______________________________________
______________________________________
______________________________________
__________________________________
Menemui sahabatku, Chia Ling yang kini berada di Kuala Lumpur. Apa khabar,
saudari? Semoga saudari sekeluarga berada dalam keadaan yang sihat sejahtera
selalu. Saya dan keluarga saya di sini dalam keadaan sihat sejahtera.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengajak saudari bercuti ke
tempat saya. Saya percaya saudari sekarang sedang tekun belajar untuk
menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Saya seperti juga saudari, untuk
memperoleh keputusan yang cemerlang. Kejayaan kita kelak tentu akan
menggembirakan ibu bapa kita.
Hujung bulan ini kita akan menghadapi cuti pertengahan tahun selama dua
minggu. Saya tidak pasti sama ada saudari sudah membuat rancangan. Namun,
sekiranya saudari tercari-cari tempat percutian yang menarik, datanglah ke
tempat saya.
Sebagai sebuah bandar raya yang kian pesat membangun, banyak tempat
di Johor Bahru yang boleh dilawati. Makanan di sini juga enak. Saya percaya,
seminggu saudari menghabiskan masa melancong di sini tentu akan berasa puas
hati.
Setakat di sini dahulu lembaran saya untuk kali ini. Sampaikan salam
mesra saya kepada saudari sekeluarga.