tuan aku sangat sayang akan aku.


Aku sangat bertuah kerana tuan aku juga
seorang yang baik.

Anda mungkin juga menyukai